A4 - 13 RAHSIA FACEBOOK ADS UNTUK MENJADI FACEBOOK ... · 4 13 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi...

download A4 - 13 RAHSIA FACEBOOK ADS UNTUK MENJADI FACEBOOK ... · 4 13 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat! KE ARAH MENJADI FACEBOOK MARKETER TERHEBAT, FACEBOOK ADS

If you can't read please download the document

Transcript of A4 - 13 RAHSIA FACEBOOK ADS UNTUK MENJADI FACEBOOK ... · 4 13 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi...

  • 113 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    FACEBOOK ADS UNTUK MENJADIFACEBOOK MARKETER TERHEBAT!

    Kini Facebook Ads anda akan sentiasa berjalan

    dengan lancar ALWAYS-ON, sentiasa mendapat results

    yang MAKSIMUM!

    Tiada lagi NOT APPROVED, ACCOUNT DEACTIVATED,

    dan KENA FLAGGED!

    FIRDHAUS MUNTAZAR

    FACEBOOK ADS UNTUK MENJADIFACEBOOK MARKETER TERHEBAT!

  • 213 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    13 RAHSIAFACEBOOK ADSUNTUK MENJADI

    FACEBOOK MARKETERTERHEBAT!

    OlehFIRDHAUS MUNTAZAR

    Pengasas Bootcamp Revolusi Online &Pakar Pemasaran dan Pemasaran Digital

    untuk AIA, Go Shop, Pizza Hutdan banyak lagi syarikat besar dunia.

  • 313 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Untuk mengenal erti kesabaran, erti rezeki, erti cukup, erti memberi dan erti kasih sayang adalah suatu nikmat yang saya sangat bersyukur kepada Allah SWT.

    Biarlah hilang segalanya di dalam hidup saya, tetapi tidak saya mahuhilang rasa rendah diri dan bersyukur.

    Dengan itu, buku ini ditulis untuk;

    Mereka yang bergelar usahawan - yang bangun setiap pagi, berniaga, bekerja, berusaha, bersengkang mata setiap malam dan tidak kenal erti putus asa.

    Anak-anak yang jauh di mata namun sentiasa dekat di mata dan fi kiran,

    Seth UmairAmelie ImanNadine Aisha

    Dan juga mereka yang sentiasa menyayangi, mendoakan dan menjaga anak-anak saya.

  • 413 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    KE ARAH MENJADI FACEBOOK MARKETER TERHEBAT, FACEBOOK ADS YANG SENTIASA BERJALAN LANCAR ALWAYS-ON DAN MENDAPATKAN HASIL YANG OPTIMUM!

    Assalamualaikum.

    Saya minta maaf.

    Sebenarnya, bila saya berulang kali sebut FACEBOOK MARKETER TERHEBAT, bukan saya julang-julangkan diri sendiri.

    Jauh sekali.

    Tetapi ini misi saya untuk sekarang dan selagi teguhnya niat:

    Saya mahu membantu ANDA menjadi Facebook Marketer Terhebat

    Saya rasa marah dan sedih sebab ramai yang kongsikan masalah-masalah yang sama;

    “Kenapa ads saya kejap okay, kejap tak okay?”

    “Kenapa ads saya takde results langsung?”

    “Kenapa ads saya ada banyak likes tapi takde mesej?”

    “Kenapa saya dapat message tapi takde kualiti?”

    “Kenapa iklan saya NOT APPROVE?”

    “Kenapa iklan saya kena fl agged/deactivated?”

    Jadi buku ini sememangnya untuk anda faham bagaimana Facebook Ads berjalan.

    Faham akan konsep-konsep Facebook, Facebook Ads dan pengguna sistem-sistem ini, iaitu manusia.

    Facebook Ads adalah seperti media yang lain seperti radio, tv, suratkhabar dan billboard.

    Media iklan ialah hanya penghantar mesej.

  • 513 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Kita yang buat mesej.

    Kita, manusia yang terima mesej.

    Jadi saya nak tegaskan di sini, kejayaan Facebook Ads anda sebenarnya ialah berdasarkan:

    Betapa hebatnya kita faham dan pandai guna Facebook dan Facebook Ads, dan,

    Betapa hebatnya kita faham prospek-prospek kita.

    Kalau kita faham kedua-dua ini, insyaAllah, iklan kita berjalan dengan:

    Lancar dan ALWAYS-ON,

    Kos yang berbaloi dan ada ROI, dan,

    Tiap-tiap hari ada RESULTS.

    Segala rahsia-rahsia yang saya kongsikan, sebenarnya bukanlah tip, trick, hack, teknik yang melawan algorithm.

    Saya marah sangat kalau orang tanya bagaimana kita nak lawan algorithm Facebook Ads?

    Sebenarnya, tiada perubahan algorithm cuma ada perubahan polisi.

    Algorithm yang selalu berubah ialah algorithm Facebook sebab terlampau banyak informasi dan content yang tak relevan diberikan kepada kita setiap hari.

    Jadi kalau ada perubahan polisi dan rules, maka kita ikutlah.

    Saya percaya polisi-polisi ini untuk melindungi pengguna-pengguna Facebook.

    Supaya pengguna Facebook tidak kena tipu dan scam.

    Tanya diri balik, kita sendiri pun tak mahu kena scam, betul?

  • 613 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Jadi kenapa kita kena cuba nak menipu dalam penggunaan Facebook Ads ini?

    There is no quick way to earn and to be successful.

    Rahsia-rahsia yang saya akan kongsikan adalah konsep-konsep yang berdasarkan pengalaman saya sendiri.

    Berdasarkan pembelajaran saya dengan Facebook Malaysia, Facebook Blueprint dan pembacaan sendiri.

    Berdasarkan strategi-strategi dan pantauan iklan-iklan Astro Go Shop, Pizza Hut, Bootcamp Revolusi Online dan client-client saya.

    Sebenarnya rahsia-rahsia ini ada di depan mata kita.

    Cuma kita terlampau nak sangat guna teknik-teknik orang sampai kita tak faham apa sebenarnya yang berlaku!

    Memang tidak pernah ada cara hacking untuk cepat kaya.

    Saya harap buku ini membantu anda sebaik mungkin seperti mana membantu saya selama ini.

    Saya doakan kejayaan dan yang terhebat untuk anda.

    #facebookmarketerterhebat#terhebat#luarbiasa#alwayson

  • RAHSIA #1 :LIMA KONSEP PENTING KALAU ANDA INGIN SENTIASA DAPAT RESULTS YANG TERBAIK DALAM FACEBOOK ADS.

  • 813 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Kalau di dalam kelas-kelas Facebook Ads saya, memang saya tak akan ajar terus bagaimana nak buat Facebook Ads.

    Saya akan ceritakan konsep-konsep ini sampai semua peserta-peserta faham sepenuhnya.

    Ada Lima Konsep Yang Kita Perlu Faham Betul-Betul Sebelum Kita Buat Facebook Ads.

    Konsep-konsep ini mudah, ada di depan mata tapi kita terlampau sibuk terikut-ikut teknik orang!

    Kalau kita tak faham konsep-konsep ini, apa yang akan terjadi, kita akan asyik sibuk memikirkan bagaimana nak lawan algorithm Facebook Ads.

    Kita akan tersekat.

    Jadi stuck!

    Kita akan terkejut bila tiba-tiba, iklan tak berjalan macam dulu-dulu.

    Jadi sekali lagi, saya sarankan FAHAM BETUL-BETUL lima konsep ini sebelum kita mula membina Facebook Ads.

    Facebook Ialah Suatu Platform Bersosial Untuk Manusia.

    Pada tahun 2004, Mark Zuckerberg lancarkan Facebook.

    Tau tak mula-mula nama Facebook ialah FaceMash kemudian The Facebook, baru ditukar menjadi Facebook?

    RAHSIA #1

  • 913 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Facebook sebenarnya ialah sebuah platform networking untuk pelajar-pelajar di universiti Harvard.

    Kemudian sistem itu dibuka kepada pelajar-pelajar di universiti Yale, Columbia dan Stanford.

    Semuanya universiti yang top di Amerika Syarikat.

    Peranan Facebook pada waktu itu ialah satu:

    Untuk pelajar-pelajar di Harvard, Yale, Stanford dan Columbia berkomunikasi, bersosial dan berkongsi tentang apa sahaja (kebanyakannya benda-benda yang seronok dan merepek!) dalam satu website atau sistem.

    Memang untuk FUN.

    Berseronok.

    Kemudian pada tahun 2006 sehingga ke hari ini, ianya dibuka untuk seluruh dunia.

    Peranannya sebenarnya masih sama:

    Supaya manusia boleh berkomunikasi, bersosial dan berkongsi apa sahaja informasi tapi kini, ke seluruh dunia.

    Facebook Ads sebenarnya sudah dilancarkan pada tahun 2004.

    Tapi ia sangat buruk.

    RAHSIA #1

  • 1013 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Sangat buruk sampai Mark Zuckerberg tak suka.

    Beliau tak suka sebab niatnya untuk Facebook ialah connections dan bersosial.

    Tetapi disebabkan Facebook memerlukan duit dan bisnes yang berpanjangan, pada tahun 2007, Facebook perkenalkan Facebook Ads.

    Mark Zuckerberg cakap,

    “I don’t hate all advertising. I just hate advertising that stinks.”

    Sekarang kita ambil moral apa yang dia cakap dan gabungkan balik dengan sistem sosial yang diberi.

    Kalau kita buat iklan, biarlah dalam berbentuk sosial dan mengutamakan kebaikan untuk komuniti.

    Kalau gambar biarlah yang elok-elok, orang suka melihat.

    Kalau buat video, biarlah yang memberikan informasi atau hiburan yang elok.

    Bayangkan kalau kita buat iklan yang:

    1. Ada bau-bau penipuan, too-good-to-be-true, ada bau-bau macam skim cepat kaya, ada benda-benda lucah, ada benda-benda yang berbahaya dan sebagainya.

    RAHSIA #1

  • 1113 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    2. Imej ada tulis DISKAUN 90% besar-besar dan semua Facebook Page buat benda sama.

    Kan dah jadi macam pasar malam?

    Orang jadi tak suka.

    Bila orang tak suka, orang tak guna Facebook.

    Facebook lingkup.

    Kerana Facebook Ialah Suatu Platform Untuk Bersosial Sesama Manusia.

    Jadi biarlah iklan kita mengikut kehendak dan berdasarkan prinsip sosial Facebook.

