adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus...

22

Transcript of adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus...

Page 1: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Page 2: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : ……………………………….

Nama Penyelia :ENCIK ROSNI ZAMUDDIN SHAH BIN SIDEK

Tarikh : 24 APRIL 2008

Page 3: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI MATA PELAJARAN REKA BENTUK

BERBANTU KOMPUTER AUTOCAD 3D

SHAMSAIPUL BIN MOHD ARIFFIN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 4: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

ii

PE NG AK UA N

Page 5: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

iii

DEDIKASI

Untuk Ayah dan Emak yang tercinta

yang membesarkan dan mendidik

dengan keringat dan kasih sayang.

Yang sentiasa menyokong, membakar

semangat dan mendoakan kejayaanku.

Buat adik-adik yang menjadi pendorong

untuk menjadi yang terbaik

Teristimewa buat Isteriku yang tercinta

Sindek @ Salmi bt Mokhtar

yang tidak putus-putus memberi dorongan

dan anak-anak yang menceriakan di sisi

Muhammad Syahmi dan Muhammad Syafiq

Buat teman-teman yang sentiasa membantu

dan bersama sewaktu susah dan senang

Terima kasih di atas segalanya dan segala jasa baik

kalian akan di kenang sepanjang hayat.

Page 6: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

iv

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya

PSM yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah

ditetapkan. Di kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas

buat penyelia projek Encik Rosni Zamuddin Shah Bin Sidek yang telah banyak

membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihati, memberi

dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini

dijalankan. Penyelidik juga ingin merakamkan sekalung budi buat Pensyarah Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, En. Mohsin bin Uzir yang turut memberi

tunjuk ajar dan menilai modul yang telah disiapkan.

Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam

penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Akhir sekali, penyelidik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan projek ini dengan

jayanya.

Semoga Allah memberkati semua.

Sekian, terima kasih.

Page 7: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

v

ABSTRAK

Pembangunan modul kendiri yang terdapat di pasaran pada masa kini banyak

membantu pelajar dalam mempelajari sesuatu topik secara sendiri. Selain itu,

penggunaan modul pembelajaran kendiri adalah salah satu cara untuk membantu

pelajar dalam memahami sesuatu subjek dengan lebih baik. Justeru itu, pengkaji

mengambil inisiatif untuk membangunkan modul pembelajaran kendiri bagi topik

AutoCAD 3D. Modul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan

Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Modul ini

menggunakan pendekatan penerangan langkah demi langkah serta berasaskan Teori

Kecerdasan Pelbagai. Pembinaan topik bagi modul ini adalah berdasarkan kepada

perisian AutoCAD 3D sepenuhnya. Penilaian formatif dilaksanakan pada setiap fasa

pembangunan bersama penyelia untuk memastikan modul pembelajaran yang

dibangunkan menepati objektif dan sasaran pembinaannya. Oleh itu, pembinaan

modul pembelajaran ini diharap dapat membantu para pelajar Fakulti Pendidikan

dalam mempelajari dan menguasai penggunaan AutoCAD 3D dengan lebih jelas dan

mudah.

Page 8: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

vi

ABSTRACT

Nowadays, the development of self learning module existed in the market has

help students to learn by themselves. It also help them to better understand the topic

that they have learn. Therefore, the researcher has take an initiative to develop self

learning module for the autoCAD 3D topics. The construction of this module is

based on the syllabus of Computer Assisted Engineering Drawing, Faculty of

Education, University Technology of Malaysia.This module using step by step

explaination approach and based upon Multiple Intelligences Theory. The topic in

this module is fully develop from AutoCAD 3D software. Formative evaluation has

been done with supervisor from time to time along the development process of this

module in order to make sure it suits the objective of its development. Therefore, the

development of this module is hoping to help students of Faculty of Education,

University Technology of Malaysia in acquiring and mastering the basic skills in

using AutoCAD 3D software clearly and easier.

