8 Teks Ucapan Pengarah Program 1

4
TEKS UCAPAN PENGARAH PROGRAM u.p Azizul Bin Abdul Rahman Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan. Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izinnya dapat kita bersama-sama lagi di dalam majlis yang penuh keberkatan ini. Tetapi sebelum saya melangkah jauh, saya sekali lagi mengalu-alukan kedatangan YAB DatoSeri Di Raja Dr Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Negeri Perak ke Majlis Perasmian Hari Terbuka Kolej Aminuddin Baki yang bertemakan Memperkasakan Ukhwah Islam. Sesungguhnya keberadaan kita pada hari ini merupakan takdir dari yang maha kuasa untuk kita bersama-sama mengikuti majlis perasmian Hari Terbuka KAB. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, program Hari Terbuka KAB ini merupakan batu loncatan untuk mahasiswa dan mahasiswi Kolej Aminuddin Baki supaya terus maju kehadapan sebagai mahasiswa/i yang proaktif, berdaya saing serta mempunyai sahsiah yang tinggi melalui pengisiannya. Ianya juga dapat memberi pengalaman dan peluang kepada mahasiswa/i KAB untuk memastikan mereka menjadi individu yang mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan kepada masyarakat sekitar. Dalam masa yang sama, program ini diadakan bertujuan untuk menerapkan rasa cinta mahasiswa/i kepada universiti amnya dan kolej kediaman khususnya. Dengan wujudnya perasaan cinta ini, maka mahasiswa/i akan terus berbakti kepada universiti dan kolej

description

note

Transcript of 8 Teks Ucapan Pengarah Program 1

TEKS UCAPAN PENGARAH PROGRAMu.p Azizul Bin Abdul RahmanAssalamualaikum wbt dan salam perpaduan.Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izinnya dapat kita bersama-sama lagi di dalam majlis yang penuh keberkatan ini. Tetapi sebelum saya melangkah jauh, saya sekali lagi mengalu-alukan kedatangan YAB Dato Seri Di Raja Dr Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Negeri Perak ke Majlis Perasmian Hari Terbuka Kolej Aminuddin Baki yang bertemakan Memperkasakan Ukhwah Islam. Sesungguhnya keberadaan kita pada hari ini merupakan takdir dari yang maha kuasa untuk kita bersama-sama mengikuti majlis perasmian Hari Terbuka KAB. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, program Hari Terbuka KAB ini merupakan batu loncatan untuk mahasiswa dan mahasiswi Kolej Aminuddin Baki supaya terus maju kehadapan sebagai mahasiswa/i yang proaktif, berdaya saing serta mempunyai sahsiah yang tinggi melalui pengisiannya. Ianya juga dapat memberi pengalaman dan peluang kepada mahasiswa/i KAB untuk memastikan mereka menjadi individu yang mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan kepada masyarakat sekitar. Dalam masa yang sama, program ini diadakan bertujuan untuk menerapkan rasa cinta mahasiswa/i kepada universiti amnya dan kolej kediaman khususnya. Dengan wujudnya perasaan cinta ini, maka mahasiswa/i akan terus berbakti kepada universiti dan kolej kediaman dengan seikhlasnya tanpa mengharapkan apa-apa balasan seterusnya menyumbang ke arah kegemilangan nama universiti dan kolej kediaman.Majlis pada malam ini juga yang bermatlamat untuk mendekatkan serta mengeratkan hubungan mahasiswa dan mahasiswi yang menjadi penghuni Kolej Aminuddin Baki khususnya dengan corak kehidupan yang lebih harmoni dan sejahtera di dalam kolej. Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama banyak pihak termasuklah Majlis Mahasiswa Kolej dan Rakan Exco Kolej, Kolej Aminuddin Baki ini merupakan salah satu program yang amat berguna di dalam melatih mahasiswa dan mahasiswi baru dan lama menjadi modal insan yang unggul dengan melatih hidup bermasyarakat dan muafakat di dalam diri setiap penghuni Kolej Aminuddin Baki.Kita sedia maklum, sepanjang empat hari berlangsungnya Hari Terbuka Kolej Aminuddin Baki, terdapat banyak aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan seperti Ustazah Pilihan, Pencarian Murabbi, Pertandingan Nasyid, Eksplorace, Kelas Tajwid, Memasak dan pelbagai lagi aktiviti sukan yang menarik. Aktiviti yang dijalankan telah mendapat sambutan dan penyertaan yang sangat baik daripada kalangan mahasiswa mahasiswi serta penduduk-penduduk sekitar. Semua aktiviti yang dijalankan mempunyai seribu satu matlamat dan manfaat buat semua dan boleh dijadikan teladan dan penuh dengan kebaikan yang tersendiri. Secara tidak langsung, program ini dapat memperkenalkan UPSI amnya dan Kolej Aminuddin Baki khususnya kepada masyarakat sekitar. Dalam masa yang sama, pihak majlis mahasiswa kolej penganjuran program ingin menerapkan nilainilai murni dalam kalangan penghuni kolej terutamanya terhadap keperluan masyarakat sekitar.Akhir bicara, sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya kepada semua yang terlibat di dalam program ini dan saya harap segala pengalaman dan teladan yang anda dapat mampu digunakan apabila berada di dalam lingkungan masyarakat yang lebih besar. Dan akhir sekali ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat termasuklah ajk-ajk pelaksana yang telah banyak bertungkus lumus sepanjang program ini berlangsung. Akhir kata dari saya;Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Sekian terima kasihWabilahitaufik walhidayah assalamualaikum wbt