Abdul Karim Soroush

14
0 ISI KANDUNGAN MUKASURAT ABSTRAK 1 PENDAHULUAN 2 BIOGRAFI ABDUL KARIM SOROUSH 2 PENDIRIAN SOROUSH TENTANG DEMOKRASI DAN WILAYAH AL-FAQIH 3 i. Demokrasi 3 ii. Wilayah al-Faqih 6 ANALISIS DAN RESPON TERHADAP PEMIKIRAN SOROUSH 8 KESIMPULAN 10 RUJUKAN 11

description

ok

Transcript of Abdul Karim Soroush

11

ISI KANDUNGAN MUKASURAT ABSTRAK1PENDAHULUAN2BIOGRAFI ABDUL KARIM SOROUSH2PENDIRIAN SOROUSH TENTANG DEMOKRASI DAN WILAYAH AL-FAQIH3i.Demokrasi3ii.Wilayah al-Faqih6ANALISIS DAN RESPON TERHADAP PEMIKIRAN SOROUSH8KESIMPULAN10RUJUKAN11

ABSTRAKPergerakan aktiviti pemikiran Islam telah lama berkembang pesat. pemikiran islam semasa ialah satu gagasan atau buah fikiran pemikir-pemikir Islam atau ulama yang bersumberkan dan berasaskan al-Quran dan al-Sunnah untuk menjawab permasalahan-permasalahan manusia dan masyarakat yang timbul. Pemikiran Islam dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian. pertama: Tadisionalisme, kedua: Fundamentalisme, ketiga: Modenisme dan keempat: sekularlisme-liberalisme. Pada zaman ini pemikiran modenisme Islam telah berkembang dan banyak melahirkan pemikir-pemikir yang banyak menyumbangkan pemikiran dan idea baru bagi memodenkan Islam. Salah seorang daripada mereka ialah Abdul Karim Soroush yang berasal daripada Iran.Adapun objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti lebih jauh lagi tentang Soroush dan juga bertujuan untuk menganalisa pemikirannya. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kepustakaan yang memfokuskan kepada kajian buku-buku dan artikel-artikel yang berkaitan dengan tajuk kajian. Fokus perbincangan kajian ini lebih tertumpu kepada pemikiran demokrasi Soroush. Hasil kajian mendapati bahawa Soroush ialah seorang pemikir yang mengenalkan pemikiran-pemikiran baru yang berbeza daripada pemikir-pemikir sebelumnya dan beliau tergolong ke dalam kategori modenis liberal Islam.

Kata Kunci: Soroush, Pemikiran Islam, Iran.

PENDAHULUAN

Revolusi Islam Iran 1979 yang tercetus akibat kekejaman rejim Shah Iran telah memberi kesan dan perubahan yang sangat besar kepada dunia Islam. Revolusi ini telah menjadi inspirasi yang menyemarakkan lagi semangat umat Islam yang tertindas pada masa itu untuk memperjuangkan Islam dan menentang ketidakadilan, bukan sahaja di Iran ataupun Timur Tengah, bahkan di seluruh dunia. Revolusi ini dianggap oleh para pemerhati dan pengkaji kebangkitan Islam sebagai satu fenomena yang unik dan menarik dalam abad ke dua puluh. Revolusi ini telah mencipta satu pemerintahan negara yang baru khususnya di Iran. Sistem pemerintahan yang baru ini telah menerbitkan pelbagai respon dari kalangan pemikir Islam. Antaranya yang akan dibincangkan dalam penulisan ini ialah Abdul Karim Soroush. Abdul Karim Soroush ialah seorang pemikir Islam yang membawa pemikiran baru yang nyata berbeza dari golongan ulama Syiah, meskipun telah menerima pelbagai kritikan dan ancaman, namun beliau tetap dikagumi terutamanya oleh golongan belia muslim yang kecewa dengan sistem pemerintahan Iran pada ketika itu.Penulisan ini akan membahaskan secara ringkas tentang latar belakang Abdul Karim Soroush, seterusnya memfokuskan tentang pemikiran beliau khususnya tentang pendiriannya terhadap konsep demokrasi dan wilayat al-Faqih.

