Agen Penyebaran Biji Benih

6
AGEN PENYEBARAN BIJI BENIH Tumbuhan memerlukan agen untuk menyebarkan biji benihnya. Biji benih perlu disebarkan untuk menggelakkan berlakunya persaingan di antara anak-anak pokok. Terdapat 4 agen penyebaran biji benih iaitu melalui

description

sains

Transcript of Agen Penyebaran Biji Benih

Page 1: Agen Penyebaran Biji Benih

AGEN PENYEBARAN BIJI BENIH

Tumbuhan memerlukan agen untuk menyebarkan biji benihnya. Biji benih perlu disebarkan untuk menggelakkan berlakunya persaingan di antara anak-anak pokok.

Terdapat 4 agen penyebaran biji benih iaitu melalui haiwan / serangga, air, angin dan mekanisme letupan.

Page 2: Agen Penyebaran Biji Benih

Agen Penyebaran Haiwan / SeranggaBiji benih yang disebarkan melalui kaedah ini mempunyai beberapa ciri iaitu :-

1) Mempunyai biji benih yang kecil dan keras2) Bau yang harum3) Rasa yang sedap4) Mempunyai cangkuk5) Mempunyai warna yang menarik

Contoh biji benih ialah rambutan, betik, durian, manggis, cili, kemuncup dan lain-lain lagi.

BETIK MANGGIS CILI

KEMUNCUP MANGGA DURIAN

RAMBUTAN

Page 3: Agen Penyebaran Biji Benih

Agen Penyebaran Melalui AirBiji benih yang disebarkan melalui kaedah ini mempunyai beberapa ciri iaitu :-

1) Bersabut2) Boleh terapung dipermukaan air3) Mempunyai rongga udara4) Kulit berlilin5) Habitat tumbuhan berhampiran air6) Mempunyai kulit yang kalis air

Contoh ialah buah pong-pong, pinang, kelapa, teratai, keladi dan kiambang

TERATAI KELAPA PONG-PONG

KELADI PINANG KIAMBANG

Page 4: Agen Penyebaran Biji Benih

Agen Penyebaran Melalui AnginBiji benih yang disebarkan melalui kaedah ini mempunyai beberapa ciri iaitu :-

1) Mempunyai kepak dan struktur seperti sayap2) Ringan dan mudah diterbangkan oleh angin3) Berbulu

Contoh ialah biji buah meranti, angsana, lalang dan dandelion dan kapas

KAPAS DENDELION ANGSANA

KEKABU LALANG MERANTI

Page 5: Agen Penyebaran Biji Benih

Agen Penyebaran Mekanisme LetupanBiji benih yang disebarkan melalui kaedah ini mempunyai beberapa ciri iaitu :-

1) Mempunyai kulit luar yang merekah apabila matang

Contohnya ialah keembong, getah, saga, bendi, jering, petai, dan lain-lain lagi.

PETAI SAGA JERING

KACANG PANJANG BENDI KEEMBONG

KACANG BOTOL BIJI GETAH