ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

24
ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08- 5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08- 6315) UMI KALSOM BINTI DAUD(660904-10-6718) KUMPULAN 6B SEMANTIK

description

SEMANTIK. ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315) UMI KALSOM BINTI DAUD(660904-10-6718) KUMPULAN 6B. SEMANTIK Masalah Sebutan - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

Page 1: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269)

SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

UMI KALSOM BINTI DAUD(660904-10-6718)

KUMPULAN 6B

SEMANTIK

Page 2: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

SEMANTIK

Masalah Sebutan i)Murid berbeza dari segi bahasa dan sebutan. Ada murid yang bertutur menggunakan dialek kedah, Perak, Kelantan dan sebagainya.Contoh: Sebutan airayak – Kedah ayor – Perak ii)Sebutan kata-kata bahasa Malaysia memang tidak banyak berbeza, yang menjadi perbalahan ialah pada bunyi a di suku kata akhir terbuka, sama ada patut diucapkan a atau e. Contoh:Suka atau suke, Duka atau deke

MASALAH-MASALAH DALAM PEMBELAJARAN DAN

PENGAJARAN BAHASA

Page 3: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

Terdapat pula kesalahan sebutan di kalangan penutur bukan Melayu untuk kata-kata seperti rume (rumah), datu (datuk), kulang (kurang), ba-niak (banyak), dan sebagainya.

Daerah morfologi juga menimbulkan masalah bagi mereka, umpamanya dalam menyebut kata-kata seperti: peng-arah (pengarah), meletak-an (meletakkan), pakai-an (pakai-yan), dan sebagainya

Unsur-unsur bahasa asing. Apabila kita membawa masuk kata-kata tersebut (mengandungi unsur-unsur bahasa asing) ke dalam bahasa Malaysia, misalnya bus yang dibunyikan bas, maka kita membunyikannya juga sebagai bas. Tetapi bahasa Inggeris juga tidak konsisten, misalnya, put (disebut put) dan but (disebut bat), put bukan pat

Page 4: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

Masalah Ejaan

•Ada kata yang selalu salah dieja seperti bolih (untuk boleh), goring (untuk goreng), ke- dalam (untuk ke dalam), dibawah (untuk di bawah), adek(adik)dan sebagainya. Kesalahan ejaan ini timbul hanya kerana kejahilan sahaja, dan orang tidak mahu membaiki keadaan ini.

•Aspek kedua kesalahan ejaan ialah bahawa ada ejaan-ejaan yang berubah untuk penyelarasan seperti samada jadi sama ada dan masaalah jadi masalah.

Page 5: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

•Masalah dalam ejaan apabila pengguna bahasa Malaysia mengelirukan sistem bahasa Malaysia dengan sistem bahasa Inggeris.Misalnya, huruf eo dalam homogeneous boleh digugurkan. Huruf ch dalam cholera sebenarnya berbunyi k dan bukan c seperti dalam cent dan chalk. Ini tidak konsisten. Oleh sebab ejaannya diutamakan, maka ia disesuaikan menjadi kolera.

•Penulisan kata-kata istilah Arab boleh menimbulkan kerumitan. Misalnya, ejaan baharu bagi ni’mat ialah nikmat, dan dengan itu mengubah makna kata itu daripada sesuatu yang baik kepada yang buruk. Memang hal ini harus diberi perhatian yang agak serius supaya kekacauan tersebut tidak mengganggu perkembangan bahasa Malaysia umumnya.

Page 6: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

Masalah ImbuhanImbuhan juga sering menjadi kesalahan, lebih-lebih lagi dalam pemakaian -kan, me-, di-, dan ber-. Misalnya, -kan dipakai pada tempat yang tidak perlu seperti Saya membelikan buku (-kan tidak perlu kerana beli sudah transitif), atau sebaliknya -kan tidak dipakai seperti dalam mengguna dan membenar (-kan diperlukan supaya kata kerja tersebut menjadi transitif).kesalahan tatabahasa kerap dilakukan dalam penggunaan imbuhan.

•Kerap pula terjadi kisah kanak-kanak penutur jati bahasa Malaysia yang telah menguasai pemakaian imbuhan dengan baik di rumah atau dalam lingkungan keluarganya, tetapi telah dikelirukan oleh guru yang tidak mahir apabila dia mula bersekolah.

Page 7: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

•Kesalahan yang sering berlaku ialah dalam penggunaan imbuhan ber- atau me- pada kata dasar yang tidak memerlukannya; seperti ber- duduk (untuk duduk), bertimbul (untuk timbul), berbangun (untuk bangun), menjalan (untuk berjalan), menurun (untuk turun), dan memindah (untuk berpindah). Jadi kerap terdapat ayat seperti: Dia berduduk di atas kerusi, Dia telah memindah rumah, Dia menurun bas.

Page 8: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

Masalah Ayat

•Masalah struktur ayat juga agak sering berlaku. Peminjaman struktur ayat-ayat Inggeris, Arab dan sebagainya memang kerap ditemui seperti dalam kes pandai orang, besar rumah, dan sebagainya. Tetapi yang agak menarik ialah kesalahan seperti Apakah ialah nama ibu negeri Perak? Di sini ternyata bahawa ialah itu adalah terjemahan unsur is dalam ayat What is the capital of Perak? Hal ini adalah suatu perkara yang tidak perlu berlaku, melainkan orang yang terlibat itu tidak memahami sepenuhnya bahawa ayat bahasa Malaysia tidak memerlukan unsur kopula is (ialah) itu.

