Acuan Ekonomi Malaysia

67
ACUAN EKONOMI MALAYSIA

Transcript of Acuan Ekonomi Malaysia

Page 1: Acuan Ekonomi Malaysia

ACUAN EKONOMI MALAYSIA

Page 2: Acuan Ekonomi Malaysia

Dasar Ekonomi Dasar dalam negara diwujudkan untuk

menyesuaikan diri dengan ciri-ciri semasa dengan tujuan mencapai matlamat ke arah negara bersepadu berasaskan sistem demokrasi .

Page 3: Acuan Ekonomi Malaysia

Selepas Merdeka , dasar-dasar awam boleh dikategorikan kepada:

Pra Dasar Ekonomi Baru meliputi Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) dan Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) dan Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970).

Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) atau Dasar Ekonomi Baru Merangkumi Rancangan Malaysia Kedua(1971-1975), Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980), Rancangan Malaysia Keempat ( 1981-1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990).

Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) atau Dasar Pembangunan Nasional yang melibatkan Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000).

Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) atau Dasar Wawasan Negara meliputi Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) hinggalah sekarang iaitu Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010).

Page 4: Acuan Ekonomi Malaysia

Pra Dasar Ekonomi Baru (1956-1970)

Pengenalan Amalan British melahirkan pengenalan kaum

mengikut ekonomi dan kawasan penempatan melalui pemerintahan “pecah dan perintah”.

Pada tahun 1970, banci penduduk menunjukkan sebanyak 49.3% keluarga di semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. 86% keluarga miskin berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan Bandar.

Kepincangan antara kaum seterusnya menyebabkan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

Page 5: Acuan Ekonomi Malaysia

Rancangan Pembangunan Negara : Fasa 1

Rancangan Malaya I (1956-1960) Rancangan Malaya II (1961-1965) Rancangan Malaysia I (1966-1970)

Page 6: Acuan Ekonomi Malaysia

Dasar Pelbagaian Ekonomi

Rancangan Malaya I Rancangan ini merupakan usaha kerajaan untuk

mengubah keadaan ekonomi agar kekayaan negara dinikmati oleh seluruh rakyat.

Oleh itu, perkembangan sektor luar Bandar diberi tumpuan dengan pembinaan kemudahan asas.

Bagi meningkatkan sumber ekonomi Negara, Dasar Pelbagaian Ekonomi diamalkan agar Negara tidak hanya bergantung kepada getah dan bijih timah yang merupakan eksport utama Negara.

Page 7: Acuan Ekonomi Malaysia

Bil Program-program Matlamat dan pelaksanaan

1 Rural Industrial Development Authority (RIDA) kemudian dinamakan Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Bertujuan membangun dan memajukan masyarakat luar Bandar dengan membekalkan infrastruktur kepada penduduk .

Mara ditubuhkan untuk membimbing dan melatih Bumiputera untuk meningkatkan sosioekonomi mereka.

Perusahaan kecil dibangunkan di kawasan luar Bandar.

MARA menyediakan bantuan modal dalam perniagaan kecil untuk membantu bumiputera.

Kemudahan asas disediakan.

2 Development Authority (FELDA)

Bermatlamat membuka tanah baru dalam sektor pertanian.

Meningkatkan taraf hidup penduduk dengan menambah hasil pertanian.

FELDA memilih keluarga tertentu untuk menerokai tanah untuk tanaman komersil.

Kerajaan menyediakan kemudahan asas di kawasan Rancangan FELDA.

Page 8: Acuan Ekonomi Malaysia

Rancangan Malaya Kedua

Pengenalan Diadakan sebagai strategi pembangunan Negara. Bertujuan membaiki ekonomi Negara selepas

pendudukan British. Objektif Membangun sektor ekonomi dan menekankan

sektor luar Bandar Tumpuan dalam bidang pertanian untuk

meningkatkan taraf hidup rakyat luar Bandar. Tertumpu kepada pembangunan untuk rakyat

mencapai kesejahteraan hidup.

Page 9: Acuan Ekonomi Malaysia

Strategi dan Pelaksanaan

Tertumpu kepada perancangan pelaburan sektor awam secara bersepadu.

Tertumpu kepada rancangan pembangunan ekonomi. Tertumpu kepada kemudahan asas seperti kemudahan

awam dan jentera pentadbiran. Melalui FELDA kerajaan Berjaya membuka tanah untuk

penempatan semula. Taraf penduduk luar Bandar dipertingkatkan. Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar

diwujudkan untuk menyelaras kegiatan luar Bandar. Dasar bahasa kebangsaan diperkenalkan. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

diperkenalkan .

Page 10: Acuan Ekonomi Malaysia

Rancangan Malaysia Pertama

Pengenalan Tumpuan kepada pembangunan Negara. Lebih tertumpu kepada penyertaan rakyat. Membaiki kelemahan Rancangan Malaya

Pertama.Objektif Tumpuan kepada pembangunan penduduk luar

Bandar dan menggalakkan peranan rakyat dalam pembangunan.

Pembangunan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Page 11: Acuan Ekonomi Malaysia

Strategi dan Pelaksanaan Membekalkan kemudahan untuk mengurangkan jurang perbezaaan Bandar

dengan luar Bandar. Meminjam kepakaran asing. FAMA ditubuhkan untuk memberi tumpuan dalam bidang pertanian dan

memasarkan pelbagai jenis keluaran pertanian Negara. Bilik Gerakan ditubuhkan disetiap daerah untuk melaksanakan Program

Buku Merah. FELDA memajukan projek tanah seperti Projek Tiga Segi Jengka(1966),

Projek Johor Tenggara (KEJORA) dan Projek Pahang Tenggara(DARA). FELCRA, iaitu Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara- Untuk

memajukan projek tanah kerajaan. MARDI, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia menyelidik

dan meningkatkan hasil tanaman. FIDA, iaitu Lembaga Kemajuan Perindustrian Persekutuan menggalakkan

Bumiputera menceburkan diri dalam perindustrian latihan. Akta Galakan Pelaburan menggalakkan lagi kedatangan pelabur asing ke

Negara kita dengan memberi taraf perintis. Secara umumnya, Rancangan Pembangunan Fasa I tertumpu pada

pertanian dan sosioekonomi menunjukkan kelemahan apabila berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

Page 12: Acuan Ekonomi Malaysia

Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1): Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990)

Pengenalan DEB merupakan Rangka Rancangan

Jangka Panjang Pertama yang mencakupi tempoh antara tahun 1970-1990 melalui:

Rancangan Malaysia ke-2 (1971-1975) Rancangan Malaysia ke-3 (1976-1980) Rancangan Malaysia ke-4 (1981-1985) Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990)

Page 13: Acuan Ekonomi Malaysia

ObjektifObjektif utama DEB ialah mewujudkan perpaduan antara kaum bagi

mengembalikan semula integrasi antara kaum selain memperkembangkan ekonomi negara.

