A Panduan Kursusxyz

5
Panduan Kursus | iii PENGENALAN Panduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan kandungan kursus. Pelajar dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan selepas itu berusaha untuk mengikuti segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan kursus ini dengan cemerlang. Kursus BMK 3043 Seni Mengarang merupakan kursus teras Pendidikan Bahasa Melayu yang menekankan asas-asas kemahiran dalam penulisan berdasarkan KBSM dan semi akademik. Kursus ini menggabungkan empat elemen utama, iaitu teori, teknik, pengajaran dan pembelajaran. Keempat-empat elemen ini dititikberatkan dalam meningkatkan profesionalisme seorang guru. Kursus BMK 3043 ini mendedahkan kepada pelajar teori-teori asas dalam karangan yang diperlukan termasuk penulisan semi ilmiah. Kursus ini bernilai 3 jam kredit dan mengambil masa selama 14 minggu. KUMPULAN SASARAN Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu di UPSI sama ada pada peringkat kursus major atau minor. Walau bagaimanapun, modul ini digubal khas untuk pelajar-pelajar program jarak jauh secara dalam talian. PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Mengikut piawaian UPSI dan MQA, setiap jam kredit memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam waktu pembelajaran. Oleh itu bagi setiap kursus, pelajar perlu memperuntukkan 240 jam waktu pembelajaran. Anggaran agihan waktu pembelajaran bagi BMK 3043 adalah seperti dalam Jadual 1 dan Jadual 2. Jadual 1 Anggaran agihan masa pembelajaran (3 jam kredit) Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran Bersemuka Tidak Bersemuka Membaca modul, ulangkaji, menyiap tugasan 40 Tutorial di Pusat 10 Tutorial dalam talian (E-Learning, contohnya melalui BigBlueButton, Skype, dll.) 32 Forum (E-Learning melalui MyGuru2) 28 Video P&P melalui MyGuru2 10 Kuiz dalam talian melalui MyGuru2 42 78 Jumlah Masa Pembelajaran 120

Transcript of A Panduan Kursusxyz

Page 1: A Panduan Kursusxyz

P a n d u a n K u r s u s | iii

PENGENALAN

Panduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan kandungan

kursus. Pelajar dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan selepas itu berusaha untuk mengikuti

segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan kursus ini dengan cemerlang.

Kursus BMK 3043 Seni Mengarang merupakan kursus teras Pendidikan Bahasa Melayu yang

menekankan asas-asas kemahiran dalam penulisan berdasarkan KBSM dan semi akademik. Kursus ini

menggabungkan empat elemen utama, iaitu teori, teknik, pengajaran dan pembelajaran. Keempat-empat

elemen ini dititikberatkan dalam meningkatkan profesionalisme seorang guru. Kursus BMK 3043 ini

mendedahkan kepada pelajar teori-teori asas dalam karangan yang diperlukan termasuk penulisan semi

ilmiah. Kursus ini bernilai 3 jam kredit dan mengambil masa selama 14 minggu.

KUMPULAN SASARAN

Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Bahasa Melayu di UPSI sama ada pada peringkat kursus major atau minor. Walau bagaimanapun, modul

ini digubal khas untuk pelajar-pelajar program jarak jauh secara dalam talian.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Mengikut piawaian UPSI dan MQA, setiap jam kredit memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam waktu

pembelajaran. Oleh itu bagi setiap kursus, pelajar perlu memperuntukkan 240 jam waktu pembelajaran.

Anggaran agihan waktu pembelajaran bagi BMK 3043 adalah seperti dalam Jadual 1 dan Jadual 2.

Jadual 1 Anggaran agihan masa pembelajaran (3 jam kredit)

Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran

Bersemuka Tidak Bersemuka

Membaca modul, ulangkaji, menyiap tugasan 40

Tutorial di Pusat 10

Tutorial dalam talian (E-Learning, contohnya melalui

BigBlueButton, Skype, dll.)

32

Forum (E-Learning melalui MyGuru2) 28

Video P&P melalui MyGuru2 10

Kuiz dalam talian melalui MyGuru2

42 78

Jumlah Masa Pembelajaran 120

Page 2: A Panduan Kursusxyz

P a n d u a n K u r s u s | iv

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Di akhir kursus BMK 3043, anda diharap dapat:

1. Mengaplikasi teori dan teknik penulisan dalam karangan esei pada peringkat KBSM dan semi akademik;

2. Mengadaptasi kemahiran mengarang pada peringkat KBSM dan semi akademik;

3. Menyuburkan nilai kreatif dan inovatif dalam penulisan; dan

4. Memupuk pemikiran kritis dan berwawasan dalam menghasilkan penulisan yang berkesan.

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini bertujuan memahirkan pelajar dengan pelbagai bentuk karangan yang tercakup dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), iaitu karangan berformat (seperti berita, rencana,

laporan, wawancara, syarahan dan surat rasmi), dan karangan tak berformat (seperti ulasan, gambaran

dan peribahasa). Kandungan kursus berkisar pada konsep, pendekatan, bentuk, ciri, jenis dan analisis

pelbagai jenis karangan. Kursus ini turut menekankan teknik untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan

mengarang. Pelajar akan mendapat kemahiran menyediakan bahan penulisan, stail, gaya bahasa dan

memahami aspek-aspek retorika dalam penulisan.

