abe nip

24
SOALAN 1 ‘ Keagresifan merupakan apa sahaja bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke atas benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan ‘. I. Hubungkaitkan faktor-faktor berlakunya keagresifan dalam sukan dengan teori-teori keagresifan II. Cara-cara mengatasi keagresifan dalam sukan III. Sejauhmanakah aspek keagresifan boleh mempengaruhi prestasi dalam sukan SOALAN 2 Seorang atlet akan menghadapi pertandingan olahraga Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia bagi acara pecut 100 meter dan 200 meter. Didapati atlet tersebut menghadapi masalah kebimbangan dan kurang keyakinan diri untuk menghadapi pertandingan tersebut. Justeru itu, beberapa perkara perlu diberi perhatian semasa merangka program latihan bagi atlet tersebut. Pada asasnya. Program latihan meliputi 5 fasa ( fasa persediaan umum, fasa persediaan khusus, fasa pra- pertandingan, fasa pertandingan dan fasa transisi ). Dalam setiap program latihan ia merangkumi empat elemen ( fizikal, taktikal, teknikal dan psikologi ) yang perlu diterapkan kepada setiap atlet berdasarkan jenis sukan tertentu. Berdasarkan pernyataan di atas, rangkakan satu program latihan dalam tempoh 6 bulan dari aspek psikologi untuk 1

description

yy

Transcript of abe nip

Page 1: abe nip

SOALAN 1

‘ Keagresifan merupakan apa sahaja bentuk tindakan dan perlakuan yang

bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke atas benda hidup yang lain

dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan ‘.

I. Hubungkaitkan faktor-faktor berlakunya keagresifan dalam sukan dengan

teori-teori keagresifan

II. Cara-cara mengatasi keagresifan dalam sukan

III. Sejauhmanakah aspek keagresifan boleh mempengaruhi prestasi dalam

sukan

SOALAN 2

Seorang atlet akan menghadapi pertandingan olahraga Majlis Sukan Sekolah

Sekolah Malaysia bagi acara pecut 100 meter dan 200 meter. Didapati atlet

tersebut menghadapi masalah kebimbangan dan kurang keyakinan diri untuk

menghadapi pertandingan tersebut. Justeru itu, beberapa perkara perlu diberi

perhatian semasa merangka program latihan bagi atlet tersebut. Pada asasnya.

Program latihan meliputi 5 fasa ( fasa persediaan umum, fasa persediaan

khusus, fasa pra-pertandingan, fasa pertandingan dan fasa transisi ). Dalam

setiap program latihan ia merangkumi empat elemen ( fizikal, taktikal, teknikal

dan psikologi ) yang perlu diterapkan kepada setiap atlet berdasarkan jenis

sukan tertentu.

Berdasarkan pernyataan di atas, rangkakan satu program latihan dalam tempoh

6 bulan dari aspek psikologi untuk membantu atlet tersebut mengurangkan tahap

kebimbangan dan meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi pertandingan.

1

Page 2: abe nip

SOALAN 1 :

Pengenalan

Dalam sukan, atlet tidak dapat lari daripada menggunakan pendekatan

psikologi bagi memastikan ketahanan mental mereka berada di tahap optimum.

Masyarakat mulai sedar bahawa penggunaan dan aplikasi teori-teori psikologi

dalam pembentukan ketahanan mental atlet adalah sama pentingnya dengan

ketahanan fizikal. Atlet yang mempunyai ketahanan mental yang optimum

mempunyai kelebihan daripada atlet yang mempunyai daya pemikiran negatif

dan murung. Secara umumnya psikologi adalah kajian saintifik mengenai tingkah

laku manusia dan proses mental, manakala sukan adalah aktiviti pergerakan

manusia. Apabila psikologi diaplikasikan dalam sukan, maka pergerakan

manusia dilihat dari aspek sains tingkah laku dan proses mentalnya. Banyak

definisi-definisi dikeluarkan oleh tokoh-tokoh sebelum ini seperti ;

Cox (1998) –satu bidang sains iaitu prinsip-prinsip psikologi diaplikasikan

dalam bidang sukan

Weinberg & Gould (1999) – satu bidang kajian saintifik tentang manusia

dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan.

