90138216 perancangan-program-latihan

6
PERANCANGAN PROGRAM LATIHAN Periodisasi latihan Periodisasi adalah proses pembahagian pelan latihan tahunan kepada beberapa fasa latihan dan bahagian-bahagian kecil bertujuan untuk :- a) Memudahkan penyediaan program latihan b) Lebih mudah untuk meramalkan hasil atau pencapaian matlamat c) Dijadikan garis panduan bagi menentukan pencapaian puncak (peaking) yang betul dan tepat semasa fasa pertandingan utama. d) Membantu jurulatih dan atlit menjalani latihan dengan lebih teratur dan bersistematik e) Memudahkan proses pemantauan dan penilaian Periodisasi latihan dibahagikan kepada; i. Fasa-fasa latihan ii. Latihan mingguan iii. Latihan harian iv. Sessi latihan Fasa-fasa latihan Fasa-fasa Latihan Satu kalendar sukan tahunan boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa persediaan, fasa pertandingan dan fasa transisi. Setiap fasa ini mempunyai ciri-ciri tertentu dan dibahagikan kepada sub fasa. a) Fasa Persediaan Fasa persediaan mempunyai kepentingan yang besar dalam keseluruhan program latihan yang dijalankan. Kekurangan tumpuan pada

description

perancangan permainan hoki

Transcript of 90138216 perancangan-program-latihan

Page 1: 90138216 perancangan-program-latihan

PERANCANGAN PROGRAM LATIHAN

Periodisasi latihan

Periodisasi adalah proses pembahagian pelan latihan tahunan kepada beberapa

fasa latihan dan bahagian-bahagian kecil bertujuan untuk :-

a) Memudahkan penyediaan program latihan

b) Lebih mudah untuk meramalkan hasil atau pencapaian matlamat

c) Dijadikan garis panduan bagi menentukan pencapaian puncak (peaking) yang

betul dan tepat semasa fasa pertandingan utama.

d) Membantu jurulatih dan atlit menjalani latihan dengan lebih teratur dan

bersistematik

e) Memudahkan proses pemantauan dan penilaian Periodisasi latihan dibahagikan

kepada;

i. Fasa-fasa latihan

ii. Latihan mingguan

iii. Latihan harian

iv. Sessi latihan Fasa-fasa latihan

Fasa-fasa Latihan

Satu kalendar sukan tahunan boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa

persediaan, fasa pertandingan dan fasa transisi. Setiap fasa ini mempunyai ciri-ciri

tertentu dan dibahagikan kepada sub fasa.

a) Fasa Persediaan

Page 2: 90138216 perancangan-program-latihan

Fasa persediaan mempunyai kepentingan yang besar dalam keseluruhan

program latihan yang dijalankan. Kekurangan tumpuan pada fasa ini menjejaskan

persediaan fasa-fasa berikutnya, terutamanya fasa pertandingan. Fasa persediaan

dibahagikan lagi kepada dua subfasa iaitu:

i. Persediaan Umum

Memberi tumpuan kepada pembinaan kecergasan fizikal menyeluruh

terutamanya dalam aspek daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot

dan kekuatan asas sebelum atlit menjalani latihan pembinaan komponen-

komponen fizikal yang diperlukan oleh sesuatu jenis sukan yang diceburi.

ii. Isipadu latihan adalah tinggi antara 85% hingga 100% dan intensity latihan

adalah sederhana antara 40% hingga 70%.

iii. Bergantung kepada masa yang diperuntukkan, jangka masa bagi fasa ini

adalah antara enam hingga 14 minggu.

iv. Kaedah-kaedah latihan seperti latihan jarak jauh perlahan (LSD), latihan

fartlek, latihan jeda jarak jauh dan latihan bebanan bagi adaptasi

anatornical dan hipertropi otot dicadangkaii.

v. Ujian pra-kecergasan diperlukan

b) Persediaan Khusus

i. Fasa ini memberi penekanan khusus kepada komponen-komponen fizik, yang

lebih dominan dalam sesuatu sukan.

ii. Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan-sukan yang berasaskan daya tahan

seperti acara 5000 meter dalam olahraga, kayak jarak jauh dan renang

jarak jauh, sementara intensiti latihan ditingkatkan sehingga 90%.

Page 3: 90138216 perancangan-program-latihan

iii. Isipadu latihan diturunkan sedikit kepada antara 65% hingga 80% bagi sukan-

sukan yang berasaskan kekuatan dan kelajuan, yakni sukan yang sistem

tenaga anaerobik adalah lebih dominan seperti bola sepak, hoki, bola

baling serta acara-acara pecut dalam olahraga sementara intensiti latihan

boleh ditingkaikan sehingga 95%.

iv. Bergantung kepada masa yang diperunrukkan, jangka masa bagi fasa ini

adalah antara 6 hingga 10 minggu.

v. Bagi sukan-sukan yang berasaskan daya tahan, kaedah-kaedah latihan

seperti latihan LSD, latihan fart!ek, latihan jeda jarak jauh diteruskan

disamping latihan bebanan yang memberi tumpuan kepada daya tahan

otot perlu diaplikasikan. Bagi sukan-sukan yang berasaskan kelajuan dan

kekuatan, kaedah-kaedah latihan seperti latihan jeda jarak sederhana,

latihan jeda jarak dekat, latihan pecutan berulang, latihan litar dan latihan

bebanan bagi meningkatkan kekuatan dicadangkan.

