9. Mohd Firdaus Bin Addinin

download 9. Mohd Firdaus Bin Addinin

of 8

Transcript of 9. Mohd Firdaus Bin Addinin

  • 8/13/2019 9. Mohd Firdaus Bin Addinin

    1/8

    1

    PENGGUNAAN TEKNIK VAKT DALAM KEMAHIRAN MENGENAL DAN MENULISHURUF KECIL DALAM KALANGAN MURID LINUS TEGAR

    MOHD FIRDAUS BIN ADDININ [email protected]

    PUAN VASANTHI A/P SUBRAMANIAM [email protected]

    ABSTRAKKajian tindakan ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan teknik VAKTterhadap kemahiran mengenal dan menulis huruf kecil dalam kalangan muridLINUS Tegar. Kajian ini juga bertujuan bagi mengenal pasti keberkesanan teknikVAKT terhadap tahap penglibatan murid LINUS Tegar. Responden kajian ini ialah2 orang murid LINUS Tegar Tahun 2B di Sekolah Kebangsaan Kampung BiahKeningau, Sabah. Kaedah pengukuran dan pemerhatian telah digunakan dalamkajian ini. Data kajian diperolehi melalui instrumen iaitu ujian pra, ujian pasca,lembaran kerja dan senarai semak. Data ujian dianalisis secara deskriptif iaitumenggunakan peratus dan min peratus. Data senarai semak juga dianalisis secaradeskriptif iaitu menggunakan peratus kekerapan dan min peratus kekerapan.Dapatan kajian menunjukkan peningkatan min peratus sebanyak 84.63% bagikemahiran mengenal huruf kecil dalam kalangan responden dengan menggunakanteknik VAKT. Hasil kajian juga menunjukkan peningkatan min peratus sebanyak82.71% bagi kemahiran menulis huruf kecil. Selain itu, peningkatan min peratuskekerapan sebanyak 58.93% juga ditunjukkan melalui tahap penglibatan responden.Ini menunjukkan kemahiran mengenal dan menulis huruf kecil a hingga z sertatahap penglibatan murid LINUS Tegar dapat ditingkatkan melalui pelaksanaanteknik VAKT. Kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada guru guru dalammengajar kemahiran mengenal dan menulis huruf kecil a hingga z kepada murid murid LINUS Tegar dan juga dalam kelas pemulihan.

    Kata kunci: Teknik VAKT, pemulihan, LINUS Tegar

    PengenalanHuruf merupakan asas yang penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Literasi). Mengenal danmenulis huruf merupakan kemahiran pertama yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran BahasaMelayu (Literasi) yang perlu dikuasai oleh murid. Masalah dalam mengenal dan menulis huruf kecilmerupakan salah satu masalah yang amat ketara dihadapi oleh dua orang murid LINUS Tegar.Masalah mengenal dan menulis huruf kecil ini amat mempengaruhi murid untuk mempelajarikemahiran yang seterusnya seperti mengenal, membaca dan menulis suku kata, perkataan dan ayat.Sehubungan dengan itu, kegagalan murid LINUS Tegar untuk mengenal dan menulis huruf kecilmemerlukan strategi atau kaedah yang sesuai sebagai langkah untuk mengatasinya.

    Refleksi Pengajaran dan PembelajaranPraktikum Fasa Tiga merupakan latihan mengajar yang saya jalani sebelum menamatkan pengajianselama lima tahun setengah di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah. Praktikum yangsaya lalui pada kali ini bertempat di Sekolah Kebangsaan Kampung Biah, Keningau yang bermula

    pada 21 Januari hingga 19 April 2013.

    mailto:[email protected]:[email protected]
  • 8/13/2019 9. Mohd Firdaus Bin Addinin

