8 pekerja Bangladesh ditahan di bawah ISA Tak sabar kembali ke ...

2
MUSIM peperiksaan pertengahan tahun kini sudah pun bermula. Sedang kanak-kanak lain membuat persiapan ba- gi menghadapinya, Hazrie Alisman Norahman ter- lantar di hospital. Murid darjah satu itu pesakit ginjal yang baru sahaja melalui pemindahan buah ping- gang. Anak bongsu dua beradik itu menjalani prosedur lebih lima jam itu pada 20 April lalu di Hospital Uni- versiti Nasional (NUH) dan kini dirawat di Unit Ja- gaan Rapi (ICU). Bapanya, Encik Norahman Abu Bakar, 36 tahun, berkata anaknya yang telah sedar itu dijangka terus dirawat selama dua minggu di ICU sebelum dibenar- kan berpindah ke wad biasa. “Mungkin selepas itu dia ditahan untuk satu lagi tempoh yang tidak dapat dianggarkan. “Yang penting dia pulih semula dan dapat kemba- li ke sekolah menyertai rakan-rakannya yang lain, belajar dan menjalani kehidupan normal bersama mereka,” kata Encik Norahman, pekerja kontrak dalam bidang logistik. Laporan lanjut – Muka 13 8 pekerja Bangladesh ditahan Tak sabar kembali ke sekolah selepas dapat ginjal baru JALANI PEMINDAHAN GINJAL: Bapa Hazrie Alisman Norahman, tujuh tahun, yang kini dirawat di ICU, NUH, selepas menjalani pemindalan ginjal, berharap anaknya dapat kembali ke sekolah seperti kanak-kanak lain. – Foto M.O. SALLEH

Transcript of 8 pekerja Bangladesh ditahan di bawah ISA Tak sabar kembali ke ...

Page 1: 8 pekerja Bangladesh ditahan di bawah ISA Tak sabar kembali ke ...

ENAZRI HADI [email protected]

LAPAN warga Bangladesh yang be-kerja di sini dan merancang melakukan se-rangan pengganasan di negara mereka te-lah ditahan di bawah Akta KeselamatanDalam Negeri (ISA).

Lelaki tersebut, berusia antara 26 de-ngan 34 tahun, merupakan sebahagiandaripada kumpulan yang dinamakanNegara Islam Bangladesh (ISB) dan me-rancang menyertai kumpulan militan ISISdi Syria dan Iraq.

Namun, memandangkan sukar bagimereka ke Timur Tengah, kumpulan ter-sebut mengalihkan tumpuan merekakembali ke Bangladesh bagi mengguling-kan pemerintah negara itu menerusi kega-nasan, menubuhkan negara Islam di sanadan meletakkannya sebagai sebahagiandaripada kalifah ISIS.

Dalam kenyataannya, KementerianEhwal Dalam Negeri (MHA) berkatakumpulan tersebut didalangi RahmanMizanur, 31 tahun, seorang pemegangS-Pass, sementara anggota lain kumpulantersebut merupakan pemegang permitkerja.

Mereka ialah Mamun Leakot Ali, 29tahun; Sohag Ibrahim, 27 tahun; MiahRubel, 26 tahun; Zzaman Daulat, 34

tahun; Islam Shariful, 27 tahun; Md Ja-bath Kysar Haje Norul Islam Sowdagar,30 tahun; dan Sohel Hawlader IsmailHawlader, 29 tahun.

Mereka diberkas bulan lalu dalam pe-nangkapan ISA pertama melibatkan selpengganasan yang dianggotai pekerjaasing.

Penangkapan terbaru itu menyusulipendedahan MHA Januari lalu mengenaipenangkapan 27 warga Bangladesh ra-dikal yang bekerja di sini lewat tahun la-lu.

Kumpulan itu, yang diberkas di bawahISA lewat tahun lalu, memiliki sejumlahbahan ekstrem yang banyak, dan telah di-hantar pulang.

