teacherandmusic.files.wordpress.com › ... › 08 › pe…  · Web viewSelain daripada itu, lagu...

15
PENULISAN AKADEMIK Bagi melengkapkan kerja kursus Asas Teori Muzik 1, kami telah diminta oleh pensyarah akademik untuk memilih sebuah lagu. Lagu yang tela menjadi pilihan hati saya ialah lagu Take Me Home, Country Roadhasil ciptaan Bill Danoff, Taffy Nivert dan John Denver. Skor lagu ini mempunyai 50 bar. Ia juga terdiri daripada beberapa frasa. Frasa ialah sekumpulan not yang membentuk satu unit penyataan muzik yang signifikan atau sebuah keratan lagu. Secara amnya, setiap frasa mengandungi dua atau 4 bar. Misalnya, pada skor lagu saya ini, frasa 1 dimulakan dari bar 1 hingga bar 4 dan begitulah pada frasa-frasa yang seterusnya. Namun hanya terdapat satu sahaja frasa yang mengandungi dua bar iaitu dari bar 49 hingga bar 50. Simbol Frasa 2

Transcript of teacherandmusic.files.wordpress.com › ... › 08 › pe…  · Web viewSelain daripada itu, lagu...

Page 1: teacherandmusic.files.wordpress.com › ... › 08 › pe…  · Web viewSelain daripada itu, lagu ini juga turut mempunyai sinkopasi. Sinkopasi adalah salah satu bentuk yang digunakan

PENULISAN AKADEMIK

Bagi melengkapkan kerja kursus Asas Teori Muzik 1, kami telah diminta oleh

pensyarah akademik untuk memilih sebuah lagu. Lagu yang tela menjadi pilihan hati

saya ialah lagu “Take Me Home, Country Road” hasil ciptaan Bill Danoff, Taffy Nivert

dan John Denver. Skor lagu ini mempunyai 50 bar. Ia juga terdiri daripada beberapa

frasa.

Frasa ialah sekumpulan not yang membentuk satu unit penyataan muzik yang

signifikan atau sebuah keratan lagu. Secara amnya, setiap frasa mengandungi dua atau

4 bar. Misalnya, pada skor lagu saya ini, frasa 1 dimulakan dari bar 1 hingga bar 4 dan

begitulah pada frasa-frasa yang seterusnya. Namun hanya terdapat satu sahaja frasa

yang mengandungi dua bar iaitu dari bar 49 hingga bar 50.

Simbol Frasa

Contoh Frasa

2

Page 2: teacherandmusic.files.wordpress.com › ... › 08 › pe…  · Web viewSelain daripada itu, lagu ini juga turut mempunyai sinkopasi. Sinkopasi adalah salah satu bentuk yang digunakan

Selain itu, skor ini juga terdapat nadanya yang tersendiri. Nada bererti bunyi

yang teratur menurut tinggi rendahnya bunyi tersebut. Lagu “Take Me Home, Country

Road” yang telah saya pilih ini bernada G major pada keseluruhan bar. Nada G major

mempunyai satu syap sahaja iaitu F syap (F#).

Nada G major

Tempo pula ialah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah

lagu atau skor. Sesetengah lagu boleh didapati pada kadar tempo yang cepat,

sederhana atau lambat. Tempo dapat dinyatakan melalui istilah-istilah tertentu seperti

Allegro, Andante dan Moderato. Tempo juga boleh dinyatakan dalam bentuk digit

mengikut ‘metronome’. Namun, skor ini tidak dinyatakan tempo berbentuk digitnya.

Tempo bagi lagu saya ialah Moderato.

Contoh Tempo

3

Page 3: teacherandmusic.files.wordpress.com › ... › 08 › pe…  · Web viewSelain daripada itu, lagu ini juga turut mempunyai sinkopasi. Sinkopasi adalah salah satu bentuk yang digunakan

Seterusnya ialah meter. Meter didefinisikan sebagai detik yang dihimpunkan

dengan bilangan tertentu. Meter duaan, tigaan dan empatan menunjukkan bilangan

detik bagi setiap kumpulan. Kumpulan-kumpulan detik ini dipanggil bar. Setiap bar

terdapat tekanan bunyi yang berlainan atau berbeza-beza. Detik pertama dimainkan

lebih kuat atau penekanan daripada detik-detik yang lain. Lazimnya jumlah detik adalah

sama banyak dalam setiap bar. Meter dapat dibahagikan kepada dua iaitu meter lazim

dan meter tidak lazim. Meter lazim dalam muzik berlaku apabila setiap detik boleh

dibahagikan kepada dua nilai not yang sekata. Seperti yang ditunjukkan dalam skor ini,

meter lazim telah digunakan iaitu pada nilai 4/4.

