Abdul Halim Husain - Kesinambungan Manifestasi Rupa Dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni 3-Dimensi Dari...
date post
11-Jan-2016Category
Documents
view
25download
1
Embed Size (px)
description
Transcript of Abdul Halim Husain - Kesinambungan Manifestasi Rupa Dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni 3-Dimensi Dari...
rERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNF
____________ av
KERTAS KERJA 4
|T I PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PEI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVER
Kesinambungan Manifestasi Rupa dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni
3-Dimensi: dari Perspektif Seni Halus
Abdul Halim Husain
Fakulti Seni Dan Muzik
Universiti Pendidikan Sultan Idris1
...Menampilkan kesenian Melayu dalam bentuk asalnya
dengan menggunakan pendekatan ilmiah dan bahasa tampak dalam pengutaranya.
jambatan yang menyambungkan apa yang dianggapkan oleh orang barat
sebagai Seni K raf dengan sern kontemporari yang dianggap oleh mereka sebagai Seni
Halus. (Awarig Had Salleh,dalam Rupa Dan Jiwa 1992)
Dibentangkan Dalam Seminar Zaba Mengenai Alam Melayu I 12-14 Ogos 2003 di Hotel Renaissance Kuala Lumpur.
1. Pendahuluan.
Penulisan ini adalah satu pemerhatian terhadap karya seni tampak Malaysia yang
berbentuk 3-Dimensi. Ianya pemerhatian terhadap beberapa hasil karya kraf tradisi serta
karya seni tampak kontemporer. Karya kontemporer berbentuk 3-Dimensi yang dipilih
adalah berasaskan koleksi Balai Senilukis Negara manakala karya kraf tradisi pula adalah
koleksi pameran Rupa dan Jiwa oleh Tuan Syed Ahmad Jam al Ianya adalah satu
penelitian terhadap teijemahan konsep rupa dan jiwa Melayu dalam karya seni tampak
kontemporer berbentuk 3-Dimensi. Penelitian ini melihat kesinambungan kreativiti
seniman tradisi dan seniman kontemporer dalam menghasilkan karya yang berasaskan
konsep rupa dar jiwa Melayu.
Permasalahan rupa dan jiw a dalam penghasilan karya seni tampak sememangnya
menjadi isu perbincangan yang tidak berkesudahan. Walapun ianya dilihat hanya sebagai
permasalahan dalam konteks orang-orang seni namun peranan dan kesedaran terhadap isu
rupa dan jiwa adalah sejagat. Tambahan pula dalam konteks sekarang dimana isu
memperkukuhkan identiti bangsa dan negara serta kekuatan jat: diri adalah sangat
penting bagi generasi muda masa kini bagi mengharungi era globalisasi. Seni tampak
sebenamya dapat memainkan peranan penting dalam meningkatkan semangat jati diri
dikalangan generasi muda bagi membina satu bangsa Malaysia yang kukuh. Dalam
suasana moden dan dunia globalisas hari ini keperluan untuk memperkukuhkan jati diri
serta mengenai budaya bangsa harus diutamakan bagi memudahkan generasi muda
menangani pelbagai isu dan permasalahan dalam kehidupan. Bagi memahami budaya
dan falsafahnya maka harus dikaji dan diselidiki akan masyarakatnya yang menjadi
wadah kebudayaan.
Hassan Ahmad (2003), dalam ruangan penulis tamu dalam Mingguan Malaysia
ada menyebut bahawa ...orang Melayu perlu melakukan proses pendidikan semula
untuk memahami akal budi mereka, kembali kepada ciri-cin dan nilai budaya mereka
yang sudah bertahan sejak berzaman untuk dijadikan acuan dalam menghadapi pengaruh
dan cabaran zaman sekarang dan dengan demikian dapat melakukan pembaharuan tanpa
memusnahkan asas-asas kekuatan dalaman mereka sebagai bangsa Melayu yang lahimya
dari sejarah ketamadunan sejak lebih 2000 tahun dahulu.
Dalam penulisannya .tu juga ia menyebutkan bahawa Bangsa Melayu
menghadapi masalah dalam pelbagai bidang bukan kerana mereka lemah tetapi kerana
mereka membuang acuan mereka, akibatnya mereka kehilangan pertahanan budaya dan
agama untuk melakukan perubahan dan pembaharuan yang tahan dalam keadaan hidup
politik, ekonomi, sosiobudaya dan moral mereka.
Perkembangan Seni Rupa di Malaysia
Sebelum kita berbincang dengan panjang lebar berkaitan dengan seni rupa
rasanya elok iika dapat kita huraikan makna seni rupa itu sendiri. Seni rupa merupakan
penghasilan objek-objek yang melibatkan elemen formal seperti wama, jalinan, garisan,
ruang, tona, bentuk, rupa, ragam hias yang diolah menggunakan bahantara tertentu dan
melibatkan ekspresi perasaan, citarasa,. ilham dan juga kemahiran yang tersendir
Seni rupa dalam masyarakat Melayu begitu banyak dihasilkan semenjak zaman
dahulu dan dapat kita lihat dalam jenis-jenis seperti berikut:
i. Seni ukir
ii. Seni seramik
iii. Seni tekstil
iv. Sen, any am an
V. Seni bina
Disamping itu juga seni dapat diklasifikasikan dalam konteks masyarakat sepertimana
yang telah di sebut oleh Jean Durignaud,1972.