    Tak gitu?

    Seterusnya saya ceritakan konsep kedua, iaitu…

    Pengguna Facebook Ialah Kita, Manusia.

    Facebook sememangnya dicipta untuk manusia.

    Manusia adalah penggunanya.

    Sebagai seorang manusia, kita suka pergi ke Facebook dari pagi sampai malam.

    Dari bangun celik mata sampai tutup mata.

    RAHSIA #1

  • 1213 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Kita ke Facebook untuk escapism yang beberapa minit saja semasa kita buat kerja.

    Kita nak hiburan, kita pergi ke Facebook.

    Kita nak berita terkini, kita pergi ke Facebook.

    Kita nak nak informasi, kita pergi ke Facebook.

    Pada tahun 2018, Facebook ialah app dan website paling diziarahi di Malaysia.

    Disebabkan terlampau banyak informasi, berita, hiburan, post, imej dan video di Facebook, kita manusia jadi mudah turn-off.

    Sebab semua informasi yang kita dapat sudah tak relevan dan tak menguntungkan pada kita.

    RAHSIA #1

  • 1313 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Apa lagi kalau kita buat iklan.

    Iklan kita kena ada imej yang tak terlampau hard-sell.

    Tak boleh ada imej yang boleh ada text lebih dari 20% dari saiz gambar.

    Facebook cakap NOT APPROVED!

    Copywriting tak boleh hard sell.

    Tak boleh ada perkataan-perkataan yang Facebook rasa “eh kau ni hardsell la. Not approve!”

    Tak boleh ada perkataan-perkataan seperti PERCUMA! DAPATKAN SEKARANG! Sebab manusia jadi turn-off.

    Jangan cakap kita nak baca iklan (dahlah kita jenis malas membaca!), kita cepat-cepat scroll ke bawah!

    Sama macam masa dulu kita tengok TV.

    Sedang tengok TV, tiba-tiba ada iklan!

    Memang kita marah!

    Kita kena fi kir iklan ini diiktiraf dan approve oleh Facebook atau tidak.

    Prospek kita baca ke tidak.

    Tengok video kita ke tidak.Sebab kita manusia.

    Kita mudah bosan.

    Kita nak benda-benda yang menarik perhatian!

    Kalau tertarik, engagement jadi tinggi!

    Facebook tolong sebarkan lagi!

    Kalau engagement tinggi, klik jadi tinggi!

    RAHSIA #1

  • 1413 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Kita pun happy!

    Facebook Ads Akan Buat Apa Yang Kita Suruh.

    Facebook Ads, dia tak pandai.

    Ianya hanyalah suatu sistem yang mempunyai data pengguna.

    Suatu sistem yang boleh menyampaikan mesej dan cerita kita mengikut program yang dibina.

    Kita yang sepatutnya jadi pandai.

    Facebook Ads dia hanya buat apa yang kita suruh iaitu melalui setting Objective.

    Dia tak tau apa yang dia kena buat sehinggalah kita setkan Objective kita.

    Bila kita dah setting Objective, dia akan cari pengguna-pengguna Facebook yang ada NAK dan BERPOTENSI melakukan Objective kita tadi.

    Kalau kita nak orang likes, comments, shares dan sebagainya, kita setkan Objective Engagement. Facebook Ads akan cari orang-orang yang nak buat semua ini.

    Kalau kita nak orang komen “PM DI BAWAH SEKARANG!”, pakailah Objective Engagement.

    Mungkin, (MUNGKIN! Tidak semestinya kita akan mendapat comment tapi kita juga akan dapat likes dan shares yang juga dikira sebagai Engagement) akan dapat orang komen berderet.

    Kalau kita nak orang isi nombor telefon, email dan sebagainya, kita setkan Objective Lead Generation.

    RAHSIA #1

  • 1513 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Facebook akan cari orang-orang yang nak isi form anda.

    Dah dapat leads, kita call cepat-cepat, close sales.

    Kalau kita nak orang pergi ke website kita, pakailah Objective Traffi c.

    Facebook akan cari orang-orang yang NAK klik button Learn More dan terus ke website.

    Sama juga, kalau kita nak orang pergi ke Wasap.my, Kliksini.my atau whatsapp URL kita, pakailah Objective Traffi c.

    Facebook akan cari orang-orang yang NAK klik button Learn More dan terus ke Whatsapp anda.

    TAPI!

    Untuk yang suka letak link Wasap.my, Kliksini.my atau whatsapp URL ini, ada kemungkinan besar Facebook Ads akan tidak approve iklan kita sebabnya sudah ada unsur penipuan.

    Facebook Ads bukan sahaja akan scan iklan kita tapi link yang kita letakkan.

    Kalau link yang diletakkan pada button tidak sama dengan produk atau servis yang dinyatakan dalam iklan - NOT APPROVE!

    Kalau link yang diletakkan pada button tidak ada apa-apa kandungan atau ada unsur redirect (Wasap.my ialah salah suatu sistem yang memberi anda website kosong yang akan redirect dalam masa 10 saat ke Whatsapp anda - memang gempak tapi ada risikonya), macam mana Facebook Ads nak scan? - NOT APPROVE!

    RAHSIA #1

  • 1613 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Facebook Ads Akan Buat Apa Yang Kita Suruh Kepada Orang Yang Kita Nak.

    Kalau kita tak beritahu Facebook Ads siapa prospek kita, Facebook Ads akan hantar sahaja iklan kita berdasarkan keywords yang ada di dalam text iklan.

    Ingat, Facebook Ads boleh baca, scan dan kumpul data setiap patah perkataan yang kita post, iklan, komen dan isi di mana-mana sahaja selagi dalam sistem Facebook.

    Kalau kita tak pandai copywriting - MATI.

    Bila hantar iklan pada orang tak tepat, maka klik atau engagement atau view atau apa lagi results yang kita nak jadi sikit atau tak memberangsangkan.

    Kalau kita dapat banyak klik pun, mungkin dapat pendatang asing atau mungkin yang tukar menjadi customer pun (conversion rate) sangat sikit.

    Buat penat jari reply Whatsapp.

    Saya ajar dalam kelas-kelas saya, bagaimana nak guna “penapis” atau “layering” atau “narrowing” Audience sampai betul-betul tepat.

    Dengan cara ini, saya tak janjikan anda akan dapat banyak klik atau mesej.

    Tetapi, saya janjikan conversion rate yang tinggi sebab klik dan mesej yang kita dapat adalah orang yang tepat, betul dan berkualiti.

    RAHSIA #1

  • 1713 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Nampak tak?

    Dan akhir sekali, kalau cerita pasal Audience….

    Facebook Ads akan buat apa yang kita suruh kepada orang yang kita nak berdasarkan data semasa.

    Data semasa.

    Semasa maksudnya masa sekarang.

    Data yang disimpan dalam Facebook ini ialah perangai atau behaviour kita sebagai pengguna.

    Apa yang kita komen, like, share, save, minat, tengok dan sebagainya.

    Sekarang saya nak tanya, ada perasan tak, kadang-kadang klik atau mesej tiba-tiba berkurangan?

    Mula-mula tinggi, tiba-tiba berkurangan dan kemudian dia naik balik.

    Kalau anda pernah lalui perkara ini, jangan risau sebab ianya berdasarkan behaviour dan data semasa pada waktu itu.

    Sebagai contoh, kita buat iklan pada awal bulan.

    Kita akan dapat banyak klik dan mesej, sebab pada awal bulan ramai yang sudah ada gaji.

    Pada minggu kedua mungkin klik dan mesej akan mula berkurangan, sebab gaji sudah berkurangan.

    Pada minggu ketiga mungkin lagi sikit sebab gaji tinggal sikit (ataupun dah kosong!).

    Pada minggu keempat, klik dan mesej naik semula sebab gaji dah masuk!

    Bukan bisnes anda saja, tapi bisnes saya, bisnes syarikat-syarikat yang saya pernah berkhidmat pun begitu juga.

    RAHSIA #1

  • 1813 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Jadinya, jangan risau!

    Saya suka sarankan, kalau buat iklan JANGAN buat minggu kedua atau ketiga!

    Sebab orang sedang kekurangan duit.

    Lagi satu, ialah penggunaan dan populariti sesuatu perkataan atau keyword.

    Sebagai contoh, perkataan JEREBU atau HAZE.

    Pada abang-abang dan kakak-kakak yang menjual penapis udara di luar sana, kalau suka gunakan perkataan-perkataan ini, ada kemungkinan besar akan mendapat klik dan mesej lebih banyak pada pertengahan tahun.

    Tengah tahun memang musim jerebu setiap tahun.

    Pada awal dan hujung tahun kerana sudah monsoon, klik dan mesej pun berkurangan.

    Ingat Facebook Ads juga akan scan penggunaan perkataan di dalam iklan kita.

    RAHSIA #1

  • 1913 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Renungan Seorang Facebook Ads Marketer Terhebat.

    Dalam semua konsep yang saya terangkan tadi, nampak tak penggerak di belakang Facebook dan Facebook Ads?

    Penggeraknya ialah kita seorang manusia.

    Bukan Facebook atau Facebook Ads yang hebat, bossku.

    Kita yang hebat.

    RAHSIA #1

  • RAHSIA #2 :JANGAN BUAT ADS DI HANDPHONE. BUAT DENGAN FACEBOOK ADS MANAGER.

  • 2113 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #2

    Jalan ceritanya macam ini:

    Anda dengar orang lain berjaya dapat banyak sales dan leads bila buat Facebook Ads.

    Kemudian anda asyik dapat recommendations atau nasihat dari Facebook, suruh Boost Post.

    Facebook cakap, nak dapatkan reach yang banyak, boostkan post ini.

    Kita tekan Boost Post.

    Reach naik.

    Orang like banyak.

    TAPI!

    Orang komen mungkin tak banyak yang kita nak.

    Orang tak mesej kita.

    Takde sales.

    Ada pernah terjadi pada anda?

    Pada suatu ketika dahulu (ceh, macam buku sejarah Form Five) Facebook Ad sudah terlampau banyak cerita, informasi, berita dan pelbagai lagi content yang dikeluarkan oleh Facebook Business, Facebook Page dan pengguna-penguna Facebook di seluruh dunia.

    Memang best.

  • 2213 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #2

    Macam-macam ada.

