Adat kelahiran

5

Click here to load reader

Transcript of Adat kelahiran

Page 1: Adat kelahiran

Adat Kelahiran

KELAHIRAN anak bagi pasangan suami isteri merupakan suatu pengurniaan Tuhan kepada hamba-

Nya. Anak merupakan peyambung zuriat atau keturunan supaya perkembangan ummah dapat

diteruskan dan alam ini tidak menjadi lengang tanpa manusia. Oleh itu anak harus dididik dengan

sempurna agar dia menjadi manusia yang berguna bagi keluarga, bangsa, agama dan negara.

Membesarkan dan mendidik anak merupakan tanggungjawab bersama pasangan suami isteri dalam

kehidupan ini supaya anak menjadi warga masyarakat yang sihat dan berjaya pada masa akan datang.

Tugas ini maha penting bagi ibu bapa agar anak menuju alam dewasa dengan sempurna. Ibu bapa yang

dapat mendidik anak dengan sempurna dianggap ibu bapa yang berjaya.

Bagi masyarakat Melayu apabila seseorang wanita mengandung, berbagai-bagai adat diamalkan.

Ini bertujuan untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan anak dalam kandungan juga ibu yang

mengandung. Adat yang diamalkan berbeza-beza mengikut resam negeri atau masyarakat masing-

masing.

ADAT MELENGGANG PERUT

Adat mi masih diamalkan oleh sesetengah masyarakat Melayu yang berpegang teguh kepada adat

khususnya di kawasan pedalaman. Adat melenggang perut dilakukan bagi bakal ibu yang mengandung

anak pertama atau anak sulung ketika kandungan itu berusia tujuh bulan. Adat mi bertujuan

memelihara anak dalam kandungan dan dipercayai sempurna sifatnya apabila lahir kelak.

Jika amalan melenggang perut tidak dilakukan dipercayai akan memudaratkan ibu yang

mengandung. Kemungkinan ibu akan mengalami kesulitan semasa bersalin.

Dari sudut lain pula, amalan melenggang perut adalah sebagai langkah menempah bidan bagi ibu

mengandung yang hendak melahirkan anak di rumah. Dengan cara ini, seseorang bidan yang telah

ditempah bertanggungjawab terhadap keselamatan ibu mengandung semasa bersalin nanti. Untuk

menjalankan upacara ini beberapa bahan perlu disediakan. Di antara bahan-bahan tersebut ialah anak

kelapa yang baru tumbuh, anak tebu yang baru tumbuh, anak pisang yang baru tumbuh, air sebuyung,

mayang pinang, kain batik, tepung tawar, bertih, limau nipis, kelapa muda dan kelapa tua, bunga tujuh

jenis seperti bunga melur, kenanga, bunga cina dan lain-lain, sirih sepiak, pucuk kelapa muda dan

benang mentah.

Penentuan Masa

Adat melenggang perut sebaik-baiknya hendaklah dilakukan pada waktu pagi, iaitu pada hari

Jumaat. Waktu yang baik untuk melaksankan upacara ini ialah antara jam 8.00 pagi hingga jam 12.00

tengah hari, sebelum masuk waktu zuhur.

Menempah Bidan dan Melenggang Perut

Tempahan bidan hendaklah diberitahu terlebih dahulu bagi memberi kesempatan kepada bidan

membuat persediaan yang diperlukan untuk upacara melenggang perut itu.

Setelah ditentukan harinya, langkah pertama yang dilakukan ialah menggolek buah kelapa di atas

perut ibu mengandung. Kelapa itu mestilah dibuang sabutnya dan dikupas licin. Kelapa itu akan

Page 2: Adat kelahiran

digolekkan pada perut ibu mengandung, bermula dari kanan ke kiri. Perlakuan ini dilakukan oleh

bidan dan hanya disaksikan oleh ahli keluarga yang terdekat sahaja.

Mandi Bunga

Sesudah upacara menggolek kelapa di atas perut ibu mengandung, upacara memandikan ibu

mengandung itu pula dijalankan. Proses ini dikenali sebagai mandi bunga kerana air mandian itu

dibubuh tujuh jenis bunga yang dimasukkan ke dalam buyung. Air di dalam buyung itu dititiskan air

limau nipis dan dibubuh juga sedikit bertih. Mandi bunga dikatakan baik dari segi fizikal dan

menguatkan semangat ibu mengandung.

