AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

52
AA301TAMADUN ISLAM KULIAH 1 PENGENALAN TAMADUN Disediakan oleh : Ustazah Asnuurien Najma Binti Ahmad Pensyarah Unit Pendidikan Islam & Moral Jabatan Pengajian Am Politeknik Merlimau [email protected]

description

Menjelaskan mengenai pengertian tamadun Islam

Transcript of AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Page 1: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

AA301– TAMADUN ISLAM

KULIAH 1

PENGENALAN TAMADUN

Disediakan oleh :

Ustazah Asnuurien Najma Binti Ahmad

Pensyarah Unit Pendidikan Islam & Moral

Jabatan Pengajian Am

Politeknik Merlimau

[email protected]

Page 2: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

DEFINISI TAMADUN

1. Membezakan manusia dengan manusia yang tidak

bertamadun atau dianggap barbarian (orang gasar).

Cina bangga dengan pencapaian budayanya

mengatakan orang asing tidak bertamadun.

Barat menyatakan peraturan dan sistem

pemerintahan China sebagai tidak bertamadun.

Barat mengatakan tujuan penjajahan untuk

mentamadunkan orang yang dijajah.

Islam melihat tamadun sebagai pencapaian ilmu

pengetahuan yang tinggi.

Page 3: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

2. Satu pencapaian tinggi yang telah diperoleh oleh

manusia dalam semua aspek kehidupannya.

3. Status sosial manusia berubah dari kehidupan yang

serba mudah kepada satu organisasi masyarakat

kompleks.

4. Arnold Toynbee: Tamadun dibina berdasarkan tiga

keadaan:

1. Masyarakat pra-tamadun mengorak ke arah

kemajuan. Tamadun Kristian Ortodok Timur

empayar Rom Timur adalah hasil dari Tamadun

Eropah.

2. Kelahiran tamadun dari tamadun lama seperti

Hellenistik dari Tamadun Grecco-Roman.

3. Penukaran tamadun lama kepada tamadun baru.

Page 4: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

5. Satu peringkat pembangunan yang tinggi di mana budaya manusia merangkumi sistem penulisan, undang2, kerajaan, pengkhususan kerja, agama dan pembinaan negara kota.

6. Dalam bahasa Arab Tamadun bermaksud kehalusan budi dan sopan santun.

7. Ibn Khaldun: umran bermaksud kawasan tanah yang didiami, tinggal menetap berkembang subur dan maju.

Juga gunakan hadarah bermaksud sedentary life.

8. Farid Wadji dan Sheikh Muhammad ‘Abduh` gunakan madinah bermaksud bandar.

9. Civilization datang dari perkataan civitas bermaksud bandar.

10. P. Bagby: budaya yang dijumpai di bandar.

Page 5: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

11. Jurji Zaydan: Tamadun dalam bahasa Arab

moden ialah memliliki ciri2 kehidupan bandar, dan

kota2 dalam bahasa Arab bermaksud mudun yang

memiliki ciri-ciri bandar.

12. Prof. Syed Naquib Al-Attas: Tamadun Islam

sebagai satu keadaan kehidupan masyarakat yang

telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dengan

mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh

masyarakat.

13. Ibn Khaldun: tamadun Islam sebagai pencapaian

manusia yang sudah melebihi keperluan asasi

kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah

pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih

halus dan mempunyai nilai-nilai seni.

Page 6: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

14. Karl Marx: tamadun terbahagi kepada

Infratruktus (material) dan superstructure

(spiritual).

15. Marcel Maus: semua pencapaian manusia.

16. Eugene Cavignae: sains, seni, arahan dan

kemurnian yang minimum.

17. Robert J. Braidwood: merujuk tamadun kepada

perbandaran. Dan harus mempunyai satu struktur

politik, undang2 formal dan terdapat beberapa

projek mega.

18. Hattington: tamadun adalah budaya.

Page 7: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

- Istilah tamdun berasal dari bahasa Arab.

- Dalam bahasa Arab, istilah yang digunakan

adalah untuk membincangkan tentang

konsep pembangunan, kemajuan dan

pencapaian manusia adalah :

# hadarah

# madaniyyah

# umran

# tamaddun

Page 8: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Hadarah : dikaitkan dgn kemajuan industri dan

p’dagangan.