ISI KANDUNGAN KURSUS

Untuk membantu anda mencapai hasil pembelajaran kursus ini, isi kandungan kursus dibahagikan kepada

dua belas unit dengan pecahan tugasan seperti berikut:

PENAKSIRAN

Jadual 2

Tugasan % Wajaran Kaedah dan Hasil Tugasan

1. (a). Ulasan buku terpilih (bukan fiksyen)

(b). Analisis karangan deskriptif terpilih

2. Forum

20

20

10

Dalam talian menggunakan MyGuru2

/bercetak dan dijilid.

Dalam talian menggunakan MyGuru2

/bercetak dan dijilid.

Dalam talian menggunakan MyGuru2.

3. Peperiksaan akhir 50

Jumlah 100

Page 3: A Panduan Kursusxyz

P a n d u a n K u r s u s | v

ISI KANDUNGAN KURSUS

Untuk membantu anda mencapai hasil pembelajaran kursus ini, selain daripada mengaplikasi isi

kandungan kursus BMK 3043, isi kandungan tambahan yang dibincangkan dalam kursus ini, iaitu

dibahagikan kepada sepuluh unit seperti berikut:

MODUL SENI MENGARANG BMK 3043

UNIT TAJUK

1

2

3 4

5

6

7

8

9

ASAS MENGARANG

Unit ini membincangkan konsep dan definisi asas seni mengarang.

STRATEGI PEMERENGGANAN

Unit ini membincangkan konsep dan pelbagai teknik menghasilkan perenggan yang berkesan.

PENDEKATAN DALAM PENULISAN

Unit ini membincangkan pelbagai pendekatan lama dan baharu dalam penulisan.

PERKATAAN, AYAT, LOGIKA DAN WACANA

Unit ini membincangkan kepentingan memilih perkataan, ayat, logika serta kekuatan wacana dalam sesebuah karangan.

LARAS DAN RAGAM BAHASA

Unit ini membincangkan kepelbagaian laras serta ragam yang digunakan dalam penulisan peringkat KBSM atau semi akademik.

STILISTIKA

Unit ini membincangkan strategi serta teknik sitilistika dalam menghasilkan karangan bermutu.

TANDA BACA DAN GRAFIK

Unit ini membincangkan kepentingan menulis tanda baca dengan betul serta kepelbagaian bentuk grafik yang dapat mengukuhkan persembahan dalam sesebuah karangan.

MENULIS PETIKAN SUMBER

Unit ini membincangkan kaedah menulis petikan sumber dalam karangan, tugasan serta penulisan akademik. MENULIS RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI

Unit ini membincangkan kaedah menulis sumber rujukan dan bibliografi dengan betul.

Page 4: A Panduan Kursusxyz

P a n d u a n K u r s u s | vi

10

11

12

KARANGAN PERINGKAT KBSM

Unit ini membincangkan konsep serta jenis-jenis karangan peringkat KBSM. TEKNIK PENGAJARAN KARANGAN

Unit ini membincangkan konsep asas pengajaran karangan peringkat KBSM. PENILAIAN AKTIVITI KARANGAN Unit ini membincangkan kaedah penilaian oleh guru dalam aktiviti penulisan karangan peringkat KBSM.

BAHAN BACAAN

Buku-buku rujukan berikut boleh dijadikan panduan oleh pelajar untuk memantapkan lagi pengetahuan

dalam aspek seni mengarang, iaitu:

Abu Hassan Abdul. (2010). Teori Balaghah Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Widad.

Awang Sariyan. (2006). Tertib Mengarang. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Md. Sidin Ahmad Ishak. (1999). Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sulaiman Masri et al. (2007) Bahasa Melayu; Rujukan Menengah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Za’ba.. (2000). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

HURAIAN IKON YANG DIGUNAKAN

Situasi yang memerlukan anda berfikir dan membuat refleksi mengenainya.

Aktiviti yang harus dilakukan untuk memahami konsep yang dibincangkan. Aktiviti termasuklah menjawab soalan, mengisi tempat kosong, melakar atau mencari maklumat daripada Internet, buku, dan sumber lain-lain.

Kuiz yang perlu diambil dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus Forum yang perlu disertai dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus Persembahan mikro dan makropengajaran yang perlu dijalankan dan dimuat naik untuk dipersembahkan kepada pensyarah dan rakan-rakan lain

Page 5: A Panduan Kursusxyz

P a n d u a n K u r s u s | vii

Aktiviti latihan bagi membina kefahaman dan mengaplikasi konsep yang dibincangkan. Kadang-kadang disertakan jawapan serta maklum balas di akhir setiap unit.

Aktiviti latihan yang disertakan jawapan serta maklum balas.

A