Untuk mencpai objektif ini, dua matlamat DEB telah dititkberatkan iaitu: Membasmi kemiskinan. Menyusun semula masyarakat.

Dalam DEB terkandung beberapa dasar iaitu: Dasar Pertanian Dasar Perindustrian Negara Dasar Persyarikatan Malaysia Dasar Penswastaan Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia Bagi membangunkan kawasan luar Bandar yang mundur tetapi berpotensi,

kerajaan telah mempergiatkan rancangan seperti FELDA, Skim Tanah Rancangan Negeri dan sebagainya selain Dasar Pertanian.

Bagi tujuan meningkatkan penglibatan bumiputera, dalam sektor perusahaan pula, telah diwujudkan Dasar Persyarikatan dan Dasar Penswataan bagi menggembleng sektor kerajaan dan sektor swasta ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi Negara.

Melalui DEB, peningkatan ekonomi dititikberatkan dalam sektor perindustrian Negara dengan wujudnya Dasar Perindustrian, Pelan Induk Perindustrian dan Dasar Perindustrian Berat.

Page 14: Acuan Ekonomi Malaysia

Strategi dan Pelaksanaan

MEMBASMI KEMISKINAN Peluang pekerjaan yang banyak perlu diwujudkan. Pembangunan seimbang untuk mengurangkan jurang

perbezaan pendapatan antara kaum, kawasan Bandar serta antara wilayah.

Kehidupan diluar Bandar dibaiki dan dimodenkan. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan

bumiputera. Pekerjaan yang menunjukkan komposisi kaum di

Malaysia digalakkan. Taraf dan kualiti hidup rakyat ditingkatkan melalui

kemudahan-kemudahan infrastruktur lain.

Page 15: Acuan Ekonomi Malaysia

PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT

Menggalakkan pemilikan saham bumiputera sebanyak 30% untuk mengimbangi komposisi kaum dengan 40% untuk bukan bumiputera dan 30% pelabur-pelabur asing menjelang tahun 1990.

Memodenkan kawasan luar Bandar untuk meningkatkan taraf kehidupan golongan islam.

Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan kaum bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam 1990.

Menubuhkan agensi-agensi seperti MARA, Bank pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

Page 16: Acuan Ekonomi Malaysia

Pencapaian Laporan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Keempat

menunjukkan pendapatan purata sebenar isi keluarga telah bertambah baik, iaitu:

Melayu dengan pendapatan sebanyak RM290.00 sebulan. Cina dengan pendapatan sebanyak RM565.00 sebulan India dengan pendapatan sebanyak RM455.00 sebulan. Kadar kemiskinan juga telah menurun daripada 49.3% pada tahun 1971

kepada 16.7% pada tahun 1990. Penglibatan bumiputera dalam semua sektor telah meningkat. Misalnya,

bilangan pekerja di sektor pembuatan telah bertambah dari 29% kepada 33%. Bilangan bumiputera yang terlibat dalam perniagaan telah bertambah daripada 25 000 orang kepada 62 000 pada tahun 1980.

Sebanyak 28 buah Bandar baharu telah dibangunkan dalam pembangunan wilayah di Johor Tenggara, Kelantan Selatan, Pahang Tenggara, Jengka dan Terengganu Tengah.

Pelaksanaan DEB selama 20 tahun tidak tercapai sepenuhnya kerana masih wujudnya golongan miskin.

Namun matlamat DEB seterusnya diteruskan dalam Dasar Pembangunan Nasional sebagaimana yang digaris dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang.

Page 17: Acuan Ekonomi Malaysia

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)

Pengenalan Disebabkan berlakunya peristiwa 13 mei

1969 Disusun untuk mencapai matlamat Dasar

Ekonomi Baru(1970-1990)Objektif Bertujuan mencapai perpaduan melalui cara : Membasmi kemiskinan Menyusun semula masyarakat Memodenkan kumuniti luar Bandar.

Page 18: Acuan Ekonomi Malaysia

Strategi dan Pelaksanaan

Membuka tanah baharu untuk memodenkan luar Bandar.

Petronas diwujudkan untuk memajukan industri petroleum.

PERNAS, UDA, RISDA, dan LLP diadakan untuk menggalakkan penyertaan bumiputera.

Bandar-bandar baharu dan pusat-pusat perindustrian diwujudkan.

Dasar yang diperkenalkan ialah: Dasar Ekonomi Baru Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Page 19: Acuan Ekonomi Malaysia

Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)

Pengenalan Menyempurnakan segala matlamat yang belum dicapai

dibawah RM ke-2. Menyambung pembangunan wilayah. Selari dengan Dasar Ekonomi Baru. Objektif Meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan

meningkatkan taraf hidup rakyat. Meningkatkan penyertaan hak milik orang melayu

dalam kegiatan perniagaan, perindustrian dan modal saham.

Menggalakkan perkembangan sumber-sumber mentah.

Page 20: Acuan Ekonomi Malaysia

Strategi dan Pelaksanaan

Tumpuan kepada penanaman getah dan kelapa sawit.

Pemb ukaan tanah melalui rancangan petempatan wilayah bersepadu.

Perhatian diberi kepada pendidikan, perumahan dan kesihatan rakyat.

Page 21: Acuan Ekonomi Malaysia

Rancangan Malaysia Keempat(1981-1985)

Pengenalan Kejatuhan harga sumber asli negara

menjejaskan pendapatan Negara . Objektif Tumpuan kepada sektor perindustrian

berat. Menyeimbangkan pemilikan harta saham

antara bumiputera dan bukan bumiputera dan bukan bumiputera.