Ada dua maksud :

1) himpunan kemajuan dalam bidang

k’susasteraan, teknik, keilmuan dan

undang2 yg dipindahkan dari 1 generasi

ke 1 generasi dlm sebuah msyarakat.

2) peringkat perkembangan yg tinggi

berlawanan dgn kehidupan

liar/ganas/digambarkan sbg kehidupan yg

dpt mencapai ideal atau bentuk kehidupan

yg tinggi yg hendak dicapai.

(Mohd.Liki Hamid:2006:6).

Page 9: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Tamadun dalam Bahasa Arab :

- Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi dlm

Qamus Al-Marbawi – tamadun berasal drpd

madana (kehalusan budi pekerti dan akhlak

mulia). – membwa maksud kehalusan adat @

pencapaian manusia. (Mustafa Hj Daud:2002:5)

- Prof Madya Dr Lutpi Ibrahim : - tamadun

berasal dari tamaddan, tamaddunan dan

madaniah (kehidupan kota yg m’hasilkan

p’capaian yg tinggi dlm pelbagai aspek s/ada

kerohanian @ kebendaan.

Page 10: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Ibn Khaldun (seorang sejarawan Muslim pertama) – dalam Al-Muqaddimah memperkenalkan kata hadharah iaitu sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian.

Kesimpulannya :

Tamadun berasal dari bahasa Arab tamaddana atau madana yg bererti :

1. suatu lokasi sbg tempat tinggal.

2. membangun suatu kawasan hingga menjadi perbandaran.

3. fenomena dr perubahan cara hidup liar @ nomad kpd kehidupan yg berbentuk maju.(kamus Munjid)

4. kehalusan adat dan kehalusan budi pekerti. (Idris al-Marbawi)

Page 11: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Tamadun dalam bahasa Inggeris :

Perkataan civilization untuk perkenalkan

tamadun.

Pertama kali digunakan dalam perkamusan

bahasa Inggeris pada abad ke-19M.

Civilization berasal dari bahasa Latin iaitu

‘civitas’ (kota).

Page 12: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Kesimpulan of civilization :

the process of civilizing or

become civillized. ( Noah

Webster).

the countries and people

considered to have reached a

high state of social and cultural

development.( Noah Webster)

an advanced stage of human

social development with a high

level of art, relegion, science,

government.(Longman

Dictionary of Contemporary English)

Page 13: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Tamadun dalam bahasa Melayu :

Kamus Dewan – kebudayaan, peradaban, kemajuan dan sopan santun.

Teuku Iskandar : tamadun ialah keadaan manusia yg dicirikan oleh taraf pemikiran yang tinggi, negara dan penduduknya yang mencapai taraf pemikiran tinggi, budaya atau cara hidup orang tertentu.

“peradaban” keadaan serta tingkat kemajuan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat.

Page 14: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Mahmood Mohd Taib al-Najmi – tamadun

sbg peraturan masyarakat yang dapat

membantu manusia menambahkan hasil

pengeluarannya sama ada dr segi

pemikiran atau kebendaan.

Prof Syed Mohd Naquib Al-Attas –

mengaitkan tamadun dengan perkataan

‘Deen’ ; merujuk kpd keadaan kehidupan

insan yg telah mencapai taraf kehalusan

tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi

seluruh masyarakat.

(Rasid Muhammad:1996:4)

Page 15: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Kesimpulannya :

- Tamadun ialah satu peningkatan

kemajuan yg dicapai oleh manusia

secara lahiriah atau rohaniah.

- Contohnya perkembangan ilmu,

teknologi, peradaban, tatacara,

politik, sosial mahupun rohani itu

sendiri.

Page 16: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

KONSEP TAMADUN ISLAM

Page 17: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

M.A.J.Beg – mengemukakan 1 teori iaitu di

duni ini hanya ada dua konsep tamadun

iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Barat.

Muhammad Asad tekankan faktor ISLAM sbg

peranan penting dalam pembentukan

tamadun Islam. – Tamadun Islam bersifat

ideologi di mana Al-Quran adalah sumber

ideologinya. Syariah sebagi faktor ke-2

kerana mementingkan daya intelektual dlm

setiap motif.

Page 18: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Ali Shari’ati – keperibadian Nabi Muhammad SAW melahirkan tamadun Islam. Nabi Muhammad SAW b’peranan penting dalam membawa perubahan, pembangunan dan kemajuan serta pembinaan masa depan tamadun Islam.

