85213689-UJIAN-Mac-Sivik-Tahun-6

15
BAHAGIAN A

description

ujian 1 sivik

Transcript of 85213689-UJIAN-Mac-Sivik-Tahun-6

Page 1: 85213689-UJIAN-Mac-Sivik-Tahun-6

BAHAGIAN A

Page 2: 85213689-UJIAN-Mac-Sivik-Tahun-6

Arahan : Bulatkan jawapan yang betul

1. Setiap kanak-kanak berhak mendapatkan kehidupan, ………………., perkembangan dan penyertaan.

A. perlindungan

B. keselamatan

C. pendidikan

D. makanan

2. Di Malaysia, tafsiran kanak-kanak adalah ................................

A. masih bersekolah rendah.

B. berumur 15 tahun ke bawah.

C. berumur 18 tahun ke bawah.

D. belum memasuki institut pengajian tinggi.

3. .................................................... merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada kanak-kanak di Malaysia bagi menghargai pencapaian mereka dalam pelbagai bidang.

A. Hari Kanak-kanak Sedunia

B. Anugerah Tokoh Kanak-kanakC. Anugerah Pingat Hang Tuah

D. Hari Kanak-kanak Malaysia

4. Setiap hari Kamariah meminta ayahnya menghantarnya ke sekolah, walaupun ayahnya telah menyediakan sebuah basikal baru untuknya. Tindakan Kamariah menunjukkannya .....

A. meminta ayahnya bertanggungjawab.

B. ingin menuntut haknya sebagai kanak-kanak.

C. inginkan kasih sayang ayahnya.

D. Ingin memenuhi kehendak dan kemahuannya

5. Tujuan utama kanak-kanak ke sekolah ialah untuk....

A, membina sahsiah dan menuntut ilmu

B. mengisi masa lapangC. mendapat ramai kawan

D. menunaikan tanggungjawab sebagai kanak-kanak

Rompin: Seorang bayi yang baru dilahirkan dijumpai oleh seorang bilal di sebuah surau di sini semalam. Bayi tersebut dipercayai ditinggalkan oleh ………..

6. Berdasarkan petikan berita di atas, apakah hak yang perlu diberikan kepada bayi tersebut ?

A. Hak mendapat pendidikan.

B. Pencegahan penderaan fizikal.

C. Perlindungan daripada malapetaka.

D. Hak jagaan dan kasih sayang.

7. Hak kanak-kanak untuk mengembangkan personaliti mereka boleh dilakukan dengan cara

A. Menyertai aktiviti sukan dan kelab

B. Mendapatkan markah yang tinggi dalam setiap ujian

C. Membantu guru tanpa disuruh

D. Tidak pernah ponteng sekolah

8. Ibu bapa perlu menyediakan ………………………….. untuk memastikan anak-anak mereka sentiasa sihat dan cergas.

A. makanan yang berzat dan mahal

B. makanan yang banyak sayur - sayuran

C. makanan yang seimbang

D. makanan tradisional

Page 3: 85213689-UJIAN-Mac-Sivik-Tahun-6

9. Pasangan manakah antara yang berikut adalah salah

Agama/ kepercayaan Ajaran

A. Tao keharmonian diri dan masyarakat.

B. Buddha sederhana dalam pemikiran,

pertuturan dan tingkah laku.

C. Confucius hidup harmoni dengan

masyarakat sejagat.

D. Hindu Dharma

Tidur dalam kelas Kerap datang lambat ke sekolah dan ponteng

Berpakaian comot

Murung

10. Seseorang kanak-kanak yang menunjukkan pelakuan seperti di atas berkemungkinan besar .....

1. kekurangan wang

2. datang dari keluarga yang miskin

3. masih belum cukup matang

4. kekurangan kasih sayang dan perhatian

Soalan 11 dan 12 adalah berdasarkan petikan di bawah.

Perkara 28 :Hak Kepada Pendidikan

Kanak-kanak mempunyai hak terhadap pendidikan dan kewajipan negara untuk memastikan bahawa pendidikan utama percuma .......