Page 9: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN

HALAMAN DEDIKASI

HALAMAN PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

ISI KANDUNGAN

SENARAI RAJAHSENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xiixiii

xiv

1 PENDAHULUAN.

1.1 Pengenalan . 1

1.2 Latar Belakang Masalah. 4

1.3 Penyataan Masalah. 5

1.4 Objektif Penghasilan MPK. 6

1.5 Kepentingan MPK. 7

1.5.1 Pelajar. 7

1.5.2 Pensyarah. 7

1.5.3 Kementerian Pengajian Tinggi 8

1.6 Skop MPK 8

Page 10: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

viii1.7 Definisi Istilah 9

1.7.1 Modul 9

1.7.2 Pengajaran Bermodul 9

1.7.3 Pengajaran Tradisional 10

1.7.4 Modul Pembelajaran Kendiri 10

1.7.5 Pembelajaran Bersifat Individu 10

1.7.6 Lukisan Berbantu Komputer (AutoCAD) 11

1.8 Penutup 11

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Perkembangan PB di Malaysia. 12

2.3 Modul. 14

2.3.1 Prinsip-Prinsip Modul 16

2.3.2 Kegunaan Modul 17

2.3.3 Modul Pembelajaran Kendiri 18

2.4 Kepentingan PB dalam P&P. 19

2.4.1 Pembelajaran Di Bawah Penguasaan Pelajar 19

2.4.2 Pembangunan kepada Kemahiran dan

Pengetahuan

20

2.4.3 Pemahaman Kepada Konsep Sebenar

Pekerjaan

21

2.5 Konsep Pendekatan Dan Teori Pembelajaran. 22

2.5.1 Teori Behavioris 23

2.5.2 Teori Kognitif 25

2.5.3 Teori Konstuktivisme 27

2.6 Model Reka Bentuk Pembinaan Modul

Pembelajaran

29

2.6.1 Teori Kecerdasan Pelbagai 30

2.6.1.1 Kecerdasan Verbal Linguistik 31

2.6.1.2 Kecerdasan Logik Matematik 31

2.6.1.3 Kecerdasan Visual Ruang 31

Page 11: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

ix2.6.1.4 Kecerdasan Kinestetik 32

2.6.1.5 Kecerdasan Muzik 32

2.6.1.6 Kecerdasan Intrapersonal 33

2.6.1.7 Kecerdasan Interpersonal 33

2.6.1.8 Kecerdasan Nutralis 33

2.7 Kesimpulan 34

3 REKA BENTUK MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

3.1 Pengenalan. 36

3.2 Model Reka Bentuk Modul. 37

3.2.1 Kecerdasan Verbal Linguistik 38

3.2.2 Kecerdasan Logik Matematik 38

3.2.3 Kecerdasan Visual Ruang 38

3.2.4 Kecerdasan Muzik 38

3.2.5 Kecerdasan Kinestetik 39

3.2.6 Kecerdasan Interpersonal 39

3.2.7 Kecerdasan Intrapersonal 39

3.2.8 Kecerdasan Nutralis 39

3.3 Faktor Pelaksanaan TKP Dalam P&P 40

3.4 Proses Pelaksanaan. 40

3.4.1 Peringkat I: Padanan 41

3.4.2 Peringkat II:Percubaan 41

3.4.3 Peringkat III:Peningkatan 43

3.5 Pemilihan Tajuk. 43

3.5.1 Keperluan Modul 44

3.6 Reka Bentuk Am 46

3.6.1 Struktur Modul P&P 46

3.6.2 Teks 47

3.6.3 Warna 47

3.6.4 Reka Bentuk Isi Kandungan 47

3.6.2 Bahasa dan Arahan 48

3.7 Penutup 48

Page 12: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

x4 PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK)

4.1 Pengenalan 49

4.2 Reka Bentuk MPK. 50

4.2.1 Reka Bentuk Penuh Keseluruhan MPK 51

4.2.1.1 Grid Kurikulum 52

4.2.1.2 Kandungan 52

4.2.1.3 Penyataan Tujuan 53

4.2.1.4 Objektif Am Modul 53

4.2.1.5 Rujukan 54

4.2.1.6 Panduan Menggunakan Modul

(Pelajar)

54

4.2.1.7 Peralatan Dan Sumber Yang Perlu

Digunakan Bersama Modul

55

4.2.1.8 Panduan Penggunaan Modul

(Pengajar)

