Advertorial Toshiba - Menjana...

1
Advertorial Perlunya Infrastruktur Grid Oleh kerana tenaga elektrik tidak boleh disimpan, maka tenaga perlu dijana dalam waktu sebenar untuk memenuhi keperluan. Sebab itulah perlu ada system Penghantaran dan Pembahagian (Transmission & Distribution - T&D) tenaga, untuk menyediakan bekalan tenaga yang tetap selain mengelakkan gangguan tenaga. T&D mengalihkan sebahagian besar tenaga dari loji menerusi pencawang elektrik yang menukar voltan tinggi kepada voltan rendah, dan seterusnya mengagihkan tenaga elektrik ke pusat-pusat permintaan. Aspek penting dalam menyediakan kestabilan bekalan tenaga – khususnya dalam kes bekalan tak selanjar yang kian meningkat daripada tenaga boleh diperbaharui – mewajibkan peruntukan bagi teknologi unggul seperti sistem pengurusan tenaga pintar dan penyimpanan tenaga grid untuk memastikan kestabilan. Penyelesaian Grid Pintar Toshiba menyediakan teknologi untuk menguruskan aliran tenaga elektrik secara optimum – dari rangkaian tenaga hinggalah kepada pengguna, selain menjanjikan tenaga utuh sepanjang jalan. Grid pintar menawarkan lebih sekuriti dan mutu tenaga, kos penghantaran yang lebih rendah, selain mengoptimumkan permintaan dan keefisienan tenaga. Penyelesaian ini bukan sahaja memanfaatkan teknologi digital, malah menghubungkan pembekal, pengedar dan pengguna dengan mudah. Menerajui Teknologi Dengan Kemahiran Global Sebagai peneraju global dalam penyelesaian bersepadu dan teknologi untuk sistem penghantaran dan pembahagian tenaga selama lebih 100 tahun, Toshiba merekacipta dan mengeluarkan rangkaian luas peralatan T&D seperti Alatubah, alatan suis, penahan pusuan, geganti kawalan & perlindungan grid dan sistem kawalan penyeliaan & pemerolehan data (SCADA) untuk beroperasi pada voltan ultra tinggi, sehingga 1,000kV. Pengalaman luasnya dalam pengurusan kejuruteraan projek T&D ‘Turnkey’ sepenuhnya selama lebih 30 tahun telah menghasilkan kejayaan hebat dalam projek-projek infrastruktur penting dengan voltan transmisi mencecah 800kV. Antara kejayaan globalnya selama ini termasuklah pemasangan pengubah tenaga terbesar dunia di Loji Tenaga Nuklear TEPCO Kashiwazaki hinggalah kepada pemasangan Pengubah Tertebat Gas (GIT) terbesar dunia di Pencawang Haymarket TransGrid Australia. Toshiba juga menghasilkan Meter Pintar, iaitu meter tenaga elektrik yang mampu menghimpun data tenaga dan menghantar maklumat terkini mengenai penggunaan tenaga secara automatik kepada utiliti tenaga. Selain itu, Toshiba bangga dengan pengeluaran Bateri Ion Super Cas (SCiB), iaitu bateri boleh dicas semula yang menggunakan bahan oksida baharu dengan rintangan tinggi terhadap kehilangan haba yang seringkali merupakan punca berlaku litar pintas. Saban tahun, Asia Tenggara dijulang sebagai salah satu rantau terpenting di dunia yang bakal mencatat pertumbuhan ekonomi pesat. Dengan jumlah penduduk seramai 600 juta orang, International Energy Agency (IEA) meramalkan peningkatan permintaan tenaga elektrik sebanyak 1,200 terawatt-jam dari tahun 2011 hingga 2035. Di Malaysia, infrastruktur tenaga yang bersih dan efisien turut diperlukan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan memperbaiki mutu kehidupan rakyat. Di bawah Program Transformasi Ekonomi, perbelanjaan untuk tenaga bersih dijangka mencecah RM53bilion menjelang tahun 2020. Bagi Toshiba, infrastruktur tenaga yang bersih dan efisien merupakan salah satu bidang kepakaran terasnya. Dari Stesen Tenaga Hidro Batang Ai di Sarawak hinggalah ke Stesen Tenaga Haba Tanjung Bin di Johor dan Jimah