86552085 Memahami Sitausi Nuzul Al Quran Dalam Konteks Tafsif Haraki
-
Upload
azrin-razaly-malikul-afdhal -
Category
Documents
-
view
44 -
download
3
Transcript of 86552085 Memahami Sitausi Nuzul Al Quran Dalam Konteks Tafsif Haraki
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
MEMAHAMI SITUASI NUZUL AL-QURAN DALAM KONTEKS
TAFSIF HARAKI AL-QURAN
MUQADDIMAH
Masyarakat hari ini memerlukan satu bentuk baru tafsiran Al-Quran. Olahan bentuk
baru ini yang dimaksudkan ialah menyesuaikan penafsirannya selaras dengan kaedah
dakwah yang merupakan keseluruhan roh penurunan Al-Quran.
Al-Quran tidak diturunkan untuk dilagukan, tetapi untuk difahami kandungannya
dan beramal dengan tuntutannya. Tetapi bagaimana cita-cita ini boleh dicapai kalau umat
Islam memisahkan tafsiran Al-Quran dari suasana dakwah yang melingkari persekitaran
penurunan Al-Quran ?
Kertas kerja ini cuba menyentuh satu aspek penting dalam penafsiran Al-Quran
yang dicadangkan. Ia adalah situasi ‘nuzul’ atau disebut sebagai النزول جوز ) ) .
MENDEKATI RIWAYAT : WASILAH MEMAHAMI SITUASI ‘NUZUL’
Sepatutnya umat Islam mendekati tafsir-tafsir yang menitikberatkan riwayat seperti
tafsir At-Tabari1 dan Ibnu Kathir, mengkaji sebab-sebab sesuatu ayat atau surah, sebelum
menyelami roh situasi nuzul ayat-ayat Al-Quran atau sesuatu surah tertentu. Buku-buku
sebab nuzul seperti yang disusun oleh Al-Wahidi2 dan As-Sayuti3 boleh juga dirujuk bagi
membantu kajian yang dimaksudkan.
Demikian juga buku-buku sirah dan tarikh yang menitikberatkan persoalan sanad
dan riwayat seperti Ibn Hisyam4, Ibn Kathir5 dan Tabari6, merupakan buku asas yang
tidak boleh ditinggalkan.
Oleh kerana berlaku di dalam mana-mana riwayat (samada yang disusun oleh
Imam Tabari, Ibn Kathir, Al-Wahidi dan As-Sayuti serta Ibn Hisyam), kedhaifan pada
sanad, maka ia memerlukan satu disiplin ilmu yang lain pula untuk menilai dan
menimbang terima sesuatu sanad / riwayat, bagi mengenal pasti riwayat-riwayat / sanad-
sanad yang mencapai martabat sahih samada pada pengucapan, perilaku dan iqrar
1
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Baginda Rasulullah saw manhaj ini dikenali sebagai ‘Manhaj Tahqiq’ yang bertujuan
mengelakkan dari mendustakan Baginda Rasulullah saw secara yang tidak disedari.
Setelah semua riwayat yang tidak sahih diketepikan, maka pada waktu itulah daie
memulakan langkah seterusnya menghayati dan menghadirkan diri dalam situasi
bagaimana sesuatu ayat atau surah diturunkan kepada nabi S.A.W. Kemanisan
penghayatan situasi ini telah dirasai oleh orang-orang yang terdahulu, yang berada di
persekitaran Baginda S.A.W apabila Jibril a.s turun menurunkan suatu ayat atau surah.
Situasi inilah yang cuba diketengahkan oleh penulis kepada para daie dalam rangka
mencari bekalan, mengubat hati yang luka, menenangkan perasaan duka apabila
menghadapi mehnah di medan dakwah, yang mana semuanya itu telahpun dilalui oleh
generasi awal, para sahabat r.a dalam penerusan tugas dakwah mereka.
