Abs Trak

1
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara faktor minat, faktor jantina dan pencapaian pelajar Tingkatan Tiga dalam mata pelajaran KOMSAS. Satu set kertas ujian Bahasa Melayu PT3 digunakan untuk menjalankan kajian. Hanya markah bahagian KOMSAS sahaja yang diambil untuk menjalankan kajian. Seramai 60 pelajar yang terdiri daripada 40 orang perempuan dan 20 orang lelaki daripada 2 kelas iaitu Tingkatan 3Y dan Tingkatan 3U diambil sebagai sampel kajian. Bagi memastikan faktor kaum tidak mempengaruhi hasil dapatan maka hanya pelajar kaum Cina sahaja yang dipilih sebagai responden. Ujian korelasi digunakan untuk mengkaji hubungan antara faktor minat dan jantina terhadap pencapaian KOMSAS. Hasil dapatan menunjukkan bahawa faktor minat sememangnya mempengaruhi pencapaian pelajar dalam KOMSAS dengan nilai r = 0.316 dan p = 0.014. Dari segi faktor jantina, pelajar lelaki didapati amat bergantung kepada minat untuk memperoleh keputusan yang baik dalam KOMSAS dengan nilai r = 0.564 dan r = 0.010 tetapi pelajar perempuan pula tidak begitu bergantung kepada minat untuk memperoleh keputusan yang baik dalam KOMSAS dengan nilai p = 0.175 dan r = 0.281. Kesimpulan daripada kajian ini ialah minat terbukti merupakan satu faktor yang penting dalam proses pembelajaran KOMSAS.

description

research abstarct

Transcript of Abs Trak

Page 1: Abs Trak

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara faktor minat, faktor jantina dan pencapaian pelajar Tingkatan Tiga dalam mata pelajaran KOMSAS. Satu set kertas ujian Bahasa Melayu PT3 digunakan untuk menjalankan kajian. Hanya markah bahagian KOMSAS sahaja yang diambil untuk menjalankan kajian. Seramai 60 pelajar yang terdiri daripada 40 orang perempuan dan 20 orang lelaki daripada 2 kelas iaitu Tingkatan 3Y dan Tingkatan 3U diambil sebagai sampel kajian. Bagi memastikan faktor kaum tidak mempengaruhi hasil dapatan maka hanya pelajar kaum Cina sahaja yang dipilih sebagai responden. Ujian korelasi digunakan untuk mengkaji hubungan antara faktor minat dan jantina terhadap pencapaian KOMSAS. Hasil dapatan menunjukkan bahawa faktor minat sememangnya mempengaruhi pencapaian pelajar dalam KOMSAS dengan nilai r = 0.316 dan p = 0.014. Dari segi faktor jantina, pelajar lelaki didapati amat bergantung kepada minat untuk memperoleh keputusan yang baik dalam KOMSAS dengan nilai r = 0.564 dan r = 0.010 tetapi pelajar perempuan pula tidak begitu bergantung kepada minat untuk memperoleh keputusan yang baik dalam KOMSAS dengan nilai p = 0.175 dan r = 0.281. Kesimpulan daripada kajian ini ialah minat terbukti merupakan satu faktor yang penting dalam proses pembelajaran KOMSAS.