Abstrak intergriti

download Abstrak intergriti

of 26

description

psikologi

Transcript of Abstrak intergriti

SENARAI KANDUNGANBILKANDUNGANMUKA SURAT

1ABSTRAK

2PENDAHULUAN

3METODOLOGI KAJIAN

4PERBINCANGAN

5KESIMPULAN

6RUJUKAN

AbstrakPenulisan dilakukan bertujuan untuk melihat konsep intergriti yang dimiliki oleh anggota polis khususnya pasukan polis muda pada masa kini yang tergolong dalam golongan generasi Y. Intergriti dalambahasa Melayu adalah menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus DwibahasaDBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan. Dari maksud yang didapati dari Kamus, integriti adalah sifatjati diriyang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya. Golongan anggota polis lazimnya dikaitkan dengan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat umum iaitu dengan bertugas sebagai penjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Oleh yang demikian, persekitaran mereka adalah terdedah kepada aktiviti seharian masyarakat yang mana tugas yang dipertanggugnjawabkan adalah untuk menjaga dan mengawasi keamanan komuniti mereka. Dengan kata lain, anggota polis mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk terdedah kepada kecurangan dalam menjalankan tugas berdasarkan kepada bidang tugas mereka sebagai anggota keselamatan yang menjaga dan membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang.

