9.0 Garis Panduan Pemeliharaan Alam Sekitaronemapserver.com/RTMPAJ/taskpane/garispanduan/GP...9.0...

19
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN 9 - 1 9.0 GARIS PANDUAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 9.1 GARIS PANDUAN KHUSUS Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN 1. Taman Rimba Ampang (Sebahagian Daripada Hutan Simpan Ampang) i. Taman Rimba Ampang amat popular bagi penduduk tempatan sebagai tempat rekreasi dan pencinta alam dari dalam dan luar negeri sebagai destinasi untuk memerhati burung (‘birdwatching’). ii. Kawasan ini mempunyai nilai tarikan rekreasi yang tinggi dan berpotensi untuk diperkembangkan sebagai destinasi ekopelancongan. iii. Satu pelan pengurusan taman rimba hendaklah disediakan dan dikemas kini setiap dua tahun. Pelan pengurusan hendaklah menetapkan zon mengikut kegunaan atau aktiviti pelawat dan langkah-langkah mitigasi & penyenggaraan untuk menangani kesesakan, pelupusan sampah-sarap, pemampatan tanah (soil compaction), pemuliharaan tumbuhan dan sebagainya. (Diolah dari Pelan Ekopelancongan Malaysia: Garis Panduan No. 6, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Kerajaan Malaysia) iv. Kemudahan kawalan pelawat berikut perlu disediakan:- Penyediaan dan pengurusan ruang meletak kenderaan; Kawalan dan pengurusan sampah; dan Kawalan mengelak kerosakan tumbuhan akibat daripada penebangan, dipijak dan dibakar. v. Pembangunan Taman Rimba perlu mematuhi Pelan Pembangunan Hutan Lipur yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Pelan Pengurusan Taman Rimba Ampang. Kegiatan Yang Boleh Dibenarkan Kegiatan Yang Tidak Boleh Dibenarkan Berkelah Berkhemah Berenang Memerhati Burung Fotografi Pendidikan Alam Semula Jadi Berjalan Kaki/ ‘Trekking’/ Rentas Hutan Mencemarkan air Memotong pokok dan anak pokok Mengambil sebarang tumbuhan atau sebahagiannya Membuang sampah Menjerat binatang & hidupan liar Sebarang kegiatan lain yang dilarang di bawah Akta Perhutanan 1984 & Pelan Pengurusan Taman Rimba Ampang. Bersambung...

Transcript of 9.0 Garis Panduan Pemeliharaan Alam Sekitaronemapserver.com/RTMPAJ/taskpane/garispanduan/GP...9.0...

Page 1: 9.0 Garis Panduan Pemeliharaan Alam Sekitaronemapserver.com/RTMPAJ/taskpane/garispanduan/GP...9.0 GARIS PANDUAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 9.1 GARIS PANDUAN KHUSUS Jadual 9.1: Garis

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

9 - 1

9.0 GARIS PANDUAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 9.1 GARIS PANDUAN KHUSUS Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar

KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN

1. Taman Rimba Ampang (Sebahagian Daripada Hutan Simpan Ampang)

i. Taman Rimba Ampang amat popular bagi penduduk tempatan sebagai tempat rekreasi dan pencinta alam dari dalam dan luar negeri sebagai destinasi untuk memerhati burung (‘birdwatching’).

ii. Kawasan ini mempunyai nilai tarikan rekreasi yang tinggi dan berpotensi untuk diperkembangkan sebagai destinasi ekopelancongan.

iii. Satu pelan pengurusan taman rimba hendaklah disediakan dan dikemas kini setiap dua tahun. Pelan pengurusan hendaklah menetapkan zon mengikut kegunaan atau aktiviti pelawat dan langkah-langkah mitigasi & penyenggaraan untuk menangani kesesakan, pelupusan sampah-sarap, pemampatan tanah (soil compaction), pemuliharaan tumbuhan dan sebagainya.

(Diolah dari Pelan Ekopelancongan Malaysia: Garis Panduan No. 6, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Kerajaan Malaysia)

iv. Kemudahan kawalan pelawat berikut perlu disediakan:-

• Penyediaan dan pengurusan ruang meletak kenderaan; • Kawalan dan pengurusan sampah; dan • Kawalan mengelak kerosakan tumbuhan akibat daripada penebangan, dipijak dan dibakar.

v. Pembangunan Taman Rimba perlu mematuhi Pelan Pembangunan Hutan Lipur yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Pelan Pengurusan Taman Rimba Ampang.

Kegiatan Yang Boleh Dibenarkan Kegiatan Yang Tidak Boleh Dibenarkan

− Berkelah − Berkhemah − Berenang − Memerhati Burung − Fotografi − Pendidikan Alam Semula Jadi − Berjalan Kaki/ ‘Trekking’/ Rentas

Hutan

− Mencemarkan air − Memotong pokok dan anak pokok − Mengambil sebarang tumbuhan atau sebahagiannya − Membuang sampah − Menjerat binatang & hidupan liar − Sebarang kegiatan lain yang dilarang di bawah Akta Perhutanan 1984 & Pelan Pengurusan Taman

Rimba Ampang.

Bersambung...

Page 2: 9.0 Garis Panduan Pemeliharaan Alam Sekitaronemapserver.com/RTMPAJ/taskpane/garispanduan/GP...9.0 GARIS PANDUAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 9.1 GARIS PANDUAN KHUSUS Jadual 9.1: Garis

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

9 - 2

Jadual 9.1 : Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN

2. Taman Negeri (Permatang Kuarza & Rizab Hidupan Liar Klang Gates)

i. Permatang kuarza ini terletak dalam sempadan Taman Negeri Selangor. Sebarang kegiatan tertakluk kepada warta Taman Negeri, Akta Kanun Tanah Negara 1965, Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 dan peraturan yang telah diwartakan di bawah kawasan larangan (kawasan tadahan air).

ii. Pelan pengurusan khusus untuk permatang kuarza perlu disediakan untuk menyepadukan semua peruntukan perundangan yang berkaitan dengan kawasan ini. Permatang kuarza ini ialah kawasan warisan geologi bertaraf dunia (monumen geologi) dan warisan kebangsaan. Pelan Pengurusan hendaklah dikemas kini setiap dua tahun.

