Acne

17
1 ISI KANDUNGAN NO. TAJUK MUKA SURAT 1 . Pengenalan 2 2 . Penyataan masalah 3 3 . Pencarian literature 4 4 . Penemuan/prosedur 5 5 . Perbincangan 6-7 6 . Cadangan & penyelesaian 8-10 7 . Rumusan 11 8 . Senarai rujukan 12

description

penyakit kulit

Transcript of Acne

Page 1: Acne

1

ISI KANDUNGAN

NO. TAJUK MUKA SURAT

1. Pengenalan 2

2. Penyataan masalah 3

3. Pencarian literature 4

4. Penemuan/prosedur 5

5. Perbincangan 6-7

6. Cadangan & penyelesaian 8-10

7. Rumusan 11

8. Senarai rujukan 12

Page 2: Acne

2

PENGENALAN

DEFINISI ACNE (JERAWAT)

Acne atau jerawat merupakan perkara yang normal berlaku pada remaja yang akil

baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.

Bagaimanapun acne yang teruk mingkin disebabkan oleh pelbagai faktor seperti

jangkitan kuman (penyakit,alahan atau salah penjagaan kulit). Sekiranya acne berlaku

dengan teruk,ia perlu dirawat untuk mengelakkan parut berkekalan.

Acne secara amnya merupakan suatu fenomena biologikal yang terjadi pada kulit

akibat dari masalah keradangan tisu di bahagian kelenjar minyak pada kulit manusia. Ia

sering muncul pada bahagian kulit yang sentiasa berminyak seperti kulit muka dan kulit

badan. Acne boleh diklasifikasikan kepada tiga bahagian iaitu mild acne,moderate acne

dan severe acne. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan

Dermatologi telah menemukan hamper 50 jenis acne telah manjadi masalah kepada

remaja lelaki dan perempuan. Jerawat;Bahasa Inggeris,Acne Vulgaris iaitu masalah kulit

yang berlaku pada pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)

pada bahagian kulit.

Page 3: Acne

3

PENYATAAN MASALAH

Dalam kes acne atau jerawat,biasanya remaja atau dewasa yang mengalaminya

akan mempunyai masalah fizikal dan emosi. Terdapat beberapa komplikasi yang dialami

oleh mereka iaitu berasa kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian terlibat

terutamanya pada wajah. Kulit muka juga akan mengalami kemerahan dan berminyak.

Selain itu, ada yang tidak boleh terdedah terlalu lama bawah sinaran matahari kerana

mukanya akan mengalami kemerahan yang ketara. Bukan itu sahaja, kelihatan parut yang

banyak dan sukar dihilangkan pada muka. Kulit muka akan mudah gatal sekiranya

terdedah dengan keadaan yang berhabuk.

Seseorang itu akan mengalami masalah sosial di mana kurang bergaul dengan

rakan-rakan kerana malu dengan mukanya yang bermasalah. Malah, akan merasakan

seperti rakan-rakan bercakap mengenainya dan kurang selesa dengan suasana tersebut.

Selain itu, seseorang akan mengalami kegelisahan dengan pertumbuhan jerawat yang

banyak, cepat dan menyebabkan terlalu sakit. Trauma psikologi akan dialami oleh

seseorang yang berjerawat seperti murung,sedih kerana ketenangan jiwa terganggu oleh

masalah jerawat.

Page 4: Acne

4

PENCARIAN LITERATUR

Berdasarkan Stoppard, Miriam . Tropical Press,1998; berkata dari bukunya yang

bertajuk “Panduan Penjagaan Kanak-Kanak”(m/s 112) dan Dr. Schuessler, Your Child’s

Health,The Parents’ Guide,1972; berkata dari bukunya yang berjudul “Jenis-Jenis

Jerawat”(m/s 86):

Jerawat ringan (Mild Acne)

Biasanya acne terdapat sedikit bintik hitam dan berjerawat. Acne ini

dikategorikan sebagai mild atau ringan sekiranya jumlah lesi (bintil merah/nanah

putih yang tercela) kurang dari 30 lesi. Kurangnya warna kemerah-merahan

akibat jerawat. Acne jenis ini tidak akan meninggalkan sebarang parut.

Jerawat sederhana (Moderate Acne)

Kebiasaannya acne jenis ini mengalami banyak bintil jeragat (blackheads) dan

jerawat yang berwarna hitam dan merah pada bahagian muka,dada dan belakang

badan. Ia akan berparut selepas beberapa hari.