BIOGRAFI ABDUL KARIM SOROUSH

Nama sebenar Abdul Karim Soroush ialah Hussein Haj Faraj Dabbagh, dilahirkan di Tehran pada tahun 1945. Setelah tamat sekolah menengah, Soroush mula belajar dalam bidang Farmasi selepas lulus peperiksaan National Entrance Iran. Selepas menamatkan pengajian, beliau kemudiannya pergi ke London untuk meneruskan pengajian dan untuk membiasakan diri dengan dunia moden. Selepas menamatkan pengajian dalam analisis kimia dari universiti di London, dia meneruskan pelajaran di Chelsea College, untuk belajar sejarah dan falsafah sains, di sana dia menghabiskan masa lima setengah tahun. Semasa tahun-tahun itu, konfrontasi antara rakyat dan rejim Shah menjadi lebih tegang, dan perhimpunan politik oleh rakyat Iran di Amerika dan Eropah, dan Britain khususnya, semakin rancak. Soroush juga terlibat sama. Selepas Revolusi, Soroush kembali ke Iran dan di sana dia menerbitkan bukunya "Ilmu dan Nilai" (Danesh va Arzesh) yang telah diselesaikan di England. Dia kemudian telah dilantik sebagai Pengarah Kumpulan Kebudayaan Islam yang baru ditubuhkan di Tehrans Teacher Training College. Setahun kemudian, semua universiti telah ditutup, dan satu pertubuhan yang baru diwujudkan dengan nama Cultural Revolution Institute, Institut Revolusi Kebudayaan yang terdiri daripada tujuh orang ahli, termasuk Abdul Karim Soroush, yang kesemuanya telah dilantik secara langsung oleh Ayatollah Khomeini. Tujuan institut ini adalah untuk membawa kepada pembukaan semula universiti dengan penyusunan semula sukatan pelajaran secara keseluruhan. (http://drsoroush.com/en/biography/)Pada tahun 1983, disebabkan oleh beberapa perbezaan yang muncul antara Soroush dan pengurusan Teacher Training College, dia berpindah ke Institute for Cultural Research and Studies di mana dia telah berkhidmat sebagai ahli penyelidikan sehingga hari ini. Dia meletakkan jawatannya daripada keanggotaan dalam Cultural Revolution Council kepada Imam Khomeini dan tidak pernah ada kedudukan rasmi dalam sistem pemerintah Iran, kecuali kadang-kadang dilantik sebagai penasihat kepada badan-badan kerajaan yang tertentu. Jawatan utamanya adalah sebagai seorang penyelidik di Institute for Cultural Research and Studies. Pada tahun 90-an, Soroush menjadi lebih kritikal terhadap peranan politik yang dimainkan oleh ulama Iran. Majalah bulanan yang beliau pengasas bersama, Kiyan, tidak lama kemudian menjadi forum yang paling menonjol untuk intelektualisme agama. Dalam majalah ini dia menerbitkan artikel paling kontroversi mengenai pluralisme agama, hermeneutik, toleransi, dan lain-lain. Majalah itu telah diberhentikan pada tahun 1998 melalui perintah langsung daripada pemimpin tertinggi Republik Islam. Oleh kerana pemikirannya yang berbeza dan kritis terhadap pemikiran-pemikiran para ulama Syiah, Abdul Karim Soroush telah dilarang memberikan kuliah dan ucapan oleh organisasi sukarelawan Ansar-e-Hizbullah dan ini memaksanya untuk keluar daripada Iran. Dari tahun 2000 seterusnya Abdul Karim Soroush telah menjadi Profesor jemputan di Universiti Harvard mengajarkan Islam dan Demokrasi, Pengajian Quran dan Falsafah Undang-undang Islam. Beliau turut mengajar Falsafah Politik Islam di Princeton University dan Wissenschaftkolleg Berlin, Jerman. (http://drsoroush.com/en/biography/)Pada bulan April 2004, Soroush bersama Sadik Jalal al-Azm (Syria), Fatima Mernisi (Maroko) menjadi penerima penghargaan Erasmus Prize yang dianjurkan oleh Praemium Erasmianum Foundation. Keberhasilan Soroush mendapat penghargaan tersebut disebabkan kemahirannya menggabungkan agama dengan kemodenan. Soroush juga pernah menerima penghargaan sebagai Muslim Democrat of the Year untuk tahun 2004 dari Centre for the Study of Islam and Democracy (CSID) di Washington DC, Amerika. Pada bulan April 2005, Soroush terpilih menjadi salah satu dari 100 orang yang paling berpengaruh di dunia versi majalah TIME. Penghargaan tersebut diberikan kepada mereka yang memiliki kemahiran untuk melakukan transformasi di dunia. TIME menyebut Soroush sebagai Irans Democratic Voice. (Tedi Kholiluddin 2006)PENDIRIAN SOROUSH TENTANG DEMOKRASI DAN WILAYAH AL-FAQIH