di Negeri Sembilan masing-masing, sumbangan Toshiba ke arah perkembangan industri tenaga di Malaysia telah bermula sejak lebih 30 tahun dahulu. Sehubungan dengan itu, melalui tujuh ladang solar di Pahang, Perlis, Kelantan, Negeri Sembilan dan Johor, Toshiba telah mendirikan sistem grid saling berkait, termasuk membina sistem fotovoltaik solar (PV) di Selangor. Pendekata, kepakaran Toshiba menjangkaui penjanaan tenaga; peneraju teknologi ini juga sentiasa selangkah di depan dalam membangunkan infrastruktur grid tenaga. seluruh negara. Dijangka siap dalam masa 21 bulan, rangkaian penghantaran sepanjang 196km ini mampu menampung pertumbuhan beban tenaga masa depan di Sarawak, selain mempermudahkan muatan tenaga intensif di rantau Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE), menyokong eksport tenaga ke negara-negara jiran, dan membolehkan integrasi projek-projek besar terancang generasi akan datang. Selain itu, satu lagi projek pembinaan rangkaian penghantaran 275kV Mapai ke Oya yang diterajui oleh TTDA bakal menyediakan sambungan sejauh 55km dari pencawang Mapai ke pencawang Oya di mana tenaga akan diagihkan di kawasan Sibu; satu tambahan yang dialu-alukan untuk grid tulang belakang. Seiring dengan pengurusan mutu Toshiba, sistem kejuruteraan dan polisi alam sekitar, pakar alam sekitar dan projek khusus telah dilantik untuk memastikan tapak kerja menepati semua syarat projek dan peraturan tempatan. Harapan Masa Depan Toshiba, sebagai pembekal penyelesaian tenaga, memahami aliran permintaan tenaga global yang kian meningkat. Justeru itu, Toshiba sentiasa berusaha mecari pendekatan baharu untuk membangunkan produk dan penyelesaian demi masa depan. Baru-baru ini, ia telah menerap konsep berwawasan baharu bernama “Komuniti Pintar Insan, oleh lifenology”. Dengan menggabungkan kemahiran yang dicapai daripada rangkaian luas teknologi dan perkhidmatan Toshiba, “lifenology” akan memaksimumkan mutu kehidupan dalam komuniti dan merealisasikan standard kehidupan serba baharu. T&D hadir dalam tunggak perniagaan pertama Toshiba, iaitu “Tenaga”. Untuk memenuhi wawasan “Komuniti Pintar Insan”, Toshiba akan meneruskan usaha menyerlah dan menyempurnakan perniagaan T&D dengan menggunakan teknologi pintar di Malaysia dan di serata dunia. Yang pasti, masa depan teknologi infrastruktur tenaga semestinya masa yang gemilang. Komited Demi Masa Depan Anak syarikat Toshiba, Toshiba Transmission & Distribution Systems Asia Sdn Bhd (TTDA), memegang komitmen serius terhadap tenaga kerja profesional dan kilang pengeluarannya yang terkini; dan sedia menyumbang ke arah pembangunan tenaga Malaysia sambil menyahut abad ke-21 bersama rangkaian produk dan penyelesaian teknologinya yang canggih dalam infrastruktur T&D tenaga. Toshiba menyedari peri pentingnya untuk membabitkan rakyat Malaysia dengan berkongsi wawasan globalnya dalam melahirkan komuniti sara diri; sekaligus mendorong program capaian dan kempen mencungkil bakat tempatan untuk peranan tempatan dan global demi membangun dan membabitkan mereka di dalam sektor pertumbuhan ekonomi. Wawasan dan komitmen Toshiba jelas membuktikan bahawa syarikat multinasional ini sedia menyesuaikan diri dengan suasana pasaran sambil mengongsi nilai-nilai teras dan ilmu teknologinya dalam menyediakan penyelesaian infrastruktur terbaik demi manfaat negara yang sedang berkembang. Ia juga membuktikan bahawa Toshiba merupakan entiti yang perlu disegani dalam pasaran penyelesaian tenaga global. Toshiba akan menyertai Mesyuarat & Pameran Minggu Tenaga Antarabangsa dari 27 - 29 