Tepuk Mayang

Setelah selesai mandi bunga, ibu mengandung akan diberi persalinan. Apabila selesai menukar

pakaian, ibu mengandung disuruh berlunjur lurus (kaki dirapatkan) dan bidan akan melaksanakan

upacara menghalau dan menjauhkan kuasa ghaib. Mayang pinang muda yang masih di dalam kelopak

dijampi. Bidan berdiri tegak di belakang kepaha ibu mengandung sambil menjampi mayang.

Kemudian, mayang akan dipukul di atas tangan kiri bidan tersebut sehingga pecah kelopaknya.

Upacara ini dilaksanakan kerana dipercayai si ibu akan bersalin sebagaimana mudahnya mayang

pecah.

Membelah Kelapa

Sebaik sahaja upacara tepuk mayang selesai, kelapa muda akan dibelah. Air serta isi kelapa tersebut

diberi minum kepada ibu mengandung. Kelapa yang tua pula dibuat minyak. Minyak kelapa ini

digunakan untuk menguat bakal ibu tersebut. Tujuan membelah kelapa ini hampir sama dengan

upacara tepuk mayang tadi.

Upacara Pelepas

Perkataan 'pelepas' bermaksud adat menghalau atau menjauhkan penunggu dan memuhihkan

semangat bakal ibu tersebut. Di antara peralatan yang diperlukan ialah benang, daun kelapa, sirih

sepiak dan kemenyan.

Bidan akan membuat lingkaran simpul lepas daripada daun kelapa. Kemenyan pula akan dibakar,

manakala sirih dan benang akan diletakkan di dalam piring. Bidan akan menjampi dan simpulan daun

kelapa tadi dileraikan. Apabila simpulan tersebut dililitkan pada tengkuk (bukan lilit mati) ia akan

ditarik pada puncanya.

Jamuan Kesejahteraan

Apabila upacara pelepas selesai, tuan rumah akan mengadakan sedikit jamuan kepada para tetamu

yang hadir dalam upacara tersebut. Kelazimannya jamuan yang diadakan ialah pulut kuning atau

jamuan nasi. Apabila selesai jamuan tersebut, maka berakhirlah upacara melenggang perut.

PANTANG LARANG BAGI IBU MENGANDUNG

Perkataan 'pantang' bererti tegahan daripada melakukan sesuatu kerana dipercayai membawa akibat

buruk. Sementara perkataan 'larang' bererti tegahan daripada melakukan sesuatu kerana kuat kuasa

undang-undang atau perintah. Pantang larang diadakan sebagai satu cara mengelakkan manusia

daripada mendapat sakit ataupun kecelakaan. Pantang larang masyarakat Melayu terbentuk akibat

kepercayaan terhadap kekuatan kuasa jahat. Mereka mempercayai bahawa jika sesuatu pantang larang

dilanggar kecelakaan akan menimpa mereka.

Page 3: Adat kelahiran

Oleh itu beberapa pantang larang berkait dengan ibu mengandung diadakan. Pantang larang ini

bertujuan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan ibu mengandung serta menjaga bayi dalam

kandungannya.

Di antara pantang larang ibu mengandung berhubung dengan makanan adalah seperti berikut:

1. Dilarang makan sotong. Dipercayai jika ibu mengandung memakan sotong, hantu akan mencekik

ataupun mencerut bayi dalam kandungan kerana sotong mempunyai banyak .

2. tangan yang biasa kita sebut sebagai janggutnya. Oleh itu ibu mengandung dilarang memakan

sotong kerana dikhuatiri akan menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali

pusatnya.

3. Dilarang minum air kelapa dan air tebu pada peringkat awal kerana dikhuatiri anak dalam

kandungan akan gugur.

4. Memakan buah nanas dan betik muda juga dilarang. Buah-buahan ini dipercayai akan

menggugurkan kandüngan.

5. Apa sahaja yang diidamkan oleh ibu mengandung mestilah dipenuhi. Jika tidak dipenuhi dipercayai

anak yang bakal hahir akan meleleh air liurya.