    2/8

    2

    Pada 25 Januari 2013, saya telah menyampaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) BahasaMelayu kepada murid LINUS Tegar Tahun 2B. Aktiviti tersebut merupakan sesi P&P yang pertamakali saya laksanakan semasa latihan praktikum di sekolah berkenaan. Saya telah melaksanakanaktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah tradisional, iaitu secara chalk andtalk dengan berbantukan kad kad huruf. Pada akhir sesi P&P, saya telah memberikan lembarankerja kepada setiap murid sebagai aktiviti pengukuhan isi pelajaran. Melalui penilaian hasil kerjasetiap murid tersebut, saya mendapati mereka amat lemah dalam kemahiran mengenal dan menulishuruf kecil a hingga z. Apabila saya mengarahkan mereka untuk menyebut huruf kecil a hingga z,mereka gagal menyebut setiap huruf mengikut urutan yang betul. Selain itu, mereka juga gagaldalam menunjukkan kad-kad huruf dengan tepat apabila saya menyebut huruf-huruf mengikut urutanyang betul dan secara rawak. Saya mendapati bahawa setiap murid tersebut menunjukkan kad-kadhuruf secara rambang sekiranya gagal mengenali huruf tersebut. Pada masa yang sama, murid gagalmenulis huruf-huruf kecil a hingga z yang disebut oleh saya dengan betul. Setiap murid jugamenunjukkan tahap penglibatan yang pasif semasa sesi P&P dijalankan. Murid tidak memberikanrespon yang dikehendaki oleh saya seperti menjawab soalan dengan betul. Murid juga kadang kadang mendiamkan diri sekiranya tidak dapat menjawab soalan soalan yang saya berikan. Apakah

    punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku? Adakah masalah ini berpunca daripada amalan pengajaran saya ataupun sebaliknya? Bagaimanakah saya dapat mengatasi masalah ini? Persoalan- persoalan ini timbul dalam fikiran saya setelah selesai melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran buat kali pertamanya terhadap murid-murid berkenaan. Oleh itu, saya mereflekkembali aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lepas bagi merancang dan melaksanakan satuintervensi yang sesuai dan berkesan bagi mengatasi masalah yang timbul ini.

    Fokus KajianKajian ini adalah untuk meninjau sama ada teknik Visual, Auditori, Kinestetik dan Taktil (VAKT)

    boleh membantu saya mengajar kemahiran mengenal dan menulis huruf kecil kepada murid muridLINUS Tegar dengan lebih berkesan. Berdasarkan masalah yang berjaya dikenal pasti, teknik VAKTtelah digunakan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu (Literasi) bagi kemahiran mengenaldan menulis huruf kecil. Pelbagai maklumat telah diperolehi melalui perbincangan, temu bual,analisis dokumen, pengujian dan pemerhatian. Justeru itu, saya telah mengambil keputusan untuk

    melaksanakan teknik VAKT dalam kajian yang dijalankan. Kajian ini berfokus untuk mengenal pastikeberkesanan teknik VAKT terhadap kemahiran mengenal dan menulis huruf kecil dalam kalanganmurid LINUS Tegar. Selain itu, kajian ini juga berfokus untuk mengenal pasti keberkesanan teknikVAKT terhadap tahap penglibatan murid LINUS Tegar di dalam bilik darjah.

    Objektif KajianKajian yang dijalankan ini adalah untuk mencapai objektif objektif berikut:

    i. Mengenal pasti keberkesanan teknik VAKT terhadap kemahiran mengenal dan menulishuruf kecil dalam kalangan murid LINUS Tegar.

    ii. Mengenal pasti keberkesanan teknik VAKT terhadap tahap penglibatan murid LINUS Tegardi dalam bilik darjah.

    Soalan KajianPelaksanaan kajian tindakan yang dijalankan ini adalah untuk menjawab soalan soalan kajian yang

    berikut:i. Adakah teknik VAKT berkesan terhadap kemahiran mengenal huruf kecil dalam kalangan

    murid LINUS Tegar?ii. Adakah teknik VAKT berkesan terhadap kemahiran menulis huruf kecil dalam kalangan

    murid LINUS Tegar?iii. Adakah teknik VAKT berkesan terhadap tahap penglibatan murid LINUS Tegar di dalam