55

4.2.1.9 Senario Penggunaan Modul Dalam

P&P

56

4.2.1.10 Objektif Pembelajaran 57

4.2.1.11 Isi Kandungan Modul 57

4.2.1.11.1 Unit 1 Pengenalan Kepada

3D

57

4.2.1.11.2 Unit 2 Lukisan Isometrik 58

4.2.1.11.3 Unit 3 Bekerja Di Dalam

3D Dan UCS

58

4.2.1.11.4 Unit 4 Melihat Objek 3D 59

4.2.1.11.5 Unit 5 Primitif Solid Dan

Garisan

59

4.2.1.11.6 Unit 6 Region Dan 3D

Faces

59

4.2.1.11.7 Unit 7 Revolved Objects

Dan Menambah Material

60

4.2.1.11.8 Unit 8 Operasi Boolean 60

Page 13: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

xi4.2.1.11.9 Unit 9 Mapping Material 60

4.2.1.12 Aktiviti Pembelajaran 61

4.2.1.13 Latihan 62

4.3 Komen Terhadap MPK 63

4.4 Penutup 63

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 64

5.2 Perbincangan. 64

5.3 Masalah 65

5.3.1 Bahan Rujukan 65

5.3.2 Masa 66

5.3.3 Kos 66

5.4 Kekuatan Dan Kelemahan MPK 67

5.4.1 Kekuatan MPK 67

5.4.2 Kelemahan MPK 68

5.5 Cadangan. 69

5.6 Penutup 70

RUJUKAN 71

LAMPIRAN 75

Page 14: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

xii

SENARAI RAJAH

NO . RA JA H TA JU K MUKA SURAT

4.1 Paparan Keseluruhan MPK 53

4.2Paparan Panduan Penggunaan Modul(Pelajar) 56

4.3Paparan Panduan Penggunaan Modul(Pengajar) 58

4.4 Paparan Objektif Pembelajaran MPK 59

4.5 Paparan Latihan MPK 64

Page 15: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

xiii

SENARAI SINGKATAN

MPK - Modul Pembelajaran KendiriKPM - Kementerian Pelajaran MalaysiaPB - Pengajaran BermodulPBL - Project Based LearningP&P - Pengajaran Dan Pembelajaran

Page 16: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

xiv

SE NA RA I LA MP IR AN

LA MP IR AN TA JU K MU KA SU RA T

Lampiran A Borang Penilaian Pakar 78

Lampiran B Borang Penilaian Rakan 81

Page 17: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem Pendidikan di Malaysia sedang mengalami proses perkembangan

yang pesat dan mencabar selaras dengan hasrat dan cita-cita Falsafah Pendidikan

Kebangsaan:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988)

Page 18: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

2

Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dapat di lihat bahawa pendidikan

adalah suatu usaha yang berterusan. Pendidikan merupakan proses pemerolehan dan

pemindahan pengetahuan, nilai-nilai murni dan kemahiran-kemahiran. Proses

pemerolehan dan pemindahan ini berlangsung secara berterusan dalam diri seseorang

sejak kecil hingga ke akhir hayat (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988). Oleh yang

demikian, kedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam bidang

pendidikan hendaklah sentiasa berkembang dan mampu menarik minat pelajar.

Menurut Ahmad Shukri (2003), pendidikan berorientasikan pelajar atau

pembelajaran pusatan pelajar ditegaskan dan mesti diberi keutamaan. Ini dikukuhkan

oleh Ee Ah Meng (1991), yang menyatakan di antara ciri-ciri pengajaran yang efektif

ialah pengajaran memusat kepada murid-murid dan pelbagai kaedah serta teknik

pengajaran digunakan. Esah (2002), menyatakan untuk menghasilkan pengajaran

yang berkesan, pensyarah-pensyarah perlu mengaplikasikan kaedah dan teknik

pengajaran yang berpusatkan pelajar. Ini bermakna, kaedah dan teknik pengajaran

yang diaplikasikan adalah melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran

mereka.

Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1996), para pelajar seharusnya dibimbing

untuk mengguna dan memperkembangkan potensi mereka secara maksimum untuk

memperolehi pengetahuan dan kemahiran. Mok Soon Sang (2000) menyatakan,

pensyarah hendaklah memilih strategi pengajaran berdasarkan pertimbangan

terhadap teori pembelajaran, pendekatan kaedah dan teknik mengajar. Pensyarah

juga harus bijak menggunakan kaedah atau teknik penyampaian yang sesuai (Robiah

Sidin, 1998). Kaedah atau teknik yang sesuai, yang digunakan mengikut objektif

pengajaran meninggalkan impak yang berpanjangan ke atas pemahaman dan

motivasi belajar murid-murid atau pelajar. Satu sesi pengajaran yang baik perlu

melibatkan kemahiran pensyarah memadankan kaedah pengajaran dengan objektif

pembelajaran pelajar dan juga gaya pembelajaran mereka (Shahabudin Hashim, et

al., 2003).