Pantang larang lain berhubung dengan ibu mengandung adalah seperti berikut:

1. Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutama dengan ibu

mentua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu

mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.

2. Dilarang memaku, memahat, menggali lubang, membelah kayu menyembeih binatang ternakan.

Perbuatan ini dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat bibirnya atau anggota-anggota

badan lainnya.

3. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan

mengalami kecacatan.

4. Dilarang keluar rumah pada waktu petang dan senja kerana dikhuatiri hantu akan mengusiknya.

5. Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana

dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.

6. Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana khuatiri anak yang bakahl lahir akan

cacat.

7. Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan akan mendatangkan kecelakaan kepada

ibu sewaktu hendak melahirkan anak.

8. Tidak boleh menziarahi orang mati kerana dikhuatiri menjejaskan kesihatannya juga kandungannya.

Ibu dilarang menyentuh mayat kerana khuatiri anak yang akan dilahirkan cacat anggota badannya.

9. Tidak boleh memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh.

Page 4: Adat kelahiran

10. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak

berkepala besar yang luar biasa.

11. Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan botak kepalanya.

12. Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perutnya kerana dikhuatiri

anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.

13. Tidak boleh melintasi di bawah pokok cermai kerana dipercayai ini boleh menyebabkan keguguran

atau turun darah.

14. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi

besar.

15. Membawa api di belakang ibu mengandung juga adalah dilarang kerana dikhuatiri bayi kembar

darah.

16. Membawa air di belakang ibu mengandung juga dilarang kerana dikhuatiri bayi kembar air.

Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut

dengan suami kepada ibu mengandung.

Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi-bunyian kerana

dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.

Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal

lahir cacat anggota badannya.

Suami juga dilarang pulang lewat malam atau pergi ke luar negeri.

Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai

anak yang bakal dilahirkan akan cacat atau kenan binatang tersebut.

MAKANAN IBU MENGANDUNG

Setiap makanan yang mungkin diidamkan oheh ibu mengandung mestilah ada had dan pantang

larangnya. Makanan tertentu dikatakan ada baik dan buruknya kepada ibu mengandung dan anak yang

bakal dilahirkan.

Berbagai jenis makanan disenaraikan sebagai memanaskan, menyejukkan, tajam, berangin dan

mungkin beracun atau memudaratkan kandungan serta menjejaskan kesihatan ibu dan bayi dalam

kandungan.

Makanan Sejuk

Makanan yang disenaraikan sebagai makanan sejuk adalah seperti sayur-sayuran, sesetengah buah-

buahan, teh dan herba-herba Cina, air tebu, air tembikai, air nanas dan betik. Jika dimakan akan

menyebabkan tangan atau kaki berasa kebas, pening kepala, sakit urat saraf, sesak nafas, sakit sendi

dan juga kejang otot.

Page 5: Adat kelahiran

Ibu mengandung juga dilarang memakan makanan sejuk kerana ia boleh melemahkan kandungan,

kesihatan ibu dan boleh menyebabkan keguguran.

Makanan Panas

Makanan yang disenaraikan sebagai makanan panas pula ialah daging termasuklah daging lembu

dan kambing, rempah, sesebuah-buahan tempatan seperti durian, beberapa jenis herba Cina dan coklat.

Walaupun makanan ini tidak dilarang

ketika mengandung, ramai percaya memakan makanan tersebut boleh menyebabkan anak kerdil dan

ibu mengandung kesulitan ketika melahirkan anak. Durian tidak digalakkan kerana buah ini dipercayai

menyebabkan anak bisul setiap musim durian.

Makanan Lain yang Dilarang

Binatang bersisik atau berkulit kasar juga dilarang ibu mengandung memakannya kerana ia boleh

menyebabkan anak berkulit kasar mempunyai masalah kulit.

Pantang larang makanan ini lebih ketara sewaktu ibu melalui tempoh pantangnya selama 44 hari.

Masa inilah ibu digalakkan makanan panas yang boleh membantu memulihkan kesihatan badannya

dengan cepat.

http://kedah.edu.my/kewangan/images/fail/adat%20resam%20melayu%20-%20kelahiran.pdf

http://kamiltri.tripod.com/adat_kelahiran.htm