AGAMA.docx

9
Nama : Bella Pradita Sari Kelas: XI IIS 3 JENIS-JENIS RIBA Ulama mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali membahagikan riba kepada 2 jenis iaitu riba al-fadl dan riba al-nasi’ah. Sementara mazhab Syafie membahagikan riba kepada 3 jenis iaitu riba al-fadl, riba al-nasi’ah dan riba al-yad. Walau bagaimanapun riba al-yad telah pun termasuk ke dalam riba al-fadl Untuk pembahagian yang lebih jelas dan menyeluruh untuk difahami adalah seperti berikut. 2.3.1 Riba al-duyun (pinjam dan hutang) Riba al-duyun terhasil daripada kadar lebihan faedah (riba) yang berpunca daripada tempoh, samada tempoh pemberian pinjaman mata wang atau manfaat sesuatu asset. Asas kepada riba jenis ini adalah hadis Nabi SAW: (setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat (bagi pemberi pinjam) maka ia adalah riba) Riba jenis ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu riba jahiliah dan riba al-Qard 1) Riba al-jahiliyyah Riba jahiliyyah ialah lebihan yang dikenakan ke atas hutang yang tidak mampu untuk dilunaskan dalam tempoh yang telah dipersetujui. Dalam

Transcript of AGAMA.docx

Page 1: AGAMA.docx

Nama : Bella Pradita Sari

Kelas: XI IIS 3

JENIS-JENIS RIBA

Ulama mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali membahagikan riba kepada 2 jenis iaitu riba al-fadl dan riba

al-nasi’ah. Sementara mazhab Syafie membahagikan riba kepada 3 jenis iaitu riba al-fadl, riba al-nasi’ah

dan riba al-yad. Walau bagaimanapun riba al-yad telah pun termasuk ke dalam riba al-fadl Untuk

pembahagian yang lebih jelas dan menyeluruh untuk difahami adalah seperti berikut.

2.3.1 Riba al-duyun (pinjam dan hutang)

Riba al-duyun terhasil daripada kadar lebihan faedah (riba) yang berpunca daripada tempoh, samada

tempoh pemberian pinjaman mata wang atau manfaat sesuatu asset. Asas kepada riba jenis ini adalah

hadis Nabi SAW:

(setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat (bagi pemberi pinjam) maka ia adalah riba)

Riba jenis ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu riba jahiliah dan riba al-Qard

1) Riba al-jahiliyyah

Riba jahiliyyah ialah lebihan yang dikenakan ke atas hutang yang tidak mampu untuk dilunaskan dalam

tempoh yang telah dipersetujui. Dalam keadaan ini, si pemberi hutang akan melanjutkan tempoh

pembayaran balik hutang dengan mengenakan caj tambahan. Caj tambahan ini biasanya dikenali sebagai

bunga atau faedah dan ini adalah riba. Riba jenis ini boleh berlaku dalam pinjaman dan dalam hutang. 1

[1]Riba jahiliah amat popular pada zaman Rasulullah SAW dan ianya berterusan diamalkan di zaman

baginda sehinggalah Baginda mengharamkannya pada haji wida

(Ketahuilah, semua jenis riba telah dihancurkan, dan riba yang pertama aku hancurkan adalah riba yang

bapa saudaraku abbas bin abdul muttalib, semuanya kini telah dihancurkan.- Ibn Hibban, Tirmizi)2[2]

2) Riba al-Qard

12

Page 2: AGAMA.docx

Riba al-Qard ialah kadar atau sebarang manfaat tambahan yang lebih daripada jumlah pinjaman pokok

yang mana ianya disyaratkan di awal kontrak pinjaman, yang dikenakan oleh pemberi pinjaman kepada

peminjam.3[3] Contohnya Ali meminjamkan wang kepada Amad sebanyak RM2000 dengan syarat Amad

mestilah membayar kebali dengan nilai RM2500.