Al-Quran sebagaimanayang sedia dimaklumi diturunkan melalui dua peringkat
pertama Makkiyyah dan kedua Madaniyyah. Kedua-dua peringkat ini merupakan marhalah
dakwah. Oleh itu kerana Al-Quran diturunkan dengan mengambil kira marhalah dakwah,
maka tidak syak bahawa Allah S.W.T menurunkan adalah kerana tujuan dan kepentingan
dakwah. Oleh kerana tugas dakwah ini berpanjangan, maka mehnah juga berpanjangan.
Kalaulah Al-Quran di zaman penurunannya bertujuan mengolahi persoalan dakwah yang
meliputi manhaj dan mehnah, maka ia perlu diolah kembali di zaman kini bagi
memantapkan pembentukan manhaj dan keutuhan menghadapi mehnah.
Bukti nyata yang menunjukkan kebenaran kenyataan di atas boleh apabila didapati
kita mendekati dan meneliti Al-Quran, kerana di sana kita akan dapati tatabicara Al-Quran
di dalam ayat-ayat dan surah-surah Makiyyah berbeza dari uslub dan gaya bahasanya di
dalam surah-surah Madaniyyah. Pemilihan kalimah dan pengucapan ayat-ayat yang
diturunkan di masa perang berbeza dari zaman damai dan zaman taujihat syriat. Corak
kisah dan kandungannya di dalam Al-Quran adalah dipengaruh oleh persekitaran yang
melingkari realiti dakwah dan gerakannya di masa itu.
MEMAHAMI SITUASI NUZUL : SUATU CONTOH
2
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Kalaulah faktor masa tidak menghalang, penulis bercadang mengenengahkan tiga
surah untuk dijadikan bahan diskusi dan contoh bagaimana cadangan di atas boleh
dilakukan. Tiga surah itu ialah surah Hud, surah Al-Fath dan surah Al-Kahfi.
Kalaulah diteliti kepada susun atur penurunan surah, kita akan dapati surah ini
diturunkan selepas surah Yunus. Surah Yunus pula diturunkan selepas surah Isra’. Ketiga-
tiganya adalah di dalam lingkungan surah Makkiyyah. Turutan ini membuka ruang kepada
kita untuk memahami situasi turunnya surah Hud.
Surah Isra’, memadai dengan namanya sahaja sudah menunjukkan kepada kita
satu peristiwa besar yang berlaku dalam kehidupan dakwah Baginda S.A.W peristiwa
besar itu ialah Isra’ dan Mi’raj7. Kalau dirujuk kepada sirah dan riwayat, peristiwa ini
berlaku 18 bulan sebelum berlakunya hijrah Baginda S.A.W ke Madinah8. Dikatakan
bahawa Allah S.W.T telah mengangkat nabiNya ke langit bermuzakarah dengan para
anbiya’ ekoran dua peristiwa sedih yang menimpa Baginda iaitu kematian Abu Talib dan
isterinya Khadijah r.a.
Bertitik tolak dari sini boleh kita katakan bahawa surah Hud ini diturunkan di
persekitaran tahun dukacita ( الحزن عام ) memanjang kepada sebelum peristiwa Baiah
Aqabah. Tarikh tepat surah ini diturunkan, setakat kertas kerja ini ditulis masih belum
dapat ditentukan. Tetapi ia tidaklah mengurangi nilai kepentingan menghayati situasi
nuzulnya yang berterusan sehingga sebelum peristiwa Baiah Aqabah.
Dalam dekad inilah berlakunya dua kematian iaitu Khadijah isteri yang paling
disayanginya dan Abu Talib tokoh yang banyak membantu beliau menghadapi tindakan
keras kaum Quraisy. Dalam dekad ini juga berlakunya penolakan kaum Thaqib terhadap
dakwah Baginda S.A.W serta tindakan mengejek dan memperlekehkan mukjizat Isra’ dan
Mi’raj.