Dalam bahagian ini penulis akan membincangkan secara ringkas pemikiran Soroush tentang demokrasi dan khususnya wilayah al-faqih, yang mana keduanya sering menjadi isu dan topik yang diperkatakan oleh Soroush, yang menjadi dasar kepada hujahnya ialah bahawa agama ialah sesuatu yang suci dan kekal, manakala penafsiran dan pemahaman tentang agama boleh berubah.i. DemokrasiIstilah demokrasi berasal dari Yunani demos bererti rakyat dan kratia atau kratein bererti pemerintahan. Secara ringkasnya, demokrasi bererti pemerintahan oleh rakyat; kekuasaan tertinggi berada di tangan rakyat. Menurut Abraham Lincoln demokrasi adalah pemerintahan yang berasal dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Terdapat beberapa pandangan mengenai demokrasi dan hubungannya dengan agama dalam lingkungan pemikir Islam. Secara umumnya, dapat dibahagikan kepada tiga kelompok: kumpulan yang menolak demokrasi sepenuhnya, kumpulan yang menyokong demokrasi (nasionalis-sekuler) dan kumpulan yang tidak menolak dan juga tidak menerima secara sepenuhnya, mereka cuba untuk mencari titik temu dan menggabungkan konsep demokrasi dengan nilai-nilai agama antaranya ialah Abdul Karim Soroush termasuk ke dalam kumpulan ketiga. (Muhammad Azhar 2014:48)Dalam pemerintahan Islam, Soroush menyatakan bahawa tidak ada satu bentuk tunggal yang ditetapkan oleh Tuhan bagi pemerintahan Islam. Jika dibaca tentang pemikiran-pemikirannya, dia sering membicarakan tentang kebebasan berpendapat, demokrasi dan pentingnya seorang pemimpin bersikap terbuka terhadap kritikan (Haidar 2002: xvi). Menurut Soroush lagi demokrasi itu adalah pemisahan kekuasaan, wajib belajar untuk masyarakat umum, kebebasan untuk media, kebebasan bersuara, dewan musyawarah untuk pelbagai pembuat keputusan, parti politik, pilihan raya dan parlimen adalah cara untuk mencapai dan mewujudkan demokrasi. (Abdul Karim Soroush 2002:195)Dalam satu temubual bersama Robin Wright (1996), Soroush menyatakan bahawa demokrasi bagi dunia Islam di dasarkan pada dua asas. Pertama, untuk menjadi mukmin, seseorang harus memiliki kebebasan. Keimanan atau keyakinan yang disebabkan oleh ancaman atau paksaan adalah bukan keimanan yang sebenar. Apabila seorang yang beriman secara bebas tunduk dan patuh, bukan bererti bahawa dia mengorbankan kebebasan. Ia juga tetap memiliki kebebasan untuk meninggalkan keyakinannya. Kebebasan inilah yang menjadi asas bagi demokrasi. Menurut Soroush keyakinan dan keinginan dari majoriti akan membentuk sebuah negara Islam yang ideal. Demokrasi Islam tidak boleh dikenakan dari atas; demokrasi itu hanya sah apabila diubah oleh majoriti, termasuk orang-orang yang tidak beriman. ( Robin Wright 1996)