Dalam pada itu, kenyataan MHA itumendedahkan, Rahman memiliki doku-men mengenai bagaimana menggunakansenjata dan membuat bom. Dia juga dika-takan bersedia melakukan serangan dimana-mana sahaja jika diarahkan olehISIS.

MHA berkata Rahman juga memilikisekeping dokumen yang mengandungi se-narai pegawai pemerintah dan tenteraBangladesh yang boleh disasarkan. Sena-rai itu termasuk pegawai media dan golo-ngan bukan Islam.

Dia juga memiliki sejumlah besar ba-han radikal ISIS dan Al-Qaeda yang di-gunakan bagi merekrut anggota ISB diSingapura sejak Januari 2016.

Menurut MHA, kumpulan itu juga me-rancang merekrut warga Bangladeshyang lain dan telah mengumpul dana bagimembeli senjata api bagi serangan peng-ganasan di negara mereka.

“Anggota ISB merancang merekrutlebih ramai warga Bangladesh yang beker-ja di Singapura bagi mengembangkankumpulan itu,” tambah MHA.

Sebagai sebahagian tindakan melum-puhkan ISB, lima lagi pekerja warga Bang-ladesh telah disiasat di bawah ISA. MHAmendedahkan bahawa siasatan menun-jukkan mereka tidak terlibat dalam kum-pulan tersebut.

Bagaimanapun, mereka “memilikiatau telah menyebarkan bahan berkaitanjihad atau menyokong kekerasan bersen-jata bagi mencapai matlamat keagama-an”.

Kesemua lima warga Bangladesh itu te-lah dihantar pulang.

“ISB menjadi keprihatinan keselama-tan bagi Singapura kerana ia menyokongISIS dan bersedia menggunakan kegana-san di luar negara,” kata MHA dalam ke-nyatannya itu sambil menambah bahawabeberapa individu yang ditangkap bolehmenghadapi tuduhan bagi kesalahan me-ngumpul dana bagi tujuan pengganasan.

MUSIM peperiksaan pertengahan tahun kinisudah pun bermula.

Sedang kanak-kanak lain membuat persiapan ba-gi menghadapinya, Hazrie Alisman Norahman ter-lantar di hospital. Murid darjah satu itu pesakit ginjalyang baru sahaja melalui pemindahan buah ping-gang.

Anak bongsu dua beradik itu menjalani prosedurlebih lima jam itu pada 20 April lalu di Hospital Uni-versiti Nasional (NUH) dan kini dirawat di Unit Ja-gaan Rapi (ICU).

Bapanya, Encik Norahman Abu Bakar, 36 tahun,berkata anaknya yang telah sedar itu dijangka terus

dirawat selama dua minggu di ICU sebelum dibenar-kan berpindah ke wad biasa.

“Mungkin selepas itu dia ditahan untuk satu lagitempoh yang tidak dapat dianggarkan.

“Yang penting dia pulih semula dan dapat kemba-li ke sekolah menyertai rakan-rakannya yang lain,belajar dan menjalani kehidupan normal bersamamereka,” kata Encik Norahman, pekerja kontrakdalam bidang logistik.

Laporan lanjut– Muka 13

SOLAT Subuh 5.37 Syuruk 6.57 Zuhur 1.03 Asar 4.23 Maghrib 7.07 Isyak 8.19

8 pekerja Bangladesh ditahandi bawah ISA

Tak sabar kembali ke sekolahselepas dapat ginjal baru

MD JABATH KYSAR HAJENORUL ISLAM SOWDAGAR,30 tahun

MCI (P) 043/09/2015 60 senSebuah penerbitan SPH - kumpulan media yang diyakini

BH dicetak 9.30 malam. Edisi digital BH di

BeritaHarian.sg

MIAH RUBEL, 26 tahun

EBentuk kumpulan bergelar ‘Negara Islam Bangladesh’ untuk sertai ISISE‘Ketua’ sedia lakukan serangan di mana saja jika diarahkan ZZAMAN DAULAT, 34 tahun