Abu Talib sepanjang hidupnya terkenal sebagai seorang yang kuat membantu
gerakan dakwah sekalipun beliau menghabiskan nyawanya dalam kekufuran. Golongan
Quraisy tidak mampu menggiatkan tindakan ganas terhadap dakwah Rasulullag S.A.W
sepanjang beliau masih hidup lantaran penghormatan Quraisy terhadapnya. Dengan
kematian Abu Talib kafir Quraisy mula mengganas dan menggiatkan gerakan mengepung
3
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
dakwah Baginda S.A.W secara terang-terangan9. Khadijah pula dikenali sebagai seorang
isteri yang banyak memainkan peranan meringankan bebanan tugas dan masalah yang
dihadapi oleh Baginda S.A.W malah hartanya bukan sedikit dihabiskan untuk tujuan
tersebut.
Kalaulah anda berada di tempat Baginda S.A.W, anda akan ketahui betapa
berertinya hidup berumahtangga dengan seorang tokoh isteri seperti Khadijah. Ini kerana
hampir kebanyakkan nabi-nabi10 yang sebelum Baginda S.A.W memiliki para isteri yang
menjadi gunting dalam lipatan dan api dalam sekam yang mengkhianati dakwah para
suami mereka. Tapi Baginda dikurniakan Khadijah yang bukan sahaja tidak menghalang
tugas dakwah suaminya malah turut sama turun ke gelenggang bergolok bergadai
semata-mata kerana Islam11.
Sebagai mengubati hati duka setelah kematian Abu Talib dan Khadijah serta
berbagai episod gerakan mengecam dakwah, Baginda mengorak langkah mencari tempat
menentu nasib yang lebih baik dari kota Mekah. Lalu Baginda bertolak ke kota Thaif
dengan harapan moga-moga masyarakat Thaqif yang mendiami Thaif bersedia
menyambut beliau dengan sambutan yang baik. Tetapi apa yang berlaku adalah diluar
dugaan sama sekali, di mana masyarakat Thaif menganggap Baginda S.A.W sebagai
tetamu yang tidak diundang, lalu dibentuk satu gerombolan pemuda tahan lasak dan
pemuda upahan menghalau, mengejar dan melontar beliau dengan batu-batu sehingga
berdarah. Lalu pulanglah beliau ke Mekah tanpa membawa apa-apa hasil dari Thaif.
Selepas itu berlaku pula peristiwa besar dalam sejarah kerasulan Baginda S.A.W
iaitu mukjizat Isra’ dan Mi’raj, di mana Baginda dijemput berjalan malam dari Masjidil
Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa dan seterusnya diangkit ke langit. Setelah selesai
bermuzakarah dengan para anbiya’ dan menerima perintah sembahyang lima waktu, lalu
beliau dihantar kembali ke rumahnya di Mekah pada malam yang sama. Sebaik saja
diceritakan mukjizat inilah maka riuh rendah dan gegak gempita golongan Musyrikin
mendengarkan cerita Baginda tersebut dan seterusnya mendustakannya12.
Dalam situasi sebeginilah surah Hud diturunkan dan sebelumnya surah Yunus
dengan didahului surah Isra’. Ketiga-tiga memiliki ciri situasi tirun (nuzul) yang hampir
bersamaan dan dalam tabiat dakwah yang hampir serupa13.
4
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Dengan ini adalah dekad tekanan dan ejekan. Ia mempengaruhi dengan jelas
kandungan surah ini dan kesannya terhadap pembentukan isi surah ini. Paling ketara ialah
pada unsur yang bergerak cergas menguatkan langkag Baginda dan para sahabat untuk
maju ke hadapan seiring sejalan menegakkan kebenaran. Begitu juga pada unsur yang
menyegarkan kembali roh perjuangan mengubati hati Baginda dan para sahabatnya yang
dikepungi oleh keganasan Quraisy dan kesempitan dek pemulauan masyarakat jahiliyah
terhadap mereka14.
DURUS DARI SITUASI NUZUL DALAM TAFSIR HARAKI
Setelah kita menghadirkan situasi nuzul tadi di hadapan kita secara ringkas,
marilah kita cuba melihat durus dari situasi tadi dalam tafsir haraki. Dan penulis
sebenarnya tidak bercadang membuat tafsiran terperinci seluruh ayat-ayat dalam surah ini
kerana masa tidak begitu mengizinkan.
