Adaptasi Daripada Cerita Dongeng Arnab Dan Kura

7
ADAPTASI DARIPADA CERITA DONGENG ARNAB DAN KURA-KURA WATAK : PELAKON : ARNAB MOHD HAKIMI BIN AHMAD (DB110579) KURA-KURA MOHD HAFIZ BIN ZAINULDIN (DB110945) HARIMAU SYED MOHD AZWAN BIN SYED ABDULLAH (DB110149) GAJAH THIRUMURUGAN A/L KRISHNAN (DB110289) TIKUS JAMAL BIN MUSA (DB110225) PENCERITA LEONG TATT KHEONG (DB110220) PENJAGA AUDIO HASNAN BIN JAMALLUDIN (DB110120) PERMULAAN CERITA Pencerita : pada zaman dahulu, dipercayai semua binatang boleh bercakap sesama mereka. Pada suatu hari, arnab sedang berjalan jalan di hutan. Hatinya riang tak terkira. (arnab berjalan riang sambil menyanyi) Jalan jalan jalan ke sana ke sini Lari lari lari dengan riang hati Lompat lompat tinggi tinggi Sesuka hati Petik petik petik petiklah begini Tepuk tepuk tepuk ikutlah melodi Ho ho ho ho Hi hi hi hi

Transcript of Adaptasi Daripada Cerita Dongeng Arnab Dan Kura

Page 1: Adaptasi Daripada Cerita Dongeng Arnab Dan Kura

ADAPTASI DARIPADA CERITA DONGENG ARNAB DAN KURA-KURA

WATAK : PELAKON :

ARNAB MOHD HAKIMI BIN AHMAD (DB110579)

KURA-KURA MOHD HAFIZ BIN ZAINULDIN (DB110945)

HARIMAU SYED MOHD AZWAN BIN SYED ABDULLAH (DB110149)

GAJAH THIRUMURUGAN A/L KRISHNAN (DB110289)

TIKUS JAMAL BIN MUSA (DB110225)

PENCERITA LEONG TATT KHEONG (DB110220)

PENJAGA AUDIO HASNAN BIN JAMALLUDIN (DB110120)

PERMULAAN CERITA

Pencerita : pada zaman dahulu, dipercayai semua binatang boleh bercakap sesama mereka. Pada suatu hari, arnab sedang berjalan jalan di hutan. Hatinya riang tak terkira.

(arnab berjalan riang sambil menyanyi)

Jalan jalan jalan ke sana ke sini

Lari lari lari dengan riang hati

Lompat lompat tinggi tinggi

Sesuka hati

Petik petik petik petiklah begini

Tepuk tepuk tepuk ikutlah melodi

Ho ho ho ho

Hi hi hi hi

Sesuka hati

Page 2: Adaptasi Daripada Cerita Dongeng Arnab Dan Kura

Pencerita : sedang arnab berlari-lari sambil menyanyi, tiba-tiba arnab melihat kura-kura sedang berjalan. Arnab pun berhenti berlari sambil matanya memerhati kura-kura yang sedang berjalan amat perlahan. Terdetik di hatinya untuk bertanya kepada kura-kura

Arnab : selamat pagi kura-kura

Kura kura : selamat pagi arnab

Arnab : hai kura-kura(dengan nada menyindir), Kenapa engkau berjalan amat perlahan ye? Cubalah berjalan laju sikit.kesian aku lihat engkau berjalan sedemikian.

Kura-kura : memanglah aku berjalan macam ni. Buat apa aku nak berjalan laju-laju pula. Lagipun aku sedang menikmati pemandangan yang indah dan sejuk di sini.

Arnab : ha..ha..ha..ha..geli hati aku lihat cara engkau berjalan. Bilalah engkau nak sampai si tua lambat ni....ha..ha..ha..ha

Kura-kura : jangan engkau hina aku arnab

Arnab : eleh....kalau lumba lari ni,engkau pasti kalah

Kura-kura : hmmmm....tak semestinya. Belum cuba belum tahu

Arnab : hai, berlagaknya engkau ni. Bagaimana kalau kita berlumba lari.

Kura-kura : tak ada masalah arnab

Arnab : aku cabar engkau,siapa yang sampai dulu ke hujung jalan sana, dia akan menang.

Kura-kura : OK! Aku terima cabaran kau,bila, di mana...cakap..aku anytime ready

Arnab : hmmm....esok pukul 4 petang.

Pencerita : arnab pergi meninggalkan kura-kura keseorangan. Kura-kura pun kembali berjalan sambil berfikir untuk mencari kawannya iaitu gajah dan tikus. Gajah dan tikus merupakan kawan karib kepada kura-kura. Mereka selalu lepak bersama di bawah sebatang pokok besar yang rendang.

Pencerita : dalam perjalanan itu,tiba tiba DUSSHHH! Kura-kura terlanggar harimau baik hati yang sedang nyenyak tidur.

Page 3: Adaptasi Daripada Cerita Dongeng Arnab Dan Kura

(harimau terjaga dari tidur dan mencari siapa yang telah mengganggunya)

Siapa siapa siapa siapa ganggu saya

Saya sang harimau sedang tidur lena

Jangan jangan jangan jangan marah

Saya kura kura hanya gurau senda

Harimau : engkau rupanya kura-kura. Kenapa ganggu aku tidur ni. Aku tengah bermimpi dapat makan besar tadi. Hmmm...kempunan sudahh

Kura-kura : maaflah harimau, aku tak sengaja. Aku nak cepat, nak pergi cari gajah dan tikus kat bawah pohon besar sana tu.

Harimau : nak aku temankan? Boleh ade kawan untuk berbual kan kan...

Pencerita : mereka pun berjalan bersama menuju ke pohon besar tersebut. Sambil bercakap tak berhenti-henti, kedengaran suara gajah dan tikus menyanyi.

