9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes...

28
© Siri ‘Bagaimana?’ 1 Siri ‘Bagaimana?’ Satu Perkongsian untuk IBU BAPA. 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. Melalui 3 bulan pertama persekolahan. Oleh Noraminah Omar www.noraminahomar.com Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

Transcript of 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes...

Page 1: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   1  

Siri  ‘Bagaimana?’    Satu  Perkongsian  untuk  IBU  BAPA.  

   

9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.

 Melalui  3  bulan  pertama  persekolahan.  

       

   

           

Oleh Noraminah Omar www.noraminahomar.com

Penulis Buku Cerita Kanak-kanak

Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak

Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

Page 2: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   2  

Kandungan di dalam manuskrip ini merupakan pengalaman peribadi dan juga hasil pembacaan penulis. Para pembaca DIBENARKAN berkongsi kandungan dan cerita dalam manuskrip ini untuk sesi pembelajaran dan perkongsian bisnes dengan menyebutkan sumber dan nama Penulis. Para pembaca TIDAK DIBENARKAN berkongsi manuskrip ini tanpa keizinan Penulis. Tidak ada mana-mana bahagian dalam manuskrip ini yang boleh diterbit, dicetak atau direkodkan dalam sebarang bentuk tanpa mendapat keizinan bertulis dari Penulis. Pembaca digalakkan untuk merujuk kepada pakar dan menjalankan kajian serta membuat bacaan lanjut sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengaplikasikan mana-mana bahagian teknikal dalam manuskrip ini. Kandungan ini adalah benar dalam masa ia diterbitkan.

Page 3: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   3  

DARI PENULIS

“It takes a village to raise a child.” Tulisan ini merupakan sebahagian kecil pengalaman peribadi dan perkongsian yang saya perolehi dari sahabat dan rakan taulan dalam industri. Ya, pengalaman kita tidak sama. Kita boleh saling belajar antara satu sama lain. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan pembelajaran. Malah, ada anak yang melalui sesi ‘orientasi’ mereka sepanjang tahun! Saya yakin, kita tidak mempunyai niat lain selain mahukan yang terbaik buat anak-anak. Bukan sahaja anak kita, malah anak-anak kawan kita dan kawan-kawan anak kita. Saya menjemput tuan dan puan yang menerima tulisan ini memberikan maklumbalas kepada saya di www.noraminahomar.com Noraminah Omar

6 Januari 2015

Page 4: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   4  

BAHAGIAN 1 : Untuk Ibu Bapa

Ada banyak pengalaman yang kita sendiri sudah lalui dan ada

yang dikongsikan oleh rakan ibu bapa yang lain.

Kisah dan cerita yang pelbagai ini juga, menjadi sebahagian

lambakan maklumat dalam minda kita sebagai ibu bapa yang

mempunyai anak di tadika.

Apa yang pasti, kita sendiri akan memilih maklumat mana dan

keputusan apa yang diambil untuk anak kita dan keluarga.

Dalam bahagian ini, kita akan berkongsi 9 cara yang kita boleh

ambil untuk membantu anak kita mengadaptasikan diri di tadika

baru atau pada tahun baru.

Tempoh 3 bulan pertama ini boleh bermula pada bila-bila masa

sahaja sepanjang tahun.

Page 5: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   5  

Ada rakan ibu bapa yang sengaja memasukkan anak ke tadika

pada bulan Februari atau bulan Jun untuk memastikan dan

mengelakkan banyak perkara.

Semua ini merupakan pilihan.

Berikut adalah 9 perkara yang disarankan untuk kita selusuri

apabila menghantar anak ke tadika.

   

1. Meletakkan sasaran yang sesuai.  

Apakaha tujuan utama kita sebagai ibu bapa menghantar anak

ke tadika?

Apakah sasaran kita yang sebenar?

Adakalanya, kita sering menyebutkan, “Oh, tidak mengapa.

Saya hanya mahu anak saya berkawan-kawan sahaja.”