    bilik darjah

  • 8/13/2019 9. Mohd Firdaus Bin Addinin

    3/8

    3

    Kumpulan SasaranKumpulan sasaran saya terdiri daripada dua orang murid Tahun 2B di Sekolah KebangsaanKampung Biah Keningau, Sabah. Mereka terdiri daripada dua orang lelaki. Kedua dua muridtersebut berbangsa Dusun dan berumur dalam lingkungan 8 tahun. Ibu bapa bagi setiap muridtersebut bekerja sebagai petani dan kerja sendiri yang berpendapatan di bawah RM 1000 sebulan.Dalam aspek akademik, kedua dua murid tersebut gagal menguasai kesemua Konstruk LiterasiTahun Satu dan dikategorikan sebagai murid LINUS Tegar. Kelebihan kedua dua murid tersebut

    pula ialah mereka gemar aktiviti yang melibatkan kemahiran psikomotor seperti menguli doh.

    Tindakan KajianKajian yang saya laksanakan ini adalah berdasarkan Model Kitaran Kemmis dan McTaggart (1998).Model kitaran ini dijalankan berdasarkan empat fasa iaitu, merancang ( plan ), bertindak ( action ),memerhati ( observe ) dan membuat refleksi ( reflect ).

    Rajah 1: Model Kitaran Kemmis dan McTaggart (1998).

    Bagi mendapatkan maklumat awal mengenai isu yang dikenal pasti, saya telah berbincang denganseorang Guru LINUS dan seorang Guru Khas Pemulihan. Perbualan turut dijalankan bersama duaorang murid LINUS Tegar. Di samping itu, saya turut menjalankan pemerhatian terhadap tahap

    penglibatan murid di dalam bilik darjah. Pengalaman saya mengajar murid murid ini dan juga hasilrefleksi menunjukkan bahawa saya sukar untuk mengajar murid dalam kemahiran mengenal danmenulis huruf kecil. Hasil perbincangan, perbualan dan pemerhatian telah membantu saya untukmendapatkan maklumat berkaitan isu yang difokus. Ini turut disokong dengan keputusan UjianSaringan I,II dan III LINUS dan Ujian Diagnostik yang menunjukkan kedua dua orang murid gagaldan tidak melepasi ujian tersebut.

    Perancangan TindakanPada fasa ini, saya telah merancang pelaksanaan intervensi, cara mengumpul data dan caramenganalisis dan menginterpretasi data. Saya telah merancang untuk melaksanakan intervensisebanyak 12 kali. Saya juga telah merancang untuk mengumpul data dengan menggunakan ujian pra,ujian pasca, lembaran kerja dan pemerhatian. Selain itu, saya juga telah merancang untukmenganalisis dan menginterpretasi data dengan menggunakan peratus, min peratus, peratuskekerapan dan min peratus kekerapan.

  • 8/13/2019 9. Mohd Firdaus Bin Addinin

    4/8

    4

    Pelaksanaan TindakanPada fasa ini, saya telah melaksanakan ujian pra pada 5 Mac 2013 dan ujian pasca pada 10 April2013. Sesi rawatan telah dijalankan sebanyak 12 kali, iaitu bermula pada 6 Mac 2013 hingga 9 April2013. Rawatan kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan teknik VAKT dengan menggunakantanah liat dan buku latihan bergaris tiga. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membentuk huruf danmenulis huruf kecil a hingga z. Saya juga telah menggunakan lembaran kerja bagi mengenal pastikemajuan setiap murid dalam kemahiran kemahiran yang telah dipelajari pada setiap kali sesirawatan. Lembaran kerja ini dijalankan pada akhir setiap sesi rawatan. Pada masa yang sama, sayaturut melaksanakan sesi pemerhatian semasa ujian pra, ujian pasca dan sesi rawatan dijalankan.Pemerhatian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap penglibatan murid dalam bilik darjah.Pemerhatian ini telah dilaksanakan oleh tiga orang pemerhati iaitu saya sendiri, guru pembimbingdan rakan guru pelatih yang lain. Pemerhatian ini telah dilaksanakan dengan menggunakan borangsenarai semak dan rubrik penilaian.