1. Surah Hud yang diturunkan dalam situasi di atas tadi membentangkan
kepada pembaca Al-Quran, gerakan aqidah zaman berzaman.
Surah Hud membentangkan kepada Baginda dan para sahabat serta kepada
kita semua gerakan aqidah Islamiyah dan perjuangan menegakkannya zaman
berzaman. Ia bermula dari zaman nabi Nuh a.s sehingga zaman nabi Muhammad
S.A.W.
Ia menggambarkan kesatuan gerakan yang berpusat pada satu paksi bagi
melaksanakan satu cita-cita iaitu menyeru manusia supaya tunduk dan patuh
secara mutlak hanya kepada Allah S.W.T, tanpa syirik dan mengabdikan diri
kepadaNya tanpa sebarang penyengutuan. Dari itu, ia bukanlah dakwah yang
direka-reka oleh Muhammad S.A.W, malah ia merupakan gerakan penerusan yang
telah dimuqaddimahkan oleh para anbia’ sebelum Baginda S.A.W, lalu
dibentangkan sebagai bukti bagi membuka mata mereka, gerakan dakwah nabi
Nuh a.s15, gerakan dakwah nabi Hud a.s16, gerakan dakwah nabi Soleh a.s17,
gerakan dakwah nabi Syuaib a.s18, gerakan dakwah nabi Musa a.s 19, dan lain-
5
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
lain. Kesemua mereka bersatu bangkit mengemukakan kalimah yang satu iaitu
aqidah Tauhid.
2. Surah Hud cuba menarik perhatian Baginda dan para sahabat juga para
daie sekelian, bahawa keingkaran menerima kebesaran dan gerakan
menekan usaha dakwah adalah merupakan suatu ciri episod yang tiada
penghujungnya.
Dibentangkan kepada Baginda bagaimana sifat para rasul terdahulu
menghadapi tekanan dan menangani masalah yang datang bertubi-tubi dari kaum
mereka. Dengan itu ia membuktikan suatu kekuatan yang tiada taranya bahawa
bukan beliau sahaja yang menerima tekanan dan pemulauan malah nabi-nabi yang
sebelumnya hampir keseluruhannya senasib dengan beliau, tetapi demi kebenaran
mereka tidak mundur kebelakang walau selangkah. Dengan berbekalkan
kebenaran Thiqah kepada kebenaran wadah yang didokong, serta yakin kepada
pertolongan yang bakal datang membantu kebenaran yang menyebabkan mereka
terus iltizam dan terus istiqomah di atas dakwah mereka.
Mereka yakin bahawa janji kemenangan pasti bersama mereka. Kalaulah Allah
S.W.T kehendak, maka boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja pendokong kebatilan
menemui padah dengan dihapuskan mereka hingga ke akar umbi, tetapi cara perjuangan
itu adalah sunnah seluruh para anbiya’ dan kemenangan kebenaran mesti melalui liku-liku
sunnah yang ditetapkan, maka ditangguhkan kemenangan sehingga tiba masanya yang
sesuai dengan harapan agar mereka akan bertaubat dan berpaling tadah dari wadah yang
batil.
2. Surah Hud adalah antara surah yang memiliki keistimewaan kepelbagaian
kisah para anbiya’. Kisah-kisah ini membentangkan pengalaman orang yang
terdahulu dalam gerakan dakwah mereka.
Pembentangan kisah juga bukan semata-mata bahan hiburan penawar hati
luka dek kerana situasi dakwah yang penuh cabaran dan tekanan, tetapi
pembentangan yang diekori oleh taujihat yang memberangsangkan. Taujihat ini
boleh dikatakan tidak putus-putus datang mengakhiri setiap kisah, selaras dengan
6
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
bimbingan yang diperlukan oleh mana-mana pendakwah dalam masa yng sebegini
penting.