Page 6: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   6  

Namun, apabila tiba satu ketika, kita dapati objektif sebenar kita

menghantar anak ke tadika sudah berubah.

Secara amnya, ramai diantara kita mempunyai objektif dan

sasaran yang sama apabila menghantar anak ke tadika.

“Menyediakan mereka untuk melalui fasa pendidikan

seterusnya.”

Dalam konteks kita di Malaysia, kita biasanya mula menekankan

keperluan asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemudian

kita melihat perkara lain seperti kemahiran dan bakat secara

khusus.

Meskipun banyak topik perbincangan yang ada dan berlanjutan

antara perkara ini, hakikat kehidupan sebenar yang

membolehkan anak-anak kita ‘survive’ dalam dunia realiti ialah

kebolehan membaca, menulis dan mengira.

Page 7: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   7  

Tiadak kira sama ada mereka bekerja sendiri atau makan gaji,

kelak, mereka akan memerlukan kemahiran asas ini. Itu yang

biasa kita fikir dan sasarkan sebagai ibu bapa.

Di Malaysia pula, ‘LULUS’ dalam SPM dan peperiksaan tertentu

menjadi satu kemestian. ‘CEMERLANG’ dangan sederet A pula

menjadi pilihan yang agak terbuka.

Ada antara kita sebagai ibu bapa, dapat menerima hakikat

pencapaian dan kebolehan anak-anak seadanya.

Kata mereka, asalkan keputusan peperiksaan itu dapat

melayakkan anak kita untuk meneruskan pelajaran ke peringkat

seterusnya, sudah cukup. Itu sahaja.

Baik, mari kita kembali kepada situasi anak di tadika.

Ia menjadi lebih utama apabila tadika dilihat sebagai titik

permulaan kepada pencapaian akademik anak-anak.

Page 8: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   8  

Pendidikan awal anak-anak sudah mula menjadi kepentingan

yang besar. Anak-anak mesti menerima pembelajaran yang baik

untuk mencapai tahap seterusnya.

Apa pun, pencapaian dan kejayaan anak di tadika dalam bentuk

akademik tidak pula memberi jaminan sepenuhnya akan

kejayaannya apabila dewasa kelak.

Meneliti dan mengenalpasti kebolehan dan kemahiran yang

anak kita punya kekuatan, sememangnya bermula seawal anak

di tadika. Inilah yang dikaitkan dengan bakat.

Lalu, apakah sebenarnya sasaran kita apabila menghantar anak

kita ke tadika?

Sasaran dan objektif mesti terus kekal menjadi spesifik, boleh

diukur, boleh dicapai, realistik dan mempunyai tempoh masa.

3 bulan pertama di tadika merupakan satu tempoh pencapaian

yang boleh disasarkan dengan spesifik, boleh diukur dan boleh

dicapai.

Page 9: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   9  

Apakah antara sasaran yang biasa diletakkan oleh ibu bapa?

a. Anak mestilah gembira dan tidak mempunyai isu emosi dan

hubungan sosial di tadika.

b. Anak menunjukkan prestasi seronok dengan jadual dan

aktiviti di sekolah dengan menunjukkan hasil kerja

berbentuk mingguan kepada ibu bapa.

c. Dalam tempoh 3 bulan bersekolah, anak mestilah

menunjukkan peerkembangan positif dari segi tingkahlaku

dan sikap terhadap konten berbentuk akademik seperti

mula menunjukkan keyakinan bercakap dan berkomunikasi,

berdikari dan menguasai asas mengenal huruf dan nombor.

Bagi ibu bapa, ada yang meletakkan pencapaian yang lebih

daripada yang di atas.

Sasaran ini bergantung kepada ibu bapa serta tahap

pendedahan anak kepada perkara berkenaan di rumah.

Page 10: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   10  

Ambil contoh sasaran menguasai bahasa Inggeris di tadika.