Kedua, pemahaman umat Islam terhadap dan tentang Islam sentiasa berkembang. Teks kitab suci kekal dan tidak akan berubah, tetapi penafsiran umat Islam terhadap teks suci sentiasa berkembang, kerana pemahaman itu dipengaruhi oleh masa dan keadaan. Ia menerangkan lebih lanjut bahawa tidak ada penafsiran yang tepat dan bersifat tetap yang berlaku sepanjang waktu dan di setiap tempat, bahkan menurutnya, tidak ada seorang individu atau sekelompok orang yang berhak mengatakan bahawa hanya dirinya dan kelompoknyalah yang memiliki keahlian untuk melakukan penafsiran terhadap ajaran agama. ( Robin Wright 1996). Menurutnya lagi Islam adalah agama yang akan terus tumbuh dan berkembang. Tetapi pada masa yang sama Islam tidak boleh dijadikan sebagai ideologi moden atau bersifat menyeluruh. Meskipun demikian ia yakin bahawa shariah atau undang-undang Islam dapat dijadikan sebagai asas bagi perundangan moden. Shariah juga menurutnya boleh berkembang dan tahap kesesuaiannya tidak dapat dibayangkan dan menegaskan bahawa dalam demokrasi Islam potensi kesesuaiannya boleh direalisasikan. (Robin Wright 1996)Di antara prinsip-prinsip utama demokrasi adalah menghormati kehendak majoriti dan hak-hak orang lain, adil, simpati dan kepercayaan yang didasarkan pada pengendalian dan keseimbangan, serta dirancang agar lebih peka terhadap bahaya kekuasaan. Keadilan merupakan prasyarat dan keperluan aturan-aturan agama. Maka sebuah perintah yang tidak adilbukanlah dari agama. Keadilan bertujuan untuk memenuhi keperluan, mendapatkan hak, dan menyingkirkan diskriminasi dan ketidakadilan. Dengan demikian, keadilan dan hak asasi manusia sangat erat hubungannya. Hak-hak yang menyangkut pemerintah, kekuasaan, dan hubungan antara penguasa dan yang diperintah adalah di antara elmen yang paling signifikan tentang hak-hak ini. Oleh kerana itu, usaha untuk menahan dan membatasi kekuasaan berkait erat dengan pembentukan keadilan dan hak asasi manusia (Abdul Karim Soroush 2000:132) Walaupun Soroush tidak menyatakan dengan jelas tentang ahlu al-dzimmah dalam pendiriannya mengenai demokrasi, tetapi berdasarkan pendapatnya itu membawa pengertian seolah-olah ada hak dan kewajiban yang sama di antara semua warga negara tanpa mengira status keagamaannya, kerana tidak ada perbezaan di antara muslim dengan bukan muslim maka mereka boleh ikut serta sepenuhnya dalam segala macam bidang kehidupan termasuk dalam kehidupan politik. Dengan demikian, seorang warga negara bukan muslim boleh sahaja menjadi ketua negara sebuah negara Islam. Menurut Ajat Sudrajat (t.th), dalam suatu negara-bangsa yang tidak bercorak ideologi, hal yang demikian mungkin tidak menjadi persoalan utama, akan tetapi jika suatu negara dengan tegas menyatakan sebagai negara ideologi, Negara Islam misalnya, adakah seorang yang bukan Islam boleh menjadi ketua negaranya? Adalah lebih baik merujuk apakah sebenarnya definisi negara Islam itu dan dari pendefinisian itu kemungkinan akan dapat dicari penyelesaian mengenai kedudukan warga negara dalam penyertaanya di dalam negara. Kalau Negara Islam itu seperti yang dirumuskan oleh Maududi, iaitu negara yang mengikuti ajaran Islam, maka dengan sendirinya negara itu mesti mengikut al-Quran dan al-Sunnah. Adakah penafsiran politik yang menyamakan status warga negara boleh melakukannya? Dan adakah dapat dijamin pelaksanaan syariat Islam, bila negara itu diketuai oleh seseorang yang tidak beragama Islam ( Ajat Sudrajat t.t)Dalam konteks Islam, konsep musyawarah dan munazharah, mempunyai banyak persamaan dengan konsep demokrasi (tetapi keduanya berbeza dari sudut prosedur) yang mana dalam zaman kegemilangan Islam telah mewujudkan kebebasan untuk berfikir. Oleh itu, jika dunia Islam mahu mengembalikan prinsip kebebasan itu, maka tradisi pemikiran dalam Islam perlu dihidupkan semula. Ilmuan yang tersohor seperti al-Farabi dan Ibnu Sina merupakan contoh produk daripada tradisi pemikiran Islam pada era tersebut. (Muhammad Azhar 2014:48)Dalam demokrasi segala persoalan dapat dibahas dan diputuskan berdasarkan suara majoriti, tetapi tidak begitu dalam syura. Syura yang didasarkan pada ajaran Islam tidak membenarkan untuk memusyawarahkan segala sesuatu yang telah ada ketetapannya dari Allah secara tegas dan pasti, dan tidak pula dibenarkan menetapkan hal yang bertentangan dengan prinsip-prinsip ajaran Allah. Islam sebagai sebuah agama tidak sewenang-wenangnya dapat diserasikan dengan demokrasi. Maka, apabila ada pendapat yang mengatakan bahwa Islam sepenuhnya sesuai dengan demokrasi seperti yang digagaskan oleh Soroush, pernyataan itu barangkali tidak melihat keutuhan Islam sebagai agama. Kalau diteliti secara lebih terperinci akan ditemukan sejumlah ajaran dan pandangan yang memang tidak sejalan dengan demokrasi. Menurut Quraish Shihab, tidak semua persoalan agama (ajaran Islam) dapat dimusyawarahkan. Pernyataan ini bermaksud ada ajaran-ajaran tertentu yang sudah tepat sehingga tidak lagi memerlukan pemikiran manusia, baik perseorangan atau kelompok. Oleh yang demikian daripada satu sudut, Islam tidak serasi dengan demokrasi (Ajat Sudrajat t.th).

