90629880 Kenal Pasti Bakat

12
KENAL PASTI BAKAT (TID)

Transcript of 90629880 Kenal Pasti Bakat

Page 1: 90629880 Kenal Pasti Bakat

KENAL PASTI BAKAT (TID)

Page 2: 90629880 Kenal Pasti Bakat

• Identifikasi bakat (TID) merupakan satu kaedah dimana ianya melibatkan pemilihan, penilaian, pencarian serta melibatkan penyelidikan tentang bakat atau kesesuaian kanak-kanak, individu dan atlet untuk menyertai satu-satu sukan.

Page 3: 90629880 Kenal Pasti Bakat

• Program TID sangat sesuai untuk sukan-sukan yang mementingkan keperluan fizikal dan fisiologikal serta sukan yang mana kejayaannya ditentukan oleh kemahiran dan strategi-strategi tertentu. Pencarian asas dilakukan dengan bantuan guru sekolah dan dianalisa oleh saintis sukan. Selepas proses mengenalpasti dilakukan, ujian sukan spesifik perlu dilakukan untuk melengkapkan proses pemilihan. Kejayaan TID berlaku apabila ada program pembangunan bakat yang berstruktur dan sistematik dapat disediakan.

Page 4: 90629880 Kenal Pasti Bakat

• KAJIAN LEPAS• Identifikasi bakat merupakan satu proses

menggalakkan kanak-kanak untuk menyertai sukan yang mereka suka dan boleh memberi kejayaan berdasarkan keputusan parameter ujian yang dipilih. Parameter ini direka untuk meramalkan kemampuan pencapaian kanak-kanak mengikut tahap kecergasan dan kematangan pada masa sekarang. Peltola Thomson dan Beavis, 1992

Page 5: 90629880 Kenal Pasti Bakat

• Identifikasi bakat (TID) merupakan satu proses penyaringan kanak-kanak dan remaja dengan menggunakan ujian fizikal, psikologikal dan ciri-ciri kemahiran untuk mengenalpasti atau identifikasi mereka yang berpotensi bagi menjayakan sukan yang tertentu . Deboran Hoare, 2000

Page 6: 90629880 Kenal Pasti Bakat

• TID di Malaysia boleh dikatakan masih lagi baru serta memerlukan anjakan ke arah mewujudkan satu sistem yang mantap dan berkesan. ISN adalah merupakan satu badan yang bertanggungjawab menjalankan penyelidikan mengenai sains sukan dan pelaksanaan program pencarian bakat setiap atlet di negara ini. Melalui kajian dan temuramah yang dijalankan oleh saya di Institut Sukan Negara (ISN), sistem TID yang sedia ada terbahagi kepada fasa-fasa tertentu dan juga mengikut sukan-sukan tertentu. Proses identifikasi bakat yang lengkap dibahagikan kepada 3 fasa utama iaitu:

Page 7: 90629880 Kenal Pasti Bakat

• Fasa Permulaan (primary phase)

Pada fasa permulaan ini, program perkembangan yang sistematik dijalankan untuk mengenalpasti atlet muda yang berpotensi melalui pengukuran rudimentary kesihatan dan aspek perkembangan fizikal yang luas. Ianya juga merangkumi penyaringan kesihatan yang bertujuan untuk mendedahkan struktur-struktur atau fisiologikal yang tidak berfungsi dengan sempurna. Fokus utama program ini adalah bagi kanak-kanak yang berumur antara 3 - 10 tahun. Maklumat asas yang berkaitan dengan kesihatan sahaja yang dapat dikumpulkan pada fasa ini. Setiap kanak-kanak yang terlibat dalam program ini akan dilakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu bagi mengetahui tahap kesempurnaan fizikal mereka.

Setelah selesai pemeriksaan kesihatan fizikal ke atas mereka maka, kanak-kanak yang memiliki tahap kesempurnaan fizikal yang baik sahaja yang akan dipilih manakala selebihnya akan ditentukan melalui ujian-ujian yang lain yang dirasakan perlu sebelum mereka dipilih semula jika tahap kesempurnaan mereka tidak terlalu meruncing. Namun demikian, andaian yang tepat dan bersifat authoritative stances semasa pertumbuhan masa depan kanak-kanak agak sukar untuk diramal secara 'direct'.

Page 8: 90629880 Kenal Pasti Bakat

• Fasa Kedua (secondary phase)

Fasa yang kedua ini merupakan fasa yang sangat sukar yang mana identifikasi bakat perlu dilakukan ke atas kanak-kanak ketika mereka berusia dalam lingkungan 9 - 17 tahun tetapi jarak umur adalah berubah-ubah antara sukan seperti jimnastik pada ketika umur 9 - 10 tahun, sukan-sukan yang lain bagi perempuan adalah pada umur 10 - 15 tahun manakala bagi lelaki pula dalam lingkungan 10 - 17 tahun. Ujian fasa kedua ini dilakukan ke atas atlet yang mempunyai pengalaman dan pernah mengikuti sesi latihan serta pernah juga melalui proses penilaian fizikal yang lengkap sebelum ini bagi mengetahui tahap fisiologikal dan parameter anthropometric. Contohnya, jenis pengukuran biometric iaitu bi-acromial diameter (keluasan bahu) yang berhubungkait dengan kekuatan badan terutamanya panjang tapak kaki dan arch yang akan memberi kesan kepada abiliti berlari dan melompat.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, penilaian psikologikal dan kajian permulaan bagi tingkahlaku individu serta analisa mengenai ciri-ciri psikologikal adalah merupakan keperluan yang penting pada fasa ini. Ujian broad psychology dikendali oleh pakar psikologi yang berkelayakan yang dapat membantu memberitahu darjah abiliti psikologikal atau hubungan atlet muda berkaitan dengan sukan tertentu. Penilaian ini menunjukkan bahawa latihan psikologikal diperlukan pada masa depan yang juga merupakan salah satu aspek yang harus didedahkan kepada setiap atlet mengenai kepentingannya.