PENDAHULUANPeristiwa kegagalan sesebuah organisasi mahupun seseorang individu dengan mengalami kemudaratan adalah disebabkan perlakuan individu yang tidak amanah dan opurtunis adalah sesuatu yang tidak asing lagi pada masa kini Zarinah (2005). Kes-kes semasa seperti kejadian salah urus dana awam oleh kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2001 merupakan salah satu contoh yang memperlihatkan kecurangan kerja dan kegagalan amalan intergriti dalam kalangan penjawat awam. Hal ini memberikan prasangka dan keadaan negatif terhadap kredibiliti penjawat awam dan keseluruhan kakitangan Jabatan tertentu. Terdapat pelbagai kes yang berkatian dengan integriti penjawat awam yang mana melibatkan pecah amanah, rasuah dan penipuan dalam melaksanakan kerja dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Hal ini timbul disebabkan perkara-perkara tertentu yang membolehkan penjawat awam terdorong untuk melakukan kesalahan yang boleh mengundang kepada kegagalan mereka untuk melaksanakan tugas mereka dengan sempurna. Generation Y. Lahir pertengahan 1970 hingga 2000 juga dikenali sebagai generasi millennial. Ciri-ciri generasi ini berbeza mengikut keadaan sosial dan ekonomi setempat. Walau bagaimanapun generasi ini mempunyai kebolehan mempelajari sesuatu perkara dengan cepat terutama dalam berkomunikasi, media dan teknologi digital. Generasi Y dikenali sebagai tenacious go-getters dengan semangat I can do anything dan sangat sukakan persekitaran yang mencabar. Golongan ini, sangat sukakan pencapaian tinggi, mahir dalam penggunaan teknologi, berorientasikan pasukan dan sukakan suasana yang seronok dalam bekerja serta tidak mementingkan imbuhan semata-mata. Namun begitu, golongan ini sangat tidak responsif dengan taktik motivasi do-this-or-else dan adakalanya dilihat bersikap biadap terhadap ketua apabila tidak setuju dalam sesuatu perkara. Golongan ini juga kurang memberi respon kepada arahan berbentuk tradisional atau berbentuk wujudnya kawalan keterlaluan dari pengurusan. Mereka dilahirkan dalam persekitaran yang banyak mempersoalkan kenapa itu dan ini berlaku. Pengurusan Generasi Y memerlukan penjelasan yang terperinci mengenai sesuatu yang mereka patut lakukan, mengiktiraf setiap tugas yang dilakukan, puji secara terbuka dan jadikan mereka seorang bintang dalam organisasi, kerap memberi maklum balas dan jadikan tempat kerja suatu tempat yang menyeronokkan.Dalam konteks anggota polis, kredibiliti dan intergriti merupakan aspek terpenting yang sinonim dengan tugas mereka sebagai penguatkuasa undang-undang dalam Negara. Bidang kerjaya ini tidak terlepas daripada mempunyai isu yang tersendiri. Terdapat pelbagai kes yang menceritakan berkenaan dengan golongan anggota polis menerima sogokan dan rasuah dengan jumlah yang kecil sehingga kepada ratusan ribu ringgit. Hal ini menjelaskan bahawa walaupun tugas seorang polis adalah untuk memastikan undang-undang dikuatkuasakan, namun demikian, naluri manusia yang tamak dan mementingkan diri sendiri mampu untuk menghancurkan intergiriti seseorang. Konsep integriti yang diamalkan oleh penjawat awam khususnya anggota polis di Malaysia merupakan perkara terbaik yang pernah diamalkan di Negara-negara lain di seluruh dunia. Hal ini kerana, sekiranya dibandingkan dengan Negara luar, kebarangkalian penjawat awam iaitu anggota polis mereka untuk melakukan kecurangan dalam kerjaya mereka adalah tinggi berbanding penjawat awam ataupun pasukan polis di Malaysia. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Robbins (2006) menjelaskan bahawa 10 peratus daripada penjawat awam diseluruh Negara eropah mengalami kecenderungan untuk melakukan kesalahan dalam kerjaya mereka. Oleh yang demikian, dapat digambarkan bahawa kes di Malaysia hanya melibatkan 5 ke 6 kes setahun dan mewakili 2% dalam tempoh setahun berkhidmat. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa golongan penjawat awam iaitu anggota polis di Malaysia masih mengekalkan unsur-unsur dan nilai-nilai murni yang mendokong tunggak dan prinsip kredibiliti seorang anggota polis. Golongan anggota polis lazimnya golongan professional yang mana digolongkan sebagai kumpulan pegawai yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dengan cara dan kaedah profesion tertentu mengikut jabatan masing-masing. Keprofesionalan yang tinggi ialah kemahiran yang dimiliki oleh individu dalam melaksanakan pekerjaannya yang merangkumi beberapa ciri atau elemen sehingga boleh dinamakan dengan profesionalisme. Profesionalisme adalah elemen yang penting dalam menggerakkan pengurusan perkhidmatan sektor awam dan swasta di Malaysia. Dekad mutakhir ini menyaksikan tren baru dalam pengurusan awam dan swasta yang bermatlamatkan pengurusan yang cekap dan efektif yang mampu memenuhi kepuasan semua pihak. Ini menuntut setiap sektor meletakkan satu bentuk perkhidmatan yang perlu mencapai tahap tertinggi iaitu melihat kepada penekanan pengurusan organisasi dan tenaga kerjanya. Selain daripada itu, penekanan kepada aspek kualiti ini juga menjadi meruncing keperluannya apabila pelbagai kes penyalahgunaan kuasa, penipuan, pecah amanah dan kecuaian sering dipaparkan dalam media massa yang menuntut tindakan segera daripada pelbagai pihak. Entiti yang terlibat dalam mewujud dan merealisasikan budaya kerja efektif seharusnya menggunakan pendekatan profesionalisme dalam pengurusan mereka. Walaubagaimanapun, profesionalisme yang dimiliki seringkali dicalari dengan perkara-perkara yang negatif seperti amalan rasuah, pecah amanah dan perkara lain yang menggugat intergriti seseorang penjawat awam termasuk pasukan polis. Integriti anggota polis melibatkan peraturan dan tanggungjawab seorang anggota polis yang perlu mejalankan tugas mengikut arahan yang telah diberikan. Integriti, menurut Kamus Dewan Bahasa bermaksud kejujuran dan ketulusan,kesempurnaan, dan keutuhan. Ia juga berkait rapat dengan keikhlasan, keterbukaan,ketelusan, dan amanah. Integriti secara umumnya boleh didefinisikan sebagaiperibadi mulia yang terdapat pada individu meliputi nilai-nilai amanah, jujur , ikhlas,sabar, tidak rasuah, berlapang dada, telus, bertanggungjawab dan ciri-ciri positif yang lain. Oleh itu , seseorang yang dikatakan berintergriti mestilah berakhlak muliadan mengamalkan nilai-nilai murni di atasialah kualiti unggul yang wujud secarakeseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkait rapat denganetika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. Menurut Sulaiman Mahbob, Presiden Institut Integriti Malaysia menyatakan bahawa"integriti adalah kewibawaan dan boleh ditakrifkan sebagai keutuhan. Sebenarnyaintegriti itu adalah keseluruhan pembawaan kita dari segi peribadi, tutur kata dansopan santun". Menurut beliau lagi, integriti berasal daripada Bahasa Inggeris yanglebih kurang maknanya adalah berpegang teguh kepada prinsip kejujuran sertamempunyai prinsip moral yang tinggi .Secara ringkasnya, integriti boleh dibincangkan kepada dua bahagian iaitu, pertamabersabit dengan individu, kedua integriti di peringkat organisasi. Namun begitu, padaumumnya integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud di kalanganindividu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujurandan amalan bermoral tinggi.Bagi seorang anggota polis, integrity terletak kepada perwakilan diri mereka sebagai seorang anggota polis yang memakai pakaian seragam polis dan berkhidmat untuk Negara Malaysia. Seorang anggota polis meletakkan lencana lambing intergriti mereka pada pakaian yang menunjukkan lambing kewibawaan mereka menjalankan tugas dengan penuh berintegriti dan berdedikasi.

