Adab Didalam Tandas

5
ADAB-ADAB KETIKA DI DALAM TANDAS TANDAS ialah suatu tempat khas yang dibina di dalam setiap rumah atau bangunan khusus bagi kegunaan untuk qodho hajat. TANDAS yang bersih, lebih-lebih lagi yang selesa, merupakan suatu yang dituntut. Kerana itu tidak hairan jika sebilangan individu tidak menggemari TANDAS awam, kerana menganggap ianya di antara tempat yang kotor, menjijikkan atau kurang menyenangkan. ... Apapun gambaran yang dibayangkan terhadap TANDAS, ianya tidak terlepas atau terkecuali dari pandangan Islam terhadap kepentingannya. Oleh kerana itu, telah digariskan beberapa adab yang mudah untuk diamalkan ketika berada di dalam dan sesudahnya seperti berikut:- 1. Ketika Berada Dalam TANDAS i. Tidak membawa sesuatu yang tertulis padanya perkataan yang mulia seperti ayat-ayat al- Quran, bahkan SUNAT pula ditanggalkan. Ini termasuklah Lafzhul Jalalah, Asma’ul Husna, nama-nama nabi yang mulia sekalipun bukan Rasul, nama-nama malaikat dan kesemua nama-nama yang mulia; samada nama-nama yang dikhususkan untuk seseorang yang mulia ataupun nama tersebut mempunyai persamaan seperti ‘al-Aziz’; kerana nama ini juga daripada Asma’ul Husna. Begitu juga dengan asma’ Ahmad yang merujuk kepada Nabi Muhammad SollaLLahu ‘Alaihi Wa Sallam dan juga yang seumpamanya. Adapun jika nama tersebut dimaksudkan secara umum, maka tidaklah makruh. Ini berdasarkan daripada hadith riwayat Anas Radhiallahu ‘anhu, iaitu perbuatan RasuluLLah SollaLLahu ‘Alaihi Wa Sallam menanggalkan cincin Baginda yang telah diukir dengan perkataan ‘Muhammad Rasul Allah’. Maksudnya: “Bahawa RasuluLLah SAW apabila baginda (hendak) masuk ke TANDAS baginda menanggalkan cincin Baginda” (Hadis riwayat at-Tirmidzi). Sekiranya seseorang itu terlupa atau tidak sempat untuk menanggalkan cincin yang tertera perkataan mulia tadi, maka hendaklah digenggam di dalam telapak tangan atau dimasukkan ke dalam serban dan seumpamanya (disembunyikan atau ditutup). Perbuatan seperti ini adalah sebagai menjaga adab yang dituntut. Adapun membawa masuk mushaf ke dalam TANDAS tanpa darurat, maka hukumnya adalah HARAM. Begitu juga dengan cincin yang tertera perkataan mulia yang dipakai pada tangan kiri yang digunakan untuk beristinja’ (bercebok). ii. Jangan masuk TANDAS dengan kepala dan kaki yang terdedah (tidak beralas). Hadith mursal daripada Habib bin Solih RA dia berkata: Maksudnya: “Bahawa RasuluLLah SAW jika (hendak) masuk ke TANDAS, baginda memakai alas kaki dan (juga) menutup kepalanya” (Hadis riwayat al-Baihaqi).

description

Adab

Transcript of Adab Didalam Tandas

Page 1: Adab Didalam Tandas

ADAB-ADAB KETIKA DI DALAM TANDAS

TANDAS ialah suatu tempat khas yang dibina di dalam setiap rumah atau bangunan khusus bagi

kegunaan untuk qodho hajat.

TANDAS yang bersih, lebih-lebih lagi yang selesa, merupakan suatu yang dituntut. Kerana itu

tidak hairan jika sebilangan individu tidak menggemari TANDAS awam, kerana menganggap

ianya di antara tempat yang kotor, menjijikkan atau kurang menyenangkan.

... Apapun gambaran yang dibayangkan terhadap TANDAS, ianya tidak terlepas atau terkecuali

dari pandangan Islam terhadap kepentingannya. Oleh kerana itu, telah digariskan beberapa adab

yang mudah untuk diamalkan ketika berada di dalam dan sesudahnya seperti berikut:-

1. Ketika Berada Dalam TANDAS

i. Tidak membawa sesuatu yang tertulis padanya perkataan yang mulia seperti ayat-ayat al-

Quran, bahkan SUNAT pula ditanggalkan.