Jerawat kronik (Severe Acne)

Acne ini terdapat banyak nodul besar yang berwarna merah dan terasa sakit serta

berdenyut pada bahagian muka, dada, belakang badan dan anggota tubuh yang

lain. Keradangan kulit akan berlaku jika kelenjar minyak mengeluarkan kuantiti

minyak dan sebum secara berlebihan. Seterusnya menyebabkan kelenjar minyak

akan tersumbat. Apabila ini berlaku, maka whiteheads akan muncul dengan

banyak sambil merancakkan pertumbuhan jerawat yang amat ketara. Jika masalah

itu berlarutan tanpa diselesaikan, maka akan wujudnya interaksi antara jeragat,

jerawat dan minyak yang boleh menyebabkan parut kekal dan kawah kulit yang

besar serta luka bernanah. Selain itu, bintik hitam (blackhead) yang banyak pula

akan wujud dan berinteraksi dengan bakteria acne.

Page 5: Acne

5

PENEMUAN/PROSEDUR

Penemuan kes telah ditemui di Klinik Kesihatan Sekolah Ampangan di mana

pesakit merupakan pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri

Ampangan, adik N telah mengadu merasa tidak selesa dan sering bersa gatal pada

bahagian mukanya. Pelajar tersebut mengatakan jerawat mula tumbuh sejak 3 bulan lalu

dan menyatakan bahawa dia baru saja akil baligh dalam 5 bulan.

No. R/N : 05-8426

Jantina : Perempuan

Bangsa : Cina

Umur : 15 Tahun

Alamat : No.23, Kampung Seri Sentosa,Ampangan

Hasil pemerhatian yang dibuat ke atas pelajar tersebut didapati pada permukaan

wajahnya kelihatan jerawat yang sewarna kulit mukanya dan ada yang berwarna putih.

Pesakit mengatakan kadang-kadang ia terasa sakit dan gatal. Beberapa jerawat nampak

membesar, kadang – kadang ada yang bernanah. Jika jerawat sembuh ada yang

meningalkan bekas kecoklatan dan ada yang mejadi cekung. Pesakit mengaku tidak

mengalami sebarang masalah dan pesakit tidak pernah berubat sebelumnya dan hanya

membersihkan muka dengan hanya pencuci muka jenama Syasya. Tetapi jerawat tidak

juga berkurang.

Mengikut pesakit beliau tidak mengalami sebarang alergi kepada makanan samada

makanan laut ataupun tidak dan beliau jugak tidak alah kepada sebarang ubat – ubatan.

Dari pemeriksaan yang dilakukan ke atas kulit pesakit didapati tampak white

comedones , pustules, serta 10 – 20 papules milier sampai lentikuler merebak terutama di

setiap pipi. Tetapi tidak ditemukan adanya nodul atau cysts. Selain itu kelihatan pula

hiperpigmentasi dan parut pada kedua-dua belah pipi.

Page 6: Acne

6

PERBINCANGAN

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya acne?

Terdapat banyak faktor yang boleh dinyatakan antaranya bagi kalangan remaja, ia

disebabkan oleh peningkatan penghasilan hormon lelaki (androgen). Tahap hormon ini

meningkat pada lelaki dan perempuan. Ini merupakan perubahan hormon yang normal

bagi golongan remaja semasa baligh. Faktor lain ialah tekanan atau stress. Kadang-

kadang, acne turut terjadi disebabkan emosi yang tidak menentu dan sentiasa stress. Bagi

remaja, mereka tertekan dengan pelajaran dan dewasa pula mempunyai masalah dengan

kerja dan majikan. Kebiasaanya, ketika ini akan mengalami imbalance hormone dan

terjadinya pertumbuhan acne.

Persekitaran juga merupakan pencetus berlakunya acne di mana bekerja di tempat

yang berminyak dan berhabuk seperti di kilang kayu. Tambahan pula, di kawasan rumah

tidak semestinya bersih. Berkemungkinan, ia juga boleh berpunca dari sana. Dalam pada

itu, makanan boleh dikategorikan sebagai faktor penyebab acne dalam kalangan remaja

dan dewasa. Walaupun tiada bukti yang jelas mengatakan bahawa coklat dan makanan

lain boleh mengakibatkan jerawat tetapi sesetengah fakta berpendapat ada makanan

tertentu yang boleh mencetuskan jerawat. Contoh, kacang dan belacan.

Pada zaman yang serba canggih,penggunaan produk kosmetik dan penjagaan muka

semakin berleluasa dalam kalangan remaja dan dewasa,tidak mengira umur dan jantina.