Ia mentaujihkan Rasulullah kepada pengalaman-pengalaman generasi awal
dakwah, masalah yang mereka hadapi dan bagaimana Allah tetap memelihara
dakwah mereka serta bagaimana Allah tetap meletakkan di bawah jagaanNya. Agar
dengan ini Nabi Muhammad S.A.W terus teguh mengharungi samudra dakwah dan
tetap yakin pada diri sendiri bahawa mereka di pihak yang benar. Dakwahnya adalah
dakwah Ilahi dan kebenarannya adalah setanding dengan kebenaran dakwah para
rasul sebelumnya.
Dan dengan pembentangan kisah-kisah di dalam surah ini kepadanya dan juga
kaumnya, maka ia sekaligus mentaqrirkan bahawa apa yang didakwa oleh Nabi
Muhammad S.A.W tentang wahyu dan risalah adalah suatu yang benar. Buktinya
ialah bagaimana ia boleh mengetahui dan menceritakan kisah-kisah ini kepada
mereka, kalau tidak melalui wahyu Ilahi ?
Firman Allah Ta’ala :
�ك� �ل �اء� م�ن� ت �ب �ن �ب� أ �غ�ي �ك� ن وح�يه�ا ال �ي �ل �م ه�ا ك نت� م�ا إ �ع�ل �ت� ت �ن �ل� م�ن� ق�و�م ك� و�ال� أ �ر� ه�ذ�ا ق�ب ف�اص�ب
�ن/ �ة� إ �عاق�ب ال
( /ق�ين� �م ت �ل (49ل
(Hud : 49 )
Maksudnya :
“Itu (kisah-kisah para rasul dan umatnya) adalah di antara berita-berita
tentang perkara ghaib yang kami wahyukan kepadamu (Muhammad) di mana tidak
pernah mengetahuinya dan tidak pula kaummu sebelum ini. Maka bersabarlah,
demi sesungguhnya kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang
bertakwa”.
Perhatikan taujihat Ilahi yang kita sebutkan tadi melalui ayat-ayat di bawah di
mana taujihat ini hampir keseluruhannya datang mengiringi setiap kisah. Dalam kisah
7
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
nabi Nuh a.s taujihat datang mentaqrirkan kebenaran wahyu dan apa yang
disampaikan olehnya (Hud : 49 ) dalam kisah nabi Hud.
Firman Allah :
�ك� �ل �ات� ج�ح�د وا ع�اد7 و�ت �آي ?ه�م� ب ب �ه و�ع�ص�و�ا ر� ل س �ع وا ر /ب م�ر� و�ات� /ارD ك ل? أ ب �يدD) ج� �ع وا59ع�ن �ب ت
(و�أ
�ا ه�ذ�ه� ف�ي �ي �ةI الدHن �ع�ن �و�م� ل �ام�ة� و�ي �ق�ي �ال� ال �ن/ أ وا ع�ادIا إ �ف�ر /ه م� ك ب �ال� ر� �ع�ادD ب ع�دIا أ � ل (60ه ودD) ق�و�م
(Hud : 59-60 )
Maksudnya :
“Dan itulah (kisah) kaum ‘Ad yang mengingkari tanda-tanda kekuasaan
Tuhan mereka dan menduhakai rasul-rasul Allah dan mereka menuruti perintah
semua penguasa mereka (yang menyeleweng) lagi menentang kebenaran. Dengan
itu kutukan / laknat Tuhan selalu mengikuti mereka, baik di dunia mahupun di hari
qiamat. Ingatlah kaum ‘ad itu kafir kepada Tuhan mereka . Ingatlah kebinasaan
kaum ‘ad (iaitu) kaum nabi Hud itu”.
