821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4

7
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER 2014 HBEF3603 AKTIVITI 1 – T1A4 JURNAL REFLEKTIF PRAKTIKUM NAMA : SAIFUL AZRA BIN MD NOH NOMBOR MATRIK : 821008016129001 NO. KAD PENGENALAN : 821008-01-6129 NO. TELEFON : 0107064439 E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM BATU PAHAT

Transcript of 821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4

Page 1: 821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2014

HBEF3603

AKTIVITI 1 – T1A4

JURNAL REFLEKTIF PRAKTIKUM

NAMA : SAIFUL AZRA BIN MD NOH

NOMBOR MATRIK : 821008016129001

NO. KAD PENGENALAN : 821008-01-6129

NO. TELEFON : 0107064439

E-MAIL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM BATU PAHAT

Page 2: 821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4

Penulisan Jurnal Reflektif adalah amat penting untuk guru menilai dan membantu mereka

memperbaiki kelemahan dan berusaha mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang

timbul semasa menjalankan sesuatu aktiviti. Menurut Woolfolk (1995), refleksi adalah satu

pemikiran secara mendalam di mana seseorang itu akan memikirkan atau merenung semula

situasi yang telah dilalui untuk menganalisis apa yang telah dilakukan dan mengapa

dilakukan sedemikian.

Sebagai seorang guru penyelaras dalam apa jua kegiatan kokurikulum, guru perlulah

sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada pengalaman yang telah

dilalui. Guru juga perlu boleh menghubung kaitkan apa yang dipelajari atau dialami dengan

tugas dan kehidupan harian agar pemahaman yang lebih dapat disampaikan kepada para

murid.

Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan semasa menjalani

praktikum sebanyak 2 kali iaitu pada 28 Januari 2015 dan 4 Februari 2015, melalui

pemerhatian dan penilaian yang saya lakukan, saya dapati murid-murid kurang memahami isi

pelajaran yang saya ajari. Pada praktikum fasa pertama yang saya jalankan, mendapati murid

kurang pengetahuan sedia ada tentang asas muzik, apatah lagi teori muzik. Hal ini

menyebabkan ketidaklancaran dalam proses pengajaran saya. Ini adalah kerana saya

mendapat respon yang agak lambat apabila saya memulakan set induksi sebelum saya beralih

ke langkah satu. Pada pengamatan saya, hanya beberapa orang murid sahaja yang memahami

pengajaran saya di awal sesi pengajaran. Dalam kajian yang saya jalankan, salah satu punca

murid kurang / lambat untuk menguasai pelajaran yang diajar adalah disebabkan mereka

sebelum ini diajar oleh guru yang bukan opsyen muzik. Di dalam kelas muzik yang mereka

jalani sebelum ini hanyalah menumpukan kepada asas / aktiviti nyanyian semata-mata. Oleh

yang demikian, proses PdP tidak dapat berjalan dengan lancar kerana saya terpaksamemberi

lebih tumpuan

Di dalam praktikum fasa pertama yang dijalankan juga mendapati terdapat segelintir

murid yang tidak memberi perhatian yang sepenuhnya kepada pengajaran saya sejak

bermulanya proses pengajaran sehingga ia berakhir. Berkemungkinan besar masalah ini

disebabkan murid dari kelas yang terakhir dan agak sukar untuk mengawal tingkah laku

mereka. Tambahan lagi, aktiviti yang dijalankan menggunakan alatan ( Rekoder ) dan murid

teralu ghairah untuk cuba meniup kerana rata-rata murid, tidak pernah menggunakan alat

tersebut (rekoder ). Walaupun keadaan ini agak menyedihkan, namun saya atasinya dengan

Page 3: 821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4

cara yang paling sesuai untuk saya menarik kembali murid-murid tersebut ke dalam

pengajaran saya.

Sharifah Md Nor (2000) telah menterjemahkan kata-kata Gracey (1972). Gracey telah

membahagikan guru kepada dua kategori iaitu guru produksi (production) dan guru kraf

(craftman).

“ Guru jenis produksilah yang lumrah terdapat di sekolah kita kini. Guru produksi

boleh dikenali sebagai pekerja utama yang melahirkan produk ( pelajar ) yang perlu

menguasai mata pelajaran yang ditentukan, dengan meluahkan kembali fakta-fakta

yang telah ditetapkan, pelajar tidak perlu ’ bekerja ’, mereka hanya menerima secara

pasif apa yang diajar. ”

Berdasarkan kepada praktikum dan pemerhatian saya dalam praktikum fasa 1 dan 2

yang telah saya jalani, beberapa langkah perlu diambil bagi mempastikan murid dapat

mencapai tahap penguasaan yang diingini. Oleh itu saya telah menggunakan pendekatan

dengan mengajar mereka dari asas rekoder dan meningkatkan lagi mutu kawalan kelas agar

ianya lebih kondusif dan ketenteraman dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat

dicapai..

Menurut Howard Gardner (1943), setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza

dalam fitrahnya. Potensi yang dirujuk boleh diukur dengan darjah kecerdasan. Mengikut

Gardner (1991), potensi manusia mempunyai tujuh kecerdasan dalam dirinya, iaitu : muzik,

ruang, linguistik, logikal-matematikal, tubuh kinestetik, interpersonal (sosial), dan

intrapersonal (kendiri).

Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah murid-murid yang tidak memberi

perhatian kepada pengajaran saya . Pelbagai persoalan yang timbul di dalam fikiran saya iaitu

:

• Adakah murid-murid ini menganggap saya seorang guru yang lemah ?• Apakah yang menyebabkan murid-murid ini tidak memberi perhatian semasa

pengajaran saya ?

• Bagaimanakah saya mengatasi masalah-masalah ini ?

• Mengapakah semua ini berlaku di dalam pengajaran saya ?

Page 4: 821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4

• Apakah bentuk ganjaran yang sesuai untuk saya kekalkan murid-murid ini di dalam pengajaran saya ?

• Adakah saya perlu memperbaiki corak pengajaran saya untuk mengatasi semua masalah ini ?

Daripada tinjauan dan pemerhatian saya melalui segala persoalan yang berlegar di fikiran

saya, beberapa dapatan telah saya senaraikan :

• Murid-murid dalam kategori lemah dan lambat untuk menguasai pelajaran yang diajar.

• Murid-murid tidak diajar dengan konsep asas muzik dan teori asas muzik.

• Walaupun murid dari kelas yang lemah, namun didapati beberapa orang murid mempunyai bakat dalam permainan alat (rekoder ).

• Murid amat berminat untuk mempelajari matapelajaran pendidikan muzik

Apabila meniliti segala permasalahan yang wujud di kelas ini, diagnosis perlu dijalankan

ke atas diri setiap murid untuk mengetahui tahap kebolehan dan kecenderungan dalam diri

setiap murid.

CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Untuk membantu murid-murid yang kurang berminat untuk belajar saya perlu:-

- Mengajar kembali konsep asas muzik dan teori pendidikan muzik

- Memberi peneguhan kepada murid yang dapat menjawab dengan baik / bermain alat muzik dengan baik.

- Sentiasa memuji dan menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa mereka sedang diperhati.

- Menggunakan alat bantu mengajar yang dapat menarik minat murid ( bahan multimedia ).

- Mengenalpasti kecenderungan setiap murid sama ada cenderung ke arah muzik, ruang, linguistik dan sebagainya.

- Guru perlu mempelbagaikan aktiviti supaya murid akan berasa gembira semasa sesi pengajaran itu berjalan.

Dalam situasi seperti di atas, saya sebagai seorang guru perlu mengambil beberapa tindakan yang sewajarnya iaitu :

Page 5: 821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4

Meningkatkan pengetahuan dan teknik mengajar yang pelbagai agar murid tidak bosan untuk meneruskan pembelajaran.

Memberi lebih sokongan kepada murid yang pemalu dan pasif. Murid-murid ini perli diberi peluang untuk menjawab soalan atau sebagainya kerana tidak semestinya mereka pasif, mereka tidak pandai.

Sentiasa menarik perhatian murid dengan aksi yang boleh memahamkan murid tentang isi pelajaran yang diajar.

Tidak sesekali munurunkan motivasi murid untuk belajar seperti menyisihkan murid yang lemah dan menumpukan kepada murid yang pandai sahaja.

Kemahiran asertif seorang guru itu sendiri. Suara yang lantang, tenang tetapi tegas sangat perlu untuk mengawal keseluruhan kelas dan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran

Mempunyai kesabaran yang tinggi untuk melatih murid terutamanya dalam aktiviti yang melibatkan permainan alat.

Berdasarkan semua masalah yang telah saya utarakan di atas jelas menunjukkan

bahawa murid-murid yang telah diamanahkan untuk saya memerlukan bimbingan dan juga

tunjuk ajar yang sepenuhnya daripada saya dalam bidang Pendidikan Muzik. Murid-murid

memerlukan seorang guru yang mempunyai pengetahuan dan dapat menyampaikan ilmu-

ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada mereka. Mereka akan berasa lebih gembira dan

lebih bermotivasi untuk belajar akan terus meningkat dengan lebih mendadak sekaligus

melibatkan diri secara aktif dalam mempelajari Pendidikan Muzik ini.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, berdasarkan kepada huraian permasalahan dan langkah mengatasi

kelemahan yang ada, amatlah diharapkan agar murid dapat menguasai asas dalam konsep

muzik dan mengaplikasikannya dalam permainan alat dan juga kehidupan sehariannya. Di

dalam Teori Kecerdasan, Gardner ( 1983 ) berpendapat bahawa setiap insan mewarisi tujuh

jenis kecerdasan yang berlainan. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai guru untuk

memperkembangkan potensi murid dengan pelbagai kaedah yang boleh menarik perhatian

murid untuk meningkatkan daya kreativitinya.Guru juga perlu mempunyai rekod

perkembangan dan senarai semak murid untuk mengukur sejauh mana keberkesanan kaedah

yang dilaksanakan kepada murid-muridnya. Semoga segala yang langkah yang diambil

mampu untuk mengatasi segala kelemahan yang ada dan modal insan yang akan dihasilkan

kelak mempunyai pengetahuan yang luas dan berkembang dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelek dan juga sosial.

Page 6: 821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4
Page 7: 821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4