Muhammad Uthman el-Muhammady – pembentukan tamadun dan kebudayaan Islam berteraskan kpd ajaran Islam sbg Ad-Deen. – kerana Islam ada syariah, akidah dan akhlak yg merupakan nadi penggerak mencetuskan tamadun dan kebudayaan Islam.

Page 19: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Prof Ismail Faruqi : tauhid merupakan

dasar penting kpd tamadun Islam dan

identiti tamadun Islam yang megaitkan

unsurnya dalam membentuk pandangan

hidup (world view) dan cara berfikir serta

tingkah laku umat Islam ke arah yang

diredhai Allah SWT.

Page 20: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Konsep Tamadun dari Perspektif Islam

- Kemuncak pembangunan yang berkait

dengan peningkatan kemewahan,

keindahan suasana dan minat kepada

pelbagai aspek industri yg boleh

mempertingkatkan kualitinya.

- Aspek yg termasuk dalamnya ialah

kenegaraan, perancangan bandar,

sosio-ekonomi, sains, pelbagai

pengetahuan dan kesenian.

Ibn Khaldun

Page 21: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.

Masyarakat yang bertamadun dinilai dari dasar aqidahnya, sistem nilai, tingkah laku, hubungn dan aturan sosialnya bukan kemajuan kebendaan.

Sayid Qutb

Page 22: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Agama adalah asas tamadun kerana

peningkatan unsur spiritual

mendorong kebangkitan fizikal dan

semua tamadun di dunia di

ditegakkan atas kepercayaan

agama.

Muhammad Rasyid Redha

Page 23: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Terbahagi kepada dua tamadun iaitu :

Said Hawa

Tamadun Islam: segala aspek

kemajuan yg tegak atas kebudayaan

Islam serta hasilnya

juga relevan dengan kebudayaan itu.

Tamadun Jahiliah : kemajuan yg

dijelmakan dalam bentuk kebendaan

dengan tidak

mengambil kira aspek rohani dan moral.

Page 24: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Himpunan ilmu pengetahuan, syariat,

peraturan tradisi dan moral yg

menunjukkan keadaan pemikiran,

ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan

seluruh kehidupan kebendaan dan

kerohanian dalam sesuatu sejarah.

‘Umar Audah al-Khatib

Page 25: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Seluruh penghasilan atau produktiviti

yang m’gambarkan keperibadian manusia

sama ada berbentuk @ gambaran akal,

perasaan, tingkah laku, falsafah,

pengetahuan agama, kesenian dan lain-

lain.

Dr. Muhammad Al-Baki

Page 26: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Konsep tamadun dari perspektif Barat

Satu sistem masyarakat yg dapat membantu

manusia menambah hasil pengeluaran @

produktiviti ;

Mempunyai 4 elemen penting iaitu :

- bahan-bahan ekonomi,

- sistem politik,

- pengetahuan,

- seni.

Arnold Toynbee

Page 27: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Ciri2 masyarakat bertamadun :-

a. berakhir nomad dan tetap di satu

kawasan.

b. pembahagian kerja

c. kota/negara terbentuk dengan wujudnya

status sosial.

d. ciptaan tekologi dan alat pertanian.

e. revolusi : - perdagangan, teknologi,

penternakan, dan indsutri.

Darey Ribeiro

Page 28: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Kepandaian masyarakat mengeksploitasi

material.

Masyarakat memproses material untuk

menjadikan barang baru bagi sesuatu

keperluan.

J.K. Febleman

Page 29: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Adalah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran kebudayaan merangkumi elemen :

a. Ekonomi

b. Sistem politik

c. Tradisi moral

d. Kesenian

Will Durrant

Page 30: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Memetingkan kebendaan atau material

kerana asas kepada sebuah kemajuan.

Oswarld Spengler

E.B Taylor

Rangkaian yg merangkumi aspek2 keilmuan,

kepercayaan, kesenian, nilai moral, perundagan,

tradisi, bakat dan kebolehan yg dihasilkan oleh

masyarakat.

Page 31: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Tamadun Barat lebih mempunyai jasad tetapi tidak

ada jiwa dan nilai moral yang diterapkan di

mana akhirnya wujudlah “Ciptaan Mesin”.