METODOLOGIa. PengenalanBab ini menjelaskan tentang metodologi yang digunakan oleh penyelidik untuk menyempurnakan kajian ini. Ia dibahagikan kepada beberapa aspek seperti rekabentuk kajian dan populasi kajian. Penilaian dilakukan dengan melihat berkenaan dengan pendekatan dan penerimaan konsep integrity oleh golongan anggota polis muda yang tergolong dalam kelompok generaasi Y. Menurut Saabiah (1967) dalam kajian beliau menjelaskan tentang generasi moden, golongan muda yang terdedah dengan dunia baru dan pendekatan baru akan mengekalkan konsep asal dengan mengaplikasikan amalan baru. Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa amalan anggota polis generasi Y pada hari ini yang menggamalkan integriti dalam kerjaya mereka sebagai anggota polis merupakan perkara lampau yang telah dilakukan oleh anggota polis terdahulu walaupun belum dizahirkan dalam bentuk pernyataan seperti lencana dan nilai etika dalam peraturan dan undang-undang pasukan polis. Penerimaan anggota polis muda yang terdiri daripada generasi Y pada hari ini menunjukkan tentang keupayaan setiap anggota polis menjalankan tugas dengan berintegriti. b. Reka bentuk kajianKajian dijalankan berdasarkan kepada dapatan maklumat berkenaan dengan amalan integriti yang diamalkan oleh anggota polis khususnya generasi baru pada hari ini yang sinonim dengan tugas sebagai penjawat awam. Menurut kajian oleh Zakaria Ahmad 2001, berkenaan dengan kepincangan dalam perlaksanaan dan unsur nilai murni dalam tugas penjawat awam disebabkan amalan-amalan yang melanggar etika kerja seperti amalan pecah amanah, rasuah dan sogokan untuk memperolehi perkhidmatan yang mudah dan cepat. Berdasarkan kajian beliau, rekabentuk kajian yang digunakan oleh beliau adalah dengan menggunakan kaedah tinjau selidik dengan menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada penjawat awam yang kemudiannya dijawab tanpa menunjukkan keputusan kepada responden kajian. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa golongan penjawat awam melakukan perkara negatif terhadap bidang kerjaya mereka dengan sebab-sebab tertentu. b. Populasi kajianPopulasi kajian ini adalah melibatkan penjawat awam dalam kalangan anggota polis yang muda terutamanya lelaki.