Kaedah serta bahan pengajaran yang digunakan hendaklah sesuai dengan

persekitaran kini yang menjurus ke arah pembelajaran berpusatkan murid. Pendidik

tidak lagi menyuap segala maklumat kepada pelajar tetapi bertindak sebagai

Page 19: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

3

navigator atau fasilitator yang bertindak membantu pelajar dalam mencari maklumat.

Dengan itu, pembelajaran kini bersifat lebih dinamik dan aktif serta melibatkan

komunikasi dua hala.

Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1996), untuk mengembangkan pemikiran

dan minda pelajar khususnya, pembelajaran secara teko dan cawan corak

pembelajaran perlu diubah kepada pembelajaran yang lebih interaktif dan secara

kendiri ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar.

Pelajar tidak seharusnya pasif dan hanya memberi respon kepada rangsangan

pensyarah. Pendekatan pengajaran secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari

pemikiran para pendidik tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan

kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.

Dengan itu, bahan pengajaran yang sistematik dan terancang amat diperlukan

supaya dapat memaksimumkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Salah satu teknik atau kaedah yang boleh dianggap terbaik yang dapat

diamalkan untuk mengatasi masalah ini ialah kaedah Pengajaran Bermodul dengan

menggunakan modul pembelajaran kendiri (MPK). Melalui MPK ini, pelajar akan

dapat mengembangkan lagi sifat ingin tahu, berdikari dalam mendapatkan sesuatu

ilmu, berkebolehan dalam membuat keputusan dan seterusnya dapat memupuk nilai-

nilai yang baik.

Justeru itu, dalam corak pendidikan terbuka di semua pusat pengajian tinggi,

penggunaan modul adalah digalakkan dan bersesuaian bagi melahirkan pelajar yang

mempunyai kelulusan ikhtisas yang khusus, kemahiran yang terlatih serta

mempunyai kualiti dan daya kepimpinan yang tinggi, bertanggungjawab dan

sebagainya bagi memenuhi keperluan negara selaras dengan kehendak Falsafah

Pendidikan Negara. Pembelajaran secara modul ini juga lebih menumpukan kepada

kadar individu, kesinambungan dan reflektif di mana ia mengambil kira latar

belakang pelajar, kognitif, minat, gaya, nilai, motivasi serta ruang masa yang

diperlukan oleh pelajar dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 20: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

4

1.2 Latar belakang masalah

Sebelum ini tiada modul pembelajaran kendiri yang khas bagi subjek Reka

bentuk Berbantukan Komputer AutoCAD 3D yang dibina berdasarkan sukatan

pelajaran di institut pengajian tinggi. Selain itu, pergantungan kepada buku teks akan

menjadikan pelajar cepat bosan. Kebanyakan buku rujukan pula menggunakan

media teks dan tidak berunsur interaktif. Keadaan ini menyukarkan dan

membebankan pelajar dan juga pensyarah. Bebanan membawa nota atau rujukan

yang pelbagai menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah dengan tidak membawa

nota dan hanya mendengar pensyarah mengajar di hadapan. Nota-nota yang

diberikan oleh pensyarah secara berperingkat peringkat tidak dikemas kini

menyebabkan ada nota yang tercicir secara tidak langsung menyebabkan faktor

keciciran berlaku.

Pelajar-pelajar masa kini memerlukan rangsangan yang pelbagai untuk

memotivasikan mereka untuk belajar. Minat untuk mereka belajar akan berkurangan

sekiranyanya tiada rangsangan yang pelbagai. Kaedah pengajaran secara tradisional

menimbulkan rasa kebosanan dan kurang menarik jika dibandingkan dengan

penggunaan ABM yang bersesuaian iaitu yang mampu menimbulkan rangsangan

positif dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam kertas kerja yang bertajuk ‘Alatan

Mengajar Dalam Pengajaran bahasa’ Noraziah (1981), menerangkan bahawa ‘alat

bantu’ itu mestilah sebagai salah satu bahagian yang padu (integral part) dalam

proses tersebut. Alat bantu bertujuan menambah kelancaran perhubungan antara

pensyarah dengan murid dan sebaliknya, murid dengan murid serta membantu atau

mempercepatkan proses pemahaman mereka.