    Tetapi, disebabkan terlampau banyak informasi yang tidak berguna dan relevan kepada pengguna-pengguna, Facebook tukarkan algorithm di mana ia cuba mengeluarkan content-content yang tepat kepada kita.

    Disebabkan itu, engagement pada post kita terus jadi berkurangan (tahun 2016 hanya 2% daripada followers akan engage pada post, tahun 2018 hanya 0.09%! SAHAJA!).

    Jadi pada tahun 2012, Facebook perkenalkan button “Promote”.

    Dan kemudiannya bertukar menjadi “Boost Post”.

    Kerja button “Boost Post” ini ialah hanya satu.

  • 2313 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #2

    Bila kita klik pada button Boost Post, kita sebenarnya akan buatkan iklan berobjektifkan Engagement kepada post yang kita pilih itu dan dihantar kepada orang-orang yang kita “rasa” tepat.

    Tujuan dan objektif iklan itu ialah untuk mendapatkan like, share dan comment.

    Sahaja.

    Bukan klik button Buy Now.

    Bukan leads.

    Bukan views.

    Apa lagi mesej.

    Tapi hanya like, comment dan share.

    Sahaja.

    Lagi satu, bila kita tekan “Boost Post”, kita hanya tahu, nampak dan menggunakan lebih kurang 1-2% daripada keseluruhan fungsi Facebook Ads.

  • 2413 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #2

    Jadi di mana lagi 99% fungsi-fungsi hebat Facebook Ads ni?

    Ianya di dalam Facebook Ads Manager.

    Kalau tak pernah pergi ke Facebook Ads Manager, kita boleh pergi ke:

    1. www.business.facebook.com atau

    2. Di bar biru atas Facebook anda, ada button Create (Cipta kalau dalam Bahasa Malaysia), tekan pada button tersebut dan pilih Ad (atau Iklan).

    Di dalam Facebook Ads Manager ini, barulah kita boleh buat setting yang betul supaya Facebook Ads akan buat apa yang kita mahu dan apa yang kita nak kepada target market yang tepat.

    Antara fungsi-fungsi di dalam Facebook Ads Manager ini ialah:

    1. Boleh setting Objective anda seperti yang saya ceritakan dalam Rahsia #1.

    2. Boleh setting Budget dengan betul.

    3. Boleh setting target market yang betul dan tepat seperti yang saya ceritakan tadi juga.

  • 2513 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #2

    4. Boleh setting hari dan waktu iklan kita dipaparkan.

    5. Boleh setting iklan kita keluar di mana - DALAM INSTAGRAM PUN BOLEH, BOSS!

    6. Boleh setting design dan copywriting dengan betul.

    7. Boleh buat iklan banyak-banyak serentak.

    Dan macam-macam lagi yang boleh anda setting supaya kita boleh buat iklan dengan cermat, betul, tepat SAMPAI DAPAT RESULTS yang kita NAK!

    Renungan Seorang Facebook Ads Marketer Terhebat.

    Kalau kita nak buat memasak suatu makanan dan kita nak sajikan makanan kita kepada tetamu, tak kira lah makanan apa pun (biarpun Maggi!), kita ingin masak yang terbaik dan paling sedap.

    Kita sanggup cari bahan yang secukupnya.

    Buat yang sepatutnya.

    Supaya makanan sedap secukup rasa.

    Dah berani nak buka Facebook Ads Manager dan mulakan resipi kejayaan anda?

    Jemput makan.

  • RAHSIA #3 :OBJEKTIF MESTI BETUL DAN BIJAK SUPAYA FACEBOOK ADS ITU BETUL DAN BIJAK MACAM ANDA.

  • 2713 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #3

    Macam saya sudah terangkan di dalam rahsia #1, kita yang perlu beritahu Facebook Ads untuk buat apa yang kita nak.

    Banyak kali saya ulang objektif itu penting.

    Objektif yang kita nak dalam bisnes mesti sama dengan objektif yang kita mahu dalam Facebook Ads.

    Kalau objektif bisnes nak dapatkan sales, kena ada leads masuk dalam Whatsapp.

    Kalau objektif nak leads dalam Whatsapp, kena ada orang klik iklan kita.

    Kalau objektif nak orang klik iklan kita, KENA PILIH OBJEKTIF TRAFFIK!

    Di dalam Facebook Ads Manager ada 11 jenis objektif.

    Setiap objektif ini, Facebook Ads akan mencari prospek-prospek yang berpotensi membuat apa yang kita nak.

    Mari saya kupaskan 6 objektif paling best untuk kita gunakan.

    ReachObjektif Reach ini sangat bagus kalau nak kita perkenalkan produk dan jenama kita.

    Kita buat ads dan dia akan paparkan sebanyak mana yang kita settingkan.

    Prospek kadang-kadang boleh nampak ads kita berkali-kali dalam seminggu.

  • 2813 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Tapi kena ingat, kalau guna objektif ini, Facebook Ads akan paparkan kepada Audience kita tanpa mengira behaviour atau kecenderungan.

    Kadang-kadang kita dapat banyak engagement, kadang-kadang tidak.

    Kadang-kadang kita dapat banyak klik, kadang-kadang tidak.

    Tak kira prospek itu akan like, share atau comment, atau tengok video, atau klik pada button Facebook Ads paparkan sahaja.

    Kiranya, Facebook Ads kerjanya hanyar paparkan ads sampai prospek sedar akan kewujudan produk dan jenama kita.

    Traffi cObjektif Traffi c sememangnya mencari prospek yang NAK atau CENDERUNG untuk klik pada Call-To-Action button.

    Kalau nak prospek klik button dan pergi website, pakai objektif ini.

    Kalau nak prospek klik button dan pergi ke Whatsapp link, Wasap.my, Senang.la, Kliksini.my dan sebagainya, boleh juga pakai objektif ini.

    Tapi lagi sekali saya nak ingatkan, ramai marketer yang guna objektif Traffi c dan pergi ke Whatsapp link, lama-lama ad account akan deactivated ataupun kena fl agged.

    Sebabnya memang Facebook Ads sudah mengesan iklan kita ini caranya menipu.

    Saya suka sarankan kepada pelajar-pelajar yang hadir ke kelas saya, untuk cuba buat dua cara yang berkesan iaitu:

    RAHSIA #3

  • 2913 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    1. Button di ads kita pergi ke Instant Experience dan di dalamnya kita boleh letak button yang pergi ke Whatsapp link atau Wasap.my dan sebagainya.

    2. Buat iklan menggunakan Existing Post (TETAPI MASIH menggunakan objektif Traffi c) dan letakkan link di dalam copywriting anda.

    Saya nak ingatkan lagi sekali, disebabkan objektif ini hanya mencari prospek-prospek yang akan klik pada button, kita takkan dapat engagement yang banyak.

    EngagementKalau nak dapatkan LIKE, COMMENT dan SHARE, gunakan objektif Engagement.

    Sesetengah marketer dia suka buat copywriting yang bagus dan akan suruh prospek komen “PM” dan dia akan reply setiap satu komen.

    RAHSIA #3

  • 3013 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Cara ini bagus sekiranya copywriting sangat bagus sampai prospek terus komen.

    Ada juga akan buat iklan menggunakan Existing Post di dalam objektif ini untuk menaikkan engagement.

    Kemudian dengan post yang sama, marketer akan membuat iklan berobjektifkan Traffi c.

    Maksudnya, prospek-prospek yang cenderung nak klik pada button, tengok ad kita terus WOW! BANYAKNYA LIKE! APA DIA JUAL NI?!

    Kalau kita guna objektif Engagement ini memang takkan ramai yang akan klik pada button.

    Tetapi sesetengah marketer dia akan buat Custom Audience People Who Engaged With Any Post or Ad dan hantar ads yang baru kepada prospek-prospek panas ni.

    Sebab mereka memang ada minat dan interest yang tinggi, cuma mungkin pada masa mereka nampak ads untuk pertama kali mereka masih belum pasti untuk membeli.

    RAHSIA #3

  • 3113 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Video ViewsKalau kita ada video yang panjang dan kita nak prospek-prospek tonton video kita sekurang-kurangnya 15 saat, gunakan objektif Video Views.

    Sebab kita boleh setting Facebook Ads untuk mencari prospek-prospek yang mahu menonton sekurang-kurangnya:

    1. 2 saat dengan menggunakan 2-second Continuous Video Views, atau

    2. 15 saat dengan menggunakan Thruplay

    Objektif Video Views sangat bagus kalau kita nak jual produk-produk yang mahal atau memerlukan penerangan, demo, testimonial, review dan sebagainya.

    Namun begitu, ingin saya tekankan, Facebook Ads akan mencari prospek-prospek yang hanya mahu tengok video.

    Tolong jangan harap untuk mendapatkan engagement atau button klik yang tinggi.

    Lead Generation dan MessagesDua lagi objektif yang ramai suka guna ialah Lead Generation dan Messages.

    Lead Generation ramai digunakan oleh marketer untuk mencari prospek-prospek yang suka nak klik pada button, masuk ke dalam lead form dan isikan form tersebut dengan email dan nombor telefon.

    RAHSIA #3

  • 3213 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Messages objektif sememangnya mencari prospek-prospek yang cenderung untuk mesej kita di Facebook Messenger ataupun Whatsapp for Business.

    Saya jarang menggunakan objektif-objektif ini kerana kos untuk mendapatkan leads dan messages adalah sangat tinggi.

    Saya akan terangkan lebih lanjut kenapa results boleh jadi lebih tinggi dalam rahsia #11 nanti.

    Renungan Seorang Facebook Ads Marketer Terhebat.

    Sekarang kita sudah nampak kenapa kita perlu pilih objektif-objektif yang betul.

    Saya selalu tanya berkali-kali di dalam kelas,

    “Kenapa pilih objektif Engagement kalau nak orang mesej dalam Whatsapp?”

    “Kenapa pilih objektif Traffi c kalau nak orang tengok video sampai habis?”

    “Kenapa? Kenapa? Kenapa?”

    Sebenarnya, soalan-soalan ini bukan saya yang patutnya tanya.

    Kita sebagai marketer perlu tanya pada diri sendiri.

    “Apa objektif bisnes aku?”

    “Apa objektif Facebook Ads yang aku perlu guna kalau aku nak dapatkan….?”

    RAHSIA #3

  • RAHSIA #4 :HANTAR IKLAN BERKALI-KALI! SEBAB TIADA ORANG DALAM DUNIA INI TENGOK IKLAN SEKALI TERUS BELI!

