85129950 laporan-kawad-kebakaran-skj2-2011

9
KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 1 4 OGOS 2010 SMK TAMAN KENARI PENGENALAN Pada 4 Ogos 2010, satu Program Kawad Kebakaran (fire-drill) telah dibuat dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kenari dan Jabatan Bomba Kulim. Program ini telah dirancang awal di luar pengetahuan guru-guru dan pelajar untuk menilai tahap kecekapan dan sensitiviti warga sekolah terhadap situasi kecemasan seperti kebakaran. Penggerak utama latihan kawad kebakaran ini ialah Tuan Haji Zainal Abidin bin Ahmad Turki. Pihak sekolah telah menjemput 2 orang Pegawai Bomba dan Penyelamat dari Jabatan Bomba Kulim iaitu Encik Saad bin Hassan dan Encik Khairul Rijal bin Affendi bagi menjayakan program latihan kawad kaki ini. PERJALANAN PROGRAM KAWAD KEBAKARAN Latihan Kawad Kebakaran bermula pada pukul 9.30 pagi apabila loceng kecemasan (deringan panjang tanpa henti) dibunyikan. Sehubungan itu semua murid telah mengikut arahan yang telah diarahkan oleh guru untuk ke kawasan selamat iaitu di padang sekolah setelah masing-masing dapat mengenalpasti loceng kecemasan tersebut. Ketua-ketua tingkatan membantu dan mengenalpasti bilangan pelajar mencukupi, manakala guru tingkatan memeriksa kedatangan pelajar. Setelah diteliti, semua pelajar dan guru berjaya dan selamat berkumpul di kawasan padang sekolah. Catatan masa yang diambil oleh pelajar untuk berkumpul adalah sekitar 5 minit. Piawaian masa yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat ialah tiga minit. Pegawai Bomba dan Penyelamat yang hadir untuk memantau latihan yang diadakan pada hari ini, berpuas hati dengan catatan masa yang dicatatkan oleh murid-murid walaupun tidak mencapai standard yang telah ditetapkan. Pegawai tersebut menyarankan pihak sekolah perlu lebih kerap mengadakan latihan ini bagi mencapai standard masa yang ditetapkan.

Transcript of 85129950 laporan-kawad-kebakaran-skj2-2011

Page 1: 85129950 laporan-kawad-kebakaran-skj2-2011

KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 1

4 O G O S 2 0 1 0

SMK TAMAN KENARI

PENGENALAN

Pada 4 Ogos 2010, satu Program Kawad Kebakaran (fire-drill) telah dibuat dengan

kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kenari dan Jabatan Bomba Kulim. Program

ini telah dirancang awal di luar pengetahuan guru-guru dan pelajar untuk menilai tahap

kecekapan dan sensitiviti warga sekolah terhadap situasi kecemasan seperti kebakaran.

Penggerak utama latihan kawad kebakaran ini ialah Tuan Haji Zainal Abidin bin Ahmad Turki.

Pihak sekolah telah menjemput 2 orang Pegawai Bomba dan Penyelamat dari Jabatan

Bomba Kulim iaitu Encik Saad bin Hassan dan Encik Khairul Rijal bin Affendi bagi menjayakan

program latihan kawad kaki ini.

PERJALANAN PROGRAM KAWAD KEBAKARAN

Latihan Kawad Kebakaran bermula pada pukul 9.30 pagi apabila loceng kecemasan

(deringan panjang tanpa henti) dibunyikan. Sehubungan itu semua murid telah mengikut

arahan yang telah diarahkan oleh guru untuk ke kawasan selamat iaitu di padang sekolah

setelah masing-masing dapat mengenalpasti loceng kecemasan tersebut. Ketua-ketua tingkatan

membantu dan mengenalpasti bilangan pelajar mencukupi, manakala guru tingkatan

memeriksa kedatangan pelajar. Setelah diteliti, semua pelajar dan guru berjaya dan selamat

berkumpul di kawasan padang sekolah.

Catatan masa yang diambil oleh pelajar untuk berkumpul adalah sekitar 5 minit.

Piawaian masa yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat ialah tiga minit.

Pegawai Bomba dan Penyelamat yang hadir untuk memantau latihan yang diadakan pada hari

ini, berpuas hati dengan catatan masa yang dicatatkan oleh murid-murid walaupun tidak

mencapai standard yang telah ditetapkan. Pegawai tersebut menyarankan pihak sekolah perlu

lebih kerap mengadakan latihan ini bagi mencapai standard masa yang ditetapkan.

Page 2: 85129950 laporan-kawad-kebakaran-skj2-2011

KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 2

4 O G O S 2 0 1 0

SMK TAMAN KENARI

Setelah selesai Latihan Kawad Kebakaran, guru Penolong Kanan HEM, Encik Ramani

memberi sedikit penerangan tentang tujuan latihan kawad kebakaran diadakan iaitu untuk

memberi pendedahan kepada murid-murid tentang langkah-langkah awal bagi menghadapi

kejadian kebakaran yang boleh berlaku pada bila-bila masa di bangunan sekolah.