Apabila kita tidak bercakap dalam bahasa Inggeris di rumah dan

tidak mempunyai banyak bahan sokongan pembangunan

bahasa Inggeris, sasaran kita terhadap pencapaian anak

menguasai bahasa Inggeris mestilah sejajar.

Tidak semua ibu bapa mempunyai sumber yang mencukupi

untuk menyediakan suasana dengan sokongan yang mencukupi

di rumah.

Kuncinya, sasaran itu mestilah berdasarkan realiti latar belakang

pendidikan dan cara asuhan anak kita yang bermula dari rumah.

     

2. Berkomunikasi dengan guru dengan kekerapan yang sederhana.  Apa juga yang berkaitan dengan anak kita yang boleh

mempengaruhi prestasi pencapaiannya di tadika mestilah

dikomunikasikan kepada guru di tadika. Namun, ia mestilah

dilakukan secara besederhana.

Page 11: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   11  

Adakalanya, maklumat yang terlalu banyak dan kerap juga tidak

dapat membantu. Asingkan beberapa perkara yang berkaitan

dengan anak kita kepada beberapa perkara berikut:

+ Perkembangan fizikal

+ Rutin dan tingkah laku sosial

+ Kebolehan daya fikir anak

Perkembangan fizikal anak termasuklah kebolehan serta

kelemahan anak kita.

Adakalanya anak kita itu bersaiz agak kecil dan menyebabkan

anak itu perlukan bantuan apabila mahu ke tandas.

Ada juga anak yang lebih besar saiznya berbanding dengan

anak yang sebaya dengannya.

Anak yang tidak mempunyai adik-beradik yang ramai

mempunyai kemahiran sosial yang berbeza.

Page 12: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   12  

Anak yang duduk di taska dan di rumah pengasuh atau duduk di

rumah bersama pembantu rumah juga mempunyai gaya

bersosial yang tidak serupa.

Maklumat ini juga adakalanya perlu dikongsikan dengan guru

apabila ia melibatkan situasi sosial dan berkawan di tadika.

Kebolehan daya fikir anak dapat dilihat daripada cara anak itu

menyelesaikan sesuatu masalah. Ini dapat diperhatikan, sama

ada semasa bermain atau semasa bersosial.

Ada antara kita sebagai ibu bapa yang faham benar anak ‘trick’

yang biasa difikirkan oleh anak kita untuk mendapatkan apa

yang dimahukannya.

Maklumat ini juga boleh membantu guru tadika berhadapan

dengan anak kita, dalam proses menyesuaikan diri di tadika

dalam tempoh 3 bulan pertama itu.

         

Page 13: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   13  

 

3. Memahami rutin pembelajaran anak di tadika.  

Adakalanya, apa yang kita lakukan di rumah sebagai rutin,

bukanlah satu rutin yang sama seperti di rumah. Ada juga yang

membayangkan bahawa rutinnya sama seperti di sekolah rendah

atau di tadika lain.

Biasanya, setiap tadika mempunyai rutin yang agak sama,

namun tidak serupa. Malah, ada tadika yang mempunyai susun

atur ruang pembelajaran yang berbeza dengan yang kita

bayangkan!

Berikut adalah antara perkara yang boleh kita lakukan untuk

membantu anak kita bertahan dan mengadaptasikan diri dengan

rutin di tadika:

I. Mendapat satu salinan jadual am dari pihak tadika.

Page 14: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   14  

Namun, kita mesti sedia maklum bahawa suasana dalam

satu kelas dan kumpulan pembelajaran perlu berubah

mengikut suasana dan keperluan anak-anak.

II. Melawat tadika dan melihat semua ruang serta fasiliti yang

ada.

Dengan itu, kita boleh membayangkan bagaimana setiap

aktiviti berjalan dalam setiap ruang berbeza dengan

bilangan anak yang berbeza.

III. Menghadiri semua sesi pertemuan guru dan ibu bapa yang

dikendalikan.