PERBINCANGANMenyedari tentang pentingnya integriti di kalangan masyarakat, kerajaan telah menyediakan dan melaksanakan Pelan Integriti Nasional (PIN). Pelan ini dibangunkan dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti dikalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Pelan seumpama ini membolehkan kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak konsisten dan tidak menyeluruh, dan hasilnya sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan kerjasama semua sektor. Skop dan konsep yang dibawa oleh PIN kelihatannya lebih menyeluruh dalam memberi panduan kepada setiap komponen masyarakat untuk membudayakan integriti.Pasukan keselamatan khususnya polis diraja Malaysia turut mengambil pelan yang sama dengan menerapkan nilai integrity dalam perkhidmatan mereka iaitu bagi membendung amalan tidak sihat dalam bidang kerjaya sebagai anggota polis. Nilai murni dan amalan baik perlu diamalkan dan diterapkan dalam bidang kerjaya sebagai seorang anggota polis lebih-lebih lagi golongan muda dan generasi Y pada hari ini yang berkhidmat sebagai seorang anggota polis. Shepard (1990) dalam penjelasannya tentang nilai melihat ianya berkaitan dengan prinsip-prinsip dalam kebudayaan yang mengandungi idea tentang apa yang kebanyakan manusia dalam sesuatu masyarakat inginkan. Oleh itu, nilai merupakan suatu perkara yang sangat luas dalam kehidupan manusia cara pemikiran, tindakan, perbuatan, dan kefahaman yang dipersetujui bersama dalam sesuatu kelompok masyarakat. Penjelasan Shepard tentang nilai dapat diperkukuhkan lagi dengan apa yang dijelaskan oleh Robbins (1990) yang mendefinisikan nilai sebagai asas yang mempengaruhi kelakuan dan cara hidup sesuatu kelompok atau masyarakat. Dalam hal ini, jika seseorang individu melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai yang dikongsi dan dipersetujui bersama dalam kelompoknya dikatakan telah melencong atau terpesong daripada nilai-nilai asas, di mana dalam sosiologi diistilahkan sebagai devians. Pada 13 oktober 2013, Polis DiRaja Malaysia akan menubuhkan sebuah jabatan khas yang akan memberi tumpuan kepada usaha-usaha meningkatkan integriti dan pematuhan standard operasi pasukan keselamatan itu dan penubuhan jabatan itu telah diluluskan oleh Perdana Menteri. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menjelaskan berkenaan dengan perlaksanaan dan objektif penubuhan jabatan tersebut. Penubuhan jabatan itu penting kerana usaha pemantauan selama ini dijalankan oleh agensi luar seperti Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuatkuasaan (EAIC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan masanya sudah tiba untuk pemantauan itu dibuat secara dalaman.