Ini termasuklah Lafzhul Jalalah, Asma’ul Husna, nama-nama nabi yang mulia sekalipun bukan

Rasul, nama-nama malaikat dan kesemua nama-nama yang mulia; samada nama-nama yang

dikhususkan untuk seseorang yang mulia ataupun nama tersebut mempunyai persamaan seperti

‘al-Aziz’; kerana nama ini juga daripada Asma’ul Husna. Begitu juga dengan asma’ Ahmad yang

merujuk kepada Nabi Muhammad SollaLLahu ‘Alaihi Wa Sallam dan juga yang seumpamanya.

Adapun jika nama tersebut dimaksudkan secara umum, maka tidaklah makruh.

Ini berdasarkan daripada hadith riwayat Anas Radhiallahu ‘anhu, iaitu perbuatan RasuluLLah

SollaLLahu ‘Alaihi Wa Sallam menanggalkan cincin Baginda yang telah diukir dengan

perkataan ‘Muhammad Rasul Allah’.

Maksudnya: “Bahawa RasuluLLah SAW apabila baginda (hendak) masuk ke TANDAS baginda

menanggalkan cincin Baginda” (Hadis riwayat at-Tirmidzi).

Sekiranya seseorang itu terlupa atau tidak sempat untuk menanggalkan cincin yang tertera

perkataan mulia tadi, maka hendaklah digenggam di dalam telapak tangan atau dimasukkan ke

dalam serban dan seumpamanya (disembunyikan atau ditutup). Perbuatan seperti ini adalah

sebagai menjaga adab yang dituntut.

Adapun membawa masuk mushaf ke dalam TANDAS tanpa darurat, maka hukumnya adalah

HARAM. Begitu juga dengan cincin yang tertera perkataan mulia yang dipakai pada tangan kiri

yang digunakan untuk beristinja’ (bercebok).

ii. Jangan masuk TANDAS dengan kepala dan kaki yang terdedah (tidak beralas). Hadith mursal

daripada Habib bin Solih RA dia berkata:

Maksudnya: “Bahawa RasuluLLah SAW jika (hendak) masuk ke TANDAS, baginda memakai

alas kaki dan (juga) menutup kepalanya” (Hadis riwayat al-Baihaqi).

Page 2: Adab Didalam Tandas

iii. Sunat mendahulukan kaki kiri apabila masuk TANDAS. Sekalipun bukan dengan tujuan

untuk qodho hajat seperti menyimpan atau mengambil barang, dahulukanlah kaki kiri apabila

masuk TANDAS.

iv. Sunat melangkah kaki kanan apabila keluar dari TANDAS. Dahulukanlah kaki kanan apabila

keluar dari TANDAS atau beredar dari tempat qodho hajat.

v. Sunat menyediakan air atau alat-alat yang boleh (menurut syarak) digunakan untuk beristinja’

terlebih dahulu. Jika tiada kemudahan paip air untuk bercebok.

vi. Sunat membaca doa sebelum masuk TANDAS. Sepertimana riwayat daripada Anas RA

bahawa Nabi SAW ketika hendak masuk TANDAS, baginda berdoa terlebih dahulu:

Maksudnya: “Dengan nama ALLah, Ya ALLah sesungguhnya aku berlindung denganMu

daripada syaitan khubtsi (lelaki) dan syaitan khoba’its (perempuan)” (Hadith riwayat al-Bukhori

dan Muslim).

vii. Sunat membaca doa setelah keluar dari TANDAS. Antaranya riwayat daripada ‘Aisyah

RodhiyaLLahu ‘anha dan Anas bin Malik RA bahawa RasuluLLah SAW telah mengucapkan:

Maksudnya: “Aku mohon keampunanMu. Segala puji bagi ALLah yang telah menghilangkan

kesusahan (berak dan kencing) daripadaku dan menjadikan aku sihat wal‘afiat” (Hadith riwayat

Ibnu Majah).