Oleh dengan itu ia boleh diatasi dengan pembinaan Pembelajaran Berasaskan

Modul untuk pelajar yang boleh digunakan dalam pembelajaran Reka bentuk

Berbantukan Komputer AutoCAD. Alat bantu mengajar ini adalah berbentuk modul

yang mempunyai pelbagai maklumat dalam pengajaran pensyarah. Selain itu, ia

dapat meningkatkan kemahiran pensyarah dalam proses pengajaran AutoCAD.

Untuk mencapai matlamat di atas, proses pengajaran seharusnya dikemaskinikan

Page 21: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

5

dengan pelbagai kaedah. Dengan itu, pembelajaran berasaskan modul ini mesti

disediakan bagi mempermudahkan proses pengajaran pensyarah dan pembelajaran

pelajar supaya lebih cemerlang. Ini kerana di dalam modul tersebut akan

mengandungi pelbagai unsur-unsur yang menarik seperti grafik yang menarik,

penerangan yang ringkas bagi membantu para pensyarah dalam pengajaran mereka

agar pengajaran tersusun dan menarik. Memandangkan penggunaan modul dalam

pendidikan terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak

mendatangkan minat serta kesan yang lebih positif berbandingkan pengajaran dan

pembelajaran tradisional.

Di sebabkan perkembangan di dalam bidang pendidikan dan masalah

tiadanya modul pembelajaran yang khusus bagi subjek mata pelajaran reka bentuk

berbantukan komputer AutoCAD 3D ini, maka pembangun ingin membina sebuah

Modul Pembelajaran Kendiri iaitu Modul Pembelajaran Kendiri Mata Pelajaran Reka

Bentuk Berbantukan Komputer AutoCAD 3D bagi mengatasi masalah ini. Modul ini

memberikan penerangan yang lengkap dalam bentuk teks berserta visual mengikut

sukatan pembelajaran di institut pengajian tinggi dengan memberikan contoh yang

jelas di mana pelajar boleh melihat sendiri hasilnya.

1.3 Pernyataan Masalah

Strategi pengajaran adalah amat penting untuk mencapai matlamat

pengajaran dan pembelajaran yang baik untuk pensyarah dan pelajarnya. Strategi

pengajaran yang diamalkan oleh pensyarah - pensyarah berbeza antara satu sama

lain. Bagi pelajar pula perbezaan di antara individu merupakan satu masalah yang

tidak dapat dinafikan dalam pengajaran di sekolah mahupun di institusi pengajian

tinggi. Strategi pengajaran yang digunakan mestilah sesuai untuk

memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari oleh pelajar agar

Page 22: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... fileModul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

6

dapat diamalkan pada masa depan. Kaedah pengajaran secara tradisional pula lebih

menumpukan kepada ‘chalk and talk’ serta pengajaran secara keseluruhan kelas.

Setiap individu adalah unik dan mempunyai tahap kecerdasan masing-

masing. Daya penerimaan dan kefahaman individu juga berbeza antara satu sama

lain. Bagi mempelajari sesebuah perisian, kita sudah sedia maklum bahawa ianya

adalah sesuatu yang sukar dan memerlukan masa yang agak panjang bagi

membolehkan pelajar menguasainya. Manakala bagi pelajar yang lemah pula, pasti

kaedah tradisional ini tidak akan membantu dalam menerima pengajaran yang

disampaikan.

Faktor kekurangan bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan pembelajaran

AutoCAD juga menjadi masalah kepada pensyarah dan pelajar. Persoalannya,

adakah proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dan di laksana perlu

direncanakan semula kaedah pendekatannya oleh pensyarah bagi menjamin

keberkesanan perisian selari dengan kemampuan pelajar itu sendiri?

1.4 Objektif penghasilan modul pembelajaran kendiri (MPK)

a. Menghasilkan modul pembelajaran kendiri untuk Mata Pelajaran Reka

Bentuk Berbantukan Komputer AutoCAD 3D 2007 yang menggunakan Bahasa

Malaysia untuk peringkat IPT.