iii. Jawatankuasa Pengurusan Taman Negeri hendaklah diwujudkan untuk menyelaraskan semua agensi yang terlibat dengan pengurusan semua kawasan yang termasuk dalam Taman Negeri, terdiri daripada Perbadanan Taman Negeri Selangor, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Jabatan PERHILITAN, LUAS, JPBD Selangor, JPS Selangor, JMG Selangor, MPAJ, MPS, Pejabat Daerah & Tanah Gombak dan ahli lain yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

iv. Semua pelawat yang hendak mendaki permatang kuarza mestilah mendapatkan kebenaran pihak berkuasa Taman Negeri dan di bawah pengawasan pemandu arah yang bertauliah dan berdaftar dengan Taman Negeri Selangor.

v. Zon Penampan selebar 500m disediakan sekitar sempadan Taman Negeri dan ditanda dengan jelas. Guna tanah zon penampan tertakluk kepada syarat tanah pertanian dan dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Kegiatan Yang Boleh Dibenarkan Kegiatan Yang Tidak Boleh Dibenarkan

− Memerhati burung − Fotografi − Memerhati hidupan liar − Pendidikan alam semula jadi − Mendaki(dengan

pengawasan pemandu arah berdaftar)

− Mengutip sebarang batuan, kristal kuarza, tumbuhan dan haiwan sebagai cenderamata − Memotong kayu untuk berkhemah dan unggun api − Merosakkan struktur geologi − Memburu − Sebarang kegiatan lain yang dilarang di bawah Akta Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta

Perlindungan Hidupan Liar & Pelan Pengurusan Taman Negeri (Permatang Kuarza)

Bersambung...

Page 3: 9.0 Garis Panduan Pemeliharaan Alam Sekitaronemapserver.com/RTMPAJ/taskpane/garispanduan/GP...9.0 GARIS PANDUAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 9.1 GARIS PANDUAN KHUSUS Jadual 9.1: Garis

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

9 - 3

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN

3. Taman Negeri (Hutan Simpan Ulu Gombak & Hutan Simpan Ampang)

i. Kawasan ini telah diwartakan sebagai Taman Negeri Selangor Fasa 1. Sebarang kegiatan di hutan ini tertakluk kepada warta Taman Negeri Selangor, Akta Perhutanan Negara 1984 dan Akta Kanun Tanah Negara 1965. Terkenal untuk aktiviti sukan lasak seperti merentas hutan dan ‘mountain bike’.

ii. Pelan pengurusan khusus untuk kawasan hutan simpan perlu disediakan untuk menyepadukan semua peruntukan perundangan yang berkaitan dengan kawasan ini. Pelan Pengurusan hendaklah dikemas kini setiap dua tahun.

iii. Perancangan dan pengurusan tapak:-

• Kawasan hutan simpan Taman Negeri perlu dizonkan mengikut jenis penggunaan dan tahap laluan yang dibenarkan. Zon untuk penggunaan kerap, zon di mana bangunan boleh ditempatkan , zon untuk penggunaan yang rendah dan zon larangan perlu ditetapkan.

• Zon Penampan selebar 500m disediakan sekitar sempadan Taman Negeri dan di tanda dengan jelas. Guna tanah zon penampan tertakluk kepada syarat tanah pertanian dan dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

• Pusat pelawat hendaklah ditempatkan di jalan masuk utama ke Taman Negeri.

• Sebarang pembinaan kemudahan infrastruktur (kemudahan penginapan, restoran, kedai dan tempat letak kenderaan) perlu ditempatkan di luar atau di pinggir sempadan hutan simpan untuk mengurangkan kesan ke atas kawasan berkenaan.

• Setiap pelawat perlu mendaftar dengan pihak berkuasa Taman Negeri sebelum memasuki hutan simpan Taman Negeri.

• Kemudahan pelancongan perlu diasingkan daripada kawasan pentadbiran.

• Cara dan bahan pembinaan perlu direkabentuk untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar; menggunakan kayu yang telah dirawat.

• Bangunan tidak boleh melebihi ketinggian pokok dan dihadkan kepada dua tingkat maksimum, kecuali bagi menara tinjau.

• Penanaman pokok landskap menggunakan spesies tempatan setempat sahaja dibenarkan. Spesies eksotik hiasan tidak dibenarkan sama sekali.

Kegiatan yang boleh dibenarkan Kegiatan yang tidak boleh dibenarkan

− Memerhati burung − Fotografi − Memerhati hidupan liar − Pendidikan alam semula jadi − Merentas hutan (trekking) − Berkhemah

− Mengutip tumbuhan dan haiwan sebagai cenderamata − Memotong kayu untuk berkhemah dan unggun api − Kegiatan yang mencemarkan badan air, air tanah dan laluan air − Aktiviti sukan bermotor − Kegiatan yang dilarang di bawah warta Taman Negeri, Akta Perhutanan Negara 1984 & Pelan

Pengurusan Taman Negeri

Bersambung..

Page 4: 9.0 Garis Panduan Pemeliharaan Alam Sekitaronemapserver.com/RTMPAJ/taskpane/garispanduan/GP...9.0 GARIS PANDUAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 9.1 GARIS PANDUAN KHUSUS Jadual 9.1: Garis

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

9 - 4

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN

4. Pembangunan Kawasan Tasik (Taman Tasik Pandan Perdana, Tasik Ampang Jaya /Flamingo)

i. Semua badan air semula jadi dan tasik bekas lombong memainkan peranan penting dalam mengekalkan kitaran hidrologi dan tebatan banjir.

ii. Kegiatan yang dibenarkan di kawasan tasik mestilah selaras dengan peraturan MPAJ dan Garis Panduan No. 8, Pelan Ekopelancongan Malaysia

oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Kerajaan Malaysia.

iii. Sebarang pembangunan baharu di sekitar mestilah mematuhi Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Kawasan Tasik yang ditetapkan oleh JPBD.