Sumber : Konvensyen

Mengenai Kanak-kanak, SUHAKAM.

Abui tidak dapat ke sekolah seperti kanak-kanak yang lain. Ini disebabkan oleh keluarganya yang terlalu miskin. Dia tinggal di sebuah rumah panjang di pedalaman Sarawak.

11. Berdasarkan Perkara 28 di atas, apakah tindakan yang boleh diambil terhadap keluarga Abui.

A. Mengenakan denda seperti yang telah ditetapkan.

B. Memberi pekerjaan yang lebih baik kepada bapa Abui.

C. Memberi nasihat dan bantuan agar Abui boleh bersekolah.

12. Abui perlu dibantu untuk membolehkannya bersekolah, cara yang sesuai ialah ?

A. Menempatkan Abui di sekolah berasrama yang berhampiran.

B. Membina sebuah sekolah di kawasan tempat tinggal Abui.

C. Menghantar guru untuk mengajar Abui.

13. Mengikut ajaran Islam, cara terbaik untuk memupuk keharmonian keluarga ialah?

A. Makan bersama-sama.

B. Beriadah bersama tiga kali seminggu.

C. Sembahyang berjemaah bersama keluarga.

D. Mengadakan perjumpaan keluarga seminggu sekali.

14. Keharmonian dalam sesebuah keluarga boleh dipupuk melalui cara berikut kecuali ?

A. Saling menghormati.

B. Bersopan santun.

C. Bersimpati.

Page 4: 85213689-UJIAN-Mac-Sivik-Tahun-6

D. Menyelesaikan masalah secara perbincangan.

15. Salmah memarahi Ah Seng dan Sivakami kerana tidak mengangkat tangan ketika berdoa semasa perhimpunan rasmi sekolah. Tindakan Salmah menunjukkan yang dia.......

A. telah berjaya memberi kesedaran kepada Ah Seng dan Sivakami.

B. tidak menghormati Ah Seng dan Sivakami yang bukan beragama Islam.

C. seorang murid yang perihatin.

D. seorang murid yang alim .

16. Amalan mengirim kad ucapan sempena hari perayaan oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia menggambarkan sifat ......

A. kejujuran

B. bersatu padu

C. hormat-menghormati

D. keharmonian

Tumbuh tinggi pokok kelapa,

Banyak berbuah bertali-tali;

Ikutlah kata ibu dan bapa,

Bersikap takbur jangan sekali.

17. Pantun di atas membawa nilai maksud ...... .

A. Orang tua umpama buah kelapa

B. Orang tua suka menanam pokok kelapa

C. Hormatilah orang-orang tua

D. Jangan jadi orang tua yang takbur.

18. Setelah kematian suaminya, Puan Ai Ling telah dihantar oleh anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Tindakan anak-anak Puan Ai Ling adalah kerana ........ .

A. telah dipelawa oleh pengurus rumah orang-orang tua tersebut.

B. untuk memudahkannya menjalankan tugas masing-masing.

C. untuk memberi kehidupan yang lebih selesa kepada ibunya.

D. anak-anaknya gagal menjalankan tanggungjawab sebagai anak.

19. Pili bomba yang terdapat di sekolah boleh digunakan ....... .

A. semasa gotong royong

B. jika berlaku kebakaran

C. apabila bekalan air terputus

D. untuk membersihkan bangunan sekolah

20. Seorang pemuda yang dalam kecemasan ingin menggunakan telefon yang ada dalam kawasan sekolah anda. Apa tindakan anda sekiranya anda berada di sekolah ketika itu ?

