900/1: Esei - Ibu Tunggal

8
Isu: Ibu Tunggal Disediakan Oleh: Encik Ruslan Bin Razak Sumber: Teks Pra-U Pengajian Am STPM, Longman Pearson PENGAJIAN AM (900/1) BAHAGIAN PENULISAN

Transcript of 900/1: Esei - Ibu Tunggal

Page 1: 900/1: Esei - Ibu Tunggal

Isu: Ibu Tunggal

Disediakan Oleh: Encik Ruslan Bin Razak

Sumber: Teks Pra-U Pengajian Am STPM, Longman

Pearson

PENGAJIAN AM (900/1)BAHAGIANPENULISAN

Page 2: 900/1: Esei - Ibu Tunggal
Page 3: 900/1: Esei - Ibu Tunggal

Peningkatan bilanganibu tunggal di Malaysia– membimbangkan –perlu ditangani

Page 4: 900/1: Esei - Ibu Tunggal
Page 5: 900/1: Esei - Ibu Tunggal
Page 6: 900/1: Esei - Ibu Tunggal

Contoh 1Sejak belakangan ini, bilangan ibu tunggal di negara kitasemakin meningkat. Ibu tunggal berhadapan denganpelbagai masalah dalam menjalani kehidupan dan merekamemerlukan bantuan daripada kerajaan dan badan lain.

Sejak belakangan ini… – bersifat situasi…. “sedang berlaku”, “semakinmeningkat” etc

Contoh 2Dewasa ini, bilangan ibu tunggal di Malaysia semakinmeningkat. Mereka berhadapan dengan pelbagai masalahdalam menjalani kehidupan dan memerlukan bantuandaripada kerajaan dan badan lain bagi ………

Dewasa ini… – bersifat situasi…. “sedang berlaku”, “semakinmeningkat” etc

Page 7: 900/1: Esei - Ibu Tunggal

Contoh Isi 1 – Masalah kewanganIbu tunggal sering menghadapi masalah kewangan jika

mereka tidak bekerja atau berpendapatan rendah.Sesetengah ibu tunggal berhenti daripada bekerja setelahmempunyai anak. Terdapat juga ibu tunggal yangmempunyai taraf pendidikan yang rendah. Pastilahpekerjaan mereka bergaji rendah. Setelah kematian suamiatau bercerai, mereka terpaksa menyara keluarga. Ketiadaanpendapatan atau pendapatan yang sedikit menyebabkanmereka menghadapi krisis kewangan. Bukan sahaja merekaterpaksa meminjam wang, malah ada yang akhirnya dijeratleher oleh ceti haram atau terjebak di sarang-sarangpelacuran kerana masalah kewangan yang kronik.

Pastikan perbincangan hanya melibatkan perkara berkaitan masalah kewangansahaja dalam perenggan ini.

Page 8: 900/1: Esei - Ibu Tunggal

Contoh 1Ibu tunggal merupakan golongan yang malang. Kerajaanseharusnya mengambil langkah-langkah untuk membantumereka. Ahli masyarakat juga perlulah sama-samameringankan beban mereka.

Contoh 2Ibu tunggal juga merupakan sebahagian daripadamasyarakat yang perlu diberi perhatian dan dibantu. Hal inihanya dapat direalisasikan sekiranya pelbagai pihakbergabung tenaga bagi membantu mereka, sekurang-kurangnya memberi peluang kepada mereka untuk hidupdengan lebih sempurna.