a

12
1.0 PENGENALAN Menyanyi adalah satu cara istimewa dalam penggunaan suara. Bahagian ini member pendedahan tentang pengetahuan dan kemahiran teknik-teknik vokal seperti register, perletakan suara, artikulasi, sebutan dan pelontaran suara yang baik sebelum menyanyi. Fokusnya ialah mengenali alat-alat vokal dan anatomi manusia yang berkaitan dengan pernafasan dan fonasi serta latihan-latihan vokal yang sistematik untuk menghasilkan sebutan yang jelas dan ton yang berkualiti semasa menyanyi. 2.0 PENULISAN AKADEMIK Sebutan adalah penting di dalam nyanyian. Organ-organ yang terlibat di dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut. Di dalam nyanyian, pernafasan dan bentuk mulut yang betul akan menghasilkan bunyi vokal, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada permulaan dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas. Mulut dan kerongkong perlu dibuka luas semasa menyanyi supaya member laluan udara yang banyak dan mewujudkan ruang yang cukup luas untuk menghasilkan ton yang lebih resonan. Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten dan berterusan. Sebutan yang baik memerlukan seorang penyanyi yang yang mahir dalam teknik-tenik vokal berkaitan sebutan diftong, inusiasi dan artikulasi. Ketiga-tiga aspek ini memerlukan teknik yang mana menguasai kesemua teknik-teknik ini dapat membantu dalam menghasilkan sebuah persembahan yang jelas dan difahami oleh pendengar. 2.1 Diftong Arbak Othman (1986 : 58) mendfinasikan diftong sebagai rentetan dua vokal yang mengandungi satu puncak kelantangan yang tatkala menghasilkan tidak ada hentian sebentar atau hiatus yang memisahkan kedua-dua vokal binaanya itu. Diftong bersifat silabis iaitu dicirikan satu puncak kelantangan. Kewujudan satu puncak kelantangan bagi setiap diftong itu adalah disebabkan oleh berlakunya heluncuran dalam proses penghasilannya. Ini menyebabkan salah satu vokal binaanya disebut lebih lantang. 1

description

bb

Transcript of a

Page 1: a

1.0 PENGENALAN

Menyanyi adalah satu cara istimewa dalam penggunaan suara. Bahagian ini member

pendedahan tentang pengetahuan dan kemahiran teknik-teknik vokal seperti register,

perletakan suara, artikulasi, sebutan dan pelontaran suara yang baik sebelum menyanyi.

Fokusnya ialah mengenali alat-alat vokal dan anatomi manusia yang berkaitan dengan

pernafasan dan fonasi serta latihan-latihan vokal yang sistematik untuk menghasilkan

sebutan yang jelas dan ton yang berkualiti semasa menyanyi.

2.0 PENULISAN AKADEMIK

Sebutan adalah penting di dalam nyanyian. Organ-organ yang terlibat di dalam

menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu

bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut. Di dalam nyanyian,

pernafasan dan bentuk mulut yang betul akan menghasilkan bunyi vokal, kualiti ton dan

intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada permulaan dan akhir sesuatu perkataan perlu

jelas. Mulut dan kerongkong perlu dibuka luas semasa menyanyi supaya member laluan

udara yang banyak dan mewujudkan ruang yang cukup luas untuk menghasilkan ton yang

lebih resonan. Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten dan

berterusan.

Sebutan yang baik memerlukan seorang penyanyi yang yang mahir dalam teknik-

tenik vokal berkaitan sebutan diftong, inusiasi dan artikulasi. Ketiga-tiga aspek ini

memerlukan teknik yang mana menguasai kesemua teknik-teknik ini dapat membantu dalam

menghasilkan sebuah persembahan yang jelas dan difahami oleh pendengar.

2.1 Diftong

Arbak Othman (1986 : 58) mendfinasikan diftong sebagai rentetan dua vokal yang

mengandungi satu puncak kelantangan yang tatkala menghasilkan tidak ada hentian

sebentar atau hiatus yang memisahkan kedua-dua vokal binaanya itu. Diftong bersifat

silabis iaitu dicirikan satu puncak kelantangan. Kewujudan satu puncak kelantangan bagi

1

Page 2: a

setiap diftong itu adalah disebabkan oleh berlakunya heluncuran dalam proses

penghasilannya. Ini menyebabkan salah satu vokal binaanya disebut lebih lantang.