A. Menghalang pemuda tersebut kerana telefon itu untuk kegunaan warga sekolah sahaja.

B. Memintanya mendapatkan kebenaran guru besar terlebih dahulu.

C. Menunjukkan kepada pemuda itu kedudukan telefon di sekolah anda.

Page 5: 85213689-UJIAN-Mac-Sivik-Tahun-6

D. Meminta pemuda itu menggunakan telefon di tempat lain.

Kasih sayang mewujudkan kemesraan Persaudaraan erat hidup berkat

Kasih sayang asas kekeluargaan

Sayangi diri dan keluarga

21. Kata-kata hikmat di atas merupakan suatu slogan untuk.....

A. mewujudkan keharmonian keluarga

B. melahirkan warganegara yang beriman

C. mewujudkan keluarga majmuk

D. menjaga kebajikan keluarga

22. Berikut merupakan kemudahan awam yang terdapat di sekolah kecuali ........ .

A. kantin

B. pili bomba

C. telefon awam

D. bilik darjah

23. Harta benda sekolah hendaklah dijaga untuk kemudahan bersama. Ia boleh dilakukan dengan cara ?

I menggunakannya dengan betul

II menegur murid yang cuba

merosakkannnya

III melapor kepada guru jika berlaku

kerosakkan

IV membaiki sendiri peralatan yang rosak

A. A. I dan II

B. B. I, II dan III

C. C. I, II dan IV

D. D. I, II, III dan IV

Guna telefon ini dengan baik

Tutup paip selepas digunakan

Gunakan tong sampah dengan betul

24. Kata-kata di atas biasa ditemui di persekitaran sekolah. Tujuannya ialah ..

A. Mencantikkan kawasan sekolah

B. Sebagai bahan bacaan tambahan

C. Mendidik murid menggunakan kemudahan sekolah dengan betul.

D. Mewajibkan murid menggunakan semua kemudahan yang disediakan.

Jejantas

Lintasan Zebra

Lampu Isyarat

25 . Berikut merupakan faedah-faedah kemudahan awam di atas, kecuali ?

A. Menggelakkan kemalanganB. Memudahkan orang ramai melintas

jalan

C. Melambatkan pengguna-pengguna yang mahu melintas

D. Melancarkan pergerakkan kenderaan

Page 6: 85213689-UJIAN-Mac-Sivik-Tahun-6

26. Kemudahan awam kerap disalahgunakan adalah disebabkan oleh ?

I Kurang kesedaran.

II Sikap tidak bertanggungjawab.

III Kita terpaksa membayar untuk menggunakan kemudahan tersebut.

IV Tiada tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

A. I dan IIB. I, II dan III

C. I, II dan IV

D. I, II, III dan IV

27. Vandalisma adalah merujuk kepada sikap .........

A. suka menggunakan kemudahan awam

B. suka merosakkan kemudahan awam

C. tidak boleh melihat kemudahan awam

D. tidak tahu menggunakan kemudahan awam

28. Longkang di kawasan tempat tinggal anda sering tersumbat. Apakah yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah tersebut ?

A. Memaklumkan kepada ketua kampung supaya dijalankan gotong -royong.

B. Menyatakan masalah tersebut kepada pihak TV dan akhbar.

C. Mengajak beberapa orang kawan untuk membersikan longkang tersebut.

D. Mengupah pihak swasta untuk membersihkannya.

29. Alam sekitar, terutama hutan rimba yang semakin musnah adalah disebabkan oleh ......... .

A. Pelancong yang datang semakin ramai.

B. Bencana alam yang kerap berlaku.

C. Hutan ditebang secara berleluasa.

D. Pembangunan yang telah dirancang.

Program Tarikh

Hari Hutan Sedunia 21 Mac

Hari Alam Sekitar Sedunia 5 Jun

Minggu Alam Sekitar Malaysia 21 – 27 Oktober

30. Program-program alam sekitar di atas dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar, Malaysia. Sambutan berkenaan adalah bertujuan untuk …… .

Page 7: 85213689-UJIAN-Mac-Sivik-Tahun-6

A. membuktikan Malaysia adalah penganjur terbaik.

B. memaklumkan bahawa alam sekitar Malaysia masih terpelihara.

C. Memaklumkan bahawa alam sekitar di Malaysia semakin musnah.

D. Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya menjaga alam sekitar.