Sekiranya tidak ada pertemuan yang kerap, kita sebagai ibu

bapa boleh sahaja membuat temu janji.

Paling tidak setiap 3 bulan sekali untuk berbincang dan

mengetahui perkembangan anak kita di tadika.

Page 15: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   15  

Pada masa yang sama, kita lawat tadika untuk mengetahui

sebarang perubahan rutin dan ruang yang ada di sana.

 

4. Memerhatikan perubahan dan perkembangan emosi anak.  

Selepas tempoh 2 minggu awal persekolahan yang sudah

dibincangkan dalam bahagian terdahulu, menjadi penting juga

bagi kita untuk memerhatikan emosi mereka secara berterusan.

(Nota terdahulu boleh dimuat turun percuma di

www.noraminahomar.com)

Kebiasaannya, emosi mereka ini bersifat sementara. Jadi,

sebagai ibu bapa kita boleh memainkan peranan untuk

membantu mereka melalui fasa perubahan emosi.

Ini akan membantu anak-anak menangani situasi yang sama

apabila mereka dewasa kelak.

Page 16: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   16  

Tunjukkan contoh kepada anak bahawa:

• Kita menerima sebarang hakikat akan setiap kejadian.

(‘Avoid denial phase in life.’)

Contoh:

Ya, belajar memang penat.

Ya, ada kawan yang nakal dan ada kawan yang baik.

Ya, memang biasa jika kita dimarahi apabila melakukan

kesalahan.

Contoh 3 perkara di atas berlaku bukan sahaja di tadika,

malah di tempat kerja kita sebagai orang dewasa.

• Kita rancangkan tindakan seterusnya.

Apabila penat, bermakna kita perlukan rehat yang cukup.

Page 17: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   17  

+ Kita perlu tidur awal

+ Kita siapkan semua tugasan sebaik sahaja rehat (selepas

pulang dari tadika)

+ Kita pastikan semua barang ke tadika disiapkan sebelum

tidur

+ Kita makan makanan yang berkhasiat dan memberi

tenaga

Apabila ada kawan yang nakal, beritahu kepadanya apa

yang kita tidak suka beliau lakukan.

Beritahu guru atau orang dewasa yang lain di tadika untuk

bantuan. Jauhkan diri dari situasi ‘kenakalan’ itu.

Apabila dimarahi, kita baiki kesilapan kita.

Teruskan sahaja rutin seperti biasa.

Usah difikirkan lagi.

Usah berhenti di situ.

Baiki. Jalan terus.

Page 18: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   18  

• Kita cuba lagi.

Apabila kita sudah cuba apa yang kita rancang, cuba lagi

beberapa cara yang lain.

Ada banyak kesan tinakan yang kita lihat ditunjukkan oleh anak

kita berdasarkan apa yang berlaku di tadika.

Sebaiknya, kita sebagai ibu bapa juga boleh saling mengenali

antara satu sama lain.

Pernah satu ketika, seorang ibu terpaksa membenarkan anak

membawa alat permainan ke tadika untuk memujuknya.

Tindakan ini menyebabkan ada anak yang lain juga mahukan

mainan yang sama dan memberontak di rumah.

Untuk situasi begini, ada baiknya dibincangkan dengan guru

tadika secara khusus untuk mendapatkan cara terbaik bagi

membantu anak kita.

Page 19: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   19  

Memberikan bantuan kepada anak sendiri tanpa memberikan

ganggunan kepada anak- anak yang lain.

Ini objektif yang jelas.

 

5. Memerhatikan perkembangan kemahiran komunikasi anak.  

Adakalanya perkara kecil yang kita sangka kecil, merupakan

besar bagi anak-anak.

Anak-anak yang mula belajar menyanyikan sendiri lagu ‘Twinkle

Twinkel Little Star’ menganggap ianya sebagai satu pencapaian

besar.

Salah satu asas kepada kemahiran komunikasi anak ialah

keyakinan diri.