    Cara Pengumpulan Data1. PengukuranKaedah pengukuran ini telah saya gunakan bagi mengenal pasti keberkesanan teknik VAKTterhadap kemahiran mengenal dan menulis huruf kecil a hingga z dalam kalangan murid LINUSTegar. Instrumen pengukuran yang saya telah gunakan ialah ujian pra, ujian pasca dan lembarankerja.

    2. PemerhatianKaedah pemerhatian ini telah saya gunakan bagi mengenal pasti keberkesanan teknik VAKTterhadap tahap penglibatan murid LINUS Tegar di dalam bilik darjah. Kaedah ini telah dilaksanakandengan menggunakan instrumen senarai semak dan rubrik penilaian.

    Analisis dan Interpretasi Data 1. Analisis data ujian Bagi menjawab soalan kajian saya yang pertama dan kedua, saya telah menggunakan instrumen

    pengumpulan data yang berbentuk ujian pra, ujian pasca dan lembaran kerja. Data bagi setiap ujian

    ini dianalisis dengan menggunakan peratus dan min peratus. Hasil yang diperoleh dapatmembandingkan peratus dan min peratus di antara ujian pra dan ujian pasca. Setiap data tersebutakan diinterpretasikan dalam bentuk jadual.

    2. Analisis data senarai semakBagi menjawab soalan kajian ini, saya telah menjalankan pemerhatian dengan menggunakaninstrumen senarai senarai semak dan rubrik penilaian yang telah diadaptasi daripada General

    Learner Outcomes (GLS) for Kindergarten (Hawaii State Department Of Education, 2009). Data bagi senarai semak ini akan dianalisis dengan menggunakan peratus kekerapan dan min peratuskekerapan. Bagi mengenal pasti tahap penglibatan responden kajian, saya telah menggunakan tahapyang diubahsuai daripada Nunnally (seperti dinyatakan dalam Flora, 2012) yang berikut:

    Jadual 1: Tahap penglibatan murid.Min peratus (%) Tahap penglibatan

    0 19 Sangat rendah20 39 Rendah40 59 Sederhana60 79 Tinggi80 - 100 Sangat tinggi

    Diubahsuai daripada sumber: Nunnally (seperti dinyatakan dalam Flora, 2012)

    http://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=kglo%20kondergarten&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CCsQFjAA&url=http%3A%2F%2Fdoeweb2.k12.hi.us%2Fcurriculum%2FGLO_rubric_gradeK.htm&ei=4UQjUsKQEaaFiQeN84HIBg&usg=AFQjCNFiyr55qT1e21TroIbkMFrhd-wkDw&bvm=bv.51495398,d.dGIhttp://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=kglo%20kondergarten&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CCsQFjAA&url=http%3A%2F%2Fdoeweb2.k12.hi.us%2Fcurriculum%2FGLO_rubric_gradeK.htm&ei=4UQjUsKQEaaFiQeN84HIBg&usg=AFQjCNFiyr55qT1e21TroIbkMFrhd-wkDw&bvm=bv.51495398,d.dGIhttp://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=kglo%20kondergarten&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CCsQFjAA&url=http%3A%2F%2Fdoeweb2.k12.hi.us%2Fcurriculum%2FGLO_rubric_gradeK.htm&ei=4UQjUsKQEaaFiQeN84HIBg&usg=AFQjCNFiyr55qT1e21TroIbkMFrhd-wkDw&bvm=bv.51495398,d.dGIhttp://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=kglo%20kondergarten&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CCsQFjAA&url=http%3A%2F%2Fdoeweb2.k12.hi.us%2Fcurriculum%2FGLO_rubric_gradeK.htm&ei=4UQjUsKQEaaFiQeN84HIBg&usg=AFQjCNFiyr55qT1e21TroIbkMFrhd-wkDw&bvm=bv.51495398,d.dGIhttp://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=kglo%20kondergarten&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CCsQFjAA&url=http%3A%2F%2Fdoeweb2.k12.hi.us%2Fcurriculum%2FGLO_rubric_gradeK.htm&ei=4UQjUsKQEaaFiQeN84HIBg&usg=AFQjCNFiyr55qT1e21TroIbkMFrhd-wkDw&bvm=bv.51495398,d.dGI
  • 8/13/2019 9. Mohd Firdaus Bin Addinin

    5/8

    5

    Dapatan KajianSoalan kajian yang pertama adalah untuk menilai keberkesanan teknik VAKT terhadap muridLINUS Tegar dalam kemahiran mengenal huruf kecil. Bagi menjawab soalan ini, saya telahmembuat perbandingan di antara ujian pra dan ujian pasca berdasarkan peratus dan min peratus.