Prinsip psikologi digunakan untuk meningkatkan sesuatu persembahan sukan. Ia

juga membantu ahli sukan meningkatkan potensi diri melalui kawalan dan

keyakinan diri. Melalui kaedah psikolgi, jurulatih boleh memilih dan

memotivasikan atlet supaya boleh bersaing atas keupayaannya, melakukan

psych – out terhadap pihak lawan, mengurangkan atau menangani tekanan,

mencegah penggunaan dadah, membina strategi berkumpulan dan

pembelajaran kemahiran.

2

Page 3: abe nip

Soalan 1 ( i )

Keagresifan didefinisikan sebagai sebarang tingkah laku yang terhasil dan ia

berkait terus dengan matlamat untuk mencederakan individu atau benda hidup

yang lain. ( Baron dan Richardson, 1994 ). Bagi menghasilkan sesuatu tingkah

laku atau tindakan yang dikategorikan sebagai keagresifan, ia mesti menepati 4

kriteria ( Gill, 1986 ). Pertama iaitu merupakan satu tingkah laku sama ada dalam

bentuk fizikal atau lisan. Tingkah laku yang bercorak lisan bertujuan untuk

mencederakan atau menyakitkan seseorang juga dikatakan memiliki sifat

keagresifan. Kriteria yang kedua ialah keagresifan melibatkan sama ada

kecederaan fizikal atau psikologi, iaitu dengan cara memukul ataupun

memalukan seseorang dengan bahasa yang kesat seperti menghamburkan kata-

kata lucah kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil. Seterusnya

keagresifan dilakukan ke atas organisma hidup yag lain seperti menumbuk

seseorang dan juga memukul haiwan. Tetapi, melemparkan raket ke atas tanah

tidak dikira sebagai keagresifan kerana ia tidak melibatkan mencederakan

organisma hidup. Kriteria akhir ialah keagresifan merupakan niat sesuatu lakuan

atau sengaja melakukannya dan mesti ada ekspektasi yang tindakannya berjaya

serta sasaran akan mengalami kecederaan, kesakitan dan teraniaya. Ini

bermaksud kecederaan luar dugaan atau yang tidak disengajakan tidak

dikatakan sebagai keagresifan kerana ia tidak berniat jahat atau sengaja

melakukannya.

Terdapat dua bentuk keagresifan yang berlaku di dalam sukan iaitu ;

instrumental dan keagresifan bermusuhan ( hostile ). Keagresifan instrumental

ialah keagresifan yang menyebabkan berlakunya kecederaan kepada pemain-

pemain pihak lawan. Walau bagaimanapun, pemain yang mencederakan pemain

lain itu bukanlah menetapkan matlamat sebenarnya untuk melihat pemain lawan

3

Page 4: abe nip

teraniaya dan mengalami kecederaan semasa perlawanan, tetapi untuk mecapai

matlamat samada sebagai ganjaran atau maruah diri. Lakuan seperti ini dikenali

sebagai tingkah laku asertif dalam psikologi sukan ( Husman dan Silva, 1984 )

kerana pemain tadi bermain mengikut peraturan dengan intensiti dan emosi yang

tinggi tanpa niat untuk mencederakan sesiapa. Pemain yang terlibat dengan

keagresifan jenis ini biasanya bersifat tenang dan tidak menunjukkan emosinya.

Ganjaran yang akan diterima hasil kemenangan yang dicapai merupakan satu

faktor yang penting yang menjuruskan kepada perlakuan keagresifan tersebut.

Manakala keagresifan bermusuhan ( hostile ) pula adalah bermatlamat

asalnya berniat untuk menyakitkan seseorang secara fizikal atau psikologi

( Dollard 1939 ) . Dalam keagresifan bentuk ini, pemain yang bertindak agresif

telah menetapkan matlamat untuk mencederakan pihak lawan dan

menyebabkan pemain tersebut teraniaya dengan perlakuan agresif yang

dipamerkan dalam perlawanan.Pemain ini juga menganggap bahawa pihak

lawan adalah musuh ketat bagi dirinya dan mesti ditentang.

Tindakan keagresifan pemain-pemain dalam sukan tersebut boleh dikategorikan

hasil daripada teori-teori agresif telah dikenal pasti seperti ; Teori Naluri Sigmund

Freud, Teori Bredemeire ( Bredemeire 1994 ), Teori Kekecewaan-Keagresifan

( Dollard, Doob, Miller, Mowrer dan Sears, 1939 ), Teori Kekecewaan-

Keagresifan yang dikaji semula ( Berkowitz 1965,1969,1993 ) dan Teori

Pembelajaran Sosial ( Bandura 1973 ).