iv. Pembangunan fizikal hendaklah dianjak minimum 20m dari gigi air tasik. v. Kualiti air tasik perlu dipantau secara berkala bagi memastikan kualiti air di paras yang dibenarkan untuk kemudahan rekreasi mengikut Piawaian

Kualiti Air Kebangsaan. vi. Habitat kawasan tasik perlu dibaik pulih bagi menarik kehadiran hidupan liar kecil, khususnya spesies burung, ke kawasan tasik. Ciri-ciri dan

rekabentuk landskap tasik mestilah mengikut ciri-ciri hutan semula jadi dan tanah bencah. vii. Rekabentuk habitat semula jadi dibentuk dengan mewujudkan kepelbagaian struktur (tiga lapisan tumbuhan: pokok besar, pokok kecil dan pokok

renek); kepelbagaian spesies; dan spesies tempatan (rujuk rajah di sebelah) :-

Kegiatan yang boleh dibenarkan Kegiatan yang tidak boleh dibenarkan

− Berkelah − Berkanu, berkayak & kenderaan air tidak bermotor − Memancing rekreasi/‘sports fishing’ − Memerhati burung − Fotografi − Aktiviti riadah

− Kegiatan yang mencemarkan air − Merosakkan tumbuhan − Menangkap ikan (selain memancing rekreasi) − Memandu bot bermotor, jet ski − Sebarang kegiatan lain yang menyumbang kepada masalah pencemaran,

degradasi tasik dan tertakluk kepada undang- undang dan peraturan sedia ada.

Bersambung..

Page 5: 9.0 Garis Panduan Pemeliharaan Alam Sekitaronemapserver.com/RTMPAJ/taskpane/garispanduan/GP...9.0 GARIS PANDUAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 9.1 GARIS PANDUAN KHUSUS Jadual 9.1: Garis

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

9 - 5

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN

Bersambung...

Ilustrasi Rekabentuk Kawasan Tasik Rekreasi Sumber : Garis Panduan dan Piawaian Perancangan

Kawasan Tasik, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan, Malaysia

Struktur Habitat Dengan Lapisan Pokok Bagi Menarik Kehadiran Pelbagai Hidupan Liar Sumber : WWF Malaysia (1990) Bring Back The Birds! Planning forTrees and Other Plants to Support Wildlife in Urban Areas

Page 6: 9.0 Garis Panduan Pemeliharaan Alam Sekitaronemapserver.com/RTMPAJ/taskpane/garispanduan/GP...9.0 GARIS PANDUAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 9.1 GARIS PANDUAN KHUSUS Jadual 9.1: Garis

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

9 - 6

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN

5. Kawasan Tanah Tinggi, Bercerun & Lereng Bukit

Takrifan :-

KATEGORI KAWASAN BERISIKO RENDAH KAWASAN BERISIKO RENDAH DAN SEDERHANA

KAWASAN BUKIT BERISIKO TINGGI

Definisi

Kawasan bukit berisiko rendah berkecerunan kurang daripada 12 .

Kawasan bukit yang mempunyai kecerunan di antara 12o – 25o.

Kawasan yang mempunyai kecerunan semula jadi 25o-35o (Kelas III) dan melebihi 35o (Kelas IV).

Keperluan Perancangan Pembangunan :- Perancangan pembangunan kawasan tanah tinggi, bercerun dan lereng bukit hendaklah merangkumi empat aspek berikut:- i. Topografi

a. Pemaju hendaklah mengekalkan keadaan topografi asal tanah seberapa boleh. • Sebarang pemotongan bukit hendaklah dilaksanakan pada kadar yang minimum dan hanya boleh dibenarkan bagi tujuan penyediaan

infrastruktur seperti jalan dan pembinaan struktur yang terbabit sahaja. Ini bererti bahawa tindakan pemotongan bukit bagi tujuan meratakan permukaan keseluruhan tapak pembangunan adalah tidak dibenarkan.

b. Penyusunan bangunan bagi sesuatu pemajuan di kawasan berbukit hendaklah dilaksanakan seperti berikut: -

• Mengikut kontur asal tanah termasuk tebing tasik, aliran sungai dan sebagainya; • Menyusun secara bertingkat (staggered) dengan mengambil kira kecerunan maksimum untuk cadangan jalan mengikut kehendak yang

ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal berkenaan; dan • Digalakkan mempelbagaikan penyusunan bangunan termasuk penyusunan secara tidak berderet seperti berek.

Bersambung...

Page 7: 9.0 Garis Panduan Pemeliharaan Alam Sekitaronemapserver.com/RTMPAJ/taskpane/garispanduan/GP...9.0 GARIS PANDUAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 9.1 GARIS PANDUAN KHUSUS Jadual 9.1: Garis

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

9 - 7

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN

6. Kawasan Tanah Tinggi, Bercerun & Lereng Bukit

Takrifan :-

KATEGORI KAWASAN BERISIKO RENDAH KAWASAN BERISIKO RENDAH DAN SEDERHANA

KAWASAN BUKIT BERISIKO TINGGI

Definisi

Kawasan bukit berisiko rendah berkecerunan kurang daripada 12o.

Kawasan bukit yang mempunyai kecerunan di antara 12o – 25o.

Kawasan yang mempunyai kecerunan semula jadi 25o-35o (Kelas III) dan melebihi 35o (Kelas IV).

Keperluan Perancangan Pembangunan :- Perancangan pembangunan kawasan tanah tinggi, bercerun dan lereng bukit hendaklah merangkumi empat aspek berikut: - i. Topografi

a. Pemaju hendaklah mengekalkan keadaan topografi asal tanah seberapa boleh. b. Sebarang pemotongan bukit hendaklah dilaksanakan pada kadar yang minimum dan hanya boleh dibenarkan bagi tujuan penyediaan

infrastruktur seperti jalan dan pembinaan struktur yang terbabit sahaja. Ini bererti bahawa tindakan pemotongan bukit bagi tujuan meratakan permukaan keseluruhan tapak pembangunan adalah tidak dibenarkan.

c. Penyusunan bangunan bagi sesuatu pemajuan di kawasan berbukit hendaklah dilaksanakan seperti berikut : -

• Mengikut kontur asal tanah termasuk tebing tasik, aliran sungai dan sebagainya; • Menyusun secara bertingkat (staggered) dengan mengambil kira kecerunan maksimum untuk cadangan jalan mengikut kehendak yang

ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal berkenaan; dan • Digalakkan mempelbagaikan penyusunan bangunan termasuk penyusunan secara tidak berderet seperti berek.

