ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ HARNANI BINTI SHUMSUDIN …...Dengan Piawaian Perakaunan Yang Diterima...
Transcript of ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ HARNANI BINTI SHUMSUDIN …...Dengan Piawaian Perakaunan Yang Diterima...
ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ
HARNANI BINTI SHUMSUDIN
PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TEL : 07-5530404
E-MEL : [email protected]
KERJA UTM…..KERAJAAN
ATAU BUKAN ???????
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971
PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA 1978
AKTA BADAN-BADAN BERKANUN (TATATERTIB
DAN SURCAJ) 2000
LAIN-LAIN SURATCARA YANG BERKAITAN
PERUNDANGAN
TAKRIFAN
DITAKRIFKAN SEBAGAI BADAN ATAU
INSTITUSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
MENJALANKAN FUNGSI-FUNGSI PENGURUSAN
DAN PENTADBIRAN SESEBUAH NEGARA
DEFINISI KERAJAAN
APA ITU KERAJAAN
PERSEKUTUAN???????
KERAJAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA Merujuk
Kepada KERAJAAN Atau KERAJAAN NEGARA Ialah Pihak Berkuasa
Yang Berpusat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Eksekutif
Persekutuan Yang Berpusat Di Putrajaya. Malaysia Adalah Sebuah
Persekutuan 13 Negeri Dan 3 Wilayah Persekutuan Yang Beroperasi
Dalam Konsep Raja Berperlembagaan Di Bawah Sistem Parlimen
Westminster Dan Dikategorikan Sebagai Demokrasi Berparlimen. Kerajaan
Persekutuan Malaysia Mematuhi Dan Dicipta Oleh Perlembagaan
Persekutuan, Undang-Undang Tertinggi Di Negara Ini. Kerajaan Persekutuan
Menerapkan Prinsip Pengasingan Kuasa Dan Mempunyai Tiga Cabang:
Eksekutif, Perundangan Dan Kehakiman. Kerajaan-kerajaan Negeri Dalam
Malaysia Juga Mempunyai Badan-badan Eksekutif Dan Perundangan Masing-
masing. Sistem Kehakiman Di Malaysia Adalah Sistem Mahkamah
Dipersekutukan Dan Beroperasi Secara Seragam Di Seluruh Negara.
Kerajaan Persekutuan Adalah Merupakan Gabungan Di
Antara Kerajaan Pusat Dan Kerajaan Negeri. Setiap
Peringkat Kerajaan Mempunyai Autonomi Perundangannya
Sendiri Dalam Perkara-perkara Tertentu.
Mempunyai Kuasa Sepenuhnya Dalam Hal Ehwal
Hubungan Luar dan Hal Ehwal Umum
Menyempurnakan Tugas Penggubalan Dasar,
Perancangan, Perlaksanaan, Penyelarasan Dan Penilaian
Ke Atas Pembangunan Negara. Perlaksanaan Yang
Sempurna Ke Atas Rancangan Dan Projek-Projek
Pembangunan Bergantung Kepada Tahap Keberkesanan
Peranan Yang Dimainkan Oleh Setiap Agensi
Persekutuan.
FUNGSI KERAJAAN PERSEKUTUAN
STRUKTUR KERAJAAN
PERSEKUTUAN
KUASA EKSEKUTIF IAITU KUASA PENTADBIRAN,
DIPERUNTUKKAN DI BAWAH PERKARA 39
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN KEPADA SERI
PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG,
TETAPI DILAKSANAKAN OLEH JEMAAH
MENTERI YANG DIKETUAI OLEH PERDANA
MENTERI
YANG DIPERTUAN AGONG
DILANTIK OLEH YANG DIPERTUAN AGONG UNTUK
MENASIHAT DAN MEMBANTUNYA
JEMAAH MENTERI BERTANGGUNGJAWAB SECARA
BERSAMA DI PARLIMEN
PERKARA 43 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN,
ANGGOTA KABINET HANYA BOLEH DIPILIH
DARIPADA MANA-MANA MAJLIS PARLIMEN IAITU
DEWAN RAKYAT ATAUPUN DEWAN PARLIMEN
JEMAAH MENTERI
APA ITU BADAN
BERKANUN????
Badan Berkanun Persekutuan Merupakan Agensi Separuh Kerajaan Yang
Ditubuhkan Di Bawah Akta Parlimen & Enakmen Negeri Supaya Agensi Ini
Dapat Menjalankan Tugas Dengan Bebas. Badan-badan Berkanun Diletakkan Di
Bawah Portfolio Menteri. Setiap Badan Berkanun Mempunyai Lembaga
Pengarah Yang Bertanggungjawab Membentuk Dasar, Kewangan dan
Keselamatan Serta Mengawasi Perjalanan Agensi-agensi Tersebut.
Badan Berkanun Hendaklah Mematuhi Dasar-dasar Yang Telah Ditetapkan
Oleh Menteri Persekutuan.