Bunyi diftong merupakan percantuman dua bunyi vokal yang dikeluarkan dengan

satu hembusan nafas sahaja. Diftong dianggap sebagai satu suku kata dan dilambangkan

oleh dua lambang vokal. Bagi bahasa Melayu terdapat tiga bunyi diftong iaitu [ai], [au] dan

[oi].

Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan kedudukan alat artikulasi mulut dan kedudukan lidah ketika

menyebut sesuatu huruf vokal. Untuk teknik diftong, penyanyi perlu mahir dalam kedudukan

lidah dengan menggabungkan dua vokal. Contohnya untuk perkataan ‘air’, lidah perlu

diletakkan dibawah dengan bukaan mulut luas bagi huruf ‘a’, seterusnya untuk vokal ‘i’ lidah

dinaikkan ke atas dengan bukaan sempit. Kedudukan lidah bagi ‘a’ dan ‘i’ perlu berada di

bahagian depan mulut.

Untuk Bahasa Inggeris pula, diftong merujuk kepada gabungan bunyi huruf vokal.

Hal ini sedikit berbeza dengan Bahasa Melayu dari segi penulisan kerana Bahasa Melayu

menggunakan huruf vokal yang berurutan. Antara contoh diftong dalam Bahasa Inggeris

ialah bite [bait]. Perkataan bite tidak mempunyai huruf vokal yang berganding, tetapi jika

disebut, bunyi bite ialah [bait]. Ini ialah diftong dalam Bahasa Inggeris yang mana merujuk

kepada bunyi geluncuran sebutan seolah-olah ada 2 huruf vokal bersama.

Sememangnya, diftong memainkan peranan yang sangat penting dalam teknik vokal

kerana boleh dikatakan hampir setiap lagu mempunyai lirik yang terdiri daripada perkataan

diftong. Sebutan diftong menjadikan perletakan suara penyanyi beralih jika tidak dilakukan

dengan teknik yang betul. Hal ini merujuk kepada ajah 1 dimana kedudukan lidah dan bunyi

2

Page 3: a

berada pada tempat yang berbeza bagi setiap bunyi vokal. Untuk mengatasi masalah ini,

latihan perlu dilakukan.

Rajah 2

Menurut laman youtube, New York Vocal Coaching, latihan perkataan pendek yang

mempunyai diftong perlu dilakukan berulang-ulang kali. Empat perkataan iaitu may, my, mo,

mow perlu dijadikan sebutan semasa menyanyikan skel atau gabungan pic tertentu

mengikut kreativiti. Latihan skel Do,Re,Mi,Fa,So,La,Ti,Do secara berulang-ulang

menggunakan empat perkataan diftong ini perlu dilakukan. Semasa menyanyikan setiap pic

itu, penyanyi perlu meletakkan suara di hadapan tanpa mengalih kedudukan suara untuk

pada kedua-dua diftong dalam perkataan.

Latihan :

May – May – May – May – May – May – May – May (skel naik dan diulang untuk skel turun)

haruslah disebut dengan jelas bunyi diftong ‘ay-ee’. M-ay-ee (bunyi perkataan May).

(Rujuk Video pada lampiran)

Dengan menguasai teknik diftong dengan baik, penyanyi dapat menyanyi perkataan-

perkataan ini dengan selesa. Selain itu, menguasai teknik diftong juga dapat menjadikan

nyanyian sesuatu lagu itu lebih lancar dan berkesan. Boleh dikatakan hampir setiap lagu

mempunyai perkataan diftong. Selain itu, menguasai teknik diftong dapat mengelakan

berlakunya masalah pelat bagi penyanyi menyanyikan lagu bukan dalam bahasa ibunda

mereka.

3

Page 4: a

2.2 Triftong

Berbeza dengan diftong, triftong pula merupakan gabungan tiga huruf vokal yang

bergandingan berturut-turut dalam satu suku kata dan mengakibatkan perubahan

kedudukan lidah apabila bertutur ada menyanyikan triftong ini. Triftong banyak digunakan

dalam sebutan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti Diana, power dan fire.

