Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah
-
Upload
sherly-jewinly -
Category
Education
-
view
23.571 -
download
16
Transcript of Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah
AGENDA MESYUARAT DAN
CONTOH LENGKAP CATATAN MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH
Sherly Jewinly950922-12-6662
3 PISMP RBTIPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
SOALAN:
Sebagai Setiausaha Panitia sejarah, susun agenda
mesyuarat Panitia Sejarah dan sediakan sebuah
contoh catatan minit mesyuarat Panitia Sejarah
yang lengkap.
DEFINISI:Mesyuarat
Sebentuk komunikasi formal yang dilakukan dalam sesuatu
pertubuhan yang bertujuan untuk membuat sesuatu
keputusan atau menyelesaikan sebarang masalah berbangkit.
(Omardin Ashaari, 1996)
TUJUAN MESYUARAT
Cara paling berkesan untuk
menyelesaikan tugas dan
masalah berkaitan dengan
organisasi atau persatuan.
Contoh; membincangkan cara
mencari dana untuk aktiviti
persatuan.
Menyebarkan maklumat dan
rancangan baharu kepada
masyarakat atau ahli secara
khususnya.
Perlu diadakan bagi membuat
sesuatu keputusan atau mandat
penting yang berkaitan dengan
organisasi atau persatuan.
Bagi merancang sesuatu strategi
dan program atau untuk
mendapatkan idea-idea baharu
bagi melaksanakan aktiviti
(Ab. Halim Ab. Rahim, 2004)
JENIS-JENIS MESYUARAT
Mesyuarat agung tahunan
Mesyuarat agung tergempar
Mesyuarat jawatankuasa
kerja
Mesyuarat jawatankuasa
kecil/biro
JENIS-JENIS
MESYUARAT
MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN
• Mesyuarat ini
membincangkan
mengenai persatuan
secara menyeluruh dan
melaksanakan pemilihan
ahli jawatankuasa kerja
yang baharu.
MESYUARAT
JAWATANKUASA KERJA
• Agenda mesyuarat
biasanya berkaitan
dengan aktiviti,
perkembangan,
pengurusan, dan
pentadbiran persatuan
(ROSSA CALLA, 2014)
JENIS-JENIS MESYUARAT
MESYUARAT AGUNG TERGEMPAR
• Mesyuarat yang memerlukan keputusan
segera
MESYUARAT JAWATANKUASA
KECIL/ BIRO• Diadakan untuk
membincangkan , merancang dan
mengedalikan projek kecil
(ROSSA CALLA, 2014)
MINIT MESYUARAT
• Laporan mengenai perkara yang dibincangkan atau diputuskan dalam sesuatu mesyuarat.
APAKAH MINIT MESYUARAT?
Minit disediakan oleh setiausaha mesyuarat.
Peringkat pertama, setiausaha mencatat : • Semua isi penting –mula hingga akhir.• Semua keputusan yang dicapai• Cadangan dan sokongan serta undian yang dibuat• Nama pencadang dan penyokong• Jumlah undi menyokong dan menentang
Kedua, setiausaha menulis minit secara gramatis, jelas dan tepat.
• Draf minit disediakan 3 hari selepas mesyuarat dan diserahkan kepada pengerusi
• Minit sebenar diedarkan 7 hari selepas Mesyuarat. • Minit mesyuarat dijadikan dokumen rujukan untuk
melaksanakan tindakan yang diputuskan dalam mesyuarat
KANDUNGAN MINIT MESYUARAT
URUSETIA
CATATAN MASA MESYUARAT TAMAT ATAU DITANGGUHKAN
AGENDA
KEHADIRAN :
TEMPAT
MASA
HARI
TARIKH
BILANGAN / TAHUN
TAJUK
AGENDA
MESYUARAT
Perkara yang hendak
dibincangkan dalam
mesyuarat
Untuk memastikan
tiada perkara
mustahak
tertinggal
Untuk memastikan
perbincangan diadakan
dengan teratur
Untuk
memberitahu ahli-
ahli mesyuarat
perkara-perkara
yang hendak
dibincangkan
APAKAH AGENDA MESYUARAT?