Tulisan Integriti Amalan Kita di dalam Pita- Motto yang menjadi tunjang kepada perjuangan PDRMBentuk bintang 5- Membawa maksud 5 prinsip dalam PDRM, Rukun Negara dan rukun IslamBentuk Bunga Raya- Membawa Maksud Kemesraan / Semangat PatriotismaLatar Belakang Biru- Membawa Maksud Keharmonian Warna bagi bendera Sang Saka BiruAnggota Polis atau Penjawat awam yang lain bukanlah jentera yang boleh dikawal dengan mudah, tetapi memiliki pelbagai gelagat yang tersendiri. Walau bagaimanapun, penjawat awam memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan negara. Namun begitu, kini penjawat awam semakin matang dan berkembang mengikut perubahan semasa termasuklah penguasaan dan kemahiran-kemahiran baru seperti dalam bidang teknologi maklumat. Dalam perbincangan tentang nilai dan etika penjawat awam, banyak isu dan masalah yang timbul. Malah, di pihak media massa, isu-isu dan permasalahan ini sentiasa menjadi liputan dan bahan berita. Ini kerana ada di kalangan penjawat awam yang melanggar peraturan, undang-undang dan etika kerja yang telah ditetapkan sehingga menjejaskan imej dan reputasi perkhidmatan awam itu sendiri.Cabaran Utama Menerapkan IntegritiApabila berkata tentang rasuah sebenarnya sedang bermain dengan persepsi. Cabaran utama menangani rasuah dan menerapkan integriti adalah persepsi. Dan apabila orang berkata tentang persepsi, di Malaysia ini kadang kala persepsi dimainkan oleh media, dimainkan oleh personaliti dan ahli-ahli politik yang mempunyai kepentingan. Tuduhan-tuduhan liar boleh merosakkan persepsi dan ia berlaku dalam banyak kes membabitkan rasuah.Sepatutnya, harus diingat bahawa usaha mencegah rasuah bukan hanya tanggungjawab SPRM sahaja. Terdapat instituisi dan badan-badan lain yang berkaitan yang sepatutnya bekerjasama dalam menangani masalah rasuah. Akan tetapi kesedaran dalam kalangan masyarakat Malaysia mengenai rasuah ini menunjukkan seuatu yang tinggi dan ia semakin meningkat dari sehari ke sehari.Tinjauan yang dibuat oleh Institut Integriti Malaysia juga menunjukkan kesedaran syarikat tentang isu rasuah juga bertambah baik malah lebih tinggi sesetengah negara luar. Namun itu juga menjadi kebimbangan. Kebimbangan berlaku apabila kesedaran mereka tinggi, jangkaan yang mereka harapkan juga tinggi. Pada satu ketika nanti tidak boleh mencapai ekspektasi maka persepsi lagi akan runtuh.Melaksanakan amanah dan kuasa yang diberi untuk kepentingan umum. Tidak menyalahguna guna kuasa untuk kepentingan diri. Beri keutamaan kepada kepentingan awam bila berlaku konflik. Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu ataupun organisasi bermaksud 'code of behavior'. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun, nescaya sebuah masyarakat atau negara itu akan maju dan bertamadun. Soalnya,mengapa integriti ini sukar dicapai. Terdapat banyak kes yang menjadi bukti mengapa integriti sukar dicapai malah masalah tiada integriti masih menjadi masalah utama kepada negara. Kita sering mendengar bagaimana seorang penjawat awam mahupun swasta menerima rasuah untuk memudahkan sesuatu proses yang melibatkan kepentingan umum. Rasuah untuk mendapatkan tender, rasuah untuk memotong barisan, rasuah untuk mengelak dari dikenakan hukuman dan macam-macam lagi. PDRM akan memperkenalkan satu sistem bersepadu untuk menerima dan menangani aduan terhadap pegawai dan anggota polis. Sistem yang diberi nama Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam Bersepadu (I-SPAAA) itu akan membolehkan pengadu menyalurkan semua aduan ke satu unit sahaja tanpa perlu bimbang apakah aduan itu telah disalurkan ke jabatan yang sepatutnya. Semua aduan sama ada (dibuat secara) online atau persendirian akan dipusatkan ke unit ini dan unit ini akan menjawab balik. Pada masa ini, orang ramai menggunakan pelbagai saluran untuk mengadu sehingga timbul dakwaan aduan mereka tidak sampai kepada pihak-pihak berkenaan atau mengambil masa yang terlalu lama untuk diambil tindakan. Sistem I-SPAAA juga dihubungkan secara terus dengan Biro Pengaduan Awam secara talian dalaman berbanding prosedur sekarang iaitu BPA akan menghantar aduan-aduan itu secara manual kepada PDRM.Pada satu tahap amalan tidak berintegriti seperti memberi dan menerima rasuah ini, seakan-akan sudah menjadi sebahagian dari budaya yang diamalkan oleh sebilangan ahli masyarakat. Sebenarnya, kita tidak perlu melihat terlalu jauh atau besar tentang masalah tiadanya integriti. Tidak perlu sangat untuk kita bincang bagaimana rasuah telah menjadi barah kepada masyarakat kini. Sebelum kita membincangkan tentang masalah integriti di kalangan orang lain, elok kita halusi diri kita sendiri. Secara ringkasnya, integriti ini merujuk kepada cara kita bertingkah laku. Pelan Integriti Nasional yang dilancarkan pada 23 April 2004, oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, adalah selaras untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. PIN menetapkan lima sasaran keutamaan yang perlu dicapaiiaitu:-i) Mengurangkan gejala rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasasecara berkesan.ii) Meningkatkan kecekapan dalam system penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi.Kebanyakan masalah yang sering diperkatakan serta didedahkan didalam akhbar adalah masaalah berkaitan intergriti seperti pecah amanah, ponteng kerja, masaalah birokrasi, sindrom bangau oh bagau, mencuri serta berbagai-bagai kesalahan displindan yang paling ketara ialah masaalah rasuah.Menurut bekas Ketua Setiausaha Negara itu adalah (Ahmad Sarji, 2005:11). Dalam melaksanakan hasrat kerajaan untuk melahirkan pegawai perkhidmatan awam yang berintegriti tinggi, pihak kerajaan sering berhadapan dengan pelbagai cabaran dimana ia berkaitan dengan perbuatan tidak beretika pegawai awam. PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAMDalam konteks perkhidmatan awam seperti anggota polis, untuk mengukuhkan budaya integrity dan beramanah khususnya di kalangan anggota polis, pihak kerajaan telah menggubal serta melaksanakan banyak dasar. Antara dasar yang berteraskan nilai Islami yang telah dilaksanakan kerajaan adalah seperti berikut:i) Penerapan Nilai-Nilai Islam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam (PNI) telah mula diperkenalkan pada tahun 1985. Kemudiannya, pada 18 Mei 2001, Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2001 mengenai Garis Panduan Mengadakan Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Perkhidmatan Polis telah diperkenalkan dengan memberikan penekanan kepada penerapan nilai-nilai teras bagi dihayati oleh setiap anggota polis ke arah mencapai kualiti perkhidmatan yang cemerlang. Sudah tentulah dasar PNI bertujuan memupuk sikap bekerja dengan bertanggungjawab, ikhlas, beramanah, cekap dan memberikan perkhidmatan yang berimpak tinggi kepada masyarakat dan rakyat secara keseluruhannya.ii) Pendekatan Islam Hadhari Pendekatan Islam Hadhari telah dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun 2004. Dengan menggunakan pendekatan yang holistik dan progresif, prinsip amanah telah menjadi sebahagian halatuju penting dalam gagasan Pendekatan Islam Hadhari. Sudah tentulah budaya dan gaya kerja cemerlang berteraskan prinsip Islam Hadhari melahirkan masyarakat dan pekerja yang meletakkan keberhasilan kerja sebagai aspek utama penumpuan termasuklah nilai amanah, integriti