9. meeting ajk MPM FEP 14

2
MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KALI KE-9 MAJLIS PENGHARGAAN MAHASISWA FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN 2014 (MPMFEP’14) Tarikh : 14 Mei 2014 (Rabu) Masa : 8.00 malam 11.00 malam Tempat : Dewan Kuliah 2 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Agenda : Bil Agenda Catatan / Tindakan 1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatehah dan ucapan aluan oleh Ketua Pengarah Program Saudara Mufaddal bin Mustansir Ketua Pengarah 2. Ahli Majlis Tertinggi telah besetuju untuk mengurangkan yuran peserta sebanyak RM 10. Manakala turan Ahli Jawatankuasa adalah sebanyak RM 10. Unit Pendaftaran & Perhubungan 3. Unit Pendaftaran dan Perhubungan menyatakan pembukaan kaunter perlu diteruskan memandang masih tidak ramai penyertaan. Pensyarah yang menjadi penasihat program yang dijalankan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah pun dijemput. Unit Pendaftaran & Perhubungan 4. Unit Protokol telah pun menyerahkan surat jemputan kepada dekan dan timbalan-timbalan dekan fakulti. Setiausaha dekan fakulti telah memaklumkan kepada setiausaha program bahawa beliau akan hadir. Setiausaha & Unit Protokol 5. Pengerusi Majlis telah pun ditetapkan oleh Unit Protokol iaitu sebanyak 2 orang. Pembaca Doa masih belum ditetapkan memandangkan pembaca doa asal memaklumkan tidak dapat menghadirkan diri. Timbalan Pengarah 3 mencadangkan agar pembaca doa dipilih dalam kalangan Ahli Jawatankuasa. Unit Protokol & Unit Program 6. Unit Teknikal dan Pengangkutan telah memaklumkan bahawa LCD dan walkie talkie perlu dipinjam di fakulti memandangkan pihak Bangi Golf Resort tidak menyediakannya. Setiausaha & Unit Teknikal dan Pengangkutan

Transcript of 9. meeting ajk MPM FEP 14

Page 1: 9. meeting ajk MPM FEP 14

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KALI KE-9

MAJLIS PENGHARGAAN MAHASISWA FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

2014 (MPMFEP’14)

Tarikh : 14 Mei 2014 (Rabu)

Masa : 8.00 malam – 11.00 malam

Tempat : Dewan Kuliah 2 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Agenda :

Bil Agenda Catatan / Tindakan

1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatehah dan

ucapan aluan oleh Ketua Pengarah Program Saudara

Mufaddal bin Mustansir

Ketua Pengarah

2. Ahli Majlis Tertinggi telah besetuju untuk

mengurangkan yuran peserta sebanyak RM 10.

Manakala turan Ahli Jawatankuasa adalah sebanyak

RM 10.

Unit Pendaftaran &

Perhubungan

3. Unit Pendaftaran dan Perhubungan menyatakan

pembukaan kaunter perlu diteruskan memandang

masih tidak ramai penyertaan.

Pensyarah yang menjadi penasihat program yang

dijalankan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti

Ekonomi dan Pengurusan telah pun dijemput.

Unit Pendaftaran &

Perhubungan

4. Unit Protokol telah pun menyerahkan surat jemputan

kepada dekan dan timbalan-timbalan dekan fakulti.

Setiausaha dekan fakulti telah memaklumkan kepada

setiausaha program bahawa beliau akan hadir.

Setiausaha & Unit Protokol

5. Pengerusi Majlis telah pun ditetapkan oleh Unit

Protokol iaitu sebanyak 2 orang.

Pembaca Doa masih belum ditetapkan memandangkan

pembaca doa asal memaklumkan tidak dapat

menghadirkan diri.

Timbalan Pengarah 3 mencadangkan agar pembaca

doa dipilih dalam kalangan Ahli Jawatankuasa.

Unit Protokol & Unit Program

6. Unit Teknikal dan Pengangkutan telah memaklumkan

bahawa LCD dan walkie talkie perlu dipinjam di

fakulti memandangkan pihak Bangi Golf Resort tidak

menyediakannya.

Setiausaha & Unit Teknikal

dan Pengangkutan

Page 2: 9. meeting ajk MPM FEP 14

Setiausaha memaklumkan bahawa surat akan

dikeluarkan.

7. Unit Program telah pun memikirkan beberapa gimik

perasmian.

Setelah perbincangan gimik tersebut memerlukan kek.

Oleh itu, Setiausaha telah diminta untuk membuat

surat permohonan penajaan kepada pihak & Zar

Bakery & Café Pusanika.

Setiausaha, Unit Program &

Unit Pemasaran

8. Unit Dekorasi dan Hiasan memaklumkan tempahan

banner untuk rekaan photobooth telah pun ditempah.

Unit Dekorasi dan Hiasan

9. Ketua Pengarah telah mengarahkan kepada setiausaha

untuk mengeluarkan surat jemputan kepada ketua-

ketua pusat dan juga ketua-ketua program.

Setiausaha

10. Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan Tasbih

Kifarah dan Surah Al-Asr.

Disediakan oleh,

NURUL MAWADDAH BINTI MD SALIM

Setiausaha

Majlis Penghargaan Mahasiswa

Fakulti Ekonomi & Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Disemak oleh,

MUFADDAL BIN MUSTANSIR

Ketua Pengarah

Program Majlis Penghargaan Mahasisiwa

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 2014

Universiti Kebangsaan Malaysia