ABSTRAK - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/35-Mohd-Shukri-Bin-Ahma… ·...
Transcript of ABSTRAK - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/35-Mohd-Shukri-Bin-Ahma… ·...
-
435
Nusyuz Dan Syiqaq Dalam Rumahtangga: Sorotan Literatur
Mohd Shukri bin Ahmad Termizi & Che Maryam Ahmad
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Setiap pasangan berkahwin akan mengalami ujian dalam perkahwinan, malah setiap tahun
berlaku peningkatan kadar permasalahan rumahtangga dan perceraian yang boleh memberi
kesan dalam keharmonian institusi kekeluargaan. Secara tidak lansung ia melibatkan
nusyuz dan syiqaq kerana ia merupakan faktor utama keruntuhan sebuah institusi
kekeluargaan. Sehubungan itu timbul persoalan apakah faktor utama berlakunya nusyuz
dan syiqaq rumahtangga dalam konteks masa kini. Seterusnya bagaimana pendekatan yang
di ajar oleh Islam dan secara praktikalnya melalui perundangan dalam menangani isu
tersebut. Justeru, kertas kerja ini menyoroti kajian lepas berkaitan konsep nusyuz dan
syiqaq dalam rumahtangga. Analisis literatur dibuat untuk mengkaji konsep nusyuz dan
syiqaq, mengenal pasti faktor berlakunya nusyuz dan syiqaq serta usaha penyelesaiannya
daripada pelbagai aspek. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan
analisis kandungan. Hasil sorotan literatur ini mendapati bahawa perbincangan terhadap
nusyuz dan syiqaq perlu diperluaskan kerana masih terdapat kekaburan memahami
peruntukan syiqaq dalam undang-undang. Kajian juga mendapati faktor tiada
persefahaman yang berkait dengan ekonomi, pendidikan, perkahwinan usia muda,
perkahwinan usia singkat, poligami, komunikasi adalah antara faktor berlaku nusyuz dan
shiqaq. Jabatan agama Islam dan juga undang-undang mempunyai pendekatan yang khusus
sebagai mekanisme penyelesaian nusyuz dan syiqaq dalam rumahtangga, seperti melalui
proses rundingcara, jawatankuasa pendamai dan hakam.
Kata Kunci: Nusyuz, syiqaq, nafkah, rundingcara; jawatankuasa pendamai; hakam
Pengenalan
Asas pembinaan sesebuah perkahwinan adalah untuk keluhuran dan ketenteraman hidup,
justeru keluarga bahagia merupakan satu keluarga yang dapat merasa senang antara satu
sama lain dan terhadap hidup sendiri (Nur Zahidah 2011: 44). Walaubagamanapun,
terdapat pelbagai cabaran yang perlu diharungi oleh setiap pasangan yang berumahtangga
untuk mengekalkan kebahagian dan keharmonian yang merupakan objektif dalam sesebuah
perkahwinan. Umumnya konflik merupakan perkara normal yang berlaku di dalam
rumahtangga. Konflik boleh didefinisikan situasi di mana hubungan, komunikasi, sikap dan
nilai serta reaksi pasangan bercanggahan antara satu sama lain (Rozumah et al 2002:49).
Secara umumnya nusyuz melibatkan isteri atau isteri yang mengabaikan tanggungjawab
yang diamanahkan oleh Allah SWT. Manakala syiqaq adalah konflik antara suami dengan
-
441
isteri yang melibatkan kedua-dua pihak yang mengabaikan tanggungjawab mereka dalam
rumah tangga. Nusyuz dan syiqaq merupakan faktor terbesar yang mendorong kepada
berlakunya konflik dalam rumahtangga. Permulaan daripada konflik rumahtangga adalah
nusyuz oleh salah seorang pasangan dan apabila ianya tidak dibendung, kemungkinan besar
akan berlarutan kepada tahap syiqaq dalam rumahtangga. Kebanyakan masyarakat
memahami bahawa nusyuz hanya berlaku di kalangan isteri sahaja namun kebanyakan
masalah rumahtangga adalah berpunca daripada suami (Raihanah 2007:7). Secara tidak
lansung ia membuktikan bahawa konsep berkaitan nusyuz pada pemahaman masyarakat
umum masih pada tahap yang lemah.
Al-Quran menggariskan panduan bagi menangani setiap pasangan yang menghadapi
nusyuz mahupun syiqaq. Penyelesaian nusyuz tidak akan melibatkan orang luar atau ketiga
bagi menyelesaikan permasalahan tersebut manakala syiqaq melibatkan kecuaian dua-dua
pihak serta memerlukan orang luar atau orang ketiga bagi menyelesaikannya (Norzulaili et
al 2006:28). Sehubungan itu, setiap pasangan yang menghadapi pertelingkahan atau ingin
mengakhiri perkahwinan dengan perceraian secara khususnya akan merujuk kepada
Jabatan Agama Islam untuk prosedur seterusnya (Suwaid Tapah 2007: 34).
Segala prosedur yang ditetapkan adalah merujuk kepada segala panduan yang digariskan
syarak, namun usaha ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana kebanyakan pasangan
yang hadir dalam keadaan sukar dipulihkan kerana telah lama menghadapi krisis
rumahtangga. Ia berpunca daripada kurangnya pengetahuan terhadap penyelesaian yang
boleh dilakukan oleh khidmat nasihat di pejabat agama islam (Salleh Ismail 2003:
196).Sehubungan itu, penulisan ini penting bagi meninjau dan menganalisis kajian yang
telah dibuat mengenai konsep nusyuz dan syiqaq bagi mengenalpasti faktor berlakunya
seterusnya penyelesaiannya bagi mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan.
