A PPT ASAS PEMASANGAN FASA TUNGGAL
-
Upload
aridsuria2002 -
Category
Education
-
view
273 -
download
7
Transcript of A PPT ASAS PEMASANGAN FASA TUNGGAL
DISUSUN OLEH
MUHAMMAD ARID BIN ABDULAHIMDip. Elect/Bsce. Elect/Med. Tech (UTM)
KOLEJ KOMUNITI TAWAU, 2014
BICARA KATA
Alhamdulillah pujian saya panjatkan kehadirat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya telah memberi kekutan kepada saya untuk menyusun dan menyiapkan “Power Point” ini. PPT ini mengandungi keterangan mengenai pemasangan DB satu fasa yang jika diikuti insyaAllah sedikit sebanyak akan dapat memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dalam mengendalikan dan membuat pemasanganDB. Dengan adanya PPT ini pelajar berpeluang memahami dengan lebih dekat di samping dapat memahirkan diri dalam membuat pemasangan dan penyelenggaraan papan agihan. Saya berharap kepada semua pelajar yang menggunakan PPT ini dapat memanfaatkan segala ilmu yang diperolehi dan menggunakan kemahiran yang telah dipelajari dengan cara dan kaedah yang betul. Kepada pensyarah-pensyarah dan teman-teman yang menggunakan PPT ini saya mohon kerjasama, agar dapat memperbaikinya jika terdapat mana-mana fakta dan isi kandungan yang tidak tepat dan kurang sempurna untuk kebaikan pelajar dan kita semua. Sekian “BERBAKTILAH DIMANA SAJA KITA BERADA”
“LEARNING MADE SIMPLE, TRAINING MADE EASY”
Sistem Satu Fasa
Pencawang (11KW/415V)
Talian Tiga Fasa415V
240V : Talian Satu Fasa Kerumah Kediaman
Biasa
240V
240V
240V
RYBN
Litar Jujukan
Litar jujukan utama ialah cara penyusunan pemasangan alat-alat kawalan dan perlindungan.
Ia bermula dari Fius Perkhidmatan ke Jangka kilowatt Jam (kWJ), ke Suis Utama Ke alat perlindungan arus lebihan ke pemutus litar arus baki (RCCB) dan berakhir pada kotak agihan.
Mengikut keperluan IEE setiap litar jujukan utama mestilah mengandungi ciri-ciri berikut : Pengasing dan perlindungan arus lebihan Perlindungan arus lebihan Perlindungan arus baki atau arus bocor kebumi.
Litar Jujukan
Sumber Bekalan Pihak Pembekal (SESB/TNB)
Neutral Link
Fius Perkhidmatan
Pemutus Litar Arus
Baki (RCCB)
KWJ
Meter kilo Watt
Jam
Fius Utama
Kotak Agihan
MCB
Meter KWJ
Kedudukan Meter KWJ
Berada lebih kurang 2.1 m ( 7 kaki ) daripada lantai
Hendaklah berdekatan dengan sambungan sesalur bekalan
Hendaklah berada diluar rumah tetapi tidak terdedah kepada matahari dan hujan, jika tidak dapat adakan kotak tahan cuaca sebagai pelindungan
Bangunan yang mempunyai banyak pengguna seperti rumah pangsa atau komples perniagaan meter boleh diletakkan setempat.
Suis Utama
Pengasing litar / Main switch / Molded Case Circuit Breaker (MCCB) Berfungsi sebagai alat yang boleh memutuskan
bekalan agihan kepada pengguna dengan membuka sambungan dawai hidup dan neutral secara serentak jika salah satu kutub bekalan itu tidak dibumikan dengan menggunakan suis dua kutub berangkai.
Tujuan mengadakan pengasing ialah untuk
melindungi pengguna daripada mendapat renjatan elektrik yang berterusan. Oleh itu pengasing hendaklah dipasang pada permulaan litar pendawaian bagi setiap pemasangan sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan elektrik.
Pemutus Litar Arus baki (RCCB/RCB)
Pemutus Litar Bocor Kebumi (PLBK) Juga dikenali sebagai Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB) atau Residual Case Circuit Breaker (RCCB). Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar. Pemutus litar dibuat dalam berbagai bentuk dan jenis kendalian di antaranya
Perlindungan Lebihan Arus Beban
Susunan peranti arus baki mengikut Peraturan-peraturan Elektrik 1994.
(Peraturan 36(1)Bagi tempat permainan kanak-kanak hendaklah dipasang peranti arus baki yang berkadar tidak melebihi 10mA.
(Peraturan 36(2) Bagi tempat yang berkemungkinan basah hendaklah dipasang peranti arus baki yang berkadar tidak melebihi 10mA.
(Peraturan 36(3)Bagi melindungi alur keluar yang mungkin dipegang dengan tangan hendaklah dipasang peranti arus baki yang berkadar tidak melebihi 30mA.
(Peraturan 36(4)Bagi kegunaan litar umum hendaklah dipasang peranti arus baki berkadar tidak melebihi 100mA. Dengan syarat:
Pemutus Litar Kenit(MCB)
Pemutus Litar Jenis Miniatur Juga dikenali sebagai Miniature Circuit Breaker (MCB). Berfungsi sama dengan MCCB tetapi pada kadaran yang lebih kecil. Tahan lama dan ia tidak dipengaruhi oleh suhu sekitaran untuk beroperasi dan kadar perlindungan yang diberikannya adalah dalam kelas halus.