ii. Wilayah al-Faqih

Konsep wilayah al-Faqih yang diterapkan di Iran pada ketika ini adalah paksi pusat kepada pemikiran Syiah. Sistem yang dikenalkan oleh Imam Khomeini selepas berakhirnya Revolusi Islam Iran 1979, ialah satu sistem politik yang berasaskan perwalian yang mana bersandar kepada seorang faqih yang bersifat adil dan berkemampuan untuk memimpin dan memerintah semasa ghaibnya imam yang maksum (Sopia 2012) yang akan melanjutkan tugas-tugas menyebarkan dan melaksanakan hukum-hukum Allah.(Muhammad Imron 2014)Menurut Tehrani (2005) dalam (Sopia 2012) kata wilayah dalam bahasa Arab terambil daripada kata wali yang menurut istilah ialah unit terkecil yakni tunggal. Dalam bahasa Arab terdapat tiga makna bagi kata wali, pertama: teman; kedua: setia atau berbakti; pendukung atau penyokong. Selain daripada tiga makna tersebut, ada dua makna lain yang disebutkan untuk kata wilayah iaitu, pertama: kekuasan (tertinggi) dan penguasaan dan yang kedua: kepimpinan dan pemerintahan. Manakala dalam Persia, kata wali memiliki makna yang sama dengan makna yang ada dalam bahasa Arab iaitu seperti teman, pendukung, pemilik, pelindung, pembantu dan penjaga. Begitu juga bagi kata wilayah dalam wilayah al-Faqih bermaksud pemerintahan dan pentadbiran atau pengelolaan. Sebahagian orang meletakkan makna ini untuk mendapatkan pengertian pengendalian atau penguasaan, hakim dan kekuasaan tertinggi yang menunjukkan penguasaan wali iaitu yang menguasai negara ke atas rakyat yang dikuasai dan di bawah pemerintahannya. (Sopia 2012)Menurut Noor Arif Maulana (2003) dalam (Muhammad Imron 2014) kata faqih memberi makna kepada orang-orang yang faham ilmu fiqh. Namun dalam makna yang lebih mendalam, faqih diberi makna sebagai seorang Muslim yang sudah mencapai tingkatan tertentu dalam ilmu dan kesalehan, serta memiliki pengetahuan tentang peraturan-peraturan Allah yang telah disampaikan kepada Nabi Muhammad juga dapat membezakan antara sunnah yang sahih dengan yang palsu, yang mutlak dengan yang terbatas, yang umum dengan yang khusus. Wilayah al-Faqih itu dapat didefinisikan sebagai satu kuasa yang diserahkan kepada fuqaha yang berpengetahuan tinggi sehingga mereka dapat mememerintah dan memberi nasihat kepada umat Islam selama ketiadaan imam maksum. Kekuasaan ini diperolehi daripada Tuhan, oleh yang demikian wajib hukumnya keatas rakyat yang diperintah untuk mematuhi dan mentaati segala perintah faqih sebagai penguasa tunggal yang sah baik dalam urusan agama mahupun pemerintahan. (Sopia 2012)Tehrani (2005) dalam (Sopia 2012) menyebutkan Ayatollah Khomeini ialah seorang faqih yang kemudiannya menggunakan konsep wilayah al-Faqih ini secara praktikal dalam konstitusi Iran yang mengakui bahawa faqih mempunyai kuasa mutlak terhadap sesuatu. Faqih yang memenuhi syarat, diberikan segala kekuasaan dan tanggung jawab imam kedua belas pada waktu ghaibnya dikecualikan ketika adanya alasan tertentu bahawa kekuasaan dan tanggun jawab itu masih berada di tangan Imam. Khomeini (t.th) dalam Muhammad Imron (2014:125) mengatakan wilayah al-Faqih berbeza dengan model pemerintahan di negara-negara lain. Memang dapat dibandingkan wilayah al-Faqih ini dengan beberapa model pemerintahan monarki dan demokrasi yang sudah awal didemonstrasikan oleh negara-negara Barat. Konsep Wilayah al-faqih ini merupakan kepemimpinan yang dipegang dan dijalankan oleh para faqih berdasarkan hukum-hukum dari Allah SWT. Adapun Allah, adalah satu-satunya pemilik hak eklusif pembuat undang-undang dan berkuasa penegakan undang-undang. Soroush seperti yang diketahui pada awal Revolusi Islam Iran ialah pemikir yang menyokong revolusi tersebut. Bahkan beliau dilantik oleh Imam Khomeini sebagai salah seorang anggota Dewan Penasihat Revolusi Kebudayaan. (Haidar 2000). Kemudian dalam tulisannya dia didapati mengkritik konsep wilayah al-Faqih. Dina Mardiya dalam (Tedi Kholiludin..2006) mengatakan bahawa gagasan-gagasan Soroush yang berbunyi kritikan terhadap wilayah al-Faqih itu kebanyakannya terdapat dalam majalah Kiyan yang terdapat dalamnya fahaman Liberalisme, Pluralisme, Sekularisme serta kesetaraan gender. Namun demikian beliau tidak menginginkan konstitusi Republik Islam Iran itu dirombak. (Haidar 2002)Tedi Kholiludin (2006) mengatakan bahawa kritikan Soroush terhadap wilayah al-Faqih itu sebenarnya terletak pada dua perkara. Pertama penentangan terhadap orang yang berkuasa untuk menafsirkan kebenaran. Kedua pula anakronismenya sistem tersebut kerana sifatnya yang mengambil masa yang lama untuk mengadaptasikan kemodenan.Haidar (2002) memetik perkataan Soroush bahawa tiada yang suci