Sikap yang suka mencuba dan menukar alat kosmetik menyebabkan jerawat kelihatan

pada muka. Oleh sebab itu, kita perlu memilih produk penjagaan muka yang bersesuaian

dengan kulit muka atau dapatkan nasihat daripada doktor untuk mencuba sesuatu produk.

Page 7: Acne

7

Bagaimana proses pertumbuhan jerawat berlaku pada awal akil baligh atau peringkat

remaja?

Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif dalam

penghasilan sebum akibat perubahan hormone. Kegagalan folikel pilosebaceous untuk

berfungsi dengan baik ketika perubahan hormone dalam tempoh masa remaja akan

menyebabkan jerawat tumbuh. Hormon yang dimaksudkan adalah hormon Testeron.

Hormon Testeron biasnya akan ditukarkan kepada Dihidritesteron di dalam kulit dan

bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolik

fizikal. Individu yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami masalah penghasilan

sebum yang berlebihan ataupun mengalami kekeringan kulit yang agk ketara. Fungsi

sebum adalah untuk menjadi pelincir bagi membuatkan kulit lebih gebu dan lembut,

lapisan pelindung kepada rambut dan kulit. Sebenarnya, kelenjar minyak mengandungi

sejenis kuman iaitu Propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengubah sebum

berlebihan kepada asid lemak dan akhirnya menyebabkan jerawat dan keradangan kulit.

Page 8: Acne

8

CADANGAN DAN PENYELESAIAN

Pembentukan jerawat yang sedikit adalah perkara yang biasa bagi seseorang remaja.

Semua orang pernah mengalami ketika remaja dan ada yang berlarutan sehingga dewasa.

Oleh itu, langkah menghindarinya dapat dilakukan bagi mengekalkan kesihatan dan

kecantikan kulit, maka amalan penjagaan kebersihan diri dan wajah perlu dilakukan.

Berikut adalah antara langkah penjagaan muka yang disyorkan:

1. Pencucian muka dengan kerap

Lakukan pencucian muka dua kali sehari dengan jenis sabun pencuci

muka yang bertekstur lembut dan membersih secara mendalam.

Jika boleh,pilih jenis produk yang tidak terlalu mengeringkan dan boleh

menghidratkan kulit.

Namun begitu, pencucian muka tanpa sabun pencuci juga boleh dilakukan

sebanyak 5 kali sehari ataupun lebih sebagai alternative dan tambahan

kepada cucian muka dengan menggunakan sabun pembersih muka.

Perkara yang perlu diingatkan di sini bahawa mencuci muka dan gosok

terlalu kuat,bukanlah cara yang baik untuk menghilangkan kotoran dan

sel-sel kulit yang mati. Malah,ia akan menyebabkan keradangan kulit dan

jerawat menjadi lebih teruk. Sebaliknya, amalkan cara urutan ringan dan

lembut pada kulit muka.

Page 9: Acne

9

2. Penggunaan skrub muka

Penggunaan skrub muka juga adalah digalakkan tetapi ia perlu bersesuaian

dengan kulit sama ada untuk mencerah,menghalus dan melembutkan kulit.

Ada sesetengah pengguna,kulitnya tidak bersesuaian dengan jenis produk

ini dan penggunaan skrub tidak digalakkan untuknya.

Untuk pengetahuan anda, penggunaan skrub muka adalah bertujuan untuk

membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam liang pori, seterusnya

membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit yang mati. Dengan

penggunaan ini, bintik-bintik hitam akan hilang dalam masa beberapa

minggu dan perubahannya jelas kelihatan.

Namun, perlu ditegaskan bahawa anda hanya perlu menggunakan skrub

wajah sebanyak satu hingga dua kali seminggu sahaja atau satu dalam

masa dua minggu bagi mereka yang kurang terdedah dengan pancaran

cahaya matahari.

Penggunaan skrub yang lebih dari kadar yang disyorkan juga amat

merbahaya bagi kulit muka terutama kulit yang sensitif.

Selain itu, pilih dan guna produk skrub yang mengandungi butiran halus

malah lembut pada kulit.

3. Penggunaan pelembab atau penyegar muka

Mencuci muka dengan pencuci dan skrub sebenarnya akan mengeringkan

kulit walaupun anda mencuci muka dengan ringan dan sedikit

penggunaan sabun pembersih muka.

Oleh sebab itu, anda digalakkan mengguna pelembab atau penyegar muka

selepas cucian muka. Ini amat penting bagi mengekalkan kelembapan kulit

dan pH kulit pada kadar yang seimbang.

