ADAT PERKHAWINAN.docx

6
http://optimistsekolahtinggimelaka.blogspot.com/ 2012/05/adat-perkahwinan-baba-dan-nyonya-melaka.html Adat Perkahwinan Baba dan Nyonya MELAKA 829 views http://jochoo.blogspot.com/2007/04/melaka-trip- museum-shopping.html Keturunan Baba dan Nyonya telah berada di Melaka sejak abad kelima belas. Golongan ini wujud hasil daripada perkahwinan orang-orang Cina dari negeri China yang datang untuk berdagang dengan orang Melayu tempatan. Adat perkahwinan Baba dan Nyonya merupakan adat perkahwinan yang paling unik di Malaysia. Unsur-unsur kebudayaan Cina dan Melayu memperngaruhi adat perkahwinan ini. Pada masa dahulu perkahwinan merupakan suatu perkara yang amat penting di kalangan orang peranakan. Seseorang anak perempuan yang berumur lapan tahun biasanya telah mahir dalam masak-memasak, membuat sulaman, pertukangan tangan dan menjahit. Apabila si anak telah mencapai satu tahap yang memuaskan, ibu bapanya akan menyebarkan berita bahawa mereka sedang mencari bakal menantu. Biasanya, 'orang tengah' akan ditugaskan untuk mencari sebuah keluarga lain yang juga sedang mencari pasangan hidup untuk anak lelaki mereka.

Transcript of ADAT PERKHAWINAN.docx

http://optimistsekolahtinggimelaka.blogspot.com/2012/05/adat-perkahwinan-baba-dan-nyonya-melaka.htmlAdat Perkahwinan Baba dan yonya !"#A$A %2& 'iewshttp://jochoo.blogspot.com/2007/04/melaka-trip-museum-shopping.htmlKeturunan Baba dan Nyonya telah berada di Melaka sejak abad kelima belas. Golongan ini wujudhasil daripada perkahwinan orang-orang Cina dari negeri China yang datang untuk berdagangdengan orang Melayu tempatan. Adat perkahwinan Baba dan Nyonya merupakan adat perkahwinanyang paling unik di Malaysia. Unsur-unsur kebudayaan Cina dan Melayu memperngaruhi adatperkahwinan ini.Pada masa dahulu perkahwinan merupakan suatu perkara yang amat penting di kalangan orangperanakan. Seseorang anak perempuan yang berumur lapan tahun biasanya telah mahir dalammasak-memasak, membuat sulaman, pertukangan tangan dan menjahit. Apabila si anak telahmencapai satu tahap yang memuaskan, ibu bapanya akan menyebarkan berita bahawa merekasedang mencari bakal menantu. Biasanya, 'orang tengah' akan ditugaskan untuk mencari sebuahkeluarga lain yang juga sedang mencari pasangan hidup untuk anak lelaki mereka.http://sayangmelaka.blogspot.com/2010/11/people-baba-nyonya-community.htmlSama seperti masyarakat Melayu, adak merisik adalah perlu. Wakil dari pihak lelaki biasanyaseorang wanita tua akan pergi ke rumah pihak perempuan. Ini adalah kerana pihak lelaki inginmengetahui sama ada gadis yang hendak dipinang mempunyai budi pekerti yang baik, bersopan-santun dan pandai menguruskan rumahtangga. Jika keluarga pihak lelaki berkenan dengan calontersebut, satu rombongan meminang akan dihantr. Peminangan ini diketuai oleh 'Mueynang'.Pihak lelaki perempuan akan berunding sesama mereka. Mereka akan berbincang mengenai identitikedua-dua pengantin ini. Biasanya pertolongan seorang tukan tilik diperlukan. Butir-butir sepertitarikh lahir, masa lahir dan tahun mengikut kalendar Cina bagi kedua-dua penganting diambil kira.Misalnya, jika pengantin lelaki dilahirkan dalam Tahun Kambing manakala pengantin perempuanpula dalam Tahun Anjing, maka kedua-dua pihak akan berpendapat bahawa pasangan ini adalahtidak secocok. Kini, ia tidak lagi diamalkan oleh kebanyakan keluarga peranakan. Asalkan bakalmenantu adalah pilihan anak mereka, perkahwinan tersebut dipersetujui.http://doodooplease.blogspot.com/2010/06/baba-nyonya-facing-generation-blood.htmlApabila peminangan diterima, pihak perempuan meminta tempoh sebulan untuk menguji sama adaperkahwinan ini akan berkekalan ataupun tidak. Sepanjang tempoh ini, pinggan mangkuk, periukbelanga serta perkakas-perkakas kaca tidak boleh pecah atau jatuh. Jika ini berlaku, makaditakrifkan perkahwinan tersebut tidak akan berkekalan. Majlis naik belanja ataupun 'hari tukarcincin' akan diadakan jika tidak ada apa-apa yang berlaku dalam tempoh ujian tersebut.Pihak lelaki menyediakan separuh daripada jumlah wang hantaran yang sepatutnya diberi kepadapihak perempuan dalam majlis ini. Separuh lagi akan dijelaskan pada hari perkahwinan. Semasamajlis naik belanja ini, pihak lelaki akan menghantar dua pasang lilin, empat botol arak, daging babipanggang berserta dengan buah-buahan seperti limau dan epal. Buah-buahan ini diletakkan dalam'bakul siah' yang bertingkat-tingkat. 