Setiap Badan Berkanun Mempunyai Staf Yang Dilantik Sendiri Bagi Semua
Kumpulan, Namun Perlu Merujuk Kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Dan Perbendaharan Bagi Mendapatkan Kelulusan Berkaitan Dengan Perjawatan,
Atau Sumber Tenaga Manusia Seperti Mengadakan Skim Perkhidmatan,
Menambah Jawatan Dll.
Anggaran Belanjawan Tahunan Dan Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Setiap Badan Berkanun Perlu Dikemukakan Kepada Kementerian Yang
Bertanggungjawab Ke Atasnya Bagi Kelulusan Sebelum Dimaklumkan Kepada
Agensi Pusat.
Badan-badan Berkanun Ini Mempunyai Peranan Yang Bercorak Pendidikan
seperti 20 Universiti Awam.
BADAN BERKANUN TERLIBAT DALAM
PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI. MEMBANTU
MELICINKAN PENTADBIRAN DENGAN
MENGURANGKAN BIROKRASI. IANYA LEBIH
BERMOTIFKAN KEBAJIKAN.
FUNGSI BADAN BERKANUN
BIDANG KUASA BADAN
BERKANUN
Bidang Kuasa Sesebuah Badan Berkanun Persekutuan Adalah LuasDan Antaranya Boleh Membuat Pinjaman, Memberi Pinjaman,
Melabur, Menubuhkan Syarikat Subsidiari, Kumpulan Wang, AkaunAmanah Dan Melaksanakan Program Atau Aktiviti Tertakluk Kepada
Akta Tubuhnya.
Isu Perjawatan, Kewangan, Urus Tadbir, Semuanya Masih MenggunaPakai Pelbagai Pekeliling Perkhidmatan Awam Dan Perbendaharaan
Asal-usul Akta Badan Berkanun (Termasuk Universiti) JelasDinyatakan Bahawa Akta Tubuh Badan Berkanun Mempunyai
Autonomi Di Bawah Kuasa Menteri Mengikut Ministerial Function Act 1969 (Akta 2) Pindaan Tahun 1999
Universiti Sebagai Badan Berkanun Hendaklah MenggubalPeraturan Kewangan, Sistem Dan Prosedur Sendiri Serta Menetapkan Polisi Perakaunan Selagi Tidak Bercanggah
Dengan Piawaian Perakaunan Yang Diterima Umum. BadanBerkanun Persekutuan Adalah Tidak Tertakluk Kepada
Arahan Perbendaharaan Dan Sebarang Pekeliling Kerajaan Kecuali Yang Khusus Berkaitannya.” Tegasnya, Bahawa Hanya
Pekeliling Mengenai Badan Berkanun Yang Boleh DipakaiBukan Pekeliling Umum Kepada Semua Jabatan Kerajaan
Persekutuan.
Jemaah Menteri Bersetuju Memberikan Autonomi
Kepada IPTA Mengikut 4 Bidang Iaitu Governan
Institusi, Kewangan Dan Penjanaan Kekayaan, Pengurusan
Sumber Manusia Dan Pengurusan Akademik Serta
Kemasukan Pelajar Dengan Berpaksikan Kepada
Beberapa Prinsip Asas Autonomi
Pemakaian Semua Pekeliling Perbendaharaan Sebagai Asas Peraturan Berkaitan
Pengurusan Kewangan Dalaman Dan Lembaga Pengarah Universiti Adalah Pihak
Berkuasa Yang Mengambil Alih Peranan Perbendaharaan Di Dalam Memantau
Dan Bertindak Melindungi Kepentingan Pelaburan Kerajaan Di Mana Berkaitan;
Pemakaian Semua Pekeliling Perkhidmatan Awam Sebagai Asas Peraturan
Berkaitan Pengurusan Sumber Manusia Dan Lembaga Pengarah Universiti Adalah
Pihak Berkuasa Yang Menggantikan Peranan Jabatan Perkhidmatan Awam Di
Mana Berkaitan;
Bebanan Serta Pendedahan Kewangan Kerajaan Hanya Dihadkan Kepada
Peruntukan Belanja Mengurus Tahunan Dan Peruntukan Pembangunan Yang
Diluluskan Kerajaan Melainkan Diputuskan Sebaliknya Oleh Kerajaan Pusat;
PRINSIP ASAS AUTONOMI
Penjanaan Pendapatan Oleh IPTA Hendaklah Mengutama Dan Memastikan
Perlindungan Serta Kepentingan (Insulate And Protect) Universiti Dan Kerajaan;
Skim Saraan Berasingan, Jika Perlu Diwujudkan Oleh IPTA Berasaskan
Peruntukan Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 Yang Berkuat Kuasa, Dan
Sistem Ini Hendaklah Berasaskan Prinsip Ketaksamaan, Kelestarian Dan Tidak
Langsung Membebankan Kerajaan; Dan
Tindakan Tegas Mengikut Peruntukan Tatatertib Semasa Seperti Surcaj, Turun
Pangkat, Buang Kerja Dan Yang Berkaitan Boleh Diambil Terhadap Pegawai Dan
Staf IPTA Yang Gagal Mematuhi Tatacara Dan Peraturan Serta Cuai Semasa
Melaksanakan Tugas.
PRINSIP ASAS AUTONOMI