Contoh Meter

Tambahan pula, lagu ini juga mempunyai triplet. Triplet membawa erti tiga not

dihimpunkan bersama dan dilabel dengan nombor 3 yang menunjukkan triplet. Antara

contoh triplet ialah triplet krocet, triplet kuaver dan triplet semikuaver. Triplet krocet

terdiri daripada tiga krocet yang dikumpulkan dan mempunyai nilai yang bersamaan

dengan satu minim. Triplet kuaver pula terdiri daripada tiga kuaver dan nilai triplet

kuaver adalah selaras dengan satu krocet manakala triplet semikuaver mempunyai tiga

semikuaver dan dimainkan sepanjang jangka masa satu kuaver. Dalam skor muzik ini,

tripet krocet boleh didapati pada bar 16 dan triplet kuaver pula pada bar 19.

Triplet krocet Triplet kuaver

4

Page 4: teacherandmusic.files.wordpress.com › ... › 08 › pe…  · Web viewSelain daripada itu, lagu ini juga turut mempunyai sinkopasi. Sinkopasi adalah salah satu bentuk yang digunakan

Selain daripada itu, lagu ini juga turut mempunyai sinkopasi. Sinkopasi adalah

salah satu bentuk yang digunakan oleh komposer-komposer. Bagi melodi yang

mempunyai sinkopasi, kadangkala detik atau sebahagian dari detik lagu yang pada

kebiasaannya tidak diberi penegasan (accent) atau dimainkan dengan lebih kuat.

Tekanan detik tidak dimainkan pada detik utama. Dalam lagu ini, sinkopasi hanyai wujud

pada bar 5 sahaja.

Contoh sinkopasi

Jeda atau interval pula membawa maksud jarak antara dua pic atau not. Nilai

jarak antara dua not atau pic biasanya dikira mengikut semiton atau ton. Jeda

diklasifikasikan kepada dua iaitu jeda harmonik dan jeda melodik. Jeda harmonik ialah

not-not dimainkan bersama manakala jeda melodik ialah not-not dimainkan secara

berasingan. Contoh-contoh jeda ialah minor 2nd, major 2nd, minor 3rd, major 3rd, perfect

4th, perfect 5th, minor 6th, major 6th, minor 7th, major 7th dan perfect 8ve atau oktaf.

Berdasarkan lagu saya, jeda melodik major 2nd boleh didapati pada bar 27 manakala

jeda harmonik major 3rd pula terdapat pada bar 39.

Contoh Contoh

Jeda Melodik Jeda Harmonik

5

Page 5: teacherandmusic.files.wordpress.com › ... › 08 › pe…  · Web viewSelain daripada itu, lagu ini juga turut mempunyai sinkopasi. Sinkopasi adalah salah satu bentuk yang digunakan

Kord ialah tiga not atau lebih yang dimainkan secara serentak. Kord asas yang

boleh digunakan bagi mengiringi lagu dinamakan Kord Primer. Kord primer sesebuah

lagu yang bernada major terdiri daripada kord I, kord IV dan kord V atau V7. Sebagai

contoh, kord I dalam nada G major ialah G, B, D manakala kord IV terdiri daripada not

C, E, G dan kord V pula ialah D, F, A. Dalam lagu ini, kord I wujud pada bar ke-2 dan

kord IV wujud pada bar ke 5. Kord V7 pula wujud pada bar ke 6.

Kord I Kord IV Kord V

Kord Primer nada G major

Dinamik pula ditakrifkan sebagai kekuatan bunyi dan tanda dinamik adalah

tanda pernyataan kuat dan lemahnya penyajian bunyi ( Soeharto, 1992:30). Dinamik ini

sangat penting dalam mencipta ketegangan muzik. Sebagai contoh, dalam lagu ini,

melodinya dimulakan dengan tanda dinamik mezzo piano (mp) yang bermaksud sedikit

perlahan.