Bersambung...

Page 8: 9.0 Garis Panduan Pemeliharaan Alam Sekitaronemapserver.com/RTMPAJ/taskpane/garispanduan/GP...9.0 GARIS PANDUAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 9.1 GARIS PANDUAN KHUSUS Jadual 9.1: Garis

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

9 - 8

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN

ii. Perancangan

a. Kepadatan pembangunan hendaklah bercirikan kepadatan sederhana. Kepadatan tinggi adalah tidak dibenarkan. • Tahap peratusan kawasan tepu bina hendaklah dihadkan kepada 25% bagi semua jenis guna tanah kecuali bangunan sesebuah banglo

atau berkembar yang boleh dihadkan kepada 30%; • Nisbah plot hendaklah pada kadar 1:1:25 iaitu yang sesuai dengan pembangunan yang berkepadatan rendah di kawasan berbukit; • Ketinggian maksimum sesuatu pembangunan di kawasan bukit adalah digalakkan tidak melebihi 5 tingkat. • Penggunaan tanah mestilah dihadkan kepada 30% daripada pemajuan tanah sedia ada dan 5% dikhaskan untuk kolam pemendapan serta

kolam takungan air. Walau bagaimanapun bagi kawasan yang mempunyai keluasan melebihi 10 hektar, pemaju wajib mengkhaskan satu kawasan seluas 5% daripada jumlah keluasan keseluruhan untuk digunakan sebagai perangkap lumpur kekal (permanent silt trap) dan kolam takungan banjir (‘flood retention pond’);

• Anjakan bangunan yang terletak di tepi tebing hendaklah secara umumnya mempunyai jarak minimum seperti berikut :- − Struktur berhampiran kaki cerun : zon penampan sekurang-kurangnya dua kali ganda ketinggian cerun itu. Struktur yang dibina berhampiran kaki cerun yang dipotong atau cerun semula jadi yang menegak atau hampir menegak (melebihi 70

darjah) di mana tidak ada sebarang langkah kejuruteraan diambil bertujuan untuk menstabilkan cerun itu atau menebat kesan-kesan gelongsoran tanah, hendaklah terletak di luar zon penampan.

− Struktur di atas rabung cerun : zon penampan sekurang-kurangnya sekali ganda ketinggian cerun itu. Struktur yang dibina di atas rabung cerun yang dipotong atau cerun semula jadi yang menegak atau hampir menegak (melebihi 70

darjah) di mana tidak ada sebarang langkah kejuruteraan diambil untuk menstabilkan cerun itu, hendaklah terletak di luar zon penampan.

iii. Laporan Pemaju hendaklah mengemukakan laporan-laporan yang berkenaan kepada Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) tujuan pelaksanaan pembangunan seperti berikut: -

a. Permohonan Kebenaran Merancang:-

• Mengemukakan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) yang disediakan oleh orang berkelayakan bagi keseluruhan kawasan terbabit mengikut Garis Panduan Penyediaan LCP PBPT semasa. Kelulusan LCP diberikan oleh PBPT dan

• Mengemukakan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi cadangan projek yang tertakluk di bawah Aktiviti Yang Ditetapkan, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 atau seperti yang disyaratkan oleh JAS atau PBPT atau pihak Berkuasa Negeri.

b. Peringkat permohonan kelulusan pelan pendirian bangunan: -

• Mengemukakan laporan geoteknikal merangkumi Laporan Geologi Dan Analisis Kestabilan Kecerunan (‘Slope Stability Analysis’) yang disediakan dan diperakukan oleh orang yang berkelayakan; dan

• Mengemukakan Rancangan Kerja Tanah (Earthworks Plan) yang merangkumi Rancangan Kawalan Mendapan Dan Hakisan (‘Erosion And Sediment Control Plan’).

Bersambung...

Page 9: 9.0 Garis Panduan Pemeliharaan Alam Sekitaronemapserver.com/RTMPAJ/taskpane/garispanduan/GP...9.0 GARIS PANDUAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 9.1 GARIS PANDUAN KHUSUS Jadual 9.1: Garis

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

9 - 9

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN

iv. Pelaksanaan Kerja-Kerja Binaan Langkah-langkah kawalan di peringkat pembinaan yang diperlukan: -

a. Kerja-Kerja Tanah: - • Kerja-kerja tanah hendaklah dilaksanakan mengikut kehendak-kehendak yang ditetapkan di bawah Undang-Undang Kecil Tanah termasuk

penyediaan dan penyenggaraan kolam takungan, perangkap mendap, penyediaan sistem perparitan sementara dan kekal dan penyediaan jalan sementara batu kelikir (‘Crusher Run Road Surfacing’). Langkah-langkah pemuliharaan yang ditetapkan dalam kelulusan pelan hendaklah diambil sebelum sesuatu kerja tanah dimulakan.

b. Penyediaan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP)

• EMP disediakan bagi semua projek yang mendapat kelulusan EIA atau jika disyaratkan oleh PBPT. Perlu mendapat kelulusan EMP sebelum sebarang kerja pembinaan dimulakan. EMP perlu dikemas kini setiap 12 bulan.

c. Pemantauan dan Audit Alam Sekitar

• Program pemantauan alam sekitar dan audit alam sekitar dijalankan setiap bulan atau mengikut syarat kelulusan EIA. Laporan pemantauan dan audit hendaklah dikemukakan kepada JAS setiap tiga bulan atau seperti diarahkan oleh JAS atau PBPT.

d. Pelan Tindakan Kecemasan (‘Emergency Response Plan’)

• Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) juga perlu disediakan dan dikemukakan untuk kelulusan JAS sebelum sebarang kerja pembinaan dimulakan.

Bersambung...