2.3.1 Riba al-Buyuc

Riba jenis ini lahir daripada ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran 2 item riba, penukarannya

dibuat secara tangguh4[4]

1) Riba al-nasa’ /al-nasi’ah

Riba nasi’ah ialah jual beli yang melibatkan item riba dengan cara tangguh dan kedua-duanya mempunyai

illah yang sama. Hukum ini melibatkan semua tukaran samada barangan tersebut sama jenis atau jenis

yang berbeza, samada wujud bayaran tambahan atau tidak.5[5]

Riba jenis ini amat popular di kalangan masyarakat jahiliah. Riba ini berlaku apabila seseorang

lelaki memberikan sejumlah hutang kepada seorang yang lain untuk satu tempoh masa contohnya selama

12 bulan. Dalam masa yang sama diletakkan syarat jika dalam tempoh 12 bulan seorang yang berhutang

itu tidak mampu untuk menjelaskannya, tempoh masa akan dilanjutkan mungkin selama 6 bulan dengan

bayaran tambahan6[6]

Kata Ibn Jarir al-Tabariy: sesungguhnya seorang lelaki pada zaman jahiliah mempunyai sejumlah

hutang ke atas seorang lelaki yang lain. Apabila sampai tempohnya lelaki pemiutang ini akan meminta

hutangnya. Namun lelaki yang berhutang ini tidak mampu untuk menjelaskannya lalu meminta

dilanjutkan tempoh pembayarannya sambil berjanji untuk membayarnya kembali berserta kadar lebihan

(bunga) dan lelaki pemiutang itu bersetuju. Inilah riba yang berlipat ganda( adaafan mudaafah) lalu Allah

mengharamkannya 7[7]

Para ulama telah sepakat bahawa transaksi jual beli secara bertangguh yang melibatkan item riba

dan mempunyai illah yang sama termasuk dalam kategori riba al-nasi’ah. Secara ringkasnya setiap

transaksi jual beli akan termasuk ke dalam riba jenis ini apabila terdapat 2 perkara:8[8]

1) jualan dilaksanakan secara tangguh

2) kedua-dua barangan yang dijual beli terdiri daripada item riba yang mempunyai illah yang sama

samada barangan tersebut sama jenis atau pun tidak, samada diketahui sukatan atau pun tidak.

345678

Page 3: AGAMA.docx

Contohnya pertukaran di antara emas dengan emas secara tangguh. Keduanya merupakan item riba dan

mempunyai illah yang sama. Sebarang penangguhan dalam transaksi ini menyebabkan berlakunya riba al-

nasi’ah

Contoh lain ialah menjual 5 gram emas dengan harga RM2000 secara tunai atau RM3800 secara tangguh.

2) Riba al-Fadl

Riba al-Fadl ialah riba yang berlaku apabila berlaku jual beli barangan yang sama jenis dengan tambahan

atau lebihan yang berbeza. Contohnya menjual 1kg gandum Mesir dengan 2kg gandum Syria. Riba al-

Fadl melibatkan barangan riba yang sama jenis dengan kadar berat yang berbeza jika jenis dijual secara

timbang dan kuantiti jika barangan jenis dijual secara kuantiti. Unsur riba iaitu bayaran tambahan atau

lebihan yang terdapat dalam transaksi muamalat ini amat jelas.9[9]

Transaksi ini jelas haram dan dilarang sama sekali. Ianya berdasarkan hadis Nabi SAW yang

bermaksud:

(Janganlah kamu menjual emas dengan emas kecuali sama dengan sama, dan janganlah kamu melebihkan

sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Janganlah kamu menjual perak dengan perrak kecuali sama

dengan sama, dan janganlah kamu melebihkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain-riwayat Bukhari)

Dalam satu lagi hadis Baginda SAW:

(Bilal datang menemui Nabi SAW dengan membawa tamar Barni (sejenis tamar yang bermutu tinggi).