Dalam kisah nabi Soleh, Firman Allah :
�م/ا اء� ف�ل �ا ج� ن م�ر � �ا أ �ن ي �ج/ ا ن Iح� /ذ�ين� ص�ال ح�م�ةD م�ع�ه آم�ن وا و�ال �ر� /ا ب ي� و�م�ن� م�ن �ذD خ�ز� �و�م�ئ �ن/ ي /ك� إ ب ر�
�ق�و�يH ه و� ) ال �ع�ز�يز �خ�ذ�66ال /ذ�ين� (و�أ �م وا ال ة ظ�ل �ح� �ح وا الص/ي ص�ب� �ار�ه�م� ف�ي ف�أ ) د�ي �م�ين� اث ن�67ج�
� �أ (ك
�م� �و�ا ل �غ�ن �ال� ف�يه�ا ي �ن/ أ �م ود� إ وا ث �ف�ر /ه م� ك ب �ال� ر� �م ود�) ب ع�دIا أ �ث (68ل
(Hud : 66-68 )
Maksudnya :
“Maka apabila datang azab kami, kami selamatkan Soleh beserta orang-
orang yang beriman bersamanya dengan rahmat dari kami dan dari kehinaan di
hari itu. Sesungguhnya Tuhanmu maha kuat lagi maha perkasa. Dan satu tempikan
suara keras menimpa orang-orang yang zalim itu lalu mereka mati (menjadi
bangkai) bergelimpangan di tempat tinggal mereka, seolah-olah mereka belum
pernah berdiam di tempat itu. Ingatlah sesungguhnya kaum Thamud mengingkari
Tuhan mereka. Ingatlah kebinasaan kaum Thamud itu”.
8
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Begitulah seterusnya dalam kisah-kisah yang lain. Setelah selesai
pembentangan kisah dan taujihat setiap selepas kisah, lalu dibentangkan satu
gagasan umum yang memanjang sehingga ke akhir surah Hud.
Firman Allah :
�ك� �اء� م�ن� ذ�ل �ب �ن �ق ر�ى أ �ق صHه ال �ك� ن �ي �ه�ا ع�ل �م7 م�ن �اه م� (و�م�ا100و�ح�ص�يد7) ق�ائ �م�ن �ك�ن� ظ�ل و�ل
�م وا ه م� ظ�ل �نف س� �ت� ف�م�ا أ �غ�ن �ه م� أ �ه�ت ه م� ع�ن /ت�ي آل �د�ع ون� ال /ه� د ون� م�ن� ي ءD م�ن� الل ي� �م/ا ش� اء� ل م�ر ج�� أ
?ك� ب اد وه م� و�م�ا ر� �ر� ز� ) غ�ي Dيب� �ب �ت �ذ�ل�ك�101ت �خ�ذ (و�ك ?ك� أ ب �ذ�ا ر� �خ�ذ� إ �ق ر�ى أ �م�ة7 و�ه�ي� ال �ن/ ظ�ال �خ�ذ�ه إ أ
�يم7 �ل د�يد7) أ (102ش�
(Hud : 100-102)
Maksudnya :
“Adalah sebahagian dari berita-berita negeri (yang telah dibinasakan) yang
kami ceritakan kepadamu (Muhammad). Di antara negeri-negeri itu ada yang masih
kedapatan bekasnya dan ada (pula) yang telah musnah. Dan kami pula tidaklah
menganiaya diri mereka, tetapi meekalah yang menganiaya diri mereka sendiri,
sembahan-sembahan yang mereka seru sebelum ini selain dari Allah, sedikitpun
tidak memberikan apa-apa manfaat kepada mereka, apabila datangnya azab
Tuhanmu. Dan sembahan-sembahan itu tidaklah mendatangkan apa-apa hasil,
melainkan menambah kepada mereka kebinasaan belaka. Dan sesungguhnya
azab Tuhanmu, apabila Dia mengazab penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim.
Sesungguhnya azabNya itu adalah sangat pedih lagi keras.”