Page 10: 9.0 Garis Panduan Pemeliharaan Alam Sekitaronemapserver.com/RTMPAJ/taskpane/garispanduan/GP...9.0 GARIS PANDUAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 9.1 GARIS PANDUAN KHUSUS Jadual 9.1: Garis

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

9 - 10

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN PEMBANGUNAN

GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN

Kaedah- Kaedah Pengawalan Perancangan Dan Pembangunan Di Kawasan Tanah Tinggi, Bercerun Dan Lereng Bukit

Klasifikasi tanah dan kesesuaian pembangunan dirumuskan dalam Jadual di bawah : -

KATEGORI DAN HURAIAN Pembangunan Di Kawasan Kelas I Dan Kelas II Kawasan Kelas I dan Kelas II adalah kawasan tanah tinggi yang pada amnya mempunyai kecerunan <25°. Kawasan ini mempunyai batasan geoteknikal yang rendah seperti :-

i. Terain in situ dengan kecerunan <15 ° ; dan ii. Cerun yang di potong dengan kecerunan <15°

Bagi kawasan Kelas II batasan geoteknikal adalah seperti berikut :- i. Terain in situ dengan kecerunan ≥15° hingga <25° dengan

ketiadaan tanda-tanda hakisan dan ketidakstabilan cerun; ii. Terrain in situ dengan kecerunan <15° dengan tanda-tanda

wujudnya hakisan dan kestabilan cerun; iii. Puncak bukit atau rabung (‘ridges’); iv. Terrain in situ dengan kecerunan <15° yang terdiri dari

kolovium atau bahan geologi yang sensitif; dan v. Kawasan ancaman banjir.

Pembangunan Di Kawasan Kelas III Kawasan Kelas III adalah kawasan tanah tinggi yang pada amnya mempunyai kecerunan ≥25° hingga <35°. pembatasan Geoteknikal adalah sederhana seperti berikut :- i. Terrain in situ dengan kecerunan dari ≥25° hingga <35° dengan

ketiadaan tanda-tanda hakisan dan ketidakstabilan cerun; ii. Terrain in situ dengan kecerunan ≥15° hingga <25° dengan

tanda-tanda wujudnya hakisan sederhana teruk dan ketidakstabilan cerun;

iii. Terrain in situ dengan kecerunan <15° yang terdiri dari koluvium atau bahan geologi yang sensitif dengan mempunyai tanda-tanda ketidakstabilan cerun;

iv. Kawasan yang mempunyai kecerunan ≥15° hingga < 25° yang terdiri dari batu kapur, paya, tanah gambut dan bekas lombong; dan

v. Kawasan ancaman banjir lumpur.

Bersambung...

Page 11: 9.0 Garis Panduan Pemeliharaan Alam Sekitaronemapserver.com/RTMPAJ/taskpane/garispanduan/GP...9.0 GARIS PANDUAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 9.1 GARIS PANDUAN KHUSUS Jadual 9.1: Garis

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

9 - 11

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN

Kaedah- Kaedah Pengawalan Perancangan Dan Pembangunan Di Kawasan Tanah Tinggi, Bercerun Dan Lereng Bukit

Klasifikasi tanah dan kesesuaian pembangunan dirumuskan dalam jadual di bawah: -

KATEGORI DAN HURAIAN Pembangunan Di Kawasan Kelas IV Kawasan Kelas IV adalah kawasan tanah tinggi yang pada amnya mempunyai kecerunan ≥35°. kawasan ini mempunyai pembatasan geoteknikal yang ekstrem iaitu:- i. Terrain in situ dengan kecerunan ≥35° dengan ketiadaan

tanda-tanda hakisan dan ketidakstabilan cerun ii. Terrain in situ dengan kecerunan ≥25° hingga <35°dengan

tanda-tanda wujudnya hakisan dan ketidakstabilan cerun; iii. Terrain in situ dengan kecerunan ≥15° hingga <25° yang terdiri

dari kolovium atau bahan geologi yang sensitif iv. Terrain in situ dengan kecerunan ≥15° hingga <25° yang terdiri

dari kolovium atau bahan geologi yang sensitif dengan mempunyai tanda-tanda ketidakstabilan cerun dan;

v. Kawasan ancaman banjir puing (debris flow)

Pembangunan Di Kawasan Yang Mempunyai Kelas Bercampur. i. Bagi cadangan pembangunan yang terletak dalam kawasan

yang mempunyai kelas bercampur-campur, pembangunan yang dicadangkan hendaklah tidak menyentuh kawasan yang dikategorikan sebagai Kelas III & Kelas IV.

ii. Bagi projek pembangunan yang sebahagian kawasannya

diklasifikasikan sebagai Kelas III, maka laporan EIA perlu disediakan bagi keseluruhan kawasan projek.

Bersambung...

Page 12: 9.0 Garis Panduan Pemeliharaan Alam Sekitaronemapserver.com/RTMPAJ/taskpane/garispanduan/GP...9.0 GARIS PANDUAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 9.1 GARIS PANDUAN KHUSUS Jadual 9.1: Garis

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

9 - 12

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN

Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan

JENIS PEMBANGUNAN DASAR KAWALAN SYARAT-SYARAT Kelas I (<15 ° termasuk ciri-cirinya seperti klasifikasi di atas )

Sesuai untuk semua jenis pembangunan

Kelas II (≥15° hingga <25° termasuk ciri-cirinya seperti klasifikasi di atas)

Sesuai untuk semua jenis pembangunan tetapi dengan syarat :- i. Kepadatan sederhana ii. Densiti Perumahan dan ruang

rantai – 6 unit seekar dan maksimum ruang rantai 30,000 kaki persegi (1,524 meter persegi)/ekar

iii. Rekabentuk bangunan – perlu mengikut alunan cerun untuk kurangkan pemotongan dan kerja-kerja tanah

iv. Nisbah plot tidak melebihi 1: 1.25

v. Kawalan ketinggian :- a. Maksimum 5 tingkat b. Maksimum 3 tingkat

(teres, sesebuah, berkembar)