Lalu Nabi SAW bertanya “Dari manakah tamar ini?” jawab Bilal “Pada asalnya kami mempunyai tamar

yang tidak elok, lalu saya jual 2 gantang tamar itu dengan segantang tamar yang elok ini, untuk kami beri

kepada Nabi SAW. Lantas Nabi SAW bersabda “Oh! Oh! (menunjukkan dukacitanya)! Itulah riba yang

sebenarnya. Itulah riba yang sebenarnya. Janganlah kamu lakukan”- riwayat Bukhari)

Hukum haram ini tidak mengambil kira mutu barangan kerana hadis tersebut bersifat umum. Ia

juga tidak mengambil kira bentuk barangan tersebut. Jika penjual emas menjual emas yang telah dibentuk

menjadi acuan tertentu, penjual perlu memastikan kedua-dua emas tersebut mestilah sama dari segi

berat.10[10]

Riba Jahiliyah

Utang dibayar lebih dari pokoknya, karena si peminjam tidak mampu membayar hutangnya

pada waktu yang ditentukan.

Nama : Ninami Mayuka

Kelas : XI IIS 3

910

Page 4: AGAMA.docx

JENIS-JENIS RIBA

Ulama mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali membahagikan riba kepada 2 jenis iaitu riba al-fadl dan riba

al-nasi’ah. Sementara mazhab Syafie membahagikan riba kepada 3 jenis iaitu riba al-fadl, riba al-nasi’ah

dan riba al-yad. Walau bagaimanapun riba al-yad telah pun termasuk ke dalam riba al-fadl Untuk

pembahagian yang lebih jelas dan menyeluruh untuk difahami adalah seperti berikut.

2.3.1 Riba al-duyun (pinjam dan hutang)

Riba al-duyun terhasil daripada kadar lebihan faedah (riba) yang berpunca daripada tempoh, samada

tempoh pemberian pinjaman mata wang atau manfaat sesuatu asset. Asas kepada riba jenis ini adalah

hadis Nabi SAW:

(setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat (bagi pemberi pinjam) maka ia adalah riba)

Riba jenis ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu riba jahiliah dan riba al-Qard

1) Riba al-jahiliyyah

Riba jahiliyyah ialah lebihan yang dikenakan ke atas hutang yang tidak mampu untuk dilunaskan dalam

tempoh yang telah dipersetujui. Dalam keadaan ini, si pemberi hutang akan melanjutkan tempoh

pembayaran balik hutang dengan mengenakan caj tambahan. Caj tambahan ini biasanya dikenali sebagai

bunga atau faedah dan ini adalah riba. Riba jenis ini boleh berlaku dalam pinjaman dan dalam hutang. 11

[1]Riba jahiliah amat popular pada zaman Rasulullah SAW dan ianya berterusan diamalkan di zaman

baginda sehinggalah Baginda mengharamkannya pada haji wida

(Ketahuilah, semua jenis riba telah dihancurkan, dan riba yang pertama aku hancurkan adalah riba yang

bapa saudaraku abbas bin abdul muttalib, semuanya kini telah dihancurkan.- Ibn Hibban, Tirmizi)12[2]

2) Riba al-Qard

Riba al-Qard ialah kadar atau sebarang manfaat tambahan yang lebih daripada jumlah pinjaman pokok

yang mana ianya disyaratkan di awal kontrak pinjaman, yang dikenakan oleh pemberi pinjaman kepada

1112

Page 5: AGAMA.docx

peminjam.13[3] Contohnya Ali meminjamkan wang kepada Amad sebanyak RM2000 dengan syarat

Amad mestilah membayar kebali dengan nilai RM2500.

2.3.1 Riba al-Buyuc

Riba jenis ini lahir daripada ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran 2 item riba, penukarannya

dibuat secara tangguh14[4]

1) Riba al-nasa’ /al-nasi’ah

Riba nasi’ah ialah jual beli yang melibatkan item riba dengan cara tangguh dan kedua-duanya mempunyai

illah yang sama. Hukum ini melibatkan semua tukaran samada barangan tersebut sama jenis atau jenis

yang berbeza, samada wujud bayaran tambahan atau tidak.15[5]

Riba jenis ini amat popular di kalangan masyarakat jahiliah. Riba ini berlaku apabila seseorang

lelaki memberikan sejumlah hutang kepada seorang yang lain untuk satu tempoh masa contohnya selama