  • 3413 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #4

    Melainkan kalau kita betul-betul kaya, sampai dah tak tahu macam mana nak habiskan duit kita, kita takkan masuk kedai dan terus beli.

    Melainkan kalau kita pergi kedai runcit, kita dah tau nak beli apa.

    Kadang-kadang kita masuk Tesco pun ada tergerak hati, harga telur sekarton lagi murah di KK Mart depan rumah.

    Kita ialah manusia yang sudah pandai membeli.

    Kita suka buat perbandingan.

    Kita suka kaji selidik, research di internet sebelum kita beli.

    88% manusia di Malaysia ini suka buat research dulu sebelum beli.

    Lagi mahal produk dan servis, lagi kita nak buat perbandingan dan research.

    Jadi, dengan satu iklan Facebook Ads, anda rasa orang akan terus klik dan beli?

    Saya suka sarankan kepada peserta-peserta yang hadir ke kelas Facebook Ads saya, untuk selalu buat Retargeting campaign.

    Retargeting campaign ialah suatu campaign yang kita akan hantarkan iklan-iklan baru sebagai follow-up kepada kelompok-kelompok manusia yang sudah berinteraksi dengan platform-platform kita.

    Kelompok-kelompok manusia ini kita boleh bentukkan dengan fungsi Custom Audience.

  • 3513 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #4

    Saya nak beri sedikit contoh-contoh retargeting campaign yang sangat berkesan untuk bisnes-bisnes kita.

    Retarget Prospek-Prospek Yang Melawat Website Kita Tapi Masih Tak Checkout-Checkout Lagi.

    Di dalam Facebook Ads Manager, kita boleh menjanakan satu code yang dipanggil Facebook Pixel.

    Fungsi Pixel ini ialah merekod segala aktiviti yang dilakukan oleh semua pelawat ke website.

    Kita boleh ciptakan Custom Audience dan menghantar semula iklan baru untuk mereka yang melawat website kita dengan memilih All Website Visitors.

    Kita juga boleh mencipta Custom Audience untuk mereka yang melawat

  • 3613 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    page-page tertentu sahaja seperti Cart page dan Checkout page dengan memilih People Who Visited Specifi c Web Pages.

    Retarget Prospek-Prospek Yang Melawat Facebook Page Dan Instagram For Business.

    Ramai prospek, apabila nampak iklan kita untuk pertama kali, mereka tak semestinya akan klik terus button Call-To-Action dan mesej kita.

    Kemungkinan besar, prospek akan pergi ke Instagram for Business dan Facebook Page kita.

    Mereka suka nak tahu siapa kita, apa produk kita, boleh dipercayai atau tidak, mencari testimonial dan segala maklumat yang mereka boleh dapatkan sebelum membeli.

    Mereka ingin mendapat kepastian dan ingin tahu kredibiliti produk, servis dan jenama kita.

    Jadi, kita boleh cipta Custom Audience untuk hantar semula iklan-iklan baru kepada prospek yang visit, comment, like, share, DM atau PM dan save post kita.

    RAHSIA #4

  • 3713 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Retarget Prospek-Prospek Yang Sudah Menonton Video-Video Kita.

    Video adalah satu medium yang sangat berkesan dan penting.

    Kita sebenarnya akan dapat lebih banyak engagement dengan video berbanding dengan post yang berbentuk imej, tak kira samada di Facebook dan Instagram.

    Bukan sahaja Facebook suka content yang berbentuk video tetapi prospek suka menonton video.

    Secara logik, lagi lama orang menonton video anda, lagi tinggi minatnya terhadap content, produk dan servis anda.

    Jadi apa yang kita boleh buat ialah, kita hantar semula iklan-iklan kepada Custom Audience yang sudah menonton 25%, 50%, 75% atau 95% panjang video-video kita.

    RAHSIA #4

  • 3813 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Banyak lagi Custom Audience yang kita boleh bentukkan (ada 11 jenis!) untuk kita retargeting atau hantar semula iklan-iklan supaya orang akan sentiasa teringat tentang produk dan servis kita.

    Jangan takut untuk mencuba Custom Audience yang lain kerana saya gerenti setiap satu dapat membantu dalam bisnes kita!

    Renungan Seorang Facebook Ads Marketer Terhebat.

    Saya kurang faham kenapa masih ramai lagi tidak menggunakan fungsi Custom Audience ini.

    Sedangkan Custom Audience ini kerja sangat sikit kalau bandingkan nak setting Audience Detailed Targeting.

    Banyak syarikat-syarikat besar telah menggunakan fungsi retargeting dan Custom Audience sejak ianya diperkenalkan.

    Sepanjang saya bekerja dengan syarikat-syarikat ini, saya sudah retarget prospek dari segi behaviour terhadap website, Instagram dan Facebook.

    Saya juga sudah menggunakan retargeting ini untuk panggil semula customer-customer lama untuk membeli semula produk-produk saya.

    Sesebuah bisnes yang berjaya bukan hanya kerana sentiasa mendapatkan customer baru tetapi menjaga repeat customer sehingga mereka menjadi loyal customers.

    Fikir jauh.

    Jangan hanya menggunakan Facebook Ads untuk mendapatkan prospek tetapi mengekalkan customer yang sedia ada.

    RAHSIA #4

  • RAHSIA #5 :BENTUKKAN AUDIENCE YANG TEPAT DAN BETUL BARULAH PENDATANG ASING TAK MESEJ ANDA MALAM-MALAM!

  • 4013 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Ada dua masalah Audience yang saya suka (tak berapa suka, sebenarnya) dengar ialah:

    “Saya dapat banyak mesej, tapi tak berkualiti. Selalu mesej lepas tu senyap. Selalu mesej lepas tu cakap ‘Nanti saya discuss dengan husband’”

    Masalahnya takkan nak beli sambal goreng pun kena discuss dengan husband!

    RAHSIA #5

    “Saya selalu dapat mesej dari pendatang asing!”

    Secara jujurnya, saya tak tahu kenapa mereka dapat mesej dari pendatang-pendatang asing sebab selama saya buat Facebook Ads untuk Bootcamp Revolusi Online dan client-client saya, tak pernah sekali pun dapat mesej sebegini.

    Untuk membentuk Audience ini kita perlu kenal dulu siapa target market kita.

    Ramai guru-guru, sifu-sifu dan marketer hebat di luar sana, kita kena buat dulu Customer Avatar.

    Maksudnya kena kenal isi hati, behaviour, minat, interest dan sebagainya target market kita supaya kita senang bentukkan Audience.

    Memang bagus.

    Tapi kalau tak tau setting Detailed Targeting pun tak jadi juga.

    Buang masa buat Avatar.

  • 4113 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Mari saya bongkarkan rahsia-rahsia yang sepatutnya kita buat bila nak setting Detailed Targeting ini:

    Selalu Pilih People Who Live In This Location.

    Secara automatik, Facebook Ads akan pilih Everyone In This Location.

    Kita pun okay.

    Buat tak tahu.

    Sebenarnya kita kena pilih People Who Live In This Location, sebab memang Facebook Ads akan cari prospek yang menetap di lokasi pilihan.

    RAHSIA #5

    Kalau letak Everyone In This Location, memanglah semua jenis manusia akan dapat iklan kita!

    Logik bukan?

    Kejayaan Facebook Ads ialah bila ia dapat hantar ads anda kepada sekurang-kurangnya SATU dari Detailed Targeting yang anda isikan. BUKAN semua tapi SATU!

    Memang dah jadi kebiasaan, kita pantang nampak ada ruang form.

    Nampak ruangan form, laju kita nak isikan.

    Sama juga bila kita nampak ruangan form Detailed Targeting.

  • 4213 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #5

    Lagi-lagi lepas dah buat Customer Avatar anda (huhu!)

    Sehingga pertengahan tahun 2019, di atas ruangan Detailed Targeting, ada satu ayat yang bertulis:

    Include People Who Match At Least ONE of the Following.

    Maksudnya, Facebook Ads akan mencari prospek-prospek yang mempunyai sekurang-kurangnya SATU dari kriteria-kriteria yang anda telah masukkan tadi.

    BUKAN SEMUA.

    BUKAN GABUNGAN YANG SEPENUHNYA.

    Nampak tak?

    Mari kita cuba lihat dengan contoh ini.

    Saya ramai peserta-peserta Coway dan salah satu dari prospek mereka ialah ibu-ibu yang kaya atau Rich Mothers yang mereka ingin jualkan penapis air berkomitmen RM120 ke atas selama 5 tahun.

    Ibu-ibu kaya ini kalau kita pecahkan demografi k, minat dan behaviour mereka ialah:

    Seorang ibu tidak kira mempunyai beberapa orang anak, tidak mengira samada beliau seorang yang masih berkahwin ataupun tidak.

    Seorang yang minat perkakas dapur kerana penapis air letaknya di dapur.

    Seorang yang minat tentang kesihatan diri kerana beliau mahu kesihatan yang baik untuk maju dalam karier atau perniagaan.

    Seorang yang minat tentang kesihatan anak-anak kerana dengan beliau

  • 4313 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #5

    sentiasa mahu yang terbaik untuk anak-anak.

    Seorang yang kaya-raya kerana harga penapis air ialah RM120 ke atas.

    Jadi bila kita dah tahu segala maklumat ini, kita pun mula isikan Detailed Targeting.

    Kita letakkan:

    ParentsWater fi lterHealth and wellnessChildcarePeople in Malaysia who prefer mid-and high-value goods

    Siap.

    INI SALAH!

    Disebabkan ayat yang saya sebutkan tadi:

    Include People Who Match At Least One Of The Following.

    Facebook Ads akan paparkan (impression) ads anda kepada:

    Seorang ibu, ATAUYang minat water fi lter, ATAUYang pentingkan kesihatan, ATAUYang pentingkan kesihatan anak-anak, ATAUYang kaya-raya dan suka barangan branded.

  • 4413 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #5

    Nampak tak perkataan ATAU?

    Bayangkan kalau iklan kita dipaparkan kepada seorang ibu dan beliau bukan seorang kaya-raya?

    MEMANG DIA TAKKAN KLIK!

    Kalau dia klik, DIA BUKAN LEADS YANG BERKUALITI!

    “Nanti saya discuss dengan husband saya….”