Hendaklah merujuk kepada i. Garis Panduan Pembangunan Tanah Tinggi (Kementerian

Sumber Asli dan Alam Sekitar), ii. Jadual 2.0 berhubung dengan Komponen Kawasan Berbukit

dan Tanah Tinggi dalam Garis Panduan Perancangan JPBD bil. 15/97,

iii. Garis Panduan Kawalan Hakisan dan Kelodakan, 1996 (Jabatan Alam Sekitar),

iv. Panduan Pembangunan Pertanian di Tanah Bercerun ( Jabatan Pertanian Malaysia, 2000),

v. Bab 47 dalam Manual Saliran Mesra Alam Malaysia 2000 (Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia)

Hendaklah disertakan laporan-laporan teknikal yang disediakan oleh jurutera berdaftar iaitu : i. Laporan Penyiasatan Geoteknikal dan Analisis Kestabilan Cerun ii. Laporan EIA iii. Laporan geomorfologi iv. Laporan Saliran dan Pengairan

Kelas III (≥25° hingga <35° termasuk ciri-cirinya seperti klasifikasi di atas) Kelas IV (≥35° termasuk cirri-cirinya seperti klasifikasi di atas)

Tidak dibenarkan sebarang pembangunan kecuali pembinaan infrastruktur seperti terowong, jambatan, telekomunikasi, elektrik.

Hendaklah disediakan laporan EIA terperinci.

Sumber : Diolah Dari Garis Panduan Pemeliharaan Topografi Semula Jadi Bagi Perancangan Dan Pembangunan Fizikal, JPBD Semenanjung Malaysia Dan Kaedah- Kaedah Pengawalan Perancangan Dan Pembangunan Di Tanah Tinggi Dan Lereng Bukit, JMG.

Bersambung...

Page 13: 9.0 Garis Panduan Pemeliharaan Alam Sekitaronemapserver.com/RTMPAJ/taskpane/garispanduan/GP...9.0 GARIS PANDUAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 9.1 GARIS PANDUAN KHUSUS Jadual 9.1: Garis

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

9 - 13

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN

7. Kawasan Industri Dan Kuari

i. Kawasan Industri

a. Memastikan semua projek pembangunan yang tertakluk kepada perintah Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling), 1987 menjalankan kajian penilaian kesan ke atas alam sekitar terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek pembangunan bagi memastikan tahap pencemaran yang bakal terjadi dan langkah-langkah tebatan;

b. Industri yang mengeluarkan effluen tidak dibenarkan di kawasan ke hulu takat pengambilan; c. Menyediakan zon penampan yang mencukupi (minimum 500m bagi industri berat dan 250m bagi industri sederhana) di antara kawasan institusi

dan perumahan dengan kawasan industri. Mematuhi Garis Panduan Perletakan dan Pengezonan Industri yang disediakan oleh Jabatan Alam Sekitar;

d. Antara guna tanah yang dibenarkan dalam zon penampan industri ialah tasik, jalan, taman rekreasi, kawasan lapang dan lain-lain, kecuali kemudahan masyarakat seperti hospital dan sekolah;

Sumber : Guidelines For the Siting and Zoning of Industries (Garis Panduan Peletakan dan Pengezonan Industri), Department of Environment, Ministry of

Science, Technology and the Environment.

e. Industri yang menghasilkan benda asing perlu menyediakan alat kawalan pencemaran tersendiri yang telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar; dan

f. Menyediakan perangkap minyak dan gris di saliran induk kawasan industri atau kawasan perniagaan (bengkel kenderaan, premis makanan dll).

Bersambung... Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

Page 14: 9.0 Garis Panduan Pemeliharaan Alam Sekitaronemapserver.com/RTMPAJ/taskpane/garispanduan/GP...9.0 GARIS PANDUAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 9.1 GARIS PANDUAN KHUSUS Jadual 9.1: Garis

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

9 - 14

KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN

8. Kawasan Industri Dan Kuari

i. Kawasan Kuari

a. Sebarang pembangunan baharu tidak dibenarkan dalam jarak 500m dari kawasan kuari dalam tempoh operasi kuari (tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa) mengikut dasar Kerajaan Negeri Selangor. Syarat-syarat kawalan diguna pakai adalah sama dengan syarat-syarat bagi industri berat mengikut Garis Panduan Peletakan dan Pengezonan Industri yang disediakan oleh Jabatan Alam Sekitar.

b. Bagi pembangunan sedia ada yang terletak dalam kawasan zon penampan (seperti perumahan, perniagaan dan kemudahan masyarakat), pihak pengusaha kuari mestilah menyediakan pelan pengurusan alam sekitar (EMP) dan pelan tindakan kecemasan (ERP) bagi memperincikan langkah-langkah pencegahan risiko bencana dan tindakan susulan.

BPK 2.2, Kawasan Kuari

Bersambung...

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

Page 15: 9.0 Garis Panduan Pemeliharaan Alam Sekitaronemapserver.com/RTMPAJ/taskpane/garispanduan/GP...9.0 GARIS PANDUAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 9.1 GARIS PANDUAN KHUSUS Jadual 9.1: Garis

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

9 - 15

KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN

9. Kawasan Tasik Bekas Lombong

i. Tasik bekas lombong terbentuk hasil aktiviti perlombongan iaitu sama ada perlombongan galian seperti bijih timah atau perlombongan kerja tanah untuk pembangunan.

ii. Semua tasik bekas lombong sedia ada hendaklah dikekalkan bagi tujuan tebatan banjir (seperti tasik lombong Kg Berembang). Tasik bekas lombong boleh juga diguna sama untuk kegiatan rekreasi (seperti Taman Tasik Pandan Perdana), eko-pelancongan atau aktiviti penternakan ikan dalam sangkar (rujuk Garis Pembangunan Khusus Kawasan Tasik); dan

iii. Usaha membaik pulih (penimbusan) kawasan bekas lombong untuk pembangunan pertanian, perumahan, perniagaan dan perindustrian tidak digalakkan dan hendaklah dipantau bagi mengelak sebarang pencerobohan.

