94354929 Tanggunjawab Dan Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi Negara 2

13
1 TANGGUNJAWAB DAN PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA PENGENALAN Pendidikan moral merupakan sebahagian daripada pendidikan negara. Mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral 1982, program pendidikan moral adalah bertujuan untuk murid- murid mengenalpasti, menjelaskan dan membatinkan nilai-nilai yang berasakan kepada agama, tradisi dan nilai-nilai masyarakat Malaysia. Begitu juga dengan penyemakan semula sukatan Pendidikan Moral pada tahun 1999 yang memperkenalkan lima bidang pembelajaran. Ia adalah bertujuan untuk membentuk generasi yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang kearah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. 1 Aspirasi Negara merupakan salah satu elemen yang penting dalam pembentukan sesebuah Negara. Hal ini juga berlaku kepada guru di Malaysia. Motto “ Guru Berkualiti Aspirasi Negara” mempunyai pengertian yang amat meluas. Guru yang berkualiti ialah guru yang dapat menunaikan tanggungjawab menyediakan sumber manusia terlatih dan berpengetahuan, berperanan membentuk identiti warga, menyemaikan perasaan kenegaraan dan membina perpaduan nasional di kalangan warga. Pemahaman terhadap perkara yang saya sebutkan ini adalah penting kerana guru perlu menyedari bahawa mereka adalah paksi kepada segala usaha dan harapan untuk mencapai wawasan negara, wawasan 2020. Peranan dan juga tanggungjawab guru pendidikan moral dalam merealisasikan aspirasi Negara adalah sangat penting. Hal ini kerana, sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. 1 Pusat Perkembangan Kurikulum, Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral KBSR/KBSM, Kuala Lumpur: Kementerian PendidikanMalaysia.

Transcript of 94354929 Tanggunjawab Dan Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi Negara 2

Page 1: 94354929 Tanggunjawab Dan Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi Negara 2

1

TANGGUNJAWAB DAN PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM

MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA

PENGENALAN

Pendidikan moral merupakan sebahagian daripada pendidikan negara. Mengikut sukatan

pelajaran Pendidikan Moral 1982, program pendidikan moral adalah bertujuan untuk murid-

murid mengenalpasti, menjelaskan dan membatinkan nilai-nilai yang berasakan kepada agama,

tradisi dan nilai-nilai masyarakat Malaysia. Begitu juga dengan penyemakan semula sukatan

Pendidikan Moral pada tahun 1999 yang memperkenalkan lima bidang pembelajaran. Ia adalah

bertujuan untuk membentuk generasi yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh

menyumbang kearah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.1

Aspirasi Negara merupakan salah satu elemen yang penting dalam pembentukan

sesebuah Negara. Hal ini juga berlaku kepada guru di Malaysia. Motto “ Guru Berkualiti

Aspirasi Negara” mempunyai pengertian yang amat meluas. Guru yang berkualiti ialah guru

yang dapat menunaikan tanggungjawab menyediakan sumber manusia terlatih dan

berpengetahuan, berperanan membentuk identiti warga, menyemaikan perasaan kenegaraan dan

membina perpaduan nasional di kalangan warga. Pemahaman terhadap perkara yang saya

sebutkan ini adalah penting kerana guru perlu menyedari bahawa mereka adalah paksi kepada

segala usaha dan harapan untuk mencapai wawasan negara, wawasan 2020.

Peranan dan juga tanggungjawab guru pendidikan moral dalam merealisasikan aspirasi

Negara adalah sangat penting. Hal ini kerana, sekolah merupakan institusi formal pertama di

mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat

pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi memberi

sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.

1 Pusat Perkembangan Kurikulum, Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral KBSR/KBSM, Kuala

Lumpur: Kementerian PendidikanMalaysia.

Page 2: 94354929 Tanggunjawab Dan Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi Negara 2

2

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI

NEGARA

Kod Etika Perguruan

Wawasan 2020 Aspirasi Negara Rukun Negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru

Wawasan 2020

Latarbelakang

Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, Y.A.B. Perdana

Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia-Melangkah ke Hadapan"

Page 3: 94354929 Tanggunjawab Dan Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi Negara 2

3

yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi

sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020".

Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindak balas

kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan

antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan ini telah

diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus

diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara.

Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang

benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada

bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik,

sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.

Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara

yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan

menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi,

bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.

Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia

akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara

maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang

tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan

meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi

dan dicontohi oleh negara lain.

Objektif

Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi

pelbagai halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Di bawah ini diperturunkan

sembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu:

Page 4: 94354929 Tanggunjawab Dan Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi Negara 2

4

(i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi

bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup

dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia

yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara;

(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap

diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.

Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar

semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain;

(iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu

bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh

menjadi contoh kepada banyak negara membangun;

(iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana

warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling

tinggi;

(v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas

mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang

sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;

(vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan

memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang

kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan;

(vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang

Page 5: 94354929 Tanggunjawab Dan Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi Negara 2

5

mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak

berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;

(viii) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang

melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian

sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan

wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran

ekonomi berdasarkan kaum; dan

(ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,

dinamik, giat dan kental.

Rukun Negara

Rukun Negara (1970) merupakan satu set prinsip panduan hidupuntuk rakyat Malaysia.

Ideologi nasioanal ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan rakyat berbagai kaum disamping

memelihara cara hidup masyarakat yang harmoni, berdemokrasi, adil, liberal, progresif dan

beretika.

