91706036 Jurnal Refleksi Sce 3109

5
[NURUL AMIRA HUSNA SHARRUDIN] 900507-06-5254 JURNAL REFLEKSI Assalamualaikum wbt . Pertamanya, saya ingin memanjatkan jutaan rasa syukur ke hadrat Ilahi untuk segala-galanya. Bagi semester kali ini, SCE 3109 Tenaga Dalam Kimia telah menjadi salah satu subjek major yang dibimbing oleh dua orang pensyarah iaitu Pn Rafidah Bt Wahab dan Pn Razimah Bt Mohamad. Subjek ini adalah salah satu subjek Sains yang berkaitan dengan kajian tindak balas-tindak balas kimia. Bagi menjalani dan memenuhi pembelajaran subjek ini, kami dikehendaki untuk menyiapkan kerja kursus yang memerlukan 5 tajuk pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) dan 5 laporan praktikal. Antara tajuk PPIK ialah 1) perubahan bentuk tenaga, 2) kesan haba terhadap penebat dan pengalir haba, 3) tenaga yang boleh dan tidak boleh diperbaharui , 4) jenis-jenis bateri dan 5) faktor pengaratan. Manakala bagi laporan praktikal ialah 1) haba peneutralan, 2) perubahan tenaga entalpi, 3) haba pembakaran bahan api, 4) tindak balas redoks dan 5) elektrolisis. Tiga peringkat perlu dikuasai sepenuhnya bagi menyiapkan tugasan projek ini. Peringkat pertama ialah pemerolehan ilmu dimana saya perlu mendapatkan sebanyak mana maklumat berkenaan tajuk-tajuk dalam subjek ini. Kemudian, bagi peringkat kedua, iaitu peringkat penguasaan ilmu. Peringkat ini adalah ketika menjalani eksperimen Sains secara berkumpulan. Pemerhatian, mengumpul maklumat dan merekodkan pemerhatian dilakukan sewaktu peringkat ini. Manakala bagi peringkat ketiga iaitu peringkat pemindahan ilmu, bagaimana saya dan ahli kumpulan berbincang, menganalisis dan membuat keputusan bagi menghasilkan pengurusan grafik berkaitan tajuk PPIK, laporan PPIK dan laporan praktikal secara individu. Tugasan PPIK memerlukan saya membuat amali dan menjawab soalan yang berbentuk pedagogi. Setiap tajuk juga memerlukan maklumat yang telah di proses dalam bentuk pengurusan grafik.

description

free

Transcript of 91706036 Jurnal Refleksi Sce 3109

Page 1: 91706036 Jurnal Refleksi Sce 3109

[ ] 900507-06-5254

JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum wbt .

Pertamanya, saya ingin memanjatkan jutaan rasa syukur ke hadrat Ilahi untuk

segala-galanya. Bagi semester kali ini, SCE 3109 Tenaga Dalam Kimia telah menjadi

salah satu subjek major yang dibimbing oleh dua orang pensyarah iaitu Pn Rafidah Bt

Wahab dan Pn Razimah Bt Mohamad. Subjek ini adalah salah satu subjek Sains yang

berkaitan dengan kajian tindak balas-tindak balas kimia.

Bagi menjalani dan memenuhi pembelajaran subjek ini, kami dikehendaki untuk

menyiapkan kerja kursus yang memerlukan 5 tajuk pengetahuan pedagogi isi

kandungan (PPIK) dan 5 laporan praktikal. Antara tajuk PPIK ialah 1) perubahan bentuk

tenaga, 2) kesan haba terhadap penebat dan pengalir haba, 3) tenaga yang boleh dan

tidak boleh diperbaharui , 4) jenis-jenis bateri dan 5) faktor pengaratan. Manakala bagi

laporan praktikal ialah 1) haba peneutralan, 2) perubahan tenaga entalpi, 3) haba

pembakaran bahan api, 4) tindak balas redoks dan 5) elektrolisis.

Tiga peringkat perlu dikuasai sepenuhnya bagi menyiapkan tugasan projek ini.

Peringkat pertama ialah pemerolehan ilmu dimana saya perlu mendapatkan sebanyak

mana maklumat berkenaan tajuk-tajuk dalam subjek ini. Kemudian, bagi peringkat

kedua, iaitu peringkat penguasaan ilmu. Peringkat ini adalah ketika menjalani

eksperimen Sains secara berkumpulan. Pemerhatian, mengumpul maklumat dan

merekodkan pemerhatian dilakukan sewaktu peringkat ini. Manakala bagi peringkat

ketiga iaitu peringkat pemindahan ilmu, bagaimana saya dan ahli kumpulan

berbincang, menganalisis dan membuat keputusan bagi menghasilkan pengurusan

grafik berkaitan tajuk PPIK, laporan PPIK dan laporan praktikal secara individu.

Tugasan PPIK memerlukan saya membuat amali dan menjawab soalan yang

berbentuk pedagogi. Setiap tajuk juga memerlukan maklumat yang telah di proses

dalam bentuk pengurusan grafik.

