(a) Nota Ragam Ayat Julianah Ahmad
description
Transcript of (a) Nota Ragam Ayat Julianah Ahmad
1.0 PENGENALAN
Perkataan sintaksis berasal daripada perkataan Yunani, iaitu sun yang bermaksud “dengan”
dan tattein yang bermaksud “menempatkan bersama-sama”. Maka, sintaksis dapat diertikan
sebagai menempatkan kata-kata atau kelompok kata untuk membentuk ayat. Kata suntattein ini
kemudian menjadi syntaxis dalam bahasa Belanda, dan syntax dalam bahasa Inggeris. Menurut
Tatabahasa Dewan (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang
mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Bidang sintaksis juga dapat
difahami sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat
dalam sesuatu bahasa.
Dalam bidang sintaksis, perkara yang dibincangkan ialah tentang frasa, klausa, dan
ayat. Unsur-unsur ini berkait antara satu sama lain dalam ayat. Sebagai contoh, ayat yang
terdiri daripada klausa sebagai unsurnya, klausa terdiri daripada frasa sebagai unsurnya, dan
klausa terdiri daripada frasa sebagai unsurnya, dan frasa terdiri daripada kata sebagai
unsurnya. Menurut Tatabahasa Dewan (2008), frasa adalah unit yang boleh terdiri daripada
satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan
yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Klausa pula ialah satu unit
rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada
ayat. Manakala ayat pula didefinisikan sebagai unit pengucapan yang paling tinggi letaknya
dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna lengkap, yang pengucapannya dimulai
dan diakhiri dengan kesenyapan , serta mengandungi intonasi yang sempurna.
1
Penggolongan Ayat
Golongan AyatAyat Dasar
Ayat Terbitan
Bentuk AyatAyat Tunggal
Ayat Majmuk
Jenis Ayat
Ayat Penyata
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Seruan
Susunam Konstituen Ayat
Susunan Biasa
Susunan Songsang
Ragam AyatAyat Aktif
Ayat Pasif
2.0 RAGAM AYAT
Rajah 1 : Ragam ayat dalam bahasa Melayu
2.1 AYAT AKTIF
Rajah 2 : Pembahagian dalam ayat aktif
2
Ragam Ayat
Ayat Aktif
Mengandungi Kata Kerja Yang
Mengutamakan Subjek Asal Sebagai Judul.
Ayat Aktif Transitif
Ayat Aktif Tak Transitif
Ayat Pasif
Mengandungi Kata Kerja Yang
Mengutamakan Objek Asal Sebagai Judul.
Ayat Pasif Dengan
Imbuhan Kata Kerja Pasif
Ayat Pasif Dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama Dan Kedua
Ayat Pasif Dengan Kata Bantu Pasif
Kena
Ayat Aktif
Ayat Aktif Transitif
Ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti
oleh frasa nama ataupun klausa komplemen sebagai objek atau
unsur penyambutnya.
Ayat Aktif Tak Transitif
Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak
diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.
2.1.1 AYAT AKTIF TRANSITIF
3
Subjek
Predikat
Kata Kerja
Transitif
Objek
1. Ibu memanggil saya.
2. Abang membeli buah rambutan
3. Ayah membaiki lampu itu.
Subjek
Predikat
Kata Kerja
Transitif
Objek
1. Ibu memanggil saya.
2. Abang membeli buah rambutan
3. Ayah membaiki lampu itu.
Ayat aktif transitif yang bersifat ayat tunggal terbentuk hanya daripada ayat yang mengandungi frasa nama subjek asal sebagai judul dan frasa nama objek sebagai unsur penyambut kata kerjanya. Contohnya :
Subjek
Predikat
Kata Kerja
Transitif
Objek tepat objek sipi
1. Kakak menghadiahi adiknya sebuah buku.
2. Ayah membelikan nenek sebuah rumah
3. Siti menjahitkan adiknya sehelai baju.
Ada segolongan ayat aktif transitif yang mengandungi kata kerja yang boleh menerima dua objek sebagai penyambut, iaitu objek tepat dan objek sipi. Contohnya :
1. Dia menyatakan bahawa Amin sudah meninggalkan rumahnya.2. Mereka menganggap bahawa kita menang.3. Polis itu mengesahkan bahawa berita itu benar.
Ayat aktif transitif yang mengandungi klausa komplemen sebagai penyambut kata kerjanya sebenarnya merupakan ayat majmuk. Contohnya :
4
Subjek
Predikat
Kata Kerja
Transitif
Objek Frasa Sendi
Nama
(Keterangan)
1. Kakak menghadiahkan sebuah buku kepada
adiknya.