dalam masyarakat manusia, setiap manusia itu boleh sahaja membuat kesalahan. Walaupun agama itu sendiri suci, penafsiran-penafsirannya tidak dianggap suci dan boleh sahaja menerima kritikan, pengubahsuaian, pengesahan dan boleh didefinisikan kembali.Daripada kata-kata Soroush itu penulis dapat memahami bahawa Soroush tidak menyetujui konsep wilayah al-Faqih yang berkembang di Iran pada ketika ini yang menganggap setiap penafsiran atau hukum yang dibuat oleh seorang Faqih itu suci dan mesti dipatuhi. Jelas di sini Soroush mengkritik dan berpendapat bahawa seorang pemimpin itu perlulah terbuka kepada kritikan-kritikan. Ini adalah disebabkan tiada suatu pun yang suci melainkan agama itu sendiri yang mana datang daripada Tuhan. Bahkan selainnya itu sepatutnya dan semestinya boleh menerima kritikan-kritikan seperti mana yang berlaku kepada sarjana-sarjana Islam yang mana mereka tidak terlepas daripada kritikan orang bagaimana pula halnya seorang faqih ini yang mana hukum dan penafsirannya tidak tertolak dan diterima bulat-bulat oleh masyarakat di bawah pemerintahannya.Konsep wilayah al-Faqih bukanlah satu-satunya konsep tentang negara yang dikehendaki Tuhan sehingga perlunya direalisasikan sebenar-benarnya. Ini adalah disebabkan Tuhan tidak pernah menetapkan satu bentuk negara tunggal bagi pemerintahan Islam maka bentuk negara apapun boleh diterapkan selagimana ada ruang untuk kebebasan berpendapat. (Soroush 2002)Menurut Soroush lagi kelemahan teori wilayah al-Faqih ini ialah fokus dan tumpuan hanya kepada seorang faqih atau penguasa yang adil. Beliau menambah seolah-olah ada anggapan yang berpendapat bahawa satu masyarakat yang adil itu ialah merupakan hasil daripada keadilan dan kepimpinan seorang penguasa tunggal. Rakyat dan masyarakat bagi Soroush sepatutnya tidak kembali merujuk kepada keadilan seorang individu itu kerana konsekuensinya sangat tinggi kepada masyarakat dan rakyat yang diperintah. (Haidar 2002)Walaupun Soroush pada mulanya pernah menjawat sebagai anggota Lembaga Kebudayaan selepas kepulangannya daripada Eropah. Beliau tidak bertahan lama dalam jawatan itu, beliau menarik diri. Jika dilihat pada latar belakang pendidikan Soroush, beliau ialah seorang yang berpendidikan daripada dua institusi yang berbeza iaitu tradisional dan moden. Beliau mendapatkan pendidikan tradisional beliau semasa di alam sekolah menengah manakala pendidikan moden pula beliau perolehi semasa perkuliahan di Universiti. Melalui gabungan dua budaya inilah yang mendorong Soroush menjadi seorang yang kritis terhadap sistem wilayah al-Faqih akan tetapi dengan bekalan intelektual dan akademik. (Tedi Kholiludin.2006:200)Adapun perkara yang menyebabkan Soroush selalu berbicara mengenai permasalahan demokrasi, pluralisme, sekularisme dan kesetaraan gender ialah kerana beliau ialah Anak Pasca Revolusi yang mana beliau tidak sempat merasakan kepahitan semasa pemerintahan Shah dalam jangka masa yang lama. Keadaan Soroush dengan Khomeini sangat berbeza pada ketika itu, Soroush ialah seorang mahasiswa yang pulang daripada Eropah manakala Khomeini pula ialah seorang yang telah lama berkecimpung dalam dunia politik Islam dan bertahun-tahun ditindas oleh pemerintahan Shah. Itulah sebabnya kenapa pendekatan keduanya sangat berlainan pasca Revolusi Iran itu. (Tedi Kholiludin.2006:200)Di sini penulis dapat simpulkan bahawa Soroush ialah seorang yang sangat kritis terhadap golongan agama atau ulama. Menurut Soroush dalam Haidar (2002) tiada seorang pun termasuk para ulama memiliki hak eksklusif untuk menafsirkan akidah-akidah keimanan. Daripada kenyataan Soroush itu dapat disimpulkan bahawa kebebasan berpendapat itu perlu ada dan pendapat serta penafsiran teks-teks agama atau akidah sepatutnya tidak terbatas kepada para ulama sahaja dan dari sinilah Soroush dilabelkan sebagai seorang yang liberal oleh Ansar-e-Hizbullah yang mana menyerang beliau ketika dalam ceramahnya dan menyekat kegiatan ceramahnya. Sorouh juga jelas dapat dilihat tidak menerima dan membangkang wilayah al-faqih itu kerana pemerintah sepatutnya mementingkan hak-hak umum rakyat yang di bawah pemerintahannya dan bukannya keperluannya semata-mata. Bahkan pemerintah seharusnya bertindak untuk memenuhi keperluan dan kepuasan rakyat, manakala masyarakat sepatutnya bertindak sebagai pemilik hak-hak mereka sendiri. Dalam konsep wilayah al-Faqih yang digunakan di Republik Islam Iran, hak-hak masyarakat sememangnya diabaikan kerana dalam konsep ini segala perkataan atau hukum yang keluar daripada faqih itu ialah perintah yang wajib dipatuhi.ANALISIS DAN RESPON TERHADAP PEMIKIRAN SOROUSH

Dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Asef Bayat, The Coming of Post Islamic Society (1996) gerakan pemikiran yang dibawa oleh Soroush ini digelar Andish-ye Diger atau The Alternative Thought Movement. Gerakan ini bukan anti-Islam tetapi bertujuan untuk mentakrifkan semula keupayaan agama di zaman moden bagi memenuhi keperluan manusia yang kompleks. Secara epistemologi ia membawa kepada pembacaan al-Quran secara hermeneutik, menolak satu penafsiran agama yang tepat oleh ulama. Malah, gerakan ini bertujuan untuk menamatkan tanggapan bahawa tugas untuk menafsir agama hanya untuk golongan ulama sahaja. Gerakan ini berfungsi sebagai kritikan kepada idea Wilayah al-Faqih, yang memegang tampuk undang-undang negara Islam di Iran. Gerakan ini berpendapat bahawa pentadbiran masyarakat moden bukanlah melalui agama, tetapi melalui rasional saintifik dalam struktur demokratik. Pada hakikatnya, gerakan ini ingin menubuhkan sebuah negara sekular yang demokratik yang menempatkan Islam sebagai kepercayaan. Soroush juga menolak al- lslam huwa al-hal (Islam adalah penyelesaian), slogan yang popular dalam kalangan gerakan Islam kontemporari di dunia Arab. Baginya, agama mempunyai keterbatasan dalam menjawab semua masalah manusia. Gerakan Alternative Thought telah mendapat sokongan meluas dari kalangan belia, golongan yang berpendidikan, dan juga yang beragama dan sekular, terutamanya golongan moden kelas menengah, yang mana ramai daripada mereka telah terpinggir dari segi politik. Idea-idea yang dikemukakan, tersebar melalui ceramah-ceramah, simposium, persidangan antarabangsa, buku, artikel, dan khususnya, majalah bulanan Kiyan (sebelum penerbitannya diberhentikan pada tahun 1998). (Asef Bayat 1996: 47-48)Melihat kepada pemikiran Soroush yang memfokuskan kepada rasionalisme dan kebebasan berfikir, ramai yang menganggap Soroush sebagai neo-Mutazilah, ini berdasarkan pengakuan beliau sendiri, dalam satu temubual bersama Matin Ghaffarian pada 1 Julai 2008, beliau berkata: Biar saya menambah di sini bahawa saya menganggap diri saya "Neo-Mu'tazilah." Saya percaya bahawa al-Quran adalah makhluk. Ini pendapat Mutazilah. Tetapi kita boleh mengambil satu langkah ke hadapan dan mengatakan fakta bahawa al-Quran adalah ciptaan Tuhan bermakna bahawa al-Quran adalah ciptaan Nabi. Mutazilah tidak berpendapat sebegini akan tetapi saya percaya ia adalah sesuatu yang wajar bagi kepercayaan dan pemikiran mereka. (http://drsoroush.com/en/i-am-a-neo-mutazilite/ 2008)Seorang wartawan Amerika, Robin Wright (1996) menggelarkan Soroush sebagai Luther Islam yang menyokong Islam yang rasional dan Iran yang bebas daripada kezaliman politik dan penguasaan ulama. Malah, dalam konteks gerakan reformis agama moden, pendekatan yang digunakan Soroush setanding dengan Reformasi Kristian oleh Martin Luther (Protestantisme liberal) yang mana pendekatan mereka menekankan bahawa agama bukanlah sesuatu yang dikuasai oleh ulama sahaja dan penafsiran semula tradisi dan teks agama secara rasional. (Sumanto al-Qurtubi 2012).Pemikiran-pemikiran kontroversi Soroush menatijahkan berbagai-bagai tanggapan pro-kontra daripada pelbagai kalangan. Walaupun pemikiran bersifat kritis dan dilihat menggugat autoriti tradisi dan agama, namun ia tetap berasa bahawa bukan semua yang tradisional itu mesti ditolak. Melihat kepada kekecewaan yang terhasil oleh pemeritahan Islam Iran pasca Revolusi Islam Iran yang kononnya ingin memperjuangkan hak asasi manusia namun masih ada beberapa masalah yang dideritai oleh rakyat sebagai contoh kemunduran ekonomi. Justeru, keberanian Soroush dalam menyuarakan pemikiran baharu, ia seakan menjadi wakil suara rakyat Iran yang kecewa khususnya golongan muda, sekalipun menghadapi pelbagai cabaran khususnya dari kalangan ulama Iran. Beliau juga bukan ingin menjadi musuh negara kerana pada awal Revolusi beliau sendiri menjadi antara yang menyokong revolusi ini. Di sini dapat disimpulkan bahawa Soroush adalah seorang modenis liberal Islam melihat kepada pemikirannya yang cenderung kepada ciri-ciri liberal khususnya dalam menggagaskan pemikiran-pemikiran baharu contohnya dalam menolak autoriti agama (wilayah al-Faqih) dan menyokong kepada kebebasan berpendapat yang cenderung menggunakan rasional tambahan lagi melihat kepada latar-belakangnya yang berpendidikan dan berkemahiran dalam menggabungkan ilmu Islam dan ilmu moden.