Iaitu manusia yang dibentuk seperti mesin dan

disebabkan itu, masyarakat yang lahir tidak

mempunyai jiwa dan perasaan dan hanya

mampu memberi kepuasan fizikal sahaja. (tiada

roh).

Maryam Jameelah ulas:

Page 32: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)
Page 33: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Kalam Allah (mukjizat yg diturunkan kpd Nabi

Muhammad SAW ) diriwayatkan secara mutawatir

dan membacanya ibadah.

Kitab yg memberi petunjuk(huda),

penjelasan(bayan),peringatan(nazir), rahmat, berita

gembira (busyra), pengajaran(mau’izah), dan

penawar (syifa’).

Tatacara bagaimana manusia yg diamanahkan oleh

Allah sebagai penguasa,khalifah bagi membentuk

serta mentadbir muka bumi.

Page 34: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Prof Hamid Algar – AQ adlh penentu yg boleh

membezakan antara kebenaran dan kepalsuan.

Perhubungan antara AQ dan tamadun dijelaskan

oleh Syeikh Ahmad Kiftaro “sesiapa shj yg

mempelajari surah dan ayat2 al-Quran akan

dapat lihat bagaimana Al-Quran menghubungkan

keagamaan, keintelektualan da bagaimana

ajaran Islam bersatu untuk mempercepatkan

kemajuan dalam tamadun.

Page 35: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Sumber asas ke-2 selepas AQ.

Disandarkan kpd Nabi Muhammad SAW samA ada perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat-sifat kejadian Baginda.

Fungsi As-Sunnah :-

1. menguat dan penyokong kepada hukum2 dalam AQ.

2. penghurai dan pentafsir kpd ayat2 AQ.

3. tentukan hukum2 yang tidak ada dalam AQ.

Page 36: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

1. Akal (Ijtihad) – pencurahan daya pemikiran secara bersungguh2 untuk mendapatkan sesuatu hukum syarak mengenai sesuatu masalah yg tidak terdapat hukumnya secara qat’ie dari AQ atau AS.

- Umat Islam berjaya mengkayakan ruang lingkup tamadun Islam terutama aspek muamalat.

Page 37: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Adalah guru terbaik dan sangat bjaksana. Tokoh2 pembina Tamadun Islam menjadikan

pengalman mereka hasilkan sesuatu yang lebih baik.

2. Pengalaman

3. Tamadun lain • Contohnya tamadun Greek, Mesopotamia,

Rome, Mesir, Hwang-Ho. • Selagi tidak bercanggah dengn konsep

keimanan kpd Allah, Islam tidak menentang kemajuan asalkan datangkan kebaikan & tidak lupa Allah.

Page 38: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Matlamat Tamadun Islam

Melahirkan manusia yg mempunyai Konsep k’percayaan yg betul iaitu kepada

Allah yg Esa.

Melahirkan manusia yg m’punyai cara hidup yg tersusun dan sistem rapi.

Melahirkan manusia yg dapt b’jawab sbg Khalifah Allah atas muka bumi dan kenal

diri sendiri dan tahu arah tuju hidup.

Page 39: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

1. Hubungan manusia dgn Allah (Hablumminallah)

- tujuan : hambakan diri kpd-Nya iaitu beribadat seperti dalam surah Az-Dzariyat :56 - konsep ibadat adalah jika semuanya diniatkan

kerana Allah . - segala kebajikan yg dilakukan akan dikira

ibadat dengan niat perkara kebaikan.

Page 40: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

2. Hubungan manusia sesama manusia (Hablumminannas)

- bukan shj sebagai hamba Allah, tetapi dari sebuah keluarga yang berasal dari jiwa yang satu.

- mempunyai hak yang sama dari segi kemanusiaan dan kebebasan.

- perlu hormat menghormati antara satu sama lain.

Page 41: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

3. Manusia dengan alam. - manusia makhluk yang telah

dimanahkan oleh Allah sebagai khalifah kepada alam.

- letaknya kemakmuran alam dan segala isinya.

- tidak lakukan kerosakan dan kemusnahan.

- kerosakan alam adalah disebabkan tidak menjaga amanah Allah sebagai khalifah.

Page 42: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Keistimewaan Tamadun Islam

Transenden (bersifat kewahyuan) bukan daricetusan fikiran/nafsu

Berorientasikan kemanusiaan dgn manusia sbg fokus.