Rajah 3

Berdasarkan rajah 2, terdapat beberapa kumpulan triftong yang dikenalpasti

berdasarkan gabungan bunyi vokalnya. Walaupun huruf-huruf ini tidak dieja dengan tiga

vokal berganding, namun sebutan haruslah kedengaran seperti tiga huruf vokal sedang

berganding. Setiap penyanyi perlu menyebut ketiga-tiga bunyi vokal tersebut dalam setiap

perkataan. Contohnya untuk perkataan fire, perkataan ini mempunyai 3 bunyi vokal iaitu ‘ah-

ee-er’. [f-ah-ee-er].

ee-oo-er : your

ah-oo-er : our (hour) flower tower power sour bower

ah-ee-er : fire liar hire wire tire

aw-ee-er : lawyer

Sama seperti diftong, bunyi-bunyi vokal dalam triftong ini akan menggangu

perletakan suara dan lontaran jika tidak dilakukan dengan teknik yang betul. Biasanya jika

hanya satu bunyi vokal disebut, tiada masalah berlaku, tetapi jika wujudnya gabungan lebih

daripada satu vokal, sebutan setiap bunyi vokal akan menimbukan masalah pada penyanyi.

Oleh itu latihan vokal menggunakan triftong perlu dilakukan.

4

Page 5: a

Rajah 4

Antara latihan yang boleh dilakukan ialah menyanyikan 5 bunyi vokal asas

menggunakan kesemua pic dalam skel. Setiap bunyi harus dinyanyikan menggunakan

teknik yang betul. Kemudian setiap vokal digabungkan dengan satu bunyi vokal lain.

(diftong). Seperti ‘eye’ (ay-ee) dinyanyikan skel menggunakan perkataan ‘eye’. Setelah

berjaya menyanyikan diftong dalam kesemua not dengan teknik dan perletakan suara yang

betul, aplikasikan pada triftong seperti perkataan ‘your’ (ee-oo-er). Ulang sebutan ‘your’

pada kesemua pic dalam skel dan tukar nada jika perlu. Pastikan kedudukan suara di

tempat yang betul dan penyanyi selesa tanpa ada masalah menyanyikan triftong.

2.3 Inunsiasi

Inunsiasi adalah dari perkataan Latin iaitu enuntiationem, yang bermaksud ucapan

yang jelas atau lebih mudah dikatakan ia lebih kepada menyembunyikan bunyi bagi sebutan

di belakang suku kata. Inunsiasi ini boleh didifinisikan sebagai sebutan yang jelas bagi

setiap suku kata. Banyak perkataan yang mempunyai bunyi hampir sama, jika tidak disebut

dengan jelas, perkataan ini ada kedengaran lain dan akan disalah dengar oleh pendengar.

Inunsiasi ini sangat penting dalam nyanyian serta memerlukan teknik yang baik bagi

memastikan setiap perkataan disebut dengan tepat. Adakalanya penyanyi yang menyebut

dengan cepat atau dengan pic yang terlalu tinggi dan rendah adalah amat sukar dan

kedengran seperti perkataan lain. Namun dengan teknik yang baik, masalah ini dapat

diatasi.

Merujuk rajah 1, setiap vokal (dan juga konsonan) mempunyai kedudukan lidah yang

betul ketika membunyikan, setiap penyanyi harus mengetahui, dimanakah kedudukan lidah

ketika menyebut sesuatu perkataan. Contohnya, jika anda ke restoran, pastikan anda

menyebut perkataan ‘fries’ dengan betul. Hal ini kerana mengikut kajian, ramai orang

menyebutnya sebagai ‘flies’. Terdapat kajian inunsiasi perkataan Inggeris dia Asia, ramai

penduduk asian gagal menyebut perkataan ‘flavor’ dengan tepat ketika menyebutnya

dengan cepat.

5

Page 6: a

Antara latihan yang dapat dilakukan ialah menyebut satu suku kata demi suku kata

bagi setiap perkataan. Contohnya perkataan asrama. Sebut satu persatu suku kata yang

ada dengan tepat, as-ra-ma. Setelah itu barulah menggabungkan menjadi asrama.