Samb. MCB)
Jenis Litar UnitSaiz Kabel
(mm²)Nilai MCB(Ampere)
Litar Lampu/Kipas 13
1.5
6
Penghawa Dingin Dgn Suis DK 1 4 20
Pemanas Air Dengan Suis DK 1 4 20
Soket Alir Keluar 13A (Jejari) 2 2.5 20
Soket Alir Keluar 13A (Jejari) 4 4 32
Soket Alir Keluar 13A (Gelang) 6 2.5/4 32
Kadaran Dan Perincian Aksesori
Peranti Arus Voltan Frekuensi Arus Pelantik
Susis Utama
43A – 100A
240V/415V 50HzTiada Arus Perlantik
Pemutus Litar Kendalian Arus
(RCCB)
25A, 40A, 63A & 80A.
240V 50Hz10mA, 30mA,
100mA & 300mA
Pemutus Litar Kenit (MCB)
6A, 10A, 16A,
20A & 32A
240V 50HzPemutus Litar
Melebur.
Pemutus Bocor Kendalian Arus(RCCB)
Pemutus Litar Bocor ke Bumi kendalian arus digunakan bagi melindungi pengguna dari renjatan elektrik apabila berlaku arus bocor ke bumi di dalam sistem bekalan pengguna.
Ianya digunakan jika rintangan bumi melebihi keperluan perlindungan menggunakan fius.
Pemutus litar jenis ini berkendali apabila berlaku ketidak seimbangan arus diantara pengalir hidup dan neutral.
KABEL SATU TERAS
Terdapat Pelbagai Jenis Saiz Kabel Dipasaran :-
Bagi pendawaian domestik Fasa Tunggal sais kabel yang biasanya digunakan ialah10mm, 6mm, 4mm, 2.5mm, 1.5mm & 1.25mm (PVC)
Litar Lampu & Kuasa Am :1.25mm, 1.5mm, 2.5mm & 4mm (PVC), Bergantung kepada beban yang dikawal.
Litar Kuasa :2.5mm, 4mm & 6mm (PVC), Bergantung kepada beban yang dikawal.
LITAR ELEKTRIK
Cataan :
Cara pemasangan :1. Sambungkan kabel hidup dari DB ke
suis punca (C).2. Sambungkan kabel lampu dari suis
punca (L) kepemegang lampu bertanda (L)/ke punca bahagian tengah.
3. Sambungkan kabel Neutral dari DB ke punca pemegang lampu (N).
4. Sekiranya anda ingin menambah lampu kedua anda hanya perlu sambungkan kabel-kabel mengikut punca yang telah dipasang pada pemegang lampu pertama.
Memasang Dua Lampu Secara Siri
LITAR ELEKTRIK
Memasang Lampu Secara Siri Guna Dua Suis
Cataan :
Cara pemasangan:1. Sambungkan kabel hidup dari DB ke suis
punca (C) bagi suis 01 dan suis 02.2. Sambungkan kabel lampu dari suis punca
(L) kepemegang lampu bertanda (L)/ ke punca bahagian tengah setiap lampu 01 dan 02.
3. Sambungkan kabel Neutral dari DB ke punca pemegang lampu (N) bagi lampu 01 dan 02.
LITAR ELEKTRIK
Memasang Soket secara Jejari/Siri
Cataan :
Cara pemasangan.1. Sambungkan kabel hidup dari DB ke
soket punca (L).2. Sambungkan kabel Neutral dari DB ke
soket punca (N).3. Sambungkan kabel Bumi dari DB ke
soket punca (E).4. Sekiranya anda ingin menambah soket ke
dua secara jejari/siri anda hanya perlu membuat sambungan dari soket pertama ke soket kedua dengan “point” yang sama.
PERALATAN TANGAN
TUKUL
“Alat yang direka khas untuk memaku klip atau timah bagi mencengkam pendawaian. Mempunyai kepala yang berbeza. Sebelah berbentuk bulat dan sebelah berbentuk leper melintang”
PERALATAN TANGAN
PEMOTONG KABEL
“Terdapat pelbagai jenis pemotong kabel dipasaran berikut adalah contoh pemotong kabel yang biasa digunakan dalam kerja-kerja pendawaian. Ia digunakan bagi memotong kabel dan juga menanggalkan pembalut PVC pada sesebuah kabel”
PERALATAN TANGAN
PLAYER GABNGAN
“Terdapat pelbagai jenis player gabungan dipasaran berikut adalah contoh player gabungan kabel yang biasa digunakan dalam kerja-kerja pendawaian. Ia digunakan bagi memegang, mencengkam, memotong, membengkok dan membentuk kabel”
PERALATAN TANGAN
PLAYER GABNGAN
“Terdapat pelbagai jenis pemutar skru. Ia digunakan untuk memasang dan menanggalkan skru. Penggunaan pemutar skru yang betul sama ada kepala Philip atau plat bergantung kepada bentuk kepala skru”
PERALATAN TANGAN
PENA UJI
“Untuk mengesan kebocoran arus elektrik atau kabel hidup. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk kerja ringan seperti mengetat skru kecil. Pena ujian ini sesuai dan selamat digunakan untuk mengesan voltan 50 ~ 500V”