A

2
TAJUK : MEAPLIKASIKAN TANDA WAKAF DAN IBTIDA` DENGAN KAEDAH “TRAFPIC” NAMA PEMBENTANG : MUHAMMAD KAMIL BIN JA`AFAR NORAZMAN BIN AHMAT SYAFRI MUHAMMAD RAHMAT BIN RAJIB NURUL NAZIHAH BINTI JAMILKHAIR MEDINA BINTI MOHD NOOR ABSTRAK Waqaf dan ibtida’ merupakan salah satu ilmu penting dalam pengajian dan pembelajaran al-Qur’an. Penguasaan secara mendalam dalam bidang ini menjadi kemestian kepada setiap orang yang ingin memahami dan menghayati al-Qur’an. Terdapat segelintir murid yang lemah dalam kemahiran membaca al-Qur’an berkaitan waqaf dan ibtida’, bahkan ada juga yang tidak tahu peranan tanda-tanda waqaf yang terkandung di dalam al-Qur’an. Permasalahan ini perlu diberi perhatian yang serius dan ditangani dengan segera, bimbang ia akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah ini juga menyebabkan murid hilang tumpuan ketika membaca al-Qur’an. Untuk mengatasi masalah ini, pendekatan terbaik menggunakan bahan yang boleh membantu dan menarik perhatian murid untuk membaca al-Qur’an perlu dipertimbangkan. Maka, fokus kajian ini adalah untuk menangani masalah tersebut dengan membantu murid mengenali tanda wakaf serta meningkatkan kemahiran murid membaca beberapa potongan ayat dalam al-Qura`n dengan mengambil kira waqaf dan ibtida’. Oleh itu, penyelidikan tindakan ini bertujuan membantu meningkatkan kemahiran

description

QA

Transcript of A

TAJUK : MEAPLIKASIKAN TANDA WAKAF DAN IBTIDA` DENGAN KAEDAH “TRAFPIC”

NAMA PEMBENTANG :

MUHAMMAD KAMIL BIN JA`AFAR

NORAZMAN BIN AHMAT SYAFRI

MUHAMMAD RAHMAT BIN RAJIB

NURUL NAZIHAH BINTI JAMILKHAIR

MEDINA BINTI MOHD NOOR

ABSTRAK

Waqaf dan ibtida’ merupakan salah satu ilmu penting dalam pengajian dan pembelajaran al-

Qur’an. Penguasaan secara mendalam dalam bidang ini menjadi kemestian kepada setiap

orang yang ingin memahami dan menghayati al-Qur’an. Terdapat segelintir murid yang

lemah dalam kemahiran membaca al-Qur’an berkaitan waqaf dan ibtida’, bahkan ada juga

yang tidak tahu peranan tanda-tanda waqaf yang terkandung di dalam al-Qur’an.

Permasalahan ini perlu diberi perhatian yang serius dan ditangani dengan segera, bimbang

ia akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah ini juga menyebabkan

murid hilang tumpuan ketika membaca al-Qur’an. Untuk mengatasi masalah ini, pendekatan

terbaik menggunakan bahan yang boleh membantu dan menarik perhatian murid untuk

membaca al-Qur’an perlu dipertimbangkan. Maka, fokus kajian ini adalah untuk menangani

masalah tersebut dengan membantu murid mengenali tanda wakaf serta meningkatkan

kemahiran murid membaca beberapa potongan ayat dalam al-Qura`n dengan mengambil

kira waqaf dan ibtida’. Oleh itu, penyelidikan tindakan ini bertujuan membantu meningkatkan

kemahiran murid membaca beberapa potongan ayat dalam al-Qura`n menggunakan tanda

waqaf yang betul dalam kalangan peserta kajian di Sk Amir dengan menggunakan kaedah “

TrafPic “ .

Kajian dijalankan berpandukan Model Kurt Lewin (1946). Lima orang murid telah

dipilih sebagai peserta kajian. Instrumen kajian terdiri daripada ujian lisan dan bertulis,

pemerhatian, dan temu bual. Ia juga melibatkan analisis data secara kualitatif. Selepas sesi

intervensi dijalankan di Sk Amir ternyata dapat meningkatkan kemahiran murid membaca al-

Quran menggunakan tanda waqaf yang betul berdasarkan analisis dokumen bagi setiap

peserta kajian. Di samping itu, hasil dapatan kajian menunjukkan kesemua peserta kajian

menunjukkan peningkatan dalam ujian lisan dan bertulis. Analisis melalui pemerhatian, dan

temu bual pula mendapati peserta kajian tertarik untuk memberi tumpuan ketika membaca

al-Quran.

Kesimpulannya, didapati kaedah “ TrafPic “ ini berjaya dalam membantu

meningkatkan kemahiran murid membaca beberapa potongan ayat dalam al-Qura`n

khususnya dengan menggunakan tanda waqaf yang betul, di samping meningkatkan

tumpuan mereka untuk membaca al-Quran.