Page 22: Acuan Ekonomi Malaysia

Strategi dan Pelaksanaan Kemelesetan ekonomi mengakibatkan kerajaan terpaksa berjimat. Kawasan perusahaan baharu dikenal pasti iaitu Senawang, Negeri

Sembilan; Skudai, Johor; bayan Lepas, Pulau Pinang; Sungai Way, Selangor.

Beberapa dasar yang dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Keempat ialah:

Dasar Pandang ke Timur Dasar kepimpinan Melalui Teladan Bersih, Cekap dan Amanah Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Dasar Peningkatan Dasar pengeluaran Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia Dasar Persyarikatan Dasar Penswastaan Dasar Pertanian Dasar Halacara Baru Dasar Kependudukan

Page 23: Acuan Ekonomi Malaysia

Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

Pengenalan Berlakunya kemelesetan ekonomi dan perkembangan

ekonomi yang lembab.Objektif Objektif utamanya ialah mencapai perpaduan Negara. Menggunakan sumber-sumber sedia ada untuk

meningkatkan taraf ekonomi. Mempercepat peningkatan peranan swasta. Membangunkan perusahaan pembuatan. Meningkatkan sektor pelancongan. Menitikberatkan penggunaan tanah.

Page 24: Acuan Ekonomi Malaysia

Strategi dan Pelaksanaan Meningkatkan peranan swasta melalui proses pelonggaran peraturan

mendapatkan hak milik syarikat. Membangunkan badan pelancongan Negara. Memperkenalkan syarat-syarat pelaburan yang rendah untuk menarik

pelabur. Perusahaan pembuatan kereta nasional diusahakan olh PROTON. Latihan diberi untuk meningkatkan daya pengeluaran Negara. Tanah terbiar telah diusahakan oleh FELCRA, RISDA dan FELDA. Pada tahun 1990, Malaysia berjaya menarik ramai pelancong melalui “

Tahun Melawat Malaysia”. HICOM ditubuh untuk mengenal pasti dan mengurus projek-projek

industri berat. Agensi-agensi seperti PNS, ASN dan ASB menggalakkan pelaburan

Bumiputera dalam pemilikkan saham syarikat. Melancarkan Dasar Pertanian Negara untuk pertambahan pengeluaran. Dasar-dasar yang diperkenalkan: Dasar Perindustrian Negara Pelan Induk Perindustrian (PIP) Dasar Perindustrian Berat

Page 25: Acuan Ekonomi Malaysia

Dasar Pertanian Negara

Pengenalan Dasar Pertanian Negara merangkumi dua tahap iaitu: Tahap satu antara tahun 1984 hingga 1991 Tahap dua antara tahun 1992 hingga 2010 Kadar pertumbuhan sektor pertanian semakin menurun disebabkan : Harganya bergantung kepada pasaran ekonomi antarabangsa. Kebanyakkan pengusaha pertanian terdiri daripada pekebun-pekebun

kecil yang miskin. Syarikat menukarkan kawasan pertanian kepada kawasan

pelancongan atau perumahan yang lebih menguntungkan. Perkembangan sektor peindustrian dan perkhidmatan memesatkan

penghijrahan ke Bandar. Pada tahun 1985, Keluaran dalam Negara kasar(KDNK) bidang

pertanian ialah 20%, tetapi telah merosot kepada 18.7% pada tahun 1990.

Page 26: Acuan Ekonomi Malaysia

Objektif Dasar Pertanian Negara tahap kedua, iaitu antara tahun

1992-2010 bertujuan mengatasi kelemahan Dasar Pertanian Negara tahap pertama dari segi:

Menyeimbangkan perkembangan-perkembangan sektor pertanian dengan perkilangan.

Mendapatkan peluang-peluang pasaran dalam Negara dan luar Negara.

Mewujudkan masyarakat usahawan dan perniagaan di kalangan petani dan nelayan.

Mentranformasi pertanian tradisional kepada pertanian moden.

Pertumbuhan nilai ditambah, sektor pertanian yang ingin dicapai adalah pad kadar 3.1% setahun pada tahun 2010.

Dasar ini bertujuan meningkatkan pendapatan sektor pertanian dan para pengusaha pertanian secara kecil-kecilan.

Dasar ini bertujuan mencapai pembangunan seimbang dalam sektor petanian dengan sektor-sektor lain.

Page 27: Acuan Ekonomi Malaysia

Startegi dan Pelaksanaan Sumber- sumber digunakan secara optimum untuk meningkatkan

pengeluaran makanan di samping tanaman industri. Tanaman industri ditingkatkan agar membantu memesatkan

pmbangunan industri Negara. Aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) ditingkatkan untuk

menambah produktiviti dan pengeluaran dalam bidang pertanian. Usaha-usaha memperluas pasaran tempatan dan antarabangsa dipergiat

agar hasil pertanian Malaysia dapat bersaing pada peringkat antarabangsa.

Skim galakkan dan insentif diperuntukkan kepada sektor-sektor swasta untuk menggalakkan pembangunan sektor pertanian.

Pencapaian1. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membantu dalam

pemasaran hasil tempatan.2. Sehingga tahun-tahun 1990-an, kekurangan buruh meningkat, kos

pembangunan tanah baharu meningkat dan pilihan teknologi merupakan halangan-halangan yang mengurangkan daya saing komoditi eksport negara di pasaran antarabangsa.

Page 28: Acuan Ekonomi Malaysia

Dasar Peridustrian Negara

Objektif Pelan Induk Perindustrian (PIP) merangkumi tempoh 10

tahun iaitu antara 1986 hingga 1995 yang bermatlamatkan:

PIP ingin menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin “catalyst” dalam pertumbuhan perindustrian Negara dengan menyatukan perindustrian pengeluaran dan perindustrian pemprosesan.

Perindustrian Negara harus mengoptimumkan sumber asli yang terdapat di Malaysia.

Dalam mencapai Negara perindustrian, penyelidikan dan pembangunan ( Research & Development) ditingkatkan.

Page 29: Acuan Ekonomi Malaysia

Startegi dan Pelaksanaan Bagi mencapai matlamat tersebut, 12 sektor berasakan sumber asli dan lima sektor industri bukan berasas sumber asli dikenal pasti.