Sorotan Literatur
Perbincangan dalam sorotan literatur berkenaan nusyuz dan shiqaq terbahagi kepada tiga
tema, pertamanaya tentang konsep nusyuz dan syiqaq menurut al-Quran dan as-Sunnah,
keduanya menganalisis faktor berlakunya nusyuz dan syiqaq di dalam institusi
kekeluargaan dan seterusnya perbincangan mengenai usaha penyelesaian nusyuz dan
syiqaq menurut syarak dan perundangan Islam di Malaysia.
Konsep Nusyuz Dan Syiqaq
Secara umumnya kajian mengenai konsep nusyuz dan syiqaq telah dibahaskan oleh sarjana
silam melalui penulisan di dalam karya mereka. Seperti al-Kasaniyy (587H) di dalam kitab
BadaI al-Sanai fi tartib al-sharai, Ibn Qudamah (620H) di dalam kitabnya al-Kafiyy fi
fiqh al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Alish (1299H) Sharhu manhi al-Jalil ala Mukhtasar
al-Alammah Khalil. Kedua-dua konsep ini berkait rapat dengan konflik sesebuah keluarga.
Terdapat juga beberapa kajian yang menjurus kepada merungkai permasalahan tersebut,
antaranya kajian oleh Wan Abdul Fattah (2002), Maisarah Hassan (2005), Norzulaili Mohd
Ghazali (2006), Mushaddad Hasbullah (2007), Amir Fariz (2013) dan Wan Fakhriah
(2014).
-
442
Menurut Wan Abdul Fattah (2002: 2); Amir Fariz (2013:30); dan Wan Fakhriah (2014:35)
nusyuz adalah suatu tindakan suami atau isteri yang cuai melaksanakan tanggungjawab
dalam sesebuah perkahwinan yang telah ditetapkan syarak. Nusyuz sering dinilai sebagai
penderhakaan, malah ianya terlalu umum kerana nusyuz secara jelasnya seperti
mengingkari perintah atau larang berkenaan hak-hak batasan suami isteri, melakukan
maksiat, membenci pasangan dan melakukan kemudaratan terhadap pasangan masing-
masing. Namun Norzulaili (2006:2) menyatakan tiada sebarang alasan yang disyariatkan
untuk dikecualikan daripada melaksanakan amanah tersebut
Surah an-Nisa 4:34 menjelaskan isteri dikira nusyuz sekiranya tidak taat kepada suami dan
melakukan penderhakaan kepadanya (Mushaddad Hasbullah 2007:164). Amir Fariz
(2013:30) menambah bahawa isteri boleh dinilai nusyuz sekiranya mengabaikan perintah
Allah SWT. Namun Nor Faizah (2007: 128-132) menyatakan ketaatan tersebut bukanlah
setiap tindakan suami wajib dituruti tanpa sebarang penolakan kerana Nabi saw
berkomunikasi bersama isterinya melalui musyawarah seterusnya ia melahirkan perasaan
tidak takut tetapi menghormati dan tidak menjadikan seseorang isteri itu terpaksa taat tanpa
sukarela, rasa gemar dan kasih
Kajian Amir Fariz (2013:52) merumuskan berdasarkan empat mazhab muktabar, nusyuz
isteri boleh dibahagikan kepada dua iaitu secara perkataan dan juga perbuatan. Menurut
penjelasan Mushaddad Hasbullah (2007: 165), nusyuz boleh berlaku melalui perkataan
sekiranya isteri menyakiti suaminya dengan lidah. Manakala nusyuz melalui perbuatan
berlaku sekiranya isteri enggan menurut kehendak suami untuk berseronok tanpa uzur
syarie dan keluar rumah tanpa keizinan suami. Menurut Wan Abdul (Fattah 2002:26) dan
Norzulaili (2006:23) isteri tidak boleh menolak ajakan tersebut walaupaun suami tersebut
nusyuz. Nusyuz isteri berlaku apabila tidak taat dan derhaka terhadap suami (Siti Zalikhah
Md Nor 1992). Berbeza dengan penjelasan golongan feminism bahawa keizinan suami
bukanlah bertujuan mengikat tetapi mempunyai hikmah yang tersendiri untuk menzahirkan
keindahan di dalam rumahtangga dan ia juga boleh dinilai dari sudut kemanusiaan (Nor
Faizah: 2007:132).
Nusyuz bukanlah berlaku kepada pihak isteri sahaja namun ianya juga melibatkan pihak
suami. Menurut laporan semasa, nusyuz daripada pihak suami lebih tinggi kadarnya
sehingga menggoyahkan institusi rumahtangga seperti tidak memberi nafkah dan juga tidak
adil dalam giliran poligami (Norzulaili 2006: 21); (Raihanah Azahari 2007:125-126).
Mohd Roslan (2011:11) menyatakan, walaupun isteri mempunyai harta yang banyak,
suami wajib memberi nafkah kepada isteri kerana telah menjadi tanggungjawab suami
memastikan penyelengaraan isteri dan keluarga merangkumi pakaian, makanan dan tempat
tinggal.
Namun Amir Fariz (2013:52) menambah suami boleh menarik hak nafkah dan giliran
bermalam ke atas isteri jika berlaku nusyuz olehnya kerana menurut Nor Faizah (2007:85)
nafkah tersebut diwajibkan kerana ketaatan yang diberikan isteri dan jika sebaliknya ianya
berhak ditarik oleh suami kepada isteri. Tindakan berkenaan turut dicatatkan di dalam
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam seksyen 60 tentang penarikan nafkah terhadap
isteri sekiranya berlaku nusyuz (Wan Fakhriah 2014:53)
-
443
Suami juga dikira nusyuz sekiranya berlebihan dalam menyelesaikan isteri yang nusyuz
melalui kaedah memukul sehinggakan tahap mencederakan kerana ianya adalah sekadar
untuk mendidik dan tidak mencederakan (Wan Abdul Fattah 2002: 14). Norzulaili (2007:7)
menambah lagi, sekalipun suami mempunyai tanggungjawab dalam mendidik isteri ia
bukanlah bermakna boleh bertindak diluar batasan yang telah digariskan syarak kerana ia
boleh menyebabkan isteri berterusan nusyuz dan seterusnya berlaku syiqaq di dalam
rumahtangga (Mushaddad Hasbullah 2007:171).