Page 16: 9.0 Garis Panduan Pemeliharaan Alam Sekitaronemapserver.com/RTMPAJ/taskpane/garispanduan/GP...9.0 GARIS PANDUAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 9.1 GARIS PANDUAN KHUSUS Jadual 9.1: Garis

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

9 - 16

9.2 GARIS PANDUAN UMUM Jadual 9.2: Garis Panduan Umum Pemeliharaan Alam Sekitar

KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN UMUM PEMBANGUNAN

1. Kawasan Sensitif Alam Sekitar

i. Mewartakan zon kawalan pembangunan dan zon penampan :- • Rizab minimum 50 meter atau 1 lot di kiri dan kanan sepanjang Sungai Ampang dan Sungai Klang. • Taman Negeri Selangor. • Hutan Simpan. • Takat Pengambilan Air Ampang (Sg. Ampang) dan Takungan Air Ampang (Sg Kongsi Lapan). • Permatang Kuartza Klang Gates.

ii. Kawasan-kawasan sensitif yang telah diwartakan sebagai kawasan had pembangunan perlu dikawal dan mematuhi had-had

pembangunan yang telah ditetapkan; iii. Perlu mematuhi Piawaian Perancangan JPBD: Garis Panduan Pembangunan di kawasan rizab Sungai sebagai sebahagian tanah lapang

awam, Garis Panduan Perancangan Pemeliharaan Topografi Semula Jadi di Kawasan Berbukit Dalam Perancangan dan Pembangunan Fizikal Mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172), Piawaian Perancangan Tasik Buatan dan Garis dan Piawaian Perancangan Kawasan Tasik Empangan;

iv. Perlu mematuhi Garis Panduan Konsep Pembangunan berhadapan sungai, dan Manual Saliran Mesra Alam JPS; v. Mematuhi syarat kualiti air bersih Indeks Kualiti Air (WQI) Piawaian Kualiti Air Kebangsaan Malaysia bagi badan air yang terlibat; dan vi. Menjalankan pengawasan kualiti air sekurang-kurangnya setiap 2 bulan dan pemantauan perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca

pencemaran.

Bersambung...

Page 17: 9.0 Garis Panduan Pemeliharaan Alam Sekitaronemapserver.com/RTMPAJ/taskpane/garispanduan/GP...9.0 GARIS PANDUAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 9.1 GARIS PANDUAN KHUSUS Jadual 9.1: Garis

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

9 - 17

Jadual 9.2: Garis panduan Umum Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN UMUM PEMBANGUNAN

2. Kawalan Kualiti Alam Sekitar - Udara, Hingar Dan Air

i. Mengekalkan kualiti udara ambien di paras 0-50 pada status baik sepanjang tahun, dan memantau parameter kualiti udara TSP, NO2, SO2 dan CO supaya sentiasa berada di bawah had yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar;

ii. Menurunkan paras hingar ambien waktu malam ke bawah had 55dB(A) dan mengekalkan paras hingar ambien waktu siang di bawah had 65

dB(A), terutama sekali melalui kawalan bunyi kenderaan bermotor; iii. Melarang pembakaran terbuka untuk memelihara kualiti udara. Tiada individu atau penduduk premis perindustrian boleh membakar sampah

atau sisa keluaran atau buangan kecuali dalam tempat pembakaran sampah dari jenis dan rekabentuk yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar;

iv. Industri yang berpotensi mencemarkan udara persekitaran perlu mengadakan pengawasan kualiti udara sendiri supaya memudahkan pihak

Jabatan Alam Sekitar mengawasi aktiviti industrinya. Antara parameter yang perlu diawasi adalah berbeza mengikut kegiatan industri; v. Meningkatkan kualiti air sungai di kawasan PBPT ke paras "Bersih" (Indeks Kualiti 81-100) tahap Kelas II Piawaian Kualiti Air Kebangsaan Malaysia,

dan melaksanakan langkah-langkah pemulihan air sungai dan pencegahan pencemaran air menjelang 2015; dan vi. Menguruskan Kawasan Pemuliharaan mengikut cadangan pengurusan dalam Pelan Pengurusan Taman Negeri. vii. Menetapkan pembahagian Kawasan Pemuliharaan mengikut tahap penggunaan kawasan :-

• Zon Perlindungan Ketat/Kawasan Lindungan; • Zon Hutan (akses terhad, penggunaan rendah); • Zon Pelancongan (penggunaan pelawat digalakkan); dan • Zon Pembangunan (kawasan tumpuan kemudahan pelancong/pelawat).

3. Olahan Sisa Pepejal

i. Satu Pelan Pengurusan Sisa Pepejal hendaklah disediakan dalam jangka masa RTD untuk menangani isu pengurusan dan kaedah pelupusan sisa pepejal jangka masa panjang;

ii. Mewujudkan dan menguatkuasakan program kesedaran alam sekitar kepada penduduk; dan iii. PBT (dengan kerjasama KPKT) menyediakan rancangan jangka panjang berkaitan pengurangan penjanaan sisa, pengasingan sisa pepejal

organik dan tidak organik, mengompos, guna semula dan kitar semula bagi semua kawasan Zon Pelancongan. Mewujudkan konsep "bawa pulang" sampah di kawasan-kawasan peranginan dan hutan lipur.

Bersambung...

Page 18: 9.0 Garis Panduan Pemeliharaan Alam Sekitaronemapserver.com/RTMPAJ/taskpane/garispanduan/GP...9.0 GARIS PANDUAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 9.1 GARIS PANDUAN KHUSUS Jadual 9.1: Garis

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

9 - 18

Jadual 9.2 : Garis Panduan Umum Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN UMUM PEMBANGUNAN

4. Kawalan Pembangunan Di Sepanjang Persisiran Sungai

i. Sistem pemantauan jangka panjang kualiti air sungai oleh PBPT bagi Sungai Ampang dan Sungai Klang diwujudkan sebagai langkah jangka panjang untuk mengurus kualiti alam sekitar Lembangan Klang dalam kawasan MPAJ.

ii. Kajian -kajian hidraulik, banci terperinci flora dan fauna darat serta akuatik, kajian saliran dan kajian terperinci kesesuaian/klasifikasi tanah

diperlukan. iii. Garis Panduan aktiviti rekreasi sekitar Takungan Air Ampang perlu disediakan dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengurus hal

berkaitan penggunaan kawasan tersebut perlu dikenal pasti. iv. Agensi/jabatan dalam PBPT yang dipertanggungjawabkan untuk pengurusan pembangunan dan alam sekitar kawasan PBT perlu dikenal

pasti, dan ditugaskan untuk melaksanakan cadangan-cadangan pemuliharaan alam sekitar.