Firman Allah Ta’ala :
�ق�د� �ا و�ل �ن �ي �اب� م وس�ى آت �ك�ت ت ل�ف� ال �و�ال� ف�يه� ف�اخ� �م�ة7 و�ل �ل �ق�ت� ك ب ?ك� م�ن� س� ب �ق ض�ي� ر� �ه م� ل �ن �ي ب
/ه م� �ن �ف�ي و�إ كe ل �ه ش� ) م�ن Dن/110م ر�يب� �م/ا ك الf (و�إ /ه م� ل �ن �ي و�ف?ي Hك� ل ب �ه م� ر� �ع�م�ال /ه أ �ن �م�ا إ �ع�م�ل ون� ب ي
( �ير7 ب �ق�م�(111خ� ت �م�ا ف�اس� ت� ك �اب� و�م�ن� أ م�ر� �ط�غ�و�ا و�ال� م�ع�ك� ت /ه ت �ن �م�ا إ �ع�م�ل ون� ب ) ت �ص�ير7 (و�ال�112ب
�ن وا ك �ر� �ل�ى ت /ذ�ين� إ �م وا ال ك م� ظ�ل �م�س/ /ار ف�ت �ك م� و�م�ا الن /ه� د ون� م�ن� ل �اء� م�ن� الل �ي و�ل� ) ال� ث م/ أ ون� ت نص�ر
�ق�م�113 ة� ( و�أ ف�ي الص/ال� /ه�ار� ط�ر� �فIا الن ل �ل� م�ن� و�ز /ي �ن/ الل �ات� إ ن �ح�س� �ن� ال �ات� ي ذ�ه�ب ?ئ ي �ك� الس/ ذ�ل
ى �ر� ) ذ�ك �ر�ين� �لذ/اك �ر�114ل �ن/ (و�اص�ب /ه� ف�إ �ج�ر� ي ض�يع ال� الل ) أ �ين� ن �م ح�س� (115ال
(Hud : 110-115 )
9
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Maksudnya :
“Dan sesungguhnya Kami telah berikan Musa kitab (Taurat) lalu
diperselisihkan tentang kitab itu. Dan seandainya tidak ada ketetapan yang terdahulu
dari Tuhanmu nescaya telah ditetapkan hukuman di antara mereka. Dan
sesungguhnya kepada masing-masing (mereka yang berselisih itu) pasti Tuhanmu
akan menyempurnakan dengan cukup (balasan) pekerjaan mereka. Sesungguhhnya
Dia maha mengetahui apa yang mereka kerjakan. Maka tetaplah kamu pada jalan
yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepada kamu serta orang-orang yang
telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia
maha melihat apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada
orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka. Dan tiada
bagi kamu selain Allah sebagai wali, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.
Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada
bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang
baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan
bagi orang-orang yang ingin mengambil peringatan. Dan bersabarlah, kerana
sesungguhnya Allah tiada mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat
kebaikan”.
Firman Allah Ta’ala :
fو�ك ال Hق ص� �ك� ن �ي �اء� م�ن� ع�ل �ب �ن ل� أ س Hت م�ا الر? �ب �ه� ن ث �ح�قH ه�ذ�ه� ف�ي و�ج�اء�ك� ف ؤ�اد�ك� ب و�م�و�ع�ظ�ة7 ال
ى �ر� و�ذ�ك
( �ين� �م ؤ�م�ن �ل /ذ�ين� (و�ق ل�120ل �ل �ك م� ع�ل�ى اع�م�ل وا ي ؤ�م�ن ون� ال� ل �ت �ان /ا م�ك �ن ) إ وا121ع�ام�ل ون� �ظ�ر (و�انت
/ا �ن ) إ ون� �ظ�ر /ه�122م نت �ل �ب (و�ل م�او�ات� غ�ي ر�ض� الس/� �ه� و�األ� �ي �ل ع و�إ ج� �م�ر ي ر� Hه األ� /ل� ف�اع�ب د�ه ك ل �و�ك و�ت
�ه� �ي Hك� و�م�ا ع�ل ب �غ�اف�لD ر� ) ع�م/ا ب �ع�م�ل ون� (123ت
(Hud :120-123)
Maksudnya :
“Dan kisah semua para rasul yang Kami ceritakan kepada mu, adalah kisah-
kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu. Dan dalam surah ini telah datang
kepada mu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang
beriman. Dan katakanlah kepada orang-orang yang tidak beriman : “Buatlah apa
yang kamu buat, sesungguhnnya Kamipun berbuat (juga). Dan tunggulah (hakikat
perbuatan mu) sesungguhnya Kamipun menunggu (pula)”. Dan kepunyaan Allah lah
10
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepadaNya lah dikembalikan semua
urusan. Maka sembahlah Dia dan bertaqwalah kepadaNya. Dan sekali-kali Tuhanmu
tidak pernah lalai dari apa yang kamu kerjakan”.
