ABSTRAK KAJIAN TINDAKAN

4
ABSTRAK Kecerdasan Kinestatik adalah salah satu cabang daripada Teori Kecerdasan Pelbagai. Teori ini amat penting kerana setiap murid memiliki pelbagai kecerdasan. Namun, yang membezakan antara mereka merupakan cara berfikir, bertindak dan belajar. Kajian ini melibatkan murid-murid yang lemah membaca seterusnya akan menyumbangkan kepada meningkatnya jumlah murid pemulihan sekolah saya. Justeru, inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dengan murid cuba diketengahkan. Kaedah RODA SUKU KATA menggabungkan teknik permainan untuk meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV + KVK, dalam kalangan 19 orang murid Tahun 1 Bestari, SK Gembut, Kota Tinggi. Murid-murid ini telah mendapat rawatan klinikal selama 4 minggu. Rawatan klinikal dengan pendekatan latih tubi ditambah dengan penggunaan permainan dapat membantu murid meningkatkan pencapaian dan mengubah persepsi dalaman murid. Keputusan Ujian Selepas Intervensi telah menunjukkan peningkatan prestasi penguasaan bacaan KV + KVK murid. Dapatan daripada soal selidik pula menunjukkan murid amat berminat untuk membaca, 19 orang murid tersebut telah memahami dan menguasai kemahiran membaca ini sepenuhnya. Mereka amat seronok ketika bermain permainan ini. Akhirnya, RODA SUKU KATA ini telah berjaya memupuk minat dan mempertingkatkan penguasaan kemahiran membaca murid sasaran. Dapatan kajian ini diharap dapat menyorot sedikit pengalaman, mengintai teladan dan berkongsi keilmuan tentang keinginan meningkatkan penguasaan kemahiran berkenaan.Walaupun begitu masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki terutama dari segi sikap murid semasa membuat latihan perlu dikawal dan juga bilangan latihan perlu diperbanyakkan. Akhir sekali beberapa cadangan telah disarankan sebagai penambaikan bagi kaedah yang dijalankan pada masa akan datang.

description

PJJ

Transcript of ABSTRAK KAJIAN TINDAKAN

ABSTRAKKecerdasan Kinestatik adalah salah satu cabang daripada Teori Kecerdasan Pelbagai. Teori ini amat penting kerana setiap murid memiliki pelbagai kecerdasan. Namun, yang membezakan antara mereka merupakan cara berfikir, bertindak dan belajar. Kajian ini melibatkan murid-murid yang lemah membaca seterusnya akan menyumbangkan kepada meningkatnya jumlah murid pemulihan sekolah saya. Justeru, inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dengan murid cuba diketengahkan. Kaedah RODA SUKU KATA menggabungkan teknik permainan untuk meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV + KVK, dalam kalangan 19 orang murid Tahun 1 Bestari, SK Gembut, Kota Tinggi. Murid-murid ini telah mendapat rawatan klinikal selama 4 minggu. Rawatan klinikal dengan pendekatan latih tubi ditambah dengan penggunaan permainan dapat membantu murid meningkatkan pencapaian dan mengubah persepsi dalaman murid. Keputusan Ujian Selepas Intervensi telah menunjukkan peningkatan prestasi penguasaan bacaan KV + KVK murid. Dapatan daripada soal selidik pula menunjukkan murid amat berminat untuk membaca, 19 orang murid tersebut telah memahami dan menguasai kemahiran membaca ini sepenuhnya. Mereka amat seronok ketika bermain permainan ini. Akhirnya, RODA SUKU KATA ini telah berjaya memupuk minat dan mempertingkatkan penguasaan kemahiran membaca murid sasaran. Dapatan kajian ini diharap dapat menyorot sedikit pengalaman, mengintai teladan dan berkongsi keilmuan tentang keinginan meningkatkan penguasaan kemahiran berkenaan.Walaupun begitu masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki terutama dari segi sikap murid semasa membuat latihan perlu dikawal dan juga bilangan latihan perlu diperbanyakkan. Akhir sekali beberapa cadangan telah disarankan sebagai penambaikan bagi kaedah yang dijalankan pada masa akan datang.

Kinesthetic intelligence is one of the element of the Theory of Multiple Intelligences. This theory is important because each student has a variety of intelligence. However, the distinction between them is how to think, act and learn. This study involved students of the weak reading in turn will contribute to increasing the number of pupils of my school rehabilitation. Thus, innovation in teaching and learning process of teachers and students trying to promote. SPARE WHEEL SAY method combines techniques of the game to improve reading skills KV + KVK words, among the 19 pupils in Year 1 Smart, SK Gembut, Kota Tinggi. These students have received clinical treatment for 4 weeks. Clinical treatment with drills approach coupled with the use of games can help students improve achievement and change the internal perception of students. Test Results After the intervention has been shown to increase reading proficiency performance KV + KVK students. The findings from the questionnaire showed that students are very interested in reading, 19 students were understanding and mastering the reading skills to the full. They were thrilled when playing this game. Finally, SPARE WHEEL SAY has successfully nurture and enhance students' reading proficiency targets. The findings are intended to highlight a bit of experience, stalking example and share knowledge about the desire to improve the proficiency of berkenaan. Walaupun so there are still shortcomings that need to be improved, especially in terms of student attitudes during training must be controlled and also the number of training needs to be increased. Finally, some proposals have been suggested as an improvement to the method carried out in the future.