'Mueynang' ditugaskan untuk menghantar barangan ini ke rumahpihak perempuan. Pihak perempuan akan mengambil separuh sahaja buah-buahan yang dihantardan sepasang lilin. Dua botol air sirap dan sebungkus gula-gula akan diberi kepada pihak lelaki pula.Ini menandakan mereka amat gembira serta sukacita menerima barangan hantaran tersebut.Pertukaran cincin pun dilakukan.http://tanjungmutiara.com/2011/07/22/melaka/Perbincangan kedua-dua pihak akan diadakan bagi menentukan hari perkahwinan. Wakil pihakpengantin lelaki akan menghantar sekeping kertas merah bertulisan Cina membawa maksud dimana, waktu dan tempat majlis perkahwinan ini hendak dilangsungkan yang disertakan dengansepasang lilin. Pihak pengantin lelaki diwakili oleh lilin bergambar naga dan lilin bergambar burungmerak mewakili pihak pengantin perempuan.Sebelum majlis perkahwinan diadakan, kedua-dua pengantin mesti menjalankan upacara 'cohtau' dirumah masing-masing. Pengantin lelaki akan duduk di atas gantang beras (dibalut dengan kertasmerah) yang diletakkan di atas nyiru. Rambutnya disisir oleh seorang budak lelaki. Sementara itu,rambut pengantin perempuan di sisir oleh seorang wanita biasanya sanak-saudaranya sendiri.Kedua-dua penganting dikehendaki berpakaian serba putih. Mereka akan diberitahu bahawa merekaakan memasuki alam perkahwinan dan seharusnya dapat memjalankan tanggungjawab masing-masing.Berbagai-bagai persediaan dijalankan di rumah masing-masing terutamanya pihak pengantin lelaki.Rumah dihiasi dengan indahnya dan beraneka jenis buah-buahan serta bunga diletakkan di mejasembahyang. Upacara menyiapkan bilik pengantin di rumah pihak lelaki diadakan seminggusebelum hari perkahwinan. Seorang wanita berpengalaman dari ahli keluarga pihak lelaki akanmenjalankan upacara ini. Bunga rampai ditaburkan di tengah tilam baru. Bantal-bantal disusun danlangsir baru dipasang. Di empat penjuru katil diletakkan 'angpau'. Perkakas baru dalam bilik tersebutjuga diletakkan 'angpau'. Sepasang lampu minyak tanah dipasang dan perlu dipastikan ianya tidakpadam sehingga dua belas hari selepas perkahwinan. Bilik ini sentiasa terkunci dan hanya akandibuka untuk memastikan lampu tersebut tidak terpadam.Pada hari perkahwinan, kedua-dua pengantin akan memakai pakaian perkahwinan tradisional Babadan Nyonya yang boleh dilihat di Muzium Melaka. Pengantin lelaki akan meniaki kereta dengandiiringi oleh pengapit dan pengiringnya yang masing bujang.http://melialissa.blogspot.com/2009/08/ah-tuan-yee-baba-nyonya.htmlApabila sampai di rumah pengantin perempuan, pintu kereta pengantin lelaki dibuka oleh seorangpemuda, biasanya adik lelaki pengantin perempuan. Dia akan diberi 'angpau' oleh pengantin lelaki.Suatu jamuan ringan akan diadakan. Kedua-dua penganting akan bersembahyang dan dianggapsah sebagai suami isteri oleh ibu bapa pihak perempuan. Selepas itu mereka akan pergi ke rumahpengantin lelaki.Upacara di rumah pihak lelaki diadakan secara besar-besaran. Ia dikenali sebagai upacara'sembahyang samkai'. Adatnya pula dikenali sebagai 'Perkahwinan Tambo Seroni' kerana tiupanserunai dapat didengari di sepanjang majlis perkahwinan. Pihak keluarga pengantin lelaki akansentiasa memandang gerak-geri pengantin perempuan semasa berjalan. Setiap langkah perlu diaturdengan rapi, lambut dan 'lembut' seolah-olah pengantin perempuan tersebut sedang menari. Merekadisuruh sembahyang. Selesai sembahyang, kedua-dua pengantin memohon maaf serta dimintahalalkan segala makan minum mereka