Adapun perkataan itu, maka SUNAT dibaca sebanyak 3 kali.

viii. Sunat mengangkat pakaian satu demi satu ketika hendak duduk qodho hajat. Melainkan jika

ditakuti terkena najis, maka memadailah mengikut kadar yang sepatutnya. Begitu juga setelah

selesainya, SUNAT menurunkan atau melepaskan pakaian satu demi satu sebelum sempurna

berdiri tegak.

ix. Makruh berlengah-lengah (duduk lama-lama tanpa keuzuran) dalam TANDAS.

x. Haram makan dan minum.

xi. Haram menghadap atau membelakangi kiblat ketika qodho hajat pada tempat yang tiada

pendinding khususnya pada tempat yang lapang atau terbuka dan tanpa ada pendinding (yang

boleh menutup aurat), kecuali jika tempat itu berada dalam suatu bangunan atau binaan dan

memang disediakan sebagai tempat qodho hajat seperti TANDAS yang dibina dalam rumah atau

bangunan. Maka hukumnya adalah dibolehkan; tidak haram dan tidak makruh dan tidak

menyalahi yang utama (khilaf al-awla).

Ini dapat difahami dari hadith yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin ‘Umar RA dia berkata:

Maksudnya: “Aku naik ke atas rumah Hafshah untuk sesuatu tujuan (pekerjaan), lalu aku melihat

Page 3: Adab Didalam Tandas

RasuluLLah SAW sedang qodho hajat (buang air besar), iaitu baginda (dalam keadaan)

membelakangi kiblat (dan) menghadap negeri Syam” (Hadis riwayat al-Bukhori).

Setelah qodho hajat, jika ingin berpindah ke tempat lain untuk beristinja’ (bercebok)

seumpamanya, maka tiada haram atau makruh untuk dia menghadap atau membelakangi kiblat.

2. Ketika Qodho Hajat

i. Disunatkan supaya berat anggota badan dibebankan ke bahagian kiri dan mengangkat atau

meringankan bahagian kanan. Setelah dibebankan ke bahagian kiri dan mengangkat atau

meringankan bahagian kanan, kemudian merapatkan kedua-dua peha untuk memudahkan lagi

qodho hajat.

ii. Makruh buang air kecil dalam keadaan berdiri kecuali ada keuzuran atau keadaan tertentu,

maka pada ketika itu hukumnya tidak makruh dan tidak menyalahi yang utama (khilaf al-awla).

Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha:

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengatakan kepada kamu bahawa RasuluLLah SAW buang air

kecil dalam keadaan berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya. (Sesungguhnya) Baginda

tidak membuang air kecil kecuali dalam keadaan duduk” (Hadith riwayat at-Tirmidzi) .

iii. Disunatkan supaya tidak melihat kemaluan, tidak memandang ke arah langit. Tidak

memerhatikan apa yang keluar dari dua kemaluan kecuali kerana maslahat, tidak mengoyang-

goyangkan atau memain-mainkan dengan tangan (tanpa faedah atau tujuan) dan tidak (banyak)

menoleh ke kiri dan ke kanan.

iv. Ketika sedang qodho hajat, makruh berkata-kata walau apa-apa bentuk perkataan sekali pun

seperti perkataan biasa, kecuali keadaan darurat umpamanya memberi amaran kepada orang buta

yang hampir jatuh ke dalam perigi dan seumpamanya. Bahkan kadang-kadang dalam keadaan

seperti ini dihukumkan wajib (untuk berkata-kata dan memberi amaran).

Larangan ini difahami dari satu hadith RasuluLLah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id

RA:

Maksudnya: “Janganlah dua orang lelaki pergi (untuk) memasuki satu TANDAS, (lalu)

keduanya membuka aurat mereka (untuk qodho hajat sambil) berbual-bual. Sesungguhnya

ALLah ‘Azza Wa Jalla benci dengan (perbuatan) demikian itu” (Hadith riwayat Abu Dawud).

Sekalipun bukan dalam keadaan qodho hajat, maka diSUNATkan juga ketika berada dalam

TANDAS agar tidak menyebut dengan lidah sesuatu sebarang Asma`ul-Husna atau Al-Qur'an.

