96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1

9
PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) (KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN) PRA3113 TAJUK: KAEDAH AKTIVITI BUAT SENDIRI” (D.I.Y) DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN AWAL BACAAN KANAK- KANAK PRASEKOLAH. NAMA PENYELIDIK : NUROL FATIN BINTI KHALID NAMA PENYELIA : DR. AHMAD ABDUL GARNI BIN HAJI SAID NAMA JABATAN : JABATAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH NAMA INSTITUSI : IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM TARIKH : 5 APRIL 2012 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.

Transcript of 96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1

Page 1: 96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH)

(KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN) PRA3113

TAJUK: KAEDAH “AKTIVITI BUAT SENDIRI” (D.I.Y) DALAM

MENINGKATKAN KEMAHIRAN AWAL BACAAN KANAK-

KANAK PRASEKOLAH.

NAMA PENYELIDIK : NUROL FATIN BINTI KHALID

NAMA PENYELIA : DR. AHMAD ABDUL GARNI BIN HAJI SAID

NAMA JABATAN : JABATAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH NAMA INSTITUSI : IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

TARIKH : 5 APRIL 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.

Page 2: 96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan 2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

2.1 Isu / masalah kajian 2.2 Fokus Kajian

2.3 Tinjauan dan Analisis Masalah 2.4 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Soalan Kajian

4.0 KUMPULAN SASARAN

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Perancangan langkah-langkah tindakan

5.2 Perancangan cara mengumpul data 5.3 Perancangan cara menganalisis data 5.4 Perancangan jadual pelaksanaan / Carta Gantt

5.5 Kos Kajian

6.0 SENARAI RUJUKAN (sistem APA)

7.0 LAMPIRAN (Instrumen, dokumen berkaitan)

Page 3: 96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kebolehan membaca bergantung pada keadaan normal ketajaman deria pendengaran dan

deria penglihatan. Jika kedua-dua saluran saraf deria ini mengalami sebarang jenis

kecacatan, sudah pasti ketepatan pengamatan pendengaran dan penglihatan akan terjejas.

Masalah ini akan menyulitkan proses pembelajaran kemahiran membaca (Syed Abu

Bakar, 1994).

Membaca yang menjadi asas semua bidang pengetahuan amat penting bagi

membolehkan seseorang itu memperoleh pendidikan sepanjang hayat. Sebahagian besar

ilmu pengetahuan terdapat dalam bentuk tulisan. Kemahiran membaca adalah penting

untuk dikuasai oleh setiap pelajar di peringkat awal lagi. Oleh itu minat membaca perlu

dipupuk sejak dari awal lagi supaya terbina asas yang kukuh. Melalui asas yang kukuh

ini dapat menimbulkan minat yang berterusan. Peringkat prasekolah merupakan

peringkat yang sesuai untuk membina asas membaca. Pada peringkat ini, kemahiran asas

ini perlu diberi penekanan supaya tidak timbul masalah kelemahan membaca apabila

kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan secara formal. Membaca juga merupakan

tumpuan utama yang terkandung dalam Tunjang Komunikasi dalam Kurikulum

Standard Prasekolah (2010).

Page 4: 96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Prasekolah, aktiviti yang berpusatkan murid

adalah lebih diberi keutamaan supaya murid dapat pengalaman bermakna dalam proses

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Aktiviti berpusatkan murid seperti

aktiviti hands-on terutamanya dapat mengembangkan daya ingatan murid terhadap hasil

pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang berpusatkan guru akan menyebabkan murid

menjadi bosan dan mula mengganggu rakan ketika guru memberi penerangan dan

akhirnya murid mudah lupa akan pengajaran yang telah diberikan oleh guru.

Berdasarkan pengalaman saya semasa mengajar dalam praktikal fasa 1 dan 2,

saya sering menghadapi masalah ini. Murid saya tidak dapat memberi tumpuan semasa

saya memberi penerangan dan apabila disoal mereka tidak dapat menjawab dan

kebanyakan daripada mereka menjadi lupa pada pengajaran dan pembelajaran yang lalu.

Pada praktikal fasa 3 ini, saya ditugaskan untuk mengajar di Sekolah Bandar

Baru Sungai Lalang, Sungai Petani yang mempunyai sebuah kelas prasekolah yang

diberi nama Prasekolah Bestari. Prasekolah ini terdiri daripada 25 orang murid, seorang

guru dan seorang pembantu pengurusan murid.