Sektor Sumber Asli Sektor Bukan Sumber Asli

Getah Elektrik dan Elektronik

Kelapa Sawit Peralatan dan Pengangkutan

Kayu-kayan Mesin dan Kejuruteraan

Makanan Logam-logam Ferus

Kimia Tekstil dan Pakaian

Logam Bukan Ferus

Keluaran galian bukan logam

Page 30: Acuan Ekonomi Malaysia

Pelan Induk Perindustrian Kedua (IMP2)

Pengenalan Pelan ini adalah lanjutan daripada kejayaan Pelan Induk

Perindustrian Pertama merangkumi tahun 1986-1995. Pelan Induk Perindustrian kedua (IMP2) merupakan satu

dasar yang merangkumi 10 tahun iaitu mulai tahun 1996 hingga 2005 iaitu pada penghujung Rancangan Malaysia ke-8.

Objektif Selaras dengan objektif IMP 1, Pelan ini menuju ke arah

mewujudkan sektor perkilangan yang lebih luas, berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Page 31: Acuan Ekonomi Malaysia

Strategi dan Pelaksanaan

1.Strategi pengilangan secara berintegrasi. Peralihan dari aktiviti pemasangan dan nilai ditambah rendah kepada

aktiviti-aktiviti nilai ditambah tinggi: i) pembangunan dan penyelidikan (P&P) dan reka bentuk produk. ii) pengedaran dan pemasaran. b) Penganjakan seluruh rantaian nilai ke tahap lebih tinggi

melalui pertumbuhan berteraskan produktiviti: (i) penggunaan teknologi tinggi (perobotan) (ii) peningkatan produktiviti faktor jumlah, iaitu tumpuan kepada

pengetahuan dan perkilangan berintensifkan modal,aplikasi teknologi baharu, amalan pengurusan terbaik dan penggunaan sumber berkesan.

2. Pembangunan perindustrian berasaskan kelompok dengan menekankan :

a) pembangunan kelompok yang berdaya saing menerusi integrasi industri utama,pembekal,industri sokongan,perkhidmatan sokongan,prasarana dan institusi yang diperlukan.

b) meningkatkan rangkaian di dalam dan antara subsektor industri dan pembangunan IKS tempatan.

Page 32: Acuan Ekonomi Malaysia

3. Lapan kumpulan industri yang dikenalpasti dalam IMP2:a) elektrik dan elektronikb) kumpulan industri kimiac) tekstil dan pakaiand) pengangkutane) kumpulan industri bahanf) mesin dan kelengkapang) kumpulan industri berasaskan sumber mentahh) kumpulan industri berasaskan pertanian dan produk makanan

4. Badan-badan berikut terlibat untuk menjayakan IMP2:a) Majlis Penyelarasan Perindustrian (ICC) terdiri daripada individu dari sektor awam dan sektor

swasta.b)Jawatankuasa Dasar Perindustrian dan Insentif (IPIC) terdiri daripada wakil sektor awam dan

sektor swasta.c)Pasukan Petugas Industri menggalakkan pembangunan kelompok industri terdiri daripada

sektor awam dan sektor swasta dalam bidang :i) elektrik dan elektronikii) automotifiii) mesin dan kelengkapaniv) farmaseutikalv) petrokimiavi) produk berasaskan minyak sawitvii) produk berasakan kayuviii) produk berasaskan getahix) produk berasaskan pertanian dan makananx) aeroangkasa

Page 33: Acuan Ekonomi Malaysia

Dasar Perindustrian Berat di Malaysia

Pengenalan1. Sektor perindustrian memberi sumbangan yang

besar kepada ekonomi negara, dengan KDNK meningkat daripada 13.4% pada tahunn 1980.

2. Perindustrian berat dapat mewujudkan industri-industri sokongan kepada proses perindustrian dan merupakan asas kepada pembangunan perindustrian negara ke arah pembentukan masyarakat perindustrian.

3. Dasar Perindustrian Berat diharap dapat meningkatkan peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi melalui program perindustrian berat yang selama ini dimonopoli oleh kerajaan.

Page 34: Acuan Ekonomi Malaysia

Objektif

1. Dapat mengeluarkan bahan-bahan mentah dan jentera-jentera perindustrian untuk keperluan negara.

2. Selain itu, mengelakkan pergantungan berterusan kepada barang dan teknologi asing agar harga barang kita terjaga dan mampu bersaing di pasaran antarabangsa.

3. Mempelbagaikan barang eksport negara bagi mengatasi halangan atau perlindungan negara-negara maju terhadap pengehadan barang negara kita.

4. Mewujudkan dan meningkatkan industri-industri kecil dan sokongan akibat perkembangan industri-industri berat.

5. Mewujudkan pekerja-pekerja berkemahiran dalam bidang-bidang kejuruteraan dan bidang yang berkaitan.

Page 35: Acuan Ekonomi Malaysia

Strategi dan Pelaksanaan1. Bagi memenuhi tujuan ini, kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat

Malaysia (HICOM) pada tahun 1980 untuk mengenalpasti,memulakan,melaksanakan dan menguruskan projek-projek dalam bidang industri berat.

2. Sektor swasta berperanan dalam industri-industri sokongan membekalkan komponen-komponen untuk projek-projek industri berat.

3. Rakan perkongsian asing dikehendaki menyediakan kerjasama dan bantuan melatih pekerja dan pengendalian projek-projek industri berat.

4. Pada tahap permulaan, kerajaan memberi galakan melalui pemberian insentif berbentuk kredit, tarif atau subsidi kepada projek-projek ini.

5. Kajian terhadap projek-projek yang sesuai dan bentuk pasaran antarabangsa dibuat agar wujudnya pengurangan kos pengeluaran negara kita dan membolehkan negara bersaing di pasaran dunia.

Pencapaian1. Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (Proton) melalui penjualan kereta nasional

selain mendapat pasaran tempatan juga telah mendapat pasaran di luar negara.2. Kilang-kilang simen, contohnya Kedah Cement Sdn.Bhd. dan Perak-Manjung Cement

telah berjaya membekalkan bekalan simen untuk sektor pembinaan dalam dan luar negara.

3. Namun, beberapa masalah masih dikenalpasti dalam menjayakan dasar ini,iaitu:a) memandangkan modal yang diperlukan adalah besar dan memakan masa yang

panjang untuk mendapatkan semula pulangan pelaburan, banyak sektor swasta keberatan melabur dalam industri-industri berat.

b) negara kita masih kekurangan pekerja-pekerja mahir dalam bidang teknikal yang amat diperlukan dalam industri ini.

c) teknologi yang tinggi perlu dalam perindustrian berat mengakibatkan pengimportan teknologi, pengurusan dan jentera-jentera dari luar negara.