dan akauntabiliti. iii) Pelan Integriti NasionalPelan Integriti Nasional (PIN) juga turut dilancarkan pada tahun 2004. PIN merupakan sebuah pelan yang digarap sebagai pemangkin kepada pencapaian wawasan untuk melahirkan masyarakat yang menjulang tinggi nilai integriti. Hasil gagasan PIN juga telah membawa kepada penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) yang menjalankan program-program semasa berkaitan integriti.iv) Modul Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam Jakim selaku sebuah agensi pusat yang bertanggungjawab berkaitan hal ehwal Islam di Malaysia telah diberikan peranan dan tanggungjawab oleh Kerajaan untuk melaksanakan modul PIPA di peringkat agensi Kerajaan. Program yang telah mula dilaksanakan sejak tahun 2005 ini telah memberikan input serta pengukuhan integriti di kalangan penjawat awam khususnya.PENUBUHAN UNIT INTEGRITI DI SEMUA AGENSI AWAM Sistem tadbir urus sektor awam yang terbaik dan budaya kerja berkualiti merupakan landasan penting dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan. Kerajaan melaksanakan dasar yang dimandatkan. Dalam hubungan ini, Kerajaan akan terus mengambil langkah untuk memantapkan integriti bagi menentukan penjawat awam menjunjung dan menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti ke arah mencapai sistem penyampaian awam yang lebih cemerlang. Ke arah ini, Kerajaan telah bersetuju mewujudkan Unit Integriti di semua agensi awam. Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam. Penubuhan Unit Integriti ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh agensi untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut: a) Tadbir Urus Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan; b) Pengukuhan Integriti Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi; c) Pengesanan dan Pengesahan i) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan ii) Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;d) Pengurusan Aduan Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi; e) Pematuhan Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan f) Tatatertib Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib. PENYUSUTAN AMALAN INTEGRITIAmalan integriti akan hilang dalam perkhidmatan awam khususnya anggota polis muda apabila amalan seperti pecah amanah dan rasuah diamalkan. Terdapat beberapa aspek penting yang memungkinkan golongan anggota polis yang tergolong dalam kelompok generasi Y terlibat dengan amalan yang boleh merosakkan integrity mereka iaitu seperti amalan rasuah. Punca Berlakunya RasuahAntara punca berlakunya rasuah ialah kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori Technique of Neutralization oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.Selain itu, kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi juga antara punca berlaku rasuah. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.Rasuah turut berpunca daripada faktor sosial dan budaya dalam sesebuah negara. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.Punca lain yang juga menyumbang kepada berlakunya masalah rasuah ialah modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.Seterusnya faktor politik dalam sebuah negara juga sedikit sebanyak menjadi punca kepada berlakunya rasuah ini. Hal ini kerana, sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.Menurut beberapa kajian yang telah dilakukan ke atas negara-negara Asia termasuk Malaysia, penyelidik telah mengenalpasti beberapa punca masalah ini wujud. Menurut Quah (1995), di Asia terdapat dua faktor wujudnya masalah ini iaitu keadaan semulajadi negara-negara tersebut dan keberkesanan kecekapan pemimpin politik untuk mengenalpasti cara membanteras masalah tersebut. Manakala menurut Palmier (1985), terdapat tiga faktor penting yang mempengaruhi wujudnya masalah rasuah iaitu gaji, peluang, dan dasar.Secara keseluruhan kajian yang dibuat oleh Quah (1995), gaji merupakan faktor utama yang menyumbang ke arah wujudnya masalah rasuah. Gaji yang rendah telah menjadi satu galakkan kepada petugas awam khususnya anggota polis untuk melibatkan diri mereka dengan gejala rasuah. Seringkali pekerja-pekerja awam dan anggota-anggota polis beranggapan gaji yang disediakan oleh kerajaan di sektor-sektor awam tidak mencukupi. Apatah lagi apabila mereka membuat perbandingan dengan gaji yang disediakan oleh sektor swasta. Masalah gaji awam yang dianggap rendah merupakan anggapan tradisional yang masih dipegang hingga kini. Daripada kajian Quah, beliau menyatakan masalah rasuah di Indonesia bermula sejak zaman kolonial Belanda lagi. Punca rasuah pada ketika itu juga disebabkan oleh gaji yang rendah. Begitu juga dengan negara China di mana rasuah bermula di sana disebabkan gaji pekerja awam yang rendah. Keadaan ini juga merupakan punca atau masalah kepada negara-negara lain yang sering berhadapan dengan isu ini. Oleh sebab itulah seringkali masalah rasuah majoritinya melibatkan pekerja-pekerja awam. Begitu juga dengan negara Malaysia yang mengaitkan rasuah dengan masalah gaji pekerja yang rendah.Faktor yang kedua ialah peluang. Peluang juga menjadi penyumbang terhadap masalah ini apabila orang yang terlibat dengan masalah ini dikatakan mempunyai peluang ataupun kesempatan melakukan perkara tersebut. Untuk melakukan rasuah, keadaan yang bersesuaian adalah perlu. Sekiranya seseorang menuntut sesuatu yang dianggap penting daripada pihak kedua, maka pihak kedua yang mengetahui tuntutan tersebut adalah penting untuk orang yang meminta, maka ini telah memberi peluang terhadap pihak kedua menerima sesuatu ganjaran daripada orang tersebut untuk memastikan pihak kedua memberi apa yang diingini oleh orang tersebut. Peluang yang dianggap terbuka luas apabila kedua-dua pihak saling bekerjasama memenuhi kehendak masing-masing dengan mempertaruhkan amalan rasuah sebagai kaedah bagi menjayakan segala keinginan masing-masing. Selain itu, peluang juga boleh dikaitkan dengan contoh di atas di mana jenis profesion boleh menyebabkan peluang terjadinya rasuah.Selain daripada itu, birokrasi juga dikatakan sebagai suatu peluang wujudnya masalah rasuah di dalam sektor awam. Seringkali karenah birokratik dianggap perkara yang melambatkan sesuatu perkara dalam urusan pengurusan awam. Keadaan menjadi kritikal apabila melalui birokratik, kehendak-kehendak seseorang sering terbatas ataupun lambat. Oleh itu, keadaan ini telah mewujudkan peluang rasuah bagi memastikan kehendak seseorang dalam khidmat awam menjadi lebih cepat. Sehinggakan perkara-perkara yang remeh temeh juga dikaitkan dengan rasuah bagi memastikan seseorang yang berkehendakan sesuatu mendapat kehendaknya dengan segera. Contohnya rasuah dikatakan banyak berlaku di Pejabat Tanah bagi mempercepatkan urusan, bahkan ia sudah menjadi amalan biasa di kalangan mereka yang kerap berurusan di jabatan itu.Kesan-Kesan RasuahPerbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.Langkah-Langkah Mencegah RasuahMemantapkan Iman dan Mengukuhkan Jati diriKeimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.Memasukkan Bahaya Rasuah dalam Sistem PendidikanBenci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-undang dan HukumanSiasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.Memudahkan Urusan Menggunakan ICTProsedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