Kemudian menyebutnya berulang-ulang dengan cepat. Dengan ini masalah gagal menyebut

perkataan asrama dengan tepat atau disalah sebut sebagai asmara dapat diselesaikan.

2.4 Artikulasi

Rajah 5

Biasanya semasa bernafas, udara daripada paru-paru akan melaui larynx dan terus

keluar tanpa mengeluarkan bunyi. Apabila hendak mengeluarkan bunyi, vocal cords (pita

suara) akan dikawal supaya ia dapat menggetar udara yang melauinya.Dengan cara itu,

suatu bunyi akan terhasil. . Antara alat – alat artikulasi ialah lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit,

rongga hidung dan pita suara.Gabungan antara gigi, lidah dan bibir akan membentuk bunyi

sama ada membentuk vokal atau konsonan menghasilkan bunyi-bunyian yang dipanggil

suara.

6

Page 7: a

Pengawalan alat artikulasi dengan baik dapat mempengaruhi penghasilan ton.

Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut:

a) Mulakan dengan nyanyian vokal yang asas ( a, e, i, o, u).

b) Mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat.

c) Mulakan dengan nilai not yang pendek. Kemudian beransur-ansur

dilanjutkan hingga ke nilai not yang panjang.

Pastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan keadaan kerongkong

terbuka. Antara contoh-contoh latihan untuk penghasilan ton adalah:

a) Glissando vokal dengan sebutan ‘O’ dari pic tinggi ke rendah atau sebaliknya.

b) Menguap dengan bunyi ‘ ah’.

c) Mengajuk bunyi siren, angin, keretapi dan siulan.

d) Latihan bercakap dan menyanyi seperti contoh berikut:

“Hee hee hee ! Apa khabar ?”

7

Page 8: a

3.0 Ulasan Kritis

Lagu : Chandelier

Penyanyi : Sia

Party girls don't get hurt

Can't feel anything, when will I learn

I push it down, push it down

I'm the one "for a good time call"

Phone's blowin' up, they're ringin' my doorbell

I feel the love, feel the love

1,2,3 1,2,3 drink

1,2,3 1,2,3 drink

1,2,3 1,2,3 drink

Throw 'em back, 'til I lose count

I'm gonna swing from the chandelier, from the chandelier

I'm gonna live like tomorrow doesn't exist

Like it doesn't exist

I'm gonna fly like a bird through the night, feel my tears as they dry

I'm gonna swing from the chandelier, from the chandelier

...On for dear life, won't look down won't open my eyes

Keep my glass full until morning light, 'cos I'm just holding on for tonight

...On for dear life, won't look down won't open my eyes

Keep my glass full until morning light, 'cos I'm just holding on for tonight

On for tonight

8

Page 9: a

Berdasarkan rakaman nyanyian saya melalui lagu ciptaan dan nyanyian asal Sia,

Chandelier, pelbagai kesalahan dan kekurangan yang telah saya dapati. Lagu ini

sememangnya agak sukar dinyanyikan. Hal ini kerana lagu ini merupakan lagu yang

dinyanyikan oleh wanita. Namun, saya memilih lagu ini kerana nada dan range suara saya

adalah bersesuaian dengan lagu ini.

Secara asasnya, saya telah mempraktikkan teknik-teknik asas seperti postur yang

baik, lontaran yang baik dan teknik-teknik lain. Namun begitu, dari aspek sebutan teknik-

teknik diftong, triftong dan inunsiasi saya masih memerlukan penambahbaikkan. Hal ini

kerana lagu ini berbahasa Inggeris yang menjadikan saya sedikit sukar untuk menyebutnya

dengan tepat. Tambahan pula, saya kurang memintati lagu-lagu berbahasa Inggeris dan

sudah lama tidak memperlajari Bahasa Inggeris secara formal. Hal ini sedikit sebanyak

menjadikan saya sedikit sukar untuk menuturkan sebutan lirik lagu ini dengan tepat.