    Jadual 2: Perbandingan Markah Ujian Pra Dan Ujian Pasca.Murid Ujian Pra

    (%)Ujian Pasca(%)

    Peratus peningkatan(+/-)

    A 11.53 100 + 88.47B 19.21 100 + 80.79Min peratus 15.37 100 + 84.63

    Jadual 2 menunjukkan perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca. Secara keseluruhanya, min peratus ujian pra bagi kedua dua murid ialah 15.37% dan min peratus ujian pasca ialah 100%. Inimenunjukkan peningkatan sebanyak 84.63%. Dalam ujian pra, murid A telah memperoleh markahsebanyak 11.53%. Dalam ujian pasca pula, murid tersebut telah memperoleh markah sebanyak100%. Ini menunjukkan berlakunya peningkatan sebanyak 88.47% dalam kemahiran mengenal hurufkecil a hingga z bagi murid A ini. Murid B pula memperoleh markah sebanyak 19.21% dalam ujian

    pra. Dalam ujian pasca pula, murid ini telah memperoleh markah sebanyak 100%. Ini menunjukkan berlakunya peningkatan sebanyak 80.79%.

    Rajah 2: Pencapaian Murid Dalam Lembaran Kerja.

    Rajah 2 menunjukkan markah yang diperoleh oleh setiap murid setelah menjawab lembaran kerjayang telah diberikan sebanyak 12 kali. Dapatan menunjukkan perubahan dari segi pencapaian muriddalam kemahiran mengenal huruf kecil a hingga z setelah menerima sesi rawatan sebanyak 12 kali.Kesimpulannya, teknik VAKT dengan menggunakan tanah liat dan buku latihan bergaris tiga inimampu meningkatkan kemahiran mengenal huruf kecil a hingga z dalam kalangan murid LINUSTegar Tahun 2B.

    Soalan kajian yang kedua adalah untuk menilai keberkesanan teknik VAKT terhadap murid LINUSTegar dalam kemahiran menulis huruf kecil a hingga z. Dalam menilai keberkesanan ini, saya juga

  • 8/13/2019 9. Mohd Firdaus Bin Addinin

    6/8

    6

    telah membuat perbandingan di antara Ujian Pra dan Ujian Pasca berdasarkan peratus dan min peratus.

    Jadual 3: Perbandingan Markah Ujian Pra Dan Ujian Pasca.Murid Ujian Pra

    (%)Ujian Pasca(%)

    Peratus peningkatan(+/-)

    A 11.53 96.15 + 84.61B 19.21 100 + 80.79Min peratus 15.37 98.08 + 82.71

    Jadual 3 menunjukkan perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca bagi kemahiran menulis hurufkecil a hingga z dalam kalangan kumpulan sasaran kajian saya. Secara keseluruhannya, min peratusujian pra bagi kedua dua murid ialah 15.37% dan min peratus bagi ujian pasca pula ialah 98.08%.Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 82.71%. Dalam ujian pra bagi kemahiran menulis hurufkecil a hingga z, murid A telah memperoleh markah sebanyak 11.53%. Dalam ujian pasca pula,murid ini telah memperoleh markah sebanyak 96.15%. Ini menunjukkan berlakunya peningkatansebanyak 84.61%. Bagi murid B pula, murid ini memperoleh markah sebanyak 19.21% dalam ujian

    pra. Dalam ujian pasca pula, murid ini telah memperoleh markah sebanyak 100%. Ini menunjukkan berlakunya peningkatan sebanyak 80.79%.