Januari 2015 di Pusat Konvensyen Borneo di Kuching, Sarawak. Bilik kawalan SCADA (kiri) dan ruang simpanan tenaga grid SCiB (kanan) Ilustrasi sistem grid T&D Kakitangan TTDA menjalankan kerja memasang dan menguji produk. Rangkaian penghantaran 500kV dan 275kV dalam pembinaan Alatubah automatik 500/275/33kV (kiri) dan tapak Pencawang dalam pembinaan (kanan) Laman suis Pencawang 275/132kV Toshiba - Menjana Pertumbuhan Toshiba Di Malaysia Sejak tahun 1986, Toshiba Transmission & Distribution Systems Asia Sdn Bhd (TTDA), ibu pejabat serantau Toshiba untuk perniagaan T&D, telah memainkan peranan utama dalam Kejuruteraan, Teknologi dan Inovasi dalam industri tenaga. Perniagaan terasnya merangkumi: pengeluaran peralatan T&D voltan sederhana dengan rantaian bekalan global yang dikaitkan dengan kilang & anak syarikat global Toshiba, kejuruteraan projek ‘Turnkey’ sepenuhnya untuk projek infrastruktur T&D dan membekalkan penyelesaian sistem SCADA & kawalan perlindungan tenaga. Sepanjang tempoh 29 tahun di Malaysia, TTDA telah menikmati kejayaan hebat dengan para pelanggannya, daripada utiliti tenaga hinggalah kepada sektor komersial dan perindustrian. TTDA kini beribu pejabat di pangkalan pengeluaran baharunya di Petaling Jaya, Selangor dan mempunyai pejabat cawangan di Kuching, Sarawak. Menjana Pertumbuhan Nasional Toshiba, dengan sebahagian besar tenaga kerja profesional warga Malaysia di TTDA, sentiasa sedia untuk menghulurkan bantuan menerusi penyelesaian tenaga total yang unggul, menerusi infrastruktur T&D yang inovatif untuk menyalurkan tenaga dari loji kepada rakyat. Kehadiran TTDA di Malaysia adalah ketara menerusi penglibatannya dalam pelbagai projek kejuruteraan ‘Turnkey’ untuk utiliti tenaga utama serta pelbagai pelanggan komersial, pengangkutan dan perindustrian. Pengalaman syarikat membabitkan Pencawang Voltan Tinggi 275kV, 132kV dan Pencawang Voltan Sederhana 33kV, 11kV termasuklah Alatubah, alatan suis, peralatan sampingan dan kerja-kerja awam berkaitan di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak. TTDA juga menghasil dan membekalkan Alatan Suis Voltan Sederhana 33kV, 24kV dan 11kV, Pencawang Padat & Bergerak dan Panel Geganti Kawalan untuk pasaran Malaysia dan luar negara seperti Australia, Oman, Kuwait, Singapura, Indonesia, Thailand dan Kambodia. Persepaduan sistem sepenuhnya untuk penyelesaian Grid Pintar Toshiba turut disediakan di mana ia membekal, menghantar, memasang, menguji dan mentauliahkan Sistem SCADA Unit Terminal Jauh di Malaysia dan pasaran luar negara lain termasuklah negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Brunei Darussalam. Di tengah-tengah skim pembangunan besar-besaran Malaysia untuk tenaga boleh diperbaharui di Sarawak, TTDA sedang menerajui sebuah projek untuk membina Sistem Grid Penghantaran Tulang Belakang 500kV yang bakal memperkukuhkan grid negeri Sarawak 275kV sedia ada. Buat masa ini pembangunan rangkaian penghantaran 500kV Similajau ke Mapai ini merupakan projek rangkaian penghantaran terpanjang dan terbesar di Malaysia, di mana 500kV adalah tahap voltan tertinggi pernah digunakan di SMART METER kWh SMART METER kWh SMART METER kWh THERMAL POWER PLANT RESIDENTIAL ADVANCED METERING INFRASTRUCTURE (AMI) INDUSTRIAL COMMERCIAL TRANSPORTATION SOLAR POWER WIND POWER GRID ENERGY STORAGE TRANSMISSION SUBSTATION POWER PLANT SUBSTATION DISTRIBUTION SUBSTATION SUB DISTRIBUTION SUBSTATION Protection, Control & Automation SMART METER kWh SCiB Wawasan Komuniti Pintar Insan Toshiba Illustration of a Transmission and Distribution Grid System