4. Elakkan dari terdedah cahaya matahari terlalu lama

Page 10: Acne

10

Anda mestilah mengelakkan kulit muka daripada terkena cahaya matahari

terlalu lama atau berterusan. Hal ini kerana, kulit muka terlalu sensitif dan

mudah menjadi kering dengan pendedahan cahaya matahari yang

berlebihan.

Pancaran sinar UV (ultraviolet) yang terkena pada kulit akan menyerap

masuk ke dalam sel kulit dan seterusnya akan merosakkan struktur protein

dan DNA kulit. Perkara seperti ini sudah tentu tidak elok pada kulit kerana

ia mungkin boleh menyebabkan kanser kulit.

Bagi mencegah dari terkena sinaran matahari yang terlalu lama, anda

disarankan untuk menggunakan sunblock yang mempunyai pelindung

sinaran UV sama ada dari jenis SPF 10,SPF 15, SPF 25, SPF 50 dan

sebagainya. Ini adalah amat penting bagi mengurangi kesan kegelapan

yang timbul akibat pembentukan melanin oleh sel melanosit dan

penyerapan UV-B ke dalam sel basal melanogenesis yang mungkin

menyebabkan kerosakan kepada DNA yang akhirnya boleh membawa

kepada kanser kulit.

Oleh itu, pemakaian pelembab dan pelindung UV perlu dipakai setiap kali

mencuci muka, ketika berada di dalam bilik atau kawasan yang berhawa

dingin( suhu sejuk mampu mengeringkan kulit dengan cepat) atau ketika

melakukan aktiviti luar yang terdedah kepada cahaya matahari yang terik.

Anda juga amat disyorkan untuk sentiasa menutup muka dengan kain

ketika melakukan aktiviti outdoor bagi mengurangi kesan pancaran sinar

UV, pencemaran dan habuk di persekitaran.

5. Antibiotic

Contoh: Benzoyl Peroxide dan Retinoic Acid

Berfungsi untuk:

Menyerang kuman yang menyebabkan acne bertambah teruk.

Menghalang pembiakan bacteria.

Mengurangkan kemerahan dan bengkak pada kulit.

RUMUSAN

Page 11: Acne

11

Secara rumusnya, sekiranya anda mengalami masalah jerawat, jangan terlalu

kerap mencuba dan menukar produk kecantikan semata-mata untuk menghilangkan

jerawat pada muka. Sikap sedemikian boleh menyebabkan iritasi dan alergik. Malah, ia

boleh beri komplikasi lain pada kulit muka. Oleh itu, pilih produk yang bersesuaian

dengan kulit muka.

Anda juga dilarang untuk memicit jerawat ataupun sebarang bintik,nodul dan

pertumbuhan baru yang membuatkan ketidakselesaan pada muka. Sebaliknya, berjumpa

pakar kulit yang bertauliah atau pakar dermatologi di klinik dan hospital pakar untuk

menyelesaikan masalah tersebut. Sekiranya tabiat ini berterusan, ia akan meninggalkan

parut yang dalam dan memburukkan lagi keadaan akulit muka anda.

Dalam penjagaan makanan, elakkan makanan yang berkalori tinggi dan

berminyak seperti makanan yang bergoreng. Hal ini kerana,ia akan meningkatkan

penghasilan sebum dan menjadikan muka berminyak. Melalui keadaan tersebut, jerawat

akan tumbuh dengan aktif. Oleh itu, pemakanan amat penting dalam penjagaan kulit.

Seelok-eloknya, makan makanan yang direbus,dibakar dan direneh. Selain itu,banyakkan

minum air masak supaya kulit tidak kering. Kita harus mencegah jerawat dari umur muda

lagi supaya keadaan muka akan lebih bersih dan tidak berjerawat.

SENARAI RUJUKAN

Page 12: Acne

12

Simpson, Nicholas B, Cunliffe, William J. (2004). Disorders of the Sebaceous

Glands. In Burns, Tony; Breathnach, Stephen; Cox, Neil; Griggiths, Christopher.

Rook’s Buku Teks Dermatologi (7th ed.). Malden, Mass; Blackwell Science. pp.

43. (1-75).

Chiu, Annie, Chon, Susan Y, Kimball, Alexa B.(July 2003). The Response of

Skin Disease To Stress: Changes in the Severity Of Acne Vulgaris As Affected by

Examination Stress.

Kim J (October 2008). Acne Vaccines: Therapeutics Option For the Treatment Of

Acne Vulgaris?. The Journal Of Investigation Dermatology 128 (10): 2353-4.

Farrar MD, Howson KM, Bojar RA, et al. (June 2007). Genome Sequence and

Analysis Of a Propionibacterium Acnes Bacteriophage. Journal Of

Bacteriology.189.