Adat Resam Cina
-
Upload
cheok-e-jin-sasa -
Category
Documents
-
view
112 -
download
1
description
Transcript of Adat Resam Cina
• Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik.
• Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib.
• Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian.
• Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya.
• Pelbagai adat resam dan pantang larang
tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina
dalam aspek ini dan ia merangkumi
peringkat sewaktu mengandung dan
selepas lahir
• Pelbagai bentuk adat resam dan pantang
larang diamalkan oleh wanita masyarakat
Cina semasa mengandung dan juga
selepas bersalin untuk memastikan bayi
yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian
buruk seperti keguguran, kecacatan atau
kematian.
SEWAKTU MENGANDUNG
• Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka.
• Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami.
• Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang.
• Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.
PANTANG LARANG• Terdapat banyak pantang larang yang perlu
dipatuhi semasa mengandung dan
diantaranya ialah tidak dibenarkan
melakukan kerja-kerja seperti memaku
kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan
mengalami kecacatan. Wanita hamil juga
perlu mengawal tingkah laku seperti tidak
mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang
memukul binatang. Ini bertujuan
menghindari bayi dari terkena badi.
• Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah
bersalin.
• Sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari
supaya kandungan tidak mengalami sebarang
gangguan.
• Memberi nama kepada bayi yang belum lahir
semasa mengandung juga adalah antara pantang
larang dalam masyarakat Cina.
• Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa
bila harapan tidak tercapai.
• Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan
terlalu kerap menggosok perut mereka kerana
bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang
manja.
• Dari segi penjagaan makanan, wanita yang
hamil dilarang sama sekali makan makanan
yang �tajam� seperti nenas dan mangga
serta tidak digalakkan makan banyak kerana
ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan
membuatkan ibu sukar untuk bersalin.
• Untuk menentukan sama ada kandungan itu
lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina
melihat bentuk perut wanita yang hamil,
terutama apabila kandungan berusia empat
bulan ke atas.
• Jika perut ibu agak bulat, bayi yang dikandung
adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika
perut kelihatan tajam.
BERPANTANG• Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak
terpaksa berpantang selama empat puluh hari
hari.
• Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana
dibimbangi masuk angin.
• Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit
dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan
untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin
dan untuk mengeringkan tali pusat.
• Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah
petanda bagi masyarakat Cina.
• Anak tersebut dipercayai akan menjalani
kehidupan yang senang pada masa depan.
Manakala pusat yang tersembul dikaitkan
dengan hidup yang kurang baik.
• Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk
fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan
mengaitkan telinga yang lebar dan tebal
sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya.
• Masyarakat Cina mempercayai sekiranya
terdapat lebih daripada satu pusar di atas
kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak
mendengar kata.
• Dari segi pemakanan, masyarakat Cina
menggunakan sejenis arak yang dibuat
daripada beras yang diperam dalam
masakan mereka.
• Arak tersebut dimasukkan bersama-
sama ayam, halia dan lada,
kemudiannya digoreng.
• Masakan panas dan pedas ini
dipercayai dapat mengeluarkan angin
daripada badan wanita yang bersalin
disamping menguatkan semula
tenaga.
KENDURI• Seperti masyarakat Melayu, masyarakat
Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu
apabila bayi mencapai umur sebulan.
• Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna
merah dan kuning yang berintikan kacang
dan tau su serta telur yang diwarnai merah
kemudiannya diberikan kepada saudara-
mara yang terdekat.
• Mereka yang mendapat kuih dan telur ini
akan membalasnya dengan membawa
hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam
untuk ibu-ibu.
MENCUKUR JAMBUL• Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina
juga mengamalkan adat mencukur rambut
• Mereka mencukur rambut bayi kerana
beranggapan rambut bayi yang dilahirkan
adalah rambut sementara.
• Rambut yang tumbuh semasa dalam
kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi
rambut baru.
• Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap
kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.
MEMBERI NAMA• Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang
dimulai dengan nama keluarga.
• Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di
kalangan adik-beradik dan sanak-saudara
• . Nama ketiga pula merupakan nama bagi
panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik
perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan
Yang serta dibuat mengikut perhitungan
matematik Cina.
• Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi
perhatian dalam memberi nama bayi yang baru
lahir.
ASPEK MEMBERI NAMA:• Nama yang diberi haruslah mengandungi
maksud yang baik seperti lambang kekayaan,
kemewahan dan kesejahteraan.
• Bunyi nama mestilah sedap didengar.
• Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan
matematik iaitu angka yang terhasil tidak
bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.
• Nama yang diberikan patut mempunyai
timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat.
• Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu
emas, air, api, tanah dan kayu serta saling
melengkapi.
• Oleh yang demikian, nama seseorang bayi
harus disusun secara seimbang yang
mengandungi unsur Yin dan Yang.
Kegagalan memberikan nama yang baik
juga akan mempengaruhi perjalanan hidup
seseorang, samada akan ditimpa
kecelakaan atau mendapat kesejahteraan.
• Kerumitan orang Cina memilih nama yang
sesuai untuk seseorang bayi kadangkala
menyebabkan mereka mengambil masa
yang agak lama, khususnya bagi mereka
yang masih terikat dengan adat yang
terpaksa merujuk kepada kitab-kitab
tertentu.
• Perkahwinan dalam masyarakat Cina
merupakan satu titik tolak yang membawa
perubahan besar dalam kehidupan mereka.
• Perkahwinan penting untuk mengekalkan
institusi keluarga dan melaluinya keturunan
nenek moyang dapat diteruskan daripada satu
generasi kepada generasi yang lain.
• Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan
itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya.
• Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan
yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat
dianggap tidak sah.
• Terdapat dua bentuk perkahwinan yang
diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit
iaitu perkahwinan yang diatur samada
oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-
ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di
mana kedua-dua lelaki dan perempuan
diberi kebebasan untuk memilih
pasangan masing-masing.
• Pada asasnya adat resam perkahwiwan
masyarakat Cina merangkumi
peringkat merisik, meminang,
bertunang dan majlis perkahwinan.
• Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar
belakang gadis yang dihajati.
• Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang
nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku
si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan
perkahwinan yang berkekalan.
• Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada
lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan
kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan
keluarga si gadis.
• Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar
mengadakan perbincangan tersebut di restoran-
restoran dengan disertai saudara mara lain.
• Tradisi makan bersama ini amat
penting dalam masyarakat Cina
kerana ia dapat mengeratkan
perhubungan di antara kedua belah
keluarga. Perbincangan ketika
merisik adalah berkenaan perkara-
perkara umum terutama tentang
latar belakang keluarga dan asal
keturunan.
• Setelah kedua-dua pihak berpuas hati
dengan latar belakang keluarga masing-
masing adat meminang akan dijalankan.
• Seorang wakil dipilih untuk berkunjung
ke rumah si gadis bagi membincangkan
perkara-perkara berkaitan perkahwinan.
• Ibu pengantin pengantin perempuan
pula akan berbincang dengan wakil
tersebut berkenaan jumlah mas kahwin,
peruntukan meja dalam jamuan makan
dan memilih hari yang paling sesuai.
• Pihak lelaki tidak akan tawar menawar
kerana bimbang akan menjatuhkan maruah.
• Segala ketetapan yang telah dipersetujui,
diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak
lelaki.
• Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang
dengan anaknya untuk menyediakan segala
permintaan daripada pihak perempuan..
• Setelah kedua-dua pihak sudah saling
mengenal dan bersetuju untuk berkahwin,
barulah adat bertunang dijalankan.
• Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut.
• Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su.
• Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan.
• Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan.
• Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan .
• cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua
bakal pengantin sehingga hari perkahwinan.
• Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan
akan menyerahkan sekeping kertas merah atau
nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan
tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik.
• Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan
mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si
gadis pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-
sama maklumat yang sama tentang dirinya..
• Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang
sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat
pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor.
• Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik
membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua
pasangan.
• Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang
tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan
diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak
berkahwin.
• Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan
dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal
pengantin merangkumi adat-adat tertentu
• Hantaran dan mas kahwin lazimnya
diberi semasa upacara bertukar cincin
perkahwinan atau pada hari lain seperti
hari istiadat perkahwinan yang
diadakan di Pejabat Pendaftaran
Perkahwinan.