Dari sudut perundangan pula, terdapat akta berkenaan nusyuz isteri di dalam seksyen 59
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) (Maisarah Hassan 2005:9).
Norzulaili (2006:2) dan Amir Fariz (2013:108) menyatakan akta tersebut tidak dinyatakan
secara jelas berkenaan nusyuz, ia boleh menyebabkan tuntutan yang tidak berasas kerana
dipengaruhi emosi seterusnya boleh menzalimi isteri. Di samping itu, hakim perlu merujuk
kitab-kitab muktabar berkenaan pandangan ulama bagi menyelesaikan sesuatu kes
berkaitan nusyuz.
Nusyuz yang berpanjangan boleh menyebabkan syiqaq di mana kedua pasangan suami
isteri menzahirkan sifat ego, masing-masing tidak mahu mengalah serta tolak ansur dalam
mengakui kesilapan seterusnya menyebabkan suami isteri mengabaikan tanggungjawab
masing-masing (Wan Abdul Fattah 2002:23-28)
Nusyuz dan shiqaq adalah berbeza. Menurut Norzulaili (2006:26) syiqaq di dalam
perundangan bermaksud satu bentuk perkelahian yang berlaku secara berterusan di antara
suami isteri. Pada keadaan demikian suami isteri dianggap nusyuz sama ada dari segi
perkataan mahupun perbuatan. Menurut Ustaz Ahmad Awang yang telah ditemuramah
Salleh Ismail (2003:185) syiqaq boleh diertikan sebagai tiada persefahaman mengikut
istilah syarak dan ianya merupakan faktor utama berlakunya perceraian di Malaysia.
Namun menurut Raihanah Azahari (2008:122) definisi syiqaq di dalam peruntukan
undang-undang tidak jelas dan para hakim terpaksa menafsirkannya sendiri sama ada
syiqaq berlaku dalam perkahwinan dan di selesaikan melalui seksyen 48(1).
Berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan nusyuz dan syiqaq bukan sahaja berlaku
kepada pihak isteri tetapi ianya juga melibatkan pihak suami. Selain itu penjelasan nusyuz
oleh suami terlalu umum berbanding perbahasan mengenai nusyuz isteri. Terdapat isu di
mana kekaburan masyarakat tentang kefahaman nusyuz dan syiqaq. Timbul persoalan
sekiranya konsep ini sudah jelas mengapa berlaku pengabaian tanggungjawab secara tidak
lansung nusyuz oleh pasangan yang berkahwin? Apakah konsep sebenar yang telah
diterangkan oleh al-Quran dan as-Sunnah berkenaan konsep tersebut?
Faktor Berlaku Nusyuz Dan Syiqaq
Kajian yang dilakukan berkenaan faktor nusyuz dan syiqaq tidakah begitu khusus, namun
penulis juga membawa beberapa kajian yang berkaitan seperti faktor berlaku konflik rumah
tangga dan faktor berlaku perceraian. Antara kajian tersebut Maisarah Hassan (2005) Che
Hashim Hassan (2006), Hamidah Abdul Rahman (2006), Mohd Taib Ariffin (2006),
Raihanah Abdullah (2001), Suhaiza Mustafa (2008), Raihanah Azahari (2008), Raihanah
Azahari (2007) dan Abe Sohpian (2014).
-
444
Menurut Raihanah Azahari (2008:257) dan Suhaiza Mustafa (2008:141) pengurusan
sumber ekonomi merupakan faktor utama kepada berlakunya pertelingkahan di dalam
rumahtangga. Kebiasaannya suami tidak mampu untuk memberi nafkah secukupnya
apabila berlaku masalah ekonomi. Menurut Che Hashim Hassan (2006:5-6) dan Abe
Sohpian (2014:19) ianya berpunca taraf pendidikan yang rendah kerana kurang peluang
pekerjaan seterusnya menyebabkan pendapatan yang tidak cukup. Kebiasaan perkahwinan
tersebut melibatkan peringkat umur yang rendah dan masih lagi bergantung kepada
keluarga masing-masing dalam hal ekonomi rumahtangga. Berbanding dengan pasangan
yang mempunyai taraf pendidikan yang lebih tinggi, mereka boleh mendapat pekerjaan
yang mendatangkan pendapatan dan lebih bebas membuat keputusan dalam soal
rumahtangga tanpa bergantung kepada keluarga masing-masing.
Bagi Maisarah Hassan (2005:22) pada perkahwinan umur muda kebiasaannya pasangan
tidak menumpukan perhatian sepenuhnya dalam soal rumahtangga kerana lebih
mementingkan kerjaya untuk mengukuhkan ekonomi. Hamidah Abdul Rahman (2006:21)
dalam analisis melalui kajiannya di Johor menyatakan pertelingkahan rumahtangga
semakin bertambah dengan meningkatnya taraf pendidikan kerana dengan kelayakan
tersebut dapat membantu mereka mencari sumber pendapatan sendiri tanpa mengharapkan
pasangan khususnya isteri terhadap suami.
Namun dalam kajian Raihanah Abdullah (2001:105) menyatakan permasalahan
rumahtangga dan perceraian berlaku pada tempoh perkahwinan yang singkat. Baginya
semakin meningkat tempoh perkahwinan semakin kurang konflik di dalam rumahtangga.
Dalam kajian Raihanah Azahari (2007:123) tempoh permulaan perkahwinan merupakan
proses untuk mengenali dan menyesuaikan diri masing-masing dengan pasangan dan alam
rumahtangga yang baru dibina. Pandangan ini juga turut disokong oleh Azhar Muhammad
(2006:78) bahawa tempoh satu hingga sepuluh tahun perkahwinan merupakan tempoh yang
banyak berlaku masalah di dalam perkahwinan.