Teori Sigmund Freud

Sigmund Freud menyatakan bahawa setiap individu dilahirkan dengan tenaga

naluri keagresifan dan tenaga ini membina satu dorongan dalaman yang harus

dipuaskan ( Gill, 1986 ). Seringkali tingkah laku agresif merupakan satu cara bagi

sesuatu dorongan keagresifan ini dipuaskan atau dikurangkan tetapi ada banyak

cara lain lagi yang tidak begitu agresif yang boleh dijadikan agen untuk

mengurangkan dorongan ini. Gill ( 1986 ) menyatakan bahawa setiap manusia

4

Page 5: abe nip

mempunyai perasaan atau sifat untuk menjadi agresif di mana perasaan ini

boleh bertambah dan meningkat sehinggakan ia perlu ditunjukkan atau diluahkan

kepada sesuatu objek. Perasaan ini sama ada boleh ditunjukkan atau diluahkan

dengan terus atau menyerang benda hidup lain untuk melepaskan perasaan ini

atau diganti dengan catharsis di mana kemarahan dilepaskan secara sosialnya

yang boleh diterima dalam sukan.

Teori Bredemeire ( Bredemeire 1994 )

Teori Alasan dan Keagresifan Bredemeire pula berdasarkan kepada Teori Piaget

mengenai perkembangan kognitif. Teori Bredemeire adalah mengenai alasan

moral, kehendak atau kemahuan dalam keagresifan berkaitan dengan

tahap/tingkat alasan moral. Teori ini menganggap sifat agresif manusia dianggap

sesuatu keagresifan yang berlaku mesti terdapat perkaitan antara tahap alasan

moral dan tingkah laku yang dapat dilihat ( overt ) mengenai keagresifan dalam

sukan itu sendiri. Dalam sukan tempur seperti ragbi, sesuatu dianggap kasar

dalam permainan ini seolah-olah agresif diterima dan sah kerana terdapat dalam

peraturan. Tahap moral adalah perlu untuk kehidupan harian bagi mengelakkan

keagresifan yang mana keadaan yang sering wujud ini mengakibatkan dendaan

atau hukuman semasa pertandingan.

Teori Kekecewaan – Keagresifan

Teori ini dipelopori oleh Dollard ( 1939 ) menyatakan kekecewaan berlaku

apabila sesuatu motif yang amat diingini oleh seseorang itu tidap dapat dicapai

kerana pergerakan ke arah motif itu dihalang atau terhenti. Contohnya, apabila

seseorang pemain bola sepak tertekan akibat pengadil menyalahkannya

menjatuhkan pemain lawan secara bersih, beliau akan berasa kecewa, dan

kekecewaan terhadap keputusan pengadil itu mengakibatkannya ingin

melakukan sesuatu aksi yang lebih keras secara sengaja walaupun dia

mengetahui akibatnya nanti. Kejadian seumpama ini merupakan suatu perbuatan

5

Page 6: abe nip

keterlaluan sehingga menimbulkan sikap agresif dan menghilangkan sifat-sifat

kemanusiaan.

Teori Kekecewaan – Keagresifan

Berkowitz ( 1965,1969, 1993 ) telah mengkaji semula Teori Kekecewaan –

Keagresifan dengan Teori Pembelajaran Sosial dan berpendapat bahawa

kekecewaan tidak semestinya diakhiri dengan keagresifan, tetapi boleh

mewujudkan keagresifan dengan syarat wujudnya ransangan tertentu.

Keagresifan akan berlaku apabila beberapa ransangan, terutama ransangan

negatif bergabung dengan kekecewaan yang akhirnya keagresifan hadir

bersama. Ransangan ini merupakan tanda atau isyarat yang

menghubungkaitakn antara kekecewaan dan keagresifan. Unsur-unsur negatif

akibat kekecewaan merupakan asas keagresifan. Perasaan marah merupakan

asas keagresifan, faktor-faktor lain adalah seperti kemuraman dan perasaan

duka cita juga merupakan antara ransangan negatif yang boleh mencetuskan

tingkah laku agresif.

Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Teori ini mendapati bahawa kanak-kanak yang memerhati orang dewasa

melakukan sesuatu tindakan yang ganas akan terikut-ikut dengan perbuatan

tersebut lebih daripada golongan kanak-kanak yang tidak ada pengalaman

pendedahan menonton perbuatan yang ganas. Teori ini menekankan

keagresifan sebagai sesuatu yang boleh dipelajari atau dilatih melalui

pemerhatian kepada tingkah laku individu lain yang mempunysi sikap yang

ganjil. Contohnya apabila seseorang peminat bola sepak melihat orang yang

bertindak ganas sama ada melalui siaran televisyen atau semasa menonton

6

Page 7: abe nip

perlawanan bola sepak. Bagi mereka , apa yang ditonton merupakan satu

pembelajaran yang secara sedar atau tidak membolehkan mereka

mempraktikkan insiden yang serupa ke atas orang lain apabila terjadinya

insiden yang serupa untuk mereka bertindak begitu. Teori Pembelajaran Sosial

dalam sukan ini menunjukkan kebanyakan atlet tidak diajar untuk bertindak

ganas tetapi ia seakan-akan wujud secara semula jadi dan ada di dalam setiap

sukan seolah-olah mengulangi keganasan yang pernah dilihat sebelumnya.

( Bandura, 1976 ; Thirer, 1993 ) .

Soalan 1 ( ii )

Cara-cara mengatasi keagresifan dalam sukan ;

Berikut adalah cara-cara untuk mengatasi keagresifan dalam sukan ;

Kurikulum Sukan

Kurikulum sukan perlu diperkenalkan di peringkat sekolah rendah lagi kerana

di dalam kurikulum ini terdapat modul yang mengajar etika penonton dan

bermain dalam sukan. Dengan pengajaran secara memperkenalkan pelbagai

jenis program sukan secara terus akan dapat menyemai nilai-nilai murni dan

dapat membentuk semangat kesukanan tulin sejak di bangku sekolah rendah

lagi. Dengan adanya program-program tersebut, adalah diharapkan sikap

mulia dalam aktiviti sukan dapat dibentuk melalui Pendidikan Jasmani dan

kegiatan kokurikulum di peringkat awal sekolah.

Kursus Motivasi

Kursus ini boleh dijalankan pada bila-bila masa sebagai salah satu program

kesedaran terhadap pentingnya semangat kesukanan di kalangan pemain.

Pemain juga harus didedahkan tentang teknik-teknik mengawal perasaan dan

sentiasa menyedari keupayaan dan menghargai orang lain.

7

Page 8: abe nip

Peranan Jurulatih

Para jurulatih mestilah memahami para pemainnya apabila pemainnya berasa

kecewa disebabkan mengalami kekalahan, kesakitan fizikal, kesilapan

pengadil, keaiban atau bermain di bawah kemampuan sebenar . Apa yang

perlu dilakukan ialah meleraikan kekusutan yang dialami atau dirasai oleh

pemainnya daripada menimbulkan keagresifan. Oleh itu, pemain-pemain akan

mempunyai kemahiran mengawal emosi dan tindak balas hasil daripada

kekecewaan tersebut.

Teknik Mengurus Keagresifan

Adam ( 1980 ) menyarankan supaya individu memberi satu tingkah laku

alternatif yang perlu dipraktikkan secara berulang kali supaya menjadi lazim

pada dirinya. Antara tingkah laku tersebut ialah menggunakan masa lapang

secara proaktif, tegaskan pendirian, uruskan konflik yang dihadapi secara

terbuka dan secara lansung tanpa berselindung, elakkan tingkah laku

menyalahkan orang lain, berikan tindak balas yang positif kepada orang lain,

nilai semula matlamat dan harapan, berehat dan relaksasi buat sementara

waktu. Teknik ini dapat mengurangkan tekanan dan keagresifan dalam diri

seseorang.

Penyesuaian Diri

Menurut Seyle ( 1978 ) ,tekanan hidup tidak harus dielakkan kerana tekanan

hidup adalah satu-satunya fenomena yang dapat menyiapkan manusia untuk

menghadapi kecemasan atau bahaya dengan cara berada dalam tahap

berjaga-jaga. Kita mesti menyesuaikan diri dengan bentuk tekanan yang

umum berbanding yang khusus.

8

Page 9: abe nip

Soalan 1 ( iii )

Aspek keagresifan boleh mempengaruhi prestasi dalam sukan

Antara kesan-kesan daripada sifat agresif yang boleh mempengaruhi prestasi

dalam sukan adalah :

Sekiranya seseorang pemain itu dilayangkan kad oleh pengadil semasa

perlawanan bola sepak kerana mengasari pihak lawan, prestasi pemain tersebut

akan menjadi turun kerana pemain itu akan berasa malu, kecewa dan boleh

menjadi marah. Dan ini akan menyebabkan prestasi pemain tersebut merudum.