Adapun kata-kata biasa sahaja, maka tiadalah makruh (karahah).

Apabila seseorang itu bersin, maka memadailah dia memperdengarkan tahmidnya dalam hati

sahaja tanpa melafazkan. Namun jika seseorang itu menggerak-gerakkan lidahnya tetapi tanpa

mengeluarkan suara, maka perbuatan seperti ini tidak dihukumkan MAKRUH. Sekiranya dia

menyaringkan juga suaranya untuk mengucapkan tahmid dan didengar pula oleh orang lain,

Page 4: Adab Didalam Tandas

maka tidak dituntut bagi orang yang mendengar tadi untuk men"tasymit" (Mendoakan orang

yang bersin, yang telah mengucapkan tahmid, dengan kebaikan dan keberkatan dengan

mengucapkan .

Manakala hukum berdehem dan berbisik-bisik pula tidak makruh, seperti berdehem apabila pintu

TANDAS diketuk untuk memberi maklum atau isyarat bahawa dia berada dalamnya.

Di samping itu dapat difahami daripada hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA bahawa

menjawab salam juga tidak dituntut:

Maksudnya: “Bahawa seorang lelaki telah berjalan melintasi RasuluLLah SAW dan baginda

(pada ketika itu) sedang buang air kecil, lalu dia pun memberi salam (kepada Nabi). Nabi SAW

tidak pun menjawab salamnya itu” (Hadith riwayat Muslim).

v. Disunatkan tidak bersiwak (membersihkan gigi) sambil qodho hajat.

vi. Disunatkan tidak meludahi kencingnya.

vii. Disunatkan tidak duduk terlalu lama (tanpa keperluan). Kerana Luqman al-Hakim pernah

mengatakan bahawa perbuatan tersebut boleh mengakibatkan penyakit limpa/hati dan

menyebabkan buasir (penyakit yang disebabkan urat darah pada dubur membengkak). Maka

pesannya, duduklah (untuk qodho hajat) dengan selesa kemudian (segeralah) keluar.

3. Setelah selesai qodho hajat, perkara yang perlu dibuat ialah beristinja’ (bercebok) dan

hukumnya adalah WAJIB. Maka antara adabnya ialah:-

i. Sunat beristinja’ dengan tangan kiri dan makruh menggunakan tangan kanan.

Daripada Abu Qatadah RA daripada bapanya bahawa RasuluLLah SAW bersabda:

Maksudnya: “Jika salah seorang daripada kamu kencing, maka janganlah sekali-kali dia

memegang zakarnya dengan tangan kanannya dan (begitu juga) janganlah dia beristinja’ dengan

tangan kanannya” (Hadith riwayat al-Bukhari).

ii. Sunat memulakan membasuh kemaluan (hadapan) kemudian barulah dubur jika beristinja‘

dengan air.

iii. Sunat menggunakan jari tengah ketika beristinja’ pada dubur.

iv. Sunat dibasuh tangan yang digunakan untuk beristinja’ dengan tanah dan seumpamanya

(seperti sabun) kemudian dengan air lalu keluar daripada tandas diikuti dengan membaca doa

seperti berikut :

Ertinya: “Ya ALLah sucikanlah hatiku dari sifat-sifat nifaq dan peliharakanlah kemaluanku dari

perkara-perkara keji”.

Page 5: Adab Didalam Tandas

Penutup

Inilah di antara adab-adab yang telah disepakati oleh para ulama’ suffah dan dituntut untuk

diamalkan ketika berada di dalam TANDAS. Sekalipun hukumnya hanyalah SUNAT untuk

dikerjakan atau ditinggalkan, namun adalah rugi jika diabaikan kerana adab-adab tersebut sangat

membantu bagi seseorang yang sedang melalui jalan keruhanian menuju kepada Rubbubiyah.

Manakala mereka yang mengamalkannya pula adalah di antara orang-orang yang beruntung

kerana berusaha untuk menghayati sunnah RasuluLLah SAW yang mana tidak dinafikan

terdapat banyak lagi hikmat dan rahmat yang tersembunyi yang tidak diketahui tanpa perlu

disebutkan di sini.

WaLLahu’alam