Justeru, permasalahan ekonomi ini kebanyakan berkait rapat dengan nusyuz suami
(Raihanah Azahari 2008:260) kerana mengabaikan tanggungjawab di bawah
bidangkuasanya. Permasalahan nafkah ini berlaku kepada pasangan yang berpoligami
kerana menurut Azalina Tatar (2012:48) kebanyakannya berpoligami hanya sekadar
tuntutan hawa nafsu sahaja, secara tidak lansung mengabaikan tanggungjawab dari segi
zahir dengan menyediakan keperluan dan kemudahan isteri (Raihanah Abdullah 2001:116).
Namun kajian Hamidah Abdul Rahman (2006:22) perceraian lebih tinggi berlaku terhadap
pasangan yang berkahwin monogami berbanding secara poligami. Tetapi Raihanah
Azahari (2007:126) menyatakan berdasarkan kajiannya di Unit Undang-Undang Petaling
menunjukkan bahawa kebanyakannya aduan terhadap suami yang berpoligami oleh isteri
pertama kerana ditinggalkan tanpa diberikan hak-hak yang sepatutnya.
Menurut kajian Mohd Taib Arifin (2006:59-63) kebanyakan faktor permasalahan
rumahtangga berkait rapat dengan komunikasi. Raihanah Azahari (2008:258) menambah
lagi permasalahan komunikasi berlaku apabila salah seorang panas baran, kuat cemburu,
menipu dalam hubungan dan tidak menghormati keluarga pasangan. Menurut Rumaya
Juhari (2002:40) komunikasi yang digunakan mampu memberi kesan kepada keharmonian
rumahtangga.
-
445
Bagi Raihanah Azahari (2008:259-261) faktor utama permasalahan rumahtangga berbeza
dari sudut suami atau isteri kerana faktor sosial merupakan faktor utama yang
menyebabkan nusyuz isteri berdasarkan kajiannya di Jabatan Agama Islam Negeri.
Menurut Raihanah Abdullah (2001:116) setiap pasangan mempunyai alasan tersendiri yang
menyebabkan berlakunya nusyuz mahupun syiqaq dalam rumahtangga. Seperti berkaitan
seks, di mana kejahilan pasangan untuk mencapai kepuasan dan pasangan mempunyai
penyakit yang menyebabkan pasangan mempunyai hubungan dengan orang luar (Siti
Zalikhah 1992:53) (Abdul Rosyid 2014:44). Pengetahuan dan pemahaman dalam soal
rumahtangga adalah penting kerana ia boleh memberi kesan dalam pelaksanaan
tanggungjawab perkahwinan yang telah diamanahkan. (Raihanah Azahari 2008:260)
Justeru berdasarkan kajian yang berbeza latar belakang timbul persoalan apakah punca
sebenar yang boleh menyebabkan seseorang itu suami mahupun isteri bersikap nusyuz
seterusnya menyebabkan syiqaq dalam perkahwinan? Berdasarkan kajian yang telah
dilakukan tersebut, keperluan penulis untuk menjelaskan faktor nusyuz dan syiqaq
pasangan dalam konteks semasa berdasarkan latar belakang yang berbeza dan ianya
merupakan cadangan Amir Fariz (2013:112) untuk kajian selanjutnya.
Usaha Perdamaian Konflik Rumahtangga
Bagi kajian yang melibatkan perdamaian hubungan perkahwinan telah terdapat beberapa
kajian yang berkaitan seperti Norzulaili Mohd Ghazali (2006), Suwaid Tapah (2007),
Raihanah Azahari (2008) Jawiah Mohd Dakir (2004), Mohd Fauzi (2004), Noralina Omar
(2004), Mohamad Nawawi (2004), Adawiyah Ismail (2004), Abdul Rosyid (2014),
Maisarah Hassan (2005), Atras Mohamad Zin (2006), Hammad Siti Noraini (t.t), dan
Raihanah Azahari (2004)
Setiap pasangan yang mengalami konflik akan menjalani proses Sulh selepas permohonan
di bawa ke mahkamah dan bergantung kepada permohonan yang dibuat oleh pihak yang
bertikai. Sehubungan itu, peruntukan Sulh di Mahkamah Syariah hanya melibatkan kes-kes
tertentu sahaja kerana kes yang menjadi bidangkuasa Sulh adalah selain daripada konflik
perkahwinan (Raihanah Azahari 2004:76). Bagi menyelesaikan pertikaian dalam
perkahwinan seperti nusyuz dan syiqaq, proses Sulh hanya melibatkan rundingcara atau
kaunseling keluarga, jawatankuasa pendamai dan hakam (Hammad Mohamad Dahalan
2014:562-563
Raihanah Azahari (2008:33) menyatakan Sulh merupakan perdamaian dan sentiasa
menjurus ke arah kebaikan. Bagi Abdul Rosyid (2014:40) Sulh adalah memutuskan sesuatu
persengketaan iaitu menamatkan satu persengketaan antara dua orang yang saling
bersengketa yang berakhir dengan perdamaian. Menurut Siti Noraini (t.th:3) Sulh
merupakan suatu kaedah penyelesaian secara damai dan redha meredhai di mana pihak-
pihak yang bertikai terhadap sesuatu tuntutan atau permohonan menghadiri satu proses
perbincangan di dalam suatu majlis perundingan yang dipimpin secara rasmi. Namun Mohd
Fuad (t.t:6) menambah, ia adalah tuntutan di mahkamah syariah. Justeru, apakah pengertian
Sulh secara jelas bagi penyelesaian konflik sesebuah perkahwinan?