Sesetangah permainan tidak menganggap perlakuan yang kasar itu sebagai

satu tindakan yang agresif contohnya di dalam permainan yang melibatkan

kontak. Ramai atlet berpendapat bahawa ada sesetengah tindakan agresif yang

tidak sesuai pada umum tetapi boleh dilakukan dalam situasi sukan. Contohnya,

mengasari pihak lawan dengan cara yang betul adalah dibenarkan dalam situasi

sukan yang tertentu. Dalam permainan ragbi, pemain dibenarkan melakukan

taktik yang agak kasar dan keras dalam membuat tackle menjatuhkan pihak

lawan.

Sifat agresif pemain selalunya akan memberi kelebihan kepada pihak lawan.

Selalunya apabila terbitnya sifat agresif di dalam diri seorang pemain, perlakuan

agresifnya akan terjadi. Pemain akan melakukan kekasaran dengan niat untuk

mencederakan fizikal pihak lawan. Sekiranya ini dapat dikesan oleh pengadil,

pemain tersebut akan dijatuhkan hukuman yang akan merugikan dirinya.

Contohnya seorang pemain telah dengan sengaja menjatuhkan pemain lawan

kerana geram dengan sikap pemain lawan tersebut. Pengadil telah dapat

mengesannya dan telah dilayangkan kad merah. Situasi ini akan merugikan

9

Page 10: abe nip

pemain tersebut kerana dia sudah tidak dapat beraksi lagi dan pasukannya

terpaksa bergerak dengan jumlah pemain yang kurang. Ini akan memberi

kelebihan kepada pihak lawan untuk menguasai perlawanan dan sekaligus

memenangi perlawanan tersebut.

Terdapat juga atlet yang tidak dapat menahan perasaan marah dengan

keputusan yang dibuat oleh pengadil. Kemarahan yang melampau ini akan

menyebabkan tindakan agresif dilakukan. Tindakan agresif boleh terjadi dalam

pelbagai bentuk seperti melemparkan kata-kata kesat dan sumpah seranah.

Tindakan sebegitu akan menyebabkan atlet dikenakan tindakan disiplin dan

boleh digantung daripada terlibat dalam apa jua kejohanan

Pemain yang berasa dirinya berada di ambang kekalahan selalunya akan

bertindak dengan lebih agresif. Ada antara mereka yang akan berusaha untuk

membuat yang terbaik untuk mendapatkan mata. Tetapi, tidak kurang juga yang

berasa tertekan dan telah melakukan banyak kesalahan di sepanjang

perlawanan. Kesalahan akan dilakukan malah pergerakan mereka pada ketika

itu tidak dikawal oleh minda tetapi dikawal oleh perasaan. Keagresifan ini akan

membawa kepada kerugian kepada pemain tersebut.

Individu yang mengalami kebangkitan akan kehilangan rentak di dalam

permainan dan akan hilang punca dalam permainan. Banyak permainan yang

memerlukan strategi, namun sekiranya pemain itu mengalami kebangkitan yang

mendadak akibat daripada rasa marah dan geram rentak mereka akan hilang

kerana tumpuan mereka sudah lari.

10

Page 11: abe nip

SOALAN 2 :

PROGRAM LATIHAN - ACARA 100 dan 200 METER

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM Kali ke-5

1.0 Pendahuluan

Sukan olahraga merupakan sukan yang sangat popular di rantau ini sejak

berzaman yang lampau. Olahraga memerlukan penguasaan teknik, taktikal dan

kecergasan fizikal yang tinggi. Untuk mencapai kejayaan ,seseorang itu

memerlukan latihan yang konsisten seperti latihan-latihan yang melibatkan

penguasaan dan peningkatan teknik-teknik dalam permainan, peningkatan

strategi dan pembinaan stamina. Latihan seperti ini boleh dilakukan oleh sesiapa

saja dan di mana sahaja. Secara umumnya, ramai orang yang berbakat dalam

sukan olahraga khususnya, hanya yang membezakan atlet dengan orang lain

ialah kemahiran dan teknik yang digunakan. Dengan adanya program latihan

yang disediakan oleh para jurulatih, maka tidak mustahil atlet dapat

meningkatkan prestasi mereka berbanding dengan sebelumnya. Maka , untuk

melahirkan atlet-atlet yang berjaya khususnya di dalam lapangan olahraga,

latihan yang konsisten perlu diterapkan seperti yang telah dilakukan oleh atlet-

altet profesional negara sebelum ini. Kebanyakan bakat-bakat atlet profesional di

negara ini adalah dicungkil sejak di bangku sekolah lagi. Oleh itu, sebagai guru

yang sentiasa menggalakkan perkembangan sukan di sekolah, adalah menjadi

tanggungjawab mereka untuk merancang program yang dapat meningkatkan

mutu sukan di sekolah mereka.