Page 36: Acuan Ekonomi Malaysia

Dasar Persyarikatan Malaysia

Pengenalan 1. Dasar ini diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir pada

tahun 1983 semasa negara kita dilanda kemeleseta ekonomi.

2 Kerajaan sedar bahawa sektor swasta harus memainkan peranan aktif dalam memulihkan ekonomi negara semula dan tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata.

3. Kesedaran kerjasama erat antara pihak sektor awam dengan sektor swasta adalah perlu agar mewujudkan suasana yang sesuai bagi parausahawan bergiat dalam bidang ekonomi.

4. Persaingan dan pertentangan antara pihak awam dengan swasta berhubung dengan matlamat, peraturan dan pelaksanaan tugas organisasi harus dikikis.

Page 37: Acuan Ekonomi Malaysia

Objektif

Dasar ini diwujudkan dengan tujuan memupuk kerjasama erat antara sektor awam dengan sektor swasta demi faedah bersama dalam membangun dan meningkatkan ekonomi negara.

2. Dasar ini juga bertujuan menjalin hubungan persaudaraan dengan memupuk persefahaman dan perkongsian maklumat demi kebaikan sektor-sektor ini.

3. Dalam Dasar Persyarikatan Malaysia, negara dianggap sebagai sebuah syarikat yang menjadi milikan bersama sektor awam dan sektor swasta.

4. Faedah yang diperoleh sektor awam dalam kerjasama ini ialah negara memperoleh pendapatan daripada cukai yang dikenakan ke atas keuntungan sektor swasta, manakala sektor swasta pula memperoleh perkhidmatan kerajaan agar kelulusan projek mereka dapat disegerakan.

Page 38: Acuan Ekonomi Malaysia

Strategi dan Pelaksanaan1. Pegawai-pegawai setiap jabatan kerajaan diberi ceramah agar

mereka memahami kepentingan tugas harian mereka dan menyahut cabaran ini.

2. Sebuah Panel Perundingan ditubuhkan dalam semua agensi pelaksanaan kerajaan agar membolehkan mereka memberikan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat swasta.

3. Penempatan sementara pegawai-pegawai awam di syarikat-syarikat swasta diadakan selama enam minggu hingga 12 bulan agar membolehkan pegawai-pegawai awam mengenali dan memahami serta mengorak langkah membaiki perkhidmatan awam kepada syarikat-syarikat swasta.

4. Selain itu, INTAN turut mengadakan kursus-kursus pengurusan perniagaan untuk pegawai-pegawai awam.

5. Pelaksanaannya melalui pendekatan menyediakan mekanisme khusus untuk proses jalinan hubugan kerjasama antara sektor awam dengan sektor swasta selain berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan awam bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada sektor swasta.

Page 39: Acuan Ekonomi Malaysia

Panel tertinggi dalam mekanisme perundingan formal ini ialah Majlis Perdagangan Malaysia (MBC) yang telah ditubuhkan pada tahun 1991 untuk membicarakan perkara-perkara yang mempengaruhi arus pembangunan sosioekonomi negara yang menjadi input penggubalan dasar negara yang terdiri daripada :

a) Perdana Menteri sebagai pengerusinyab) Menteri-menteri kabinetc) pegawai-pegawai tertinggi kerajaand) pemimpin-pemimpin korporat yang dipilih khas.

8. Urusetia MBC ialah Institusi Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).

9. Pada peringkat pentadbiran pusat, Jawatankuasa Persyarikatan Malaysia Peringkat Pegawai terdiri daripada :a) pengerusi yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Negara bertindak sebagai panel perundingan pentadbiran yang tertinggi. b) ahli-ahlinya teridri daripada pegawai-pegawai tertinggi kementerian dan jabatan yang kerap berurusan dengan sektor swasta, pemimpin dewan perniagaan dan industri serta pertubuhan perniagaan dan perdagangan, wakil media massa dan beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO).

Page 40: Acuan Ekonomi Malaysia

Dasar Penswastaan Malaysia Pengenalan 1. Seperti Dasar Persyarikatan, Dasar Penswastaan diwujudkan

pada tahun 1983 yang memberi penenkanan kepada sektor swasta dalam pembangunan ekonomi Malaysia.

2. Penswastaan diertikan sebagai pemindahan tanggungjawab dan fungsi-fungsi sektor awam kepada sektor swasta.

Objektif 1. Kerajaan boleh mengurangkan beban kewangan dengan

memindahkan kegiatan komersil kepada sektor swasta. 2. Penswastaan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dengan

meningkatkan kualiti kecekapan dan produktiviti yang seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi.

3. Pertumbuhan ekonomi dipercepat keranan sektor korporat berorientasikan keuntungan.

4. Sektor swasta memainkan peranan utama dalam bidang ekonomi.

5. Dasar ini membantu mencapai matlamat Dasar Ekonomi Negara untuk menyusun semula bentuk hak milik dalam ekonomi.

Page 41: Acuan Ekonomi Malaysia

Strategi Dan Perlaksanaan1. Jabatan Perdana Menteri membantu menswastakan agensi-agensi kementerian secara

berperingkat-peringkat.2. Jawatankuasa khas diwujudkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk

melaksanakan Dasar Penswastaan.3. Pelaksanaan peringkat awal adalah secara ad hoc berdasarkan Garis Panduan

Penswastaan disediakan pada tahun 1985.5. Melalui Pelan Induk Penswastaan (PIP) yang diguabl pada tahun 1991, pelaksanaan

Dasar Penswastaan dijalankan dengan lebih selaras, sistematik dan komprehensif.6. PTP mengenal pasti beberapa kaedah penswastaan seperti penjualan aset, penjualan

ekuiti, pajakan aset, pembelian syarikat oleh pengurusan (MBO), bina-milik-kendali (BMK) dan bina-kendali-pindah (BKP).

7. Unsur penting dalam PTP ialah Pelan Tindakan Penswataan (PTP) dwitahunan yang boleh dipinda, bertujuan membantu melaksanakan program bagi setiap tahun dengan mengenal pasti projek yang diswastakan serta halangan pelaksanaan supaya langkah yang sesuai diambil sebelum penswastaan bermula.