    Kalau iklan kita dipaparkan kepada seorang yang minat water fi lter tetapi bukan seorang ibu dan mempunyai anak-anak tetapi gambar iklan ada gambar seorang ibu yang sedang bergembira dengan anak-anaknya.

    Rasa-rasa orang yang minat water fi lter itu tadi nak klik?

    Message dah jadi tak relevan!

    MEMANG DIA TAKKAN KLIK!

    Kalau dia klik, DIA BUKAN LEADS YANG BERKUALITI!

    “Okay saya nak survey-survey dulu… Huhu!”

    Jadinya, saya selalu sarankan untuk peserta-peserta yang hadir ke kelas menggunakan fungsi seterusnya….

    Gunakan Narrow Audience.

    Kita ambil semula, contoh ibu-ibu kaya yang kita taipkan dan pilih dalam Detailed Targeting.

    Pada pandangan Facebook Ads ia akan jadi sebegini:

    Seorang ibu, ATAUYang minat water fi lter, ATAUYang pentingkan kesihatan, ATAUYang pentingkan kesihatan anak-anak, ATAUYang kaya-raya dan suka barangan branded.

    Sepatutnya, yang kita mahukan ialah:

  • 4513 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Seorang ibu, DANMinat water fi lter, DANPentingkan kesihatan diri, DANPentingkan kesihatan anak-anak, DANKaya-raya dan sukakan barangan branded.

    Baru betul dan tepat.

    Jadi bagaimana kita nak dapatkan sebegini?

    Kita Gunakan Fungsi Narrow Audience.

    Button Narrow Audience ini terlalu kecil dan bukan seperti button sampai ramai di antara kita tak sedar kewujudannya.

    Fungsi Narrow Audience ialah menapis kriteria kedua di dalam kriteria pertama.

    Contohnya, dalam kriteria pertama, kita letakkan kelompok Parents.

    Kemudian kita Narrow Audience untuk menapiskan mereka yang minat Childcare, Health and Wellness.

    Kemudian kita Narrow Further untuk menapiskan mereka yang minat dalam Water Filter.

    Dan akhirnya kita Narrow Further untuk kali terakhir, menapiskan People in Malaysia Who Prefer Mid- and High-value Goods.

    RAHSIA #5

  • 4613 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Renungan Seorang Facebook Ads Marketer Terhebat.

    Setiap kali di dalam kelas Facebook Ads saya, saya akan cakap,

    “Saya tak pernah menjanjikan anda semua akan mendapat leads atau message yang banyak.”

    Leads yang saya dapat memang tidak banyak.

    Pada saya yang penting ialah KUALITI bukan KUANTITI.

    Apa guna kita dapat leads yang banyak tapi conversion rate kita hanya 3% - 10%?

    Yang kita mahu conversion rate 50% ke atas.

    Lagi bagus, kalau leads yang kita dapat, kita boleh convert dengan laju.

    Untuk kelas Facebook Ads Bootcamp Revolusi Online saya, conversion rate

    RAHSIA #5

  • 4713 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    ialah 48% - 50% walaupun saya telah menaikkan harga menjadi RM600 seorang.

    Ayat yang saya suka guna ialah:

    “Boss nak join kelas saya? Jom boss!”

    Dalam hari yang sama, saya dapat close booking RM100.

    Dengan budget saya hanya RM1,500 sebulan, saya akan mendapat lebih kurang 40 leads di Whatsapp.

    Dari 40 leads, lebih kurang 20 orang akan join kelas.

    20 x RM600 = RM12,000

    ROI saya ialah 8x.

    Ini tidak termasuk leads yang bertukar menjadi client.

    Nampak kan?

    RAHSIA #5

  • RAHSIA #6 :TAK PERLU JADI PENULIS NOVEL KALAU BUAT COPYWRITING TAPI BIAR BERMAKNA, RELEVAN DAN PERSONALISED KEPADA PEMBACA.

  • 4913 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #6

    Masa SPM dulu buat karangan BM ke laut.

    Tak pernah nak kisah pasal tatabahasa dan mengeja dengan betul.

    Tak pernah nak belajar bagaimana nak buat ayat yang cantik sampai orang baca pun tahu kita adalah dari golongan yang sangat berintelek tinggi.

    Puih!

    Sila buang tanggapan ini semua jauh-jauh.

    Ramai cikgu-cikgu, sifu-sifu dan guru-guru di luar sana akan ajar rangka sebuah copywriting yang berjaya.

    Rangkanya mungkin berbentuk sebegini:

    Kena kenal siapa prospekKena tahu masalah prospekKena ada jalan penyelesaian (produk dan servis anda)Kena ada bukti (testimonial dan sebagainya)

    Kena ada cara untuk mendapatkandengan cepat (call-to-action)Kena ada kejayaan yang dicapai kalau beli produk (good results)Kena ada kegagalan yang bakal tiba kalau tak beli produk (bad results)

    Betul?Memang betul dan bagus.

    Tapi bagaimana nak aplikasikan dalam iklan-iklan di Facebook Ads mungkin tak berapa dikongsikan.

    Sekarang kita ingat semula konsep-konsep yang saya kongsikan dalam Rahsia #1.

    Facebook ialah suatu social network untuk bersosial di mana kita sebagai pengguna suka kongsi post, gambar dan imej.

    Dan kita juga sebagai manusia pun lebih suka nak membaca post-post yang mudah dibaca, yang kelakar, yang membuat kita berfi kir, yang

  • 5013 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #6

    memberi inspirasi, yang ada relevan pada kita dan juga menghiburkan.

    Dan kita sebagai manusia, kalau nampak iklan, memang kita akan elak.

    Jadi dengan apa yang saya nyatakan di atas, saya suka kongsikan, kalau buat copywriting biarlah,

    Personalised Kepada Prospek.

    Kalau buat copywriting, tak perlu buka kamus atau mengarang sebuah buku.

    Buat dengan bersahaja dan ikhlas membantu.

    Buat dengan menggunakan bahasa percakapan mereka.

    Buat dengan menggunakan bahasa yang senang mereka baca dan fahami.

    Buat seolah-olah kita menulis hanya untuk mereka sehingga timbul rasa teruja.

    Bila timbul rasa teruja, seterusnya akan timbul rasa relevan dan rapat dengan produk dan jenama.

    “Eh, dia fahamlah perasaan aku selama ni….”

    “Betullah tu… Tiap-tiap hari aku ada problem ni!”

    Inilah dipanggil sebagai personalisation.

    Seolah-Olah Anda Menulis Post. Bukan Iklan.

    Cuba kita fi kir balik kenapa kita boleh like, comment, share dan sebagainya pada post-post orang lain.

    Semuanya disebabkan menggunakan bahasa yang bersahaja dan tidak ada unsur hard-selling.

    Kita boleh menulis copywriting kita dengan memasuki unsur-unsur berikut:

  • 5113 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #6

    Emosi kelakar,Emosi sedih,Nasihat dan inspirasi,Testimonial,Kisah benar,Dan banyak lagi.

    TETAPI!

    Jangan sesekali mulakan copywriting dengan Call-To-Action, contohnya:

    “Kalau korang tak dapatkan stokin bersalin ni memang rugi. Senang je nak dapatkan stokin ni! Hanya RM79! Mesej je saya sekarang!”Memang orang tak nak baca.

    Tak Tau Masalah Aku, Tapi Nak Suruh Aku Beli.

    Memang tak dapat geng.

    “Salah satu masalah paling common untuk ibu-ibu bersalin ialah kaki bentan atau water retention pada kaki. Silap hari bulan bengkak dia macam kena gout. Tengah kita recover lahirkan anak, jadi macam ni. Lepas tu kita boleh kena post-partum syndrome. Orang kita panggil, meroyan.”

    “Salah satu perkara paling indah selepas melahirkan anak ialah kita dapat berehat, dapat recover dan dapat self-healing yang elok selama beberapa bulan di rumah. Selain dari penjagaan dalam, kita juga perlu mengelakkan masalah water retention yang mungkin akan berlaku sebaik sahaja selepas bersalin.”

    Nampak tak perbezaan kedua-dua contoh permulaan text berbanding dengan contoh yang awal tadi?

    Mana satu yang kita mungkin akan lebih baca?

    Dan juga jangan sesekali memulakan copywriting dengan perkataan-perkataan yang keras dan hardselling seperti:

    PERCUMA!FREE!DISKAUN!

  • 5213 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #6

    POTONGAN HARGA!50% OFF!NOW!

    Sebab orang nampak perkataan-perkataan ini, memang orang takkan baca, takkan klik dan takkan bagi kita leads.

    Tiga Ayat Pertama Ialah Ayat Paling Penting.

    Dulu, Facebook Ads akan menunjuk tujuh ayat pertama copywriting kita.

    Sejak September 2019, hanya tiga ayat sahaja.

  • 5313 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #6

    Jadi tiga ayat pertama ini, sangat-sangat penting untuk menangkap perhatian prospek untuk membaca.

    Janganlah Menggunakan Elemen-Elemen Di Dalam Copywriting Yang Menunjukkan Anda Cuba Hendak Menipu Dan Hardsell.

    Terus NOT APPROVE.

    Semua iklan kita akan dihantar untuk review dan salah satu bahagian yang disemak oleh Facebook Ads ialah penggunaan keyword atau perkataan-perkataan dan elemen-elemen yang digunakan dalam text.

    Perkataan-perkataan keras yang telah saya nyatakan sebelum ini ialah salah satu elemen yang mungkin Facebook Ads tak approve.

    Antara elemen-elemen lain yang tidak bagus ialah:

  • 5413 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #6

    1. Menggunakan terlampau banyak HURUF BESAR. KENAPA? BUTA KE SAMPAI NAK KENA SEMUA HURUF BESAR? HA?!

    2. Menggunakan tanda seruan dan tanda soal yang terlampau banyak. NAMPAK TAK??!! IANYA SANGAT MENJENGKELKAN!!!!

    3. Menggunakan emoji terlampau banyak. Cuba bayangkan, dalam post-post biasa ada rasa nak guna emoji

    banyak-banyak tak?

    Kita buat copywriting, bukan buat design.

    4. Menggunakan hashtag. Saya tak pasti siapa yang ajar untuk menggunakan hashtag, lagi-

    lagi kalau guna terlampau banyak tetapi sebenarnya hashtag tidak membantu apa jua sekali pun sekiranya digunakan di dalam ads.

  • 5513 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Sebab ianya iklan yang sedia ada akan terpapar untuk beribu-ribu Reach!

