Adat Dan Budaya Kaum Murut
-
Upload
ummi-syafiqah -
Category
Documents
-
view
325 -
download
3
Transcript of Adat Dan Budaya Kaum Murut
-
8/12/2019 Adat Dan Budaya Kaum Murut
1/5
ADAT DAN BUDAYA KAUM MURUT
PENGENALAN
Perkataan Murut di Sabah merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di
lereng bukit atau tanah tinggi di pedalaman yang mempunyai hubungan rapat dengan suku
Dusun. Kaum Murut juga,merupakan suku kaum yang tertua di Sabah yang datang dari
Annam,Indo-China dan kepulauan Filipina. Mengikut Porllard,istilah Murut beasal dari akar
kata purut iaitu berian atau hantaran mas kahwin. Kebiasaannya, kaum Murut terdapat
di Sabah serta di wilayah perbatasan Kalimantan dan Sarawak. Kaum Murut ini merupakan
suku etnik ketiga terbesar di sabah. Di Sarawak pula,terdapat juga kaum Murut, akan tetapi
suku kaum ini amat sedikit kerana kaum ini terletak di bawah kaum Orang Ulu iaitu mewakili
peribumi kecil sahaja. Kaum Murut di Sabah menetap di Tenom, Kemabong, Pensiangan,
dan Keningau. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon,
Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan,dan Murut Serundung. Selain itu, kaum Murut juga
mendiami di rumah panjang yang berhampiran di tepi sungai. Kaum Murut menganut agama
Islam dan sebahagian lagi menganut agama Kristian.
PERKAHWINAN
Dalam soal perkahwinan, kebiasaannya perkahwinan orang Murut akan diadakanseawal umur 15 hingga 18 tahun bagi si teruna dan 13 tahun bagi si gadis. Selain itu, mas
kahwin yang biasa akan diminta oleh ibu bapa si gadis orang Murut adalah iaitu 2 ekor
kerbau, 1 tajau sejenis "tilauan" 1 tajau jenis "minukul" 1 tajau jenis "belaying" 1 tajau jenis
"manila" 1 buah gong dan 1 sumpitan.
Bagi soal istiadat perkahwinan pula, kaum Murut menjalankan majlis perkahwinan
selama lima hari berturut-turut. Tiga hari akan berlangsung di rumah pengantin perempuan
dan dua hari di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan akan dihiasi dengan cantik
dan menggunakan pakaian kaum Murut asli pada hari perkahwinan. Pengantin perempuan
tersebut akan dihias oleh sekumpulan wanita yang dikenali sebagai tambuloi. Seterusnya
pengantin perempuan akan diletakkan dalam bilik khas yang telah ditabiri beberapa helai
kain yang mahal. Selepas itu, pengantin perempuan akan dibawa keluar dari bilik dan akan
diberi air tapai yang disukainya. Oleh yang demikian, dalam tempoh tiga hari tersebut,
tetamu akan bersukaria sambil makan dan minum air tuak di rumah pengantin perempuan.
Pertandingan minum tuak secara persahabatan juga diadakan bagi mengeratkan hubungan
kekeluargaan.
-
8/12/2019 Adat Dan Budaya Kaum Murut
2/5
Setelah tamat tempoh tiga hari tersebut, mereka akan bergerak ke rumah pengantin
lelaki dan pukulan egal iaitu pukulan gong akan didendangkan bagi menandakan selamat
jalan kepada keluarga pengantin perempuan. Setelah berada seminggu di rumah pengantin
lelaki, pengantin perempuan boleh menziarahi ibu bapa dengan kebenaran suami dan
mertuanya. Setelah sebulan perkahwinan,kedua- dua pengantin akan pergi ke rumah
pengantin perempuan selama empat hari dan kehadiran mereka akan diraikan serta
disajikan air tapai. Setelah tamat tempoh empat hari tersebut, mereka berdua akan balik ke
rumah pengantin lelaki semula untuk menetap di sana buat selama-lamanya.
KELAHIRAN
Bagi adat kelahiran kaum Murut pula, mereka tidak mempunyai adat resam dan
pantang larang yang khusus semasa mengandung dan bersalin. Mereka akan mempunyai
beberapa pantang larang apabila selepas bayi itu dilahirkan, iaitu dari segi pemberian nama .
Bagi masyarakat Murut, bayi yang dilahirkan tidak akan diberi nama dengan serta merta. Hal
ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang perkara buruk menimpa bayi tersebut. Oleh yang
demikian, pemilihan nama amat dititikberatkan oleh masyarakat Murut. Oleh itu, kebanyakan
nama yang diberi adalah berdasarkan nama alam semula jadi atau melalui sesuatu peristiwa
tertentu. Selain itu, nama orang Murut juga berkemungkinan bertukar untuk beberapa kali. Ia
bergantung kepada keadaan yang berlaku di sekeliling mereka. Sebagai contoh, jikaseseorang itu kerap sakit atau ada orang yang meninggal dunia dan secara kebetulan nama
mereka adalah sama, kaum Murut yang mempunyai nama itu tadi perlu menukar nama
tersebut dengan serta merta bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku kepada dirinya.