-
446
Atras Mohd Zin (2006:41) dan Suwaid Tapah (2007:34) menyatakan pasangan akan
melalui proses Rundingcara pada peringkat permulaan bagi menyelesaikan masalah
mereka sebelum kes difailkan ke mahkamah. Ini merupakan prosedur biasa yang perlu
dilalui setiap pasangan selepas mengisi satu borang permohonan rundingcara dengan
menyatakan masalah sama ada untuk meneruskan perkahwinan atau bercerai. Ianya
diuruskan di bahagian perundangan keluarga jabatan agama Islam negeri dan seorang
pegawai akan membuat satu temu janji pada tarikh yang akan ditentukan. Jawiah Mohd
Dakir (2004:11) dan Adawiyah Ismail (2005:22) menambah, perkhidmatan ini merupakan
khidmat nasihat perkahwinan untuk membantu menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh
pasangan berkahwin.
Namun menurut Mohd Fauzi (2004:15) dan Noralina Omar (2004:1) kebiasannya
maklumat pada borang rundingcara tidak jelas menyebabkan pegawai rundingcara
mengambil masa yang lama untuk memahaminya seterusnya pertemuan menjadi singkat.
Ia terjadi disebabkan kebanyakan pasangan yang hadir bertujuan untuk bercerai kerana
mengalami syiqaq yang berpanjangan dan beranggapan jabatan agama Islam adalah
mahkamah (Mohamad Nawawi 2004:6). Menurut Adawiyah Ismail (2004:104) tempoh
yang panjang sebenarnya akan mengurangkan keberkesanan fungsi rundingcara. Persoalan
yang timbul adakah masyarakat tidak menyedari akan tugas Jabatan Agama Islam sebagai
tempat untuk menyelesaikan masalah kerana beranggapan jabatan agama adalah tempat
untuk bercerai atau usaha berkenaan sekadar prosedur memudahkan mahkamah sahaja?
Kes akan dirujuk mahkamah sekiranya rundingcara tidak berjaya dan jawatankuasa
pendamai akan dilantik jika hakim beranggapan pasangan tersebut boleh didamaikan atau
salah seorang tidak bersetuju untuk bercerai. Hakim juga mempunyai kuasa untuk memberi
arahan serta melantik jawatankuasa pendamai baru sekiranya tidak berpuas hati dengan
tugas yang dijalankan (Atras Mohd Zin 2006:42); (Suwaid Tapah 2007:35). Jawatankuasa
pendamai akan diberi tempoh selama enam bulan seperti yang termaktub di dalam akta
Undang-undang Keluarga Islam. Jawatankuasa berkenaan akan berusaha untuk
mendamaikan mereka dalam tempoh enam bulan atau lebih sepertimana yang dibenarkan
mahkamah dan permohonan perceraian akan ditolak sekiranya jawatankuasa tersebut
berjaya mendamaikan mereka (Maisarah Hassan 2005:67); (Raihanah Azahari 2008:112);
(Atras Mohd Zin 2006:42).
Setelah tamat tempoh yang dibenarkan, jawatankuasa tersebut akan menyediakan laporan
sama ada usaha perdamaian berjaya atau tidak kepada mahkamah. Pandangan
Jawatankuasa tersebut akan dikemukakan dalam laporan tersebut kepada mahkamah.
Namun bagi Atras Mohd Zin (2006:73) cadangan dan keputusan tersebut bukanlah dari
hasil persetujuan pihak yang bertikai tetapi hanyalah memenuhi seksyen 47 Akta Undang-
Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) sahaja. Ia menyebabkan cadangan tersebut sukar
dilasanakan. Justeru adakah perlu untuk mendapatkan persetujuan daripada pihak bertikai
berkaitan cadangan yang diberikan selepas tempoh perdamaian tersebut?
Setelah kes dibicara ke mahkamah, selepas jawantankuasa yang dilantik gagal
mendapatkan perdamaian, mahkamah akan menasihati suami untuk melafazkan cerai,
sekiranya gagal mahkamah akan merujuk kepada hakam sebagai altenatif terakhir untuk
-
447
menyelesaikan masalah syiqaq dan pertelingkahan dalam perkahwinan (Maisarah Hassan
2005:49) (Suwaid Tapah 2007:36).
Menurut Maisarah Hassan (2005:49-56) dan Norzulaili (2007:33-43) hakam adalah orang
luar yang dilantik oleh hakim untuk menyelesaikan syiqaq atau pertelingkahan selepas
pasangan tidak berjaya menyelesaikan syiqaq tersebut. Orang luar berkenaan bukanlah
individu yang asing tidak mengetahui latar belakang pasangan serta diutamakan kepada
ahli keluarga. Hakam tersebut akan menyiasat punca berlakunya syiqaq dalam
rumahtangga seterusnya membuat keputusan sama ada pasangan tersebut didamaikan atau
dipisahkan. Sementara itu hakim merupakan seseorang yang dilantik oleh sultan bagi
menggantikan menjalankan tugasnya. Sementara itu sultan merupakan ketua Negara yang
bertanggungjawab dalam perlantikan hakam.
Raihanah Azahari (2008:115) menambah lagi, hakam menurut al-Quran surah an-Nisa,
diperintahkan untuk melantik hakam daripada kalangan ahli keluarga suami isteri untuk
menyelesaikan syiqaq sama ada berdamai dan meneruskan perkahwinan atau memutuskan
hubungan perkahwinan. Namun Abdul Rosyid (2014:30) menyatakan bahawa hakam
adalah seorang wakil daripada pihak keluarga suami mahupun isteri bagi menyelesaikan
persengketaan mereka dengan perdamaian. Timbul persoalan apakah fungsi hakam yang
sebenar dalam menangani isu syiqaq dalam perkahwinan dan siapakah yang boleh melantik
dan dilantik sebagai hakam?