Lagu Chandelier ini memerlukan bnyak teknik diftong dimana terdapat banyak

diftong yang memerlukan sebutan yang betul, antaranya ‘now’, ‘down’ dan ‘boy’. Pada

mulanya saya tidak mengetahui ketiga-tiga perkataan ini adalah diftong kerana dalam

Bahasa Melayu, diftong memerlukan dua huruf vokal berurutan. Namun, setelah

melaksanakan tugasan ini, barulah saya mengetahui dalam bahasa Inggeris, diftong dan

triftong adalah berdasarkan bunyi, bukannya huruf. Sememangnya pada mulanya saya

merasakan tidak mempunyai sebarang masalah kerana perkataan-perkataan ini hanyalah

perkataan biasa. Namun setelah mempunat kajian terperinci, perkataan diftong memerlukan

teknik kawalan vokal yang baik dari segi perletakan suara, lontaran dan kawalan kepaduan

suara. Alat artikulasi lidah akan berubah tempat ketika membunyikan huruf vokal. Dalam

diftong, terdapat dua bunyi vokal menyebabkan lidah terpaksa merubah tempat sebanyak

dua kali. Hal ini akan menggangu perletakan suara dan kestabilan semasa saya

menyanyikan lagu Chandelier ini. Perkataan ‘now’ disebut [naʊ], ‘down’ disebut [daʊn] dan

‘boi’ disebut [bɔɪ]. Contohnya perkataan ‘boy’, dari ‘b’ ke ‘o’ mulut kita akan membulat untuk

menyebut ‘o’ dan seterusnya ke ‘y’, keadaan mulut kita akan lebih sempit dan menyebabkan

ton yang dihasilkan lebih nipis. Hal ini turut menjadi masalah kepada saya.

Bagi mengatasi masalah ini, saya membuat beberapa latihan sebutan menggunakan

perkataan-perkataan diftong dan menyebut ketika menyanyikan skel menaik dan menurun.

Ketika menyanyikan skel ini, saya akan mengawal vokal dan perletakan suara. Hal ini akan

membantu saya melatih dan mengawal masalah sebutan diftong ini. Selain itu, saya juga

membuat latihan menyebut perkataan diftong secaralambat secara berulang-ulang kali.

Pada masa yang sama, perletakan suara dan ton dikawal dan tidak berubah. Hanya

perkataan yang berubah.

9

Page 10: a

Seterusnya begitu juga dengan triftong. Triftong yang mewakili bunyi tiga huruf vokal

yang merupakan lanjutan kepada diftong. Sememangnya triftong lebih complex dan lebih

sukar dinyanyikan berbanding diftong. Gabungan tiga bunyi vokal harus disebut dengan

betul kerana ketika saya menyanyikan lagu Chandelier, kebanyakkan triftong dilihat mudah

namun hakikatnya sukar. Perkataan triftong sememangnya sukar untuk membunyikan

ketiga-tiga vokal dengan jelas, jika tertinggal satu vokal akan menyebabkan triftong ini

membawa maksud berlainan dan tidak lengkap. Contohnya perkataan slower [slaoa]. Saya

selalu mempunyai masalah menyebutnya ketika menyanyi dengan cepat. Perkataan ini

seolah-olah kedengaran [slo-er]. Begitu juga semasa menyanyikan not tinggi dan rendah.

Untuk menyanyikan triftong dengan membunyikan kesemua tiga vokal adalah amat sukar.

Kadang-kala saya gagal membunyikan kesemua vokal dengan jelas.

Dalam mengatasi masalah ini, saya telah melakukan pelbagai cara, antaranya

membuat latihan sebutan. Latihan ini sama seperti apa yang saya lakukan bagi diftong.

Saya menggantikan perkataan diftong dengan triftong. Saya menyebut perkataan triftong

dengan tepat berulang-ulang menggunakan pic yang berbeza. Selain itu, saya juga cuba

menggunakan permainan ‘twisted tongue’. Contohnya :

“I saw Susie sitting in a shoe shine shop. Where she sits she shines, and where she shines

she sits.”

Sememangnya ‘twisted tongue’ dapat membantu saya menyebut perkataan dengan

jelas dan lebih baik.