    Pernah jumpa Instagram Ads kalau kita search sesuatu hashtag?

    Takkan?

    Banyak lagi elemen-elemen yang boleh membuat prospek terasa jengkel atau Facebook Ads akan tak approve untuk saya senaraikan.

    Nasihat saya buatlah copywriting itu secara natural, tidak terlampau hard-sell dan sudah tentunya tidak ANNOYING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Copywriting Bukan Hanya Pada Ruangan Text Tetapi Pada Imej, Video dan Headline.

    Dalam masa kita membuat copywriting untuk text iklan, jangan lupa pada tiga tempat yang sangat penting iaitu di imej, video dan juga headline.

    Kalau dalam iklan, benda yang pertama sekali akan menangkap perhatian kita ialah gambar atau imej.

    Saya suka sarankan untuk mengambil peluang untuk meletakkan text tidak melebihi 20% dari saiz imej.

    RAHSIA #6

  • 5613 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #6

    Kalau nak letak copywriting, biarlah yang membuatkan prospek mahu membaca text iklan anda.

    Prospek selalunya akan menonton video tanpa bunyi kerana dalam Facebook dan Instagram app, video telah disetkan sebagai auto-mute.

    Disebabkan auto mute ini, ambil peluang untuk letakkan text, highlights, subtitles dan macam-macam lagi untuk menarik minat prospek untuk menonton video sampai habis.

    Dan yang terakhir, ambil peluang untuk meletakkan call-to-action pada headline.

    Headline terletak di sebelah button iklan.

    Kalau boleh letak ayat-ayat yang membuat orang menyesal tak tekan button atau membuatkan orang tekan button secepat yang mungkin.

  • 5713 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #6

    Renungan Seorang Facebook Ads Marketer Terhebat.

    Sebelum adanya Astro, kita semua tonton TV3.

    Tengah seronok tengok drama petang, tiba-tiba masuk iklan.

    Terus cari remote, cepat-cepat tukar ke TV2.

    Stress sebab mengganggu.

    Sama juga macam iklan kita.

    Bayangkan kalau sedang seronok scroll down tengok post tiba-tiba nampak iklan kita.

    Memang kita terus scroll lagi laju!

  • RAHSIA #7 :SEBENARNYA, GAMBAR LAGI SIMPLE LAGI FACEBOOK SUKA!

  • 5913 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #7

    Saya buat iklan untuk Bootcamp Revolusi Online dan client-client saya.

    Ada yang menggunakan imej dari handphone dan kosong tiada design langsung.

    Ada yang imej dari studio dan mempunyai sedikit elemen design.

    Resultnya, imej yang kosong dan raw lebih mendapat scoring Above Average manakala imej dari studio mendapat Below Average.

    Secara umumnya manusia lebih mahu interak dan engage dengan gambar-gambar yang natural dan tidak mempunyai design elemen yang melampau.

    Kerana pada pandangan mata prospek, gambar yang mempunyai design adalah sebuah iklan dan secara automatik, prospek akan mengelak dari membaca iklan kita.

    Saya nak kongsikan sedikit sebanyak cara-cara untuk menggunakan imej di dalam iklan supaya mendapatkan klik yang banyak.

    Manusia Suka Gambar Yang Raw, Tulen Dan Kurang Edit.

    Sedar tak yang kita suka tengok gambar-gambar tragedi seperti gambar kemalangan?

    Sedar tak yang kita suka tengok gambar-gambar pemandangan yang indah?

    Lagi tulen dan tanpa edit gambar-gambar tersebut, lagi lama kita tengok.

    Sampai boleh mentelaah gambar-gambar tersebut.

  • 6013 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #7

    Sama juga seperti iklan.

    Kalau kita buat terlampau cantik, terlampau banyak editing, makin kita tak percaya.

    Dalam dunia yang cukup banyak iklan dan berjuta-juta jenis fi lter dan editing, gambar yang real, raw dan genuine memang paling digilai ramai.

    Sebab ianya membuktikan ketulenan sesuatu produk dan servis.

    Text Tak Boleh Lebih 20% Dari Saiz Imej.

    Kita boleh letak text pada gambar dan imej.

    Saya juga sarankan seperti dalam Rahsia #6, letak copywriting anda di dalam imej sebab imej ialah tempat pertama prospek akan lihat.

    Jadi ambil peluang untuk letakkan text anda.

    Tetapi jangan melebihi 20% dari saiz imej!

    Kerana Facebook Ads tidak akan approve ads anda.

    Atau kalau ianya approve, Facebook Ads akan perlahankan paparan iklan anda kepada prospek.

  • 6113 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #7

    Untuk menyemak imej-imej anda yang mempunyai text, boleh uploadkan di: https://www.facebook.com/ads/tools/text_overlay

    Guna Gambar Yang Mempunyai Background Yang Kontras.

    Kalau kita sedar, background Instagram dan Facebook app ialah putih.

    Dan disebabkan ramai yang suka ambil gambar dengan handphone dan menggunakan fi lter yang lebih kurang sama, kebanyakan daripada kita hanya scroll tanpa melihat setiap satu post.

    Kalau kita ada produk, cuba ambil gambar yang fl at lay dan mempunyai background yang berlawanan dan kontras.

    Atau kalau kita ambil gambar model, cuba menggunakan background yang kontras.

    Ini kerana, kita mahu imej kita terserlah dan dapat menarik perhatian prospek.

  • 6213 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Gunakan Gambar Manusia Yang Beremosi.

    Cuba kita bayangkan kita di dalam suatu senario pertengkaran ini.

    Ada seseorang yang sedang memarahi kita, dengan muka yang bengis dan menjerit, “Kau buat apa ni?!”

    Sekarang bayangkan kita di dalam suatu senario sedih.

    Ibu kita sedang bersedih kerana perbuatan kita, dengan muka yang sedih, dia berkata, “Kau buat apa ni….?”

    Nampak tak ayat yang sama tetapi disebabkan emosi dan intonasi percakapan berbeza, emosi kita cepat bertukar mengikut emosi keadaan?

    RAHSIA #7

    Sama juga dalam iklan, bayangkan kita letak gambar-gambar orang gembira bersama dengan copywriting yang bagus, prospek akan berasa gembira dan kemungkinan besar akan klik pada iklan.

    Gunakan Crello dan Canva Kalau Tak Pandai Pakai Photoshop.

    Kalau tak berapa pandai menggunakan Photoshop atau Illustrator, boleh cuba gunakan Crello dan Canva.

    Dapatkan di sini:

  • 6313 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #7

    www.crello.comwww.canva.com

  • RAHSIA #8 :BUAT VIDEO UNTUK DAPATKAN RESULTS YANG LEBIH TINGGI!

  • 6513 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #8

    Sepanjang saya membuat iklan Facebook Ads untuk Bootcamp Revolusi Online, saya menggunakan imej sahaja.

    Sehinggalah pada bulan September 2019, saya tukarkan format menjadi video.

    Klik saya melambung naik!

    Cost per click saya menurun!

    Video kalau dibuat dengan betul dan mempunyai content yang sangat menarik memang menjadi.

    Bukan sahaja kita akan dapat engagement yang tinggi tetapi kita akan dapat klik yang banyak.

    Sejak awal tahun 2019, Facebook banyak memperkenalkan fungsi-fungsi baru yang mengutamakan video sebagai contoh Video Feeds, Facebook Gaming untuk live streaming, Facebook Premiere dan macam-macam lagi fungsi dan program berkenaan dengan video.

    Saya nak kongsikan sedikit cara-cara nak membuat video yang menarik dan mendapatkan klik yang banyak seperti mana saya kongsikan di workshop tersebut.

  • 6613 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #8

    Panjang Video Jangan Melebihi 2 Minit.

    Ada satu research yang dibuat kepada sekelompok eksekutif-eksekutif muda di Amerika Syarikat.

    Mereka diberi sebuah artikel dan sebuah video tentang topik yang sama.

    Kebanyakannya melihat video.

    Dan mereka yang menonton video tersebut, hanya menghabiskan masa sebanyak 2 minit 35 saat sahaja.

    Facebook menyarankan kita membuat video hanya sepanjang 6 - 15 saat.

    Tapi secara jujurnya, apa yang kita boleh buat untuk video 15 saat?

    Prospek tengok pun tak puas.

    Jadi saya sarankan buat video sehingga 2 minit.

    Cuma kita kena berhati-hati, sesetengah placement seperti Instagram Feed, video kita tidak boleh melebihi 1 minit.

    Tangkap Perhatian Prospek Dalam Masa 3 Saat Yang Pertama.

    Manusia zaman sekarang mempunyai tumpuan perhatian online selama 2 saat sahaja.

    Ikan emas pun ada tumpuan selama 6.5 saat!

  • 6713 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #8

    Jadi kalau kita buat video, kita kena mengambil perhatian mereka dalam 3 saat yang pertama.

    Salah satu cara ialah minta prospek jangan tutup video dan janjikan sesuatu ganjaran pada akhir video.

    Satu cara yang lain ialah pada 3 saat yang pertama, tunjukkan klip video yang kelakar atau bloopers kemudian baru masuk video yang sebenar.

    Letak Text Dalam Video.

    Kebanyakan video yang dimainkan dalam Facebook dan Instagram app, ialah tanpa bunyi secara automatik atau auto-mute.

    Dan kebanyakan pengguna lebih suka menonton video tanpa bunyi sebab mereka tidak mahu mengganggu orang lain atau mereka mahu menonton secara senyap-senyap.

    Disebabkan behaviour ini, saya sangat sarankan untuk menyediakan video-video yang mempunyai text.

  • 6813 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #8

    Tiada 20% text rule dalam pembikinan video.

    Jadi boleh buat sebesar dan sebanyak mana yang kita suka.

    Kalau ada dialog atau monolog seperti demo, tutorial dan sebagainya, kita buat subtitle.

    Kalau rasa leceh nak buat subtitle, buat highlights (text besar) pada point-point penting.

    Namun begitu, Facebook Ads masih tidak membenarkan text melebihi 20% saiz thumbnail video.

  • RAHSIA #9 :KALAU OBJECTIVE TRAFFIC LIHAT PADA CLICKS DAN CTR.BUKAN CPC.

  • 7013 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #9

    Kerja sesebuah iklan ialah untuk membawa prospek di mana kita akan melakukan transaksi jual dan beli.