    Rajah 3: Pencapaian Murid Dalam Lembaran Kerja.

    Rajah 3 menunjukkan markah yang diperoleh oleh setiap murid dalam lembaran kerja menulis hurufkecil a hingga z yang telah diberikan sebanyak 12 kali. Dapatan menunjukkan perubahan dari segi

    pencapaian murid dalam kemahiran menulis huruf kecil a hingga z setelah menerima sesi rawatansebanyak 12 kali. Kesimpulannya teknik VAKT dengan menggunakan tanah liat dan buku latihan bergaris tiga ini mampu meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil a hingga z dalam kalanganmurid LINUS Tegar Tahun 2B ini.

    Soalan kajian yang ketiga adalah untuk menilai keberkesanan teknik VAKT terhadap tahap penglibatan murid LINUS Tegar di dalam bilik darjah. Dalam menilai keberkesanan ini, saya telahmembuat perbandingan di antara pemerhatian penglibatan murid pada ujian pra dan ujian pasca

  • 8/13/2019 9. Mohd Firdaus Bin Addinin

    7/8

    7

    dengan menggunakan senarai semak dan rubrik penilaian yang telah dianalisis menggunakan min peratus kekerapan dan peratus kekerapan.

    Jadual 4: Perbandingan Tahap penglibatan murid.

    Murid

    Pra Pasca

    Peratuspeningkatan

    (+/-)

    Minperatus

    kekerapan(%)

    Tahappenglibatan

    Minperatus

    kekerapan(%)

    Tahappenglibatan

    A 32.14 Rendah 90.48 Sangat tinggi +58.34B 36.91 Rendah 96.43 Sangat tinggi +59.52

    Min 34.53 Rendah 93.46 Sangat tinggi +58.93

    Jadual 4 menunjukkan perbandingan tahap penglibatan murid yang telah dperolehi semasa ujian pradan ujian pasca. Secara keseluruhannya, min peratus kekerapan bagi kedua dua orang murid padaujian pra ialah 34.53%, iaitu berada pada tahap penglibatan yang rendah. Pada ujian pasca pula, min

    peratus kekerapan bagi kedua dua orang murid ialah 93.46%, iaitu berada pada tahap penglibatanyang sangat tinggi. Oleh itu, min peratus peningkatan yang diperolehi oleh kedua dua orang muridialah 58.93%.

    Jadual 5: Peratus Kekerapan Tahap Penglibatan Murid Bagi Setiap Indikator.

    Jadual 5 menunjukkan peratus kekerapan tahap penglibatan murid bagi setiap indikator yang telahdiperolehi semasa ujian pra dan ujian pasca. Secara keseluruhannya, pada ujian pra, murid B telahmemperolehi min peratus kekerapan tertinggi iaitu sebanyak 36.91%. Murid A pula memperolehimin peratus kekerapan sebanyak 32.14%. Pada ujian pasca pula, murid B telah memperolehi min

    peratus kekerapan yang tertinggi iaitu sebanyak 96.43%. Murid A pula memperolehi min peratuskekerapan sebanyak 90.48%. Dapatan menunjukkan peningkatan yang positif dalam tahap

    penglibatan kedua murid ini. Ini boleh dikenal pasti melalui perbandingan skor min peratuskekerapan pada ujian pra dan ujian pasca bagi kedua dua murid tersebut. Ini menunjukkan bahawateknik VAKT dengan menggunakan tanah liat dan buku latihan bergaris tiga ini mampumeningkatkan tahap penglibatan murid LINUS Tegar ini di dalam bilik darjah.