Bagi Salleh Ismail (2003:47) hakam yang dilantik hanya menyelesaikan masalah syiqaq
suami isteri dan tidak boleh memutuskan hubungan perkahwinan melainkan kedua-dua
pihak memberikan kuasa kepadanya. Menurut Raihanah Azahari (2008:116) Suwaid Tapah
(2007:36) hakam dalam pelaksanaan perundangan di Malaysia tugasnya seperti
jawatankuasa pendamai dan berusaha mendapat kuasa penuh dari suami untuk melafazkan
talak atau menerima tebusan dan menerima talak atau membayar tebusan..
Justeru, persoalannya tugas Jawatankuasa Pendamai dan Hakam adalah sama dari segi
usaha perdamaian manakala berbeza pada sebahagian kerana hakam boleh mendapatkan
kuasa melafazkan cerai daripada pasangan dan hakam juga merupakan perintah daripada
Allah. Sedangkan jawatankuasa pendamai tiada peruntukan khusus di dalam nas (Raihanah
Azahari 2008:120). Manakala menurut Maisarah Hassan (2005:84) setiap permohonan
perceraian hendaklah terus dirujuk kepada hakam dan ianya sesuai dengan perintah al-
Quran. Justeru adakah masih perlu bidangkuasa rundingcara dan jawatankuasa pendamai
bagi menyelesaikan masalah syiqaq perkahwinan?
Analisis Sorotan Literatur
Bab ini akan dianalisis berdasarkan tiga pecahan iaitu konsep nusyuz dan syiqaq, faktor
berlakunya nusyuz dan syiqaq dan usaha perdamaian krisis rumahtangga. Berdasarkan
sorotan yang telah dilakukan perbahasan mengenai konsep nusyuz yang dibawa
menjelaskan secara khusus nusyuz isteri manakala secara umum sahaja nusyuz dari pihak
suami. Manakala penjelasan syiqaq di dalam peruntukan undang-undang tidak menyatakan
secara jelas dan para hakim perlu membuat keputusan sendiri dalam penentuan kes syiqaq.
-
448
Sementara itu, faktor berlakunya nusyuz dan syiqaq ini berbeza di setiap latar belakang.
Terdapat pandangan menyatakan komunikasi adalah faktor utama di mana ianya
merangkumi kesemua faktor, begitu juga yang menyatakan ekonomi merupakan faktor
utama pencetus kepada setiap permasalahan rumahtangga. Pendidikan juga mempunyai
hubungan dengan masalah ekonomi di mana kerana berkait rapat dengan pendapatan.
Namun terdapat juga kajian menyatakan semakin tinggi pendidikan dan pendapatan lebih
terdedah kepada permasalahan kerana tiada rasa kebergantungan dan mampu berdikari.
Berkemungkinan setiap faktor tersebut bergantung kepada setiap pasangan dan ianya tidak
melibatkan setiap perkahwinan.
Oleh yang demikian, secara praktikalnya di Malaysia terdapat beberapa unit di bawah
bidangkuasanya bertanggungjawab untuk menyelesaikan krisis perkahwinan.
Rundingcara, Jawatankuasa Pendamai dan hakam bertanggungjawab dalam kes
sedemikian. Namun tempoh ketiga-tiganya akan mengambil masa yang panjang dan
bidangkuasana sama dari segi tujuan untuk perdamaian, Cuma berbeza sedikit hakam yang
di beri kuasa lebih untuk mendapat kuasa melafazkan cerai. Sedangkan tempoh yang
panjang tersebut mungkin mengurangkan kebersanan dan kebanyakan pasangan juga telah
pun menanggung beban dalam tempoh yang panjang dalam syiqaq perkahwinan.
a) Konsep Nusyuz dan Shiqaq
Bil Penulis Hasil Kajian
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Wan Abdul Fattah (2002
Amir Fariz (2013)
Wan Fakhriah (2014:35
Norzulaili (2006)
Siti Zalikhah (1992)
Maisarah Hassan (2005)
Mushaddad Hasbullah
(2007)
Nor Faizah (2007)
Wan Fakhriah (2014)
Raihanah Azahari (2008)
Tindakan suami atau isteri yang cuai dalam
melaksanakan tanggungjawab perkahwinan seperti
yang telah ditetapkan syarak
Tiada sebarang alasan pensyariatan yang boleh
dikecualikan dalam melaksanakan tanggungjawab
perkahwinan
Nusyuz isteri berlaku apabila tidak taat dan derhaka
terhadap suami.
Isteri yang keluar rumah atau musafir tanpa keizinan
merupakan nusyuz.
Ketaatan isteri kepada suami bukanlah suatu
kewajipan dan keizinan bukanlah suatu keterikatan
berdasarkan pandangan feminism.
Kebanyakan kajian tidak mengulas secara khusus
tindakan suami yang nusyuz
Tiada peruntukan khusus dalam peruntukan undang-
undang berkenaan syiqaq.
-
449
b) Faktor berlaku Nusyuz dan Syiqaq.
Bil Penulis Hasil Kajian
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Raihanah Azahari (2008)
Suhaiza Mustafa (2008)
Mohd Taib Arifin (2006)
Raihanah Abdullah (2001)
Maisarah Hassan (2005)
Che Hashim Hassan (2006)
Hamidah Abd Rahman
(2006)
Abe Sohpian (2014)
Raihanah Abdullah (2001)
Azhar Muhammad (2006)
Raihanah Azahari (2007)
Raihanah Azahari (2007)
Azalina Tatar (2012)
Hamidah Abdul Rahman
(2006)
Pengurusan sumber ekonomi merupakan faktor
utama yang berkait rapat dengan nusyuz suami.
Faktor ekonomi,sosial, moral dan sebagainya
berkait rapat dengan faktor komunikasi
Setiap pasangan mempunyai alasan tersendiri dalam
konflik perkahwinan
Taraf pendidikan dan juga umur berkait dengan
konflik perkahwinan.
Konflik berkurangan dengan meningkatnya umur
dan pendidikan.