Perkara dan pencapaian kecil inilah yeng memberikan anak kita

asas kepada pembinaan keyakinan diri yang tinggi.

Page 20: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   20  

Oleh itu, setiap kali anak kita menunjukkan perkembangan baru,

kita berikan peluang mereka menunjukkannya dan diiringi

dengan pujian meskipun apa yang dinyanyikan atau disebutkan

itu kurang tepat atau salah sama sekali!

Contoh:

Anak menyanyikan lagu dengan sebutan yang tidak betul.

Puji pencapaiannya dan apa yang baik.

“Apabila Safura menyanyi, Mak gembira lah! Bolehlah Safura

menyanyi lagi. Mari kita menyanyi sama-sama.”

Semasa menyanyi bersama itu, perdengarkan sebutan yang

betul, tanpa mengkritik anak kita.

Contoh:

Apabila anak kita menyebut satu huruf tetapi salah seperti

menyebut huruf ‘d’ sebagai ‘b’, puji pencapaianya sahaja. Sebut

atau tunjukkan sahaja yang betul.

Page 21: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   21  

“Bagusnya, Safura! Sudah kenal huruf ya. Selepas ini tentu

boleh membaca dengan lancar. Ini ‘d’.”

Tidak perlu mengkritik dan menekankan tentang sebutannya

yang salah itu.

Situasi begini yang berterusan menjadi satu sistem sokongan

yang dapat membantu anak kita .

Ini juga dapat mengurangkan risiko perubahan emosi anak-anak

yang mendadak.

Malahan, anak-anak biasanya akan menjadi lebih terbuka dan

berlapang dada untuk berkongsi semua perkara yang dipelajari

dan berlaku di tadika.

Seandainya ada cerita yang kurang manis didengar daripada

anak-anak kecil ini, semak terus dengan guru berkenaan.

Page 22: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   22  

Elakkan pernyataan dan siasatan secara umum dengan

menyatakan di ruang komen awam seperti FB atau kumpulan

Whatsapp.

Adakalanya, maklumat yang kita terima itu, belum disahkan akan

kebenarannya.

Kita mahu memberikan anak-anak pengalaman agar

menerangkan dan menyelesaikan sesuatu isu tanpa memalukan

dan menjatuhkan air muka sesiapa termasuk diri kita sendiri.

     

6. Memerhatikan perkembangan fizikal anak.  

Anak yang kita besarkan itu, ada fasa perkembangan yang

tersendiri. Meskipun secara amnya, fasa perkembangan

memang agak serupa, ada anak-anak yang mempunyai kelainan

yang tersendiri.

Apabila anak itu tidak pernah melalui dan mempunyai

pengalaman beberapa bentuk aktiviti fizikal, adakalanya ia

membezakan antara satu dengan yang lain.

Page 23: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   23  

Secara amnya, anak-anak perlukan keseimbangan dan kestabilan

dalam pergerakan asas seperti berjalan, melompat dan berlari.

Apabila anak kita memasuki satu suasana pembelajaran dalam

kumpulan yang berstruktur dan tersusun jadualnya, tahap

kemahiran fizikalnya mestilah sesuai dengan suasana dan situasi

pembelajaran di sana.

Adakalanya, anak-anak yang bersaiz lebih kecil berbanding

dengan saiz rakan sebayanya memerlukan pemerhatian khusus

di tadika.

7. Mengenali potensi anak.  

Anak-anak seawal 3 tahun sudah boleh dilihat bakatnya. Ada

anak yang mempunyai kelebihan adri segi fizikal dan ada yang

mempunyai kelebihan dari segi bahasa.

Pemerhatian kita di rumah biasanya banyak membantu untuk

mengesan potensi anak kita.

Page 24: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   24  

Ada anak yang tidak banyak cakap, tetapi suka melakukan

aktiviti pembersihan, mengemas dan sangat teliti apabila

menyusun dan meletakkan barang-barang.

