Abstract

download Abstract

of 2

description

Abstract

Transcript of Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memahami dan menguasai kemahiran "Mengawal Pembolehubah"dengan menggunakan "Teknik Nyanyian". Kumpulan sasaran yang ditentukan adalah 10 orang pelajar tahun 4 Aula Sekolah Kebangsaan Larkin (Satu), Johor Bahru. Instrumen yang digunakan adalah pemerhatian dan ujian sebelum dan selepas tindakan. Hasil analisis menunjukkan terdapat peningkatan positif dalam keputusan selepas tindakan dijalankan. Pelajar telah dapat membezakan dan menguasai pembolehubah yang terdapat di dalam soalan Bahagian B. Dapatan dari pemerhatian yang dijalankan, perubahan yang ketara dari segi tingkah laku pelajar dapat diperhatikan. Pelajar tidak lagi memberikan tindak balas negatif berbanding sebelum tindakan dijalankan. Pelajar semakin fokus dan menunjukkan minat yang lebih baik. Keputusan bagi pelajar dalam ujian selepas tindakan juga didapati meningkat berbanding dengan dalam ujian sebelum tindakan. Justeru keadaan ini menunjukkan teknik "Nyanyian" adalah berkesan dalam membantu pelajar memahami dan menguasai kemahiran "Mengawal Pembolehubah".

The aim of this study is to understand and master the skills of "Controlling Variables" with "Singing Technique". The specified target group is 10 students from 4 Aula, Larkin (Satu) Primary School, Johor Bahru. The instruments used were observation and before and after the action test. The analysis showed that there was a positive increase in results after the action is carried out. Students have been able to differentiate and capture all the variables in Part B. The results of the questions were observed that the significant changes in terms of student behavior; can be observed. Students were no longer give a negative response compared to before the action is executed. Students became more focused and had a better interest. The results for the students in the test after the action was implemented were found to be increased compared to the test before the procedures. Hence, the situation showed that the technique of "Singing" is effective in helping the students in understanding and mastering the skills of "Controlling Variables".