daripada kedua-dua belah ibu bapa mereka.Ini disusuli pula oleh 'adat sojah'. Di dalam adat ini kedua-dua penganting akan menjamu teh kepadasetiap ahli keluarga yang lebih tua daripada mereka. Jika mengikut tradisi, kedua-dua pengantinterpaksa melutut ketika memberi secawan teh kepada orang yang disojah. Pengantin lelaki akandibantu oleh 'pak-chi-nek' sementara pengantin perempuan pula oleh 'sang-ke-um'. Tugas merekaadalah membantu kedua-dua pengantin ketika melutut dan membangun. Ini adalah kerana setiapkali kedua-dua melutut, mesti dipastikan pakaian mereka adalah kemas dan rapi. Kadangkalakedua-dua pembantu ini mesti melakukan tugas mereka berpuluh-puluh kali kerana terdapat banyaksanak-saudara. Walau bagaimanapun pada masa ini, kedua-dua pengantin tidak lagi dipaksamelutut ketiak 'adat sojah'. Mereka dibenarkan berdiri ketika melakukannya. Biasanya orang-orangyang 'disojah' memberi 'angpau' kepada mereka. Ada juga yang memberi barang-barang kemasberupa cincin ataupun rantai.Jamuan makan perkahwinan akan diadakan pada sebelah petang. Kebanyakan orang-orang Babadan Nyonya lebih suka jamuan makan ini diadakan di rumah. Ia diadakan di rumah pengantin lelaki.Jamuan ini akan hanya dimulakan apabila ahli keluarga pengantin perempuan sampai.Pada keesokan harinya, pengantin perempuan akan menuang teh kepada kedua-dua mentuanyasebagai satu tanda bahawa dia sekarang adalah salah satu ahli keluarga tersebut dan akanmematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh keluarga itu. Adat 'dua belas hari' akan diadakan dua belas hari selapas perkahwinan. Kedua-dua pengantinakan ke rumah pengantin perempuan untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa pihakperempuan bagi merestui perkahwinan mereka. Satu jamuan diadakan di rumah pihak perempuan.Kedua-dua pengantin dijamu dengan nasi lemak bersama-sama dua belas jenis sambal. Pengantinlelaki berjanji kepada mentuanya bahawa dia akan menjaga isterinya dengan baik. Pengantin lelakiakan memberi 'angpau' kepada mentuanya sebagai tanda bahawa anak perempuan mereka kiniadalah hak miliknya. Sebagainya balasan, ibu bapa pengantin perempuan akan memberi dua ekorayam yang berbulu merah (seekor ayam jantan dan seekor ayam betina), dua batang tebu dan duabatang lilin untuk dibawa pulang bersama-sama. Kesemua barang-barang ini dibalut dengan kertasmerah. Warna merah memainkan peranan yang penting dalam majlish perkahwinan Baba danNyonya kerana warna merah dipercayai membawa tuah, kebahagian dan kerharmonian. Ini jugadipercayai oleh masyarakat Cina.Kedua-dua ekor ayam yang berbulu merah tadai dibawa balik oleh pihak pengantin lelaki dandilepaskan di bawah katil pengantin. Kononnya, jika ayam jantan yang keluar dahulu dari bawah katiltersebut, maka anak lelaki akan diperolehi oleh kedua-dua mempelai itu. Jika ayam betina yangkeluar dahulu, maka anak perempuan akan diperolehi. Adalah adat bahawa kedua-dua ekor ayamtadi tidak boleh disembelih atau dijual. Ianya hendak dipelihara selagi ada hayatnya. Jika semakinbanyak ayam tersebut membiak, maka semakin ramai anak yang akan diperolehi. Ayam-ayamtersebut dipercayai membara kemakmuran dan kebahagian kepada keturunan kedua-dua pangantintersebut.Kita dapat membuat kesimpulan bahawa adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini bukan sahajamemakan masa yang lama tetapi penuh dengan adat-istiadat. Justeru itu, ramai daripada kaumBaba dan Nyonya sekarang meringkaskan adat perkahwinan tersebut malahan ada segelintirmasyarakat ini tidak mengamalkannya lagi. Namun demikian masih ada golongan orang peranakanyang menjalankan adat perkahwinan tradisional Baba dan Nyonya kerana mereka tidak mahu adatini pupus ditelan zaman dan hanyut dibawa arus kemodenan. Ini ternyata bernar terutamanya dikalangan golongan peranakan di Melaka.CYL L6A1829 views as at 6th January 2013Posted 6th January 2013 by Orang MelakaLabels: 100 101 102 1988 67th Karya Pelajar L6A1 Optimist