Page 2: 91706036 Jurnal Refleksi Sce 3109

[ ] 900507-06-5254

Bagi tugasan PPIK yang pertama iaitu perubahan bentuk tenaga. Kami

menjawab soalan yang diberi berdasarkan pengetahuan sedia ada dan hasil analisis

daripada maklumat yang telah dikumpulkan. Daripada tajuk ini, saya telah mempelajari

tentang Hukum Keabadian Tenaga yang merumuskan bahawa tenaga tidak dapat

dimusnahkan tetapi boleh berubah bentuk. Aktiviti pemerhatian bagi perubahan bentuk

tenaga tidak dijalankan. Seharusnya aktiviti ini dijalankan supaya pemerolehan ilmu itu

lebih berkesan dan akan diingati. Selain itu, kaedah pelaksanaan amali ini boleh

memberi idea kepada saya untuk menjalankan aktiviti ini disekolah nanti.

Tajuk kedua iaitu kesan haba terhadap penebat dan pengalair haba memberikan

pengetahuan yang mendalam berkenaan dengan teori muatan haba tentu sesuatu

bahan. Penebat haba dan pengalir haba yang baik dipengaruhi oleh nilai mutan haba

tentu sesuatu bahan tersebut. Bagi tajuk ini, saya dikendaki untuk mereka bentuk

sebuah eksperimen. Rekabentuk eksperimen itu dijalankan secara visual dan

perbincangan berikutan ketiadaan bahan (blok aluminium) dan filamen pemanas.

Kesukaran memperoleh reka bentuk eksperimen berlaku apabila saya tidak dapat

memahami kata kunci soalan PPIK ini. Namun begitu, melalui perbincangan, idea dan

gambaran rekabentuk eksperien itu diperoleh. Oleh itu, pembelajaran secara

berkumpulan adalah salah satu stail pembelajaran yang berkesan.

Seterusnya bagi PPIK 3 iaitu, tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak boleh

diperbaharui memberi kesedaran dan peringatan kepada saya tentang kepentingan

berjimat dalam menguruskan penggunaan tenaga dalam kehidupan harian. Berlaku

sedikit kekeliruan dalam mengkelaskan sumber-sumber tenaga tersebut terutamanya

bagi tenaga nukleur. Namun akhirnya, saya membuat keputusan bahawa tenaga

nukleur adalah tenaga yang boleh diperbaharui berdasarkan sumber yang dirujuk. Saya

sepatutnya, bertanya kepada pensyarah bagi mendapatkan jawapan yang pasti

sekiranya, buku dan internet lebih mengelirukan saya.

Page 3: 91706036 Jurnal Refleksi Sce 3109

[ ] 900507-06-5254

Untuk PPIK 4 yang bertajuk jenis-jenis bateri memberikan saya pengetahuan

berkenaan pelgai bateri (sel kimia) yang digunakan dalam pelbagai alatan teknologi

zaman sekarang. Terminal negatif dan positif bagi sesuatu bateri adalah salah satu

daripada aplikasi tindak balas kimia dibawah tajuk elektrokimia. PPIK ini seharusnya

dijalankan dengan pemerhatian terhadap benda maujud supaya kami lebih mengingati

apa yang dapat dilihat dan disentuh. Namun berikutan kesuntukan masa, saya hanya

memperoleh maklumat daripada buku dan internet.

PPIK terkahir iaitu fakor pengarata adalan kesinambungan daripada tajuk tindak

balas redoks. Konsep yang perlu ditekankan bagi tajuk ini ialah proses penurunan dan

pengoksidaan yang berlaku yang menyebabkan pengaratan besi berlaku. Faktor

penyebab dan langkah pencengahan dapat dikenalpasti melalui amali yang telah

dijalankan. Kelemahan yang didapati semasa mengendalikan aktiviti ini ialah,

kesuntukan masa dan bahan yang terhad (minyak telah tamat tempoh). Bagi mengatasi

masalah ini, penyediaan bahan perlu di rancang awal sebelum menjalankan aktiviti

amali.

Bagi tugasan melaksanakan amali Sains, kami menjalankan tugasan secara

koperatif. Perbincangan dalam menganalisis data dijalankan bagi membolehkan kami

bertukar-tukar pandangan dan menerima pandangan rakan-rakan yang lain. Namun

begitu bagi tugasan menulis laporan , saya laksanakan secara individu.

Daripada amali 1 yang bertajuk haba peneutralan, saya dapati bahawa

kemahiran mengaplikasi pengetahuan dijalankan sepenuhnya apabila saya dikehendaki

untuk mengira nilai haba bagi setiap tindak balas yang telah diuji. Semasa menjalankan

amali, tiada masalah yang besar berlaku, tetapi kami masih tidak dapat nilai haba

seperti teori kerana beberapa langkah berjaga-jaga tidak dikawal dengan baik. Bagi

mengatasi masalah seperti ini berlaku, saya harus lebih bersedia dengan pengetahuan

berkenaan langkah berjaga-jaga yang boleh mempengaruhi keputusan ujikaji.