KESIMPULANBagi menangani isu intergriti dan persepsi rasuah dalam kalangan penjawat awam khusunya pasukan polis, kerajaan telah melaksanakan Pelan Intergriti Nasional (PIN) yang menyediakan rangka kerja dan panduan strategi dan hala tuju kepentingan rakyat Malaysia, perkhidmatan awam, kerajaan, korporat dan etika perniagaan. PIN juga bertujuan memantau dan menanda aras, menilai prestasi tahunan mengikut piawai dan amalan yang selaras dengan ciri khusus masyarakat dan negara Malaysia di samping amalan antarabangsa. Serentak dengan pelancaran PIN, Kerajaan juga menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM). Kerajaan yakin sebagai mekanisme pelaksana dan pengkoordinasi pelaksanaan PIN, Institut ini akan dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan berkesan.Kebanyakan gejala negatif adalah dikaitkan dengan penjawat awam serta sektor awam yang menjadi penggerak utama segala usaha kerajaan. Malangnya, jika disebut tentang sektor awam, tidak dapat tidak, pasti terpacul perihal karenah birokrasi. Sinonimnya sektor awam dan karenah birokrasi menjadikan pelanggan sinis dan mengelak daripada berurusan dengannya. Hal ini kerana kerenah birokrasi yang wujud menjadikan sesuatu permohonan, kelulusan atau urusan menjadi susah dan lambat. Keadaan ini bukan sahaja akan melibatkan pembaziran masa, mendatangkan kesulitan kepada pelanggan dan pembaziran terhadap kos tetapi juga melibatkan integriti sesebuah agensi yang berkenaan. Hal ini turut mengundang kepada penerimaan amalan rasuah dalam kalangan penjawat awam termasuk pasukan polis. Jika keadaan ini terus-menerus diamalkan, kelak pembangunan ekonomi negara akan turut terjejas.Semua kakitangan awam khususnya anggota polis muda perlu bekerjasama, dengan sifat berkecuali, adalah tertakluk kepada Kerajaan semasa yang memerintah. Untuk itu, cabaran kepada pengaruh politik sangat kuat dalam polisi dan dasar, juga dalam pelaksanaan yang dilakukan oleh semua kakitangan awam. Seringkali dilihat laporan-laporan akhbar akan campurtangan dalam pelaksanaan jentera Kerajaan oleh ahli politik telah berlaku. Salahguna kuasa oleh mana-mana individu berkepentingan adalah tidak wajar, sekalipun seseorang mempunyai kedudukan tertentu atau mewakili mana-mana kementerian atau jabatan. Hakikatnya, jawatan dalam politik serta sektor kakitangan awam perlulah dilihat sebagai jambatan dan ruang untuk menjalankan amanah dan kesejahteran rakyat, tanpa mengira bangsa dan agama dan apa-apa faktor sekalipun.Pemantapan integriti memerlukan perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan pemantauan berkesan. Gerakan oleh semua sektor masyarakat diyakini dapat mengkoordinasi segala tindakan ini secara lebih holistik dan menjurus ke arah pencapaian matlamatnya. Sinergi bersama secara kolektif ini menjadikan pemantapan integriti satu gagasan dan wadah yang sangat penting dan perlu dilakukan dengan sistematik, komitmen yang tinggi dan sepenuh keikhlasan. Hanya dengan kerjasama semua pihak sahaja cabaran melahirkan pegawai perkhidmatan awam yang berintegriti tinggi dapat diatasi, dan seterusnya melahirkan pegawai yang mempunyai integriti kelas pertama.