Ada pula anak yang aktif, sentiasa bergerak dan tidak boleh

tahan lama dalam sebarang aktiviti atau permainan.

Namun, apabila diberikan blok ‘lego’ atau ‘jigsaw puzzle’, anak

itu dapat pula menghabiskannya dengan cepat.

Kelebihan dan kecenderungan anak dalam setiap aktiviti

membolehkan kita melihat dan mengesan potensi mereka.

Maklumat sebegini juga boleh dikongsikan dengan guru di

tadika agar mereka boleh memberikan ransangan yang sama

dan berterusan.

 

Page 25: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   25  

8. Menghadirkan diri ke semua program tadika.  

Hubungan anak dan ibu bapa tidak terputus begitu sahaja

apabila anak-anak masuk ke tadika.

Mereka juga merupakan antara ejen pembangunan anak-anak

yang penting.

Kehadiran ibu bapa dalam program kendalian tadika, menjadi

salah satu faktor utama yang dapat membantu anak-anak kita

melalui tempoh percubaan dan sepanjang 3 bulan pertama di

tadika.

Usahakan agar salah seorang atau wakil ahli keluarga untuk hadir

dalam setiap program.

Melalui pengalaman ini, anak-anak faham bahawa:

+ ibu bapa dan ahli keluarga sentiasa memberikan sokongan

kepadanya

Page 26: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   26  

+ ibu bapa dan guru merupakan rakan kerjasama yang baik dan

mereka perlulah sama-sama dihormati

+ ibu bapa dan guru mereupakan orang yang mereka boleh

percayai dan dapat memberikan bantuan

Persepsi yang dibina dalam minda anak-anak yang sebegini

membolehkan ibu bapa dan guru bekerjasama dengan lebih

baik.

   

9. Menerima, berlapang dada dan mengekalkan kerjasama.  

Tidak dinafikan bahawa guru di tadika datang dari pelbagai latar

belakang dan bidang. Gaya mengurus rumah tangga juga

berbeza antara satu sama lain.

Walau bagaimanapun, hakikat manusia itu tidak sempurna

memang manjadi lumrah alam.

Page 27: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   27  

Apabila menerima makluman dan komen yang jujur, namun

disampaikan dengan cara yang ‘kurang’ enak, kita sebagai ibu

bapa yang lebih professional perlu mengambil jalan menjadi

penunjuk cara.

Adakalanya, guru ini mempunyai kemhiran dalam bidang kanak-

kanak, tetapi tidak mempunyai kemahiran komunikasi dan

khidmat pelanggan yang bagus.

Adakalanya, situasi yang sebaliknya pula berlaku.

Fokuskan kepada penyelesaian situasi. Sendainya perlu berterus-

terang dengan guru tentang ketidakselesaan kita dengan cara

penyempaian beliau, kita masih boleh berbuat demikian dengan

menunjukkan cara yang betul.

Hakikat manusia yang hidup dengan adanya emosi itu sentiasa

benar. Kita sebagai ibu bapa, dan mereka yang bergelar guru

juga tidak dapat lari daripadanya.

Namun ‘profesional’ itu benar-benar terserlah apabila kita boleh

bekerjasama meskipun dengan mereka yang kita tidak suka.

Page 28: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. · Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

© Siri ‘Bagaimana?’   28  

Tidak kiralah sama ada kita ini memegang jawatan sebagai CEO

syarikat besar atau seorang ibu kepada anak-anak kita,

profesionalisme itu tetap ada.

Biasanya, situasi yang bersifat sementara ini dapat diselesaikan

dengan baik dengan adanya budi bicara dan persefahaman

antara guru dan ibu bapa.

Namun, seandainya situasi ini menjadi bertambah sukar dan

memberikan kesan kepada pencapaian anak di tadika, kita

sebagai ibu bapa boleh membuat keputusan.

Terima, berlapang dada dan teruskan kerjasama, tidak kira sama

ada kita meneruskan sesi pembelajaran di tadika yang sama atau

berpindah.