Tamadun yg seimbang & sepadu

Membawa manusia m’capai matlamat yg hakiki dunia & akhirat

Universal sbb tidak merujuk kpd kelompok bangsa tertentu.

Page 43: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Dasar2 Tamadun Islam

Memelihara Jiwa dan Agama

Memelihara Akal dan Fikiran

Memelihara Maruah dan Keturunan

Memelihara Harta Benda

Memelihara Hak & Kebebasan

Page 44: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

- Jiwa / nyawa amanah Allah dan wajib memeliharanya.

- Membinasakan jiwa sendiri atau org lain adalah jenayah paling besar.

- Hukum hak hidup :

a. tiap2 perkara yg berhubung dgn hidup & bawa keselamatan tubuh badan dikira wajib

spt memelihara kesakitan, mencegah penyakit.

b. perkara yg boleh rosakkan tubuh badan & ancam nyawa atau melemahkannya adalah haram spt mabuk, heroin, dadah, yang mendatangkan mudarat kpd tubuh bdan.

Page 45: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

c. Tiap2 perkara yg boleh memelihara kehidupan hukumnya wajib spt makan, minum, dan berpakaian. Dan tidak boleh melebihi batasan.

d. Tiap2 perkara yg dapat mengelakkan diri daripada mati adalah harus bahkan kadang2 dianggap wajib.

Page 46: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

- Akal fikiran menaikkan darjah manusia ke taraf yang paling mulia di kalangan sesama manusia dan di sisi ALLAH.

- Dapat menilai tiap2 perlakuannya sama ada baik atau buruk.

- Mengkehendaki supaya manusia memelihara akal supaya dapat berfikir dengan cara yang baik dan teratur berpandukan ilmu yg mendatangkan faedah.

Page 47: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

Islam menganggap manusia yang beriman

adalah makhluk yang paling mulia di sisi

Allah.

Wajib memelihara maruahnya dan

kehormatan dirinya.

Memerlukan tiap2 orang mendapat hak

untuk melindungi dan menjga kehormatan

diri, mengawal kedudukan mencari rezeki

dsbnya.

Untuk menentukan zuriat dn keturunan

melalui ikatan sah (pernikahan).

Page 48: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

- Kehormatan hak milik atau harta kepunyaan manusia sama dengan kehormatan jiwa manusia itu sendiri.

- Harus bekerja dan berusaha utk memenuhi keperluan hidup.

- Hakikatnya, segala yg ada di langit dan bumi adalah hak ciptaan Allah tetapi manusia telah diberi kuasa utk mentadbirkannya mengikut peraturan yg tertentu.

Page 49: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

- Hak kebebasan manusia tidak boleh dicerobohi atau dicabut daripada manusia melainkan dalam keadaan darurat iaitu pd masa mempertahankan kemerdekaan dan keselamatan bg umat Islam.

- Antaranya; membebaskan manusia drpd penyembahan dan pendewaan terhadap sesuatu benda atau sesama manusia.

Page 50: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

- Kebebasan utama manusia adalah

kebebasan berfikir. Harus diberi

kebebasan dalam meberi pendapat

tanpa diganggu oleh undang2

- Katakanlah benar sekalipun ia pahit.

- Rasulullah SAW menegaskan sesiapa

yang tidak mahu menyatakan

kebenaran itu sbg syaitan yg bisu.

Page 51: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

1. Tiada paksaan atas org yg memeluk Islam, malah tidak sah iman org yg menganut Islam krn dipaksa.

2. Kebebasan dalam mengamalkan agama.

3. Kebebasan dlm mengamalkan perkara2 yg dibenarkan dlm agama mereka sekalipun ditegah bg org Islam.

4. Kebebasan dlm menjalankan undang2 yg berhubung kehidupan spt undang2 perkahwinan, cerai, dan nafkah.

5. Memelihara hak2 mereka dan menjaga kehormatan, memberi kebebasan kpd mereka utk berbincang dlm suatu hal.

Page 52: AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)

1. Bersama-sama dalam masalah kehakiman

(undang-undang) dan dalam pemilihan

kepimpinan.

2. Mengawasi tindak tanduk pemimpin serta

menegurinya di samping mengemukakan

pandangan dan buah fikiran.