RUJUKANAbdul Rahman Sulaiman, 2008. Mahkamah Khas Rasuah Permulaan SebuahEra Baru. Diakses daripada:http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16-isu-nasional/2390-isu-rasuah-di-malaysia.html Pada: 11 April 2014Ahmad Khusairi Haji Yahaya, 2012. Bahana Rasuah Menjadi Budaya. diakses daripada:http://www.sprm.gov.my/files/RencanaBahana_Bila_Rasuah_Menjadi_Budaya.pdfPada: 11 April 2014Ainon Mohd dan Abdullah hassan, 1996, Belajar Berfikir, Teknik Menajamkan Daya Fikir, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Al Quran dan Terjemahan.Belkin, G.S, 1982, Psychology of Adjustment, Stanley Nass, US. Dan, J, 2002, Progress Against Corruption, Futurist, Vol. 36 Issue 2.DBP, Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Fariza Md Sham, Sulaiman Ibrahim, Ideris Endot (2000). Dakwah dan Perubahan Sosial. Kuala Lumpur:Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.Muhammed Embeay. Fight Against Corruption, Islamic Perspective.Munir Quddus, Henri Bailey and Larry White (2005). Business Ethics Perspectives from Judaism, Christianity and Islam. 2005 Proceedings of the Midwest Economic Association. 152-162Prof Bernad S. Black. (2001). The Principal Fiduciary Duties of Boards of Directors. Presentation at Third Asian Roundtable on Corporate Governance. Singapore. 4 April 2001