Projek Pembangunan Sukan yang bermatlamatkan untuk melatih dan melahirkan

atlet sukan yang berjaya telah diwujudkan sejak bertahun-tahun yang lalu. Projek

ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Suria Jaya

11

Page 12: abe nip

kerana sekolah tersebut telah berjaya menyertai Kejohanan Olahraga Majlis

Sukan Sekolah-sekolah Malaysia kali ke -5 di Sekolah Sukan Bukit Jalil, pada

Ogos 2008 . Seorang wakil telah berjaya melayakkan diri ke kejohanan tersebut

dalam acara 100 meter dan 200 meter kategori lelaki.

2.0 Rasional

1.Menyediakan atlet yang mantap dari segi fizikal, mental, teknik dan taktik

2.Sebagai persediaan untuk menghadapi pertandingan yang sebenar.

3.Meningkatkan keyakinan dan mengurangkan tahap kebimbangan dalam

diri atlet dalam menghadapi pertandingan dengan menyediakan program

latihan yang teratur dan bersesuaian sebagai persediaan untuk menghadapi

kejohanan yang sebenar

3.0 Matlamat

Menjadi johan untuk acara 100 dan 200 meter kategori lelaki di dalam Kejohanan

Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia kali – 5.

4.0 Jangkamasa

Program ini akan dijalankan selama 6 bulan iaitu bersamaan dengan 24 minggu.

Ia akan dimulakan pada bulan April dan tamat pada bulan September 2008 .

5.0 Kumpulan Sasaran

Nama atlet : Wan Damak Wan Ilias

Tahun : 5 Bestari

12

Page 13: abe nip

6.0Periodisasi

Persediaan Umum

- Persediaan umum mengambil masa selama 2 bulan pertama iaitu pada

bulan April dan Mei.

- Pada waktu ini, persediaan psikologi adalah sebanyak 30 % daripada

keseluruhan isipadu latihan dan selebihnya 70 % adalah persediaan

fizikal

- Pada fasa persediaan ini, latihan psikologi seperti Latihan Self Talk,

Latihan Peneguhan Semangat dan Latihan Mental telah diberikan

kepada atlet.

- Latihan ini diberikan untuk mengelakkan daripada atlet berasa bimbang

dan tidak layak untuk bertanding di peringkat kebangsaan

memandangkan atlet mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi

Persediaan Spesifik

- Di dalam fasa persediaan spesifik, hanya 10 % daripada isipadu

persediaan keseluruhan adalah tertumpu kepada persediaan psikologi.

- Di dalam tempoh masa persediaan spesifik ini, latihan psikologi yang

baru telah diperkenalkan iaitu Latihan Relaksasi, Latihan Imageri dan

Latihan Auto Genik.

- Pada ketika ini, latihan-latihan psikologi diberikan dengan harapan atlet

dapat menyediakan diri untuk menghadapi stress yang semakin

mendatang dengan mudahnya dan tidak mudah menggelebah.

Persediaan Pra-Pertandingan

- Isipadu sebanyak 20 % diperuntukkan untuk persediaan psikologi

- Pada fasa ini, atlet banyak diberi Latihan Imageri yang mana konsep

latihan ini memerlukan atlet membayangkan dirinya berada pada hari

13

Page 14: abe nip

- pertandingan sebenar. Latihan ini dapat membantu atlet untuk sentiasa

membayangkan keadaan dan situasi tempat kejohanan diadakan dengan

keadaan penonton yang ramai. Ini juga dapat menghilangkan rasa

gugup dan bimbang dalam diri atlet

- Manakala Latihan Relaksasi yang pelbagai bentuk dan teknik juga turut

diberikan untuk membantu atlet mengawal emosi dan lebih-lebih lagi

mengawal pernafasan untuk menghadapi pertandingan.