8. Badan kawal selia ditubuhkan untuk mengekalkan standard dan melindungi kepentingan pengguna dari segi harga, mewujudkan dan menentukan perkhidmatan yang diberikan berkualiti serta memastikan pembangunan industri berkembang dengan sihat di bawah program-program yang diswastakan. Contohnya:a) Jabatan Penerangan Awam mengawal selia aktiviti trafik udara penerbangan.b) Lembaga Pelabuhan Malaysia mengawal selia pelabuhan-pelabuhan di Malaysia.

9. Empat suruhanjaya yang turut membantu badan kawal selia ialah:a) Suruhanjaya Kawal Selia Sektor Tenagab) Suruhanjaya Kawal Selia Sektor Pengangkutan (yang merangkumi rel dan jalan bertol)c) Suruhanjaya Kawal Selia Sektor Air dan Sanitasid) Suruhanjaya Kawal Selia Sektor Komunikasi dan Multimedia

Page 42: Acuan Ekonomi Malaysia

Pencapaian

1. Sehingga akhir tahun 1999, sebanyak 202 projek dan entiti telah berjaya diswastakan atau dikorporatkan (Jadual 10.5).

2. Penjimatan perbelanjaan pembangunan keseluruhan sejak program ini dilaksanakan pada tahun 1983 ialah kira-kira RM129 bilion.

3. Sementara penjimatan dari segi perbelanjaan mengurus bagi tempoh yang sama berjumlah RM 7.6 bilion.

4. Daripada permulaan pelaksanaan program penswastaan hingga kini, sebanyak 107 503 orang penjawat awam telah dipindah kepada pihak swasta.

5. Penswastaan juga telah menyumbang kepada peningkatan kecekepan dan produktiviti entiti yang diswastakan melalui penyediaan perkhidmatan dan sistem pengurusan yang lebih baik.

Page 43: Acuan Ekonomi Malaysia

Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara

Pengenalan 1. Kadar pertumbuhan ekonomi dunia dan kadar

pertumbuhan perdagangan antarabangsa yang lembap menyebabkan kerajaan perlu meningkatkan

pendapatan negara. 2. Pencapaian matlamat ini melalui peningkatan daya

pengeluaran negara melibatkan kedua-dua sektor awam dan sektor swasta dalam semua jenis dan peringkat pekerjaan.

3. Daya pengeluaran sektor swasta penting agar sektor ini dapat bersaing di pasaran bebas antarabangsa dan seterusnya menyumbang kepada pendapatan negara melalui cukai.

4. Daya pengeluaran sektor awam pula penting untuk menjayakan matlamat pembangunan negara dengan memberikan perkhidmatan yang bermutu.

Page 44: Acuan Ekonomi Malaysia

Objektif1. Peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi dan menyusun

semula struktur dan ketidakseimbangan ekonomi.2. Memastikan sumber-sumber negara tidak terbazir, tetapi

digunakan secara optimum.3. Membolehkan sektor perindustrian bersaing di pasaran

antarabangsa dengan membaiki sistem dan organisasi dengan teknologi terkini.

Strategi dan Pelaksanaan1. Sistem dan organisasi kerja dibaiki dan latihan pengurusan

diberikan pada setiap peringkat bidang pengurusan.2. Hanya teknologi yang sesuai dari luar negara sahaja

dipindah dan disesuaikan di negara kita.3. Sikap-sikap dan etika kerja positif disemai kepada pengurus-

pengurus, pekerja-pekerja dan rakyat.4. Slogan-slogan yang diutarakan selaras dengan dasar ini ialah

kepimpinan melalui teladan, bersih, cekap dan amanah serta dasar penerapan nilai-nilai Islam.

Page 45: Acuan Ekonomi Malaysia

Pencapaian 1. Nilai ditambah bagi setiap pekerja secara

keseluruhan meningkat kepada 3.6% setahun antara 1970-1980.

2. Dalam pelaksanaan dasar-dasar untuk meningkatkan daya pengeluaran negara, beberapa masalah telah dikenalpasti. Antaranya:

a) program perindustrian Malaysia lebih bercorak industri gantian import dan penggalakan eksport, tetapi kurang memberi perhatian dalam industri penggunaan teknologi rendah mengakibatkan daya pengeluaran yang terhad.

Page 46: Acuan Ekonomi Malaysia

Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam

Pengenalan1. Kemelesetan ekonomi yang berlaku pada awal tahun 1980-

an telah menyebabkan pasaran eksport negara meleset.2. Pada tahun 1980-an, kadar pertumbuhan sebenar Keluaran

Dalam Negara Kasar (KDNK) menurun kepada 6.4 % setahun dalam tempoh 1981-1982 mengakibatkan jumlah defisit Kerajaan Persekutuan meningkat daripada RM 7.1 bilion kepada RM 11.2 bilion pada tahun 1982.

3. Hutang awam telah meningkat daripada RM 4.9 bilion kepada RM 13.2 bilion pada akhir tahun 1982.

4. Justeru, langkah terbaik untuk memulihkan semula kewangan negara lalui pelancaran Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam pada tahun 1982.

Page 47: Acuan Ekonomi Malaysia

Objektif

1. Dasar ini bertujuan menguatkan kewangan kerajaan di samping mengawal kadar inflasi negara.

2. Mengukuhkan asas-asas ekonomi dengan penggunaan sumber-sumber yang ada.

3. Mengawal pertumbuhan hutang awam dan membaiki imbangan pembayaran negara.

4. Mengurangkan defisit belanjawan kerajaan

Page 48: Acuan Ekonomi Malaysia

Strategi dan Pelaksanaan Hanya projek-projek yang dapat menyumbangkan

kepada perkembangan ekonomi dan pencapaian matlamat DEB sahaja akan dilaksanakan.

2. Kerajaan mengawal perbelanjaan sektor awam yang meliputi perbelanjaan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan perbadanan-perbadanan awam.

3. Pengambilan kakitangan baharu kerajaan telah dibekukan dan jawatan-jawatan yang bertindih dihapuskan.

4. Operasi pentadbiran awam berhubung dengan sistem pengawalan perbelanjaan (Sistem Belanjawan Program Prestasi) dan sistem-sistem baharu diperkenalkan untuk mengurangkan perbelanjaan sektor awam.