5. Kawalan Pembangunan Di Rizab Sungai

Tanpa mengira keadaan status tanah, segala perancangan pembangunan di dalam lingkungan 50 meter daripada rizab sungai termasuk untuk kegunaan rekreasi perlu dikaji dengan terperinci berdasarkan kepada kriteria yang disebut di bawah :-

i. Sungai Sebagai Tumpuan Utama Dalam Perancangan Pembangunan Baharu

• Pemindahan jajaran sungai tidak digalakkan • Sungai perlu diberi tumpuan utama sebelum lain-lain perancangan pembangunan di dalam perancangan susun atur.

ii. Pelaksanaan Kerja -Kerja Pengindahan Rizab/Simpanan Sungai

• Pemaju perlu diwajibkan menyediakan pelan pengindahan dan rekreasi di kawasan rizab sungai yang diluluskan oleh JPS semasa mengemukakan pelan susun atur kepada PBPT.

• Rizab sungai boleh digunakan secara maksimum sebagai kawasan rekreasi, kawasan hijau dan pengindahan dan pihak pemaju dibenarkan mengusahakannya.

iii. Pembangunan Tidak meningkatkan Kadar Aliran Kepada Sungai • Kawasan Pembangunan yang mempunyai keluasan 10 hektar dan lebih, perlu menyediakan kawasan kolam takungan “detention pond” atau “retention pond” untuk mengawal kadar aliran kepada sungai. • Pengiraan keluasan kolam tersebut berdasarkan kepada 3%-5% daripada keseluruhan keluasan kawasan pembangunan.

iv. Bangunan -Bangunan Dan Infrastruktur Yang Kekal Tidak Dibenarkan Sama Sekali Berada Di dalam Sungai dan Rizabnya

• Bangunan seperti bangunan pejabat, rumah, tiang elektrik, LRT dan sebagainya termasuk paip gas, paip air dan kabel yang diletakkan /ditanam selari sepanjang sungai tidak dibenarkan.

• Hanya kemudahan berkaitan seperti jeti atau kemudahan-kemudahan rekreasi yang dapat digunakan semasa aliran air sungai rendah dan tidak mengganggu semasa aliran air banjir dibenarkan.

Bersambung...

Page 19: 9.0 Garis Panduan Pemeliharaan Alam Sekitaronemapserver.com/RTMPAJ/taskpane/garispanduan/GP...9.0 GARIS PANDUAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 9.1 GARIS PANDUAN KHUSUS Jadual 9.1: Garis

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

9 - 19

Jadual 9.2 : Garis Panduan Umum Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN UMUM PEMBANGUNAN

v. Keperluan Menyediakan Aras Platform Bangunan Yang Mencukupi • Aras platform minimum bergantung kepada keadaan setempat bagi tujuan melindungi dan mengurangkan kerosakan akibat banjir. • Kawasan perbandaran boleh menggunakan rekabentuk kala ulang 100 tahun manakala bagi kawasan pertanian adalah 50 tahun.

vi. Bangunan dan Pembangunan Infrastruktur Yang Dibina Perlu Mengambil Konsep Pembangunan Di Tepi Sungai

• Perancangan dibuat agar pintu hadapan rumah menghadap sungai. • Perancangan jalan masuk ke kawasan sungai dan boleh juga sebagai kawasan jalan masuk untuk kerja-kerja pengendalian dan

penyelenggaraan.

vii. Bangunan Dan Pembangunan Infrastruktur Hendaklah Tidak Menghalang Pemandangan Persekitaran Sungai • Bangunan perlu dirancang dengan mendirikan bangunan yang rendah di hadapan dan tinggi di belakang bagi memastikan tiada

halangan pemandangan sungai

viii. Kawasan Lapang Yang Sedia Ada Di Sungai Hendaklah Dikekalkan • Perancangan infrastruktur berhampiran dengan sungai yang akan menghalang atau menutupkan kawasan sungai dan sungai adalah

tidak digalakkan. ix. Rizab Sungai Hendaklah Terbuka Kepada Orang Ramai

• Kawasan persekitaran sungai adalah harta awam dan memagarnya atau seumpamanya adalah tidak dibenarkan (kecuali harta hak milik persendirian).

x. Persekitaran Semula jadi dan Kehidupan Sungai Dipelihara Dan Dipertingkatkan

• Mengekalkan keadaan semula jadi di rizab sungai sebagai zon hijau untuk pembiakan flora dan fauna serta kehidupan air seperti ikan, udang dan lain-lain.

• Mengehadkan pembinaan struktur konkrit di tebing-tebing sungai dan membenarkan sungai mengalir berliku-liku ke tahap yang tidak membahayakan.

• Pokok-pokok lama yang ada nilai-nilai komersial dan sebagainya tidak dibenarkan ditebang atau dipotong. xi. Kegiatan Rekreasi Di Sungai Perlu Dipelihara dan Dipertingkatkan

• Kegiatan memancing, berperahu dengan mengadakan tangga-tangga di tebing sungai, tempat perkelahan dan sepertinya dibenarkan.

xii. Memastikan Semua Saluran Keluar Dipusatkan Sebelum Disalurkan Ke Sungai.

• Semua saluran keluar air kumbahan dari kawasan setempat hendaklah dipusatkan menjadi saluran utama sebelum disalurkan keluar ke sungai bagi mengelakkan terlalu banyak saluran keluar menghala ke sungai. • Air kumbahan hendaklah dirawat terlebih dahulu sebelum disalurkan ke sungai untuk mengawal pencemaran sungai. • Kaedah ini boleh digunakan bagi perancangan kawasan pembangunan yang melebihi 10 hektar.