Fasa Pertandingan

- Pada fasa ini, persediaan psikologi masih ditekankan iaitu sebanyak

15 % . Latihan Relaksasi dan Latihan Peneguhan Semangat diberikan

dengan tujuan untuk membantu atlet sentiasa berasa tenang dan dapat

mengawal emosi dan diri untuk menghadapi pertandingan pada akhir

bulan tersebut di samping dapat meyakinkan diri dan menaikkan

semangat atlet. berada tenang dan berkeyakinan sebelum menghadapi

kejohanan.

- Latihan Self Talk juga penting untuk atlet sentiasa meyakinkan dirinya

bahawa dia mampu membuat yang terbaik sepanjang kejohanan.

Latihan Auto Genik pula diberikan untuk menenangkan dan merelakskan

otot-otot atlet.

Fasa Transisi

- Pada fasa ini, merupakan fasa rehat aktif kepada atlet setelah tamat

kejohanan

- Namun, latihan psikologi masih diteruskan untuk memastikan atlet tidak

terus melupakan bidang sukan kerana ada kemungkinan besar jika atlet

gagal untuk memperoleh sebarang pingat, atlet akan berasa malu dan

putus asa. Maka pada fasa ini, menjadi tanggungjawab jurulatih untuk

memberikan semangat kepada atlet.

14

Page 15: abe nip

- Latihan Self Talk juga perlu diberikan kepada altet supaya atlet sedar

bahawa kekalahan adalah adat permainan dan atlet harus berbangga

dengan pencapaian yang telah diperoleh. Begitu juga halnya sekiranya

atlet berjaya memenangi pingat. Latihan psikologi tetap penting untuk

membantu atlet menghadapi kejohanan yang seterusnya.

7.0 Kitaran Makro / mikro

Kitaran Makro mengandungi 6 bulan iaitu bermula daripada bulan April

hingga bulan September 2008 yang melibatkan 3 fasa utamaa iaitu ;

1.Fasa Persediaan – umum dan spesifik

2.Fasa Pertandingan – pra pertandingan dan pertandingan

3.Fasa Transisi

Kitaran Mikro mengandungi 24 minggu

8.0 Sesi Latihan Psikologi

Nama latihan

Latihan Relaksasi – Kawalan Pernafasan

Jangkamasa Latihan

60 minit

Pengenalan ( 5 minit )

- Jurulatih menjelaskan objektif mengadakan latihan tersebut

Langkah –langkah ( 45 minit )

- Atlit diminta membayangkan yang paru-paru mereka terbahagi kepada

tiga paras

Tumpukan usaha untuk memenuhkan paras paru-paru yang paling

bawah dengan udara iaitu menolak diafragma ke bawah dan memaksa

bahagian abdomen keluar

- Kemudian penuhkan pula bahagian tengah paru-paru dengan

mengembangkan rongga dada dan naikkan sangkar rusuk

15

Page 16: abe nip

- Akhir sekali penuhkan paras teratas paru-paru dengan menaikkan dada

dan bahu sedikit

- Pernafasan ini harus ditahan untuk beberapa saat dan lepaskan

perlahan-lahan dengan menarik bahagian abdomen ke dalam dan

rendahkan bahu dan dada

- Dengan memberi tumpuan kepada penurunan ( tarik nafas ) dan

menaikkan ( hembus nafas ) diafragma, atlet akan merasai stabil,

memusat dan tenang.

Penutup ( 10 minit )

- Atlet diberikan penjelasan tentang kepentingan latihan tersebut dan

waktu terbaik untuk melakukannya.

16

Page 17: abe nip

Bibliografi

Dr. Mohar Kasim dan rakan. ( 2008 ). HBPE4203 Psikologi dan Sosiologi

Sukan. Selangor. Meteor Doc.

Mohd Sofian Omar Fauzee ( 2003 ). Sosio-Psikologi Sukan dan Kegiatan

Fizikal. Selangor. Karisma Publications Sdn.Bhd.

Mohd Sofian Omar Fauzee (2002). Psikologi Sukan Konsep dalam Latihan

dan Pengajaran Sukan. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Anshel, M.H., 1997. Sport Psychology-From Theory to Practice. Edisi Ketga.

Scottsdale, Arizona: Gorsuch Scarisbrick.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Huraian Sukatan Pelajaran

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur

Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Myschoolnet.ppk.kpm.my/bhn_pnp/bs_ssukan/bs_ssukan_t4_4.pdf

17

Page 18: abe nip

18