2. Ayah membeli sebuah rumah untuk nenek.
3. Siti menjahit sehelai baju untuk adiknya.
Ayat aktif transitif yang mempunyai dua objek boleh diubah binaannya, iaitu objek tepat menerima kata sendi nama di hadapannya lalu terbentuklah frasa sendi nama yang bertugas sebagai keterangan , manakala objek sipi asal menjadi objek tepat baharu. Contohnya :
1. Kejayaannya amat menggembirakan saya.2. Alasannya kurang meyakinkan ibunya.3. Peristiwa itu amat memalukan kita.
Ada segolongan ayat aktif transitif yang boleh digugurkan objeknya jika objeknya terdiri daripada orang pertama, sama ada berbentuk ayat tunggal atau ayat majmuk. Contohnya :
2.1.2 AYAT AKTIF TAK TRANSITIF
Rajah 3 : Jenis Ayat Aktif Tak Transitif
2.2 AYAT PASIF
Rajah 4 : Jenis Ayat Pasif
5
Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.
Ayat yang mengandungi kata kerja tak tak transitif yang boleh mengandungi frasa
keterangan secara pilihan.
Contoh :
1. Pokok itu membesar dengan cepatnya.2. Pokok itu membesar.
1. Dia menangis sepanjang hari.2. Dia menangis.
Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.
ayat yang mengandungi kata kerja yang mesti diikuti oleh unsur pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat.
Contoh :
1. Saya berasa gembira.2. *Saya berasa.
1. Penyakitnya beransur pulih.2. *Penyakitnya beransur.
Ayat pasif
1. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja
pasif.
2. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan
kedua.
3. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata
kerja.
JENIS AYAT AKTIF TAK TRANSITIF
2.2.1 Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif.
6
1. Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada
binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja
boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna dan
strukur ayat.
2. Sekiranya binaan oleh + FN itu terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh
digugurkan.
3. Untuk ayat pasif dengaan kata kerja pasif ter, kata sendi
nama oleh tidak boleh digugurkan.
4. Untuk ayat pasif di atas, semua bahagian binaan oleh +
FN boleh juga digugurkan. keadaan ini berlaku apabila
unsur subjeknya hendak diberikan tekanan.
Subjek Kata Kerja Pasif Oleh + Frasa Nama KeteranganBarang itu sudah diambil oleh Ali semalam.Istana Raja terbina oleh rakyat dalam masa satu
tahun.Sampah sarap dibakar oleh ayah pagi tadi.
Ayat pasif jenis ini merupakan ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-. Contohnya :
1. Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam . Barang itu sudah diambil Ali semalam.2. Sampah sarap dibakar oleh ayah pagi tadi. Sampah sarap dibakar ayah pagi tadi.
1. Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian bawahnya. Tembok itu terlanggar lori pada bahagian
bawahnya.
1. Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali.* Barang itu sudah diambil semalam Ali.
2. Sampah sarap dibakar pagi tadi oleh Ayah.*Sampah sarap dibakar pagi tadi ayah.
1. Barang itu sudah diambil Ali semalam.Barang itu sudah diambil semalam.
2. Sampah sarap dibakar ayah pagi tadi. Sampah sarap dibakar pagi tadi.
2.2.2 Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua.
Subjek Frasa Kerja Pasif Dengan Ganti
Nama Diri Pertama/ Kedua
Keterangan
Basikal itu belum aku naiki lagi.
Basikal itu belum kunaiki lagi.
Hutang itu akan engkau jelaskan sepenuhnya.
Hutang itu akan kaujelaskan sepenuhnya.
Ujian ini akan kita hadapi bersama-sama.
Perkara tersebut belum awak putuskan sehingga kini.
2.2.3 Ayat Pasif dengan Perkataan Kena Yang Hadir Sebelum Kata Kerja.
Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh + Frasa Nama
Dia kena kejar oleh anjing
Mereka kena tipu oleh penjahat itu
Ali kena tembak oleh pencuri.
7
ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua.
Kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar kerana kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-.
Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua yang hadir di hadapan kata kerja dasar itu boleh berbentuk kata penuh ataupun kata ringkas.
Kata ganti diri yang berbentuk kata penuh adalah seperti saya, aku, engkau, dan kita
Kata ganti diri berbentuk kata ringkas ialah ku bagi aku, dan kau bagi engkau.
Contoh
Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh + FN boleh, secara pilihan, digugurkan.
8