    Rumusan/Releksi Selepas Dapatan Dapatan bagi menjawab soalan pertama kajian telah menunjukkan kesan yang positif. Hal ini dapatditunjukkan melalui hasil perbandingan dapatan ujian pra dan ujian pasca. Pada masa yang sama,lembaran kerja yang diberikan kepada setiap responden kajian turut menunjukkan peningkatan

    penguasaan kemahiran mengenal huruf kecil a hingga z yang positif. Hasil dapatan ini adalah bertepatan dengan kajian Blau (1982) yang menggunakan teknik VAKT yang diperkenalkan oleh

    Pra PascaPeratus kekerapan (%) Peratus kekerapan (%)

    Indikator (i) A B A B1 41.67 25 91.67 91.672 33.33 25 83.33 91.673 25 41.67 91.67 1004 25 33.33 83.33 1005 25 50 91.67 1006 41.67 41.67 100 91.677 33.33 41.67 91.67 100

    Min 32.14 36.91 90.48 96.43

  • 8/13/2019 9. Mohd Firdaus Bin Addinin

    8/8

    8

    Fernald pada tahun 1943 dan Gallingham pada tahun 1970 dalam membantu murid disleksiamengaplikasikan kesemua deria penglihatan (visual), pendengaran (auditori), pergerakan sensorimotor (kinestetik) dan sentuhan (taktil). Tindakan Gallingham dan Fernald ini berjaya membantumurid mengeja dan membaca. Dapatan bagi menjawab soalan kedua turut menunjukkan kesan yang

    positif. Ini dapat ditunjukkan melalui perbandingan hasil dapatan antara ujian pra dan pasca. Selainitu, keputusan setiap lembaran kerja juga menunjukkan hasil keputusan yang memberangsangkan.Hasil dapatan ini adalah bertepatan dengan kajian Tiong (2005) yang menekankan penggunaanlatihan menulis di atas garisan berkembar tiga. Pada akhir kajiannya tersebut, tiga daripada limaorang murid telah berjaya menulis dengan betul, kemas dan teratur. Melalui pelaksanaan teknikVAKT ini, saya mendapati bahawa setiap responden kajian menunjukkan perubahan tahap

    penglibatan yang positif. Hal ini ditunjukkan melalui keputusan pemerhatian dalam ujian pra danujian pasca. Tahap penglibatan kedua dua orang murid telah berubah, iaitu dari tahap penglibatanyang rendah kepada sangat tinggi. Hasil dapatan ini adalah bertepatan dengan kenyataan yangdiutarakan oleh Ewell (1997) yang menyatakan bahawa penglibatan aktif merupakan keadaan dimana pelajar berinteraksi secara aktif dengan bahan pembelajaran serta dapat mengingat kembalimaklumat dengan berkesan.

    Cadangan

    Terdapat beberapa cadangan boleh dipertimbangkan bagi memastikan kesahan keberkesanan teknikVAKT ini. Antaranya ialah pelaksanaan kajian menggunakan teknik ini di sekolah lain,

    pengaplikasian teknik ini dalam mata pelajaran lain seperti matematik, pelaksanaan kajian dalamtempoh masa yang lama, mempelbagaikan aktiviti dalam teknik ini dan menggabungkan teknik inidengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

    RujukanBlau. H & Loveless.E. J. (1982). Specific Hemispheric-Routing-TAK/v to Teach Spelling to

    Dyslexics: VAK and VAKT Challenged*. Diperoleh pada 24 Mac 2013 darihttp://ldx.sagepub.com.ezproxy.otago.ac.nz/ content/15/8/461.full.pdf+html

    Flora Gubin. (2012). Penggunaan Team Games Tournament (TGT) Terhadap Kebolehan Mengenal

    Nombor Dalam Kalangan Murid LINUS . Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Sabah.

    General Learner Outcomes (GLOs) Rubrics. Diperoleh pada 25 Mac 2013 darihttp://doeweb2.k12.hi.us/curriculum/GLO_rubric.htm

    Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran. Diperoleh pada 24 Mac darihttp://alambelajarcikgubm.blogspot.com/2011/07/kump-3-konsep-p.html

    Tiong. H. C. (2005). Membaiki Tulisan Pelajar Tingkatan Peralihan dengan Kaedah Ansur Maju .Sek. Men. Keb. Simanggang Sri Aman, Sarawak.

    http://ldx.sagepub.com.ezproxy.otago.ac.nz/http://ldx.sagepub.com.ezproxy.otago.ac.nz/