5. Mengawal perbelanjaan agensi-agensi di luar belanjawan.

Page 49: Acuan Ekonomi Malaysia

Pencapaian

1. Perbelanjaan awam telah dikurangkan daripada 35.6% pada tahun 1982 kepada 29.8% pada tahun 1984.

2. Mulai tahun 1982, defisit negara dapat dibaiki secara beransur-ansur

Page 50: Acuan Ekonomi Malaysia

Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia

Pengenalan 1. Semasa penjajahan British, Malaysia

dijadikan pasaran pengimportan barangan perkilangan mereka.

2. Keadaan ini mengakibatkan Malaysia masih bergantung kepada barang negara-negara Barat selepas mencapai kemerdekaan.

3. Sektor perusahaan mula berkembang pada tahun 1970 dan pada tahun 1980-an, negara kita bergiat dengan aktif dalam bidang perusahaan.

Page 51: Acuan Ekonomi Malaysia

Objektif1. Menggalakkan rakyat Malaysia membeli barang buatan Malaysia

dan menghapuskan prasangka bahawa barang Malaysia kurang bermutu berbanding dengan barang import.

2. Mengurangkan pengimportan barang yang menyebabkan pengaliran keluar mata wang negara.

3. Sokongan rakyat perlu untuk kilang-kilang tempatan membaiki mutu pengeluaran agar setanding dengan barang di pasaran antarabangsa.

Strategi dan Pelaksanaan1. Media massa berperanan mengubah pemikiran rakyat terhadap

barang tempatan.2. Semangat nasionalisme dan berbangga dengan barang buatan

Malaysia ditanam dalam kalangan rakyat.3. Menggalakkan kilang-kilang tempatan meningkatkan mutu hasil

keluaran mereka.4. Barang-barang import dinaikkan cukai untuk menggalakkan

pasaran barangan tempatan.5. Promosi barang tempatan diadkan di dalam dan luar negara.6. Dasar ini dititik berat pada masa kegawatan ekonomi pada

tahun 1999 untuk memulihkan semula ekonomi negara.

Page 52: Acuan Ekonomi Malaysia

Pencapaian

1. Pada Oktober 1989, kereta Proton Saga telah menembusi pasaran England.

2. Di Malaysia merupakan pengimport mikrocip komputer utama dunia.

3. Malaysia merupakan salah sebuah pengeluar sarung tangan getah utama di dunia.

Page 53: Acuan Ekonomi Malaysia

Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2):Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000)Pengenalan1.Dasar Pembangunan Nasional telah dilancarkan oleh

Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991.2.Dasar Pembagunan Nasional (DPN) juga dikenali

sebagai RRJP 2 yang merangkumi jangka masa 10 tahun, iaitu dari tahun 1991 hingga 2000:a) Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)b) Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)

3.Di bawah DPN terdapat :i) Dasar Telekomunikasi Negara.ii) Koridor Raya Multimedia.

Page 54: Acuan Ekonomi Malaysia

Objektif

1. Objektif utama ialah melahirkan perpaduan dalam kalangan masyarakat agar kita dapat menikmati kestabilan sosial dan politik dan pembangunan ekonomi yang berterusan.

2. DPN menetapkan garis panduan agar membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju dari segi keadilan sosial, ketertinggian moral dan etika, kestabilan politik, kecekapan pentadbiran dan kualiti hidup masyarakt Malaysia.

3. DPN berasaskan DEB ingin mencapai matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dengan objektif mencapai perpaduan.

4. Aspek-aspek yang ditekankan dalam DPN ialah:a) mewujudkan keseimbangan optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan saksama.b) memastikan pembangunan seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk membolehkan pertumbuhan lebih sama rata dengan saling membantu antara satu dengan lain.c) mengurang dan akhirnya menghapus ketidakseimbangan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian faedah yang saksama antara rakyat Malaysia.

Page 55: Acuan Ekonomi Malaysia

Dimensi-dimensi baharu DPN adalah seperti berikut:a) pembasmian kemiskinan untuk mengurangkan

kemiskinan relatif.b) tumpu kepada kepada pembangunan sebuah

Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) agar mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi.

c) penekanan dalam sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakt.

d) tumpuan kepada pembangunan sumber manusia agar mencapai pertumbuhan ekonomi saksama.

Page 56: Acuan Ekonomi Malaysia

Strategi dan Pelaksanaan

1. Aspek-aspek pendidikan dan latihan diberi penekanan untuk menghapuskan kemiskinan.

2. Malaysia meningkatkan daya tarikan untuk menarik kemasukan pelabur di samping mengamalkan dasar liberal menggalakkan sektor swasta berani menghadapi risiko persaingan perdagangan antarabangsa.

3. Perubahan dalam sektor awam dengan tumpuan kepada beberapa program bagi tujuan membasmi kemiskinan dan mengurangkan ketidakseimbangan antara wilayah dalam hal:

Page 57: Acuan Ekonomi Malaysia

Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)

Pengenalan1. Berjalan serentak dengan Fasa Pertama Rancangan

jangka Panjang Kedua (1990-2000) bagi melaksanakan matlamat Dasar Pembangunan Nasional.

Objektif1. Mengekalkan strategi asas DEB menjaga perpaduan dan

mempertahankan pertumbuhan ekonomi.2. Mencapai pembangunan seimbang agar dapat berdaya

saing dalam pelbagai sektor.3. Meningkatkan pengeluaran pertanian dan perindustrian.4. Memberi perhatian kepada penjagaan alam sekitar.5. Membangunkan masyarakat agar memiliki nilai-nilai

murni.

Page 58: Acuan Ekonomi Malaysia

Strategi dan Pelaksanaan

1.Meningkatkan keupayaan tenaga manusia melalui latihan.

2.Memajukan penyelidikan dan pembangunan ke atas industri tempatan.

3.Mendapatkan maklumat tentang pasaran antarabangsa untuk meningkatkan pasaran barang tempatan.

4.Menjadikan S&T sebagai teras dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi negara.

5.Dasar-dasar yang diperkenalkan ialah:a) Dasar Sogososha Malaysia.b) Dasar Sains dan Teknologi (S&T)

Page 59: Acuan Ekonomi Malaysia

Rancangan Malaysia Ketujuh (1995-2000)

Pengenalan1. Lanjutan daripada Rancangan

Malaysia Keenam.2. Penekanan kepada prasarana yang

perlu bagi menyediakan negara menghadapi cabaran pada abad ke-21.