Seterusnya inunsiasi. Dalam teknik ini juga saya mempunya banyak masalah dalam

menyebut perkataan Inggeris dengan betul. Contohnya ‘Chandelier’ adalah agak sukar

untuk saya sebut pada mulanya.Namun dengan latih inunsiasi, saya mencerakinkan setiap

perkataan kepada sukukata dan sebut satu persatu dengan jelas dan tepat. Setelah itu,

saya menggabungkan suku kata kepada perkataan. Dengan sedikit latihan, segala

kelemahan-kelemahan ini dapat saya atasi.

Kesemua teknik-teknik di atas memerlukan alat artikulasi untuk dikawal.

Sememangnya lagu Chandelier ini agak tinggi bagi saya. Dan agak sukar untuk saya

nyanyikan. Namun setelah dengan sedikit kajian melalui internet dan latihan, saya berjaya

menyanyikannya dengan baik. Apa yang saya lakukan ialah dengan sedikit tenang dan

lepaskan suara tanpa menekan. Saya tidak perlu menekan dan menolak atau meneran

untuk menyanyikan not tinggi, sebaliknya mengawal alat artikulasi agar lebih tenang dan

melepaskan suara tanpa halangan. Alat artikulasi juga harus dikawal dengan baik untuk

setiap sebutan yang baik.

10

Page 11: a

Kesimpulannya, kesemua teknik-teknik vokal ini adalah peting dan harus diaplikasian

dalam nyanyian bagi menjadikan nyanyian kita lebih menarik dan difahami tuturnya dengan

jelas. Selain penonton dapat merasai penghayatan nyanyian kita, lirik yang jelas juga

menyumbang kepada penghayatan pendengar.

11

Page 12: a

4.0 RUJUKAN

Anderson, M. William., Lawrence, E. Joy. (2001). ELEMENTARY CLASSROOM 5TH

EDITION. United States of America: Wadswoah Thomson Learning

Benjamin, Thomas., Melson, Robert. (2008). TECHNIQUES AND MATERIALS OF MUSIC

7TH EDITION. United States Of America: Thomson Schirmer

Christy, Van A. (1990). FOUNDATIONS IN SINGING: A BASIC TEXTBOOK IN VOCAL

TECHNIQUE AND SONG INTERPRETATION (2ND EDITION). WM.C.Brown

Publishers

Hackett, Patricia. (1988). THE MUSICAL CLASSROOM BACKGROUND MODELS AND

SKILLS FOR ELEMENTARY TEACHING. New Jersey, United States of America:

Prentice Hall Inc.

Herrold, M. Rebecca. (2001). NEW APPROACHES TO ELEMENTARY CLASSROOM

MUSIC (3RD EDITION). United States of America: Prentice Hall

HIGH VOCAL REGISTER - crossword answers, clues, definition, synonyms, other words

and anagrams. (n.d.). Retrieved March 11, 2014, from http://www.the-crossword-

solver.com/word/high+vocal+register

McRae, W.Shirley. (1991). DIRECTING THE CHILDRENS CHOIR. New York: Schirmer

Books

Phillips, H. Kenneth. (1996). TEACHING KIDS TO SING. New York: Schirmer Books

Schmidt, Jan. (1989). BASICS OF SINGING 2ND EDITION. New York: Schirmer Books

Singwise - Understanding Vocal Range, Vocal Registers and Voice Type A Glossary of

Vocal Terms. (n.d.). Retrieved March 19, 2015, from http://www.singwise.com/cgi-

bin/main.pl?section=articles&doc=UnderstandingVocalRangeRegistersAndType

Soewito, M. (1996). TEKNIK TERMUDAH OLAH VOKAL DAN LAGU. Jakarta: Titik Terang

Welch, Graham., Murao, Tadahiro. (1994). ONCHI AND SINGING DEVELOPMENT: A

CROSS-CULTURAL PERSPECTIVE. Great Britain: The Roehampton Institute

What are Vocal Registers? (n.d.). Retrieved March 18, 2015, from

http://singing.about.com/od/Singing101/tp/What-Are-Vocal-Registers.htm

12

Page 13: a

Wiley Brand (n.d.). Vocal Register: The Parts of Your Singing Voice - For Dummies.

Retrieved March 18, 2015, from http://www.dummies.com/how-to/content/vocal-register-the-

parts-of-your-singing-voice.html

13