CARA MENULIS AGENDA MESYUARAT
Menyusun agenda mengikut urutan perkara-
perkara yang ingin dibincangkan seterusnya
merekodkan perkara-perkara baru yang
dibincangkan oleh ahli-ahli mesyuarat.
AGENDA MESYUARAT PANITIA SEJARAH1. Kata-kata aluan pengerusi
2. Pembentukan jawatankuasa Panitia bagi sesi 2014
3. Sasaran pencapaian murid bagi subjek Sejarah.
4. Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi
5. Program Perkembangan Staf
6. Pelan Tindakan Panitia Sejarah
7. Hal-hal lain
CONTOH CATATAN MINIT MESYUARAT PANITIA
SEJARAH
SK KILIMU, RANAUMESYUARAT PANITIA SEJARAH BILANGAN 1
SESI 2015 ______________________________________________________________________
Rujukan Kami: JPS(W)/SKNS(KUK)/153/06/05/008( )
Tarikh : 3 Januari 2015
Hari : Jumaat
Masa : 3.30 p.m
Tempat : Bilik Guru
Kehadiran :
1. Encik Mohan Chandran
2. Encik Teo Kim Siang
3. Cik Hikmah Salamat
4. Cik Edalyia Amie
Agenda-agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
1. Kata-kata aluan pengerusi
2. Pembentukan jawatankuasa Panitia bagi sesi 2014
3. Sasaran pencapaian murid bagi subjek Sejarah.
4. Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi
5. Program Perkembangan Staf
6. Pelan Tindakan Panitia Sejarah
7. Hal-hal lain
Bil Perkara Tindakan1.0 1.1
Kata-kata Aluan Pengerusi Encik Mohan Chandran selaku penolong kanan pentadbiran mengalu-alukan kedatangan semua guru yang hadir untuk Mensyuarat Panitia Bilangan 1 Sesi 2015. Beliau menyatakan bahawa mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan hala tuju subjek Sejarah bagi tahun 2015 di SK Kilimu, Ranau ini.
2.0 2.1
Pembentukan jawatankuasa Panitia bagi sesi 2015 Jawatankuasa baru dibentuk bagi sesi 2015 ini. Encik Teo Kim Siang masih dilantik untuk menjadi ketua panitia ini di sekolah.
3.0 3.1
Sasaran pencapaian murid bagi subjek Sejarah Bagi tahun 2015, Panitia Sejaran masih mengharapkan agar keputusan ujian tahun ini berpencapaian lulus 66.6%.
4.0 4.1
Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi Semua guru sejarah mesti mempunyai set DSKP bagi memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran.Format Rancangan Pengajaran Harian adalah seperti berikut Tema/ Tajuk Objektif / Hasil pembelajaran Aktiviti Bahan Refleksi
5.0 5.1
Program Perkembangan Staf Guru Sejarah yang menghadiri kursus atau bengkel berkaitan subjek sains perlu memberikan kursus dalam kepada guru sejarah lain yang terdapat dalam panitia.
6.0 6.1
Pelan Tindakan Panitia Sejarah
Ketua Panitia Sejarah mengharapkan pelan tindakan yang telah dibincangkan dalam panitia dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
7.0 7.1
Hal-hal lain Program atau aktiviti yang akan diadakan pada tahun 2015 di bawah kendalian Panitia Sejarah akan diputuskan kelak selepas ketua panitia berjumpa dengan penolong kanan pentadbiran. Pelan tindakan panitia juga akan dikemukakan kelak.
Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 4.30 p.m
Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,
___________________ _______________
(HIKMAH SALAMAT) (TEO KIM SIANG)Setiausaha Panitia Sejarah Ketua Panitia Sejarah
RUJUKAN
• Ab. Halim Ab. Rahim. (2004). Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Selangor Darul
Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
• Omardin Haji Ashaari. (1996). Kaedah Mengendalikan Mesyuarat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Rossa Calla. (2014, October 16). PanduanMalaysia.Com. Retrieved Julai 28, 2015,
from Panduan Cara Buat Minit Mesyuarat Berkualiti Dan Lengkap:
http://www.panduanmalaysia.com/2014/10/panduan-cara-buat-minit-mesyuarat-
lengkap.html