9) Rumusan

download 9) Rumusan

of 1

description

kl

Transcript of 9) Rumusan

edu 3073 bimbingan dan kaunseling kanak-kanak

edu 3073 bimbingan dan kaunseling kanak-kanak

RUMUSAN

Semua pembimbing mahupun kaunselor berinteraksi dengan klien berasaskan satu set kepercayaan mengenai manusia dan bagaimana mereka itu berubah. Dengan itu, adalah penting bagi seseorang kaunselor untuk menjelaskan kepercayaan itu sebelum menggunakannya dalam sesi kaunseling. Saya pula telah memilih teori Rasiaonal Emotif Terapi (RET) dan menggunakan pendekatannya untuk membantu klien saya.

Kemudian, bagi meningkatkan keberkesanan sesi bimbingan dan kaunseling, banyak kemahiran asas kaunseling yang diperkenalkan sebagai kekuatan dan berupaya membantu murid-murid dari segi sosioemosi mahupun akademik. Layanan individu akan akan mendorong seseorang murid dank lien yang bersifat pendiam dan pemalu meluahkan pelbagai jenis masalah kepada kaunselornya. Lantaran itu, satu suasana yang kondusif dan hubungan yang harmoni dapat menjamin keberkesanan sesi kaunseling.

Kaunseling di sekolah lebih bertujuan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah khususnya dalam konteks sekolah. Peranan seorang pembimbing atau kaunselor sebagai seorang yang bertanggungjawab memudah cara sesi kaunseling dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik dalam menangani permasalahan tingkah laku murid. Saya telah menggunakan beberapa intervensi yang sesuai dengan matlamat untuk menyelesaikan masalah klien saya.

Secara tuntasnya, tugasan projek ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya kemahiran dan intervensi yang digunakan dalam membantu klien saya menangani masalahnya agar tidak menjadi parah dan merosakkan masa depannya.27