Untuk praktikal ini juga, saya mengalami masalah yang sama iaitu murid gagal

mengingat dengan baik. Pada bulan ke-3 persekolahan masih ada murid yang tidak dapat

mengenal abjad dengan baik. Kebanyakan daripada mereka cuma membuat mimik mulut

apabila aktiviti bacaan beramai-ramai. Ketika dipanggil ke depan, murid-murid tersebut

Page 5: 96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1

teragak-agak untuk membaca dan banyak menyebut huruf atau abjad yang silap

sehingga ditegur oleh saya. Kadang-kadang mereka akan menjeling kepada rakan yang

lebih tahu untuk mendapatkan jawapan.

Ketika aktiviti bacaan, murid-murid ini juga tidak dapat fokuskan penglihatan

mereka ke arah abjad yang ditunjukkan. Mereka akan menyebut nama abjad da n

memandang ke muka saya. Perkara ini juga sering ditegur oleh saya beberapa kali

namun masih diulang oleh murid berkenaan apabila melakukan aktiviti bacaan. Hal ini

menyebabkan mereka tidak dapat mengingat rupa bentuk huruf yang disebut dan

melakukan kesilapan yang sama.

Hal ini amat merunsingkan saya, dan saya perlu mereka satu kaedah baru dalam

pengajaran saya supaya murid dapat mengingat dengan baik apa yang telah mereka

pelajari.

Page 6: 96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Melalui pemerhatian saya, saya beranggapan bahawa murid-murid ini haruslah berada

pada tahap yang sama dengan rakan-rakan mereka yang lain. Salah satu alternatif dalam

menyelesaikan masalah kemahiran awal bacaan ialah menerusi “Aktiviti Buat Sendiri”

(D.I.Y).

Saya yakin bahawa murid-murid saya dapat menguasai kemahiran awal bacaan

dengan baik jika saya menukar kaedah pengajaran saya kepada “Aktiviti Buat Sendiri”

yang banyak melibatkan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Murid-murid dapat melakukan sendiri aktiviti semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Secara tidak langsung mereka dapat memberi tumpuan yang

lebih kepada pembelajaran mereka dan ini dapat meningkatkan daya ingatan mereka

terhadap pengajaran yang diberikan oleh saya.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

2.1 Isu / Masalah Kajian

Semasa menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati terdapat

beberapa isu serta masalah yang akan menjadi fokus kajian saya. Masalah-masalah

diperhatikan ini boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran antara saya

dengan murid.

Page 7: 96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1

Antara isu yang saya dapat perhatikan ialah :

i. Murid mengalami masalah kurang daya ingatan dalam mengenal abjad dan

melambatkan proses kemahiran membaca. (kognitif)

ii. Murid mengalami masalah dalam menggunting dengan betul dan mereka

akan menggunting mengikut garisan yang ada pada lukisan. Contohnya

gambar gelas yang mempunyai straw, mereka akan menggunting gambar

gelas sahaja dan meninggalkan straw di sebelah. (fizikal)

iii. Murid sering mengganggu rakan dan berbual-bual ketika saya memberi

penerangan untuk melakukan aktiviti. Mereka kadang-kadang akan mencuit

rakan mereka dan tidak dapat duduk diam di tempat masing-masing. Murid

juga sering bertindak di luar arahan saya. (tingkah laku)

2.2 Fokus Kajian

Daripada isu- isu yang diperhatikan, saya telah memilih untuk mengkaji masalah murid

mempunyai kurang daya ingatan dalam mengenal abjad dan melambatkan proses

kemahiran membaca.

Page 8: 96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1

2.3 Tinjauan dan Analisis Masalah

Saya mendapati seramai lima orang murid di dalam kelas Prasekolah Bistari masih tidak

dapat mengenal abjad dengan baik dan selebihnya sudah boleh membaca suku kata dan

membatang suku kata dalam perkataan. Hasil data ini saya kumpul melalui perbualan

dengan guru berserta laporan asas awal bacaan yang disediakan di dalam kelas

prasekolah.

Saya juga telah membuat ujian pengesanan di mana saya telah memanggil murid

seorang demi seorang untuk membuat bacaan abjad di hadapan saya. Berikut merupakan

jenis data yang digunakan oleh saya dalam mengesan tahap kemahiran awal bacaan

murid prasekolah saya.

Page 9: 96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1