Transcript of Advertorial Toshiba - Menjana...

Page 1: Advertorial Toshiba - Menjana Pertumbuhanasia.toshiba.com/wp-content/uploads/2016/04/AST13135-Transmission... · pencawang elektrik yang menukar voltan tinggi kepada voltan rendah,

Advertorial

Perlunya Infrastruktur GridOleh kerana tenaga elektrik tidak boleh disimpan, maka tenaga perlu dijana dalam waktu sebenar untuk memenuhi keperluan. Sebab itulah perlu ada system Penghantaran dan Pembahagian (Transmission & Distribution - T&D) tenaga, untuk menyediakan bekalan tenaga yang tetap selain mengelakkan gangguan tenaga.

T&D mengalihkan sebahagian besar tenaga dari loji menerusi pencawang elektrik yang menukar voltan tinggi kepada voltan rendah, dan seterusnya mengagihkan tenaga elektrik ke pusat-pusat permintaan. Aspek penting dalam menyediakan kestabilan bekalan tenaga – khususnya dalam kes bekalan tak selanjar yang kian meningkat daripada tenaga boleh diperbaharui – mewajibkan peruntukan bagi teknologi unggul seperti sistem pengurusan tenaga pintar dan penyimpanan tenaga grid untuk memastikan kestabilan.

Penyelesaian Grid Pintar Toshiba menyediakan teknologi untuk menguruskan aliran tenaga elektrik secara optimum – dari rangkaian tenaga hinggalah kepada pengguna, selain menjanjikan tenaga utuh sepanjang jalan. Grid pintar menawarkan lebih sekuriti dan mutu tenaga, kos penghantaran yang lebih rendah, selain mengoptimumkan permintaan dan keefisienan tenaga. Penyelesaian ini bukan sahaja memanfaatkan teknologi digital, malah menghubungkan pembekal, pengedar dan pengguna dengan mudah.

Menerajui Teknologi Dengan Kemahiran Global Sebagai peneraju global dalam penyelesaian bersepadu dan teknologi untuk sistem penghantaran dan pembahagian tenaga selama lebih 100 tahun, Toshiba merekacipta dan mengeluarkan rangkaian luas peralatan T&D seperti Alatubah, alatan suis, penahan pusuan, geganti kawalan & perlindungan grid dan sistem kawalan penyeliaan & pemerolehan data (SCADA) untuk beroperasi pada voltan ultra tinggi, sehingga 1,000kV. Pengalaman luasnya dalam pengurusan kejuruteraan projek T&D ‘Turnkey’ sepenuhnya selama lebih 30 tahun telah menghasilkan kejayaan hebat dalam projek-projek infrastruktur penting dengan voltan transmisi mencecah 800kV.

Antara kejayaan globalnya selama ini termasuklah pemasangan pengubah tenaga terbesar dunia di Loji Tenaga Nuklear TEPCO Kashiwazaki hinggalah kepada pemasangan Pengubah Tertebat Gas (GIT) terbesar dunia di Pencawang Haymarket TransGrid Australia. Toshiba juga menghasilkan Meter Pintar, iaitu meter tenaga elektrik yang mampu menghimpun data tenaga dan menghantar maklumat terkini mengenai penggunaan tenaga secara automatik kepada utiliti tenaga. Selain itu, Toshiba bangga dengan pengeluaran Bateri Ion Super Cas (SCiB), iaitu bateri boleh dicas semula yang menggunakan bahan oksida baharu dengan rintangan tinggi terhadap kehilangan haba yang seringkali merupakan punca berlaku litar pintas.

Saban tahun, Asia Tenggara dijulang sebagai salah satu rantau terpenting di dunia yang bakal mencatat pertumbuhan ekonomi pesat. Dengan jumlah penduduk seramai 600 juta orang, International Energy Agency (IEA) meramalkan peningkatan permintaan tenaga elektrik sebanyak 1,200 terawatt-jam dari tahun 2011 hingga 2035.

Di Malaysia, infrastruktur tenaga yang bersih dan efisien turut diperlukan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan memperbaiki mutu kehidupan rakyat. Di bawah Program Transformasi Ekonomi, perbelanjaan untuk tenaga bersih dijangka mencecah RM53bilion menjelang tahun 2020.

Bagi Toshiba, infrastruktur tenaga yang bersih dan efisien merupakan salah satu bidang kepakaran terasnya. Dari Stesen Tenaga Hidro Batang Ai di Sarawak hinggalah ke Stesen Tenaga Haba Tanjung Bin di Johor dan Jimah di Negeri Sembilan masing-masing, sumbangan Toshiba ke arah perkembangan industri tenaga di Malaysia telah bermula sejak lebih 30 tahun dahulu.

Sehubungan dengan itu, melalui tujuh ladang solar di Pahang, Perlis, Kelantan, Negeri Sembilan dan Johor, Toshiba telah mendirikan sistem grid saling berkait, termasuk membina sistem fotovoltaik solar (PV) di Selangor. Pendekata, kepakaran Toshiba menjangkaui penjanaan tenaga; peneraju teknologi ini juga sentiasa selangkah di depan dalam membangunkan infrastruktur grid tenaga.

seluruh negara. Dijangka siap dalam masa 21 bulan, rangkaian penghantaran sepanjang 196km ini mampu menampung pertumbuhan beban tenaga masa depan di Sarawak, selain mempermudahkan muatan tenaga intensif di rantau Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE), menyokong eksport tenaga ke negara-negara jiran, dan membolehkan integrasi projek-projek besar terancang generasi akan datang.

Selain itu, satu lagi projek pembinaan rangkaian penghantaran 275kV Mapai ke Oya yang diterajui oleh TTDA bakal menyediakan sambungan sejauh 55km dari pencawang Mapai ke pencawang Oya di mana tenaga akan diagihkan di kawasan Sibu; satu tambahan yang dialu-alukan untuk grid tulang belakang. Seiring dengan pengurusan mutu Toshiba, sistem kejuruteraan dan polisi alam sekitar, pakar alam sekitar dan projek khusus telah dilantik untuk memastikan tapak kerja menepati semua syarat projek dan peraturan tempatan.

Harapan Masa DepanToshiba, sebagai pembekal penyelesaian tenaga, memahami aliran permintaan tenaga global yang kian meningkat. Justeru itu, Toshiba sentiasa berusaha mecari pendekatan baharu untuk membangunkan produk dan penyelesaian demi masa depan. Baru-baru ini, ia telah menerap konsep berwawasan baharu bernama “Komuniti Pintar Insan, oleh lifenology”.

Dengan menggabungkan kemahiran yang dicapai daripada rangkaian luas teknologi dan perkhidmatan Toshiba, “lifenology” akan memaksimumkan mutu kehidupan dalam komuniti dan merealisasikan standard kehidupan serba baharu.

T&D hadir dalam tunggak perniagaan pertama Toshiba, iaitu “Tenaga”. Untuk memenuhi wawasan “Komuniti Pintar Insan”, Toshiba akan meneruskan usaha menyerlah dan menyempurnakan perniagaan T&D dengan menggunakan teknologi pintar di Malaysia dan di serata dunia. Yang pasti, masa depan teknologi infrastruktur tenaga semestinya masa yang gemilang.

Komited Demi Masa DepanAnak syarikat Toshiba, Toshiba Transmission & Distribution Systems Asia Sdn Bhd (TTDA), memegang komitmen serius terhadap tenaga kerja profesional dan kilang pengeluarannya yang terkini; dan sedia menyumbang ke arah pembangunan tenaga Malaysia sambil menyahut abad ke-21 bersama rangkaian produk dan penyelesaian teknologinya yang canggih dalam infrastruktur T&D tenaga.

Toshiba menyedari peri pentingnya untuk membabitkan rakyat Malaysia dengan berkongsi wawasan globalnya dalam melahirkan komuniti sara diri; sekaligus mendorong program capaian dan kempen mencungkil bakat tempatan untuk peranan tempatan dan global demi membangun dan membabitkan mereka di dalam sektor pertumbuhan ekonomi.

Wawasan dan komitmen Toshiba jelas membuktikan bahawa syarikat multinasional ini sedia menyesuaikan diri dengan suasana pasaran sambil mengongsi nilai-nilai teras dan ilmu teknologinya dalam menyediakan penyelesaian infrastruktur terbaik demi manfaat negara yang sedang berkembang. Ia juga membuktikan bahawa Toshiba merupakan entiti yang perlu disegani dalam pasaran penyelesaian tenaga global.

Toshiba akan menyertai Mesyuarat & Pameran Minggu Tenaga Antarabangsa dari 27 - 29 Januari 2015 di Pusat Konvensyen Borneo di Kuching, Sarawak.