Page 4: 91706036 Jurnal Refleksi Sce 3109

[ ] 900507-06-5254

Bagi amali ke dua pula, perubahan tenaga entalpi merupakan ujikaji yang

mencabar dalam menganalisis maklumat yang diperolehi. Perubahan tenaga ini

menghasilkan 2 tindak balas iaitu sama ada tindak balas endotermik dan tindak balas

eksotermik. Masalah saya bagi tajuk ini ialah, saya sering tertukar maklumat diantara

t/b eksotermik dan t/b endotermik. Bagi meengatasi masalah tertukar konnsep saya

perlu mengingat hanya satu tindak balas sahaja.

Seterusnya, bagi amali 3 yang bertajuk haba pembakaran bahan api yang

menyiasat tentang nilai bahan api yang berbeza. Daripada amali ini saya dapat

mengetahui mengenai bahan pai yang mana lebih effisen digunakan. Faktor-faktor yang

penting dalam memilih bahan api yang betul juga antara ilmu yang diperoleh daripada

amali ini. Semasa menjalankan ujikaji ini, langkah berjaga-jaga perlu diberi perhatian.

Disamping itu, disebabkanoleh setiap pembakaran memerlukan masa yang lama,

sistem bergilir-gilir boleh dilakukan. Oleh itu, pembentangan data dan hasil dapatan

harus dibincangkan bagi membolehkan semua individu memperoleh keputusan yang

betul.

Tajuk bagi amali yang ke 4 ialah, tindak balas redoks. Ujikaji ini adalah tentang

proses penoksidaan dan prosen penurunan yang berlaku dalam elektrokimia. Bagi

membuktikan ada tindak balas yang berlaku jarum galvanometer akan bergerak.

Seterusnya, ialah tajuk ke lima iaitu, elektrolisis. Ujikaji ini berkaitan dengan

kadar kepekatan larutan mempengaruhi daya gerak elektrik sel menggunakan aplikasi

elktrolisis. Ujikaji tajuk amali 4 dan 5 telah dijalankan dalam waktu yang serentak

kerana kesuntukan masa. Oleh itu setiap kumpulan dibahagi dua dan hasil dapatan

akan dikongsi dan dibincangkan bersama. Namun begitu, bagi amali 5, kebanyakan

keputusan tidak dapat diperolehi dengan tepat. Perbincangan hasil dapatan juga tidak

dilakukan dengan baik tanpa bimbingan pensyarah. Oleh itu, hasil keputusan yang saya

gunakan adalah daripada sumber internet. Diharapkan agar, masala kesuntukan masa

seperti ini tidak berlaku lagi di masa kan datang.

Page 5: 91706036 Jurnal Refleksi Sce 3109

[ ] 900507-06-5254

Secara keseluruhannya, sepanjang proses menyiapkan tugasan projek ini, saya

dapati bahawa kelamahan dalam pengurusan masa memberi impak yang besar dalam

menghasilkan tugasan yang bermutu. Selain itu, kekurangan berinteraksi dengan orang

yang pakar seperti pensyarah pebimbing juga antara satu faktor, banyak keputusan

dibuat dalam keadaan yang masih ragu-ragu. Oleh itu, saya perlu lebih rajin untuk

berjumpa dengan pensyarah bagi membolehkan saya dibimbing dengan baik dalam

melaksanakan tugasan projek ini.

Selain itu bagi membendung masalah ini sentiasa berlaku, motivasi dalam diri

dan keyakinan terhadap diri sendiri dalam membuat tugasan awal adalah penting dan

perlu dilakukan. Pengurusan masa yang effisen boleh dibuat dengan menyediakan

jadual waktu belajar dalam buku rancangan peribadi. Sikap yang negatif seperti suka

bertanggung hendaklah diperbaiki supaya hasil yang bermutu dapat dihasilkan tanpa

berlaku tekanan. Bagi mengurangkan sikap bertanggunh, saya perlu sentiasa menulis

‘LIST-TO-DO’ supaya saya sentiasa ingat dan buat perkara mengikut keutamaanya.

Alhamdulillah, dengan kerjasama yang baik oleh setiap ahli kumpulan

membolehkan kami menyiapkan kesemua tugasan yang diperlukan pada masa yang

telah ditetapkan. Walaupun banyak masalah yang dihadapi, saya dan rakan berusaha

untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan upaya yang ada. Setiap masalah dihadapi

bersama dan sokongan serta sikap tolong-menolong adalah nilai yang membantu kami

menghasilkan tugasan ini secara optimum. Banyak pengajaran yang diperolehi dari

tugasan ini, antaranya ialah, setiap masalah boleh diselesaikan dan kepentingan

pengurusan masa. Selain itu, pemikiran yang kreatif dan kritis dengan sikap menerima

pandangan orang lain adalah salah satu pengajaran yang dapat saya pelajari semasa

menyiapkan tugasan ini. Oleh hal yang demikian, saya cukup berharap agar tugasan ini

diterima seadanya dan semoga ia memberi manfaat kepada sesiapa sahaja.

Sekian, Terima kasih.