Kemudian pihak Bomba dan Penyelamat Kulim telah mengadakan demonstrasi

memadam kebakaran yang berpunca daripada sumber petrol dengan menggunakan alat

pemadam kebakaran yang bersesuaian iaitu debu kering (dry powder). Pihak bomba juga telah

memberi penerangan tentang penggunaan alat pemadam kebakaran jenis Karbon Dioksida

(CO2) yg sesuai untuk kebakaran di kawasan tertutup contohnya di makmal computer. Alat

pemadam kebakaran jenis ini boleh mengelakkan bahan atau peralatan elektrik dari rosak.

Setelah selesai membuat demonstrasi memadam kebakaran, pelajar dan guru juga

diberi peluang untuk menggunakan alat pemadam kebakaran bagi memadamkan api yang

berpunca daripada sumber petrol. Seramai 3 orang pelajar dan 2 orang guru tampil sebagai

sukarela untuk mencuba memadamkan api kebakaran tersebut. Kelima-lima sukarela tersebut

berjaya memadamkan api dengan kaedah yang betul dan masa yg singkat.

Program ini berakhir pada jam 10.20 pagi. Pelajar dibenarkan bersurai dan digerakkan

secara teratur ke kantin untuk rehat, manakala guru mengiringi Pegawai Bomba dan

Penyelamat untuk jamuan makan.

Pegawai Bomba dan Penyelamat, En Khairul Rijal bin Affendi dan Encik Saad bin Hassan

telah berterima kasih kepada semua warga sekolah kerana memberi kerjasama dan

menunjukkan sikap yang baik sepanjang latihan kawad kebakaran sedang berjalan.

Page 3: 85129950 laporan-kawad-kebakaran-skj2-2011

KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 3

4 O G O S 2 0 1 0

SMK TAMAN KENARI

PENUTUP

Latihan Kawad Kebakaran ini berlansung seperti yang dirancang. Namun begitu wakil

pelajar lelaki yang telah membuat demonstrasi memadam api kebakaran telah mengalami

kepedihan ringan pada kulit muka apabila terlalu terdedah dengan bahang kebakaran semasa

memadamkan api, namun demikian keadaan itu dapat ditangani dengan baik setelah guru

membawanya ke bilik air dan mukanya dibasahkan dengan air mengalir seperti yang

dinasihatkan pegawai bomba. Sehubungan itu latihan ini telah mewujudkan nilai kerjasama,

bantu-membantu, keprihatinan, sensitiviti, seluruh warga sekolah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(Nur Hamizah binti Hamidon) (En. Ramani A/L Nathianathan)

Page 4: 85129950 laporan-kawad-kebakaran-skj2-2011

KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 4

4 O G O S 2 0 1 0

SMK TAMAN KENARI

ATUCARA PROGRAM

9.30 pagi : Loceng Kecemasan berbunyi

9.45 pagi : Guru mengambil kedatangan pelajar mengikut kelas masing-masing

10.00 pagi : Pegawai bomba memberi penerangan tentang latihan kawad kebakaran,

jenis2 pemadam api dan langkah menggunakan alat pemadam api

10.00 pagi : Pegawai bomba membuat tunjuk cara/demonstrasi memadamkan api

menggunakan alat pemadam api jenis debu kering (dry powder) dan

karbon dioksida (CO2).

Latihan memadamkan kebakaran dari pelajar – Nur Izzati (5K3), Mohd

Lokman (2 Iltizam).

Latihan memadamkan kebakaran dari guru perempuan – Puan Hamidah

Latihan memadamkan kebakaran dari guru lelaki – En Nazmier

10.20 pagi : Latihan selesai. Pelajar bergerak ke kantin untuk rehat. Guru mengiring

pegawai-pegawai bomba dan penyelamat ke bilik jamuan.

Page 5: 85129950 laporan-kawad-kebakaran-skj2-2011

KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 5

4 O G O S 2 0 1 0

SMK TAMAN KENARI

PELAN KEBAKARAN

TINGKAT BAWAH

TEMPAT BERKUMPUL

(PADANG SEKOLAH)

Page 6: 85129950 laporan-kawad-kebakaran-skj2-2011

KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 6

4 O G O S 2 0 1 0

SMK TAMAN KENARI

LAMPIRAN

LATIHAN KAWAD KAKI SMKTK 2010

Page 7: 85129950 laporan-kawad-kebakaran-skj2-2011

KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 7

4 O G O S 2 0 1 0

SMK TAMAN KENARI

LAMPIRAN

Guru dan pelajar bergerak menuju ke kawasan terbuka dan selamat iaitu

padang sekolah.

Guru Penolong Kanan HEM, Encik Ramani memberi sedikit penerangan

tentang Latihan Kawad Kebakaran.

Page 8: 85129950 laporan-kawad-kebakaran-skj2-2011

KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 8

4 O G O S 2 0 1 0

SMK TAMAN KENARI

Pegawai Bomba dan Penyelamat membuat demonstrasi memadamkan

kebakaran menggunakan alat pemadam kebakaran.

Pegawai Bomba dan Penyelamat membuat persiapan Demonstrasi

memadamkan kebakaran.

Page 9: 85129950 laporan-kawad-kebakaran-skj2-2011

KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 9

4 O G O S 2 0 1 0

SMK TAMAN KENARI

Wakil dari pelajar lelaki membuat latihan memadamkan kebakaran

menggunakan alat pemadam kebakaran jenis debu kering.

Puan Hamidah tampil sebagai sukarela membuat latihan memadamkan

kebakaran menggunakan alat pemadam kebakaran jenis debu kering.