3. Ke arah mengubah pemikiran rakyat kepada cara hidup ketimuran.

Page 60: Acuan Ekonomi Malaysia

Objektif1. Memastikan pemindahan teknologi berteraskan produkiviti

dan kualiti kecekapan buruh dan modal.2. Meningkatkan pengeluaran berintensifkan modal dan

teknologi.3. Mencapai pertumbuhan negara yang mampan.4. Menggalakkan perindustrian global untuk meningkatkan

eksport negara .5. Mengurangkan import.6. Meningkatkan daya saing dengan memperkukuhkan

infrastruktur.7. Membangunkan perkhidmatan moden.8. Memperkukuhkan S&T dan teknologi maklumat menyediakan

negara ke arah multimedia.9. Pembangunan mempan dalam pertimbangan pembangunan

negara.10.Mengekalkan kestabilan sosioekonomi.11.Menangani masalah sosial.

Page 61: Acuan Ekonomi Malaysia

Strategi dan Pelaksanaan

1.Meningkatkan keupayaan dalam bidang sains dan teknikal.

2.Mengukuhkan sistem penyampaian.3.Melaksanakan sekolah satu sesi.4.Meningkatkan kemasukan peringkat ijazah.5.Mengukuhkan aktiviti P&P.6.Membaiki kemudahan pendidikan di luar bandar.7.Memupuk nilai positif8.Meningkatkan semangat guru.9.Meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan

bahasa Inggeris.10.Menggalakkan penyertaan sektor swasta.

Page 62: Acuan Ekonomi Malaysia

Kepelbagaian Dasar

Dasar Telekomunikasi ????

Koridor Raya Multimedia (MSC) ????

Page 63: Acuan Ekonomi Malaysia

Rangka Rancangan Jangka panjang Ketiga (RRJP 3):

Dasar Wawasan Negara (DWN) (2001-2010)Pengenalan1. Selepas fasa pertama ke arah mencapai Wawasan 2020 melalui Dasar

Pembangunan Nasional (DPN), kini kita beralih kepada Dasar Wawasan Negara (DWN) sebagai fasa kedua untuk merealisasi Wawasan 2020.

2. Dasar Wawasan Negara mengambil kira strategi Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional, iaitu mewujudkan masyarakat bersatu padu dan saksama.

3. Dasar Wawasan Negara (DWN) menjadi asas kepada strategi dan program RRJP3 dengan tema utama ”Meningkatkan Keutuhan dan Daya Saing Negara”.

4. Selepas RRJP2, kerajaan telah merangka Rangka Rancangan Jangka Panjang 3 (RRJP3) yang merangkumi rancangan 10 tahun, iaitu dari tahun 2001 hingga 2010 yang meliputi :a) Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)b) Rancangan-rancangan Pembangunan yang seterusnya (2006-2010)

5. RRJP3 juga dikenali sebagai Dasar Wawasan Negara (DWN) yang merupakan fasa kedua kerangka negara ke arah mencapai Wawasan 2020, iaitu lanjutan daripada RRJP2.

Page 64: Acuan Ekonomi Malaysia

Objektif

Tumpuan DWN ialah ke arah mewujudkan pembangunan yang seimbang dalam mencapai perpaduan negara.

2. Perhatian diberikan terhadap pembangunan dalam semua sektor, iaitu daripada sektor pertanian hingga sektor teknologi maklumat.

3. Pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan, iaitu ’K-ekonomi’ telah diberikan tumpuan agar melahirkan masyarakat Malaysia yang berdaya tahan dan berdaya saing.

Tujuh Teras Utama:???

Page 65: Acuan Ekonomi Malaysia

Dimensi Dasar Wawasan Negara1. Dimensi baharu dasar yang diperkenalkan dalam DWN ialah:

a) membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan.

b) menjana pertumbuhan yang didorong oelh sumber dan kekuatan tempatan melalui pengukuhan pelaburan dalam negeri dan pembangunan keupayaan tempatan di samping penarikan pelaburan asing (FDI) yang berterusan ke dalam bidang strategik.

c) menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan pengetahuan yang lebih tinggi.

d) membasmi kemiskinan dalam kalangan kelompok kecil miskin di kawasan terpencil, iaitu orang asli dan kumpulan minoriti Bumiputera Sabah dan Sarawak serta meningkatkan pendapat dan kualiti hidup kumpulan berpendapatan 30% terendah.

e) mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan dan pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 30% menjelang 2010.

f) meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi utama.g) mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi

menyokong pembentukan masyarakat yang berasaskan pengetahuan.

Page 66: Acuan Ekonomi Malaysia

Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)

Pengenalan 1. Dalam Rancangan Malaysia Ketujuh, perkembangan ekonomi

kita mengalami halangan akibat kegawatan ekonomi.2. Kegawatan ekonomi pada tahun 1997 adalah disebabkan oleh:

a) Spekulasi mata wang ringgit Malaysia oleh pelabur asing.(???)b) Spekulasi terhadap saham-saham di Bursa Saham Kuala Lumpur.

3. Kerajaan terpaksa melaksanakan dasar pengembangan fiskal untuk meningkatkan perbelanjaan untuk projek infrastruktur dan bonus untuk kakitangan kerajaan bagi meningkatkan penjualan runcit di dalam negara.

4. Kegawatan ekonomi telah menyebabkan usaha mengurangkan kadar kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat terjejas selain peratus pemilikan ekuiti Bumiputera berkurangan.

Page 67: Acuan Ekonomi Malaysia

Cabaran dan Strategi

1. Cabaran utama dalam Rancangan Malaysia Kelapan adalah melaksanakan Dasar Wawasan Negara.

2. Bagi mencapai pertumbuhan yang mampan dan berdaya tahan, Rancangan Malaysia Kelapan telah mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi berasaskan input kepada strategi menggunakan pengetahuan bagi meningkatkan potensi pertumbuhan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan serta memperkukuh kestabilan sosioekonomi melalui pengagihan pendapatan secara adil.

3. Semua sektor digalakkan menggunakan pengetahuan berasaskan maklumat untuk memajukan sektor masing-masing selain mempertingkatkan aktivitiekonomi dalam sektor pembuatan, pertanian atau kerajaan.