RAHMAN MIZANUR: Dalang kumpulan NegaraIslam Bangladesh didapati memiliki dokumententang bagaimana menggunakan senjata danmembuat bom. – Foto-foto MHA

SOHEL HAWLADER ISMAILHAWLADER, 29 tahun

MAMUN LEAKOT ALI,29 tahun

Anugerahmedia digitalbaru dinamasempenaPM Lee– Muka 3

SOHAG IBRAHIM, 27 tahun

JALANIPEMINDAHANGINJAL: BapaHazrie AlismanNorahman, tujuhtahun, yang kinidirawat di ICU,NUH, selepasmenjalanipemindalan ginjal,berharap anaknyadapat kembali kesekolah sepertikanak-kanak lain. –Foto M.O. SALLEH

Masagospengerusimesyuarat

jawatankuasamasalah

jerebu rentassempadan

– Muka 3

Muis: Tangkapan paparideologi ISIS masih terus

jadi ancaman serius– Muka 5

RABU, 4 MEI 2016 (26 REJAB 1437)

ISLAM SHARIFUL, 27 tahun

Leicesterjuara EPL– antarapencapaianterbaiksukan?– Muka 19

Anugerah LatihanKejuruteraan TigaPihak $1.2 jutadilancarMuka 2

Page 2: 8 pekerja Bangladesh ditahan di bawah ISA Tak sabar kembali ke ...

EFARID [email protected]

KANAK-KANAK lain sebayaHazrie Alisman Norahman pastigemar menghabiskan masa ber-main bersama rakan mereka.

Tapi bagi kanak-kanak ber-usia tujuh tahun itu, kegiatansedemikian sudah lama tidak dila-luinya sejak dia disahkan meng-hidap sindrom nefrotik yangmenjejas ginjalnya pada 2011.

Sepanjang tempoh itu, Hazrieterpaksa menjalani dialisis air se-tiap malam selama 10 jam.

Akibatnya, anak bongsu duaberadik itu tidak boleh berlari,bersukan, bermain di taman per-mainan serta menikmati aiskrim,coklat dan sajian restoran maka-nan segera yang merupakan ma-kanan kegemaran ramai kanak-kanak.

Tapi semua itu mungkin da-pat dilaluinya tidak lama lagisekiranya ginjal yang baru dipin-dahkan ke dalam tubuhnya da-pat berfungsi dengan baik.

Murid darjah satu itu selamatmenjalani pemindahan ginjalpada sebelah kanan tubuhnyapada 20 April lalu di HospitalUniversiti Nasional (NUH)dalam satu pembedahan yangdikatakan mengambil masa seki-tar lima jam.

Bapanya, Encik NorahmanAbu Bakar, 36 tahun, berkatadoktor memberitahunya bahawaanaknya itu mungkin terpaksamenghabiskan masa yang agaklama di Unit Jagaan Rapi (ICU)NUH bagi menjalani rawatandan memastikan dia pulih.

“Pada masa ini, Hazrie perlu

menjalani sejenis terapi darahsebagai sebahagian daripada ra-watannya.

“Dia sudah sedar tapi bagimengelakkan sebarang komplika-si dia perlu ditahan lebih lamalagi,” katanya.

Sindrom nefrotik yang bolehdihidapi semua lapisan usia dike-san apabila terdapat protein me-ngalir keluar bersama air ken-cing.

Dalam kalangan kanak-kanakia lebih kerap dikesan pada mere-ka yang berusia antara dua den-gan enam tahun.

Konsultan Divisyen PediatrikNeprologi di NUH, Dr Ng KarHui, berkata Hazrie kini sedangberansur pulih.