Forte mezzo forte piano mezzo piano

Contoh Dinamik

6

Page 6: teacherandmusic.files.wordpress.com › ... › 08 › pe…  · Web viewSelain daripada itu, lagu ini juga turut mempunyai sinkopasi. Sinkopasi adalah salah satu bentuk yang digunakan

Ostinato irama pula ialah motif, frasa melodi atau frasa irama yang

dimainkan secara berterusan serta untuk dimainkan bersama melodi utama bagi

mewujudkan keharmonian. Ostinato irama ini merupakan suatu frasa melodi yang akan

dimainkan atau dinyanyikan secara instrumental berulang kali dalam sesebuah lagu

sebagai iringan. Dalam lagu ini, saya menggunakan detik krocet dan tanda rehat krocet

sebagai ostinato yang akan mengiringi lagu saya nanti. Ia sangat sesuai kerana lagu

saya ini mempunyai rentak ‘country’ dan agak rancak. Dengan adanya penambahan

ostinato, lagu saya akan menjadi lebih seronok dan menarik untuk didengari.

Contoh Ostinato Irama

7

Page 7: teacherandmusic.files.wordpress.com › ... › 08 › pe…  · Web viewSelain daripada itu, lagu ini juga turut mempunyai sinkopasi. Sinkopasi adalah salah satu bentuk yang digunakan

REFLEKSI

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan izinnya

saya telah diberi peluang dan ruang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini

bertepatan dengan masa yang telah diberikan. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah

“Asas Teori Muzik 1”. Sepanjang melaksanakan tugasan kerja kursus ini, pelbagai

cabaran dan kekangan telah saya hadapi. Namun saya bersyukur kerana pada akhirnya

tugasan ini dapat juga dilaksanakan dengan jayanya.

Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang terbit dan berlegar

di fikiran saya ialah mampukah  saya menyempurnakan tugasan kerja kursus ini

memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang

lain perlu saya siapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak telah

memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut.

Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah

untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya,

saya menyahut cabaran dengan melakukan tugasan ini mengikut arahan yang telah

diberikan. Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan

tidaklah begitu sukar kerana saya dan rakan-rakan yang lain dikehendaki untuk mencari

sebuah skor lagu dan dianalisis untuk dibuat penulisan reflektif berdasarkannya. Pada

peringkat awal, aneka lagu telah menjadi pilihan saya kerana semuanya mudah dan

menarik untuk didengar.

Namun begitu, saya telah menghadapi beberapa kesukaran dalam proses

menjayakan tugasan ini. Memandangkan terlalu banyak skor yang terdapat pada

peringkat awal pemilihan, saya menjadi agak keliru untuk memilih antara satu. Akhirnya,

saya telah memilih sebuah lagu ‘country’ yang bertajuk “Take Me Home, Country Road”

hasil ciptaan Bill Danoff, Taffy Nivert dan John Denver. Tidak dapat dinafikan pada

mulanya saya berasa sangat susah dalam menganalisa skor tersebut kerana saya tidak

biasa melakukannya. Saya mendapat pendidikan asas teori muzik dengan menghadiri

kelas peribadi berbayar di luar. Alhamdulillah sedikit sebanyak telah membantu saya

dalam melaksanakan tugasan ini. Namun jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang

lain saya berasa sangat rendah diri kerana mera semua hebat-hebat belaka.

8

Page 8: teacherandmusic.files.wordpress.com › ... › 08 › pe…  · Web viewSelain daripada itu, lagu ini juga turut mempunyai sinkopasi. Sinkopasi adalah salah satu bentuk yang digunakan

Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah

mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah

pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya

untuk menjadi lebih mahir seterusnya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Saya telah mendapat tunjuk ajar daripada rakan-rakan dan pensyarah tentang beberapa

aspek penting dalam sesebuah lagu. Alhamdulillah kesannya positif dan sangat

memberangsangkan kerana saya sudah berjaya untuk mengatasi masalah-masalah

tersebut. Perbincangan ini banyak membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan

baik.

            Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil

beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuh

cabaran pendidikan yang akan mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan menganalisis

skor lagu dalam subjek Asas Teori Muzik 1 ini, saya mempelajari bahawa seseorang

guru haruslah menguasai dan tahu tentang aspek-aspek penting dalam sesebuah skor

lagu seperti tempo, meter, jeda dan sebagainya. Hal ini kerana, sebagai seorang guru

muzik kita akan menjadi tenaga pengajar seterusnya kepada generasi yang akan

datang. Kita juga haruslah mempunyai pelbagai kemahiran dan pengetahuan berkaitan

dengan muzik bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas

kelak. Jika seseorang guru boleh menyediakan kemahiran asas ini, kemahiran-

kemahiran yang berikutnya sudah pasti dapat dilaksanakan dengan lebih mudah lagi.

Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa seseorang guru haruslah bijak

dan kreatif dalam memilih, menggunakan dan menghasilkan bahan untuk sesebuah

aktiviti pembelajaran. Kreativiti seseorang guru dalam perkara ini sangat penting dalam

membantu guru menyediakan satu aktiviti dan tajuk pembelajaran yang dapat

dilaksanakan dengan berkesan. Ciri asas sesebuah bahan yang ingin digunakan

mestilah dapat menarik perhatian murid-murid. Namun begitu, bahan yang menarik

sahaja tidak cukup untuk memastikan sesebuah aktiviti pembelajaran itu dapat

dilaksanakan dengan berkesan. Sebaliknya, sesebuah bahan tersebut haruslah benar-

benar dapat membantu keberkesanan sesebuah aktiviti pembelajaran tersebut. Justeru

itu, kreativiti idea seseorang guru sangat diperlukan dan dituntut dalam menjayakan

perkara ini.

9

Page 9: teacherandmusic.files.wordpress.com › ... › 08 › pe…  · Web viewSelain daripada itu, lagu ini juga turut mempunyai sinkopasi. Sinkopasi adalah salah satu bentuk yang digunakan

Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang

pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam

melaksanakan tugasan ini. Maksudnya, sesudah mendapat soalan tugasan daripada

pensyarah, saya haruslah bertindak proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan

seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal

lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir

bagi memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti menepati

standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama, saya akan dapat

menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang

sihat seperti tidur lambat dan sebagainya hanya semata-mata untuk bersengkang mata

menyiapkan tugasan yang diberikan.

Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek teori saya masih lagi pada tahap

yang lemah namun ia tidaklah terlalu ketara sekali. Tapi saya akan tetap belajar bagi

menambah lagi ilmu pengetahuan saya. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit

pengajaran untuk meningkatkan lagi tahap latihan saya supaya menjadi lebih mahir dan

cekap dengan teori muzil. Dengan yang demikian, saya akan menjadi lebih bersedia dan

sekaligus meningkatkan tahap keyakinan diri apabila ditanya dan diminta untuk

mengajar orang lain suatu hari nanti.

Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan

sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang

diperlukan oleh para pensyarah. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah

saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini seperti mengetahui apa itu tempo,

jeda dan sebagainya sudah pasti menjadi nilai tambah dan perkara yang paling

berharga untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

10

Page 10: teacherandmusic.files.wordpress.com › ... › 08 › pe…  · Web viewSelain daripada itu, lagu ini juga turut mempunyai sinkopasi. Sinkopasi adalah salah satu bentuk yang digunakan

Rujukan

David Damschroder, D. (2006). Foundations of music and musicianship (3rd ed.).

Belmont, CA: Thomson/Schirmer.

Eric Taylor. (1999). First Steps in Music Theory. England: The Associated Board of the

Royal Schools of Music.

Michael Miller, M. (2005). The complete idiot's guide to music theory. Indianapolis, Ind.:

Alpha.

*Selamat Datang Ke Dunia Muzik*~~: Teori Asas Muzik [Web log post].Retrieved from

http://looailian.blogspot.com/2011/12/teori-asas-muzik_09.html

Retrieved from

http://web.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/bs_mz_kbsr/08bahasa_muzik1.pdf

Retrieved from

http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_1/MZU3103

_Kecedkapan_Kibod_I.pdf

Modul MZU 3102 Teori Muzik. Retrieved from

http://www.scribd.com/doc/124932854/Modul-MZU-3102-Teori-Muzik

Pendidikan Muzik : Ng Bee Lang ( EL-M02 D20112052795 ) UPSI AMB

FEB2011/2012 : P.Mzk [Web log post]. Retrieved from

http://ngbeelang.blogspot.com/2012/10/pendidikan-muzik.html

PGSR PENDIDIKAN MUZIK: Dron,Bordun dan Ostinato Melodi. Retrieved from

http://pgsripgmtuankubainun.blogspot.com/2011/06/dronbordun-dan-ostinato-

melodi.html

Yasmin HUssain (PhD)., & Zainal Ariffin Ad. Gani. (2013). Asas Terapi Muzik (1st ed.).

Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.

11