BAHAGIAN B

Tandakan betul ( √ ) jika pernyataan yang diberikan benar dan salah ( X ) jika pernyataan tidak benar.

1. Kanak-kanak adalah individu yang berumur di bdi bawah ( )

18 tahun .

2. Ibu bapa harus memberi kebebasan kepada ( )

kanak-kanak mengembangkan bakat dan minat.

Page 8: 85213689-UJIAN-Mac-Sivik-Tahun-6

3. Kanak-kanak akan merasa seronok bila dibera oleh ( )

ibu bapa mereka.

4. Makan bersama-sama ahli keluarga pada petang ( )

perayaan sambutan Tahun Baru Cina.

5. Murid Tahun 6 hendaklah selalu membuli rakan mereka ( )

di kelas yang lebih rendah .

(10 MARKAH )

BAHAGIAN C

Susun semula adab-adab berziarah dibawah.

1. Duduk dengan tertib dan bersopan ( )

2. Masuk ke rumah apabila dijemput naik. ( )

3. Memberi salam. ( )

4. Berjabat tangan dengan orang tua. ( )

Page 9: 85213689-UJIAN-Mac-Sivik-Tahun-6

5. Buka kasut sebelum masuk ke rumah. ( )

( 5 MARKAH )

BAHAGIAN D

Berikan pandangan anda berdasarkan pernyataan yang diberikan .

Bil Pernyataan

1

Asif menyatakan buku yang dipinjamkannya hilang di perpustakaan sekolah , sedangkan buku itu ada pada dirinya

2

Halim menutup paip air di tandas awam yang lupa ditutup orang lain sebelumnya.

3

Raul menghempas ganggang telefon awam dengan kuat setelah gagal menghubungi kawan.

4 Aik Cheong suka melukis dan menconteng dinding sekolah.

Page 10: 85213689-UJIAN-Mac-Sivik-Tahun-6

5

Ali mengutip sampah yang bertaburan dari dalam bakul sampah , walaupun diejek oleh rakannya.

( 10 MARKAH )

BAHAGIAN E

Berdasarkan gambar di bawah cari LIMA ( 5 ) nilai murni atau pengajaran yang dapat anda perolehi.

Page 11: 85213689-UJIAN-Mac-Sivik-Tahun-6

1. ……………………………………………………………………………….....

........................................................................................

.........................

2. …………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………..

3. ………………………………………………………………………………......

…………………………………………………………………………………..

4. …………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………..

5. …………………………………………………………………………………..

. …………………………………………………………………………………..

( 5 MARKAH )

CADANGAN JAWAPAN

Tahun 6

BAHAGIAN A

1 A 11 C 21 A

2 B 12 A 22 D

3 B 13 C 23 B

4 D 14 C 24 C

5 A 15 B 25 C

6 D 16 D 26 C

7 A 17 C 27 B

8 C 18 D 28 A

Page 12: 85213689-UJIAN-Mac-Sivik-Tahun-6

9 A 19 B 29 C

10 D 20 B 30 D

BAHAGIAN B

1. ( BETUL )2. ( BETUL )

3. ( SALAH )

4. ( BETUL )

5. ( SALAH )

BAHAGIAN C

1. ( 5 )2. ( 3 )

3. ( 1 )

4. ( 4 )

5. ( 2 )

BAHAGIAN D

1. Sikap Asif itu tidak bertanggung jawab.2. Sikap Halim bertanggungjawab dan patut

dicontohi

3. Sikap Rahul tidak bertanggung jawab kerana merosakkan harta benda awam

4. Sikap Aik Cheong tidak bertanggungjawab

5. Sikap yang sangat terpuji dan wajar dicontohi.

BAHAGIAN E

1. Nilai berkerjasama2. Hormat – menghormati

3. Semangat Perpaduan

4. Tidak mengira darjat / sama rata

5. Berdikari

6. Bantu- membantu

o dan lain-lain nilai yang

berkaitan dengan

gambar yang diberikan.

12