KEMATIAN
Adat kematian dalam masyarakat Murut, mereka akan mengebumikan mayat. Mereka
akan melakukan mengebumikan mayat bergantung kepada punca kematian seseorang itu.
Sesuatu kes kematian perlu diuruskan dengan tertib dan baik dengan mengikuti adat-adat
tertentu. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang bencana atau
musibah. Terdapat tiga proses dalam pengebumian mayat dalam kaum Murut iaitu semasa
kematian, pengebumian, dan selepas pengebumian.
Semasa kematian, ahli keluarga si mati akan memukul gong dan ketika gong dipukul,
semua penduduk perlu berhenti daripada melakukan aktiviti masing-masing. Jika terdapat
penduduk tidak berhenti daripada melakukan pekerjaan semasa gong dipukulkan,seluruhpenduduk akan didenda iaitu memberi seekor babi kepada ahli keluarga si mati. Selepas itu,
-
8/12/2019 Adat Dan Budaya Kaum Murut
3/5
mayat akan dimandikan dan setelah itu mayat akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik
serta bersih. Mayat akan berada di rumah selama dua hari sebelum dimasukkan ke dalam
tajau iaitu bangkalan kaum Murut. Tajau akan ditutup dengan kayu dan di atasnya diletakkan
lampu kecil bagi menakutkan hantu syaitan. Pada hari kedua tajau akan dibawa keluar dari
bilik tepat pukul 12.00 tengah malam dan ketika ini ahli keluarga akan bertangis-tangisan
sambil mengelilingi tajau tersebut. Pada hari ketiga, kaum lelaki akan pergi ke tanah
perkuburan untuk membaiki rumah perkuburan sekiranya terdapat kerosakan. Pada malam
ke empat mereka akan bersuka ria sebagai menghormati malam terakhir si mati berada di
rumah. Keesokan harinya, tajau mayat akan diusung dengan menggunakan usungan kayu
ke tanah perkuburan. Ketika ini, ahli keluarga perempuan si mati akan menangis kerana
mereka percaya akan roh si mati akan selamat ke syurga selain bertujuan mengucap
selamat jalan.
Proses yang kedua iaitu semasa pengebumian gong akan dibunyikan sepanjang
jalan tajau dihantar ke tapak pengebumian dan tajau tersebut akan dihias dengan manik-
manik beraneka warna dan dipaku dengan kayu yang berukir. Ketika ini mereka akan
meraikan majlis makan-makan.
Seterusnya proses yang terakhir iaitu selepas pengebumian, ahli keluarga akan
meletakkan tiga potongan bara setelah empat hari tajau di tanah perkuburan. Bara-bara
tersebut akan dikawal apinya oleh keluarga si mati, supaya roh si mati tidak dapat meniup
api tersebut kerana mereka percaya sekiranya si mati dapat meniup api sehingga menyala
kemungkinan rumah tersebut ditimpa bencana. Adat tolak bala akan diadakan bagi
menandakan pantang larang adat kematian sudah selesai.
TARIAN
1) Tarian Lansaran
Tarian lansaran merupakan tarian yang amat terkenal dalam suku kaum Murut.
Kebiasaannya, tarian ini hanya dilakukan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki
persegi. Lokasi lantai khas terletak di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat
menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh
melantun seperti "spring". Dalam tarian ini terdapat sekumpulan penari lelaki dan
perempuan. Kaum perempuan akan memakai pakaian tradisional warna hitam dan hiasan
manik-manik yang berwarna-warni. Bagi kaum lelaki mereka akan memakai topi berbuluburung serta pakaian diperbuat daripada kulit kayu bercampur kain berwarna. Dalam tarian
-
8/12/2019 Adat Dan Budaya Kaum Murut
4/5
-
8/12/2019 Adat Dan Budaya Kaum Murut
5/5
sama, perayaan Mansisia ini akan membuat semua penduduk kampung dapat menikmati
hasil tuaian setiap keluarga memandangkan beras yang disumbangkan sebelumnya
dicampur-gaulkan sebelum dimasak. Antara tujuan perayaan Mansisia ini dilakukan adalah
sebagai hari kesyukuran dan bersukaria. Hari tersebut juga dianggap sebagai hari
Kelepasan Am bagi para petani. Kebiasanya perayaan tersebut dilengkapi dengan beberapa
acara yang menarik seperti persembahan kebudayaan, minum tapai dan bermacam-macam
lagi sesuai dengan suasana sambutan " Mansisia ".
PAKAIAN
Bagi pakaian Adat suku kaum Murut, lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu
puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan
juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan
motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai
rarangkol dan hiasan kepala salupai.