NUH, satu-satunya pusat diSingapura yang menjalankan pe-mindahan ginjal pediatrik, berka-ta sejauh ini pesakit termudayang pernah dibedah berusia duatahun empat bulan.

Menurut Dr Ng, kurang dari-pada 10 peratus pesakit sindromnefrotik menghidap masalah ke-gagalan ginjal.

“Pemindahan ginjal boleh di-lakukan ke atas pesakit yangmenghidap kegagalan ginjal aki-bat sindrom nefrotik.

“Dengan pemindahan ginjal,mereka tidak memerlukan diali-sis lagi. Mereka akan mempu-nyai mutu kehidupan yang lebihbaik,” katanya.

Meskipun begitu, Dr Ng ber-kata sindrom nefrotik boleh ber-laku juga ke atas ginjal yang barudipindahkan.

Isu teknikal lain berkaitanukuran ginjal dan saluran darahjuga boleh menjadi cabaran.

“Pesakit muda juga lebih ter-dedah kepada sesetengah jenisjangkitan selepas pemindahanginjal,” tambah Dr Ng.

DIALISIS SEBELUMPEMINDAHAN

Sebelum menjalani peminda-han ginjal itu, Hazrie terpaksamenjalani dialisis air setiap ma-lam selama 10 jam kerana ginjal-nya rosak akibat sindrom nefro-tik.

Justeru, Hazrie bergantungpada proses dialisis air – Auto-mated Peritoneal Dialysis (APD)– setiap malam sepanjang tigatahun lalu.

Bagi memastikan penyakit-nya itu tidak mendatangkan mu-darat, Hazrie tidak boleh terlalucergas dan pemakanannya jugadipantau – biasanya dia digalak-kan makan sajian yang dimasakdi rumah.

Sajian yang mengandungi ga-ram juga dikurangkan bagimengelakkan sebarang komplika-si seperti air bertakung di dalamtubuh.

Hazrie mengakui bahawa per-mainan bola sepak masih dige-marinya meskipun dia tidak da-

pat bermain sama setiap kali ra-kannya ‘beraksi’ di padang.

“Rasa memang nak mainsama, tapi tak boleh, takut nantisakit,” kata si kecil yang me-minati pasukan Manchester Unit-ed itu semasa ditemu ramah sebe-lum pemindahan ginjalnya.

Menurut Encik Norahman –yang kini bekerja kontrak dalambidang logistik dengan pendapa-tan sekitar $1,900 sebulan tanpasebarang manfaat kesihatan –perbelanjaan rawatan anaknyaitu sejauh ini sudah mencapai se-kitar $33,000 (selepas subsidi) –tidak termasuk rawatan susulanyang dilaluinya semasa di ICUpada masa kini.

Encik Norahman berkata sim-panan dalam Medisavenya me-mang sudah ‘kering’ dan beliaukini bergantung pada simpanandan gajinya semata-mata.

MULA DIKESANMenurut Encik Norahman,

anaknya itu mula dikesan mem-punyai masalah penyakit terse-but apabila beliau mendapatibengkak pada kemaluan anaklelakinya itu sekitar lima tahunlalu.

“Ketika itu, dia berusia duatahun, masih memakai lampin.

“Saya dapati kemaluannyamembengkak dan itu membuat-kan saya bimbang.

“Saya membawanya ke hospi-tal dan dia disahkan menghidappenyakit tersebut,” katanya.

Doktor tidak dapat mengenalpasti punca sebenar penyakittersebut, tambah Encik Norah-man.

Akibatnya, Hazrie tidak da-pat kencing dengan lancar dandia mudah menghidap masalahbengkak sekiranya pemakanan-nya tidak dijaga.

Pertumbuhannya terbantutkerana seleranya berkurangangara-gara penyakitnya itu, kataEncik Norahman.

Sebelum ini, Hazrie diberi sun-tikan hormon bagi membantu-nya membesar dan mencapai ke-tinggian yang sepatutnya.