• Di antara hantarannya ialah sebentuk
cincin emas, sepersalinan pakaian, kain
dan wang tunai.
• Sekiranya pihak lelaki tidak
menyediakan barang hantaran yang
cukup kepada pengantin perempuan,
sejumlah besar wang tunai akan diberi.
• Beserta dengan penghantaran mas
kahwin, keluarga pengantin
perempuan diberitahu tarikh
perkahwinan dan rundingan akan
dibuat dengan pengantin perempuan.
• Dalam masyarkat Cina, semakin besar
mas kahwin yang diberikan, semakin
tinggi martabat dan kedudukan pihak
lelaki.
• Hari perkahwinan akan dilangsungkan
setelah setahun bertunang atau mengikut
tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah
pihak.
• Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya
terdapat kematian di kalangan ahli keluarga
bakal pengantin, perkahwinan itu mesti
ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun
selama seratus hari.
• Adalah tidak manis mengadakan
perkahwinan sewaktu orang lain sedang
berkabung kesedihan.
• Pada hari perkahwinan tersebut pengantin
perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat
Cina pada masa dahulu memakai pakaian
pengantin yang diperbuat daripada kain sutera
dan disulam benang emas.
• Kemudian setiap pakaian dihias dengan
pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-
baiknya bewarna putih, merah atau kuning.
Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan
kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut
melambangkan kematian dan kesedihan.
• Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang
ke rumah pengantin perempuan dan pada
masa itulah pengantin lelaki dan perempuan
akan duduk bersama buat kali pertama.
• Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-
masing.
• Seterusnya pasangan pengantin akan
didudukkan di atas pelamin yang telah
disediakan di ruang tamu.
• Selepas acara bersanding, pasangan pengantin
akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-
masing.
• Pengantin lelaki akan memperkenalkan
keluarga dan sauadara maranya
kepada isterinya dan ini begitulah
sebaliknya di samping itu juga kedua
pengantin akan meminta restu
daripada keluarga mertua masing-
masing.
• Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum
teh sangat penting dan masih diamalkan.
• Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang
mempunyai maksud yang tersendiri.
• Adat ini melambangkan penerimaan pasangan
pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si
suami di samping bertujuan untuk mengeratkan
hubungan kekeluargaan.
• Dalam upacara ini pasangan pengantin akan
memberi teh yang disediakan kepada saudara
mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat
bersanding dan upacara minum teh ini sudah
kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.
• Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan.
• Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran.
• Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin.
• Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak.
• Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.
SEMASA KEMATIAN• Apabila berlaku kematian, mayat
akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati.
• Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat.
• Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan.
• Oleh itu adalah menjadi kewajipan
masyarakat Cina menyimpan pakaian
perkahwinan untuk dipakai sewaktu
meninggal dunia.
• Si mati turut dipakaikan dengan aksesori
yang lain terutamanya wanita.
• Kemudian mayat akan dimasukkan ke
dalam keranda yang diperbuat daripada
kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya,
keranda diukir dengan bersalutkan logam.
• Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan
seseorang semasa hidupnya.
• Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, saudara-
mara dan sahabat handai dikehendaki menangis
atau meratapi pemergian si mati.
• Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila
si mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah
diusung ke kawasan perkuburan ditanam.
• Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu
diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si
mati telah membuat jasa.
• Tangisan ,mengungkit keburukan si mati dilarang
sama sekali.
• Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan tersiksa.
• Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak.
• Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina.
• Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati.
• Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan.
• Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu.
• Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan.
• Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan.
• Pada zaman dahulu masyarakat Cina mengusung mayat dengan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik .
• lazimnya ukiran tersebut mengikut status si mati. Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa.
• Namun pada zaman sekarang mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke dalam lori kecil yang dikhaskan untuk menghantar mayat ke tanah perkuburan.
• Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah.
• Tidak kurang juga mereka mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika hidup.
• Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi jenazah.
• Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.
• Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga
si mati akan memakai baju berwarna hitam.
• Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi
warna merah yang dikatakan
mempersenda si mati dan keluarganya.
• Baju yang berbunga juga dilarang dalam
upacara kematian tersebut.
• Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti
jubah hitam yang lengkap dengan topi.
• Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam.
• Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan.
• Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.