Page 9: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

Masalah Kata•Penggunaan kata-kata tertentu dalam pertuturan sehari-hari juga menunjukkan beberapa kesalahan. Selalu juga terdapat kata-kata yang salah digunakan seperti: Tukang Jahit Wanita (Tukang Jahit Pakaian Wanita), Kedai Makan Melayu (Kedai Makanan Melayu), mengambil ubat (memakan ubat), dan sebagainya.

• Masalah IntonasiIntonasi adalah suatu masalah yang sering juga berlaku. Intonasi Inggeris, Cina atau India kerap digunakan dalam ayat-ayat bahasa Malaysia.

Page 10: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

i. Fonologi

Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti “nama” untuk “mama”, “kepala” untuk “kelapa”

Page 11: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

ii. Morfologi

Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan yang luar biasa dan struktur ayat yang salah.

iii. Sintaksis

Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun danmenyampaikan pendapat yang kompleks.

Page 12: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

iii. Semantik

Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak berupaya memahami makna perkataan.

v. Pragmatik

Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam  situasi yang berbeza.

Page 13: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

1. Kelewatan bahasa

Ada kanak-kanak yang memperolehi bahasa lewat daripada kebiasaannya. Sesetengah kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa walaupun agak lambat daripada yang lain, tetapi terdapat juga kanak-kanak yang tidak menunjukkan perubahan dan memerlukan intervensi awal untuk membantunya.

Antara punca masalah bahasa adalah:

Page 14: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

2. Aphasia

Aphasia merujuk kepada masalah bahasa akibat daripada ketidakupayaan untuk membentuk, atau memperoleh semula, dan memberi makna kepada simbol-simbol arbitrari bahasa (Holland & Reinmuth, 1982). Aphasia berpunca daripada kerosakan otak. Bagi kanak-kanak kerosakan otak berpunca akibat kecederaan otak semasa lahir atau ketumbuhan (tumor) otak. Manakala bagi orang dewasa pula mungkin akibat daripada strok atau kecederaan akibat kemalangan.

Page 15: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

3. Gangguan proses auditori pusat (Central auditory processing disorders /CAPD)

Semasa berkomunikasi, telinga dan otak akan menerima maklumat auditori (pendengaran) dan menterjemahkannya. Kanak-kanak yang mempunyai CAPD tidak mengalami masalah pendengaran (pekak), tetapi atas sebab tertentu otak tidak dapat menterjemah maklumat auditori yang diterima daripada telinga dengan baik.

Page 16: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

MASALAH BAHASA YANG DIHADAPI KANAK-KANAK

Kanak-kanak masalah pembelajaran kebiasaannya menghadapi masalah bahasa yang serius. Masalah bahasa yang mereka hadapi lebih tertumpu kepada ketidakupayaan memperoleh dan menguasai bahasa penerimaan yang tepat, ketidakupayaan memproses bahasa dengan tepat, dan ketidakupayaan menguasai serta melahirkan bahasa pelahiran.

Page 17: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

Masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran secara khusus adalah seperti berikut:

i. mengingat kembali perkataanii. menyatakan perkara atau bentuk yang abstrakiii. memahami perkataan yang mempunyai pelbagai maknaiv. menggunakan ayat yang betul dan lengkap

Page 18: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

Langkah-langkah pengajaran yang anda boleh

lakukan untuk membantu mengatasi masalah

tersebut.

Page 19: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

Intervensi Pengajaran Bahasa

Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah diberi

perhatian untuk dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untk membantu memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi

oleh kanak-kanak ini dikenali sebagai intervensi. Apabila mengajar bahasa kepada

kanak-kanak terutamanya kanak-kanak masalah pembelajaran, guru hendaklah

menggunakan beberapa teknik pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan

bahasa kanak-kanak tersebut

Page 20: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

i. Ajar bahasa di dalam situasi

Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya

menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Contoh: membantu ayah di kebun.

ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal

Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak

mengikut peringkat umur mereka.

Page 21: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep

baru

Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak

masalah pembelajaran seperti teknik REBUS, kaedah VAKT, kaedah fonik dan sebagainya.

iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan

Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu cara mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan

Page 22: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

v. Terangkan apa yang orang lain lakukan

Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan perkara yang dilakukan oleh orang lain. Menceritakan

apa yang dilihat adalah lebih mudah dilakukan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran.

vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khusus

Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak dapat meniru

kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara guru

menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman pembaca berita TV

membaca berita

Page 23: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

vii. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-

kemahiran bahasa dalam lingkungan konteksnya

Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh

dimanfaatkan untuk menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang

boleh mereka pelajari. Selain itu, aktiviti harian pelajar juga boleh

digunakan sebagai bahan atau tema pengajaran bahasa.

Page 24: ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP(641210-08-5269) SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN(640727-08-6315)

TERIMA KASIH