Fasa Pertandingan

Fasa pertandingan dibahagikan kepada dua sub fasa iaitu:-

a. Prapertandingan

i. Fasa ini memberikan penekanan khusus kepada komponen fizikal yang

terdapat dalam sesuatu sukan yang dilatih. Latihan bagi meningkatkan

atau mengekalkan tahap kecergasan dilakukan dalam situasi permainan

kecil atau melalui simulasi permainan.

ii. Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan berasaskan daya tahan, sementara

intensiti bergantung kcpada keperluan sebenar sukan. Bagi sukan yang

berasaskan kelajuan dan kekuatan, isipadu latihan adalah sederhana

antara 60% hingga 70%, sementara intensiti latihan boleh ditingkatkan

sehingga 100%.

Page 4: 90138216 perancangan-program-latihan

iii. Selain daripada latihan khusus seperti dinyatakan, kaedah-kaedah seperti

latihan pecutan berulang, latihan jeda jarak dekat, latihan tekanan dan

latihan pliometrik masih boleh diteruskan bagi sukan yang berasaskan

kelajuan dan kekuatan.

iv. Bergantung kepada masa yang diperuntukkan jangka masa bagi fasa ini

adalah antara 6 hingga lapan minggu

v. Ujian pasca-kecergasan diperlukan.

b. Pertandingan

i. Fasa ini memberi tumpuan kepada pengekalan kecergasan optimum yang

diperlukan oleh sukan yang diceburi. 'Tapering off” ubahsuai isipadu dan

intensiti lazimnya penurunan isipadu dan intensiti amat diperlukan pada

fasa ini bagi memastikan atlit berada pada prestasi puncak terutamanya

pada hari pertandingan sebenar. Kecergasan dikekalkan dan dinilai

melalui permainan sebenar atau melalui ujiai masa/jarak/ketinggian.

ii. Bagi semua sukan isipadu dan intensiti latihan adalah sekurang-kurangnya

sama dengan keperluan sebenar sukan tersebut.

iii. Kaedah-kaedah latihan seperti latihan bebanan untuk mengekalkan daya

tahan otot bagi sukan berasaskan daya tahan dan latihan bebanan untuk

pengekalan kuasa bagi sukan berasaskan kelajuan dan kekuatan boleh

diteruskan.

iv. Jangkamasa fasa ini bergantung kepada format pertandingan.

c. Fasa Transisi

i. Mengambil masa lebih kurang 6 hingga 10 minggu bertujuan untuk pemulihan

fisiologi dan psikologi seperti rawatan kecederaan da mengatasi

Page 5: 90138216 perancangan-program-latihan

kebosanan. Namun, jangka masa fasa ini masih bergantung kepada

format pertandingan.

ii. Rehat aktif adalah amat digalakkan dalam fasa ini bagi mengelakkan

pcnurunan kecergasan fizikal yang keterlaluan. Tahap kecergasan fizikal

perlu dikekalkan sekurang-kurangnya antara 40% hingga 60°

kemampuan maksimum.

iii. Bertujuan untuk menilai prestasi diri dan keberkesanan program seterusnya

merancang sesi latihan yang akan datang.

Persediaan untuk pertandingan

Perancangan yang sistematik dan saintifik dapat membantu atlit bersedia dari

aspek fizikal. mental, teknikal dan taktikal. Secara umum, program latihan disediakan

oleh jurulatih untuk memperkembangkan dan meningkatkan potensi dan prestasi atlit ke

tahap optimum. Komponen-komponen ini adalah satu keperluan dalam program latihan

kerana komponen ini saling berkait antara satu sama lain.

i. Persediaan Fizikal

Aspek yang penting dalam sesuatu program latihan bertujuan untuk

meningkatkan potensi atlit serta memperkembangkan keupayaan biomotor

atlit ke tahap optimum.

ii. Persediaan Teknikal

Kaedah spesifik untuk menguasai dan meningkatkan sesuatu kemahiran

iii. Persediaan Taktikal

Satu perancangan atau strategi yang akan digunakan semasa pertandingan.

Penguasaan teknik yang baik dapat menentukan kejayaan sesuatu

perancangan atau strategi (taktikal).

Page 6: 90138216 perancangan-program-latihan

iv. Persediaan Psikologi

Persediaan atlit dari segi psikologi melibatkan kemahiran seperti penetapan

matlamat, mengawal kebimbangan, motivasi, imageri dan simulasi.

Persediaan mental atlit untuk pertandingan adalah satu prosedur saintifik dan

sistematik yang membolehkan atlit membawa bersamanya persediaan fizikal,

teknikal dan taktikal apabila menghadapi sesuatu pertandingan.