Semakin meningkat tempoh perkahwinan semakin
berkurang kemungkinan konflik perkahwinan
Kebanyakan suami yang berpoligami terdedah
dengan pengabaian tanggungjawab
Perceraian lebih tinggi berlaku terhadap
perkahwinan monogami
c) Usaha perdamaian konflik rumahtangga.
Bil Penulis Hasil kajian
1.
2.
Abdul Rosyid (2014)
Siti Noraini (t.t)
Sulh ialah menamatkan dua orang yang saling
bersengketa dengan perdamaian
-
450
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
Mohd Fuad (t.t)
Mohd Fauzi (2004)
Noralina Omar (2004)
Mohamad Nawawi (2004)
Adawiyah Ismail (2004)
Maisarah Hassan (2005)
Norzulaili (2007)
Raihanah Azahari (2008)
Abdul Rosyid (2014)
Raihanah Azahari (2008)
Suwaid Tapah (2007)
Raihanah Azahari (2008)
Maisarah Hassan (2005)
Menyelesaikan pihak-pihak yang bersengketa secara
damai dan redha meredhai terhadap suatu tuntutan
melalui suatu perbincangan di dalam suatu majlis
rasmi yang terpimpin
Proses yang melibatkan pihak-pihak yang bertikai
ke atas satu atau beberapa tuntutan di Mahkamah
Syariah.
Pegawai rundingcara mengalami kesukaran untuk
menyelesaikan pertelingkahan kerana kekaburan
pada maklumat permohonan rundingcara
Kebanyakan pasangan yang datang mengalami
syiqaq yang kritikal dan hadir ke jabatan agama
dengan tujuan untuk bercerai.
Tempoh yang panjang memberi kesan terhadap
fungsi rundingcara.
Hakam adalah orang luar yang dilantik oleh hakim
untuk menyelesaikan syiqaq atau pertelingkahan
selepas pasangan tidak berjaya menyelesaikan
syiqaq
Sultan bertanggungjawab dalam perlantikan hakam.
Pelantikan hakam adalah daripada kalangan ahli
keluarga suami dan isteri.
Hakam seorang wakil daripada pihak keluarga
suami mahupun isteri bagi menyelesaikan
persengketaan mereka dengan perdamaian.
Hakam menurut pelaksanaan di Malaysia, berusaha
untuk mendamaikan pasangan dan mendapat kuasa
daripada pasangan untuk melafazkan talak.
Pertembungan tugas dalam bidangkuasa
rundingcara, jawatankuasa pendamai dan hakam
dalam mendamaikan pasangan yang melibatkan
tempoh yang panjang.
-
451
Kesimpulan
Berdasarkan sorotan yang telah dibuat terhadap kajian-kajian lepas, satu kajian perlu
dilakukan untuk mengatasi isu nusyuz dan syiqaq yang menjadi cabaran dalam institusi
perkahwinan. Seterusnya mencari kaedah dan alternatif yang terbaik untuk menyelesaikan
krisis ini. Justeru, kajian khas perlu dilakukan di jabatan agama islam terpilih untuk
mengkaji permasalahan yang berlaku dalam konteks pada masa kini.
Rujukan
Abdul Rosyid. 2014. Mediasi di Pengadilan Agama Berkaitan Kes Matrimonial di
Indonesia. Disertasi Sarjana, Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abe Sohpian Abdul Rahman, Zuliza Mohd Kushrin & Anwar Fakhri Omar. 2014.
Faktor Perceraian di Mahkamah Syariah Bahagian Mukah, Sarawak dari tahun
2000 hingga 2010. Islamiyyat. 36(1). 5-20.
Adawiyah Ismail. 2004. Keberkesanan Pusat Pembangunan Islam dan Unit Rundingcara
dalam Pembentukan Keluarga Dinamik: Satu Kajian di Jabatan Hal Ehwal Islam
Negeri Kedah. Disertasi Sarjana, Jabatan Dakwah, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Amir Fariz Che Man. 2013. Pensabitan Nusyuz Isteri di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh
Perak. Disertasi Sarjana, Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Atras Mohamad Zin. 2006. Pelaksanaan Sulh di Jabatan Kehakiman Syariah
Selangor (JAKESS): Kajian Kes Tahun 2003 di Mahkamah Rendah Syariah Hulu
Langat, Kajang. Disertasi Sarjana, Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan
Malaysia
Azalina Tatar. 2012. Isu-Isu Wanita Menurut Fahaman Islam Liberal dan Implikasinya
Terhadap Pemikiran Golongan Wanita Islam Kelas Menengah di Lembah Klang.
Disertasi Sarjana, Jabatan Usuluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azhar Muhammad & Kamarul Azmi Jasni. 2006. Pengabaian Tanggungjawab Suami
Terhadap Hak Isteri Di Kalangan Orang-Orang Melayu. Dlm. Abdul Rahim Abdul
Rashid, Sufean Hussin & Che Hashim Hassan (pnyt). Krisis dan Konflik Institusi
Keluarga. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Che Hashim Hassan. 2006. Perkahwinan dan Perceraian di Negeri Kelantan: Satu Kajian
Demografik. Dlm. Abdul Rahim Abdul Rashid, Sufean Hussin & Che Hashim
Hassan (pnyt). Krisis dan Konflik Institusi Keluarga. Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd.
-
452
Fathi Osman. 2002. Wanita Islam Dalam Keluarga dan Masyarakat. Terj. Askiah Adam.
Sister in Islam
Hamidah Abdul Rahman. 2006. Faktor Penyumbang Kepada Masalah Keluarga dan
Perceraian. Dlm. Abdul Rahim Abdul Rashid, Sufean Hussin & Che Hashim
Hassan (pnyt). Krisis dan Konflik Institusi Keluarga. Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd.