    Sebagai contoh, kerja iklan billboard dan televisyen ialah untuk menguatkan jenama sesuatu produk supaya prospek sedar dan sentiasa teringat (top of mind).

    Kerja iklan leafl et dan brochure ialah untuk membawa prospek ke kedai atau membuat prospek telefon ke kedai untuk sebarang pertanyaan dan pembelian.

    Bila prospek sampai di kedai atau telefon atau di website, bukan kerja iklan untuk melaksanakan transaksi jual beli.

    Sama juga dengan Facebook Ads.

    Sebab ramai di antara kita suka untuk mendapatkan mesej dan membawa prospek ke website, saya hanya akan bentangkan di sini iklan berobjektifkan Traffi c.

    Kerja iklan berobjektifkan Traffi c ialah hanya untuk mendapatkan klik sahaja.

    Outbound Clicks Ialah Ukuran Klik Yang Paling Tepat Sekali.

    Kadang-kadang kita ada letak link di dalam text iklan.

    Kadang-kadang kita ada letak link pada button.

    Ada macam-macam jenis ukuran klik di dalam dashboard Facebook Ads Manager seperti Link Clicks, Clicks All, Outbound Clicks dan lain-lain.

  • 7113 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #9

    Secara teori, Outbound Clicks ialah yang paling tepat sekali kerana ia akan mengambil kira klik yang keluar dari Facebook atau Instagram.

    Logiknya, kalau prospek tekan link pada text atau pada button pergi ke Whatsapp link kita atau website kita, akan diambil kira di dalam ukuran Outbound Clicks.

    CTR Ialah Petunjuk Audience Kita Tepat dan Design Iklan Kita Cun!

    Clickthrough Rate atau CTR ialah kadar jumlah klik dibahagi jumlah impression (paparan iklan anda).

    Maksudnya, peratusan kadar kita mendapat klik apabila sejumlah impression telah berjalan.

  • 7213 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #9

    Clicks................................... = Clickthrough Rate Impressions

    10................................... = 1% 1000

    Clicks ialah bilangan klik yang kita dapat dan Impressions ialah jumlah paparan iklan kita.

    Benchmark antarabangsa untuk CTR ini ialah 1% (sebenarnya pada tahun ini sebuah research telah di buat dan CTR benchmark sudah turun ke 0.89% sahaja!)

  • 7313 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #9

    Ini bermakna, kalau kita membuat iklan Traffi c, kita kena dapatkan sekurang-kurangnya 10 klik daripada 1000 impression.

    Untuk mendapatkan CTR sekurang-kurangnya 1%, kita perlu ambil kira tiga faktor penting iaitu:

    1. Audience kita kena tepat sebab bila saja iklan kita terpapar (Impression) pada Audience, mereka akan tengok dan mahu klik.

    2. Iklan kita kena cun! Copywriting cun! Imej dan video cun! Sebab kalau Audience dah cun, nampak saja iklan mesti mereka NAK klik!

    3. Iklan kena mengikut polisi dan piawaian Facebook Ads sebab kalau kita ikut cara betul, ia akan paparkan iklan tanpa sekatan.

    Kalau nak yang paling tepat, gunakan kiraan atau metriks Outbound CTR kerana kita buat bacaan berdasarkan jumlah prospek klik dan keluar dari Facebook atau Instagram dibahagi dengan Impressions.

    Sentiasa Mahukan Ads Yang CTR Sekurang-Kurangnya 1%!

    Sebenarnya, kebanyakan jenis iklan di dalam Facebook Ads, kita akan dicaj berdasarkan setiap 1000 impressions ataupun Cost Per Impressions ataupun CPM (M sebenarnya ialah Millions kerana pada awal-awal wujudnya online advertising, pengiklan akan dicaj berdasarkan setiap sejuta impressions).

    Jadi kalau setiap 1000 impressions itu kita mahukan jumlah klik maksimum yang boleh.

    Kalau benchmark antarabangsa ialah 1% maka setiap 1000 impressions kita kena capai minimum 10 orang klik.

    Maksudnya, kalau Facebook Ads anda mendapat kurang daripada 1%, sila perbaiki atau turn off atau buat yang lain.

  • 7413 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #9

    Renungan Seorang Facebook Ads Marketer Terhebat.

    Ada yang cakap kita kena lihat Cost Per Click (CPC), Cost Per Impression (CPM), Cost Per Results dan sebagainya.

    Memang tidak salah.

    Tapi pada saya, pergi semula kepada objektif iklan Facebook Ads.

    Kalau kita nak engagement, kita buat objektif Engagement.

    Jadi kita pantau ukuran Engagement dan Engagement Rate!

    Kalau kita nak klik, kita buat objektif Traffi c.

    Jadi kita pantau ukuran Outbound Clicks dan Outbound CTR!

    Betul tak?

  • RAHSIA #10 :RUGI SANGAT KALAU BUAT SATU DESIGN IKLAN SAJA!

  • 7613 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #10

    Cantiknya sesuatu iklan ialah subjektif.

    Prospek A, tengok iklan cantik, copywriting cun, dia klik.

    Prospek B, tengok iklan yang sama tapi copywriting tak menarik, dia tak klik.

    Prospek C, tengok iklan yang sama, design cantik, tak pedulikan copywriting tapi masih juga klik!

    Lain orang, lain citarasa!

    Bayangkan kalau kita buat satu saja design iklan dan CTR kita kurang dari 1%.

    MATI!

    Buat balik…

    Tak jadi lagi!

    Buat balik…

    Lama-lama tutup Facebook Ads.

    Kita salahkan Facebook Ads.

    Jadi, apa sebenarnya yang perlu kita buat?

    BINA LEBIH DARIPADA SATU ADS DI DALAM SATU AD SET.

    Sebenarnya untuk mendapatkan CTR 1% sangat susah.

    Itu sebab standard benchmark antarabangsa ialah 1%.

    Mat Salleh di luar sana pun susah nak dapatkan CTR 1%.

    Seperti yang saya cakapkan CTR yang tinggi bermaksud Audience yang tepat tengok iklan yang cun dan dia NAK klik.

    Kalau kita buat satu saja Ad dan CTR kita rendah daripada 1%, kita jadi sangkut!

  • 7713 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #10

    Resah kenapa tak banyak klik!

    Jadi bila buat Ads kena lebih dari satu, supaya mana yang CTR nya kurang daripada 1% kita boleh turn off.

    Seterusnya baki budget akan disalurkan kepada Ads yang mempunyai prestasi bagus.

    Barulah efektif dan efi sien Facebook Ads kita!

    Duit pun tak membazir!

    Selalu Tukar Iklan Untuk Mengelakkan Creative Exhaustion.Lebih-Lebih Lagi Dalam Campaign Retargeting.

    Iklan-iklan Facebook Ads saya untuk Bootcamp Revolusi Online, client-client dan syarikat-syarikat yang saya pernah bekerja semuanya ALWAYS-ON.

    Saya pantau setiap hari hanya pada dua minggu pertama sahaja.

    Kemudian seminggu sekali sahaja.

    Kerana iklan-iklan saya sudah berada tahap yang optimum dan sentiasa memberikan results yang sangat memberangsangkan.

    Saya sudah boleh fokus pada kerja-kerja yang lain.

    Namun begitu, setiap tiga bulan, saya akan perhatikan klik saya semakin berkurangan.

    Terutama sekali, campaign Retargeting saya.

    Ini kerana sampai suatu masa, prospek jadi bosan melihat iklan-iklan kita yang designnya sama.

    Asyik tengok iklan yang sama!

    Saya sarankan kita harus tambah design-design Ads yang baru supaya Facebook Ads kita sentiasa segar berpanjangan dan menaikkan lagi prestasi iklan.

  • RAHSIA #11 :RUGI SANGAT KALAU BUAT SATU DESIGN IKLAN SAJA!

  • 7913 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #11

    Kadang-kadang saya dapat soalan di dalam kelas, kenapa cost per engagement atau cost per click atau cost per message atau cost per view atau cost per results menjadi mahal.

    Ada empat faktor sebenarnya yang membuatkan CPR menjadi mahal, iaitu:

    Kita Sentiasa Berebut Impression, Clicks, Views, Engagements Dengan Pesaing.

    Bukan kita sahaja yang buat iklan dalam sesuatu masa.

    Pesaing pun buat iklan juga.

    Sebenarnya kita dan pesaing bukan berebut prospek tetapi berebut impressions iaitu paparan iklan.

    Kita berebut untuk menunjukkan iklan kita.

    Secara logik, lagi banyak iklan kita keluar, kemungkinan besar kita akan mendapat lebih banyak results.

    Ada beberapa cara untuk mendapatkan impression:

    1. Letak budget yang tinggi dan pilih Lowest Cost dalam budget optimisation.

    Secara logiknya Facebook Ads suka sebab kita nak bagi duit yang banyak dan kita biarkan sistem Facebook Ads buat pembidaan (bidding) untuk membayar setiap 1000 impression atau setiap klik atau setiap Thruplay dan sebagainya.

    Bayangkan kalau kita letak budget RM1,000 untuk 30 hari dan pesaing pulak letak RM2,000 untuk 30 hari.

    Memang pasti, iklan pesaing lebih banyak dikeluarkan.

    Kalau kedua-duanya letak budget RM1,000 untuk 30 hari tetapi kita pilih Bid Cap dan pesaing pilih Lowest Cost.

    Memang pasti, iklan pesaing lebih banyak dikeluarkan.

  • 8013 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #11

    2. Ikutlah rahsia-rahsia yang saya kongsikan dan jangan cuba langgar polisi Facebook Ads.

    Kalau kita letak RM1000 untuk Daily Budget sekalipun, tapi kita cuba nak menipu Facebook Ads dan langgar polisi, memang iklan kita akan menjadi perlahan dan tersekat-sekat.

    Kalau tersekat, okay lagi.

    Jangan sampai Account Deactivated.

    Mencari Prospek Yang Berdasarkan Objective Dan Optimisation For Ads Delivery.

    Ingat semula, Objective ialah mencari prospek-prospek yang cenderung untuk melakukan objective yang kita nak.

    Dalam setiap Objective, ada fungsi Optimisation for Ads Delivery, di mana kita boleh lagi pilih behaviour yang kita nak.

    Sebagai contoh, objektif Traffi c ialah mencari prospek-prospek yang nak klik pada button dan pergi ke website.

    Di dalam objektif Traffi c, ada beberapa Optimisation for Ads Delivery seperti Link Clicks dan Landing Pageviews.