“Mudah-mudahan menerusipemindahan ini, Hazrie dapatmembesar seperti kanak-kanaklain.

“Yang utama sekali kini ialahmemastikan ginjal itu dapat ber-fungsi dengan baik dan sesuaibagi tubuhnya,” jelas Encik No-rahman lagi.

SINDROM nefrotik merupakan masalah yangpaling kerap menjejas ginjal kanak-kanak.

Sekitar 16 hingga 20 kes baru (bagi setiap sejutakanak-kanak) sindrom ini dilaporkan setiap tahun, ka-ta Konsultan Divisyen Pediatrik Neprologi di HospitalUniversiti Nasional (NUH), Dr Ng Kar Hui.

NUH pula merawat sekitar 12 hingga 15 kes barusetiap tahun, tambah Dr Ng.

Sindrom nefrotik terjadi disebabkan protein yangkeluar dengan banyaknya menerusi air kencing.

Akibatnya, kadar protein dalam tubuh menurunlantas menjadikan tubuh membengkak.

Pesakit juga boleh menghidap kolesterol amat ting-gi dek metabolisme yang tidak normal di dalam tubuh.

Menurut Dr Ng lagi, sekiranya sindrom tersebuttidak dirawat, pesakit boleh menghidap masalah seper-ti saluran darah tersumbat di bahagian seperti otak (se-hingga menyebabkan angin ahmar) atau jangkitan gin-jal yang serius.

“Masalah ini boleh berlaku akibat sistem daya ta-han yang tidak terkawal atau disebabkan masalahgenetik.

“Gejalanya termasuk bengkak sekeliling mata ter-utamanya pada sebelah pagi, disusuli bengkak padakaki serta perut.

“Kadar air kencing yang keluar juga berkurangansementara pesakit akan lebih kerap demam dan sakitperut,” katanya.

Bagi merawat penyakit tersebut, ubat bagi sistemdaya tahan akan diberi, sementara bagi kes yang lebihserius, doktor akan memberikan ubat yang diberikankepada pesakit yang menjalani pemindahan organ.

“Kebanyakan pesakit memberikan respons yangbaik kepada rawatan tersebut, tetapi masih terdapatmereka yang tidak dapat memberikan respons yangbaik,” ujarnya.

Pakar Diet Kanan Jabatan Dietetik NUH, CikWong Chui Ying, pula berkata pesakit sindrom nefro-tik mungkin menghidap masalah pemakanan akibatfungsi ginjal yang kurang baik.

Justeru, ini akan meletakkan mereka dalam risikomenghadapi masalah membesar secara fizikal selainpembangunan kognitif yang terbantut.

Justeru, pesakit ini memerlukan sejenis terapi pema-kanan sihat bagi membantu pertumbuhan mereka.

“Dalam kes melibatkan Hazrie, dia tidak ada seleramakan kerana ginjalnya tidak berfungsi pada tahapoptimum dan masalahnya itu menyebabkan dietnyaterhad.

“Memandangkan dia hanya makan beberapa sudumakanan setiap kali waktu makan, ini menjejas per-tumbuhannya dari segi ketinggian dan berat badan,”katanya. EFARID HAMZAH

Pindah ginjal pada usia mudadisebabkan sindrom nefrotik

Kanak-kanakpaling kerapterjejas oleh

sindrom nefrotikSEBELUM DIALISISDAN SESUDAHPEMINDAHAN GINJAL:Gambar kirimenunjukkan wajahHazrie AlismanNorahman yangbengkak sebelummenjalani dialisis.(Gambar kanan) Inilahkesan bedah selepaspemindahan ginjaldijalankan ke atasnya.– Foto-foto ihsanNORAHMAN ABUBAKAR

Murid darjah satu dijangkakembali cergas jika ginjal barudapat berfungsi dengan baik

Berita Harian | Rabu, 4 Mei 2016 13

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan