ADAB BERHIAS DIRI (Ting. 4)

download ADAB BERHIAS DIRI (Ting. 4)

of 12

Transcript of ADAB BERHIAS DIRI (Ting. 4)

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4

ADAB BERHIAS DIRI (BIDANG AKHLAK)

1

ADAB-ADAB BERHIAS DIRI: 1. AMALAN MANDI

Untuk menjaga kesihatan diri. Wajib mandi jika berhadas besar. Sunat mandi dalam keadaan tertentu spt: mandi hari raya, mandi hari Jumaat, mandi slps memeluk Islam. Selain itu, hukum mandi adalah harus untuk menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Perlu menjaga adab ketika mandi seperti tidak membazir air.

2

ADAB-ADAB BERHIAS DIRI: 2. BERSUGI/ GOSOK GIGI

Merupakan amalan yang dititikberatkan dalam Islam sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w yg bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: jika tidak memberatkan umatku, nescaya aku menyuruh mereka menggosok gigi setiap kali hendak menunaikan solat. 3

ADAB-ADAB BERHIAS DIRI: 3. MEMAKAI WANGIAN

Orang lelaki sunat memakai wangian ketika hendak ke masjid menunaikan solat. Orang perempuan pula haram memakai wangian yang berlebih-lebihan dan boleh menarik perhatian lelaki ketika keluar rumah atau berhadapan dengan lelaki yang bukan mahramnya (lelaki yg boleh dikahwini). Seperti ketika keluar membeli belah atau bekerja.4

ADAB BERHIAS DIRI: (4) MENYIKAT RAMBUT

Islam menggalakkan umatnya sentiasa kemas dan bersih dengan membasuh rambut, menyikat dan mamakai minyak. Tetapi tidak berlebih-lebihan dan meniru gaya orang bukan Islam.ADAB BERHIAS DIRI: (5) MEMOTONG KUKU, MENCABUT BULU KETIAK & BULU ARI-ARI

Disunatkan (mendapat pahala) jika umat Islam memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan bulu ari-ari pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Seseorang yang menyimpan kuku panjang adalah bertentangan dengan adab dan ajaran 5 Islam.

ADAB BERHIAS DIRI: 6. MENGHIAS MUKA

Muka merupakan tumpuan utama ketika berkomunikasi dan Allah telah menghias muka manusia dgn bulu mata dan kening untuk menambah kecantikan seseorang. Manusia perlu menjaga muka dengan baik kerana ia merupakan amanah yg dikurniakan oleh Allah. Tetapi umat Islam dilarang mengubah suai wajah semata-mata untuk kelihatan lebih menarik. Spt: mencukur/ mencabut bulu kening, melakukan pembedahan plastik untuk mencantikkan muka dll. Hukumnya adalah haram kerana merubah ciptaan Allah.6

ADAB BERHIAS DIRI: 7. CARA BERPAKAIAN

1. 2. 3. 4. 5.6.

Umat Islam diharuskan memilih pakaian yg baik dan sesuai untuk menutup aurat. Panduan berpakaian dlm Islam: Berniat utk mensyukuri nikmat Allah. Bukan bertujuan utk membangga diri. Bertujuan utk menutup aurat. Pakaian tidak jarang menampakkan aurat. Pakaian tidak ketat yg menampakkan susuk tubuh. Tidak menyerupai pakaian upacara agama org 7 bukan Islam.

AMALAN BERHIAS YG DILARANG ISLAM

1. MEMAKAI EMAS & SUTERA TULEN BG LELAKI

Kaum lelaki Islam diharamkan memakai perhiasan emas seperti: cincin, gelang, rantai, loket dll. Diharamkan juga memakai sutera tulen. Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w yg bermaksud: Daripada Abi Musa al-Asyari mendengar Rasulullah bersabda: dihalalkan emas dan sutera untuk orang perempuan dikalangan umatku dan diharamkan ke atas lelaki. 8

AMALAN BERHIAS YG DILARANG ISLAM

2. BERPAKAIAN BERLAWANAN JANTINA

Golongan perempuan Islam dilarang memakai pakaian yg menyerupai lelaki hingga tidak dapat membezakan antara orang lelaki atau perempuan. Golongan lelaki Islam juga diharamkan memakai pakaian yg menyerupai wanita. Sabda Rasulullah s.a.w: Daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah melaknat orang lelaki yg menyerupai perempuan dan orang perempuan yg menyerupai lelaki. 9

AMALAN BERHIAS YG DILARANG ISLAM

3. MENYAMBUNG RAMBUT

Umat Islam diharamkan menyambung rambut iaitu menambah rambut sama ada dengan rambut asli atau rambut palsu. (memakai rambut palsu) Hadis Rasulullah bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah melaknat perempuan yg menyambung rambut dan yg meminta disambung rambutnya, dan Allah melaknat perempuan yg mentatoo dan yg minta ditatoo. 10

AMALAN BERHIAS DIRI YG DILARANG: (4) MEMBUAT TATOO

Allah melaknat dan mengharamkan umat Islam yg membuat tatoo & tanda di anggota badan. Tidak sah wudhu jika membuat tat00 pada anggota wudhu spt tangan, muka. Krn air wudhu tdk smpai pd kulit yg terkena dakwat tatoo.AMALAN BERHIAS DIRI YG DILARANG: (5) PEMBEDAHAN ANGGOTA BADAN UTK KECANTIKAN

Diharamkan umat Islam membuat sebarang pembedahan semata-mata utk kecantikan spt: pembedahan plastik di muka dan badan. Tetapi pembedahan utk memulihkan kecacatan atau mengembalikan fungsi anggota badan 11 adalah dibenarkan.

HIKMAH BERHIAS DIRI

1. Disukai oleh Allah dan manusia. 2. Mendapatkan pahala kerana menghargai dan menjaga nikmat Allah. 3. Menjauhkan diri daripada kehinaan kerana selekeh atau tidak kemas. 4. Menjaga maruah diri. 5. Menjaga maruah agama Islam agar tidak dipandang rendah oleh penganut agama lain.12