  • 8113 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Link Clicks ialah mencari prospek-prospek yang nak klik pada button.

    Kadang-kadang ada prospek suka klik, tapi akan lari sebab website lambat buka atau load.

    Landing Pageviews pula ialah mencari prospek-prospek yang nak klik pada button dan akan tunggu sehingga website buka atau load sepenuhnya.

    Secara logiknya, ramai prospek klik tapi tidak semestinya orang nak tunggu sampai website load 100%.

    Disebabkan behaviour yang lebih terperinci (dan mungkin lebih rendah bilangannya) Facebook Ads akan mengambil kos yang lebih untuk mendapatkan prospek yang tepat.

    Kalau kita pilih Link Clicks, kita mungkin boleh dapat serendah RM0.20 untuk satu clicks.

    Tetapi kalau kita pilih Landing Pageviews mungkin kita boleh dapat serendah RM1.00.

    Berdasarkan Data Semasa.

    Kenapa Cost Per Results naik, turun, naik, turun?

    Macam saya kongsikan pada awalnya, Facebook Ads mengumpul data-data behaviour semasa.

    RAHSIA #11

  • 8213 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Pada minggu pertama dan keempat, kita mungkin akan dapat lebih banyak klik kerana gaji sudah masuk.

    Secara logiknya, Facebook senang untuk mencari prospek-prospek untuk objektif Traffi c.

    Jadi kosnya pun menjadi murah.

    Pada minggu kedua dan ketiga, mungkin dapat kurang klik sebab gaji dah habis.

    Facebook pun susah nak cari prospek dan seterusnya kos menjadi mahal.

    Renungan Seorang Facebook Ads Marketer Terhebat.

    Tak semestinya CPR tinggi, results kita tak bagus.

    Sebenarnya, pada pandangan saya, saya tak pernah lihat pada Cost Per Results.

    Saya banyak gunakan objektif Traffi c, jadi saya sentiasa pantau Outbound Clicks dan CTR seperti yang saya kongsikan dalam Rahsia #9.

    Tapi kalau bandingkan dengan Cost Per Result, saya suka ialah Return on Investment atau ROI.

    RAHSIA #11

  • 8313 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    Untuk Bootcamp Revolusi Online, saya berbelanjakan RM1,500 setiap bulan.

    Tapi setiap bulan saya dapat paling kurang RM12,000.

    ROI saya 8 kali.

    Okaylah, RM12,000 je.

    Tapi siapa nak kasi kau RM12,000?

    RAHSIA #11

  • RAHSIA #12 :BUAT IKLAN MESTI KENAADA PELAN.

  • 8513 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #12

    Ramai yang datang ke kelas, kurang membuat pelan Facebook Ads.

    Bukan hanya tiada persediaan dan pelan rupa iklan dan copywriting tapi pelan jenis-jenis prospek dan Audience pun tiada.

    Sebenarnya, buat Facebook Ads ini senang.

    Senang dan cepat.

    Yang membuatkan ia lambat ialah proses persediaan dan pelan.

    Kalau tiada persediaan dan pelan, lagi lambatlah kita bina Facebook Ads.

    Saya tiada resipi yang menarik atau teknik yang senang untuk pelan buat Facebook Ads.

    Tapi saya selalu siap sedia empat pelan penting supaya Facebook Ads saya tiada masalah-masalah besar, always-on dan terus dapat results bila publish.

    Senaraikan Siapa Prospek-Prospek.

    Saya suka senaraikan siapa beberapa kumpulan prospek produk dan jenama dulu sebab senang saya nak setting Ad Sets dan Audience saya nanti.

    Saya juga akan senang membuat design dan copywriting Ads saya nanti.

    Perasan tak saya sebut beberapa kumpulan?

  • 8613 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #12

    Sebenarnya produk kita tidak semestinya mempunyai satu saja jenis prospek.

    Sebagai contoh, kalau saya ada kedai kecantikan yang memberi perkhidmatan facial, slimming treatment dan sebagainya.

    Saya boleh kelompokkan manusia-manusia (orang suka panggil Avatar!) sebegini:

    Wanita kaya - sebab saya boleh terus jual pakej untuk 6-12 bulan

    Wanita yang baru bertunang - sebagai persiapan hari perkahwinan

    Lelaki yang mementingkan kesihatan kulit - lelaki pun ada geng!

    Wanita yang sedikit berumur 40 tahun ke atas.

    Dari sini saja, saya boleh senaraikan demografi k, minat, interest dan behaviour mereka supaya saya senang setting nanti di Detailed Targeting.

    Pelan Perjalanan Prospek Sampai Jadi Customer.

    Seperti yang bentangkan dalam Rahsia #4, prospek tidak akan membeli jika sekali saja nampak iklan kita.

    Prospek kena nampak berkali-kali baru rasa keinginan akan bertambah.

    Saya suka buat research bagaimana perjalanan seseorang prospek sampai dia jadi customer.

    Dan pada setiap checkpoint, saya akan keluarkan iklan yang lain.

    Di bawah ialah contoh perjalanan prospek di mana saya akan keluarkan campaign awareness dan juga retargeting.

  • 8713 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #12

    Pelan Struktur FB Campaign, Adset dan Ads.

    Ramai yang masih lagi buat satu campaign, satu ad set dan satu ad.

    Dalam satu campaign boleh banyak Ad Set di mana kita boleh settingkan Audience atau Custom Audience, Placements dan masa atau hari iklan kita dipaparkan.

    Di dalam satu Ad Set pula, kita boleh letak banyak Ads dan ia akan keluar serentak.

    Kalau saya ambil semula contoh prospek-prospek tadi, ia mungkin berupa seperti di bawah.

  • 8813 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #12

    Pelan Dulu Imej, Video Dan Copywriting.

    Setiap kelompok prospek dan Audience mempunyai mesej yang berbeza.

    Ingat semula kalau kita nak buat copywriting, kita perlu personalisation seolah-olah kita bercakap secara one-on-one dengan prospek.

    Perbezaan imej dan video juga penting untuk penyampaian mesej.

    Mungkin untuk mereka yang kaya-raya perlu imej yang sedikit mewah di latar belakang.

    Mungkin untuk mereka yang baru bertunang, perlu ada imej perkahwinan.

    Jangan lupa semak semula Rahsia #7 dan 8 untuk membina imej dan video yang efektif.

  • RAHSIA #13 :GUNAKAN LOOKALIKE AUDIENCE UNTUK PENAMBAHAN PROSPEK.

  • 9013 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    RAHSIA #13

    Ramai Facebook Marketer yang suka guna Lookalike Audience.

    Dengan Lookalike Audience, Facebook Ads akan mencari pengguna-pengguna Facebook lain yang seakan-akan sama dengan prospek-prospek kita.

    Tapi saya tak pernah ajar di kelas.

    Sebab lebih suka peserta buat Audience yang tepat dan betul untuk pertama kali.

    Jadi results pun cantik dan tepat.

    BARU, gunakan Lookalike Audience untuk penambah prospek.

    Contoh cara untuk menggunakan Lookalike Audience ialah:

    Saya ada bisnes kosmetik dan saya ingin rekrut agent-agent untuk menjual produk-produk saya.

    Saya buat iklan pertama di mana prospek-prospek saya akan pergi ke sebuah website untuk mendaftar menjadi agent.

    Pada website juga saya letakkan pixel.

    Setiap kali prospek masuk dan terus keluar, saya akan hantar semula iklan atau retarget semula sampai mereka daftar.

    Bila cukup pendaftaran dan data (paling kurang 500 data pendaftaran) yang banyak BARU saya menggunakan pixel yang sama untuk membuat Lookalike Audience.

    Barulah tepat Lookalike Audience saya!

  • AKHIRKATA

  • 9213 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    TAHNIAH!

    Akhirnya habis juga anda baca buku ini.

    Saya harap anda dapat belajar, akhirnya faham dan nampak bagaimana Facebook Ads ini berfungsi untuk bisnes.

    Jangan kita putus silaturrahim.

    Boleh saja hubungi saya di Whatsapp di http://bit.ly/jomberahsia

    Jangan lupa juga untuk bersama-sama dengan saya dan rakan-rakan seperjuangan di Facebook Group Bootcamp Revolusi Online Delta.

    https://facebook.com/groups/marketerterhebat

    Facebook Group ini saya ciptakan hanya untuk anda.

    All the best!

    Thank you so much for believing.

    Ada masa, kita jumpa kerana #rinduitupasti.

    AKHIR KATA

  • 9313 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    SIAPA FIRDHAUS MUNTAZAR?

    Firdhaus Muntazar ialah seorang pakar pemasaran dan pemasaran digital lebih daripada 15 tahun.

    Beliau pernah berkhidmat di beberapa buah syarikat-syarikat antarabangsa terkenal seperti AirAsia, Tune Money (kini BigPay), AIA, Astro Go Shop dan kini Pizza Hut.

    Beliau juga ialah pengasas Bootcamp Revolusi Online (BRO). Misi BRO ialah untuk membantu peniaga-peniaga kecil dan sederhana maju dalam perniagaan mereka dengan pemasaran digital yang betul dan berkekalan.

    Untuk maklumat kerjaya Firdhaus Muntazar, boleh lawati:

    https://www.linkedin.com/in/fi rdhausmuntazar

    AKHIR KATA

  • 9413 Rahsia Facebook Ads Untuk Menjadi Facebook Marketer Terhebat!

    PENAFIAN

    Segala maklumat yang dikongsikan di dalam ebook ini adalah penyelidikan dan pengalaman pengarang sendiri.

    Maklumat-maklumat yang diberikan tidak menjanjikan dan menggerentikan kejayaan dalam Facebook Ads, Instagram Ads, Facebook, Instagram dan perniagaan pembaca.

    Ebook ini, pengarang, Bootcamp Revolusi Online dan Finesse Digital Ventures adalah entiti-entiti yang tiada kena mengena dengan Facebook Ads, Instagram Ads, Facebook, Instagram dan Whatsapp.

    Facebook Ads, Instagram Ads, Facebook, Instagram dan Whatsapp adalah milik Facebook Inc.

    Ebook ini, pengarang, Bootcamp Revolusi Online dan Finesse Digital Ventures adalah entiti-entiti yang juga tiada kena mengena sebarang sistem dan syarikat-syarikat lain yang dinyatakan di dalam ebook ini.

    AKHIR KATA