PENUTUP
Saya kira pembentangan di atas cukup membuktikan kepada kita
kepentingan memahami situasi yang nuzul dalam membuat tafsiran haraki Al-Quran.
Di mana bentuk tafsiran begini lebih sesuai dan dekat bagi daie memahami Al-Quran
dengan mengaitkan langsung tugasan dakwahnya dan masalah-masalah yang
dihadapi dengan situasi bagaimana Al-Quran diturunkan. Apabila daie mampu
menyeragamkan situasi dakwah sewaktu Al-Quran masih turun dengan situasi
hariannya di hari ini, tanpa syak lagi daie akan beroleh satu kekuatan untuk terus
maju di medan dakwah. Seolah-olah ia berada di tempat Nabi Muhammad S.A.W
yang terus-menerus mendapat taujihat langsung dari Allah S.W.T.
Oleh itu, apabila membaca Al-Quran di samping memahami dan meneliti
daie perlulah menghadirkan situasi nuzul setiap ayat ke dalam pemikirannya, kerana
masalah dakwah sentiasa berulang sebagaimana sejarah selalu berulang.
Wassalam
Oleh
Ustaz Zulkifli Hj. Yusoff
Tarikh
13 NOVEMBER 1992
SUWEILAH HAI GHARBI
1 /10 /1992
1. . . . . بيروت الفكر دار الطبري جرير بن محمد جعفر ابو القرآن اي تأويل عن البيان جامع
م1998 –ه 1407
11
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
2. وتحقيق : تعليق النيبوري، الواحيدي محمد بن علي الحسن ابو اإلمام النزول، اسباب
دمشق كثير، ابن دار البغل، ديب مصطفي م1998ه-1408الدكتور
3. العلوم، إحياء دار السيوطي، الدين جالل لإلمام النزول، اسباب في النقول لباب
/ ط م1983–ه 1403، 4بيروت،
4. عبد : بن ومحمد سعيد همام الدكتور وتخريج وتعليق هشام،تحقيق النبوية،ابن السيرة
/ ،الزرقاء،ط المنار ،مكتبة صعيليك ؟أبو 1الله م1988 –ه ،1409 .
5. ، العلمية الكتاب دار ، ومجموعة ملحم أبو دكتور تحقيق ، كثير ،ابن والنهاية البداية
، م1989 –ه 1409بيروت .
6. ، ،بيروت العلمية الكتب دار ، الطبرى ، والملوك األمم م1988 –ه 1408تاريخ .
7. / ج ، العظيم القرآن تفسير فى بالتفصيل عنها والروايات والمعراج لإلسراء قصة 3أنظر
27-3ص/ .
8. . سبيل على انظر والمعراج اإلسراء ليلة وقوع تحديد فى السيرةة العلماء اختلف وقد
/ ج والنهاية البداية الموضوع فى كثير ابن نقاش /3المثال 108 – 107ص .
9. / ،ط بيروت ، اإلسالمى المكتب ، السباعى مصطفى ،الدكتور النبوية ،53السيرة
م1986–ه 1406 .
10. / ،ج ،بيروت العربى الكتاب ،دار العصقالنى حجر ،ابن الصحابة تمييز فى /3اإلصابة ،ص
270.
11. / ،ط ،دمشق القلم دار ، الغزالى ،محمد السيرة /3فقه ص م1987 –ه 1407، 122، .
12. / ،ص السباعى ، النبوية 55السيرة .
13. / ،ط ،بيروت الشروق دار ، قطب دار سيد األستاذ القرآن، ظالل –ه 1408، 15فى
1988/ م 1840،ص/4م، .
14. / ،م السابق /4الرجع 1841 – 1840،ص .
15. هود : 49سورة .
16. 60 – 50هود : .
17. 68 – 61هود : .
18. 95 – 84هود : .
19. 99 – 96هود : .
HAK CIPTA TERPELIHARA ®TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN PENERBIT. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.
12