Pernyataan Rukunegra:

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA

mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan seluruh

masyarakat.

memelihara satu cara hidup demokratik,

Page 6: 94354929 Tanggunjawab Dan Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi Negara 2

6

mencipta satu masyarakat yang adil dimana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati

bersama secara adil dan saksama,

menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya

dengan berbagai corak,

membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden,

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha

kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasrkan prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan kesusilaan

Setiap prinsip dalam Rukun Negara merupakan panduan cara hidup kita semua. Setiap prinsip

tersebut juga ada yang berkaitan dengan nilai-nilai murini yang unggul. Guru Pendidikan Moral

haruslah sentiasa membimbing dan menerapkan nilai-nilai berkenaan dimana ia tersirat dalam

Rukun Negara supaya hasrat untuk melahirkan rakyat yang dinginkan dapat dicapai.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan

kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari

ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.

Page 7: 94354929 Tanggunjawab Dan Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi Negara 2

7

Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-

kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara

menyeluruh.

Dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafah pendidikan

tidak dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun, hasrat dan matlamat pendidikan negara

telah dicerminkan dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 dan

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam konteks pembangunan negara, sistem pendidikan

kebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Keperluan untuk menyatakan

Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat telah lama disedari. Falsafah Pendidikan ini dapat

menjadi cermin cita-cita dan keunggulan yang hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini.

Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini Falsafah Pendidikan Negara dipernyatakan seperti berikut:

„‟Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”2

Kejayaan sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu menjana

dan membina modal insan yang berkualiti. Merujuk kepada PIPP (2006), negara kita berhasrat

2 Pernyataan falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan negara

memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik,

berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini

bermakna Falsafah Pendidikan Negera berhasrat untuk melahirkan insan

yang berpegang teguh kepada agama.

Page 8: 94354929 Tanggunjawab Dan Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi Negara 2

8

untuk menghasilkan “modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,

berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi… perlu mampu untuk berfikir

secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-

peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran

dunia global yang sering berubah-ubah”. Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan sekolah amat

penting dalam menyahut cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan

keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara.

Kod Etika Perguruan

Kod etika perguruan meruapakan satu sistem prinsip yang mengawal kemoralan dan perlakuan

guru. Kod ini merupakan satu panduan perlakuan atau etika kerja untuk profesion perguruan.

Guru sebagai seorang yang professional haruslah mematuhi peraturan yang terkandung dalam

kod etika di samping mengamalkan peribadi mulia selaras dengan etika profesion dalam

menjalankan tugas harian. Berikut ialah merupakan Kod Etika Perguruan Malaysia

Tanggungjawab terhadap pelajar

1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.

2. Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi,

politik, ekonomi, social, keturunan atau agama.

3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang

berhak mengetahuinya.

4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam bilik darjah sendiri atau dalam mata

pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkaj laku yang dapat memberikan

contoh yang baik kepada pelajar.

Page 9: 94354929 Tanggunjawab Dan Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi Negara 2

9

6. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar

supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan berusaha

mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan

rumahtangga.

2. Menganggap semua maklumat yang diberikan kepada ibu bapa berhubung dengan

keadaan rumahtangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan

membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

3. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan

mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

4. Menegelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan social dan

ekonomi ibu bapa pelajar.

5. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh

menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara

1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan

kepentingan pelajar, masyarakat, negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukunegara.

2. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang dapat membantu dan

membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan

berguna serta menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

3. Menghormati masyarakat di tempat yang berkhidmat dan memenuhi segala

tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian

dalam sebarang aktiviti kemasyarakatan.

4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru-guru dengan ibu bapa,

institusi pendidikan dengan masyarakat.

Page 10: 94354929 Tanggunjawab Dan Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi Negara 2

10

5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan

kecerdikan masyarakat.

6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan dan ia dapat diterima oleh masyarakat dan

menjalani kehidupan seharian yang baik.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan

1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh

mencemarkan nama baik seseorang guru dihadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat

sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

2. Tidak melibatkan diri dalam kegaiatan yang boleh menjelaskan kecekapan sebagai

seorang guru.

3. Berusaha dengan sepenuh hati dengan menjalankan tangungjawab dengan rajin dan

bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan juga

bersosial.

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru berkhidmat

dalam profesion perguruan.

5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

Falsafah Pendidikan Guru

Falsafah Pendidikan Guru Berhasrat untuk mendidik:

“ Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,

bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan

kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan

memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,

Page 11: 94354929 Tanggunjawab Dan Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi Negara 2

11

progresif dan berdisiplin.”

Matlamat Falsafah Pendidikan Guru

Melahirkan guru permulaan untuk memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia

Menyediakan program pembangunan profesionalisme yang berterusan untuk guru-guru

terlatih

Membina insan guru yang berakhlak mulia, kreatif, ikram dan berdaya tahan yang boleh

mendidik dengan cekap dan berkesan

Mengembangkan institut pendidikan guru sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, semua guru di negara ini mempunya tanggungjawab yang

penting bagi merealisasikan aspirasi negara. Semua guru ini berperanan dalam mendidik

golongan muda bagi memenuhi aspirasi negara bagi tujuan pembangunan serta kemajuan negara

ini.

Page 12: 94354929 Tanggunjawab Dan Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi Negara 2

12

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Md.Aroff. (1999).Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral .

Serdang: Penerbit UPM

Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994 ). Pendidikan Moral. Petaling Jaya:

Longman Malaysia Sdn.Bhd.

Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd

Hena Mukherjee & Judy Ellis & chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992).

Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Koo Kee Peng & Tang Chee Yee (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

KBSR/KBSM, Kuala Lumpur: Kementerian PendidikanMalaysia.

Shahabuddin Hashim et.al (2003), Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar

Yang Berkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors.

RUJUKAN LAIN

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan. Ogos 1988

Page 13: 94354929 Tanggunjawab Dan Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi Negara 2

13