Page 9: 90629880 Kenal Pasti Bakat

• Fasa Akhir (final phase)

Fasa akhir merupakan satu fasa dimana ianya lebih tertumpu kepada atlet elit yang berada dalam lingkungan proses perkembangan. Tumpuan utama adalah untuk memeriksa abiliti innate atlet dengan teliti dalam konteks sukan spesifik seterusnya tumpuan dari segi kesihatan atlet, adaptasi fisiologikal dalam sesi latihan dan pertandingan, abiliti atlet untuk mengatasi tekanan dan peningkatan prestasi seseorang atlet yang berpotensi. Atlet yang telah menjalani kesemua ujian yang diperlukan seperti ujian kesihatan fizikal, ujian psikologikal, ujian berkaitan fisiologikal dan sebagainya akan diteliti setiap rekod mengenainya sebelum mereka dipilih.

Page 10: 90629880 Kenal Pasti Bakat

• Kelebihan TID Malaysia

TID di Malaysia memiliki kelebihannya yang tersendiri dimana perkembangan penglibatan kanak-kanak dalam sukan diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab. Secara keseluruhannya, TID di Malaysia semakin diberi perhatian dan merupakan elemen penting dalam mencari bakat kanak-kanak yang mempunyai bakat dalam sukan. Program TID digunakan sebagai asas atau platform untuk mengenalpasti individu yang berpotensi untuk maju

Page 11: 90629880 Kenal Pasti Bakat

• Kelebihan TID Malaysia

TID di Malaysia memiliki kelebihannya yang tersendiri dimana perkembangan penglibatan kanak-kanak dalam sukan diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab. Secara keseluruhannya, TID di Malaysia semakin diberi perhatian dan merupakan elemen penting dalam mencari bakat kanak-kanak yang mempunyai bakat dalam sukan. Program TID digunakan sebagai asas atau platform untuk mengenalpasti individu yang berpotensi untuk maju. Perkembangan TID di Malaysia kini semakin diterima walaupun ianya masih lagi belum diperaktikkan secara serius. Masyarakat pula menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai program TID.

Setelah sekian lama, TID di Malaysia menampakkan sedikit kemajuan dari segi penggunaan teknologi dan kepakarannya. Individu yang terlibat semakin mahir dalam mengendalikan proses TID di Malaysia samada melalui kajian yang berkaitan dengan sains sukan dan sebagainya. Pegawai-pegawai TID juga dihantar ke luar negara untuk menjalani kursus bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan program pencarian TID. Selain itu, pakar-pakar dari luar negara juga dijemput untuk memberi pendedahan ilmiah berkaitan teknologi dan kaedah terbaru dalam TID.

Dengan adanya pembangunan yang berterusan dalam proses TID ini, satu masa nanti kita akan dapat melahirkan satu generasi atlet yang setaraf dengan atlet-atlet terkemuka dari negara-negara lain yang telah lama wujud dan mendominasi dunia sukan antarabangsa.

Page 12: 90629880 Kenal Pasti Bakat

• Kelemahan TID Malaysia

Sememangnya masih lagi terdapat beberapa kelemahan sistem TID di Malaysia. Antaranya kakitangan dan pegawai yang tidak mencukupi untuk melakukan program pencarian bakat di seluruh pelusuk negara. Dengan populasi penduduk yang hampir mencecah 25 juta orang, agak sukar untuk mengenalpasti seterusnya mencari individu yang berbakat dalam lapangan sukan-sukan tertentu. Dari segi perkembangan teknologi pula, kita masih ketinggalan jauh berbanding negara-negara lain seperti Jepun, China dan Singapura misalnya. Peningkatan dari segi teknologi dan peralatan TID adalah sesuatu yang perlu agar dapat mempercepat serta memberikan ruang yang lebih untuk meneruskan pencarian individu yang berbakat. Proses TID juga memerlukan kos yang tinggi dan memakan masa yang agak lama dan ini secara tidak langsung memungkinkan ketidakmampuan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang menelan kos berjuta ringgit semata-mata ingin menjalankan proses TID di seluruh negara ditambah pula jika satu-satu program TID itu di jalankan di luar bandar.

Dari aspek yang lain pula, kita masih lagi tidak begitu serius menjalankan satu-satu pemilihan melalui identifikasi bakat. Usaha yang dijalankan dilihat seolah-olah dilakukan separuh jalan sahaja. Sebagai contoh, kita telah banyak melakukan program pencarian bakat kanak-kanak seperti Talent ID Rakan Muda Jiran Muda Fitkids yang baru-baru ini diadakan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan. Ianya kini senyap begitu sahaja tanpa ada sebarang hitam putih mengenainya. Daripada beberapa sumber maklumat yang diperolehi menyatakan, terdapatnya unsur-unsur salah guna kuasa dan campurtangan politik oleh pihak-pihak tertentu yang menyebabkan usaha yang baik ini terbantut begitu sahaja. Perkara sebeginilah yang sepatutnya diperhalusi oleh semua pihak yang bertanggungjawab dengan sokongan masyarakat bagi menjayakan apa yang dikatakan pembangunan sukan melalui identifikasi bak