Bilik kawalan SCADA (kiri) dan ruang simpanan tenaga grid SCiB (kanan)

Ilustrasi sistem grid T&D

Kakitangan TTDA menjalankan kerja memasang dan menguji produk.

Rangkaian penghantaran 500kV dan 275kV dalam pembinaan

Alatubah automatik 500/275/33kV (kiri) dan tapak Pencawangdalam pembinaan (kanan)

Laman suis Pencawang 275/132kV

Toshiba - Menjana Pertumbuhan

Toshiba Di MalaysiaSejak tahun 1986, Toshiba Transmission & Distribution Systems Asia Sdn Bhd (TTDA), ibu pejabat serantau Toshiba untuk perniagaan T&D, telah memainkan peranan utama dalam Kejuruteraan, Teknologi dan Inovasi dalam industri tenaga. Perniagaan terasnya merangkumi: pengeluaran peralatan T&D voltan sederhana dengan rantaian bekalan global yang dikaitkan dengan kilang & anak syarikat global Toshiba, kejuruteraan projek ‘Turnkey’ sepenuhnya untuk projek infrastruktur T&D dan membekalkan penyelesaian sistem SCADA & kawalan perlindungan tenaga. Sepanjang tempoh 29 tahun

di Malaysia, TTDA telah menikmati kejayaan hebat dengan para pelanggannya, daripada utiliti tenaga hinggalah kepada sektor komersial dan perindustrian. TTDA kini beribu pejabat di pangkalan pengeluaran baharunya di Petaling Jaya, Selangor dan mempunyai pejabat cawangan di Kuching, Sarawak.

Menjana Pertumbuhan NasionalToshiba, dengan sebahagian besar tenaga kerja profesional warga Malaysia di TTDA, sentiasa sedia untuk menghulurkan bantuan menerusi penyelesaian tenaga total yang unggul, menerusi infrastruktur T&D yang inovatif untuk menyalurkan tenaga dari loji kepada rakyat.

Kehadiran TTDA di Malaysia adalah ketara menerusi penglibatannya dalam pelbagai projek kejuruteraan ‘Turnkey’ untuk utiliti tenaga utama serta pelbagai pelanggan komersial, pengangkutan dan perindustrian. Pengalaman syarikat membabitkan Pencawang Voltan Tinggi 275kV, 132kV dan Pencawang Voltan Sederhana 33kV, 11kV termasuklah Alatubah, alatan suis, peralatan sampingan dan kerja-kerja awam berkaitan di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak. TTDA juga menghasil dan membekalkan Alatan Suis Voltan Sederhana 33kV, 24kV dan 11kV, Pencawang Padat & Bergerak dan Panel Geganti Kawalan untuk pasaran Malaysia dan luar negara seperti Australia, Oman, Kuwait, Singapura, Indonesia, Thailand dan Kambodia.

Persepaduan sistem sepenuhnya untuk penyelesaian Grid Pintar Toshiba turut disediakan di mana ia membekal, menghantar, memasang, menguji dan mentauliahkan Sistem SCADA Unit Terminal Jauh di Malaysia dan pasaran luar negara lain termasuklah negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Brunei Darussalam.

Di tengah-tengah skim pembangunan besar-besaran Malaysia untuk tenaga boleh diperbaharui di Sarawak, TTDA sedang menerajui sebuah projek untuk membina Sistem Grid Penghantaran Tulang Belakang 500kV yang bakal memperkukuhkan grid negeri Sarawak 275kV sedia ada. Buat masa ini pembangunan rangkaian penghantaran 500kV Similajau ke Mapai ini merupakan projek rangkaian penghantaran terpanjang dan terbesar di Malaysia, di mana 500kV adalah tahap voltan tertinggi pernah digunakan di

SMART

METERkWh

SMART

METERkWh

SMART

METERkWh

THERMALPOWER PLANT

RESIDENTIAL

ADVANCED METERINGINFRASTRUCTURE (AMI)

INDUSTRIAL

COMMERCIAL

TRANSPORTATION

SOLARPOWERWIND

POWERGRID ENERGY

STORAGE

TRANSMISSIONSUBSTATION

POWER PLANTSUBSTATION

DISTRIBUTIONSUBSTATION

SUB DISTRIBUTIONSUBSTATION

Protection, Control & Automation

SMART

METERkWh

SCiB

Wawasan Komuniti Pintar Insan Toshiba

Illustration of a Transmission and Distribution Grid System