KESIMPULAN

Kesimpulannya Soroush membawa pemikiran baru yang membezakannya dengan pemikir-pemikir Islam yang mendahuluinya. Dia mengatakan bahawa satu-satunya bentuk kerajaan yang menjamin hak asasi manusia adalah demokrasi. Berdasarkan kehendak dan kepercayaan rakyat, kerajaan demokratik tidak memerintah dengan satu kepercayaan agama tetapi sebaliknya mengikut sentimen agama orang ramai. Seandainya sentimen ini berubah dan pemahaman agama berkembang, kerajaan akan mencerminkan perubahan ini. Demokrasi adalah penting bukan sahaja untuk mempertahankan hak asasi manusia tetapi juga untuk memberikan keadaan yang sesuai bagi pertumbuhan pengetahuan ilmu agama. Dia menolak dan membangkang konsep wilayah al-Faqih yang diterapkan dalam pemerintahan di Iran. Soroush mengatakan bahawa wilayah al-Faqih bukanlah satu-satunya bentuk tunggal pemerintahan Islam yang Allah tetapkan kerana Allah tidak pernah menentukannya. Adapun alasan dan sebab penolakan konsep ini ialah dia seorang yang menyokong kebebasan berpendapat, baginya setiap penafsiran tek-teks agama itu tidaklah sepatutnya terbatas pada ulama saja bahkan terbuka untuk orang ramai, kerana penafsiran teks-teks agama bukanlah sesuatu yang suci sepertimana agama itu sendiri. Dia mengatakan bahawa kelemahan yang ada pada konsep ini ialah tumpuan dan fokusnya hanya kepada pemimpin sahaja dan bukannya rakyat. Menurutnya rakyatlah yang sepatutnya menjadi fokus utama. Soroush juga dilihat sangat kritis terhadap golongan ulama dan berpendapat bahawa para ulama tidak mempunyai hak yang eksklusif dalam penafsiran kebenaran malah ia terbuka kepada semua orang. Oleh yang demikianlah Soroush dilabelkan sebagai modenis liberal Islam.

RUJUKAN

Ajat Sudrajat. (t.th). Islam dan Demokrasi. Indonesia: Universiti Negeri Yogyagarta.Abdul Karim Soroush. 2002. Menggugat Otoritas Dan Tradisi Agama. Terj. Mahmoud Sadri & Ahmad Sadri. Peng. Haidai Bagir. Bandung: Mizan.Abdul Karim Soroush. 2000. Reason, Freedom and Democracy in Islam. Terj. Mahmoud Sadri & Ahmad Sadri. New York: Oxford University Press. Asef Bayat. 1996. the coming of a post-Islamist society dlm. Critical Middle Eastern Studies. vol. 5 (9) pp. 43-52Mohammed Hashas. 2014. Abdolkarim Soroush: The Neo-Mutazilite that Buries Classical Islamic Political Theology in Defence of Religious Democracy and Pluralism dlm.Jurnal Studia Islamica. 109 (2014) 147-173.Mohammad Imron Rosadi. 2014. Konsep Kepimpinan Menurut Syiah Isna Asyariyyah dan Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah.. Indonesia: Institut Agama Islam Negeri Tulungagung. Muhammad Azhar. 2014. The Concept of Religious Democracy as a new political philosophy for Moslem Countries dlm. International Conference on Innovative Trends in Multidisciplinary Academic Research, 20-21 Oktober 2014, Istanbul Turkey, Global Illuminators, Kuala Lumpur pp 47-54.Sopia Pipih Kulsum.2012. Pemikiran Imam Khomeini tentang Wilayatul Faqih dalam Sistem Pemerintahan Republik Islam Iran. Indonesia._______________.Sumanto al-Qurtubi. 2012. The Luther of Shii Islam, Department of Anthropology BostonUniversity. USA vol.22 pp137-164.Tedi Kholiluddin. 2006. Studi Analisis Pemikiran Abdul Karim Soroush Tentang Kritik Sistem Wilayat Al-Faqih. Semarang,Indonesia: Institusi Agama Islam Negeri, Walisongo. http://drsoroush.com/en/biography/ diakses pada 14.04.2015http://drsoroush.com/en/i-am-a-neo-mutazilite/ diakses pada 22.04.2015