Jawiah Mohd Dakir & Noralina Omar. 2004. Perkhidmatan Rundingcara di Jabatan Agama
Islam: Satu Kajian Review. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Khidmat Nasihat
dan Rundingcara Kekeluargaan Di Jabatan Agama Negeri-Negeri Malaysia.
Maisarah Hassan. 2005. Krisis Rumah Tangga di Malaysia: Peranan Hakam dan
Jawatankuasa Pendamai dalam Menanganinya. Disertasi Sarjana, Jabatan Syariah,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Fauzi bin Bachok. 2004. Khidmat Rundingcara dan Kaunseling, Pengalaman di
Jabatan Johor. Seminar Kebangsaan Khidmat Nasihat dan Rundingcara
Kekeluargaan di Jabatan Agama Negeri-Negeri Malaysia.
Mohd Fuad Mohd Salleh. (t.th). Penyelesaian Konflik Melalui Perundangan Sulh.
Universiti Putra Malaysia.
Mohamad Nawawi Ahmad. 2004. Kaedah, Proses dan Permasalahan Khidmat
Nasihat/Rundingcara. Seminar Kebangsaan Khidmat Nasihat dan Rundingcara
Kekeluargaan di Jabatan Agama Negeri Negeri Malaysia.
Mohd Roslan Mohd Nor. 2011. Salah Faham Tentang Kedudukan Wanita Muslim.
Dlm. Mohd Roslan Mohd Nor & Nor Azzah Kamri. Wanita Islam, Isu-Isu
dan Pemerkasaan Hak. Persatuan Ulama Malaysia.
Mohd Taib Arifin. 2006. Komunikasi Perkahwinan: Satu Kajian Persepsi di
Kalangan Penduduk Jitra, Kedah. Dlm. Abdul Rahim Abdul Rashid, Sufean
Hussin & Che Hashim Hassan (pnyt). Krisis dan Konflik Institusi Keluarga Utusan
Publication & Distibutors Sdn Bhd.
Mushaddad Hasbullah & Syed Salim Syed Shamsuddin. 2007. Nusyuz dan Talak:
Pendekatan Islam ke Arah Penyelesaiannya. Dlm. Nik Salida Suhaila Nik Saleh,
Mohammad Noorizuddin Noh, Sapora Sipon, Alina Abdul Rahim & Badrul Munir
Muhammad Nur. Issues in Law and Syariah. Bandar Baru Nilai: Universiti Sains
Islam Malaysia.
Noralina Omar & Khaidzir Ismail. 2004. Peranan Pengukuhan Kualiti Perkahwinan Dalam
Khidmat Rundingcara Islam. Seminar Kebangsaan Khidmat Nasihat dan
Rundingcara Kekeluargaan Di Jabatan Agama Negeri-Negeri Malaysia.
Nor Faizah Md Yusof. 2007. Perkahwinan dan Isu Penafian Hak Wanita: Satu
Analisis Menurut Perspektif Feminism dan Islam. Disertasi Sarjana, Jabatan
Usuluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia.
-
453
Norzulaili Mohd Ghazali, Wan Abdul Fattah Wan Ismail. 2006. Nusyuz, Syiqaq dan
Hakam Menurut al-Quran, Sunah, dan Undang-Undang Keluarga Islam. Kolej
Universiti Sains Islam Malaysia.
Nur Dalilah Zakaria & Raihanah Azahari. 2013. Hubungan Antara Tahap Pelaksanaan
Solat Fardhu dengan Konflik Rumah Tangga: Kajian di Unit Rundingcara Keluarga
(URK) Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Jurnal Syariah, Jil. 21, Bil 2. 145-164.
Raihanah Abdullah. 2001. Wanita, Perceraian dan Mahkamah Syariah. Dlm. Raihanah
Abdullah (pnyt). Wanita dan Perundangan Islam. Kuala Lumpur: Ilmiah
Publishers.
Raihanah Azahari. 2004. Pelaksanaan Sulh di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor
Darul Ehsan (Jakess): Satu Sorotan Awal. Jurnal Syariah, 12:2. 43-78.
Raihanah Azahari. 2007. Permasalahan Rumahtangga: Kajian di Unit Undang-Undang
Keluarga Jabatan Agama islam Daerah Petaling, Selangor. Jurnal Syariah, 15:1.
115-128.
Raihanah Azahari. 2008. Factors Contribute to Marital Problems Among Malay Muslim
Women: A Case Study in Malaysia. Jurnal Syariah , Jil. 16, Bil 2. 245-268.
Raihanah Azahari. 2008. Sulh Dalam Kes Kekeluargaan Islam. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Salleh Ismail. 2003. Pembubaran Perkahwinan Mengikut Fiqh dan Undang-Undang
Keluarga Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Noraini Mohd Ali & Zulkifli Hassan. (t.th). Perlaksanaan Sulh dan
Keberkesanannya di Mahkamah Syariah Selangor. (t,pt).
Siti Zalikhah Md Nor. 1992. Kaunseling Perkahwinan Menurut Perspektif Islam. Petaling
Jaya: Budaya Ilmu Sdn Bhd.
Suhaiza Mustafa. 2008. Percabulan Hak-hak Wanita Islam Dalam Institusi
Kekeluargaan Dengan penumpuan Kes-Kes Hulu Langat. Disertasi
Sarjana,Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Suwaid Tapah. 2007. Prosedur Perceraian. Dlm. Ahmad Hidayat Buang (editor).
Undang-Undang Islam Di Malaysia: Prinsip dan Amalan, hlm 31-54. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya
Wan Abdul Fattah bin Wan Ismail. 2002. Nusyuz dan Syiqaq: Kajian Kes di Negeri
Kelantan Disertasi Sarjana, Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wan Fakhriah Wan Jusoh. 2014. Pemikiran Feminisme Terhadap Hukum Memukul Isteri
dalam kes Nusyuz. Disertasi Sarjana, Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan
Malaysia.