ABSTRAK - lib.perak.uitm.edu.mylib.perak.uitm.edu.my/irep/theses/phd/SITI NORLIZAIHA HARUN...

download ABSTRAK - lib.perak.uitm.edu.mylib.perak.uitm.edu.my/irep/theses/phd/SITI NORLIZAIHA HARUN 04.pdfprojek pemuliharaan iaitu Kota Cornwallis dan Rumah Suffolk di Pulau Pinang, Balai

If you can't read please download the document

Transcript of ABSTRAK - lib.perak.uitm.edu.mylib.perak.uitm.edu.my/irep/theses/phd/SITI NORLIZAIHA HARUN...

  • ABSTRAK

    Pemuliharaan bangunan bersejarah merupakan bidang yang masih baru di Malaysia.Pembangunan bidang ini bermula pada 1980an dan perkembangannya dapat dilihat melaluiprojek-projek pemuliharaan di seluruh Malaysia khususnya projek-projek yang melibatkanbangunan lama yang mempunyai nilai warisan dan penting bagi generasi masa hadapan.labatan Muzium dan Antikuiti Malaysia (JMA) merupakan agensi yang bertanggungjawab ke atas pengekalan dan pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia. Pada1990an JMA telah mempelopori dan membangunkan amalan praktis pemuliharaanbangunan bersejarah bagi memastikan Malaysia dapat memenuhi piawaian pemuliharaandi peringkat antarabangsa. Walaupun pihak JMA telah melaksanakan banyak projek tetapimasih terdapat isu dan masalah yang sering timbul dalam amalan praktis kerja-kerjapemuliharaan di tapak. Isu-isu yang timbul adalah disebabkan kelemahan garispanduansedia ada dan ketidakfahaman pihak pelaksana iaitu kontraktor dalam bidang pemuliharaanbangunan bersejarah. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk meneroka amalan kerjapemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia. Penyelidikan ini dijalankan dengan 3kaedah iaitu melalui soal selidik, kajian dokumen dan kajian kes. Kajian kes melibatkan 4projek pemuliharaan iaitu Kota Cornwallis dan Rumah Suffolk di Pulau Pinang, Balai SeniNegeri, Alor Setar, Kedah dan Penjara Lama Jugra, Kuala Langat, Selangor. Melalui soalselidik dan kajian dokumen beberapa isu dan penemuan telah diperolehi, masalah yangsering berlaku di tapak adalah disebabkan ketidakjelasan skop keIja-keIja pemuliharaanterutamanya dari segi kaedah dan proses kerja. Selain daripada itu, pihak kontraktor jugatidak dapat menginterprestasikan kehendak arahan kerja dan garispanduan yang berkaitandengan kerja-keIja dokumentasi seperti Historical Architectural Building Survey. Kajiankes pula telah berjaya meneroka keadaan sebenar amalan keIja pemuliharaan bangunanbersejarah di Malaysia. Masalah sebenar yang berlaku adalah kekeliruan dalampelaksanaan kerja-kerja dokumentasi, kajian dilapidasi, penyiasatan bangunan dan kerja-kerja pemuliharaan di tapak. Setelah isu dan masalah ditemui, ia kemudian distrukturkansemula bagi mendapatkan proses kerja-kerja pemuliharaan yang sepatutnya diamalkan.Proses pemuliharaan ini mengandungi prinsip, proses dan praktis kerja-keIja pemuliharaanbangunan bersejarah. Akhirnya, penyelidikan ini mengemukakan satu cadanganrangkakerja garispanduan pemuliharaan untuk amalan kerja pemuliharaan bangunanbersejarah di Malaysia. Tujuan cadangan garispanduan adalah bagi mengemaskinigarispanduan sedia ada disampingdapat menyesuaikannya dengan garispanduanpemuliharaan antarabangsa.

    XXI