i. Seni primitif
ii. Seni Teokrasi
iii. Seni Feudal
iv. Seni Moden
3
J ik a d iteliti p e rk em b an g an seni rupa di M alay sia ianya b o leh d ika tegorikan
kepada beberapa fasa yang telah mematangkan seni tampak negara. Antaranya ialah:
1. Era Prakolonial
2. Era Kolonial
3. Peranan Balai Senilukis Negara
4. Mendefinisikan Nasionalisme
5. Membina Identiti
6 . Melampaui Sempadan
(Rujukan dari RUPA MALAYSIA: Meninjau seni lukis moden Malaysial5 - 30
September 2001)
1. Era Pra Kolonial
Dalam melihat perkembangan awal seni rupa Malaysia, anya harus di lihat dari
dua bahagian negara Malaysia. Pertamanya ialah perkembangan seni rupa tradisi di
Semenanjung Malaysia yang dikatakan Malaysia Barat dan keduanya ialah
perkembangan seni rupa tradisi di Negeri Sabah Dan Sarawak atau dinamakan Malaysia
Timur. Seni rupa tradisi yang berasaskan kepada karya berbentuk tiga dimensi di
Malaysia Barat dapat kita lihat umpamanya seperti ukiran batu tugu prasejarah yang
terdapat di Pengkalan Kempas Negeri Sembilan. (Gambar | |
Gambar 1
Begitu juga dengan apa yang berlaku di Malaysia Timur sepertimana yang
terdapat di Gua Niah Di negeri Sarawak. Lukisan tembok dan kapal maut (Gambar 2)
4
adalah salah satu paparan tampak seni rupa tradisi yang menggambarkan masyarakat
pada masa itu. ,
Selain daripada hasil karya seni rupa tradisi yang berbentuk tiga dimensi terdapat
juga hasil seni rupa tradisi yang berbentuk dua dimensi yang juga mendokumentasikan
secara tampak kebudayaan masyarakat di Sabah. Tikar kain simbolik bersulam Bajau
(Gambar 3) adalah manifestasi budaya masyarakat di negeri Sabah.
Jika kita lihat secara imbasannya maka kita dapati bahawa perkembangan seni
tradisi sebelum penjajahan banyak membawa kearah bentuk-bentuk ekspresif yang
membawa pengaruh-pengarah budaya yang berbeza serta memanifestasikan
keanekajenisan.
2. Era Kolonial - Kedatangan Bitish Dan Pengaruhnya
Bermulanya era perkembangan seni moden Malaysia apabila datangnya pihak
British ke Tanah Melayu. Ianya mula dikesani kira-kira awal abad ke20an, British telah
mula menduduki Tanah Melayu pada ketika itu pada pertengahan abad 1800. Mereka
telah mula memperkenalkan corak pemerintahan Barat di Negeri-Negeri Selat. Mereka
Gambar 2
Gambar 3
5
juga telah memperkenalkan pendidikan Barat, khususnya sekolah-sekolah berbahasa
Inggeris yang dihadiri oleh berbagai kaum. ( Rupa Malaysia, 2001)
Pendidikan Barat telah membawa pendekatan-pendekatan yang lebih analitikal
dan investigatif dalam mencari ilmu. Maka timbul cara-cara baru dalam persepsi budaya
baru dalam mentafsirkan alam dan realiti. Citarasa budaya Barat telah mula dilihat
berkembang dengan paparan identiti kebaratannya dalam seni bina, cara berpakaian dan
juga seni rupanya. Maka disini mulalah satu penonjolan aliran modems yang mana
seterusnya menjadi gaya persembahan para pengkarya seni rupa pada ketika itu.
Manifestasi terawal adalah gambaran-gambaran naturalistik melalui karya-karya lanskap,
alam benda dan potret.
3. Peranan Balai Senilukis Negara - Mendefmisikan Nasionalisme, Membina
Identiti. .
Hasil daripada proses kematangan perkembangan seni rupa di Malaysia maka
para peluksi juga tidak mahu hanyut dan ketinggalan dalam mempeiiuangkan jati diri
dalam berkarya. Bersandarkan kepada teras Kongres Budaya 1971 dan Seminar Akar-
akar pribumi para pelukis kontemporer telah cuba untuk mencari kekuatan jati diri dalam
menghasilkan karya seni. Di dalam Kongres Kebudayaan (1971), ada menyebut Malay
culture should form the basis o f national culture, and it is written into the constitution
that Islam is the official religion o f Malaysia, whilst o f course tolerating the existence
and practice o f other religions amongst the non-Muslim sections o f the population,
Petikan daripada hasil Kongres Kebudayaan ini boleh ditafsirkan dengan lebih luas
berdasarkan kepada struktur sosial, ekonomi dan politik negara.
Walaubagaimana pun penyataan hasil daripada Kongres Kebudayaan itu memberi
satu panduan kepada pelukis dan pengkarya untuk berkarya. Sudah tentu ianya berkait
rapat dengan soal etika dalam berkarya walaupun soal seni kadangkala didefmisikan
sebagai hak individu pengkarya. Namun kesedaran terhadap tanggungjawab sosial serta
persoalan seperti apakah peranan seni dalam membangunkan pemikiran masyarakat dan
negara harus diambii kira. Mungkin era dimana peijuangan Seni Untuk Seni sudah
tidak sesuai dalam konteks peranannya didalam sebuah negara yang sedang membangun.
Selain daripada itu penyataan tersebut membuka minda para pengkarya dan
mencabar para pengkarya agar berkarya berlandaskan kesedaran terhadap persekitaran
masyarakat negara kita yang mempunyai pelbagai keunikan hu