12 bulan. Dalam masa yang sama diletakkan syarat jika dalam tempoh 12 bulan seorang yang berhutang

itu tidak mampu untuk menjelaskannya, tempoh masa akan dilanjutkan mungkin selama 6 bulan dengan

bayaran tambahan16[6]

Kata Ibn Jarir al-Tabariy: sesungguhnya seorang lelaki pada zaman jahiliah mempunyai sejumlah

hutang ke atas seorang lelaki yang lain. Apabila sampai tempohnya lelaki pemiutang ini akan meminta

hutangnya. Namun lelaki yang berhutang ini tidak mampu untuk menjelaskannya lalu meminta

dilanjutkan tempoh pembayarannya sambil berjanji untuk membayarnya kembali berserta kadar lebihan

(bunga) dan lelaki pemiutang itu bersetuju. Inilah riba yang berlipat ganda( adaafan mudaafah) lalu Allah

mengharamkannya 17[7]

Para ulama telah sepakat bahawa transaksi jual beli secara bertangguh yang melibatkan item riba

dan mempunyai illah yang sama termasuk dalam kategori riba al-nasi’ah. Secara ringkasnya setiap

transaksi jual beli akan termasuk ke dalam riba jenis ini apabila terdapat 2 perkara:18[8]

1) jualan dilaksanakan secara tangguh

2) kedua-dua barangan yang dijual beli terdiri daripada item riba yang mempunyai illah yang sama

samada barangan tersebut sama jenis atau pun tidak, samada diketahui sukatan atau pun tidak.

131415161718

Page 6: AGAMA.docx

Contohnya pertukaran di antara emas dengan emas secara tangguh. Keduanya merupakan item riba dan

mempunyai illah yang sama. Sebarang penangguhan dalam transaksi ini menyebabkan berlakunya riba al-

nasi’ah

Contoh lain ialah menjual 5 gram emas dengan harga RM2000 secara tunai atau RM3800 secara tangguh.

2) Riba al-Fadl

Riba al-Fadl ialah riba yang berlaku apabila berlaku jual beli barangan yang sama jenis dengan tambahan

atau lebihan yang berbeza. Contohnya menjual 1kg gandum Mesir dengan 2kg gandum Syria. Riba al-

Fadl melibatkan barangan riba yang sama jenis dengan kadar berat yang berbeza jika jenis dijual secara

timbang dan kuantiti jika barangan jenis dijual secara kuantiti. Unsur riba iaitu bayaran tambahan atau

lebihan yang terdapat dalam transaksi muamalat ini amat jelas.19[9]

Transaksi ini jelas haram dan dilarang sama sekali. Ianya berdasarkan hadis Nabi SAW yang

bermaksud:

(Janganlah kamu menjual emas dengan emas kecuali sama dengan sama, dan janganlah kamu melebihkan

sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Janganlah kamu menjual perak dengan perrak kecuali sama

dengan sama, dan janganlah kamu melebihkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain-riwayat Bukhari)

Dalam satu lagi hadis Baginda SAW:

(Bilal datang menemui Nabi SAW dengan membawa tamar Barni (sejenis tamar yang bermutu tinggi).

Lalu Nabi SAW bertanya “Dari manakah tamar ini?” jawab Bilal “Pada asalnya kami mempunyai tamar

yang tidak elok, lalu saya jual 2 gantang tamar itu dengan segantang tamar yang elok ini, untuk kami beri

kepada Nabi SAW. Lantas Nabi SAW bersabda “Oh! Oh! (menunjukkan dukacitanya)! Itulah riba yang

sebenarnya. Itulah riba yang sebenarnya. Janganlah kamu lakukan”- riwayat Bukhari)

Hukum haram ini tidak mengambil kira mutu barangan kerana hadis tersebut bersifat umum. Ia

juga tidak mengambil kira bentuk barangan tersebut. Jika penjual emas menjual emas yang telah dibentuk

menjadi acuan tertentu, penjual perlu memastikan kedua-dua emas tersebut mestilah sama dari segi

berat.20[10]

1920