Saya seekor gajah di hutan sunyi

Mencari kawan kawan sama menari

Lengggang lenggang lenggang ke kanan

Lenggang lenggang lenggang ke kiri

Bamm..bamm...bamm..bamm

Saya seekor tikus di lubang kecil

Mencari kawan sama menyanyi

Jenggek jenggek jenggek ke kanan

Jenggek jenggek jenggek ke kiri

Tinkk..tinkk..tinkk..tinkk

Pencerita : harimau dan kura-kura cuba bersembunyi di sebalik semak untuk mengejutkan gajah dan tikus yang sedang leka menyanyi dan menari.

ulang

ulang

Page 4: Adaptasi Daripada Cerita Dongeng Arnab Dan Kura

Harimau : WARGHHHH!!!!!!!hahahahahaha

Gajah : ooo mak engkau ooo mak engkau...kusss semangat kusss semangat ( gajah melatah )

Harimau : Hari ni baru aku tahu kau melatah gajah..ha ha ha...

Gajah : Malu la aku harimau. Nasib baik tak ada apa-apa. Kalau aku terpijak tikus tadi macam mana? Hilang sorang kawan karib nanti. Ehh kura-kura,kenapa engkau macam xsenang duduk ni. Biar aku teka, kau lapar eaa? Hmmm..cerita pada kami apa masalah kau ni.

Tikus dan harimau : Betul!betul!betul. Ceritalah pada kami

Kura-kura : Aku terserempak dengan arnab tadi. Dia hina cara aku berjalan tapi ada aku kisahh. Cuma .... esok dia ajak aku berlumba lari. Siapa sampai dulu, dia yang menang.

Gajah , tikus , harimau : Apaaa???? Lumba lariiii ????

Tikus : Tahu sajalah perangai arnab yang sombong tu. Mesti dia nak tunjukkan kehebatannya berlari pada kawan-kawan yang lain di hutan ni. Jom!!! kita buat sesuatu, biar dia rasa macam mana bila di hina.

Gajah : tak baiklah buat macam tu, tikus. Walaupun arnab sombong tapi dia tetap kawan kita kat hutan ni.

Tikus : Emmm... aaaaaa ... maafkan aku gajah ..aku tak kan buat lagi

Harimau : kau jangan risau kura-kura. Esok kami akan sokong kau 100% dan aku yakin kau boleh menang.

Tikus : aku rasa esok mesti arnab berhenti kat mana-mana tempat. Sebabnya dia tahu kura-kura jalan lambat,jadi dia boleh berehat sambil makan.

Gajah : aku pun fikir macam tu jugak. Itu kelemahan arnab. Dia memang kuat makan.

Harimau : korang berdua ni suka suki aje buat cerita macam-macam. Jangan nak memandai buat cerita, okeyy.

Kura-kura : dah laaa...korang semua jangan nak gaduh-gaduh..kita tunggu dan lihat ajelaaa esok. Tapi kannnn... kalau apa tikus dan gajah cakap tu betul, aku pun suka hatiiii

( semua haiwan ketawa berdekah dekah dengan lawak spontan kura-kura )

Page 5: Adaptasi Daripada Cerita Dongeng Arnab Dan Kura

Pencerita : Hari yang dinanti-nanti telah pun tiba, mereka semua bersorak gembira . arnab dan kura-kura bersiap sedia untuk dilepaskan

SEDIA!!! SATU!!! DUA!!!TIGA!!!MULAAAA

Arnab pun berlari sekuat hatinya. Sambil berlari dia ketawa memikirkan kebodohan kura-kura yang sanggup berlumba. Arnab memandang ke arah belakang dan kelihatan kura-kura sedang berjalan dengan begitu perlahan.

Arnab pun berfikir untuk berehat sebentar di sebatang pokok sambil berangan dan akhirnya tertidur dengan nyenyaknya.

Kua-kura pula terus berjalan dan berjalan sehinggalah ternampak arnab tidur sambil menyandar di sebatang pokok. Kura-kura berjalan dengan perlahan agar arnab tidak mendengar sebarang bunyi.

Harimau,gajah dan tikus : cepat! cepat ! cepat ! kura-kura..

(kura kura menghampiri penamat dan YEAYYYYYY)

Tikus : kan betul apa aku kata semalam, arnab mesti berhenti kat mana-mana

Gajah : sambil menyelam minum air...ha ha ha ha ha

Harimau : iyelahhhh tu...

Pencerita : tiba-tiba arnab terjaga dari tidur dan menyangka kura-kura masih lagi tertinggal di belakang. Sampai sahaja di penghujung jalan, arnab lihat kura-kura telah pun sampai sambil berehat sementara menunggunya. Arnab berasa sangat malu di atas kekalahannya dan juga kerana keangkuhannya terhadap kura-kura

Harimau : hai arnab, kenapa engkau lambat sangat?

Arnab : kura-kura, minta maaf atas sikap aku ni. Sebenarnya aku tertidur untuk melepaskan penat. Aku ingat kau lambat lagi.

Kura-kura. Tak apalah arnab. Aku harap kita masih berkawan. Lain kali jangan sangka kita yang terbaik.

Arnab : baiklah kura-kura

Pencerita : sejak dari itu, arnab dan kura-kura menjadi sahabat karib.. kesimpulan dari cerita ini menunjukkan bahawa usaha itu tangga kejayaan. Jangan berhenti segala usaha kerana usaha akan peroleh kejayaan.

Page 6: Adaptasi Daripada Cerita Dongeng Arnab Dan Kura

(nyanyi beramai ramai)

Mari kawan kawan

Menyanyi dan bertepuk tangan

Ikut rentak begini

La la la la la la la

TAMAT

Ulang empat kali